Thursday, 2 June 2016

Tempat Snorkeling Best di Pulau Perhentian



Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian


bersambung dari entry sebelum ni...👉👉👉 Snorkeling lihat penyu


Aktiviti snorkeling kami di Pulau Perhentian bersambung di sini....

4. Snorkeling di Teluk Rawan

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Snorkeling di Teluk Rawan, Pulau Perhentian

Ini entry ke 7 untuk catatan Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau Perhentian kami.


Selepas ‘tamat’ masa snorkeling di Turtle Point, memandangkan jam belum pukul 1 tengah hari, jadi saya minta jurupandu bot bawa kami ke tempat snorkelling yang sesuai untuk kanak-kanak.

Dia kata okey dan akan bawa ke Teluk Rawan. Sebenarnya saya tak pasti nama teluk ni, tapi ini yang saya dengar apa yang dia sebut. Kalau salah, minta maaf.

Saya view di google map tiada sesiapa yang ‘tag’ tempat ini lagi. Mungkin saya tersalah dengar. Dah confirm nama ni nanti saya tag kan lokasi di google map.






Apabila menghampiri teluk ini, mata dan hati terus terpesona melihat kejernihan dan kehijauan airnya.

Semakin menghampiri, kelihatan airnya sungguh jernih…. Menghijau. Terasa kenikmatan berada di sini kerana keindahan dan suasananya yang sunyi.

Kami lihat di sini hanya ada 2 bot sahaja yang sedang berlabuh. Pengunjung tidak ramai. Teluk ini agak kecil dan agak tersembunyi sedikit. Mungkin kerana agak jauh, jadi jurupandu bot tidak bawa pengunjung ke sini kecuali diminta.




Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Perghhh... jernihnya

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Alangkah indahnya suasana di sini.

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
3 bot sahaja termasuk bot kami

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Untuk snorkeling, di tepi batu batu situ banyak ikan.


Pantai di teluk ini agak kecil. Kami berteduh di bawah bokok berhampiran belukar, ini pun berhati-hati juga…. Faham-faham la sebab tempat ni agak sunyi. Risau binatang berbisa sahaja.


Aktiviti snorkeling kami bersambung di sini....
Tempat kami berteduh... 

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Istana peninggalan pengunjung sebelum ini

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Sambung pembinaan istana pasir


Punya la canttik tempat ni, tetapi masih ada manusia yang tidak dapat menghargai keindahan alam. Ada ke patut ditanggalkan pampers anak yang dah penuh di sini. Ini bukan tertinggal ni, ni memang sahaja tinggal.

Apa lah salahnya, bawa balik ke hotel dan buang di sana... anak sendiri kan.



Dan ada juga manusia yang tak faham bahasa. 


Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Baru kami nak mulakan aktiviti snorkeling, salah satu bot meninggalkan lokasi ini. Makin sunyi la


Dan aktiviti snorkeling di sini pun bermula.

Ada batu-batu agak besar berhampiran pantai jadi pastinya ikan banyak.

Ikan-ikan di sini lebih cantik berbanding Teluk Keke…. Dan ikan-ikan di sini juga lebih mesra pengunjung. Rasanya mungkin sebab pengunjung kurang, jadi makanan kurang dan sentiasa kenyang si ikan-ikan ni…. Sebab tu ikan-ikan di sini lapar dia lain macam. Asik nak mengerumuni kita sahaja.


DAN SELEBIHNYA BIARLAH GAMBAR BERBICARA DI SINI...



Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

Aktiviti snorkeling kami bersambung di sini....


Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian


Aktiviti snorkeling kami bersambung di sini....


Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian





Kami masih seronok bersnorkeling di sini, sehingga kami sekeluarga sahaja yang tinggal di sini. Jurupandu bot akhirnya ajak kami balik kerana sudah pukul 2 petang. Ikutkan memang tak puas main dengan ikan-ikan di sini, tapi masa dah tammat.


Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Kami yang terakhir

Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
Dan saya yang terakhir meninggalkan teluk rawan' ni




Kami terus bergerak pulang ke resort kami. Cuba kawtim dengan jurupandu bot untuk bawa kami ke Kampung Nelayan untuk makan tengah hari, dia sambil senyum minta tambang seperti biasa sama seperti pengusaha lain… 


Dari teluk situ dia minta RM 10 satu kepala sehala dan untuk kanak-kanak separuh harga. Tak ada diskaun la pulak.

