Friday 16 February 2018

Tasik Cruise Putrajaya - Menikmati Pemandangan Putrajaya yang Mendamaikan









Bersambung dari entry sebelum ini.....  ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Road To Agro Tourism Menaiki Tasik Cruise Putrajaya

Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) meneruskan aktiviti di hari pertama ini dengan menaiki Tasik Cruise Putrajaya. Kalau datang bersantai atau pun bercuti ke Putrajaya, Mat Drat cadangkan pergilah ke Tasik Cruise Putrajaya ni.... seronok bercruise ni kena pulak sambil menikmati pemandangan ditiup angin.

Sebelum Mat Drat sambung mengenai Tasik Cruise Putrajaya ni, singgah la dulu antara tempat yang pernah Mat Drat  berriver cruise 

River Cruise di Paris ðŸ—¼ðŸ—¼
Evening Cruise di Barcelona 
Cruise di Chow Praya Cruise Bangkok
- Sunset Cruise di Kuching




Tasik Cruise Putrajaya

Mat Drat kongsikan sedikit info mengenai Tasik Cruise Putrajaya ini :

  • Tasik Cruise Putrajaya ini juga merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat di Putrajaya dibawah kelolaan Marina Putrajaya Sdn Bhd dimana Marina Putrajaya Sdn Bhd merupakan subsidiari kepada Pulse Group (Putrajaya Leisure and Service Group Sdn Bhd)
  • Tasik Cruise Putrajaya ini dilancarkan padsa 30 Ogos 2003 setelah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Mulai 2013, Tasik Cruise Putrajay ini telah menjadi subsidiari kepada PerbadanAN Putrajaya.
  • Pelancong yang menaiki Tasik Cruise Putrajaya ini dapat menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan serta dapat melihat keunikan lebih 20 mercu tanda Putrajaya dari sudu yang berbeza .... dari tasik!
  • Antara bangunan dan mercu tanda yanga kan dijumpai sepanjang menaiki tasik cruise ini adalah Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Istana Darul Ehsan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan Pejabat Perdana  Menteri.
  • Ada beberapa pilihan untuk bersiar dengan bot / cruise di Tasik Putrajaya ini iaitu
    • Boat Sighseeing Cruise
    • Perahu Dondang Sayang
    • Perahu Lepa-lepa
    • Picnic Boat
  • Boat akan berlepas dari Tasik Cruise Jety yang terletak di Persint 1, bersebelahan Masjid Putra / Bulatan Putra. Boleh park kereta di sini.
  • Kalau bertasik cruise di lewat petang, boleh la bermagrib di Masjid Putra dan malamnya pula bersantai di Dataran Putra.

Boat Sighseeing Cruise

  • Ini boat yang biasa pengunjung / pelancong naik.
  • Bot ini mampu menampung sehingga 60 pax pada satu-satu masa.
  • Pelancong akan dapat menikmati sekitar 45 minit cruise
  • Cruise bot ada dua jenis iaitu 
    • Double Deck - kapasiti 120 pax sighseeing / 60 pax dining - ada 2 unit
    • Single Deck  - kapasiti 76 pax sighseeing / 30 pax dining - ada 2 unit  








  • Waktu Operasi : 10:00 am - 7.15pm ( Setiap Hari )
    • 10:00, 11:00am dan 12:00pm 
    • 1:00pm, 2:15pm, 3:30pm, 4:45pm, 6:00pm dan 7:15pm


Harga Tiket Tasik Cruise Putrajaya

  • Harga tiket ada beberapa kategori, jadi sebelum beli tiket lihat dulu senarai harga untuk lebih penjimatan. Bagi kakitangan awam kerajaan, jangan lupa bawa kad jabatan untuk harga istimewa 'kakitangan kerajaan'.
  • Harga Tiket
    • Adult   : RM 30 (MyKad) / RM 50 (Foreigner)
    • Child   : RM 20 (MyKad) / RM 35 (Foreigner)
    • Student    : RM 30 (MyKad) / RM 50 (Foreigner)
    • Senior Citizen / OKU    : RM 15 (MyKad) / RM 25 (Foreigner)
    • Goverment   : RM 25 (MyKad)
  • Harga Tiket Family Package
    • 2 Adult, 2 Child   : RM 84 (MyKad) / RM 150 (Foreigner)
    • 2 Adult, 3 Child   : RM 88 (MyKad) / RM 175 (Foreigner)
    • 2 Adult, 4 Child   : RM 92 (MyKad) / RM 200 (Foreigner)
Bagi kakitangan awam kerajaan, jangan lupa bawa kad jabatan untuk harga istimewa 'kakitangan kerajaan'.

