Tempat Menarik di Melaka
Jika ada yang merancang untuk satu percutian pendek di hujung minggu, Mat Drat cadangkan datanglah ke Melaka. Cukup dekat dengan Kuala Lumpur, cuma mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam sahaja.
Jika pertama kali ke Melaka, mungkin percutian 2H1M sudah mencukup untuk melawat tempat bersejarah di Melaka. Tempat lawatan lain yang menarik juga cukup banyak di Melaka.
Jangan risau tiada apa-apa aktiviti untuk dilakukan jika bermalam di Melaka kerana banyak tempat menarik di waktu malam di Melaka boleh dilawati. Antaranya River Cruise, Jonker Walk, Menara Taming Sari dan bersiar di Dataran Pahlawan serta mengelilingi bandaraya Melaka dengan beca berhias.
Bercuti ke Melaka juga tidak akan membebaskan poket kerana tempat-tempat menarik yang murah juga banyak di Melaka. Tidak seperti bercuti di sesetengah tempat, bayaran untuk masuk ke satu-satu tarikan agak mahal.
2H1M Mat Drat cadangkan jika hanya ingin melawat tempat-tempat bersejarah dan tempat menarik di sekitar Bandar Hilir dan Ayer Keroh. Di Melaka juga terdapat beberapa taman tema dan juga pantai untuk mandi manda. Jadi jika ingin turut ke taman tema atau bermandi manda di pantai, mungkin perlu tambah satu hari lagi.
Melaka merupakan satu destinasi pelancongan yang bukan sahaja menarik pengunjung tempatan, ia juga menarik pelancong dari luar.
Di bawah Mat Drat senaraikan tempat-tempat menarik untuk dilawati jika ke Melaka mengikut kategori seperti :
- Tempat Bersejarah di Melaka
- Tempat Menarik di Bandar Melaka
- Taman Menarik di Ayer Keroh
- Taman Tema / Theme Park
- Pantai di Melaka
List ni berdasarkan pengalaman dan juga pembacaan. Harap bermanfaat.
Tempat Bersejarah di Melaka
Tempat bersejarah di Melaka kebanyakkan tertumpu di sekitar Dataran Pahlawan dan Bandar Hilir Melaka.
1. A Famosa
A Famosa merupakan antara ikon pelancongan Melaka. Ia dibina pada tahun 1511 oleh Portugis sebagai kubu pertahanan. Ia merupakan bangunan bercirikan 'Eropah' yang tertua wujud di South East Asia. Beralih tangan dari Portugis kepada Belanda dan seterusnya kepada British dan pada 1806 British mengarahkan ia diruntuhkan. Hanya sebahagian kubu ini dapat diselamatkan iaitu Santiago Gate beserta Bangunan Stadhuys.
Lokasi : Bandar Hilir (Bersebelahan Dataran Pahlawan)
Bayaran : Percuma
2. Muzium Istana Kesultanan Melaka
Istana Kesultanan Melaka merupakan replika Istana Melaka zaman Sultan Mansur Shah (1456-1477). Dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986.
Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya daripada kepingan kayu belian.
Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya daripada kepingan kayu belian.
Dipamerkan untuk tatapan umum suasana di Balairong Seri, Balai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Dan jangan lupa mengimbau sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang di satu sudut yang disediakan.
Lokasi: Bukit St Paul, Bandar Hilir Melaka. (Bersebelahan Dataran Pahlawan)
Bayaran : Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
3. Bangunan Stadhuys
Stadhuys merupakan satu destinasi yang sinonim dengan tempat bersejarah dan menarik di Melaka. Rekebentuk dan warnanya menjadi tarikan kepada pelancong tempatan mahupun luar negara.
Stadhuys yang bermaksud sebagai Dewan Perbandaran dalam bahasa Belanda, telah dibina pada tahun 1650 sewaktu Belanda menjajah Melaka. Ia merupakan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya pada ketika itu.
