Saturday, 13 June 2020

Arab Saudi Pertimbang Tangguh Ibadah Haji



Arab Saudi Pertimbang Tangguh Ibadah Haji

Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah umumkan pendirian kerajaan Malaysia mengenai ibadah haji pada tahun ini di mana Malaysia akan menangguhkan penghantaran semua untuk  menunaikan ibadah haji.

Arab Saudi tangguh Ibadah Haji...??

Satu laporan dari Financial Times, Arab Saudi sedang mempertimbangkan untuk membatalkan ibadah haji tahunan tahun ini kerana wabak coronavirus.

Haji, adalah ibadah wajib bagi semua umat Islam (yang berkemampuan)  melakukan perjalanan menjalankan semua rukun haji di Makkah. 

Ibadah Haji ini juga adalah satu perhimpunan keagamaan terbesar di dunia, di mana hampir sekitar 2 juta orang berkumpul pada satu masa.

Ibadah Haji tahun ini dijangka akan berlaku pada 29 Julai - 4 Ogos, di mana pada tarikh ini semua umat Islam akan berada di Makkah.

Kita harus ingat, kebanyakkan jemaah Haji juga biasanya akan di 3 bandar utama iaitu Makkah, Madinah dan Jeddah (airport) dan purata mereka akan berada di Arab Saudi adalah melebihi 2 minggu.

Jemaah Haji dari Malaysia (pakej Muhassasah) puratanya pula akan berada sebulan di sana.

Setelah penangguhan acara besar lain seperti Olimpik Tokyo 2020, adakah Arab Saudi akan turut membatalkan haji tahun ini untuk membantu mengekang penyebaran koronavirus, akan kita tahu dalam minggu ini.


Financial Time menyatakan
......Officials are considering different scenarios and a “decision will be made within one week,” a senior official from the Saudi Ministry of Hajj and Umrah ministry told the newspaper. ......


Awal April tempoh hari, Kerajaan Arab Saudi juga telah menasihatkan supaya umat Islam membuat penangguhan persedian Ibadah Haji


Status Statistik Coronavirus di Arab Saudi 

Arab Saudi sebenarnya sedang terkesan dengan peningkatan semula secara mendadak kes Covid-19 selepas mereka melonggarkan sedikit 'lockdown' di sana. 

31 May lalu, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan semula solat berjemaah di Masjid, domestik travelling dibenarkan semula dan sektor ekonomi banyak yang dibuka kembali. 

Kurang 2 minggu selepas itu, kes meninggkat semula dan kerajaan Arab Saudi terpaksa mengetatkan kembali perintah Lockdown di Jeddah.

Riyadh merupakan bandar yang paling teruk terkesan dengan bilangan kes tertinggi di sana. Manakala Jeddah ke-2, Makkah ke3 dan Madinah ke 4 bilangan kes tertinggi di sana.


Kesan Ekonomi Penangguhan Ibadah Haji kepada Arab Saudi 

Ibadah Haji juga merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan Arab Saudi dan juga kepada sektor ekonomi di sana. Penangguhan ibadah haji ini pasti akan turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga di sana dan juga kepada kerajaan Arab Saudi itu sendiri.

Mereka juga sudah terkesan dengan penangguhan Ibadah Umrah, kemudia kejatuhan harga minyak yang mendadak bulan lalu. Jadi penangguhan ibadah haji ini juga pasti akan menambahkan lagi kesan kepada perniagaan dan ekonomi mereka di sana.




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Ibadah Haji Tangguh : Maysia Tangguh Ibadah Haji 1441 ke Tahun Hadapan



Tabung Haji Arab Saudi Malaysia Tangguh Ibadah Haji 1441 ke Tahun Hadapan
Add caption


3 hari lepas kerajaan memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim tahun ini (1441 Hjirah) ditangguhkan.

Kira Ibadah Haji batal untuk semua pakej sama ada yang pergi dengan Tabung Haji atau pihak swasta lain. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Datuk Seri Dr Zulkifli turut berkata, perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

Pasti berita dan keputusan kerajaan ini agak berat diterima oleh sesetengah kita tetapi Mat Drat percaya inilah keputusan terbaik setakat hari ini.


