Di sini, Mat Drat kongsikan Tempat Makan Best dan Sedap di Miri Sarawak... Pastinya Makanan Halal yang kita cari. Dan list ini tidak mengikut ranking ye.
1. Restoran Nasi Ulam Kampung
Restoran atau warung Nasi Ulam Kampung 883 ni sediakan masakan berlauk dan kebanyakkannya lauk-lauk ala semenanjung.
Dibuka sehingga sekitar jam 3pm shj sebab kedai ini akan 'bertukar' menjadi kedai pula selepas jam 5 petang... Selepas jam 5 petang, ia akan menjadi Restoran 883 BBQ Steamboat. Owner lain, cuma tempat sama.
Hari tu Mat Drat makan siput sedut masak lemak cili api dan gulai kawah. Memang terbaik.
Air tak boleh nak order macam-macam, sebab dah disediakan air dalam jug. Pilih air mana yang nak. Hari tu nak order air dalam tin, tokey kedai kata tu untuk kedai sebelah malam punya (BBQ Steamboat).
Harga pun biasa-biasa sahaja. Tak mahal.
Lokasi :
Jalan Kipas, Bandar Miri. (Jalan Merdu)
Bertentangan dengan Bangunan Mahkamah Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Nasi Ulam Kampung atau 883 BBQ Steamboat
2. Ayam Penyet Ria Restaurant
Restoran ni agak luas, boleh makan di bahagian dalam atau luar.
Harga sedikit tinggi dari harga biasa tapi suasana cukup selesa.
Lokasi :
Kawasan Waterfront Miri, Bandar Miri.
Bertentangan dengan Pullman Hotel dan satu bangunan dengan Ajang Hotel.
3. Selera Rasa Segar - SRS
Ini dari pembacaan sebelum Mat Drat ke Miri. Katanya menu sedap adalah Nasi Lemak. Mat Drat tak berkesempatan ke restoran ini.
Lokasi :
Di persimpangan Jalan Royal dan Jalan Daisy, Bandar Miri.
Bersebelahan lot bangunan Prudential dan juga mengadap Jalan Permaisuri
Makan Malam di Miri
Untuk dinner pula, Mat Drat pilih :
Mat Drat jumpa restoran ni masa makan tengah hari di Nasu Ulam Kampung. Rupa-rupanya restoran ni antara paling top di Miri untuk steamboat dan bbq halal.
Dibuka mulai jam 5 petang.
Dibuka mulai jam 5 petang.
Lokasi :
Jalan Kipas, Bandar Miri. (Jalan Merdu)
Bertentangan dengan Bangunan Mahkamah Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Nasi Ulam Kampung atau 883 BBQ Steamboat.
Ini pun sama, kawan yang bawa.
Menu yang pastinya shellout. Tapi ada juga kawan yang order al-carte.
Kuah shellout dia memang sedap.
Harga pun sangat berbaloi.
Lokasi :
Lokasi agak jauh sedikit dari Bandar Miri.
Terletak di Permyjaya. Satu barisan dengan BSN dan Bank Rakyat Permyjaya.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Adra Kitchen Shellout.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Adra Kitchen Shellout.
6. Restoran Muara
Ini pun kawan di Miri yang bawa masa trip kali pertama dahulu.
Menu yang agak famous di sini adalah nasi lalapan. Special sikit la... Tapi Mat Drat makan rasa biasa-biasa je.
Ada disediakan ruangan jika ingin makan bersila.
Rasanya menjadi pilihan kerana kawasan ni agak happening terutama waktu malam.
Lokasi :
Di Jalan Ross, Bandar Miri.
Satu barisan dengan Ming Cafe dan berhampiran Hong Leong Bank dan cuma walking distance dari Mega Hotel Miri.
Satu barisan dengan Ming Cafe dan berhampiran Hong Leong Bank dan cuma walking distance dari Mega Hotel Miri.
Boleh guna Waze / Google Map dan cari Muara Restoran.
Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan
Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan
7. Restoran Serai Wangi
Pilihan ramai kerana konsep open air.
Sambil lepak-lepak terutama pada waktu malam. Boleh kata port mengeteh la ni...
Sambil lepak-lepak terutama pada waktu malam. Boleh kata port mengeteh la ni...
Menu utama adalaha masakan ala Thai / tomyam.
Disebalah restoran ni ada gerai Pak Teh Char Kway Teow
Lokasi :
Lokasi berhampiran dengan Muara Restoran.
Lokasi tepat mengadap Hong Leong Miri dan Ming Cafe dan Mega Hotel Miri.
Nota : Gambar hilang tiada dalam simpanan
~Mat Drat~
Lain-lain artikel berkaitan
👉👉 Trip ke Miri
👉👉 Tempat Menarik di Miri
👉👉 Tempat Menarik di Miri
Trip berikutnya
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.