Jadi kami terus balik ke resort dahulu kerana teksi air dari The Barat Perhentian ke Kampung Nelayan di Pulau Perhentian Kecil hanya RM 5 sehala untuk seorang.



Tambang Bot Pulau Perhentian / Teksi Air

Pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat lain di Pulau Perhentian ini menggunakan bot dan dikenali di sini dengan teksi air.

Tambang bot bergantung kepada lokasi.

Dibawah adalah tambang bagi pengusaha teksi air di hadapan resort kami.


Harga bot Pulau Perhentian


Dan entry berikutnya... entry ke 8, Jalan-jalan di 
👉👉👉 Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian
👉👉 Perkara Paling Menjijikkan di Pulau Perhentian


~mat-drat~




Snorkeling lihat penyu di Turtle Bay Pulau Perhentian

Sumber gambar : Mrkumai.blogpot

dari entry sebelum... Snorkeling di Teluk Keke dan Shark Point

Aktiviti snorkeling kami bersambung di Point 3 ini....


3. Snorkeling di Turtle Point / Turtle Bay

Dari Shark Point jurupandu bot terus membawa kami ke Turtle Point pula. Katanya di sini kita boleh melihat penyu dan hanya di sini penyu-penyu kurang ‘malu’. 10 minit kami sampai di Turtle Point.


Bahang matahari sudah mula terasa. Nasib baik semua kami dah sapu dengan lotion sun block. Sudah agak banyak bot-bot lain yang tiba di sini… dan ada yang sudah bergerak ke point lain.

Turtle Point atau juga di kenali sebagai Turtle Bay terletak berhampiran Teluk Pauh. Dan di Teluk Pauh ni juga terletaknya Perhentian Island Resort (PIR) dan jeti PIR. 

Entry saya sebelum ini berkaitan 

    👉👉 snorkelling di Teluk Pauh - Day 1


 
Penyu memang akan sentiasa berlegar di sekitar kawasan ini kerana sumber makanannya berada di dasar laut di sini. Hanya kawasan ini merupakan port utama untuk aktiviti snorkelling melihat penyu. 

Kata jurupandu bot, tempat lain ada juga tetapi tempatnya agak jauh ke tengah laut. Jadi tak sesuai untuk aktiviti snorkelling dengan ombak yang kuat dan laut yang dalam. 



Apabila bot mula berlabuh, kelihatan beberapa kumpulan pengunjung berenang ke sana ke sini mengikut arahan juru pandu bot masing yang menunjukkan lokasi penyu.

Pesan jurupandu bot kami, kalau penyu muncul di permukaan jangan sekali-kali pegang penyu. Kita kena respect la penyu tu… penyu tu berani timbulkan diri, jadi jangan la stresskan penyu tu dengan pegang ‘dia‘ pulak. Cukuplah sekadar melihat sahaja.


Oleh kerana teruja melihat beberapa kumpulan lain sibuk menjejaki penyu, sampaikan saya terlupa untuk merakam gambar di kawasan ini, juga terlupa untuk pesan kepada isteri untuk merakam gambar semasa kami melakukan aktiviti snorkelling.


Kami hanya dapat melihat penyu di dasar laut… jelas kelihatan kerana air di sini cukup jernih. Cuma sewaktu snorkeling kena peka apabila jurupandu bot tunjukkan lokasi penyu.

Agak meletihkan juga snorkelling di sini tetapi tidak lah semencabar snorkeling di Shark Point.

Selepas hampir 20 minit, penyu masih tidak mahu timbul-timbul. Kami hanya dapat lihat di dasar sahaja. Jurupandu bot kata kadang-kadang hampir sejam pun belum tentu penyu akan naik. Jika hendak tunggu, dia boleh tunggu.


Memandangkan anak-anak saya yang kecil seakan keboringan berada di atas bot tanpa melakukan apa-apa aktiviti (dari Shark Point sehingga ke sini), jadi saya rasa cukup lah kami di sini.








Boleh kata di sini juga lebih sesuai untuk mereka yang pandai berenang. Untuk yang kurang pandai tu, boleh la snorkelling berhampiran bot dan berpegang kepada tali-tali yang diberikan oleh jurupandu bot.

Kalau yang hebat menyelam dan tahan lama nafas di dalam air, boleh la menyelam ke dasar dan bermesra dengan penyu di dasar sambil temankan penyu mencari makanan.


