Sunday 29 October 2017

Passport Kumpulan / Group Lebih Menjimatkan

Passport Kumpulan / Group Passport
Passport Kumpulan


Passport Kumpulan Imigresen Malaysia



Kali ni Mat Drat nak share mengenai Passport Kumpulan / Group Passport.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat


Sebenarnya ia BUKANLAH 'Passport' TETAPI adalah Dokumen Perjalanan Berkumpulan.

Dokumen Perjalanan Berkumpulan ini 
menggantikan passport untuk perjalanan secara Kumpulan (5 hingga 20 orang)  ke Negara Negara ASEAN ; Singapore, Myanmar, Cambodia, Laos, Thailand, Brunei dan Vietnam.

...................................................................
Update 2023
Sekarang hanya boleh digunakan untuk ke Brunei, Thailand dan Singapore sahaja.

Untuk maklumat terkini, rujuk laman web rasmi 👉 Jabatan Imigresen Malaysia.

Mat Drat baru balik dari Thailand hujung January 2023 baru ni. Yang nak memandu ke Thailand, jemput singgah perkongsian terbaru


................................................................

Masa trip Mat Drat ke Bangkok baru-baru ni, ada ahli 'rombongan' yang guna passport group ni. Mat Drat cadangkan kpd kawan2 yang jarang pergi keluar negara untuk buat Passport Kumpulan je, LEBIH JIMAT.





Biasa orang sebut passport kumpulan/Group passport sahaja, jadi Mat Drat pun sebut passport kumpulan jugak la. Tak kisah la apa, janji benda yang sama.








Apa Itu Passport Kumpulan ?

Secara ringkasnya, 'Passport Kumpulan' / Group Passport ni :

- Passport yang dibuat secara kumpulan (satu passport tetapi didalamnnya ada beberapa nama)

- Minima perlu ada 5 orang dan maksima 20 orang untuk satu passport.

- Passport Kumpulan ni akan ada seorang Ketua Kumpulan. Ketua Kumpulan ni sangat penting.  Dia akan mengetuai passport ni. Dia jadi ketua masa nak buat passport, muka dia akan terpampang di muka 1 passport dan dia sahaja yang boleh collect passport bila dah siap. Dan dia WAJIB ada semasa kumpulan nak keluar negara.  Kalau dia tak ada,  passport ni tak boleh digunakan untuk keluar negara. Jadi yang lain kena buat passport baru. Maknanya pilihlah Ketua yang betul betul akan join trip tu. 

- TAPI ada yang kata kalau passport ni ada 10 nama, maka 10 orang tu mesti ada dalam trip tu. Kalau seorang tak ada, maka semua tak boleh keluar negara.  Info yang Mat Drat dapat dari kaunter, yang WAJIB ada hanya ketua sahaja. Kalau ahli yang tiada, kumpulan masih boleh keluar negara.


- Balik Malaysia kurang ahli passport. 
Katakan dalam passport ni ada 10 nama, dan keluar negara pun 10 orang, maka bila nak balik nanti pun WAJIB 10 orang. Kalau tak cukup, kena ikut prosedure passport hilang. Akan melecehkan di mana kena pergi ke Kedutaan Malaysia berdekatan.

- Passport group ni lebih murah dari passport individual. Passport individu (passport merah) harganya RM200 setiap satu.

- Passport group ni pula, juga RM200.  TAPI kalau buat 5 orang maka RM200 dikongsi dengan 5. So,  seorang RM 40 sahaja. Kalau buat dengan 20 orang, maka kos seorang RM10 sahaja.

- Kulit passport ni warna hijau ye. Passport biasa individu warna merah, manakala pass sempadan (passport sempadan) pula warna biru.

Boleh baca    👉👉 Pass Sempadan Thailand / Indonesia


- Nak tahu macam mana Rupa dalam passport kumpulan ni,  kat bawah ni ada Mat Drat share gambar. 


Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat pertama  tertera maklumat :
-  Maklumat detail "Ketua Passport"
- Bilangan nama di dalam passport

Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat berikutnya : Tertulis maklumat
 - Muka dan detail "Ketua Passport"
- Tarikh passport di buat dan tarikh tamat
- Harga passport = RM200


Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat berikutnya akan terpampang gambar
 dan maklumat pemilik-pemilik lain


Tapi Ada Yang Kurang pasal Passport ni

'Passport Kumpulan ni ada kekurangannya ye kalau berbanding passport individu biasa.

