Wednesday, 7 February 2018

Road To Agro Tourism Siri 3 - Make Tourism Champion





Road To Agro Tourism Siri 3

Baru-baru ini Mat Drat telah dipelawa untuk mengikuti siri jelajah Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) yang dianjurkan oleh Malaysia Tourism Council (MTC). Satu peluang yang pastinya tidak dapat ditolak oleh Mat Drat.

Road To Agro Siri 3 ini sebenarnya adalah kesinambungan dari dari jelajah Road To Agro Tourism Siri 1 dan Siri 2.

Pada siri 1 yang lalu, para peserta telah dibawa menjelajah ke bahagian Selatan Semenanjung, manakala bagi  siri 2 pula para peserta telah dibawa menjelajah kawasan agro pertanian di kawasan sekitar Kuala Kangsar dan juga Cameron Highland.


Bagi siri 3 ini, bersempena dengan perayaan Hari Wilayah Persekutuan para peserta dibawa menjelajah kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Malaysia Tourism Council (MTC) telah menjayakan RTA3 ini bersama dengan Perbadanan Kampung Bharu (PKB) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) serta turut mendapat sokongan Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Jelajah RTA3 kali ini juga mendapat kerjasama dari pihak MARDI-MAEPS, Bas Hop-In Hop-Off, Hotel Tamu dan Suite, Nafas Cubes Maeps, Pulse Group (Pulse Grande Hotel Putrajaya, Tasik Cruise dan Taman Ekuistrian Putrajaya), Cyberview Resort and Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM (Silat) dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Siri jelajah ini disertai oleh lebih 50 orang peserta yang terdiri dari wakil media, blogger, media influencer, wakil jabatan dan agensi serta selebriti Maria Tengku Sabri selaku hos program ini. Dan siri ini lebih istimewa dimana ia turut diiringi oleh 2 buah caravan dan beberapa penunggang motorsikal berkuasa besar bagi mengiringi perjalanan para peserta sepanjang jelajah RTA3 ini. 


Objektif RTA
Antara objektif program secara keseluruhannya adalah :
- Mempromosikan destinasi-destinasi Agro Pelancongan domestik yang menarik
- Mempromosikan penginapan baru, unik, selesa dan menarik.
- Mempromosikan makanan etnik, daerah dan setempat.
- Mempromosikan kebudayaan etnik, daerah dan setempat.
- Melebarkan jaringan dalam industri Agro Pelancongan.



Perasmian Road To Agro Tourism Siri 3


Program Road To Agro Siri 3 telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Affendi Zahari (Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu) di Tamu Hotel & Suites. 

Turut hadir bersama dalam Majlis Perasmian Program RTA3 adalah Y. Bhg Dato Khay Ibrahim (Pengerusi Eksekutif Tamu Hotel & Suites), Y. Bhg En. Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia), Y. Bhg En. Aminudin Mohamad (Pengarah Program), Y. Bhg En. Khalid Syed Ali (Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara), Y. Bhg Cikgu Aziz Abd Majid (Presiden Persatuan Dunai Seni Silat Melayu Malaysia), Tn Syed Azhar Syed Nadzir ( Group CEO Hop-On Hop-Off


Dato Mohd Khay menyampaikan kata alu-aluan di mana Tamu Hotel & Suites
menjadi  'tuan rumah'  bagi majlis perasmian program Road To Agro Tourism Siri 3

"ZIKAY GROUP SDN BHD telah berkembang sebagai pemaju hartanah Bumiputera Primier di Malaysia yang komited dan menyumbang kepada proses transformasi ekonomi ke arah mencapai status negara maju

" ZIKAY kini, telah memperluaskan sayap perniagaan dengan menceburi di dalam bidang hospitaliti.
- Dato Mohamad Khay




En Aminuddin dari MTC selaku pengarah program menyampaikan sedikit ucapan

"MTC percaya melalui program Road To Agro Tourism ini banyak pihak 
akan mendapat faedah dan manfaatnya.Diharapkan program ini 
akan memberikan impak yang besar kepada industri pelancongan negara 
terutama bagi menaikkkan jumlah pelancongan domestik" 
- En Aminuddin Mohamad


Majlis Perasmian Road To Agro Tourism Siri 3
Dato Affendi menjawab soalan dari para media
di Majlis Perasmian Road To Agro Tourism Siri 3


Makan Malam :  Pemandangan Memukau

Selesai majlis perasmian, para peserta dan jemputan dijamu dengan makan makan malam di Suasana @ 27 Tamu Hotel & Suites.