Jika ingin membeli souveniour seperti keychain, fridge magnet dll, boleh la dapatkan di sini kerana itu ini terdapat banyak gerai-gerai menjual cenderamata dan cenderahati di sini.
Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: (Jika ingin masuk ke dalam bangunan)
Warganegara (Dengan Mykad) : Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Bukan Warganegara : Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM4
4. Muzium Maritim / Muzium Samudera
Muzium Samudera dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Ia terlertak berhampiran muara Sungai Melaka.
Muzium Samudera ini merupakan replika kapal Flor de La Mar, iaitu sebuah kapal perang Portugis.
Di muzium ini, pengunjung dapat melihat sejarah kegemilangan pelayaran dan kententeraan laut di zaman kegemilangan Empayar Melaka. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di zaman kegemilangan Melaka.
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis: 9.00am - 5.30 pm /
Jumaat - Ahad: 9.00 am - 9.00 pm
Dan kini kapal tersebut menjadi sebuah muzium selepas diserahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Pengunjung yang memasuki muzium ini akan dapat melihat suasana di dalamkapal selam seperti tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew.
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi :
Selain lima tempat bersejarah di atas, terdapat tempat bersejarah lain di Melaka yang juga menarik seperti :
Jika mencari tempat menarik di Melaka pada waktu malam, River Cruise adalah destinasi yang tidak wajar dilepaskan.
Melaka River Cruise boleh dikatakan sebagai tarikan yang baru dan paling menjadi pilihan pengunjung ke Melaka. Melaka River Cruise ini boleh dinaiki dari Jeti Muara.
Perjalanan menyusuri Sungai Melaka akan mengambil masa 45 minit dari Jeti Muara ke Jeti Taman Rempah dan akan berpatah balik ke Jeti Muara.
Boleh pilih untuk merasai pengalaman Melaka River Cruise ini pada waktu siang atau pada waktu malam. Kedua-dua akan memberikan pengalaman yang berbeza.
Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi : Isnin - Khamis: 9.30 am- 11.00 pm
Menara Taming Sari yang berketinggian 80 meter ini telah dibuka pada tahun 2008. Menaiki menara ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat keindahan Bandaraya Melaka sehingga ke Selat Melaka.
Struktur berpusing di bahagian atasnya mampu memuatkan 80 orang pada satu-satu masa dan menjeanjikan pemandangan 360°.
The Pirate Adventure merupakan satu tarikan yang agak baru yang terletak di Dataran Pahlawan - bertentangan dengan A Famosa.
Memasuki 'kapal' yang disediakan. pengunjung boleh merasai pengalaman bagaimana menjadi seorang 'lanun' di atas kapal. Boleh la bayangkan seperti Filem The Pirrate of Carribien lakonan Johny Deep !!
Tarikan ini agak moden dengan terdapat kesan efek khas seperti simulasi ribut dan ombak.
Lokasi: Melaka Alive, Dataran Pahlawan Bandaraya Melaka.
Bayaran Masuk:
Pemegang MyKad - Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM15
Tanpa MyKad - Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi : Isnin - Khamis: 10.00 am- 7.00 pm
http://www.melakazoo.com/ticketing.html
Saya masukkan World's Bee Museum ini di dalam list kerana ada tarikannya tersendiri. Setelah berpenat di sekitar Ayer Keroh ini ( Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia & Asean atau ke Melaka Wonderland), apakata singgah di sini.
Selain terdapat info-info mengenai lebah dan juga terdapat replika-replika lebah, disini juga madu-madu dijual pada harga yang agak berpatutan.
Boleh rasa dahulu madu yang kita berkenan sebelum membuat pembelian sebab lain madu lain rasanya dan lain juga khasiatnya.
5. Muzium Kapal Selam
Muzium Kapal Selam ini asalnya adalah sebuah kapal selam bernama SMD Ouessant Agosta 70 yang digunakan oleh tentera Perancis. Dibina pada tahun 1979 dan digunakan oleh tentera Perancis sehingga 2009 di Lautan Atlantik.