Keselamatan nyawa adalah lebih utama buat masa ini dan Arab Saudi juga masih belum memberikan kata putus sama ada Ibada Haji 1441 akan diteruskan atau tidak.

👉👉
 

Bakal haji yang telah terpilih sebelum ini, perlu banyak bersabar dan redha dengan keputusan ini. 

TH juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan solat lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H ini. Sudah pasti mereka yang terlibat dengan penangguhan ini akan ditawarkan tempat pada tahun hadapan. 

Sama sama lah kita berdoa semoga pandemic covid19 ini segera berakhir, bukan sahaja di Malaysia, malahan di Arab Saudi dan sekuruh dunia juga. 

Berakhirnya pandemic ini nanti, maka kita dapatlah lihat kembali 2 masjid utama iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil  Nabawi di Madinah dibuka semula

Sebelum ini,  pada Mac lalu telah kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan penangguhan ibadah umrah. Sehingga kini, penangguhan ibadah umrah turut masih berkut kuasa.

Kita boleh lihat, sejak 3 bulan yang lalu suasana Mataf di Masjidil Haram adalah lengang. Selama ini, boleh dikatakan manusia tidak pernah berhenti tawaf mengelilingi Kaabah 24 jam sehari, tanpa henti. 

👉👉  Arab Saudi Tangguh Ibadah Umrah


Datuk Seri Dr Zulkifli juga berkata, beliau juga telah bertemu dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia semalam bagi menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadat haji bagi Malaysia, untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.

Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka pada tahun ini adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.


👉👉 Indonesia Tangguh Ibadah Haji


Sekali lagi, marilah kita sama sama berdoa semoga pandemic covid19 ini segera berakhir di seluruh dunia. Berakhir pandemic ini, daptlah kita kembali beribadah di Masjid dan dapatlah umat Islam menunaikan kembali ibadah Umrah dan Haji.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 





Berjaya Tioman Resort Di Tutup


Berjaya Tioman Resort Tutup Close


Berjaya Tioman Resort Tutup

Berjaya Tioman Resort akan mulai di tutup pada 16 Jun 2020 ini.  Resort yang berusia 50 tahun ini, sebenarnya turut terkesan dengan Pandemic Covid 19 yang melanda dunia dan juga Malaysia.

Semua tahu yang Covid 19 ni betul-betul memberi impak kepada Tourism Industry, bukan shj kat Malaysia malahan seluruh dunia.

Tahun ni pun, semua resort dan hotel dah macam tak dapat beroperasi sepenuhnya, dengan SOP PKP yang perlu dipatuhi dan juga 'sentimen' kaki traveller / pelancong itu sendiri. 

Resort ni pasti turut terkesan lagi-lagi ia memang banyak juga terima pelancong dari luar negara, terutama Singapore, Jepun dan China. (Pemerhatian sewaktu trip saya hari tu).

Dan pihak management ambil keputusan untuk tutup resort ni untuk Major Renovation, dah alang-alang tak dapat beroperasi sepenuhnya dan pelancong yang semakin berkurangan. Ye la, usia resort ni pun dah lebih 50 tahun. 

Kenangan

Yang pernah ke Pulau Tioman, terutama yang menginap di resort ni pasti akan teringat keindahan pantainya dan kedamaian suasana di sini. 

Gambar2 kenangan di sini, sewaktu Mat Drat ber'kampung' 4H3M di sini setahun lalu pasti akan terpahat di memori selamanya. 

Mana tidaknya, bagi Mat Drat pengalaman bercuti di sini cukup indah... antaranya
 
.. Resort yang sangat tenang. Sangat tenang.
.. Sunset yang sangat indah ketika mentari mulai terbenam dengan pemandangan Pulau Rengis. 
.. Berbasikal mengelilingi resort ni pun cukup relaxxx, boleh jumpa kubur lama di dalam kawasan resort ni. he he he.. Respek la, mereka tak alihkan pun kubur lama ni. 
.. Jika siang dah tenang, malam pasti lagi tenang. Kebetulan waktu tu bulan terang dan 'bulan penuh' Memang cantik... Mat Drat dah jadi macam Pungguk Rindukan Bulan, hampir 2 jam melihat keindahan bulan penuh malam tu, sorang-sorang je tepi pantai.
.. Aktiviti snorkeling pun memang best. Sangat2 best trip yang disediakan oleh resort ni hari tu. Best dari pengalaman Mat Drat di Pulau Perhentian dan Pulau Pangkor . Best sebab dapat lihat hidupan laut dan coral yang sangat cantik.

