Tuesday, 1 August 2017

Bercuti ke Melaka

Bercuti ke Melaka - Part 1

Bercuti Tempat Menarik Melaka






Kali ni Mat Drat nak share sikit trip Cuti-cuti Malaysia ke Melaka....tak jauh pun, Melaka je. 

Balik dari Lahad Datu tempoh hari, terasa perlu bawa anak-anak pula bercuti. Lagi pun cuti sekolah, jadi anak-anak memang menanti kemana destinasi bercuti kali ini. Tapi kekangan masa yang ada, tak boleh pergi bawa anak-anak jauh-jauh. Jadi destinasi yang dipilih Melaka adalah sahaja.

Beberapa bulan ni masa agak sibuk. Trip ke Lahad Datu hujung tahun lepas pun baru sempat di update di blog ni April lepas, itu pun selepas 4 bulan. 

Dan masih 'terhutang' di blog ini untuk update trip dari hujung tahun lepas sehingga trip seminggu sebelum Ramadhan. Harap-harap sebelum trip terbaru hujung Ogos nanti, Mat Drat dapat update trip-trip yang 'terhutang'.... iaitu 
  • Cuti-Cuti Melaka dan Port Dickson
  • Trip ke Miri Sarawak
  • Trip ke Kuching Sarawak
  • Cuti-Cuti Malaysia ke Genting Highland
  • Cuti-Cuti Malaysia ke Cherating
  • Percutian ke Busan, Korea - Tajaan Astro Circle
  • Percutian ke Bangkok, Thailand
  • Percutian ke Pattaya, Thailand


Percutian Ke Melaka

Okey, berbalik ke Cuti-Cuti Malaysia ke Melaka.

Walau pun Melaka ni dekat je, tapi trip kali ni Mat Drat bawa anak-anak 3H2M di sana. Satu malam kami tidur di Bandar Hilir Melaka dan satu malam di Umang-Umang, Kuala Linggi Melaka. Saje pilih di Umang-umang sebab nak ajak anak-anak jalan-jalan di Port Dickson. Plan asal nak bermalam di A Famosa, tapi bilik penuh pula. Biasalah, plan last minit....

Sebenarnya beberapa kali isteri ajak bercuti ke Melaka tetapi sentiasa Mat Drat elak. Bukan apa, serik beberapa tahun dahulu terpaksa menempuh kesesakan yang agak teruk semasa bercuti ke Melaka. Jem di Bandar Hilir Melaka, jem di sekitar Ayer Keroh dan jem di Highway PLUS.


Sebelum tu, Mat Drat kongsikan juga dulu beberapa link untuk mereka yang ingin bercuti ke Melaka untuk rujukan

👉👉 Tempat-Tempat Menarik di Melaka
👉👉 Tempat Makan Best di Melaka
👉👉 Senarai Hotel dan Homestay di Melaka - Recommended by Agoda


Booking.com



Day 1

Perjalanan ke Melaka

Awal pagi Ahad kami bertolak ke Melaka untuk elak kesesakan di PLUS Highway, maklumlah cuti sekolah waktu tu. Anak-anak pun dah dimaklumkan awal yang kami perlu bertolak awal. Perjalanan lancar.

Kalau dari KL ( Tol Sg Besi) nak ke Tol Ayer keroh hanya dalam 1 jam setengah sahaja. Elok lah gerak awal untuk elak kesesakan terutama kalau musim cuti sekolah.

Boleh pilih untuk bersarapan di Hentian Sebelah Serdang, Hentian Sebelah Nilai, RnR Seremban atau RnR Ayer Keroh. Tak pun terus je bersarapan di Taman Mini Asean & Malaysia macam kami.




Taman Mini Malaysia dan Asean



Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Pintu Masuk Taman Mini Malaysia & Asean

Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami dah sampai di destinasi pertama iaitu Taman Mini Malaysia & Asean. 
  • Taman Mini Malaysia dan Asean ini terletak di Ayer Keroh Melaka
  • Sebelum masuk ke Taman Mini Malaysia ni, kami bersarapan dahulu di kedai makan yang terdapat di sebelah pintu masuk Taman Mini Asean ni. Banyak pilihan jadi tak perlu kelam kabut. Ada beberapa restoran / kedai makan.
  • Sekitar jam 10:00 pagi, kami mula memasuki Taman Mini Malaysia ini. Tiket pakej family yang kami beli (2 dewasa + 2 kanak-kanak) turut diberikan kupon makan dan minum. Kalau tahu tadi dapat kupon makan, sarapan kat dalam ni je tadi.
  • Aktiviti utama adalah melawat contoh rumah-rumah mengikut negeri di Malaysia dan juga rumah-rumah negara Asean.
  • Ada 1-2 rumah yang sudah agak uzur dan tidak dijaga rapi. Sayang rumah cantik2 tak dijaga..... Tapi dimaklumkan oleh petugas di situ, Taman Mini Malaysia dan Asean ini dibawah pengurusan baru dan mungkin akan ada sedikit perubahan yang lebih baik.
  • Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Sambil melawat rumah-rumah negeri  yang ada, anak-anak boleh join apa-apa aktiviti yang disediakan (di rumah-rumah tertentu). Kira boleh lah.....
  • Lebih kurang satu jam lebih di dalam ni, dah habis jelajahi semua rumah-rumah tradisional negeri-negeri yang ada di sini kami lawati. 
  • Rumah-rumah Asean, kami tak masuk. Ada beberapa rumah 'negeri Malaysia' yang agak usang... macam tak berapa diselanggara.

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Rumah Negeri Sembilan

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Rumah Johor

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Rumah Johor
Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Main lastik tin di Rumah Johor. Tak silap RM1 untuk 5 ketul batu.

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Dalam Rumah Sarawak


Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Rumah Panjang Sarawak

  • Dan nasib baik Taman Mini ini juga ada sediakan juga tarikan tambahan iaitu menunggang kuda dan kereta kuda. Tak la anak-anak boring sangat. Jadi dapatlah anak-anak rasa menaiki kereta kuda. okey la.... dah penat berjalan, naik kereta kuda pula.

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean

  • Lebih kurang jam 12 tengah hari, sebelum kami keluar dari Taman Mini ni, kami singgah dahulu di gerai untuk kami guna kupon makan/minum yang diberikan kepada kami.
  • Minum dan makan cendol sambil bersantai di bawah pokok.
Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Harga yang dikira murah di sini

Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean


Bercuti Tempat Menarik Melaka Taman Mini Malaysia Asean
Minum dan makan cendol sambil bersantai di bawah pokok.

Harga Tiket Taman Mini Malaysia dan Asean

Tiket Dewasa              = RM 10.00
Tiket Kanak-Kanak      = RM 5.00

Waktu beroperasi adalah dari 10.00am hingga 5.00 pm



Tempat Tarikan Lain di Ayer Keroh Melaka

Selain Taman Mini Malaysia dan Asean ini, terdapat beberapa lagi lokasi tarikan di sekitar Ayer Keroh ini. Semuanya berada berdekatan diantara satu sama lain.

Boleh la ke tempat-tempat berikut jika berkesempatan dan berminat 
  • Zoo Melaka
  • Taman Buaya Melaka
  • World's Bee Museem
  • Melaka Wonderland Theme Park


Zoo Melaka kami tak singgah - tak cukup masa dan anak-anak pun dah pergi Zoo Negara dan Zoo Taiping

Taman Buaya Melaka - Pun kami tak singgah, plannya nak singgah hari kedua masa on the way ke Umang-Umang, tapi anak-anak dah keletihan.

Melaka Wonderland - Memang tak singgah sebab tak plan ke Melaka untuk bermandi manda. Kalau ke sini, memang kena luangkan satu hari. Sama juga kalau ke A Famosa.


World's Bee Museem

Yang ni je kami singgah. Tak tahu macam mana mereka boleh panggil "muzium", sebab tak banyak pameran pun. Kira okey la, sambil tu boleh beli madu yang ada pelbagai jenis.... harga sangat berpatutan. 

Sambil-sambil rasa madu yang ada, boleh la beli. Ikut penerangan yang kerja di sini, madu sini betul punya madu, bukan madu campur gula dll. Boleh percaya apa yang dia cakap dan banyak juga kami beli buat stok.





Boleh pilih nak rasa madu apa...macam-macam jenis madu ada...