Gambar yang saya kongsikan ini adalah koleksi dari blogger lain… mrkumai.blogspot. Tempat sama, lokasi sama, cerita sama cuma masa berbeza.


Sebelum ke Pulau Perhentian hari tu, blog mrkumai ni memang saya baca.



Keadaan pengunjung sedang menjejaki penyu
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot
Keadaan pengunjung sedang menjejaki penyu 
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot

Penyu timbu. Untung sapa yang dapat lihat penyu timbu.
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot

Gambar penyu di dasar laut. Saya pun tak sempat rakam. Dapat lihat pun dari permukaan laut sahaja. Kalau nak lihat penyu jelas macam ni di dasar laut, kena menyelam.

Tapi pastikan nafas cukup panjanggg untuk mengikut jejak penyu menyelam ke dasar laut.


Juga gambar dari MrKumai.blogspot


Penyu sedang menikmati makanan di dsar laut.
Sumber gambar : Mrkumai.blogpot



Baca di entry ke-7 berikutnya untuk perkongsian kami mengenai 
👉👉 Snorkeling di tempat paling best dan menarik 




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian





~mat-drat~


Pakej Snorkeling Murah Pulau Perhentian - Trip Perhentian



Snorkeling Pakej Murah Pulau Perhentian - Trip Perhentian



sambungan dari entry ke-4 sebelum ini.... Snorkeling di Teluk Pauh



Pagi Day 2.... 


Aktiviti utama yang dinanti oleh kami di Pulau Perhentian iaitu aktiviti snorkeling pun bermula.

Pakej Snorekling Murah Pulau Perhentian

Pakej snorkeling yang saya ambil dengan ejen Pulau Perhentian (Mie) agak murah sedikit berbanding harga iklan-iklan pakej yang saya jumpa di Pulau Perhentian. 

Jadi saya cadangkan, untuk dapatkan pakej harga snorkeling yang lebih murah, cuba la contact ejen-ejen percutian Pulau Perhentian dan ambil pakej yang disediakan beserta add on lain. Bila kita ambil item-item lain, baru lah kita boleh tawar menawar sedikit harga.


Saya rasa seelok-eloknya cubalah  berurusanlah dengan ejen percutian yang berdaftar atau sekurang-kurangnya ejen yang mempunyai syarikat/perniagaan.

Dengan Dnamie Leisure ini aya ambil pakej snorkeling + tiket bot pergi balik + parking 3 hari, jadi ejen tersebut dapatlah bagi sedikit diskaun kepada saya. Saya telah kongsikan contact nombor Dnamie Leisure and Tour S/B di entry sebelum ini di entry 
👉👉 Perjalanan dan Pengangkutan Ke Pulau Perhentian.


Petang sehari sebelum, jurubot yang akan membawa kami untuk aktiviti snorkeling telah hubungi saya dan maklumkan akan ambil kami pada jam 10 pagi. Saya minta awal sedikit tetapi dia kata biasanya aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian ini memang biasanya bermula jam 10 pagi. Saya pun kata okey la..... ikut je la.


Semasa snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi di Kota Kinabalu dahulu, aktiviti bermula lebih awal. Mungkin kerana di sana matahari terbit lebih awal sejam, jadi untuk mengelak panas terik...kena bermula awal

👉👉Snorkeling di Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik - Trip Kota Kinabalu 



9.45 pagi kami telah bersiap-siap menunggu bot di hadapan resort. Jurubot hubungi dan maklumkan bot dia hadapi sedikit masalah kerana tidak dapat menghampiri ke resort kami kerana air surut. Dia minta kami menunggu di jeti PIR (Perhentian Island Resort). Terpaksa la kami menapak sedikit ke jeti......

Sebenarnya dengan pihak Dnamie Leisure kami belum tetapkan sama ada hendak snorkeling di 3 atau 4 point. 

Biasanya kalau kita minta point snorkeling lebih, kita juga perlu bayar lebih. Tapi pihak Dnamie kata walau pun pakej saya ni untuk snorkeling 3 point, dia kata jika ingin snorkeling di 4 poin maklumkan sahaja kepada jurupandu bot.


Dalam jam 10 pagi, bot tiba seperti dijanjikan. Terasa beruntung kerana DNamie Leisure berikan kami satu bot tanpa perlu berkongsi dengan pengunjung lain. Privasi sikit dan senang kami nak arrange masa kami dengan jurubot.