Baru je berangan-angan nak repeat ke sini untuk trip local tahun ni, tapi tak ada rezeki. Takpe, kita tunggu Berjaya Tioman Resort - Malaysia dengan wajah baru.

SUASANA RESORT






SUNSET










PUNGGUK RINDUKAN BULAN









SNORKELING































Jaga Staff

4H3M trip hari tu, nampak singkat tapi cukup Mat Drat 'respek' dengan resort ni sebab dari pemerhatian hari tu Mat Drat nampak macam mereka jaga betul-betul staff mereka.
... ramai penduduk tempatan (Penduduk Pulau Tioman) yang bekerja di sini. Lama bekerja, maknanya seronok la tu kan bekerja...
... Dah jadi macam satu perkampungan, kawasan penginapan pekerja mereka di sini. Seronok bila petang dapat tengok anak-anak (rasanya sebilangan besar anak-anak staf) bermain bolah di padang di resort ni.

Oh ye, Mat Drat di sambut oleh orang tempatan sewaktu tiba di Jetty, dia lah yang bawa kami denga ke resort dengan coster, di pondok guard juga orang tempatan yang tunggu. Safety officer (pangkat pakcik dah rasanya), yang bagi briefing keselamatan sewaktu kami tiba juga macam orang sini. Dan tekong bot yang bawa trip snorkeling juga orang tempatan. Jadi banyak jasa resort ni kepada penduduk Pulau Tioman rasanya.

Jadi Mat Drat tak hairan bila mereka umumkan di FB officaial mereka, yang pihak management akan berikan pampasan sewajarnya kepada mereka (staff) yang terkesan. Dan mereka akan turut ditawarkan peluang untuk new employment nanti apabila kerj-kerja ubahsuai selesai.

Sebenarnya banyak juga kisah Mat Drat dapat masa berbual dengan tekong bot yang bawa kami untuk trip snorkeling hari tu. Macam-macam kisah, bukan pasal resort ni je, pasal Pulau Tioman juga.

Sebab tu kalau travel atau bercuti ke mana mana, Mat Drat seronok bergaul dan 


Pengalaman setahun lalu menginap di sini, di Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort, ni memang sangat-sangat seronok... 

Mat Drat kongsikan sebahagian gambar kenangan dan juga link blog entry... 
(mana tahu ada yang pan nak ke Pulau Tioman, boleh la baca)





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Tuesday, 26 May 2020

SYOK SHOPPING DI PG MALL : GUNA MAYBANK QRPAY DAPAT 20% CASHBACK

PG Mall Shopping Murah

PG MALL 

Bagi yang biasa shopping online, pasti PG Mall tidak asing bagi mereka. Mana tidaknya,  PG Mall ni merupakan Platform E-Commerce nombor 1 di Malaysia. 

Ditubuhkan pada tahun 2017, kini PG Mall berada di TOP-3 senarai platform shopping online berdasarkan insight report yang dikeluarkan oleh Iprice.

PG Mall Top Online Shopping Malaysia
insight report dari  iPrice


Yang lebih membanggakan, PG Mall ni merupakan satu-satunya penyedia platform e-commerce (perdagangan online) tempatan. 

Shopping Online - New Norm

Semua sedia maklum, jualan secara online (e-commerce) memang agak besar nilainya di Malaysia dan terus meningkat saban tahun.

Tahun 2020 ini pula, khususnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) ni dilaksanakan, aktiviti shopping online ni meningkat berkali ganda. Rata-rata rakyat Malaysia mengurangkan aktiviti luar dan lebih suka membeli belah di atas talian (shopping online). Mat Drat pun sama seperti orang lain..... banyak beli online sahaja sekarang ni.

Syok Shopping Online ni sebab.....