Kapal Selam ini dibeli oleh Malaysia dan digunakan sebagai tempat latihan krew kapal selam pertama Malaysia.
Kapal Selam ini dibeli oleh Malaysia dan digunakan sebagai tempat latihan krew kapal selam pertama Malaysia.
Dan kini kapal tersebut menjadi sebuah muzium selepas diserahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Pengunjung yang memasuki muzium ini akan dapat melihat suasana di dalamkapal selam seperti tempat simpanan peluru torpedo, ruangan kawalan kapal, dapur serta tempat tidur crew.
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 9.00am - 5.30 pm /
Jumaat - Ahad: 9.00 am - 9.00 pm
6. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Terletak bersebelahan dengan A Famosa dan Muzium Istana Kesultanan Melaka serta mengadap Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911 dan dulunya dikenali sebagai kelab Melaka. Mulai 1985, kelab ini di jadikan sebagai memorial berkaitan kemerdekaan.
Bagus untuk anak-anak mengenali dan mengetahu serba sedikit berkaitan sejarah kemerdekaan selain dari pembacaan melalui buku sekolah. Tak akan mengambil masa lama di sini, 15-20 minit dah boleh habis jelajah memorial ini.
Pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
Selain lima tempat bersejarah di atas, terdapat tempat bersejarah lain di Melaka yang juga menarik seperti :
7. Muzium TLDM
8. Muzium Dunia Islam Melaka
9. Galery Laksaman Cheng Ho
10. Baba & Nyonya Heritage Museum
Tempat Menarik di Bandar Melaka
Selain terkenal dengan tarikan bangunan sejarahnya, Bandaraya Melaka juga mempunyai tarikan lain seperti :-
11. Melaka River Cruise
Jika mencari tempat menarik di Melaka pada waktu malam, River Cruise adalah destinasi yang tidak wajar dilepaskan.
Melaka River Cruise boleh dikatakan sebagai tarikan yang baru dan paling menjadi pilihan pengunjung ke Melaka. Melaka River Cruise ini boleh dinaiki dari Jeti Muara.
Perjalanan menyusuri Sungai Melaka akan mengambil masa 45 minit dari Jeti Muara ke Jeti Taman Rempah dan akan berpatah balik ke Jeti Muara.
Boleh pilih untuk merasai pengalaman Melaka River Cruise ini pada waktu siang atau pada waktu malam. Kedua-dua akan memberikan pengalaman yang berbeza.
Jika menaiki cruise pada waktu siang, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan bangunan-bangunan cantik disepanjang sungai beserta keunikan perkampungan Morteen. Jika menaiki pada waktu malam pula, pengunjung akan disajikan dengan keindahan lampu-lampu berwarna-warni yang menghiasi bangunan dan jambatan disepanjang sungai sini.
Lokasi: Jeti Melaka River Cruise, Jeti Muara, Bandar Melaka.
Lokasi: Jeti Melaka River Cruise, Jeti Muara, Bandar Melaka.
Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi : Isnin - Khamis: 9.30 am- 11.00 pm
12. Masjid Selat
Suasana Ketika Sunset / Maghrib di Masjid Selat |
Suasana Selepas Sunrise di Masjid Selat |
Masjid ini dibina diatas pulau Melaka, iaitu pulau buatan manusia. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006. Senibinanya menggabungkan seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu.
Ketika air pasang, masjid ini kelihatan seperti terapung di atas air laut Selat Melaka.
Suasana pada waktu menjelang maghrib atau matahari terbenam akan menjanjikan pemandangan yang cukup indah. Lampu yang menghiasi masjid ini menambahkan serinya dan seringkali menjadi lokasi mereka-mereka yang meminati untuk merakam suasana sunset dan juga sunrise.
Cadangan saya, datang bersolat Maghrib di sini sambil menikmati suasana matahari terbenam dan keesokkannya bersolat subuh disini untuk merakamkan suasana matahari terbit pula.