Snorkeling Pulau Perhentian
Menunggu bot di Jeti PIR

Snorkeling Pulau Perhentian
Bot yang ditunggu sampai

Antara soalan pertama jurupandu bot adalah "ingin snorkeling di 3 point atau 4?".

Saya cakap 3 point cukup tapi masa setiap satu lama. 


Biasanya kalau snorkeling banyak point / tempat, kita akan bersnorkeling di satu-satu point itu sekejap sahaja. Kadang-kadang tak sempat nak bermesra dengan ikan-ikan, dah kena naik bot semula untuk ke destinasi lain.

Jurupandu bot (nama dah lupa) cadangkan 3 tempat yang bersesuaian dengan kami memandangkan 'rombongan' kami ni juga ada kanak-kanak kecil berumur 6 & 8 tahun. Dia juga maklumkan biasanya sekitar jam 1.30 atau selewat-lewatnya jam 2 petang, semua aktiviti snorkeling dah tamat di sini. 

Saya minta sampai pukul 4 petang untuk kami, dia kata petang-petang orangtak snorkeling dah kat sini. hu hu huuuuu. Ikut je la..

3 point snorkeling yang di cadangkan kepada kami adalah :
  1. Teluk Keke
  2. Shark Point
  3. Turtle Point
Dan sebenarnya saya dapat satu point extra .... tempat paling best di Teluk 'Rawan' . Saya kongsikan kemudian.




1. Snorkeling di Teluk Keke - Pulau Perhentian Besar

Dari Jeti PIR  ke Teluk Keke mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja. Jangan lupa minta safety jacket sebelum bot bergerak. Tak salah beringat kerana malang itu tak berbau. Ini sebagai langkah keselamatan lagi-lagi jika membawa anak-anak kecil.

Kata jurubot saya juga, Teluk Keke ni memang sesuai untuk anak-anak berlatih snorkeling  kerana aktiviti snorkeling dilakukan di pantai. Untuk yang dewasa juga sesuai disini jika tak pandai berenang. Ikan-ikan cukup banyak berkeliaran berhampiran pantai, memang seronok anak-anak.









Bot kami mula berlabuh di Telek Keke

Pantai di Teluk Keke ini agak landai, dan sesuai untuk aktiviti berkelah. Pokok-pokok banyak dan menjadikan kawasan ini cukup redup. Banyak juga kelihatan family-family datang berkelah di sini tanpa melakukan aktiviti snorkeling. 

Terdapat juga beberapa khemah didirikan, hasil bual dengan salah seorang dari mereka, mereka telah bermalam di sini. Kata dia, bermalam di sini sangat sunyi dan perlu bawa makanan secukupnya kerana kawasan ini jauh dari kedai atau restoran. Kalau nak bermalam, bermalam la dengan kumpulan yang agak ramai sebab tempat ni terlalu sunyi pada waktu malam.



Teluk Keke Pulau Perhentian
Pantai Teluk Keke

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Aktiviti snorkeling bermula
Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Ikan-ikan di pantai sini boleh dikatakan agak 'mesra'. Untuk jadikan ikan-ikan ni lebih mesra, jangan lupa taburkan roti-roti kosong untuk ikan-ikan ni. Ikan-ikan ni akan berenang di celah-celah kaki dan tangan kita untuk berebut roti yang kita berikan. Di sini sahaja habis sebuku roti Gardenia yang kami bawa. Memang bawa siap-siap untuk diberikan kepada ikan-ikan.


Untuk lihat ikan yang lebih cantik dan pelbagai jenis, perlu ketengah sikit iaitu ke arah sekumpulan batu karang. Di situ lebih banyak ikan tetapi airnya juga lebih dalam dan juga perlu lebih berhati-hati kerana batu karangnya masih hidup dan agak tajam. Boleh terluka kaki kalau terpijak.



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Bermesra dengan ikan

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Seronok sangat si kecil dapat bermain dengan ikan

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Roti di tangan pun ikan-ikan ni sambar
Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Tak perlu menyelam di sini... ikan-ikan akan datang apabila roti di campak 

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Di hujung Teluk Keke ni terdapat kawasan batu-batu besar dan cukup cantik untuk aktiviti bergambar terutama sewaktu hampir matahari terbenam. Rasa menyesal pula semalamnya saya tak kesini dengan bot.

Apabila melihat gambar-gambar koleksi pengunjung yang berkongsikan gambar mereka di Instagram dengan hashtag #TelekKeke, rupanya gambar di sini memang cukup menarik.