Boleh kata semua orang suka shopping online ni, antara sebabnya yang menjadikan shopping online ni terus 
- lebih memudahkan, hanya pilih - klik - bayar - terima barang.
- senang buat perbandingan tanpa perlu ke sana ke sini.
- jimat masa, boleh dilakukan bila-bila masa.
- jimat kos pengangkutan, jimat duit petrol, parking dan tol.

PG Mall Rebate Diskaun Discount Kupon


Shopping di PG Mall Guna Maybank QRPay - Lebih Gempak dan Syok

Betul, shopping online tu dah memang syok. Nak syok lagi, shopping sahaja di PG MALL. Pasti akan rasa lebih gempak dan bertambah syok.

Mat Drat sekarang suka shopping di PG Mall ni sebab kita boleh guna Maybank QRPay semasa buat bayaran. PG Mall ni satu-satunya platform shooping online di Malaysia yang terima pembayaran secara e-wallet.

Yang ada akaun Maybank tu, gunalah QRPay masa buat bayaran sebab bila kita guna QRPay ni, kita :
  1. Dapat 20% diskaun (capped at RM20) dengan belian minima RM 30
  2. Dua kali penggunaan sewaktu tempoh promosi Maybank QRPay sekarang ni.
Kira shopping di PG Mall dengan Maybank QRPay ni macam kita dapat Durian Runtuh la. Dua kali diskaun RM20, kira dah dapat RM 40. Banyak jimat tu...

Ingat : Prmomosi Maybank QRPay ni hanya untuk tempoh 4 May - 26 Jun 2020.

Forever Cashback (sehingga 3.5%)

Ini pun syok juga, refer link kepada kawan dan dapat 'cashback'. Inilah lagi satu sebab Mat Drat suka shopping di PG Mall ni. He he he, dah la jimat, dapat diskaun, sekarang dapat cashback pulak tu... 

Konsep 'Consumerchant Concept' yang PG Mall kenalkan ni senang sangat dan menguntungkan kita. 

kita hanya perlu
Share referral link kepada kawan
kita dapat 
Cashback selamanya sehingga 3.5%



Senang je nak dapat Cashback.
Lepas shopping di PG Mall tu, share la link kepada kawan-kawan kita. Nanti bila kawan-kawan register melalui link kita, setiap kali mereka shopping maka kita akan dapatlah 'cashback'.  

Lagi ramai kita refer dan lagi ramai sign melalui kita, maka makin banyaklah 'cashback' yang bakal kita dapat. Duit senang ni..... Cepat daftar dan refer kepada kawan-kawan kita.

Maklumat lanjut mengenai program / konsep 'Consumerchant Concept' ni, boleh di dapati di https://pgmall.my/consuMerchant-concept

Cepat, daftar akaun di sini >> Daftar Akaun PG Mall


Jangan lupa layari laman web rasmi PGMall dan juga laman sosial PG Mall

Website : www.pgmall.my


#PGMall #onlineshopping #shopping  #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform
#MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline # Shopfromhome

~Mat Drat~

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Wednesday, 8 April 2020

Lockdown Seluruh Asia Kerana Covid-19 : Berapa Lama ?

Lockdown italy usa malaysia spain france uk germany indonesia
Lockdown Seluruh Dunia

LOCKDOWN

Malaysia masuk Day-22 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) / MCO (Movement Control Order). 

Boleh lah kita katakan PKP ini seperti 'partial lockdown'. Kebanyakan negara lain juga sekarang ini menggunakan kaedah 'partial lockdown' bagi mengawal dan membendung penukaran wabak Covid-19 ini.

Baca untuk tahu beza Lockdown dan Curfew
👉👉 Beza Lockdown dan Curfew



Kemelesetan Dunia
Sehingga hari ni, boleh kata hampir 2/3 penduduk dunia sedang di 'lockdown' di rumah masing-masing. Seakan-akan eknomi dunia terhenti seketika. 

Bukan sahaja ekonomi sebenarnya, aktiviti harian manusia sejagat juga seakan terhenti. Besar hikmat disebalik kejadian ini untuk kita fikirkan.