Juadah tradisional Melayu disediakan oleh para chef dinikmati oleh para tetamu dalam suasana yang cukup indah - sambil menikmati keindahan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Mat Drat sendiri betul-betul tertarik dengan pemandangan dari tingkat 27 ini, tidak banyak (mungkin tiada) hotel yang dapat memberikan pemandangan seperti ini.


Baca link berikut untuk entry penuh Mat Drat berkongsi pengalaman menginap di Tamu Hotel & Suites ini.

Untuk maklumat berkai

👉👉 Tamu Hotel & Suites - Hotel Baru dengan pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang memukau 🌃 🌃 - coming soon


Untuk maklumat lanjut, boleh juga ke laman web rasmi Tamu Hotel www.tamuhotel.com


Pemandangan pada sebelah petang dari Suasana @27

Pemandangan pada sebelah petang dari Suasana @27

Mat Drat bersama Pak Agus dari Antara News Indonesia dan
Mr Hamzah Wong - peserta dari Taiwan








10,000 Langkah Berbusana di Kampung Baru


Program utama pada malam ini adalah berarak menyusuri Kampung Baru di dalam program 10,000 langkah berbusana di Kampung Baru (10,000 steps night walk with traditional costumes) yang dianjurkan oleh DSSM (Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia) dengan kerjasama MTC.

Program ini merupakan satu wadah untuk mendokumentasikan keujudan tradisi kesatuan budaya Melayu dan kesantunan Melayu itu sendiri.

Sebelum perarakan bermula, para tetamu disajikan dengan pertunjukan seni silat Melayu di ruang lobi Tamu Hotel & Suites. 

Turut menunjukkan kehalusan seni silat Melayu pada malam itu adalah bekas Pesilat Negara dan juga pelakon iaitu Ruzaidi Abdul Rahman.

Teringan lakonan dia dalam drama bersiri Keris Hitam Bersepuh Emas masa dulu dulu. 😀



Ruzaidi menunukkan seni silatnya kepada para tetamu


Salah satu pertunjukkan yang memukau para tetamu.
dari pertubuhan Seni Silat Aliran Helang Buana



Bukan senang nak dapat peluang berbual semeja dengan para pendekar Melayu kita


Selesai pertunjukkan silat, para peserta dan tetamu memulakan langkah pertama dalam program 10,000 langkah ini!

Perarakan yang bermula dari Pintu Gerbang Kampung Baru ini turut untuk mempromosikan Kampung Baru sebagai Syurga Makanan 


👉👉 Kampung Baru - Syurga Makanan 🍛🍜🍧 - coming soon





Langkah bermula dari Pintu Gerbang Baru Kampung Baru

Perarakan ini turut menarik perhatian para pelanggan yang sedang
menikmati hidangan  disepanjang laluan ini

Para peserta bergambar berlatar belakangkan KLCC

Selebriti Maria Tengku Sabri selaku hos program Road To Agro Tourism turut sama di dalam program ini.
Malam ni Rani Kulup tak buat report polis ye!!
Turut sama Mat Drat dalam program 10,000 langkah 

Cantik rupanya pemandangan dari Kampung baru ni...


Dan perarakan ini berakhir di Masjid Kampung Baru. Para tetamu juga turut menerima bubur lambuk - yang cukup terkenal dengan keenakkanya.


Bergambar sebelum bersurai



Flag-Off Road To Agro Tourism Siri 3


Rombongan Road To Agro Tourism Siri 3  dimulakan dengan pelepasan para peserta dari Tamu Hotel & Suites.

Para peserta memulakan penjelajahan destinasi pelancongan agro di sekitar Kuala Lumpur - Putrajaya dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off

Acara flag off telah dilakukan oleh En Uzaidi Udanis, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia bersama Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim, Group Managing director Zikay Group.

Destinasi pertama rombongan ini adalah MAEPS



Bas Hop-On Hop-Off sedia membawa rombongan RTA3



Acara flag-off para peserta




Bismillah.... perjalanan jelajah agro ini bermula


Pengalaman pertama Mat Drat menaiki bas Hop-On Hop-Off di Kuala Lumpur,
biasa naik diluar negara je.