1. Negara yang terima - Passport kumpulan ni tak boleh digunakan di semua negara.   

- Manakala passport individual boleh digunakan untuk masuk ke semua Negara KECUALI Israel. 
(Edited 05.04.2018) : 

Mat Drat pergi ke Imigresen pagi tadi untuk temankan kawan buat passport, bila di tanya kepada petugas kaunter mengenai passport kumpulan ni, dia  jawab sekarang hanya boleh digunakan untuk ke Thailand dan Singapore sahaja. 
Tapi Mat Drat sendiri tak pasti sebab semakan di laman web masih menyatakan boleh digunakan di semua negara ASEAN kecuali Filipina dan Indonesia.


2. Berapa kali guna ?
- Passport ni HANYA boleh digunakan sekali sahaja, pergi dan balik. Jadi kira pakai buang. Dah pakai sekali, tak boleh pakai dah. 
- Passport individual pula boleh pakai banyak kali sekali selagi ia belum expired. 

3. Tempoh sah laku
- Tempoh sah laku passport ni adalah 9 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Jadi nak elak sesuatu yang tidak di ingini, pastikan tarikh balik ke Malaysia sebelum tempoh 9 bulan tu tamat.
- Passport individual valid sehingga 5 tahun. 

4. Passport Hilang / Ahli Kurang
- Katakan dah masuk ke negara orang, dan nak balik ke Malaysia tak cukup korum (ahli kurang). Memang semua tak dapat balik.  Kena ikut prosedure kehilangan passport.... Kena buat report polis dan pergi ke Kudutaan Malaysia untuk buat passport sementara yang baru dan baru boleh balik. 
- Passport individual kalau hilang,  yang hilang passport je tak boleh balik/berlepas. Yang lain boleh balik Malaysia.  Tapi takkan nak tinggal kawan/family member pulak kan. 

Boleh baca    ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Apa perlu buat apabila passport hilang di luar negara

5. Kerenah di pemeriksaan sempadan/check-in.
- Passport (dokumen) perjalanan kumpulan ni agak jarang digunakan. Mungkin akam hadapi sedikit kerenah/kesulitan sewaktu pemeriksaan jika staff/pegawai yang memeriksa dokumen tidak arif/tiada pengalaman berkenaan dokumen ini.

Mungkin bagi perjalanan dengan kereta, kurang masalah tetapi bagi menggunakan kapal terbang mungkin alan hadapi sedikit kesulitan (pemeriksaan jadi lama sikit etc).



Nanti baca sedikit pengalaman kawan Mat Drat guna passport kumpulan ni ye. Mat Drat kongsikan di akhir entry ni nanti. Apa yg berlaku di KLIA2 dan di Airport Bangkok bila gunakan  passport kumpulan ni. Wajib Baca!! 


Cara buat Passport Kumpulan

  1. Pemohon MESTI hadir. Semua person kena hadirkan sebab cap jari diperlukan. 
  2. Isi Borang H (Im.101A). Borang boleh di download atau ambil di kaunter imigresen.
  3. Bawa gambar 2 keping setiap orang. Gambar berlatarbelakangkan putih. Kena seragam semua. 
  4. MyKad atau Kad Pengenalan Tentera/Polis. Kalau MyKad hilang, bawa Kad Pengenalan Sementara (JPN KPPK 09)
  5. Sijil kelahiran bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun
  6. Kebenaran ibubapa bagi pemohon di bawah 18 tahun (borang IM.42A).
  7. Duit RM 200
  8. Bila nak collect passport ni,  cukup hanya Ketua Kumpulan sahaja yang datang. Ni tak boleh wakil kepada ahli kumpulan yang lain.



Ingat
  • Passport Berkumpulan ini hanya boleh dibuat dikaunter pejabat imigresen yang dinyatakankan di laman web imigresen. Tak sure sama ada boleh dibuat di UTC atau tidak. Kawan Mat Drat buat di pejabat imigresen Jalan Duta.  Tapi ada juga Mat Drat baca di blog,  ada yg buat di UTC.  
  • Passport ini tidak akan siap terus pada hari sama seperti passport individu, sebaliknya akan siap dalam masa beberapa hari. Jangan esok nak terbang, baru hari ni nak pergi buat... memang tak dapat tolong la.... Bila siap, boleh Ketua sahaja yang datang collect. 



....