Ingat: Aktiviti ekonomi yang terhenti dan Covid-19 ini diramalkan akan menyebabkan dunia mengalami kemeresetan ekonomi yang teruk. Lebih teruk dari kemelesetan dunia 1998 atau pun kemelesetan eknomi dunia selepas Perang Dunia ke-II
👉👉 Sejarah Kemelesetan Dunia 


Mari kita lihat sebahagian 'lockdown'  yang dijalankan di seluruh dunia sekarang ini.


MALAYSIA

⊳ PMP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula pada 18 Mac 2020.
⊳ Fasa bertama selama 2 minggu, 18 Mac- 31 Mac,
⊳ Kini disambung ke fasa sehingga 14 April 2020.
⊳ Tempoh kuatkuasa : 4 minggu.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 18 Mac : 790 kes
  • Selepas 3 minggu -7 April : 3,963 kes 
  • Selepas 4 minggu -14 April : ------ Kita tunggu


  ASIA  
Sebelum Malaysia menjalankan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau 'partial lockdown), Malaysia di kedudukan ke-5 Asia mengikut bilangan kes selepas China, Iran, Korea Selatan dan Jepun.

Selepas 3 minggu lebih, Malaysia sudah berada di kedudukan ke 9 dikalangan negara Asia.

Kita lihat juga, bilangan kes di Malaysia meningkat hanya 3,183 kes berbanding  India  5,351 kes dan Turkey pula meningkat hampir 34,000 dalam tempoh yang sama. 

India melaksanakan lockdown, seminggu lewat dari kita. Manakala Turkey pula masih belum melaksanakan lockdown secara menyeluruh.

Bilangan Kes 18 Mac 2020 - 7 April 2020 di Asia dan Australia

 Ranking
 7 Apr 
NegaraBil Kes
 7 April   
  Ranking 
 18 Mac 
Bil Kes
  18 Mac  
1China 81,802174,815
2Iran62,589217,631
3Turkey 34,10914191
4Korea Selatan  10,331 38,413
5Australia5,988 6 596
6India5,35115168
7Japan4,2574914
8Pakistan4,0359307
9Malaysia3,9635790
10Filipina3,764 13 202
11Arab Saudi2,79510238
12Indonesia2,73811227
13UAE2,35816113
14Thailand2,25812212
15Qatar2,0577452
16Singapore1,4818313

Australia dimasukkan sekali kerana ia berhampiran benua Asia.
Turki dimasukkan sekali kerana sebahagian negara tersebut adalah Asia.

1. CHINA ( WUHAN / HUABEI )

⊳ Wuhan yang terletak di province Huabei, dipercayai sebagai tempat bermulanya wabak Covid-19. 
⊳ Penduduk Wuhan sahaja hampir 11 juta.
 Mula dikenakan lockdown pada 23 Januari 2020, beberapa hari sebelum CNY.
⊳ Dipercayai hampir 5 juta penduduk keluar dari Wuhan sebelum lockdown berkuatkuasa.
⊳ Lockdown berjalan selama 11 minggu (76 hari).
⊳ Hari ini. Rabu 8 April, perintah lockdown telah ditarik balik.
⊳ Beberapa langkah mengawal wabak covid-19 masih diteruskan walaupun lockdown telah ditarik balik.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 23 Jan : 830 kes
  • Selepas 3 minggu -12 Feb : 58,761 kes 
  • Selepas 4 minggu -19 Feb : 74,576 kes 
  • Tamat 7 April : 81,802 kes

⊳ Selepas 3 minggu, kes masih mendadak, selepas 4 minggu baru kes mulai mendatar dan seakan dapat dikawal.
⊳ China mengamalkan perintah 'lockdown' yang agak ketat dan dibantu dengan penggunaan gadget dan teknologi bagi mengawal dan memantau pergerakan.


THAILAND

⊳ Jiran terdekat kita.
⊳ Fasa bertama , hanya diumumkan 'soft lockdown' dimana hanya retail outlet, shopping mall, sekolah, universiti ditutup, manakala pergerakan masih bebas.

⊳ Fasa pertama diumukan utk 22 Mac - 12 April. 
⊳ Semalam, 7 hb April, perintah lockdown telah diumumkan di mana pergerakan telah disekat.
⊳ Tempoh kuatkuasa : 3 minggu (tempoh asal).