Lokasi: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka
13. Menara Taming Sari
Menara Taming Sari yang berketinggian 80 meter ini telah dibuka pada tahun 2008. Menaiki menara ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat keindahan Bandaraya Melaka sehingga ke Selat Melaka.
Struktur berpusing di bahagian atasnya mampu memuatkan 80 orang pada satu-satu masa dan menjeanjikan pemandangan 360°.
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Melaka.
Bayaran Masuk:
Bayaran Masuk:
Pemegang MyKad - Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM11
Tanpa MyKad - Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi : Isnin - Khamis: 10.00 am- 11.00 pm
Waktu Operasi : Isnin - Khamis: 10.00 am- 11.00 pm
14. Dataran Pahlawan
Dataran Pahlawan boleh dikatakan seperti dataran-dataran lain di negara kita yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutama dari pengunjung tempatan. Dataran Pahlawan berhubung / bersambung dengan Dataran Pahlawan Megamall. Keunikan tempat ini adalah ia berada berhampiran dengan kebanyakan lokasi-lokasi tarikan utama di Bandaraya Melaka.
Bersebelahan dengan Dataran Pahlawan ini terdapat A Famosa, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Istana Kesulatan Melaka. Juga dalam jarak berjalan kaki dari Dataran Pahlawan ini adalah tarikan seperti Stadhuys, Menara Taming Sari, Muzium Maritim dan juga Melaka River Cruise.
Jika ke sini, jangan lupa menaiki beca berhias yang banyak terdapat di sini.
15. The Pirrate Adventure
Memasuki 'kapal' yang disediakan. pengunjung boleh merasai pengalaman bagaimana menjadi seorang 'lanun' di atas kapal. Boleh la bayangkan seperti Filem The Pirrate of Carribien lakonan Johny Deep !!
Tarikan ini agak moden dengan terdapat kesan efek khas seperti simulasi ribut dan ombak.
Lokasi: Melaka Alive, Dataran Pahlawan Bandaraya Melaka.
Bayaran Masuk:
Pemegang MyKad - Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM15
Tanpa MyKad - Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM15
Waktu Operasi : Isnin - Khamis: 10.00 am- 7.00 pm
Jonker Walk atau lebih dikenali dengan Jonker Street Night Market. Disepanjang jalan di Jonker Walk ini terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan dari makanan / minuman sehinggalah ke cendermata.
Disini merupakan destinasi utama untuk mencari souveniour dan cukup meriah pada waktu malam.
Jika ke Kota Kinabalu, pengunjung tidak akan melepaskan ke Pasar Gaya (Pasar Ahad) dan jika ke Cameron Highland pula pengunjung tidak lupa singgah ke Pasar Malam Cameron Highland, jadi tempat ini tidak wajar dilupai jika bercuti ke Melaka.
Opss...Teringat pula Neon Market sewaktu bercuti ke Bangkok baru-baru ni! 😃
Baca 👉👉 Trip ke Bangkok
Dan tempat berikut juga termasuk dalam list tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan pelawat dan pengunjung ke Melaka :
17. Rumah Terbalik Melaka

18. Freeport A’Famosa Outlet Village
19. The Shore Sky Tower
20. Masjid Kampung Kling
Tempat Menarik di Ayer Keroh Melaka
21. Zoo Melaka
Jika dah ke Zoo Negara, apa kata bawa anak-anak ke Zoo Melaka pula. Selain tarikannya dengan bilangan haiwanya yang banyak, harga tiketnya juga amat kompetettif.
Sebelum ke sini, semak dahulu waktu pertunjukkan haiwan dan juga waktu feeding haiwan di sini.