Pengalaman Guna Passport Kumpulan

Ni Mat Drat nak share sikit pengalam kawan Mat Drat guna passport kumpulan ni. Kami ke Bangkok tempoh hari dalam kumpulan yang agak besar. Jadi Mat Drat cadangkan kepada kawan yang tiada passport dan passport dah tamat tempoh bolehlah buat passport kumpulan ni untuk lebih jimat. Itupun kalau ada yang jarang keluar negara dan tidak merancang untuk keluar negara dalam setahun dua ni.

1. Pastikan yang betul-betul nak ikut trip.
Pada asalnya agak ramai yang nak buat passport kumpulan ni, tapi menjelang hari  nak buat passport hanya tinggal 5 orang sahaja. Bilangan minima tu.

Jadi, Mat Drat cadangkan kalau yang nak buat passport kumpulan ni, buatlah dalam seminggu dua sebelum trip keluar negara dan pilih Ketua yang betul-betul akan join trip tu. 

Tapi kalau jadi sesuatu yang tidak diingini kepada Ketua Passport seperti sakit ke apa ke... tu nak buat macam mana kan. Tu nama nya takdir. Kena buat passport lain la jawabnya. 


2. Datang awal ke kaunter check-in dan kaunter imigresen.

Pemegang passport ni tak boleh check-in online di website, kena check-in di kaunter.

Ini kisah kawan Mat Drat hari tu. 😀

Kami semua dah berkumpul  away di airport dan rata-rata kami telah check-in awal secara online. Cuma yang guna pasport kumpulan ni sahaja tak check-in lagi sebab mereka kena check-in di kaunter. Nak check-in secara online tak boleh sebab nombor passport semua sama.


Di kaunter Air Asia
Nasib tak berapa baik. Ketika kami semua dah drop bag dan bergerak ke boarding gate, kawan kami berlima ni masih sangkut di kaunter. Petugas kaunter tak tahu mengenai passport kumpulan ni. Puas explain, tapi tak lepas untuk check ini. Kawan-kawan sebelah kaunter dia pun tak tahu mengenai passport kumpulan ni, tak ada yang berani nak check-inkan. Jadi terpaksa rujuk kepada supervisor mereka....dan barulah dapat check-in kawan Mat Drat berlima tu. 

Cool dan relaxed.  Kami bersangka baik waktu tu... mungkin petugas kaunter tu staff baru dan ni pengalaman pertama dia passenger check-in dengan passport kumpulan.

Memang betul,  pengiraan pertama dia.  Dan dia siap snap gambar passport tu.  Dia kata kes rare ni.  OK la,  at least nanti dia bual-bual dengan kawan sekerja dia,  mereka akan aware benda ni. Dan memudahkan next passengers. 


Ni buat maka cool di kaunter AirAsia.
Keep calm la konon nya 😀
 Masa kat imigresen selepas check-in di kaunter AA,
maka masing-masing dah start sikit ketat dan risau 




Di kaunter Imigresen KLIA2
Kawan Mat Drat dah lega la sebab selesai juga urusan mereka untuk check-in. Kami semua dah di boarding area, tetapi mereka baru nak bergerak ke pemeriksaan imigresen. Patut kat imigresen berjalan lancar. Sepatutnya la... 

Nasib mereka tak baik lagi sekali!! Imigresen yang keluarkan passport kumpulan ni, tapi petugas dikaunter pun tak tahu Passport Kumpulan ni boleh digunakan. Lagi sekali sangkut.  Sama juga, dah explain pun masih tak boleh lepas. Dan terpaksa panggil supervisor mereka, baru lah lepas. 

Memang kelam kabut kawan kami berlima tu. Mat Drat sendiri sebenarnya tak sedap hati dah sebab Mat Drat yang cadangkan mereka buat passprt kumpulan ni. Tak sangka ia sedikit rumit sewaktu nak mohon dan merumitkan semasa nak check-in dan nak melepas imigresen sendiri!!!


Yang pernah guna KLIA2 tahulah jarak perlu menapak dari imigresen ke boarding area, memang jauh. Kelam kabut la kawan-kawan Mat Drat berlima ni  berlari ke boarding area, nasib sedikit baik sebab ada bugi yang tumpangkan mereka. Sempatlah mereka naik flight yang sama. Haru sungguh!!


Di kaunter Imigresen Bangkok
Kawan-kawan Mat Drat ni nampaknya dah ready akan situasi di Airport Bangkok. Bukan sahaja di negara sendiri yang sangkut, di kaunter imigresen pun boleh tersangkut sekejap... jadi di sini PASTI akan sangkut juga.