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start (soft lockdown)- 22 Mac : 599 kes
  • Start (strict lockdown)- 07 April : 2,258 kes
  • Selepas 3 minggu - : ------ kes 
  • Selepas 4 minggu -  : ------ kes 

SINGAPORE

⊳ Jiran terdekat kita. 
⊳ Banyak pergerakan cross border di antara Malaysia - Singapore setiap hari.
⊳ Singapore sebelum ini, tidak mengenakan perintah Lockdown, tetapi perkenalkan langkah2 pencegahan. Lebih terkedepan mereka berbanding kita pada waktu itu.
⊳ Teringat sewaktu Mat Drat ke Singapore 4hb, 
  • Airport Changi sudah agak kurang pengunjung pada waktu itu.
  • Masjid Sultan pada waktu itu, telah larang kemasukan tujuan lawatan sedangkan di Malaysia pula pihak pengurusan masjid ditegur pemimpin kerana halang kemasukan tujuan lawatan. Racist katany a waktu itu.
  • Mereka isytiharkan 'kod oren', menyebabkan rakyat di sana mulai buat panic buying.
Signboard Masjid Sultan ditutup untuk Tour Visit
Signboard Masjid Sultan ditutup untuk Tour Visit 

⊳ 
Sewaktu kita umumkan PKP, ramai warga Malaysia tinggal di sana kerana border ditutup, kerajaan Singapore beri subsidi dan uruskan penginapan pekerja dari Malaysia.


⊳ 6 hb April, perintah lockdown telah diumumkan kerana pertambahan kes yang semakin mendadak.
⊳ Sekarang, beribu-ribu rakyat Malaysia balik ke Malaysia kerana perintah Lockdown. Rasanya KKM perlu pantau mereka secara ketat, khuatir kluster 'Pekerja Singapore' pula wujud.

Changi Airport Closed Lockdown Singapore
Mat Drat dan rakan di Jewel - Changi Airport

⊳ Tempoh kuatkuasa : 1 bulan (7 April - 4May )
⊳ Changi Airport Terminal 2 pula ditutup 18 bulan !!! News

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 07 April : 1,481 kes
  • Selepas 3 minggu - : ------ kes 

INDONESIA

⊳ Perintah darurat telah dikeluarkan di Jakarta tetapi 'lockdown' menyeluruh agak sukar dilaksanakan di sana.
⊳ Beberapa faktor utama menyukarkan lockdown dilaksanakan:
  • kepulauan yang banyak
  • bilangan penduduk yang terlalu ramai, taburan besar.
  • Jakarta terutamanya terlalu padat.
  • sosio ekonomi sebahagian rakyat disana yang ramai bekerja harian, kadar kemiskinan yang tinggi.
  • berjuta juta rakyat bekerja secara gaji harian. Locdown bermakna tiada kerja dan tiada gaji.

⊳ Walau bagaimanapun Jakarta telah umumkan 'Darurat Kesihata' di sana untuk tempoh 20 Mac -  19 April.

⊳ Buat masa sekarang kerajaan Indonesia menggunakan kaedah sosial distancing bagi mengawal wabak ini.

⊳ Ramai pihak mempertikaikan statistik yang dilaporkan oleh Indonesia 
  1. Bilangan kematian yang tinggi (221 kematian sehingga 7hb). Jika berdasarkan peratus kematian, kemungkinan besar bilangan kes positif Covid-19 adalah jauh lebih tinggi.
  2. Ada laporan meanggarkan hanya 2% kes dilaporkan. 
  3. Ada laporan mengatakan bilangan kematian (pengkebumian) di Indonesia mendadak naik pada bulan Februari dan Mac. Dikhuatiri sebahagian berpunca dari Covid-19  News
  4. Bilangan ujian saringan yang rendah dilakukan, jauh lebih rendah berbanding negara jiran terdekat seperti Malaysia dan Singapore walaupun penduduk mereka jauh lebih ramai. 