Kalau nak jimat lagi, datang awal dan naik 'Early Bird' Cruise. Boleh pilih Early Bird Cruise jam 10:00am atau 12:00pm. Jika  datang  pada Weekend / PH sahaja, ada tambahan Early Bird Cruise 11:00 am.
  • Harga Tiket Early Bird Cruise
    • Adult   : RM 15 (MyKad) / RM 25 (Foreigner)
    • Child   : RM 10 (MyKad) / RM 17.50 (Foreigner)






Perahu Dondang Sayang / Perahu Lepa-Lepa dan Picnic Bot

  • Selain menaiki sighseeing cruise, pelancong atau pengunjung boleh juga memilih untuk menikmati keindahan Tasik Putrajaya dengan Bot Dondang Sayang, Bot Lepa-Lepa atau Picnic Bot
  • Bilangan bot adalah terhad dan harga bagi setiap bot adalah berbeza.

Perahu Dondang Sayang
Merupakan perahu tradisional dari Terengganu dan mampu memuatkan sehingga 6 pax. 25 unit perahu ini disediakan.

Harga bayaran Perahu Dondang Sayang
  • Adult   : RM 20 (MyKad) / RM 40 (Foreigner)
  • Child   : RM 12 (MyKad) / RM 26 (Foreigner)
Perahu Dondang Sayang
Image : Cruise Tasik Website


Perahu Lepa-Lepa
Merupakan perahu tradisional yang digunakan oleh Kaum Bajau di Semporna Sabah dan mampu memuatkan sehingga 12 pax pada satu masa. 5 perahu disediakan.

Harga bayaran Perahu Lepa Lepa
  • Adult   : RM 20 (MyKad) / RM 40 (Foreigner)
  • Child   : RM 12 (MyKad) / RM 26 (Foreigner)
Perahu Lepa-Lepa
Image : Cruise Tasik Website

Picnic Bot
Bot ni kalau yang nak merasai pengalaman yang berbeza. 

Harga bayaran Picnic Boat
RM 50 (MyKad) / RM 80 (Foreigner) setiap sessi untuk 30 minit trip. 
Maximum kapasiti adalah 8 pax / tube.




Pengalaman menaiki Tasik Cruise

Sedikit perkongsian ketika Mat Drat dan rakan-rakan dari rombongan media Malaysia Tourism Council dipelawa menikmati panorama Tasik Cruise Putrajaya pada  Road To Agro Siri 3 baru-baru ini.




Terminal Tasik Cruise Putrajaya terletak di bawah Putra Bridge.
Kereta boleh park di Bulatan Putra atau Masjid Putra.


Jom kita masuk ke terminal Tasik Putra. Bot dah sedia menunggu.


Terminal terletak di bawah Putra Bridge ye



Cruise Boat Double Deck yang akan kami naiki



Kapten kami petang ini


Dengar taklimat dahulu.... safety first


Keadan di dalam deck . Selesa.


Jangan lama-lama duduk kat dalam, cepat-cepat ke atas untuk sighseeing


Semua mula keluarkan camera dan handphone masing-masing untuk merakam suasana sepanjang cruise ini.

Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri



Istana Darul Ehsan


Wawasan Bridge
- Wawasan Mantan Perdana Menteri kita Tun M


Bebas si Helang Bebas....




Putrajaya Monumen


Hot Air Ballon Putrajaya - sedia 'berlepas'


Boleh la....selepas bercruise, naik Hot Air Balloon Putrajaya pula


Antara Ikon Putrajaya - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)


Antara Ikon Putrajaya - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)


Antara Ikon Putrajaya - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)



Kompleks Islam Putrajaya


Jambatan Seri Saujana / Seri Saujana Bridge


Marina Putrajaya


4 bangunan yang tersergam indah dan gagah di Bulatan Gemilang

- Bangunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Bangunan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 4 bangunan yang tersergam indah dan gagah di Bulatan Gemilang

- Bangunan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
- Bangunan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan





Perahu Dondang Sayang .


Cruise dah hampir ke penghujung 


TAMAT Tasik Cruise 



Terima kasih kepada Malaysia Tourism Council, Tasik Cruise (Marina Putrajaya Sdn BHd) dan Pulse Group untuk pengalaman ini.




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡




2 comments:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.