Wednesday 18 July 2018

Trip Bercuti Bandung Day 1 - Kopi Luwak dan Kebun Begonia

Bercuti Bandung - Kopi Luwak dan Kebun Begonia


Bercuti Bandung - Kopi Luwak dan Kebun Begonia



Untuk entry ke-2 ni, Mat Drat share 'travelog' untuk day 1 di Bandung ni.

LEMBANG / Kawasan Utara Bandung

Seperti yang Mat Drat beritahu di entry sebelum ni, dari airport Mat Drat tak ke hotel dahulu tetapi terus mulakan aktiviti ke kawasan utara  iaitu di sekitar Lembang. Penerbangan pun tak sampai 3 jam, jadi badan tak terlalu letih, kira boleh terus dengan aktiviti jalan-jalan.


Untuk hari ni, itinerari yang dirancang adalah :

- Kopi Luwak (Kopi Musang)
- Lunch di  Resto DSDL De Sauhah Da Lada Lembang
- Begonia Garden
- Floating market
- Farm House
- Check in hotel (7pm)
- Dinner di CIWALK ( Fast Food)
- Shopping area Cihampelas, Teras Cihampelas dan jalan-jalan area CIWALK

Di Lembang ni juga terdapat tempat menarik lain untuk dilawati seperti Tangkuban Parahu, Dusun Bambu dan the Ranch

Tangkuban Perahu juga terletak di area utara, salah satu tempat yang kena pergi sebenarnya jika ke Bandung. TETAPI Mat Drat tak melawat pun Tangkuban Perahu ni sebab 3 faktor
  • Masa agak tak mengizinkan
  • Harga yang perlu dibayar agak tak berbaloi. Kalau datang sorang atau dengan isteri tu memang Mat Drat akan pergi tapi kali ni bawa anak-anak,.
  • Anak-anak bukan nak sangat pergi tempat sightseing ni... tak padan kena bayar kos hampir RM 500 (tiket dan parking etc)

Perjalanan ke Lembang

Sesak
Jalanraya di Bandung ni agak sesak, biasalah bandaraya besar kesesakannya tak kira masa. Walaupun jarak dari airport ke kawasan sini sekitar 30km sahaja, tetapi masa perjalanan lebih 1 jam ye. Jadi pilih lah kenderaan yang tidak berhimpit-himpit dan selesa.

Pilih kenderaan selesa
Dan kena pilih kenderaan yang agak selesa untuk isteri dan anak-anak. Macam Mat Drat, untuk trip ni Mat Drat minta Van Toyota Hiace dari Gunawan, cukup besar dan selesa (juga jenis van yang sama Mat Drat guna masa trip Bangkok tahun lepas).

Sikap pemandu
Jangan hairan jika pemandu di sini(supir) sekejap-sekejap membunyikan hon kenderaan, itu biasa. Gunawan kata, hon sebagai isyarat supaya pemandu lain/ penunggang motorsikal berhati-hati.... mereka tak la pulak akan marah kalau di hon. Kalau kat Malaysia, kena hon sikit mulalah ada yang PANASSS.... 

Jem kat sini pun lain macam, antara satu kenderaan dengan kenderaan agak rapat...ngeri pulak takut bergesel. Tapi dah masuk hari kedua, akan biasa dengan pemandangan ni.

Avocado / Apucat murah di Bandung

Lembang ni boleh kata kawasan tanah tinggi, jadi akan jumpa beberapa tempat ada penjaja yang menjual buah-buah tempatan yang agak murah. Buah yang biasa jumpa kat Malaysia tu, Mat Drat tak tertarik sangat. Mat Drat tertarik dengan avocado / apucat, di sini agak murah.  Jumpa ada gerai yang jual di tepi jalan, Mat Drat beli dan sampai kat hotel makan macam tu je avocado tu....

.


KOPI LUWAK CIKOLE - KOPI MUSANG (Destinasi Pertama)


Bercuti Bandung - Kopi Luwak dan Kebun Begonia



Kupi Luwak ni merupakan destinasi pertama trip Bandung Mat Drat ni. 

Lokasi  : 👉 Google Map Kopi Luwak Cikole
Address :  Jl. Nyalindung No.9, Cikole, Lembang, Kabupaten Bandung Barat

Website : http://kopiluwakcikole.business.site/


Menurut Gunawan, terdapat beberapa pengusaha kopi luwak di Bandung dan Indonesia tetapi Kopi Luwak Cikole ni paling terbaik dari segi rasa, pengiktirafan dan juga suasana untuk lawatan.

Luwak tu maknanya musang ye... Cikole tu nama kawasan ni.

Ada yang kata kopi luwak ni antara kopi yang paling sedap, jadi Mat Drat nak try juga la. 