⊳ Tempoh kuatkuasa : -TIADA
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 790 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 1,677 kes
  • Terkini - 07 April : 2,738 kes
  • Selepas 3 minggu - : ------ kes 

KOREA SELATAN

⊳ Antara negara yang mempercayai lockdown tidak perlu (buat masa ini) adalah Korea Selatan.
⊳ Tanpa lockdown, mereka mengawal penularan wabak ini dengan membuat ujian saringan Covid-19 secara menyeluruh di samping laksanakan langkah-langkah yang disarankan WHO.
⊳ Ujian di buat berskala besar dan dimudahkan dengan banyak station drive thru diwujudkan. Keputusan ujian diperolehi segera dan langkan kuarantin dapat dilaksanakan lebih cepat keatas mereka yang dijangkiti.

⊳ Dalam tempoh 2 minggu terakhir, bilangan tambaha kes agak mendatar, seakan langkah ini berjaya kawal penularan mendadak.


⊳ Tempoh kuatkuasa : Tiada
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 5 minggu lalu - 26 Feb : 1,261 kes
  • 3 minggu lalu - 18 Mac : 8,431 kes
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 9,241 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 9,887 kes
  • Terkini - 07 April : 10,331 kes
Nota : 
Ada rakan bertanya Mat Drat di hujung Feb hari tu untuk trip dia seramai 15 orang ke Seoul. Mat Drat cadangkan dia tangguh. Mungkin ada hikmah dia decided utk tangguh sbb waktu tu tengah memuncak. 

Jika ada yang berhajat ke Seoul atau Busan nanti, jemput singgah blog Mat Drat

JAPAN

⊳ Antara negara yang masih percaya Lockdown tidak perlu dilaksanakan.
⊳ Hokkaido merupakan anatar kawasan terawal terkena tempias wabak ini selepas Wuhan. Pada awalnya, hanya sekolah dan universiti di Hokkaido ditutup. 

⊳ Tokyo (Jepun) sangat terkesan apabila Olympic Tokyo 2020 terpaksa di tunda ke tahun 2021. Lockdown di Tokyo pasti akan menyebabkan 'kerugian' ekonomi yang lebih besar. 

⊳ Mereka masih tidak mahu lockdown walau kes semakin bertambah.

⊳ 7 hb April, Perdana Menteri umumkan 'State Emergency' untuk tempoh sebulan, dan bukan seperti lockdown di negara-negara lain. Kedai-kedai masih boleh dibuka.

⊳ Kita lihat sama ada langkah ini akan berjaya membendung penularan wabak covid-19. Kita anggaplah mereka perkenalkan 'soft lockdown'. 


⊳ Tempoh kuatkuasa : 1 bulan (8 April - 7 Mei). Mungkin akan bersambung
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 3 minggu lalu - 18 Mac : 914 kes
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 1,307 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 2,384 kes
  • Terkini - 07 April : 4,257 kes
Nota : 
Pada awal Feb hari tu, Mat Drat dan rakan-rakan terpaksa 'divert' plan trip ke Hokkaido (Sapporo) ke destinasi lain kerana bimbang keadaan di sana.


FILIPINA

⊳ Cukup dikenali dengan ketegasan President mereka dalam melaksanakan undang-undang.

⊳ Sebelum ini kita melihat bagaimana dia mengarahkan polis di sana berperang habis-habisan dengan kartel dadah.

⊳ 16 Mac 2020 : Filipina mengumumkan perintah lockdown fasa pertama pada di kawasan Luzon untuk tempoh sebulan

⊳ 31 Mac 2020 : Seluruh Filipina di dalam perintah lockown untuk tempoh 2 minggu ( 31 Mac - 14 April)

⊳ 06 April 2020 : Lanjutan tempoh sehingga 30 April diumumkan

⊳ Tempoh kuatkuasa : 31 Mac - 30 April
⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 30 Mac : 1,546 kes
  • Selepas 1 minggu -7 Apr : 3,764 kes 

INDIA

⊳ Negara  ke-2 dengan bilangan penduduk teramai di dunia, 1.3 billion orang.
⊳ Perkenalkan langkah lockdown mulai 25 Mac 2020

⊳ Cabaran cukup besar kerana 
  • bilangan penduduk yang ramai
  • kepadatan pendudak sangat tinggi terutama di bandar
  • berpuluh juta rakyat bekerja secara gaji harian. Locdown bermakna tiada kerja dan tiada gaji.
  • sistem kebersihan dan gaya hidup dari aspek kebersihan yang agak jauh ketinggalan
⊳ Kita lihat di laman sosial, bagaimana polis-polis di sana laknsakan 'lockdown'. Mereka sebat sahaja sesiapa yang keluar rumah.

