Wednesday, 7 December 2016

Ikan Bilis Kimanis - Kisah seorang penjual yang setia!!

Ikan Bilis Kimanis



Entry ini saya cuma ingin berkongsi kisah saa dan isteri dengan seorang penjual ikan bilis di Kimanis. Kisah yang sangat bermakna dan memberi pengajaran kepada kami.

Kisah yang saya dan isteri akan ingat... perkataan 'nanti' yang kami sebut merupakan satu kata yang dianggap janji yang perlu ditepati oleh adik si penjual itu.

Kami dalam perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu pada hari itu menuju ke rumah adik ipar saya. Kami berhenti di sebuah gerai menjual ikan bilis di Kimanis. Gerai pertama yang kami jumpa dan terus kami berhenti. Kami tak tahu pun nama tempat ni Kimanis asalnya. Itupun adik penjual tu yang bagi tahu nama kawasan ni Kimanis.

Pada asalnya dalam perjalanan tu kami menanti-nanti jika terserempak dengan gerai-gerai yang menjual buah-buahan di tepi jalan untuk kami beli dan bawa ke rumah adik ipar saya sebagai buah tangan. Maklumlah adat kita kalau ke rumah orang, kena la datang dengan sedikit buah tangan... lagi-lagi dari jauh datang. Kesilapan kami tadi tak beli awal-awal di Kota Kinabalu. Tak teringat pada masa tu.

Lagi pun, pada sebelah malamnya nanti akan diadakan majlis tahlil untuk anak adik saya. Jadi rasanya kami beli sedikit buah-buah untuk dijamu kepada tetamu.





Ketika kami melalui kawasan Kimanis, kami ternampak gerai ditepi jalan. Terus saya berhentikan kereta. Boleh kata gerai yang pertama menjual pelbagai barangan dan makanan yang kami temui setelah jauh memandu. 

Tapi sangkaan kami meleset, ingatkan gerai menjual buah-buahan tetapi hanyalah gerai menjual ikan bilis dan ikan kering. Dah alang-alang berhenti, kami turun melihat dan bertanya harga yang dijual. Lagi pun boleh la kami bandingkan dengan harga ikan bilis di Kota Kinabalu. 

Berlonggok-longgok ikan bilis yang dijual , pelbagai kategori yang ada...bilis belah dua, belah empat, tak dibelah, bilis besar, bilis halus dan macam-macam lagi. Udang kering dan ikan kering juga ada.

Nampaknya harga ikan bilis di sini sedikit murah berbanding di Kota Kinabalu. Tetapi kami tidak terus membeli kerana kami tidak tahu rasa dan kualiti ikan bilis di sini. Bab kualiti ni kami kena tanya orang di sini dahulu sebelum kami beli dengan kuantiti banyak, lagi pun harga yang di jual ni pun kami belum tahu murah atau sama dengan gerai-geri yang terletak bersebelahan dengan gerai ini. 

Tambahan pula tempahan ikan bilis yang diambil untuk jiran-jiran adalah berdasarkan harga ikan bilis di Kota Kinabalu (kebanyakannya ikan bilis dari Tawau), jadi tidak bolehlah saya beli bilis dari Kimanis ini untuk yang telah ditempah oleh jiran-jiran.

Kami ni terlebih peramah sebenarnya, agak lama juga kami di situ bertanya dan berbual. Deal harga untuk dua tiga kategori ikan bilis - tapi saya kata belum confirm akan beli kerana masih menunggu tempahan baru.. Oleh kerana banyak berbual, rasa sedikit keberatan untuk beredar tanpa membeli apa-apa sebenarnya. Terpaksa la kami beri alasan kepada penjual tu, yang kami sebnarnya ingin cepat ke Kuala Penyu dan akan singgah semula dalam perjalanan balik dari Kuala Penyu nanti. Lagi pun kami kata order baru untuk ikan bilis di Kimanis  ni belum dapat. Wife pun baru whatsapp ke beberapa group untuk buka tempahan bilis dari Kimanis ini. 

