Resort Mewah di Taman Tropika
Di hari terakhir Road To Agro Tourism Siri 3 bersama Malaysia Tourism Council ini, Mat Drat dan rakan-rakan lain telah singgah di Cyberview Resort & Spa untuk memenuhi undangan makan tengah hari dan juga meninjau disekeliling hotel mewah ini.
Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya ini merupakan boutique resort bertaraf 5 bintang yang didirikan di atas tanah berkeluasan 28.8 ekar yang turut memenangi award landscape garden.
Dahulunya resort ini dikenali sebagai Cyberview Lodge. Ia merupakan ilham mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir bagi menyambut kehadiran delagasi APEC Summit Conference pada tahun 1998. Pada ketika itu resort ini hanya mempunyai 38 unit chalet. Dan seiring dengan perkembangannya dan pertambahan fasiliti, Cyberview Lodge telah memasuki segment resort dan ia bertukar nama kepada Cyberview Resort & Spa mulai tahun 2015.
Swimming Pool - 3 layered yg ohsem
Selesai sahaja urusan di loby, Mat Drat di bawa meninjau ke bilik-bilik di resort ini. Ketika keluar lobi dan mula berjalan menuju ke bilik melalui tepi swimming pool... ketika itu terluah perkataan
perghh....
betul-betul macam tropika punya suasana ni... dengan pokok kelapa menjulang tinggi, taman di kiri kanan.... three layered swimming pool
masa tu terus terlintas
"kena bawa anak-anak mandi kat sini ni !!"
|
Ni level paling atas.... |
Biasa kalau kongsi pasal hotel / resort, Mat Drat cerita pasal bilik dahulu.... kemudahan seperti swimming pool ni hujung je... tu pun sikit je. Tapi Cyberview Resort & Spa ni tak boleh, Mat Drat kena share pasal swimming pool ni dulu. Terlalu teruja. Mungkin waktu tu cuaca cukup indah, maka makin terserlahlah ke'ohsem'an swimming pool kat sini.
Banyak gambar Mat Drat ambil kat swimming pool ni sampaikan pegawai dari pihak resort minta Mat Drat 'hold' dulu ambil gambar dan melawat bilik dahulu. Dia kat bilik pun nanti 'ohsem' juga..... Tunggu...
Okey Mat Drat share beberapa gambar swimming pool..... yang di ambil sepanjang perjalanan dari satu guest room ke room yang lain. Boleh kata, ambil la bilik mana pun, swimming pool ni akan sentiasa di depan mata.. 3 level la katakan, semestinya cukup besar swimming pool ni.
Nota:
Gambar kurang memuaskan sebab matahari tengah terik...
|
Level paling atas |
|
Chillax... Ni lepak lewat petang sambil mandi ni...terbaikkk |
|
Swimming pool - Level 2 |
|
Swimming Pool - Level 3 (paling rendah) |
|
Anak-anak mesti puas mandi manda ni... |
|
Bawa anak-anak ni, satu hari suntuk kat swimming pool pun mereka okey. |
|
Swimming pool - View dari salah satu bilik |
Guest Room
Kini Cyberview Resort & Spa ini menawarkan 112 unit Guest Room yang terdiri dari Superior Chalet, Deluxe Chalets, Executive Deluxe Chalets, Junior Suites dan 2 Bungalow unit. Dan turut ditawarkan Honeymoon Suites (Mawar Suites) dan Presidential Suites (Bunga Raya Suite)
Harga bilik (published rate - online) seperti berikut :
Carian pada 21.02.208 untuk check in pada 9 Mac 2018 (Friday)
Dan harga mungkin berbeza mengikut tarikh
Superior : RM 300 / RM 325 (Dengan Breakfast)
|
Bilik yang sukup luas. |
|
Bathtub dan shower yang berpisah. Setiap bilik ada bathtub ye |
Deluxe : RM 350 / RM 362 (Dengan Breakfast 2 paxs)
|
Luas dan selesa. Turut ada balcony |
Executive Deluxe : RM 390 / RM 409 (Dengan Breakfast 2 paxs)
*Saiz bilik sama dengan Deluxe, berbeza mempunyai bathtub
|
Luas dan selesa. Turut ada balcony |
Bilik-bilik di bawah ini pula boleh di booking melalui online website Cyberview Resort & Spa .... http://www.cyberviewresort.com
Junior Suite : RM 800 (Dengan Breakfast 4 pax)
Bungalow unit : RM 1,700 (Dengan Breakfast 4 pax)
|
Bungalow Unit |
|
Bungalow Unit |
|
Bungalow Unit - 'Living Hall" |
|
Bungalow Unit - Turut ada Dry Kitchen |
|
Bungalow Unit - Lanscape garden |
Mawar Suite (Honeymoon) : RM 2,600 (Dengan Breakfast 4 pax)
Bunga Raya Suite (Presidential) : RM 3,600 (Dengan Breakfast 4 pax)
|
Bunga Raya Suite |
|
Bunga Raya Suite |
|
Bunga Raya Suite |
|
Bunga Raya Suite |
|
Bunga Raya Suite - Bath Tub |
Sembunyi Spa
Cyberview Resort & Spa bertukar nama dari Cyberview Lodge apabila Spa telah dimasukkan sebagai sebahagian dari Resort ini.