Di sini juga terdapat Night Safari untuk memberi peluang pengunjung merasai suasana pada waktu malam. Sesetengah haiwan akan lebih aktif pada waktu malam.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Bayaran Masuk:
Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10 | Senior RM7.10 (Weekday)
Bayaran Masuk:
Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10 | Senior RM7.10 (Weekday)
Dewasa RM37.90 | Kanak-kanak RM32.00 | Senior RM18.95 (Weekend, Public & School Holiday)
Waktu Operasi :Day Zoo : 9.00am-6.00pm - Tiket terakhir dijual 5.30pm
Night Safari : 8.00pm - 11.00pm - Tiket terakhir dijual 10.30pm
Waktu Operasi :Day Zoo : 9.00am-6.00pm - Tiket terakhir dijual 5.30pm
Night Safari : 8.00pm - 11.00pm - Tiket terakhir dijual 10.30pm
(Jumaat & Sabtu malam, cuti umum dan cuti sekolah sahaja)
22. Taman Mini Malaysia dan Asean
Keunikan Taman Mini Malaysia & Asean ini merangkumkan rumah-rumah contoh bagi setiap negeri di Malaysia dan di Asean.
Sekarang agak sukar untuk melihat dan berjumpa rumah-rumah tradisional, jadi jika ke sini dapatlah pengunjung melihat rumah-rumah tradisional dengan lebih dekat.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Bayaran Masuk:
Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10 | Student RM12
Bayaran Masuk:
Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10 | Student RM12
Waktu Operasi :
9.00am-5.300pm - (Weekday)
9.00am-6.00pm - (Weekend, Public & School Holiday)
9.00am-5.300pm - (Weekday)
9.00am-6.00pm - (Weekend, Public & School Holiday)
23. Taman Buaya
Taman Buaya Melaka ni bagi saya satu taman yang cukup 'legend'.... Dari saya bersekolah rendah telah wujud taman buaya ni. Sudah berbeza berbanding dengan taman buaya pada mula-mula dibuka dahulu. Kini telah dikenali dengan nama Taman Buaya dan Rekreasi kerana pelbagai tarikan telah ada di sini termasuk mempunyai ' taman tema air sendiri dan juga terdapat 'Aviary Bird Park'.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Bayaran Masuk:
Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM11 | Senior RM15 (Weekday)
Bayaran Masuk:
Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM11 | Senior RM15 (Weekday)
Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17 | Senior RM20 (Weekend, Public & School Holiday)
Waktu Operasi :
9.00am-6.00pm - (Weekday)
9.00am-7.00pm - (Weekend, Public & School Holiday)
9.00am-6.00pm - (Weekday)
9.00am-7.00pm - (Weekend, Public & School Holiday)
24. World's Bee Museum
Saya masukkan World's Bee Museum ini di dalam list kerana ada tarikannya tersendiri. Setelah berpenat di sekitar Ayer Keroh ini ( Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia & Asean atau ke Melaka Wonderland), apakata singgah di sini.
Selain terdapat info-info mengenai lebah dan juga terdapat replika-replika lebah, disini juga madu-madu dijual pada harga yang agak berpatutan.
Boleh rasa dahulu madu yang kita berkenan sebelum membuat pembelian sebab lain madu lain rasanya dan lain juga khasiatnya.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Bayaran Masuk: Percuma
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi :
9.00am-6.00pm - (Daily)
9.00am-6.00pm - (Daily)
Taman Tema / Theme Park di Melaka
25. A Famosa Resort
A Famosa cukup terkenal dengan taman tema airnya. Merupakan taman tema yang terawal dan terbesar di Melaka.
Terdapat 3 tarikan utama di sini iaitu Taman Tema Air, Safari Wonderland dan juga Old West.
Taman Tema Air / Water theme a Famosa ini merupakan taman tema air terbesar di Malaysia. Di sini terdapat beberapa bahagian/section. Jika bawa anak-anak, seharian di sini tidak terasa.
Safari Wonderland menawarkan pengalaman seakan zoo tetapi dengan konsep yang agak berbeza. Antara aktiviti menarik di sini adalah menunggang gajah, kuda , safari adventure dan juga melawat Monkey Island.
