Edu Park - Universiti Putra Malaysia
Road To Agro Tourism Siri 3 bersama Malaysia Tourism Council (MTC) untuk kali ini telah sampai ke penghujung. Destinasi terakhir untuk siri 3 ini adalah lawatan ke UPM dan secara tepatnya ke Edu-Park Universiti Putra Malaysia.
Edu-Park UPM ini merupakan satu destinasi yang menawarkan pakej pembelajaran melalui pengalaman dan ia sesuai untuk dilawati sama ada kepada dewasa mahupun kanak-kanak. Para pengunjung / pelawat yang ke sini berpeluang menimba ilmu dari mereka yang terlibat secara langsung dan juga berkemahiran dalam bidang mereka.
Secara ringkasnya, Edu-Park ini terdiri dari beberapa bahagian yang boleh dilawati :
- Putra Dairy & Deer Farm
- Equine Centre
- Human Anatomy Museum
- UPM Animal natomy Museum
- Conservation Park
- Galeri Serdang
Mat Drat dan rakan lain dari rombongan hanya berkesempatan melawat ke Animal Anatomy Museum dan Human Anatomy Museum.
Untuk melawat ke UPM Edu-Park ini :
- Perlu buat tempahan 7 hari sebelum lawatan
- Minimum bilangan pelawat adalah 7 orang, dan maksimum adalah 40 orang
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8947 1413 / 14 / 19
atau layari laman web www.edupark.edu.my
Animal Anatomy Museum
Human Anatomy Museum
Taklimat disampaikan kepada para pelawat sebelums sessi lawatan |
How Good is Your Brain |
How Good is Your Brain |
Tempat lawatan lain di Edu-Park UPM ini
Putra Dairy & Deer Farm |
Equine Centre |
Conversation Park |
Sessi lawatan ke Edu-Park ini hanya berlangung dalam waktu singkat, sekitar 2 jam sahaja..
Berakhirnya lawatan ke EduPark ini, maknaya berakhirlah sudah Road To Agro Tourism Siri 3.
Dan Road To Agro Tourism siri 4 akan bersambung ke bahagian utara pula beberapa minggu lagi.
~Mat Drat~