Kita rakyat Malaysia pun boleh je naik bas ni... seronok !!

Cuaca baik dan tidak panas.
Jalanraya juga tidak sibuk pagi ni sempena Cuti Hari Wilayah.
KLCC Twin Tower tersergam indah.

Berlatar belakangkan bangunan yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia


Memandangkan hari ini adalah Cuti Hari Wilayah, jadi
perjalanan ke MAEPS cukup lancar

Maria Tengku Sabri sedang menjalan tugas selaku hos rancangan.

Penunggang Motorsikal berkuasa besar yang turut mengiringi rombongan RTA3 ini.


Akhirnya rombongan tiba di MAEPS


Para rombongan dibawa menjelajah MAEPS Agro Tourism Park dan turut dijamu oleh pihak MAEPS. Untuk sessi 1/2 hari ini, 3 kali para peserta dijamu. Jadi Mat Drat akan juga kongsikan entry khas mengani tempat makan sedap di MAEPS ini.


Destinasi berikutnya para peserta dibawa ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang terletak  di Persint 4 Putrajaya sebelum di bawa menaiki Tasik Cruise menyusuri tasik Putrajaya.

Pada sebelah malamnya, para peserta singgah untuk bersolat di Masjid Sultan Mizan  dan menjamu selera di Hotspotz - food truck station Putrajaya , sebelum mengakhiri hari pertama dengan menginap di NAFAS Cube Maeps Serdang.


Untuk hari kedua pula, para peserta rombongan di bawa ke Taman Ekustrian Putrajaya untuk sessi joy ride sebelum dijamu makan tengah hari oleh pihak Taman Ekuistrian Putrajaya.

Acara berikutnya para peserta dibawa ke Hotel Pulse Grunde Putrajaya (dahulunya Shangri-La Putrajaya)  untuk mendengar sedikit taklimat sebelum dibawa menjenguk sekitar hotel ini.

Dan disebelah petangnya, para rombongan dihiburkan pula dengan teater musical Fantasy Rainforest Theatre di PICC. Satu persembahan yang cukup menarik.

Dan malam ini para peserta menginap di Hotel Pulse Grunde Putrajaya.


Untuk hari ketiga pula, awal pagi para peserta bersama-sama komuniti penduduk Persint 9 di dalam program Urban Farming. Satu program yang turut mendapat sokongan Perbadanan Putrajaya.

Sebelum ke destinasi akhir untuk program RTA3 ini, para rombongan dibawa ke Cyberview Resort dan Spa - sebuah resort yang cukup indah dan mendamaikan.

Dan program RTA3 ini berakhir di  UPM di mana para peserta menyertai lawatan ke Edu Tourism @ UPM.


Program Road To Agro Tourism siri 4 akan menjelajah ke bahagian Utara Semenanjung pula.



Mat Drat akan sambung di entry-entry berikut untuk berkongsi dengan para pembaca perjalanan Road To Agro Tourism Siri 3 ini. Satu perjalanan yang cukup menarik dan bermanfaat bagi Mat Drat.



👉👉 MAEPS - Destinasi Agro Tourism yang sangat menarik

👉👉 Taman Warisan Pertanian Putrajaya

👉👉 Tasik Cruise - Menikmati Keindahan Putrajaya - coming soon

👉👉 Masjid Sultan Mizan  - coming soon

👉👉 Hotspot Putrajaya - Food Truck Station Putrajaya - coming soon

👉👉 Menunggang Kuda di Taman Ekuistrian Putrajaya - coming soon

👉👉 Fantasy Rainforest Theatre berkelas dunia di PICC - coming soon

👉👉 Urban Farming di komuniti Persint 9 Putrajaya - coming soon

👉👉 Lawatan Edu Tourism @ UPM : Play, Learn & Stay Young - coming soon


👉👉 NAFAS Cube : Penginapan lain dari yang lain - coming soon

👉👉 Pulse Grande Putrajaya : Penginapan dalam taman - coming soon

👉👉 Cyberview Resort & Spa : Cantiknya swimming pool - coming soon



 ~Mat Drat ~






2 comments:

  1. Bestnya Mat Drat!! Segak berbaju Melayu! hehhe Khai http://kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat 'Kampung' Baru bro.... kena la berbaju Melayu ;-)

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.