Ops...Ada yang tertanya-tanyakan, kopi luwak ni halal ke haram? Mat Drat sebelum kesini pun dah baca juga dari sumber-sumber untuk kepastian, dah Mat Drat berpegang kepada status halal yang ia perolehi. Boleh google ye. Nanti dan sampai ke sini, baru tahu proses hasilkan kopi dan sebab tu ia mendapat status halal.

Aktiviti kat sini?
Tak banyak aktiviti boleh buat di sini, lawatan di sini tak akan ambil masa lebih dari 1 jam. Macam Mat Drat hari tu rasanya dalam 30 minit lebih sahaja.

Lagi pun masa Mat Drat sampai, memang keluarga kami sahaja yang ada. Lengang tak ada pengunjung lain. Mungkin sebab weekday kot.

1. Lihat Musang
Datang sini bolehla melhat musang-musang... he he he. Anak-anak mana pernah jumpa musang, yang ada pun musang berjanggut dalam filem P. Ramlee...

2. Aktiviti Proses Kopi Luwak
Dan dah alang-alang sampai sini, tengok la proses penghasilan kopi luwak ni. Kira pengetahuan am la...

3. Minum kopi

Dah sampai sini, kena la rasa kopi yang orang kata sedap tu... order untuk cukup syarat.....



Trip Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang Bandung
Bergambar dengan 'tugu' musang. Maklumlah tak pernah jumpa musang. 

Trip Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang Bandung
Dan dapat bermesra dengan musang sebenar

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Xcited anak-anak dengan musang 

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Dan turn si ibu dengan musang

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Musang ....Luwak
Dah selesai lihat musang-musang yang ada dan lihat proses pembuatan kopi di sini, tiba masa untuk kita merasai kopi luwak tu pula...





Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Kita minum dulu...

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang



Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang





RESTO DSDL (D'Sauhah Da Lada) - (Destinasi Makan Pertama)


Selepas melawat Kopi Luwak Cikole dan sebelum destinasi kedua iaitu ke Kebun Begonia, Mat Drat singgah di Resto DSDL (D'Sauhah Da Lada ) dahulu untuk menjamu selera.

Sebenarnya dari lokasi Kopi Luwak ni Mat Drat ada 3 pilihan untuk pergi melawat :

  • Tangkuban Parahu : Dalam 30 minit perjalanan ke utara/ ke atas lagi. Tapi Mat Drat tak pergi sebab faktor yang Mat Drat bagi tahu tadi iaitu harga tiket, masa dan anak-anak.
  • Dusun Bambu : Dusun Bambu ni antara tempat yang di suggest untuk di lawati kerana pemandangan yang  agak cantik serta suasana restorannya yang agak mendamaikan. Ramai juga yang suggest kerana tempat ni agak unik. TAPI Mat Drat tak pergi sebab perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit, dan Mat Drat minta Gunawan bawa tempat makan lain (alternatif). Anak-anak pun sudah agak lapar.
  • Restoran Kampung Daun : Juga antara tempat makan yang disuggest jika ke Bandung. Ambiance di sini agak mendamaikan di mana sambil makan dapat menikmati pemandangan yang agak menarik. Suasana makan di sini yang menjadi tarikan sebenarnya. TAPI Mat Drat pun tak pergi sebab malas nak 'kedalam' yang ambik masa lebih 30 minit dari Kopi Luwak.

Bercuti Bandung Makan Sedap DSDL




Resto DSDL (D'Sauhah Da Lada) ini walau pun namanya seakan nama Mat Salleh, tetapi sebenarnya ia diambil dari perkataan Sunda. Dan semestinya menu utama di sini adalah masakan Sunda (terkenal dengan lalapan dan sambal goreng sunda). 

Pesanan Gunawan.... "Abang kalau mahujimat, abang order set....jangan order ala-carte". Jadi kalau nak makan di sini, boleh pilih set menu yang ada...ada beberapa pilihan.

Dan Gunawa juga pesan..... "Nanti abang cuba masakan "sup bontot"nya... mesti sedap. Kami pun order sup bontot sup, dan memang betul....sangat sedap. Patut harganya boleh tahan. 

Ops...sini bontot, di Malaysia kita panggil ekor. Mulanya ingatkan sup bontot ayam, rupanya sup ekor lembu. Patut lah sedap. Yang jadikan tambah sedap tu sebab ekor tu dibakar dahulu (kalau tak silap) dan disekalikan dengan sambalnya yang memang kaw.

Siap makan, boleh kata semua licin kami habiskan...kuah masam (masakan sunda) memang sedap.... boleh kata semua sedap lah...