Hotel di Melaka : Apartment Amerald Stay

Dari Taman Mini Malaysia, kami terus ke Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka. Nasib tak baik, parking di Dataran Pahlawan dan sekitar penuh. Hari Ahad la katakan, cuti sekolah pulak tu. Jadi kami ke apartment untuk check-in dahulu. 
  • Apartment Emerald Stay hanya 5 minit je dari Dataran Pahlawan, kami terus ke sana. Jarak pun dalam 2 km sahaja.
  • Apartment ni saya booking melalui booking.com pada harga RM 200 sahaja satu malam. Tempah pun tanpa buat bayaran. 
  • Unit ini dilengkapi dengan ruang makan (meja dan kerusi) dan 2 bilik, cukup selesa untuk kami. Wifi juga disediakan oleh tuan rumah.
  • Swimming pool agak cantik
Hotel Murah Melaka Emerald Stay Melaka
Ruang tamu ( Gambar : Sumber booking.com)


Hotel Murah Melaka Emerald Stay Melaka
Salah satu bilik tu ada 2 katil queen ( Sumber booking.com)
Hotel Murah Melaka Emerald Stay Melaka
Satu bilik lagi dengan 1 katil queen 
(Gambar : Sumber booking.com)


Hotel Murah Melaka Emerald Stay Melaka
Swimming pool ... 
bebas anak2 nak mandi manda sebab tak ramai orang.
Hotel Murah Melaka Emerald Stay Melaka
Ini waktu pagi day 2.... baru ada pengunjung lain yang mandi manda




Untuk senarai hotel atau homestay yang agak murah di Melaka, boleh KLIK 

>> Hotel & Homestay Melaka - Recommended by Agoda <<





Restoran Asam Pedas Sedap di Melaka  

Asam Pedas Makan Sedap Melaka


Kalau bercuti ke Melaka ni memang asam pedas adalah antara menu yang di cari.
  • Ada beberapa restoran asam pedas yang agak menjadi tumpuan di sekitar Melaka ini. 
  • Link yang saya kongsikan ini  ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Tempat Makan Best di Melaka, ada senarai restoran asam pedas sekitar Melaka yang menjadi pilihan ramai.
  • Untuk makan tengah hari di Day 1 ini, kami makan di Asam Pedas Claypot Dahliea Ria yang terletak di Jalan Laksamana 6. 
  • Di Jalan Laksamana 6 juga terdapat juga beberapa restoran asam pedas sedap yang lain iaitu 
    • Asam Pedas Pokok Besar
    • Asam Pedas Claypot  
    • Asam Pedas Claypot 2
  • Waktu kami sampai, Asam Pedas Claypot belum dibuka (dibuka sekitar 5 petang hingga malam sahaja). Manakala Asam Pedas Pokok Besar agak ramai orang dan kami pilih yang orang kurang ramai. Kena pilih yang tak crowded sebab kami datang dengan anak kecil (dan nak elak asap rokok).
  • Atau boleh juga ke Restoran Hajjah Mona Asam Pedas yang terletak Jalan Laksamana 2 - juga salah satu asam pedas pilihan di Melaka.
  • Untuk tempat-tempat makan best di Melaka pula, juga saya kongsikan di link di atas.
Asam Pedas Makan Sedap Melaka

Asam Pedas Makan Sedap Melaka



Asam Pedas Makan Sedap Melaka


Asam Pedas tempat Makan Sedap Melaka
Satu barisan dengan Asam Pedas Claypot Dahliea
 juga ada Asam Pedas Claypot 2 dan Asam Pedas Pokok Besar

Asam Pedas tempat Makan Sedap Melaka
Satu barisan dengan Asam Pedas Claypot Dahliea
 juga ada Asam Pedas Claypot 2 dan Asam Pedas Pokok Besar

Asam Pedas tempat Makan Sedap Melaka
 Asam Pedas Claypot juga di Jalan Laksamana 6





Tempat Bersejarah di Dataran Pahlawan dan Bandar Hilir Melaka

Bercuti Tempat Menarik Melaka Dataran Pahlawan
Dataran Pahlawan berlatar belakangkan A Famosa dan  Muzium
Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Hilir ini terutama di Dataran Pahlawan.
Tempat parking agak terhad di Dataran Pahlawan ini. Jangan sesekali parking sesuka hati dan jangan lupa bayar parking. Elakkan kena saman. Jika lot parking penuh boleh cuba park di dalam Dataran Pahlawan Mall. 


Beca Berhias
Di Dataran Pahlawan ini juga terdapat perkhidmatan beca berhias - ada pelbagai beca dengan tema yang berbeza. Boleh la pilih nak naik beca mana yang berkenan. Seronok naik beca di Melaka ni dan tak la letih nak menapak jauh ke tempat yang kita nak tuju. Cuma kena bayar la. Harga boleh kata semua sama dan bergantung kepada lokasi / pakej yang kita pilih.

Perkhidmatan beca berhias ni ada dikebanyakan tempat-tempat tarikan pelancong di Melaka ni, sama ada siang dan malam.