Untuk lebih menyedapkan suasana, kami bertanya jam gerai ni akan diutup. Adik si penjual tu kata biasanya dia tutup kedai sekitar jam 8 malam. Saya pun kata memang cantik la tu, kami jangka akan bertolak balik ke Kota Kinabalu sekitar jam 6.00-6.30 petang dari Kuala Penyu dan mungkin akan sampai semula di gerai dia sekitar jam 8 malam. 

"Tunggu ye...." saya kata. Ini pun saya kata secara santai sahaja.... biasanya penjual pun faham, ini ayat nak lepas diri untuk tak beli.

Dalam hati terdetik "kalau tutup pun tak apa sebab kedai lain banyak lagi dihadapan, berderet gerai-gerai menjual bilis dan harga pasti sama je"

Nak jadi cerita sewaktu kami bergerak ke kereta, sebuah lori kontena lalu dengan laju dan menyebabkan kayu penahan khemah gerai adik ni jatuh bersama khemah. Jatuh pula betul-betul bersebalahn dan hampir dengan kereta kami....sikit sahaja lagi nak kena bonet depan kereta.

Kelam kabut kami serta dia dan makciknya datang ke kereta kami untuk melihat jika terkena kereta kami. Alhamdulillah tak kena, sedikit je lagi.

Dua tiga kali di berkata "mati la aku kalau kena kereta tadi". Takut dan 'cuak' sungguh dia. 

Saya balas untuk menenangkan dia... "jangan risau la... kalau kena awak tak 'mati' pun, kami ni  yang 'mati' nak bayar caj kepada tuan kereta".

Saya sebenarnya betul-betul bersyukur kayu dan khemah tadi tak kena kereta. Kalau kena kereta tu, memang sah-sah melayang beratus ringgit kena bayar gantu rugi kepada tuan punya kereta. 

Takkan nak minta duit dengan adik penjual tu. Dia pun cari makan dengan jual bilis sahaja, siap makcik dia yang sudah berumur temankan sekali dan dua orang anak kecil dia pun dia bawa. Sewaktu kami singgah tu pun, dua orang anak kecil dia sedang makan nasi dengan bekalan yang dia bawa dari rumah. Teringat kami kepada anak-anak kami yang kami tinggal di rumah. hu hu hu


Berkejar mreka berdua takut tiang dan khemah hempap kereta sewa kami.

Risau sungguh dia khemah tu jatuh lagi

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu. Kami tak singgah la pula di gerai berdekatan gerai dia, tak manis la sebab tadi kami kata nak cepat ke Kuala Penyu. 

Setelah memandu seketika dan gerai dia hilang dari pandangan, kami berhenti di deretan gerai lain. Dua gerai yang kami singgahi, harga yang diberikan kepada kami agak mahal berbanding harga adik tadi berikan. Kesimpulan saya buat, gerai adik tadi memang tawarkan harga yang cukup murah. Mungkin kami ni mulut manis sikit kot masa membeli.... tu dapat harga sedikit murah.

Jadi selepas bandingan harga, tempahan baru ikan bilis yang akan diterima nanti kami kena beli dari gerai adik tu. Jika beli dari gerai lain, margin kami akan kurang atau mungkin kami kena jual pada kos. Dah dikira tolong beli tanpa sebarang untung... bukan meniaga lagi.






Balik dari Kuala Penyu

Sekitar jam 6.15 petang selepas menikamati suasana sunset di Pantai Batu Luang Kuala Penyu, kami memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu. Nasib tak berapa baik petang tu kerana cuaca tidak berapa cantik, jadi suasana sunset tidak berapa memukau. Kalau suasana cantik tu, memang lagi lambat la kami bergerak balik ke Kota Kinabalu.

Perjalanan dari Kuala Penyu memang agak sunyi terutama dari Kuala Penyu menuju ke jalan utama (Jalan Beaufort-Kota Kinabalu).

Apabila tiba di jalan besar  (Jalan Beaufort - Kota Kinabalu) di kawasan Kimanis, hari sudah gelap gulita. Pada waktu tu walaupun jam baru menunjukkan 7.30 malam tetapi di Semenanjung seperti dah 8.30 malam. Memang sudah  gelap waktu ni.