Betul lah tekaan kami, kawan kami berlima ni terpaksa bersoal jawab di kaunter imigresen Don Mueng Airport ni. Dah la mereka agak kurang berbahasa Inggeris, jadi nak explain agak sukar. Dan sama juga seperti di Malaysia,terpaksa panggil supervisor mereka untuk pelepasan. 

Itu masa ketibaan, masa berangkat balik tak ada masalah pula. Sama juga di KLIA2. Semua lancar. 


Kesimpulannya :
Nak buat dan guna passport kumpulan ni, kena bersedia dengan perkara yang Mat Drat share ni. Datang awal ke airport untuk persedian perkara yang dialami oleh kawan Mat Drat. 

Dan Mat Drat rasa mungkin 'passport kumpulan' ni lebih sesuai untuk perjalanan darat, untuk perjalanan 'udara' macam sedikit melecehkan.

Tak ramai yang guna, jadi petugas dikaunter kurang tahu sedikit mengenai 'passport kumpulan' ni. tapi harap-harap makin ramai yang guna dan makin ramai petugas di kaunter yang tahu, jadi tak ada lah masalah untuk berlepas.



Dan Mat Drat turut kongsikan di blog ini:

👉👉 Buat Passport di UTC Sentul
👉👉 Renew Passport Online


Akhir kata .... selamat bercuti.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

56 comments:

  1. Nak tanya, kalau salah sorang ahli group tu tak dapat ikut, mmg semua tak boleh pergi ke? Atau boleh je janji ketua group je yg ada?

    ReplyDelete
  2. Setahu Mat Drat... semua yang dalam passport tu wajib ada. Sorang tak ada, semua tak boleh pergi.... (Ni masa tanya pegawai imigresen masa kawan2 buat hari tu)

    ReplyDelete
  3. Kami stuck dekat imegresen penang.. adoiii menyusahkan betoi, padahal dorang yg keluaqkan pasport group nih pastu drang plk yg xtaw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... patut staff mereka dah tahu benda ni, terutama yang di airport.

      Kami sangku di AirAsia masa nak check in... okey lagi.
      Bila sangkut kat Imigresen... tu yang heran tu..

      Bila sangkut kat imigresen luar, kita faham lah... ini kat dalam pun sangkut.. emmm

      Delete
  4. Salam. Kalau salah sorang daripada ahli group dah ada passport personal, boleh tak join buat group passport? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tak pasti pasal ni.

      Mungkin kena tunggu pembaca lain yang jawab

      Delete
    2. Nurathirah asmadi..
      Dah ade passport pun boleh join kalau passport group sekiranya
      Group x cukup korum..tu untuk pengalaman saya yg pernah guna kan pada tahun 2016 ke hatyai..

      Delete
    3. Blh je yg dah ada posport ..nak join dgn pasport gtoup tu..

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian... sangat2 berguna info2 yang di beri... MAT DRAT & SAIFUL NIZAM

    ReplyDelete
  7. Nk tnya. Klau umur bawah 18 parents wajib ada sekali ka waktu nk buat passport kumpulan ni. Tapi dekat syarat yg saya baca ada tulis pasal borang keizinan ibu bapa. Jadinya, klau dah ada borang tu ibu bapa still kena hadir atau wakilkan ketua kumpulan sahaja sbb saya budak sekolah asrama jadi macam susah la klau nk suruh parents datang. Cikgu yg tolong jadi ketua kumpulan passport kami.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat reply, baru balik travel.

      Baik call Pej Imigresen utk kepastian, tapi apa yg saya faham hanya perlu tandatangan keizinan ibu bapa.

      Jika dah call dan dpt maklumat(jawapan), tolong share di sini ye utk rujukan pembaca lain. TQ

      Delete
  8. Wasallam.
    Setahu saya boarder pass ni hanya untuk yang duduk di sempadan, jadi untuk yang cross boarder guna jalan darat.

    ReplyDelete
  9. dslsm mst drst,klo satu family 5 org 93 org kanak2 termasuk gak ke 5 org tu utk cukupkan minima..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanak-kanak pun dikira. Tapi kanak-kanak bawah 18 tahun perlu dapat pengesahan dari ibu bapa. Boleh rujuk laman web imigresen

      Delete
  10. Boleh x passport ni buat utk Suami isteri & anak 3 org

    ReplyDelete
  11. Ke Brunei blh guna SPK.ni..saya.guna.5x ikut jln darat dari sarawak

    ReplyDelete
  12. berkumpulan tu sekurang-kurangnya brapa org? kalo dalam 2-3 org bole buat passport kumpulan ni?

    ReplyDelete
  13. Boleh ke bermalam di thailand kalau menggunakan pas lawatan?klu boleh,max brapa mlm

    ReplyDelete
  14. brapa lama tempoh passport group siap?

    ReplyDelete
  15. Kalau 4 org boleh buat tak pasport kumpulan?

    ReplyDelete
  16. Hai,saya aishah
    Nak tanya kalau ada 4 org blh tak buat pasport kumpulan tu?

    ReplyDelete
  17. boleh je kan kalau guna passport berkumpulan pergi phuket?

    ReplyDelete
  18. nak tanya boleh je kan guna passport berkumpulan pergi phuket kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je....cuma sedia hadapi 'cabaran' mcm yang kami terima dlm trip Bangkok kami

      Delete
  19. Gambar pasport ksna background biru ka putih. Diatas kata putih tapi dlm website Immigration kata biru muda.. Blh confirm tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa lebih baik tuan ikut website Imigration.

      Atau buat di kedai gambar yang berdekatan UTC/pejabat imigresen, biasa mereka tahu.

      Delete
  20. maaf nak tanya, ic mesti yang latest ye? yang ada dua gambar tu? hahaha

    ReplyDelete
  21. assalam...en mat drat klo buat pasport kumpulan untuk murid sekolah. kena bw semua murid gi imigresen juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam... setahu saya, masa nak apply semua wajib pergi. bawah umur 18 pula kena ada surat kebenaran ibu bapa (ada borang ).

      waktu nak collect, cukup ketua kumpulan shj yang pergi

      Delete
  22. salam tuan, passport group ni masih boleh digunakan ke untuk flight ke thailand sebab saya dan kawan2 bercadang nk travel ke krabi. tapi bila contact airasia support mereka kata individual passport shj diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.

      1. Tak pasti masih boleh guna atau tidak (untuk penerbangan). Boleh cuba check laman web imigresen atau tanya pegawai imigresen sewaktu nak buat.

      2. Sewaktu kami nak guna hari tu pun (memang boleh digunakan), sedikit masalah kami hadapi di Kaunter Check-In Air Asia, di kaunter Imigresen KLIA2 dan di kaunter Imigresen di Bangkok.

      3. Cadangan saya, untuk elak kesulitan, better guna individu passport sahaja kalau ke sana dengan penerbangan.

      - my 2 cents-

      Delete
  23. Assalamualaikum, Nak tanya, kalau salah sorang ahli group tu tak dapat ikut, mmg semua tak boleh pergi ke? Atau boleh je janji ketua group je yg ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut masa saya tanya hari tu, kalau ahli biasa tak ada tak mengapa, janji Ketua ada.

      Tapi better tanya betul betul dengan pihak imigresen

      Delete
  24. Assalamualaikum nak tanya, dekat ruang tujuan perjalanan tu tulis apa ya?? Dan bilangan ahli yg perlu ditulis tu termasuk ketua @ tidak ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis lawatan sosial boleh.

      Bilangan Ahli termasuk ketua

      Delete
  25. Assalamualaikum sy nak tanya, dlm borang H tu, tujuan perjalanan tulis apa ya?? Dan bilangan ahli tu termasuk ketua atau tidak ya??

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum sy nak tanya, dlm borang H tu, tujuan perjalanan tulis apa ya?? Dan bilangan ahli tu termasuk ketua atau tidak ya??

    ReplyDelete
  27. Group passport ni boleh buat mana2 kaunter imegresen ker....ataupun yg tertentu sahaja

    ReplyDelete
  28. Group passport ni boleh buat mana2 kaunter imegresen ker....ataupun yg tertentu sahaja

    ReplyDelete
  29. salam mat dan
    kami sekeluarga pernah menggunakan nya utk ke singapore
    alhamdulillah mudah juga

    cuma saya nak tanya
    minta tolong mat dan tanya kan ke imigresen yang kenal
    boleh ke orang yang bankrupcy masuk dalam passport group ni
    passport individu memang tak lepas kan

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum, sy nak tanya family sy ada 6 org, boleh ke 6 org ni dlm 1 group passport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...kena ke pej imigresen. Tak boleh buat di UTC ye

      Delete
  31. Slm.. nk tanya ukuran gmbr pasport kumpulan ni camna

    ReplyDelete
  32. Salam. Klu suami isteri dgn 2 org anak boleh buat passport kumpulan ke

    ReplyDelete
  33. Salam nak tnya boleh x pakai pasport kumpulan ne ke hatyai guna jalan darat padang besar- hatyai?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.