Amaran : Kaca Pecah
Cuma satu pesanan saya, seeloknya pakai selipar dan berhati-hati kalau berjalan atau melompat di kawasan batu ini. Saya perasan ada kaca-kaca botol bersepah di celah-celah batu dan juga di atas batu-batu tersebut. Berhati-hati!!

Mungkin perbuatan sesetengah pengunjung yang tidak beretika dan kurang sivik, minum minuman keras dan memecahkkan botol-botol minuman di situ. 



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian


Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian


Seperti saya maklumkan kepada jurubot tadi, saya mahu masa snorkeling disini lama kerana tempat ini lebih sesuai untuk anak-anak. Lebih kurang 1 jam kami di sini, jurubot memanggil kami untuk ke destinasi berikutnya.



2. Snorkeling di Shark Point - Pulau Perhentian Besar


Point ke-2 snorkeling kami adalah di Shark Point, berhampiran dengan Teluk Keke. Lokasinya lebih ke selatan sedikit dari Teluk Keke.


Jurubot maklumkan dikawasan ini ada jerung tetapi jerung di sini jenis yang tidak makan daging. Emmm... 1st time dengar jerung tak makan daging. 

Tapi memandangkan snorkeling di 'shark point' memang sudah menjadi point wajib dan utama untuk snorkeling di Pulau Perhentian, jadi kami percayalah kata-kata dia. Kami yakin sepenuhnya jerung di sini tidak bahaya.

Sampai di Shark Point, jurubot cari port yang sesuai untuk berlabuh. Dijatuhkan sauh untuk elak bot beralih kerana di sini ombak agak kuat dan lokasinya agak jauh dari pantai. Airnya pula betul-betul dalam. Jika di pantai, kita nampak airnya kehijau-hijauan... di sini, airnya kebiru-biruan... tak nampak dasar  laut jika berada di atas bot.



Snorkeling Shark Point Pulau Perhentian
Beberapa bot berlabuh dan jurupandu bot sedang memerhati pengunjung-pengunjung menjejaki jerung.
Snorkeling Shark Point Pulau Perhentian
Dah ready katanya untuk turun ke laut mencuba menjejaki jerung


Jurubot siap pesan awal-awal, kanak-kanak kecil amat tidak digalakkan terjun untuk snorkeling disini sebab sangat tak sesuai kecuali anak-anak tu memang pandai berenang. Sebelum kami turun dari bot, jurubot siap lemparkan tali ke laut untuk kami berpaut sekiranya terjadi sesuatu nanti.... letih atau krem kaki atau sebagainya...

Baru je saya nak turun dari bot, terdengar seorang pengunjung wanita dari bot berhampiran yang sedang berenang menjerit 'kaki krem'... Belum apa-apa... Debusss.... seorang jurupandu bot terjun untuk menarik wanita tadi ke bot. Perghhhh ngeri pulak tengok.


Kami tak lama di sini kerana hampir 20 minit berenang dan menyelam, kami tak jumpa kelibat jerung. Kata jurubot, untuk melihat kelibat jerung kita perlu berada jauh sedikit. Ada beberapa pengunjung yang stamina kuat bolehlah berenang ke hulu ke hilir untuk menjejaki jerung.


Air di sini sangat dalam, rasanya melibihi 10 meter dalamnya. Ikan-ikan di dalam air disni lebih cantik tetapi tidak semesra di Teluk Keke.



Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Masih tak jumpa jerung yang di cari
Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Masih mencuba menjejaki.... letih ke hulu ke hilir
Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Air yang agak dalam di sini

Selepas 20 minit, saya terpaksa surrender dan ajak jurubot ke tempat lain. Kesian juga kepada anak-anak yang kecil saya yang lain kerana hanya melihat kami berenang ketengah laut, siap menangis nak terjun jugak. Jadi terpaksa tamatkan aktiviti snorkeling di Shark Point awal dan beralih ke destinasi seterusnya iaitu ke Turtle Point.


Letih bang.... kami surrender. Tak jumpa jerung. Jom gerak tempat lain

Anak saya sorang ni masih tetap mencuba walau pun yang lain dah naik ke bot


Saya kongsikan catatan snorkeling di Point 3 (Turtle Point)  & Point 4 (Teluk Rawan) di entry berikutnya. 
👉👉 snorkeling melihat penyu di Turtle Point.





Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian



~mat-drat~