Sunday 11 February 2018

Laman Agro MAEPS Serdang








Bersambung dari entry sebelum ini.....  👉👉  Road To Agro Tourism Siri 3



Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3)

Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) pada pagi ini ke destinasi pertama... iaitu MAEPS Serdang. 

Rombongan rakan media tiba sekitar jam 9.00 pagi di MAEPS dan disambut oleh kakitangan MAEPS Serdang dengan diketuai oleh Puan Norafizah Rahman, Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd (MMSB). Turut sama hadir adalah Pengerusi MBBSB iaitu Dato' Zahida Zarik Khan yang turut meluangkan masa sama-sama membawa rakan media menerokai destinasi agro-pelancongan di MAEPS ini.


 Rombongan tiba di MAEPS - Destinasi pertama Road To Agro Siri 3.
Turut mengiringi adalah 10 buah motorsikal berkuasa besar dan 2 buah caravan.

Terima kasih kepada pihak Bas Hop-on Hop-Off untuk perjalanan
dari Hotel Tamu & Suites ke MAEPS Serdang.


Para rombongan dihidangkan dengan buah-buahan segar dari ladang,
dibawakan oleh pihak TF - Trofical Fruits.


Laman Agro MAEPS

Satu taklimat ringkas telah diberikan kepada rombongan media sebelum rombongan di bawa melawat ke Laman Agro MAEPS ini.


Laman Agro MAEPS ni terdiri daripada 8 laman pertanian iaitu 

  1. Laman Herba
  2. Laman Sayur
  3. Laman Padi
  4. Laman Nanas
  5. Laman Florikultur
  6. Laman Perikanan
  7. Laman Ternakan
  8. Laman Jentera. 



Memandangkan rombongan media hanya mempunya waktu yang singkat iaitu sekitar 3-4 jam sahaja di sini, maka rakan media hanya akan dibawa melawat ke 4 lokasi sahaja iaitu MAEPS Ecofarm , Laman Herba, Laman Padi dan G2G Animal Garden.




3-4 jam sebenarnya bukanlah masa yang lama kalau kita melawat ke kawasan agro, kerana kawasan lawatan agro biasanya sangat luas dan tambahan pula kita akan banyak menghabiskan masa dengan produk-produk yang ada. Tambahan pula, bagi rombongan rakan media dari MTC ini akan turut dijamu dengan hidangan istimewa di setiap lokasi yang disinggahi.


Peta Tour Laman Agro Maeps Serdang Map
Peta Tour Laman Agro Maeps.
Tapi kami hanya akan ke 4 lokasi sahaja.


Untuk tour 1/2 hari di Laman Agro Maeps Serdang ini, kami rombongan dari MTC akan dibawa kesemua lokasi dengan tram ride. Setiap tram turut diserta dengan petugas dari Maeps, kira ia adalah lawatan berpandu dengan guide.


Pihak MAEPS telah menyediakan 3 buah tram ride untuk kami semua.
Cukup selesa. Park kereta dan gunakan perkhidmatan tram yang disediakan.


Siri lawatan ke Laman-laman Agro pun bermula


Tadi dah naik bas double decker  Hop-on Hop-Off,
sekarang naik tram ride MAEPS Serdang pula.


Untuk mereka yang ingin ke Laman Agro MAEPS Serdang ini, bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :

Pre-booked / Organized Group 
- MyCard : RM 45.00 nett per pax
- Student : RM 35.00 nett per pax
- Without MyCard : RM 65.00 nett per pax

Atau

Walk-in
- RM 5.00 nett per pax ( tram ride)

Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi MAEPS
https://www.maeps.com.my/

atau

Facebook : www.facebook.com/LamanAgro

Ecofarm & House of Kambing

Lokasi pertama yang dilawati adalah Ecofarm, di sini peserta rombongan dapat "bemesra' dengan kambing, biri-biri dan unta. Unta pun ada ya, tapi dimaklumkan ini bukan unta arabbbb, tapi unta dari Australia.  Unta dari Arab ada 2 bonggol, manakala Unta Australia ada 1 bonggol sahaja.

Jom layan sekejap Mat Drat di Ecofarm.


Ni kambing-kambing degil ....  Di sumpah jadi kambing batu 😄😃

Kambing yang seekor  ni suka sungguh bila di ajak bergambar !!


Di ajak selfie pun...kambing ni okey. Mungkin sebab janggut sama kot 😅😅

Waktu makan unta-unta dan kambing-kambing di sini.
Ngam-ngam kami sampai...



Bersama-sama Dato' Zahida - Pengerusi MARDI MAEPS Sdn Bhd
memberi makan kepada unta dan kambing

Bersama hos rancangan #Road to Agro Tourism, Maria Tengku Sabri



Sessi beri makan yang cukup meriah !!