⊳ Video yang menunjukkan rakyat Malaysia yang terpaksa dikuarantin pula, sangat menyedihkan keadaan di sana. Kita berharap mereka (Rakyat Malaysia) selamat pulang.

⊳ Tempoh kuatkuasa : 3 minggu (25 Mac - 14 April). 
Lanjut atau tidak di sana, kita tunggu lagi beberapa hari

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • Start - 25 Mac : 657 kes
  • Selepas 1 minggu -12 April : 1,397 kes 
  • Selepas 2 minggu -7 April : 5,351 kes 

ARAB SAUDI

⊳ Negara yang jadi perhatian dunia terutamanya bagi yang beragama Islam

⊳ 26 Februari, Arab Saudi mula menggantung kemasukan ke negara itu bagi tujuan menunaikan Umrah.



⊳ 2 April, lockdown di 2 kota suci, Makkah dan Madinah.
Kita juga dapat lihat suasana di Masjidil Haram yang sudah berminggu lengang apabila ibadat umrah dilarang buat seketika. Solat Jumaat juga kita dapat lihat bilangannya sangat sedikit.

Jika kita berasa sangat sedih melihat Masjidil Haram yang lengang sekarang, percayalah kita sama dengan jutaan umat Islam yang lain. Bersama kita doa, wabak covid-19 ini diangkat oleh Allah dari muka bumi dan ibadat dapat dilaksanakan seperti biasa.

⊳ 5 April, kerajaan Arab Saudi memperketatkan langkah dengan umumkan 'lockdown' ke semua bandar utama di sana termasuk Riyadh, Jeddah dan Taif.
Sumber : Alarabiya Net

⊳ Sebelum ini, ketika Makkah dan Madinah dikenakan lockdown sepenuhnya, bandar-bandar lain masih boleh bergerak dari 6am-3pm. Sekarang kawalan pergerakan adalah 24 jam.

⊳ Tempoh kuatkuasa : Bergantung kepada keadaan semasa.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 1 minggu sebelum - 27 Macl : 1,104 kes
  • Start di Makkah dan Madinah)- 02 April : 1,885 kes
  • Start di Bandar Lain ) - 05 April : 2,402 kes 
  • Terkini -7 April : 2,795 kes 

FILIPINA

⊳ Negara yang jadi perhatian dunia terutamanya bagi yang beragama Islam

⊳ 26 Februari, Arab Saudi mula menggantung kemasukan ke negara itu bagi

⊳ Tempoh kuatkuasa : Bergantung kepada keadaan semasa.

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 1 minggu sebelum - 27 Macl : 1,104 kes
  • Start di Makkah dan Madinah)- 02 April : 1,885 kes
  • Start di Bandar Lain ) - 05 April : 2,402 kes 
  • Terkini -7 April : 2,795 kes 

TURKEY

⊳ Negara yang cukup unik, sebahagian Asia dan sebahagian Eropah




  Percutian ke Turkey - Panduan

⊳ Sehingga hari ini, Turkey masih tidak mengumumkan perintah lockdown. 
 Ribuan bilangan kes bertambah setiap hari. Dalam 3 mingu sahaja, lebih 30,000 kes.

 Datuk Bandar Istanbul, memohon kerajaan supaya Istanbul dikenakan perintah lockdown bagi membendung penularan wabak ini.

 Presiden Turkey masih mahu kegiatan ekonomi di Istanbul berjalan seperti biasa.  Faktor ekonomi !!!!


⊳ Tempoh kuatkuasa : TIADA 
Kita lihat bila mereka akan mula kenakan langlkah lockdown

⊳ Bil Kes  (Sumber worldometer) - 
  • 3 minggu lalu - 18 Mac : 191 kes
  • 2 minggu lalu - 25 Mac : 2,433 kes
  • 1 minggu lalu - 01 April : 15,579 kes
  • Terkini - 07 April : 34,109 kes
Hari ini, turkey berada di kedudukan 9 bilangan kes terbanyak dijangkiti di dunia!.



~Mat-Drat ~
(Kaki travel yang tak boleh travel)

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