Old West pula akan membawa pengunjung ke era "cowboy". Di sini, pengunjung akan melihat bangunan-bangunan seperti filem-filem lama cowboy beserta para "model" yang berpakaian ala-ala cowboy dan red indian. Jangan lupa menyaksikan aktiviti dan acara menarik seperti Carnival, Pertunjukkan Red India, Pertunjukkan Stunt dan Pertunjukan Bunga Api.
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Bayaran Masuk: Sila layari laman web untuk harga pakej >> A Famosa
Bayaran Masuk: Sila layari laman web untuk harga pakej >> A Famosa
Waktu Operasi :
Water Theme Park
11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday
Safari Wonderland
9.00am-5.00pm (Daily)
Safari Wonderland
6.00pm-12.00am (Daily)
26. Melaka Wonderland Theme Park
Melaka Wonderland adalah taman tema air yang terbaru di Melaka. Taman tema ini tidak sebesar A Famosa, tetapi tetap menarik pengunjung kerana kedudukannya yang agak berdekatan dengan Ayer Keroh.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Bayaran Masuk:
Dewasa RM33.20 | Kanak-kanak RM26.05 | Senior RM18.95 (Weekday)
Bayaran Masuk:
Dewasa RM33.20 | Kanak-kanak RM26.05 | Senior RM18.95 (Weekday)
Dewasa RM37.90 | Kanak-kanak RM32.00 | Senior RM18.95 (Weekend, Public & School Holiday)
Waktu Operasi :11.00am-7.00pm (Weekday)
7.00am – 7.00pm (Weekend, Public & School Holiday)
* Closed on Monday except during public & school holidaysWaktu Operasi :11.00am-7.00pm (Weekday)
7.00am – 7.00pm (Weekend, Public & School Holiday)
27. Bayoo Lagoon Park
Bayoo Lagoon Park |
Bayoo Lagoon merupakan taman tema yang agak baru di Melaka. Ia juga mempunyai service apartment. Taman tema ini tidaklah sebesar taman tema A Famosa.
Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
Bayaran Masuk:
Bayaran Masuk:
Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16| Senior RM11 (Weekday)
Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM20| Senior RM14 (Weekend, Public & School Holiday)
Waktu Operasi :9.00am-7.00pm (Weekday)
8.00am – 7.00pm (Weekend, Public & School Holiday)
Waktu Operasi :9.00am-7.00pm (Weekday)
8.00am – 7.00pm (Weekend, Public & School Holiday)
Pantai di Melaka / Tempat Mandi Manda
28. Pantai Klebang
Pantai Klebang merupakan pantai yang paling hampir dengan Bandaraya Melaka. Jadi, pantai ini paling menjadi tumpuan pengunjung di Melaka.
'Padang Pasir' di Pantai Klebang |
Selain bersantai di pantainya sambil mengadap Selat Melaka dan menikmati suasana matahari terbenam, pengunjung juga boleh ke satu kawasan seakan-akan 'gurun'. Tarikan di kawasan 'gurun' ini adalah timbunan pasirnya yang memutih dan membukit seakan-akan berada di gurun. Ada kenderaan 4X4 yang boleh membawa anada ke sini kerana tempat ini agak terasing sedikit dari pantai tumpuan pengunjung. Tempat memang cantik untuk sessi fotografi.
29. Pantai Tanjung Bidara
Pantai Tanjung Bidara |
Salah satu lagi pantai yang menjadi tarikan pengunjung ke Melaka. Pantai Tanjung Bidara terletak di Masjid Tanah, lebih kurang 35km dari Bandar Hilir Melaka dan mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Seperti pantai-pantai lain di negeri Pantai Barat, pantai di sini tidak berapa landai. Walau bagaimana pun, ia tetap sesuai unt👍👍uk bersantai dan menikmati suasana pantai terutama ketika matahari terbenam.