Selesai bemesra dengan memberi makan kepada kambing-kambing dan unta, para peserta rombongan disajikan dengan hidangan istimewa iaitu Nasi Goreng Kambing dan Sup Kambing tajaan House of Kambing

Sempat juga Mat Drat berbul dengan petugas di House of Kambing ini, waktu lunch biasanya agak ramai pelanggan... Menu kambing memang biasanya ramai peminat, tetapi di sini lebih sikit sebab kambing yang digunakan adalah kambing fresh dan bukannya kambing frozen. Tu yang sedap dan rasa 'manis' kambing tu lain sikit.

Jemput lihat ye.... 😋😋

lihat menu je, gambar tak sempat nak ambik, sebab Mat Drat lama dengan unta dan kambing. Rakan-rakan lain dah nak siap makan, baru Mat Drat masuk ke sini.... 

Bagi Mat Drat, kalau ikut pada harga tak la mahal ... cukup berpatutan. Rasa nasi goreng dan sup kambing memang mantap....












Laman Herba & Kelulut

Dari Ecofarm, para rombongan di bawa ke Laman Herba dan Kelulut. Disini Mat Drat dan rakan media lain diperkenalkan dengan herba-herba dan spesis kelulut yang terdapat di Malaysia.

Ketika melalui kawasan Laman Herba, terasa sungguh menyegarkan dengan bauhan dan haruman herba di sepanjang laluan.

Walau pun di sini hanya ada pokok-pokok herba, tapi nagi Mat Drat ia satu lawatan yang menarik bila Mat Drat dapat melihat dan menghidu herba yang kedua termahal di dunia selepas Zafron.


Dah agak lama di Laman Herba ini, para rombongan dihidangkan pula dengan minum penyegar iaitu Jus Pegaga Limau Kasturi. Sedap pulak rasa jus pegaga ni... mungkin sebab dah dicampur dengan Limau Kasturi kot, tu yang rasa pegaga tu hilang sikit, tapi khasiatnya tetap ada ye!


Kadar Bayaran : Tiada


Jom layan Mat Drat di Laman Herba dan Kelulut.




Di sepanjang laluan pagola ini, kita di hidangkan dengan bau-bauan yang wangi lagi menyegarkan.

Kira macam terapi la.... Geram je tengok bunga kat sini...
Pokok yang dikatakan penawar kanser. 
Cukup sehari sehelai memakan daunnya

Sessi penerangan di Laman Herba.
Tak tahu boleh bertanya... banyak ilmu cik akak ni ada


Jus pegaga dengan limau kasturi.
Lepas ni boleh la buat sendiri kat rumah


Setelah selesai menerokai Laman Herba, Mat Drat di bawa ke Laman Kelulut pula. Selain melihat pelbagai jenis 'rumah kelulut', di sini juga Mat Drat dan rakan-rakan lain dapat menyedut madu kelulut terus dari sarang .... bersama kelulut-kelulut yang berterbangan 😆. Pengalaman menarik ni.





Rumah-rumah kelulut . Ni untuk kelulut 'marhaen'

Ni satu-satunya rumah kelulut special.
Mat Drat panggil bungalow untuk Kelulut "ada-ada" - bukan marhaen

Rajin orang kat Maeps ni buatkan rumah special untuk spesis kelulut ni...

Sessi menghisap madu kelulut

Sessi menghisap madu kelulut sambil ditemani kelulut yang berterbangan




Laman Padi & Galeri Padi

Lawatan diteruskan dari Laman Herba & Kelulut ke Laman Padi di mana di sini terdapatnya Galeri Padi yang mempamerkan informasi berkaitan dengan padi seperti spesis-spesis padi, teknik menanam & menuai, jenis-jenis peralatan dan sebagainya.

Ruang pameran Galeri Padi yang disediakan  cukup selesa. Tak lama di sini, dalam 10-15 minit Mat Drat dah habis baca semua info yang ada.

Jika datang pada 'musim menuai' pula, para pengunjung bolehlah melihat aktiviti menuai di bendang yang ada di sini.


Kadar Bayaran : Tiada


Laman Padi...betul-betul ada bendang padi ye

Di sini...pelbagai info berkaitan padi boleh kita perolehi

Antara pameran yang terdapat di sini


Antara info dan maklumat yang boleh diperolehi


Nasi Bendang @LAMAN PADI

Rupa-rupanya pihak MAEPS turut sediakan menu istimewa untuk rombongan dari MTC ini...  kami dihidangkan dengan Nasi Bendang.

Yang nak try  makan Nasi Bendang di sini, bolehlah ke sini... tak perlu dah ke langkawi ...

