Saturday, 13 June 2020

Berjaya Tioman Resort Di Tutup


Berjaya Tioman Resort Tutup Close


Berjaya Tioman Resort Tutup

Berjaya Tioman Resort akan mulai di tutup pada 16 Jun 2020 ini.  Resort yang berusia 50 tahun ini, sebenarnya turut terkesan dengan Pandemic Covid 19 yang melanda dunia dan juga Malaysia.

Semua tahu yang Covid 19 ni betul-betul memberi impak kepada Tourism Industry, bukan shj kat Malaysia malahan seluruh dunia.

Tahun ni pun, semua resort dan hotel dah macam tak dapat beroperasi sepenuhnya, dengan SOP PKP yang perlu dipatuhi dan juga 'sentimen' kaki traveller / pelancong itu sendiri. 

Resort ni pasti turut terkesan lagi-lagi ia memang banyak juga terima pelancong dari luar negara, terutama Singapore, Jepun dan China. (Pemerhatian sewaktu trip saya hari tu).

Dan pihak management ambil keputusan untuk tutup resort ni untuk Major Renovation, dah alang-alang tak dapat beroperasi sepenuhnya dan pelancong yang semakin berkurangan. Ye la, usia resort ni pun dah lebih 50 tahun. 

Kenangan

Yang pernah ke Pulau Tioman, terutama yang menginap di resort ni pasti akan teringat keindahan pantainya dan kedamaian suasana di sini. 

Gambar2 kenangan di sini, sewaktu Mat Drat ber'kampung' 4H3M di sini setahun lalu pasti akan terpahat di memori selamanya. 

Mana tidaknya, bagi Mat Drat pengalaman bercuti di sini cukup indah... antaranya
 
.. Resort yang sangat tenang. Sangat tenang.
.. Sunset yang sangat indah ketika mentari mulai terbenam dengan pemandangan Pulau Rengis. 
.. Berbasikal mengelilingi resort ni pun cukup relaxxx, boleh jumpa kubur lama di dalam kawasan resort ni. he he he.. Respek la, mereka tak alihkan pun kubur lama ni. 
.. Jika siang dah tenang, malam pasti lagi tenang. Kebetulan waktu tu bulan terang dan 'bulan penuh' Memang cantik... Mat Drat dah jadi macam Pungguk Rindukan Bulan, hampir 2 jam melihat keindahan bulan penuh malam tu, sorang-sorang je tepi pantai.
.. Aktiviti snorkeling pun memang best. Sangat2 best trip yang disediakan oleh resort ni hari tu. Best dari pengalaman Mat Drat di Pulau Perhentian dan Pulau Pangkor . Best sebab dapat lihat hidupan laut dan coral yang sangat cantik.

Baru je berangan-angan nak repeat ke sini untuk trip local tahun ni, tapi tak ada rezeki. Takpe, kita tunggu Berjaya Tioman Resort - Malaysia dengan wajah baru.

SUASANA RESORT






SUNSET










PUNGGUK RINDUKAN BULAN









SNORKELING































Jaga Staff

4H3M trip hari tu, nampak singkat tapi cukup Mat Drat 'respek' dengan resort ni sebab dari pemerhatian hari tu Mat Drat nampak macam mereka jaga betul-betul staff mereka.
... ramai penduduk tempatan (Penduduk Pulau Tioman) yang bekerja di sini. Lama bekerja, maknanya seronok la tu kan bekerja...
... Dah jadi macam satu perkampungan, kawasan penginapan pekerja mereka di sini. Seronok bila petang dapat tengok anak-anak (rasanya sebilangan besar anak-anak staf) bermain bolah di padang di resort ni.

Oh ye, Mat Drat di sambut oleh orang tempatan sewaktu tiba di Jetty, dia lah yang bawa kami denga ke resort dengan coster, di pondok guard juga orang tempatan yang tunggu. Safety officer (pangkat pakcik dah rasanya), yang bagi briefing keselamatan sewaktu kami tiba juga macam orang sini. Dan tekong bot yang bawa trip snorkeling juga orang tempatan. Jadi banyak jasa resort ni kepada penduduk Pulau Tioman rasanya.

Jadi Mat Drat tak hairan bila mereka umumkan di FB officaial mereka, yang pihak management akan berikan pampasan sewajarnya kepada mereka (staff) yang terkesan. Dan mereka akan turut ditawarkan peluang untuk new employment nanti apabila kerj-kerja ubahsuai selesai.

Sebenarnya banyak juga kisah Mat Drat dapat masa berbual dengan tekong bot yang bawa kami untuk trip snorkeling hari tu. Macam-macam kisah, bukan pasal resort ni je, pasal Pulau Tioman juga.

Sebab tu kalau travel atau bercuti ke mana mana, Mat Drat seronok bergaul dan 


Pengalaman setahun lalu menginap di sini, di Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort, ni memang sangat-sangat seronok... 

Mat Drat kongsikan sebahagian gambar kenangan dan juga link blog entry... 
(mana tahu ada yang pan nak ke Pulau Tioman, boleh la baca)





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

8 comments:

  1. Sedih gak mula dapat tau, satu resort yang paling lama kat sana...Sis pernah ke Tioman tapi stay di Sun Beach aje, sebab anak kawan punya resort...
    Moga terus ada sinar buat mereka semua..

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar gambar yang dibil satu koleksi simpanan yg perlu dijaga apatah lagi kenangan selepas Resort ditutup.

    ReplyDelete
  3. Sedih dah tutup. Tapi ada yg kata tutup tempoh yg lama utk reno

    ReplyDelete
  4. Pantai Tioman memang cantik kan. Siapa yang pernah datang Tioman je akan tahu perasaan macam mana sedihnya resort ni dah ditutup.

    ReplyDelete
  5. Pulau Tioman kak blm pernag pg lg sayanglah dah tutup, biadalah time PKP ni ramai yg hlg rezeki

    ReplyDelete
  6. ala sayangnya dah tutup. saya tak berkesempatan lagi nak ke pulau tioman tu.

    ReplyDelete
  7. Semoga tak lama lagi keadaan kembali seperti dulu dan Berjaya Tioman Resort mendapat sinar baru kelak.

    ReplyDelete
  8. Sis xpenah smp LG.. Baru plan nk p Oct dpn nih..

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.