30. Pantai Pengkalan Balak
Sunset di Pengakalan Balak Kredit : Mr Pilot Sarul |
Sunset di Pengakalan Balak Kredit : Dilldeal |
Pengakalan Balak sebenarnya bersambung dengan pantai Tanjung Bidara. Terletak ke'utara' sedikit dari Pantai Tanjung Bidara. Keunikan pantai ini adalah di sini terdapat perkampungan nelayan. Jadi boleh bersantai sambil menunggu nelayan pulang dari laut.
Selain ke sini untuk mandi-manda, pengunjung juga ke sini untuk bersantai sambil menikmati keindahan suasana sunset.
>> Trip saya ke Melaka, saya juga menginap di Umang-umang berhampiran denga Pengakalan Balak. 😉
Nota :
30 senarai tempat menarik yang saya masukkan disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya. Sila layari laman web rasmi mereka (jika berkenaan) untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini.
Entry lain berkaitan Cuti-Cuti Malaysia Mat Drat ke Melaka boleh baca di link dibawah
~Mat Drat~
byk tempat menarik rupanya melaka ni.. tq mat utk info
ReplyDeleteMelaka sudah terkenal dengan sebagai tempat bersejarah dan warisan dunia selain memang mempunyai banyak tempat yg menarik untuk dikunjungi.
DeleteDan jika anda merancang ke Melaka ini, boleh lah menempah di Homestay Melaka kami. Terdapat homestay Melaka murah dan juga terdapat homestay Melaka with swimming pool
Melaka memang banyak tempat menarik untuk jalan jalan kan tuan.
ReplyDeleteSaya memang suka pergi Melaka.
Sambil balik kampung, sambil ambil angin di tempat best.
Lagipun lokasi tempat ni tak jauh antara satu sama lain, memang berbaloi dan tak penat memandu. Melainkan sesak waktu cuti sekolah
Bab sesak waktu cuti sekolah tu... memang tak boleh elak... ramai sangat ke Melaka...cari asam pedas.. cari coconut shake..cari kuih keria...
DeleteMELAKA FUNLAND amat sesuai untuk semua peringkat umur dan seisi keluarga.🤩
ReplyDeletePelbagai aktiviti hanya pada satu harga yang amat berpatutan dan berbaloi ! 😋
BERMAINLAH SEHINGGA PUAS TANPA HAD MASA 🤗😍🤩
MARI RASAI KESERONOKAN YANG LAIN DARI YANG LAIN DI MELAKA FUNLAND ! 👨👩👧👦💞
Kami beroperasi SETIAP HARI sepanjang tahun ! 🎉
MELAKA FUNLAND terletak di Bandar Hilir, berdekatan Equatorial Hotel , Dataran Pahlawan ! 🌎
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Nurul di talian 011-2003 7999 💃
Melaka Dream World Upside Down & 3D adalah tarikan terbaru di Melaka. Terletak di No.16 & 18 Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Shah Bandar, Melaka...menawarkan keseronokan berhibur di alam aneh dan serba menakjubkan. Lawati fb: www.facebook.com/MelakaDreamWorldUpsideDown3d untuk maklumat lanjut. Dewasa RM25 / Kanak-kanak RM15 sahaja
ReplyDeleteTq untuk info....nanti saya update.
Deletelagi beberapa hari, saya akan ke melaka lagi...boleh saya singgah, tq
Tq untuk info....nanti saya update.
Deletelagi beberapa hari, saya akan ke melaka lagi...boleh saya singgah, tq
ijin post yah ..
ReplyDeleteE D E N POKER adalah situs judi game online terbaik dengan ranting kemenangan TERBESAR yang pernah ada. kartu bagus , banyak bonus, mudah menang, dan masi banyak hadiah kejutan lain nya juga
Mari buruan bergabung bersama kami hanya di E D E N POKER
GUDANG PROMO IDN POKER
Agen Bandar Poker Terpercaya
Bandar Poker IDN
Poker IDN Terbaik
Agen Judi Uang Asli
Agen Judi Terbaik Di Indonesia
Agen Judi Deposit Murah
Info Poker IDN Terbaik