Pakej Nasi Bendang @ RM 45.00+ per set (2-3 orang):
MENU
Nasi Putih
Masak Lemak Daging Salai Dan Mangga Muda
Ikan Keli Berlado
Sayur Goreng
Ulam Ulam
Sambal Belacan
Telur Masin
Keropok Ikan
Buah Tembikai
Kordial Sirap Selasih


Walau pun ditulis set menu ni untuk 2-3 orang makan, tetapi Mat Drat makan berempat pun tak habis nasi dan lauk. Mungkin sebab kami ber-empat ni  tak kuat makan kot...



Makan dengan pemandangan sawah padi menghijau dan langit membiru

Jemput makan....





Menu Mat Drat hari ni... Nasi Bendang

Selfie dulu sebelum makan... 


Bila lihat menu dan suasana makan di sini, teringat Mat Drat akan salah satu tempat makan istimewa di Langkawi iaitu juga di Laman Padi Langkawi. Rupa-rupanya di sini, mengambil konsep yang sama cuma menu masakan sedikit berbeza.

Mat Drat pernah kongsikan sebelum ini
       ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Tempat Makan Best di Langkawi




G2G Animal Garden

Selesai menjamu selera dengan 'Nasi Bendang' di Laman Padi, rombongan dari MTC dibawa ke G2G Animal Garden pula.

Di sini, pengunjung bolehlah bermesra dengan pelbagai haiwan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot, Ayam Serama, Gerbills, Racoon, British Shorthair Cats dan sebagainya.

Di sini para pengunjung dapat bemesra dengan haiwan seperti petting zoo.

Kalau yang duduk sekitar Lembah Klang ni, jika hujung minggu tak ada tempat nak pergi mana-mana, boleh lah bawa anak-anak  ke sini. Tak jauh....

Kadar Bayaran : 
Dewasa  : RM 15.00 (MyKad) / RM 25.00 (Tanpa MyKad)
Kanak-Kanak :  RM 7.00 (MyKad) / RM 17.00 (Tanpa MyKad)
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 90cm




G2G Animal Garden



Tarikan yang ada di G2G Animal Garden

Jinak... anak-anak mesti suka ni


Cukup jinak... tak ada masalah nak ajak bergambar 

Dan ini seekor lagi... Cukup jinak... tak ada masalah juga nak ajak bergambar 

Yang eksotik ni... Mat Drat tak bergambar la... 



Kawasan untuk beri makan kepada kambing, biri-biri dan kuda padi






Techno Cafe @G2G - Goat to Go Farm

Selesai sessi 'beramah mesra' dengan haiwan-haiwan di G2G Animal Garden ini, Mat Drat dan rakan-rakan dari MTC dibawa ke Techno Cafe untuk menjamu selera di sini.


Melihat suasana cafe ini, Mat Drat rasa agak menarik ditambah pula menu utamanya kambing adalah kambing yang fresh.... bukan kambing frozen.

Dan sekali lagi, Mat Drat di jamu dengan menu  kambing


Techno Cafe @G2G Goat To Go Farm



Ruang Makan Utama

Juga ada disediakan ruang makan kecil untuk lebih privasi

Hidangandah tersedia untuk Mat Drat dan kawan-kawan

Menu Mat Drat hari ini...
Nasi Minyak + Gulai Kambing + Ayam Kampung goreng + Acar + Popedom


Techno Cafe @G2G Goat To Go Farm


Waktu Operasi : Selasa Tutup Ye !!


Antara Menu yang ada

Antara Menu yang ada

Antara Menu yang ada


Selesai menjamu selera.... maka berakhirlah sesi lawatan di Laman Agro MAEPS Serdang ini.

Next time Mat Drat kena datang lagi ke sini sebab ada beberapa tempat yang tak sempat dilawati... antaranya  Laman Nanas. Datang sini nanti boleh makan nanas puas-puas.... Tak puas masa makan sebenarnya waktu dihidangkan semasa rombongan tiba tadi.... Nanas MD2 (kalau tak silap), cukup manis dan tak ada rasa pijar pun .








Bagi Mat Drat, produk pelancongan agro di MAEPS ini cukup bagus bukan sahaja sebagai produk pelancongan agro, malah cukup bermanfaat untuk sessi pembelajaran. 

Yang berkelapangan dihujung minggu, boleh la bawa anak-anak ke sini... 


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Laman Agro Maeps ini, boleh hubungi :

MARDI MAEPS Sdn Bhd
Pn. Siti Aieshah Mohd Said – Executive (Sales, Marketing & Event Management)
Tel : +603 89484699 samb. 130 / 016 -2073453 Fax : +603 89484985
Lama web : www.maeps.com.my



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡



1 comment:

  1. Banyak rupanya tempat2 menarik di Maeps ni... tak pernah pergi ingatkan untuk pameran je. Lepas ni boleh lah bawak keluarga ke sini kan! Macam best makan nasi bendang tu! - Khai http://kakijalans.com

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.