Bercuti Tempat Menarik Melaka Dataran Pahlawan Beca Melaka
Beca yang kami pilih (anak-anak yang pilih)
Beca akan melalui jalan yang sama di gunakan kenderaan lain, 
cuma ada sesetngah tempat hanya beca yang boleh lalui jalan tersebut..


Di Dataran Pahlawan ini terdapat beberapa tempat bersejarah menarik , diantaranya; 
  • Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (Proclamation of Independence)
  • Muzium Istana Kesultanan Melaka
  • A Famosa
  • Bangunan Stadhuys ( Bangunan warna merah tu)

Selain 4 tempat bersejarah di atas, ada juga tarikan seperti  :
  • The Pirrate Adventure
  • Melaka Alive
  • Muzium Maritim
  • Muzium TLDM
  • Muzium Dunia Islam Melaka
  • Menara Taming Sari
  • Melaka River Cruise.
Untuk gambar-gambar di sekitar Dataran Pahlawan ni, Mat Drat kongsikan di entry berikutnya.  ðŸ‘‰ðŸ‘‰  Bercuti ke Melaka - Part 2 : Dataran Pahlawan




Masjid Selat Melaka

Sunset Indah Masjid Selat Melaka
Menjelang Maghrib. 
Di Melaka ni sebenarnya memang banyak terdapat masjid dengan senibina dan senireka yang unik dan cantik terutama masjid-masjid lama. Masjid-masjid lama di Melaka ni banyak yang dipengaruhi dengan senibina orang Cina, jadi sesetengahnya berbentuk dan bercirikan pagoda.  Itu bab masjid lama. 

Tapi yang ni Mat Drat nak share beberapa keping gambar masjid yang baru di bina, iaitu Masjid Selat. Nak kesini, guna sahaja WAZE

Mat Drat datang ke Masjid ini sewaktu solat Maghrib untuk melihat keindahan sewaktu sunset. Dan pagi-pagi esoknya pula Mat Drat kesini lagi untuk melihat keindahan pemandangan pada waktu subuh / sunrise. 

Photographer memang suka ambil gambar pemandangan di masjid ini.


Sunrise Indah Masjid Selat Melaka Matahari Terbit
Matahari terbit. 7.00am lampu akan dipadam

Sunrise Indah Masjid Selat Melaka Matahari Terbit
Kena standby nescafe...mengantuk menunggu sehingga pagi. 
Ni dah pukul 7am lebih

Sunrise Indah Masjid Selat Melaka Matahari Terbit





Melaka River Cruise


River Cruise Sungai Melaka River
River Cruise Sungai Melaka / Melaka River
  • Selesai merakam gambar suasana sunset di Masjid Selat, Mat Drat bawa anak-anak menyusuri Sungai Melaka pula dengan Melaka River Cruise.
  • River Cruise Sungai Melaka ni antara tarikan yang agak baru di Melaka. Selepas diperkenalkan beberapa tahun dahulu, boleh la dikatakan ia antara yang menjadi tumpuan pengunjung.
  • Kena beratur sedikit (lebih kurang 35-45 minit) terutama jika musim cuti sekolah. Orang agak ramai tetapi bot juga agak banyak yang disediakan, jadi tidak lah berdiri lama untuk beratur. Kira okey la...
  • Satu pengalaman menarik, pemandangan agak cantik diwaktu malam apabila kebanyakan bangunan disepanjang sungai dihiasi dengan lampu-lampu.
  • Kalau yang pernah naik river cruise di luar negara tu, jangan la compare pula dengan River Cruise luar negara.
  • Bot cukup besar walaupun tidaklah sebesar seperti River Cruise di Paris (yang Mat Drat pernah naik). Bila bot tidak terlalu besar, percikan air boleh terkena kita. Emmm....air sungai sini agak berbau. !!

Orang kata :

👉 Naik cruise waktu siang akan nampak banyak lukisan moral yang cantik di dinding kedai disepanjang Sungai Melaka.
👉Naik cruise waktu malam pula akan nampak kecantikan lampu-lampu bangunan disepanjang sungai.

👉 Jadi Mat Drat pilih river cruise waktu malam.


River Cruise Sungai Melaka River
Kena beratur ye. 
Tapi beratur malam tidak la panas sangat berbanding siang!!


River Cruise Sungai Melaka River
Menunggu untuk naik ke bot



River Cruise Sungai Melaka River
Bot yang agak banyak.