Mat Drat rekemen tempat ni. Tak ramai orang, sedap, harga berpatutan dan selesa. Ops, makan di tempat yang special ye, di "gazebo"...nak suasana lain, amkan lah di tingkat atas.

Nota : Gambar koleksi Mat Drat tak ada sebab hand phone rosak, dan gambar tak dapat nak di retrieve dari handphone. Ini semua gambar dari facebook DSDL dan Website.

Lokasi  : 👉 Google Resto D'Sauhah Da Lada
Address : Jl. Raya Lembang No. 121 Lembang, Bandung Barat.

Website : http://www.restodsdl.co.id/
Tel : (022) – 2786325 atau 089636564588 (WhatsApp)

WaktU Operasi :07:00 – 21.00 , Isnin - Ahad







.



KEBUN BEGONIA LEMBANG - (Destinasi Kedua)


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Dah kenyang makan...masa untuk meneruskan aktiviti melawat sekitar Lembang Bandung ini. Destinasi berikutnya adalah Kebun Begonia.

Lokasi ni last minit punya plan sebab Mat Drat bagi tahu kat Gunawan, tak nak makan di Kampung Daun atau pun Dusun Bambu. Jadi Gunawan ganti makan di Resto DSDL dan kemudian melawat Kebun Begonia ni.

Kebun Begonia ni merupakan kebun bunga yang bagi Mat Drat cukup cantik, di hiasi dengan warna warni bunga-bungaan dan pelbagai deko dan prop-prop yang pasti mencantikkan gambar. Boleh kata sangat sesuai kepada mereka yang sukakan bunga-bunga dan juga suka bergambar. Serius, memang cantik jadi bergambarlah puas-puas. Pastikan handphone cukup bateri.

Saiz kebun ni tak besar mana, jadi kita tak akan ambil masa yang lama di sini. Jangkakan masa akan dihabiskan sekitar 30-45 minit sahaja di sini. 

Jadi aktiviti di sini adalah bergambar....bergambar....bergambar....dan bergambar.


Sedikit info mengenai Kebun Begonia ni:


Lokasi  : 👉 Google Map Kebun Begonia Lembang
Address :  Jalan Maribaya No. 120 A, Lembang, Bandung, Jawa Barat.

Telepon:+62 22 2788-527  / HP:+62 812-220-0202

Website : http://www.kebunbegonia.com/contact

Bayaran : Rp 15,000 seorang ( +- RM 4.20)



Seronok lihat anak-anak lari ke sana sini nak ambil gambar....masing-masing seronok bergambar. Kira pembuka trip Bandung yang tidak mengecewakan...

Dan Mat Drat kongsikan sebahagian gambar Mat Drat n Family di sana...



Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang



Dari Kebun Begonia ni kami ke Floating Market Lembang sebelum meneruskan aktiviti di hari pertama ini ke FarmHouse Susu Lembang pula.

Baca seterusnya di entry 
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Floating Market dan Farm House Susu Lembang





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

11 comments:

  1. Syoknya jln2 mkn angin. Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  2. Baru day 1...saya akan ke bandung awal bulan okt,2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok bro...akhirnya siap entry Bandung..ha ha ha

      Delete
  3. Replies
    1. Rasanya kain pasang/kain bersulam dan telekung kot yang selalu di jadikan buah tangan. Jangan lupa singgah kedai Kartikasari, untuk oleh-oleh dari Bandung

      Delete
  4. Hye mat drat,saya dan 2 org kawan saya akan pergi ke bandung pada bulan ini selama 7 hari.. Dan pergi tidak mengambil package,hanya redah sahaj tetapi saya agak bimbang kerana kami baru perrama kali mahu jejakkan kaki kesana.. Kami akan menginap di zennra house jugak selama 7 hari..boleh mat drat bagi pendapat atau pandangan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izalyana, maaf... Tak pandai dan tak tahu juga nak bagi pendapat atau pandangan apa.

      Sata rasa, 7 hari tu mungkin ada travel ke lokasi yg jarak agak jauh..

      Bandung rasanya tak ada masalah, cuma bab public transport shj kena tekankan. Kalau ambik kereta / van sewa, tak ada masalah sgt.

      Cuma jgn lupa,
      -bawa ubat 'ringan' siap2 (demam, sakit perut cthnya)
      -aktifkan kad debit
      -update / inform lokasi di sana kpd family member di Malaysia

      Delete
    2. Selamat bercuti dan enjoy your trip

      Delete
  5. Assalamualaikum tumpg bertanya..kita mmg boleh tgk keseluruhan process pembuatan dari A-Z ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam
      Waktu kami dtg, hanya ada hasil setiap step step proses je.

      Tak dpt tgk proses penghasilan.

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.