Monday, 21 August 2017

Tempat Menarik di Miri Sarawak





Dari entry sebelum ini πŸ‘‰πŸ‘‰Bercuti ke Miri Sarawak

1. Grand Old Lady - Canada Hill

Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady


Grand Old Lady yang terletak di Canada Hill merupakan telaga minyak pertama di Miri. Terdapat Muzium Petroleum di atas ni tapi Mat Drat  tak tahu kena bayar atau tak jika ingin masuk.

Trip sebelum ni, Mat Drat ke sini pada waktu malam... memang tempat berkumpul anak-anak muda kot kat atas bukit ni. Waktu tu banyak kereta park ditepi-tepi jalan. Dan kebetulan waktu tu, ada banyak tanglung dilepaskan dari atas bukit tu, jadi memang agak cantik.

Pemandangan memang agak cantik dari atas bukit ni. Boleh la kata kalau tak kesini, kira tak pergi Miri lagi la... Miri kan bandar yang membangun kerana industri minyak.

Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady


Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady



Tempat Menarik di Miri Grand Old Lady
Tanglung sedia untuk dilepaskan dari atas bukit dan
nun di sana pemandangan Bandar Miri yang bercahaya


2. Tusan Cliff 

Tusan Cliff ni rasanya tak ramai yang tahu. Kawan Mat Drat yang bekerja di Miri ni pun tak tahu bila ditanya Tusan Cliff. Tusan Cliff ni batu tebing yang berbentuk 'kepala kuda sedang minum air'.  

Jika ingin kesini, pastikan tahu waktu air pasang dan air surut.

Trip pertama dahulu, Mat Drat tak tahu pun tempat ni. Cuma kali ni dah study sikit sebelum ke Miri, tu yang jumpa tempat ni.

Hari pertama datang ke sini, Mat Drat tak dapat turun ke pantai sebab air pasang. Nak bergambar dengan kepala kuda pun tak boleh.

Kali kedua datang kesini, selepas tahu waktu air pasang dan air surut, barulah dapat menghampiri ke 'batu kepala kuda' ni. Jangan buat tak endah waktu air pasang, nanti tak lepas balik sebab tebing sangat tinggi dan tiada jalan lain untuk balik ke darat.

Kalau yang berani ambil waktu sunset, memang respek la...sebab waktu tu air pasang. Di IG memang banyak gambar-gambar Tusan Cliff ni yang cantik .



Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Yezz.. dapat juga sampai.
Hari sebelumnya tak boleh turun sebab air pasang.
Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach


Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
'Aku dah sampai'

Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Air pasang. Batu Kuda nun dihujung sana

Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Tak boleh sampai ke 'Batu Kuda' kerana air pasang


3. Pantai Tusan Bekenu - Pantai Biru

Pantai inilah terletaknya Tusan Cliff. Cuma waktu Mat Drat kesini, air pasang dan tiada pengunjung yang mandi manda.

Pantai agak sunyi mungkin kerana agak jauh dari Bandar Miri.

Kedai / gerai makan yang terdapat di sini tidak dibuka sewaktu Mat Drat dan rakan datang kesini pada hari pertama dan kedua. Mungkin sebab pengunjung tak ramai.

Hasil bacaan, pantai ni sedikit terkenal kerana 'pantai biru'nya. Pantai di sini menjadi biru kerana kehadiran obor-obor yang banyak sehingga warna kebiruan obor-obor ini mewarnai persisir pantai di sini.

Mat Drat tanya penduduk di sini, kata mereka keadaan tu hanya berlaku sekali sekala mengikut kitaran bulan. Tak silap ketika bulan terang.... Dan pantai ni 'glamer' sekejap setelah seorang photographer merakamkan gambar pantai yang kebiruan itu dan menjadi viral sekajap.

Untuk gambar 'pantai biru', boleh la google ye sebab Mat Drat tak berkesempatan menyaksikan suasana tu.


Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach
Tusan Cliff


Tempat Menarik di Miri Tusan Cliff Bekenu Beach



4. Gua Niah

Kena masukkan juga sebab Gua Niah ni tak jauh dari Miri. Lebih kurang satu jam lebih sahaja perjalanan ke situ.

Asalnya memang nak kesitu bersama 2 orang rakan lagi, tetapi atas sebab-sebab tertentu, Mat Drat terpaksa tarik diri dan balik awal sehari ke Kuala Lumpur. Tinggallah dua sahabat Mat Drat di sana untuk menikmati dan merasai pengalaman ke Gua Niah.

Mat Drat nak share lebih-lebih tak boleh, sebab tak sampai ke situ walau pun pada awalnya dah baca dan study serba sedikit mengenai trip ke Gua Niah.



5. Pasar Muhibbah / Tamu Muhibbah

Jika ke Miri jangan lupa singgah ke Tamu Muhibbbah. Di sini kita boleh kata macam Pasar Payang jika di Kuala Terengganu atau Pasar Khadijah jika di Kota Bharu.

Ada pelbagai barangan yang dijual tetapi dua kali ke Miri, dan rasanya produk yang biasa dibeli pengunjung di sini untuk dibawa balik sebagai buah tangan adalah

  • beras bario
  • garam bukit bario
  • belacan Miri

Beras Bario ni memang kena beli sebab ia hanya terdapat di sini. Di Kuching juga ada dijual tetapi harganya lebih mahal. Walaupun di Miri ni lebih murah, tetapi jangan terkejut kalau tengok harga beras ni...memang di kira mahal berbanding beras biasa, kalah harga beras wangi Siam tu !!!

Beras Bario ni ada pelbagai jenis dan boleh dibezakan dengan warna. Berasnya seakan beras pulut sedikit. Katanya agak bagus untuk kesihatan.

Trip yang baru ni Mat Drat beli beberapa jenis beras.... jadi boleh la rasa beras lain-lain, tapi bila masak campur juga dengan beras biasa sebab beras Miri ni seakan berpulut .....

Jika nak beli tu, pastikan atau tanya beras tu stok bila punya. Cuba dapatkan yang baru dan minta yang dari dalam karung guni.

Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah

Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah Bario Beras


Lihat harga di bawah, lebih kurang RM 47 - RM 50 untuk 3.5 kg.
Beras wangi siam yang biasa pun hanya RM 40- RM 50 untuk 10kg!!


Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah Bario Beras
Harga Beras Bario
Tempat Menarik di Miri Tamu Muhibbah Bario Beras
Ada pelbagai jenis beras.... Boleh kata semuanya beas bukit Bario








~Mat Drat~


Lain-lain artikel berkaitan
πŸ‘‰πŸ‘‰ Trip ke Miri
πŸ‘‰πŸ‘‰ Tempat Makan Best di Miri

Trip berikutnya 
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

No comments:

Post a Comment