River Cruise Sungai Melaka River
Antara pemandangan di River Cruise Melaka

River Cruise Sungai Melaka River
Antara pemandangan di River Cruise Melaka


River Cruise Sungai Melaka River
Antara pemandangan di River Cruise Melaka

Beca lebih "meriah' pada waktu malam







Selesai menyusuri sungai Melaka, kononnya nak bawa anak-anak ke Menara Taming Sari pula....tapi anak-anak dah lapar dan barisan nak naik agak panjang. Jadi, Mat Drat bawa anak-anak makan dahulu. Siap makan, anak-anak kecil seperti dah kehilangan tenaga dan mulai mengantuk..... Senang cerita, terus balik ke apartment dan tidur.



Day 2

Esoknya seperti yang Mat Drat kongsikan di atas, pagi-pagi Mat Drat dah terpacak di Masjid Selat, sebelum subuh lagi. Sekitar 7 lebih baru belikan sarapan untuk anak-anak dan bersarapan di Homestay Kondo Emerald Stay sahaja.

Seperti biasa, bagi anak-anak mandi swimming pool dahulu sebelum check-out.



Perhentian Kuih Kampung / Asam Pedas Pak Man  


Sebelum ke destinasi seterusnya, Mat Drat dan keluarga makan tengah hari di Warung Kuih Kampung. Juga dikenali sebagai Perhentian Kuih Kampung. Sama lokasi / kedai dengan Asam Pedas Pak Man.

Selain banyak kuih-kuih tradisional, juga terdapat asam pedas. Dan menu tengah hari untuk hari ini, masih asam pedas.  Untuk anak, ada juga yang dah beralih arah ke nasi ayam yang turut dijual di sini.Restoran Asam Pedas 

Selesai makan di Warung Kueh Kampung, kami sambung bersiar-siar di Dataran Pahlawan. Melawat tempat yang tak sempat dilawati petang semalam.

Seterusnya kami ke Ayer Keroh. Di situ tedapat Zoo Melaka, Taman Mini, Taman Buaya dan World's Bee Museem. Kami hanya habiskan masa di World Bee Muzium. 







Batu Berendam Coconut Shake

Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam


Untuk yang teringin makan coconut shake di Melaka, ada dua tempat yang agak viral / terkenal iaitu Klebang Coconut Shake dan Coconut Shake Batu Berendam.


Klebang Coconut Shake terletak di sekitar Bandaraya Melaka ni, tak jauh dari Bandar Hilir. Jarak dari Bandar Hilir dalam 5-6 km sahaja. Hari pertama di sini (semalam), kami nak singgah tetapi pelanggan agak ramai. Nak singgah di hari kedua pula, perut masih kenyang selepas makan di Warung / Perhentian Kueh Kampung.


Coconut Shake Batu Berendam
Jadi kami terus bercadang merasa coconut shake di Batu Berendam sahaja sewaktu otw ke Umang-Umang.


  • Coconut Shake Batu Berendam sudah pastinya terletak di Batu Berendam. Boleh makan di bawah khemah / gerai atau di lot kedai.
  • Selain menu utamanya coconut shake, juga terdapat menu-menu lain yang menjadi pilihan seperti keropok lekor, laksa, mee dan yong tou fu.
  • Air kelapa dan air mata kucing dalam jag adalah free flow..minumlah puas-puas.
  • Jangan lupa singgah di Gerai Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam yang terdapat disebalahnya.

Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam
Pilih pilih 



Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam
Tengok stok kelapa yang ada....!!!



Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam
Boleh kata sentiasa penuh terutama hujung minggu


Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam
Tak cukup di Khemah, boleh ke lot kedai... bersebelahan sahaja.
Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam
Air kelapa atau mata kucing ni percuma...
don't worry


Tempat Makan Sedap Best Melaka Coconut Shake Batu Berendam Kuih Keria Antarabangsa
Gerai Kuih Keria.... memang kena beratur kalau nak beli.



Selesai makan dan minum di Coconut Shake Batu Berendam, kami terus ke Umang-Umang yang terletak di Kuala Linggi Melaka.


Bersambung di entry berikutnya untuk lokasi Dataran Pahlawan 
👉👉  Bercuti ke Melaka - Part 2 : Dataran Pahlawan

👉👉  Umang-Umang Melaka


~Mat Drat~

Tajuk-tajuk lain untuk Trip Melaka
👉👉 Tempat-Tempat Menarik di Melaka
👉👉 Tempat Makan Best di Melaka
👉👉 Senarai Hotel dan Homestay di Melaka - Recommended by Agoda


Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

1 comment:

  1. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat melaka ni bang...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.