Sembunyi Spa ini yang berkeluasan 10,000 square feet di inspirasikan dengan konsep Indo-Malay dan Sino culture.
Memasuki sahaja bangunan Sembunyi Spa ini.... aroma harum terus menyusuk hidung.... Patut la kawan Mat Drat kata, pergi spa sini memang lain sangat suasana dia, betul-betul badan jadi refresh.
Perkhdimatan spa di sini, bukan seperti spa-spa hotel lain... tetapi cukup special....cukup istimewa. Terapi tradisional yang ditawarkan pasti buat diri terasa segar dan bertenaga.
Datang ke sini dan manjakan diri di jacuzzi, 'cold plunge pool', steam dan sauna
di Sembunyi Spa ini. Tidak lupa juga, lap pool di spa ini turut membuatkan diri seakan dimanjakan....
Bagi Mat Drat, datang ke sini.... kita akan dapatkan manjakan dan segarkan kembali minda kita, badan kita dan jiwa kita. Sesuai dengan tagline Sembuni Spa....
Mind....Body....Soul
Antara package yang ditawarkan di sini adalah :
- The Spa Experience : 2 jam 30 minit
- The Massage : 60 minit & 90 minit
- Head & Hair Spa : 60 minit
- The Body Specialist : 60 minit & 90 minit
- Hand & Feet Spa : 90 minit
- Facial : 60 minit
Waktu operasi : 10:00 am - 10:00 pm setiap hari
Untuk package dan harga boleh hubungi
Telefon : 03-8312 7136
Email : spa@cyberviewresort.com
Jom kita lihat apa yang ada di Sembunyi Spa ini....
|
Sembunyi Spa - Cyberview Resort & Spa |
|
mind...body...soul |
|
Mat Dart disambut dengan senyuman manis |
|
Ini yang haruman yang cukup menenangkan |
|
Salah satu bilik utk massage. Sesuai untuk couple |
|
Salah satu bilik utk massage. Sesuai untuk couple |
|
|
Bilik Massage |
|
Cold Plunge Pool |
|
Cold Plunge Pool |
|
Sambil menunggu rakan siap test buat treatment, Mat Drat berehat sekejap di sini sambil mengadap tasik |
|
View Tasik dan swimming pool dari atas tadi |
|
Tasik dan swimming pool di Sembunyi Spa |
Memang Mat Drat betul-betul terpesona lihat suasana di Cyberview Resot ni... dari swimming pool nya, biliknya yang luas dan Sembunyi Spa yang betul-betul merehatkan diri. Tu belum buat treatment betul-betul lagi tu....
Verandah Restaurant - Buffet Lunch
Kebetulan sewaktu Mat Drat di sini, ada satu function yang sedang diadakan, jadi Verandah Restaurant agak dipenuhi dengan tetamu.
Jom intai sikit suasana di sini...
Selesai lunch.... Mat Drat bersama rakan-rakan lain menuju ke destinasi seterusnya iaitu destinasi terakhir... UPM Edu Park.
Terima kasih kepada Cyberview Resort &Spa untuk tajaan makan tengah hari kami dan juga pengalaman di resort ini yang begitu mempersonakan.
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.