Gerai-gerai menjual ikan bilis yang banyak kelihatan siang tadi, semuanya telah ditutup. Gelap gelita semuanya. Gerai adik tadi pula terletak di hujung sekali....  pasti dah tutup juga.

Isteri saya agak terkilan kerana tak dapat beli ikan bilis di sini, tempahan telah diambil tapi ikan bilis tak dapat. 

Untuk menyedapkan hati dia, saya patah balik kebelakang kerana tadi saya ada perasan ada satu gerai yang masih berlampu walaupun dah tak nampak penjualnya tadi.

Dan rezeki kami, walau pun gerai tu dah macam ditutup ( penjual tak ada dan ikan bilis telah ditutup dengan plastik), ada rumah berdekatan dengan gerai tu. Mesti rumah tuan gerai tu sebab satu gerai sahaja di kawasan ini dan rumah tu sahaja yang ada.

Hampir 10 minit kami memanggil, baru tuan rumah keluar. Itupun puas kami memanggil di pintu hadapan dan pintu belakang rumah dia. Rumah besar la katakan....

Tapi nasib kami kurang baik, kualiti ikan bilis namaknya tak berapa cantik dan harga pula mahal dari gerai adik yang kami singgah mula-mula siang tadi. Kalau kami beli untuk tempahan baru, memang kami kena naikkan harga sebab dia jual memang mahal. Kalau tak naikkan harga, kami kena jual pada harga rendah dari harga kami beli.

Tapi sebagai menjaga hati penjual tu yang bersusah payah keluar rumah dan membuka semula gerai, kami beli juga la 2 kilo ikan bilis. Okey la ....2 kilo.

Kemudian kami meneruskan perjalanan, dan memang gerai-gerai selepas tu pun semuanya telah ditutup. Dalam hati nasib baik berhenti dan beli, dapat juga la rasa ikan bilis Kimanis.

Saya ada juga meluahkan ketidak puas-hatian  kepada adik tadi sebab dia kata gerai disini tutup dalam pukul 8 malam. Tetapi bila kami melalui di kawasan ini jam 7.30 malam, semua gerai dah tutup. 

Nampaknya tak dapat la kami memenuhi tempahan ikan bilis untuk jiran-jiran dan rakan-rakan.

Ketika betul-betul di penghujung kawasan Kimanis ni, kami perasan ada satu gerai ikan bilis yang masih bercahaya. Dua gerai lain disebelahnya telah gelap. Secara spontan isteri saya berkata 
"abang, tu gerai adik tadi la".

Terpaksa saya buat u-turn sekali lagi dan berhenti di kedai adik tadi.

Rupa-rupanya dia dah nak tutup gerai dia tetapi dia terpaksa tunggu sebab kami kata kami nak singgah. Terus saya dan isteri berpandangan.... seakan memahami persaan antara satu sama lain pada waktu tu. 

Dia percaya yang kami akan singgah semula walaupun makcik dia yang agak tua tu ajak balik sebab hari dah gelap. Anak-anak dia pun dah keletihan.Kesihan pula saya tengok. Memang rasa terharu masa tu sebab kami lihat barang-barang dan bekas bekalan makanan dia dah kumpul tepi jalan untuk di bawa balik. Memang betul-betul dia menunggu kami.

Rezeki adik tu, memang banyak juga kami borong ikan bilis dan ikan kering dari dia. Kira tak sia-sia lah dia tunggu kami.



Ikan Bilis Kimanis
Gerai dia ni je yang buka lagi ...menunggu kami

Ikan Bilis Kimanis

Ikan Bilis Kimanis
Seekor ni kami beli...ikan talang kering


Sebelum balik, saya sempat pesan kat dia nanti cari FB saya dan baca kisah yang saya akan post di FB. Memang biasanya kalau saya kemana-mana dan ada pengalam yang agak menarik, saya kan kongsikan di FB.

Sesungguhnya ini merupakan satu pengajaran sangat berharga untuk  kami berdua... Jangan mudah menabur janji jika tidak bersungguh untuk menepati.



Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment