Thursday 26 May 2016

Perjalanan ke Pulau Perhentian



Bot ke Pulau Perhentian
Bot Ke Pulau Perhentian di Jeti Kuala Besut

Sebelum tu baca dulu entry saya sebelum ni 
              👉👉Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil


Hari di nanti oleh anak-anak pun tiba. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 5.30 pagi.

Untuk ke Pulau Perhentian, semua pengunjung perlu mengambil bot dari Jeti Kuala Besut. Dan untuk ke Kuala Besut, ada beberapa pilihan sama ada ingin memandu terus ke sana, atau menaiki bas atau pun menaiki kapal terbang.

Saya bagi 3 pilihan untuk ke Kuala Besut:


Pilihan 1 - Memandu melalui KL - Karak dan LPT

Perjalanan ke Kuala Besut dari Plaza Tol Gombak memakan masa hampir 5 1/2 jam dengan melalui Lebuhraya KL - Karak dan Lebuhraya Pantai timur (LPT dan LPT 2). Jarak keseluruhan hampir mencecah 500 km dari Kuala Lumpur.. 



Masa perjalanan 5 1/2 jam tu belum mengambil kira masa berhenti untuk makan dan minum, berhenti isi petrol, anak-anak nak ke toilet. Masa 5 1/2 jam ini juga mengikut pemanduan kelajuan kebangsaan dan bukannya kelajuan kebanggaan! 



Ikut laluan ni kena sediakan peruntukan kos tol lebih kurang RM50 sehala.


Pilihan  2 - Memandu melalui Jalan Bentong - Gua Musang


Pilihan ke dua untuk mereka yang dari Lembah Klang, boleh melalui laluan Lebuhraya KL- Karak, masuk Bentong dan menuju ke Gua Musang dan terus ke Besut. 



Masa pemanduan mengikut laluan ini lebih lama sedikit dalam lingkungan 6 jam pemanduan. Laluan ini lebih menjimatkan kerana hanya perlu bayar Tol Gombak dan Tol Bentong sahaja (RM 9.50) serta jarak perjalanan yang lebih dekat iaitu hanya sekitar 420 km. Tetapi masa perjalanan mungkin boleh jadi lebih lama ye. 6 jam tu anggaran WAZE sahaja.

Pilihan  3 - Menaiki Bas ke Kuala Besut

Jika ingin menaiki bas ke sini, boleh beli tiket secara online. Bas bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan akan berhenti di Terminal Bas dan Teksi Besut.

- Jarak dlm 1 km ke jetty Kuala Besut
-  Teksi ada di sini 


Tempahan Tiket Bas Online ke Kuala Besut sila KLIK DI SINI : TIKET BAS ONLINE




Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut
Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut 



Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut




Saya memandu ke Kuala Besut dengan melalui Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya LPT 1&2 sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Besut.



Ini adalah pilihan perjalanan yang paling cepat serta selesa untuk berhenti bersolat subuh dan bersarapan.



Minyak kereta dipenuhkan di petrol pump sebelum Tol Gombak (ada Shell dan Petronas), dan selesai bersolat subuh baru kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti untuk bersarapan di Hentian Rehat Gambang.



Sepanjang lebuhraya KL Karak dan LPT 1 (sehingga Jabur) hanya ada 5 station minyak ye, (setakat saya menulis). Jadi kena plan betul-betul di mana nak isi minyak.



LPT 2 Masih tiada stesyen minyak, tetapi boleh keluar di beberapa exit tertentu. Terdapat stesyen minyak berdekatan dengan exit tersebut. Ada beberapa signboard memaklumkan jarak lokasi stesyen minyak dari exit highway.
Tips 1 : Penuhkan Petrol
Pastikan kenderaan memiliki bekalan petrol yang cukup sebelum memasuki LPT2 (Jabur -Kuala Terengganu) kerana LPT2 masih belum ada station minyak. 



Pastikan di Hentian Rehat Gambang, bekalan petrol mencukupi untuk sampai ke penghujung LPT 2 di Kuala Terengganu. Jika bekalan petrol seakan tidak mencukupi, kena keluar dari LPT2 untuk isi petrol.8



Akan jumpa sign board (mata kena alert) memaklumkan jarak station minyak dari exit tertentu di LPT 2. Tiada semua exit LPT2 ada petrol pump yang dekat dengan Exit ye.


Tips 2: Bawa tunai cukup-cukup

Kami tiba di Kuala Besut sekitar jam 1 tengah hari. Di Kuala Besut hanya terdapat satu bank iaitu Agrobank yang saya nampak. 



Jadi keluarkan duit siap-siap sebelum memulakan perjalanan untuk elakkan sebarang kesulitan. Mana tahu ATM tu Out Of Service

Ingat! Di Pulau Perhentian, tiada mesin ATM ye. Kebanyakan hotel/resort menerima pembayaran menggunakan kad (kena cek dahulu dengan hotel / resort) anda. Kedai pula semua perlu dibayar cash. Kedai makan juga perlu bayar secara cash kecuali di cafe/restoran di hotel/resort.



Tips 3: Bawa bekalan makanan dan minuman cukup-cukup

Di pekan Kuala Besut, jangan risau untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan peribadi kerana banyak kedai-kedai di sini. Berhampiran Agrobank juga terdapat sebuah pasaraya iaitu Pasaraya Pantai Timur. Pulau biasanya panas dan kita perlukan bekalan air yang agak banyak, jadi beli dan bawa sahaja dari tanah besar.



Percutian ke Pulau Perhentian
Welcome to Kuala Besut !



Parking kereta di Kuala Besut

Di sekitar jeti Kuala Besut ini tempat parking kenderaan awam sangat terhad.

Apabila memasuki sahaja kawasan sekitar jeti Kuala Besut ini, kita akan dihampiri oleh pemuda bermotosikal yang akan offer tempat parking.  Mereka adalah ejen parking dan mereka akan bawa kita ke lokasi parking kereta persendirian.

Kebanyakannya rate parking yang mereka caj adalah RM 10 sehari.



Pakej Pulau Perhentian

Apabila memasuki kawasan jeti Kuala Besut ini, saya terus hubungi "ejen" yang saya berurusan sebelum ini. 

Pakej Pulau Perhentian yang saya ambil merangkumi
- Tiket Bot ke Pulau Perhentian
- Caj parking kereta 
- Pakej snokeling. 

Banyak pakej yang ditawarkan oleh pelbagai pihak, yang penting bandingkan. 

Google je pakej percutian Pulau Perhentian, dan pilih mana yang sesuai dgn kita. 

Sedikit peringatan, kita perlu sedikit berhati-hati jika berurusan dengan individu yang menawarkan pakej pelancongan yang bergerak secara solo, seeloknya pembayaran dibuat ke atas nama syarikat.


Berhampiran jeti ini juga terdapat surau untuk yang ingin bersolat dahulu sebelum menaiki bot. Masjid juga tidak jauh dari jeti hanya beberapa ratus meter sahaja.








Bot Ke Pulau Perhentian


Selesai urusan bayaran baki package, Mie terus membawa kami ke jeti untuk menaiki bot. Di jeti kami perlu bayar fee masuk ke Marine Park sebanyak RM 5 seorang. Bayaran ini tidak termasuk di dalam pakej yang saya bayar.



Pulau Perhentian termasuk di dalam senarai pulau-pulau Marine Park yang dilindungi, jadi setiap pengunjung perlu bayar sebelum ke sana.

.
Bot ke Pulau Perhentian
Jeti Kuala Besut - Bot laju ke Pulau Perhentian



  • Bot berlepas dari Jeti Kuala Besut tidak mengikut masa yang ditetapkan, tetapi bot akan bergerak apabila telah penuh. Waktu operasi bot adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang sahaja. 
  • Jika sampai di Kuala Besut sekitar jam 12 tengah hari - 3 petang, pada waktu ini pengunjung memang agak ramai.
  • Bot laju ini mengambil masa perjalanan sekitar 30-45 minit dari Jeti Kuala Besut ke resort/chalet di Pulau Perhentian, bergantung juga kepada kedudukan resort itu di Pulau Perhentian. 
  • Bot akan berhenti di jeti-jeti yang terdapat berhampiran resort/ chalet. Cuma perlu maklumkan kepada jurupandu bot nama resort atau chalet penginapan kita. 
  • Bagi resort/chalet yang tidak mempunyai jeti, biasanya akan ada bot kecil pula yang akan mengambil penumpang untuk di bawa ke resort/chalet. Pertukaran ni di buat atas air je, tapi jangan risau... kita perlu berpindah bot di kawasan air cetek. Sebab tu bot laju ni tidak dapat menghampiri pantai kerana air agak cetek berhampiran pantai.
  • Untuk mereka yang menginap di The Barat Perhentian, perlu maklum bahawa resort ini tiada jeti sendiri tetapi mereka menyediakan platform pertukaran dia atas laut yang terapung. Entry berikutnya saya kongsikan cerita dan gambar...







Bot yang kami naiki ke Pulau Perhentian, singgah di jeti di Coral Bay Pulau Perhentian Kecil terlebih dahulu. Kemudian barulah bot menghantar kami ke Pulau Perhentian Besar.



Kami menginap di The Barat Perhentian Resort, Pulau Perhentian Besar. Resort ni agak jauh dari jeti yang terhampir (jeti terhampir adalah di hadapan Perhentian Island Resort).


Kami bertukar bot di 'paltform terapung' yang disediakan, jurupandu bot akan menghubungi pihak resort dan pihak resort menghantar bot kecil untuk mengambil kami.



Bot Ke Pulau Perhentian
Muka-muka happy

Bot Ke Pulau Perhentian
Terbhaik la ayah !


Bot Ke Pulau Perhentian
Tercapai gak hajat cik isteri


'Platform terapung'

Bot dari The Barat Perhentian terus bergerak 
apabila dimaklumkan ketibaan kami oleh juru pandu bot laju

Di dalam bot kecil milik  The Barat Perhentian- Bot ini kami tak perlu bayar.
The Barat Perhentian Resort sediakan kemudahan ini.

Jarak tidak jauh dari resort dan air agak cetek....
jadi hanya bot kecil sahaja boleh sampai ke resort

Semakin menghampiri
Sessi bergambar dulu...



Berlatar belakangkan Pulau Perhentian Kecil

Kami menunggu hampir 20 minit untuk mereka bersihkan bilik. 

Kaunter pendaftaran dan restoran The Barat

Terus sambar buaian ... sementara menunggu bilik sedia
Chalet kami. Tak dapat sebelah menyebelah bilik. .


The Barat Perhentian - Resort Murah 



Kami pergi waktu cuti sekolah, jadi kebanyakan resort penuh. Rezeki kami dapat 2 unit terakhir di The Barat, inipun tempahan melalui booking. com. Setiap bilik pada harga RM 200 semalam tanpa sarapan.

Yang bestnya  bilik di lengkapi air-cond 24 jam.


Nak booking The Barat Perhentian sila KLIK DI SINI

Ada sesetengah chalet di Pulau Perhentian ini menghadkan penggunaaan air-cond sebagai langkah penjimatan memandangkan elektrik dijana oleh generator mereka sendiri.

Pada harga RM200 nett semalam, di musim cuti sekolah dan di Pulau pula, tidak banyak yang kita boleh bayangkan keadaan bilik. Jadi apa yang kami dapat sudah cukup berpuas hati dan rasanya cukup murah.




Sedikit gambar bilik yang kami menginap


Bilik The Barat Perhentian



Mini fridge juga ada
2 katil single - bilik agak kecil

Ada disediakan safe box


Bilik air bersih
Kecil tapi masih selesa


Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian

~mat-drat~




13 comments:

  1. Fuyoo.. terrrbaik bro

    ReplyDelete
  2. Nak tye agen DNAMIE Leisure & Tour Sdn Bhd ok ea?? sb da byr booking tok ogos nie cume respon reservtion agk lmbat..tu tkot kne tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut pengalaman saya tiada masalah. Memang genuine punya agen sebab saya bayar di pejabat semasa Kuala Besut.

      Delete
  3. Boleh tempah online di sini utk boat www.besutjetty.com

    Ada diskaun 2% untuk tempahan online :)

    ReplyDelete
  4. tuan sila share agent tuan tu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa dah tak ada contact number dia

      Delete
  5. hi, dari terminal bas kuala besut tu, kalau jalan kaki sampai jeti agak2 berapa km dan minit ye ? atau dari terminal bas tu ada teksi untuk ke jeti? kalau ada, berapa kadar bayaran nya ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      (saya baru update, waktu tulis entry ni tahun 2016)

      Jarak terminal ke jety Kuala Besut lebih kurang 1km.

      Jln kali agak jauh. Teksi ada sbb terminal ni, sekali bas dan teksi

      Delete
  6. Salam. Skrg ni lebuhraya mana lebih mudah cpt dari kl-besut yer? Xde pengalaaman lg ke pantai timur. Bercadang ke pulau perhentian march 2022 nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masih guna KL Karak- LPT1 n LPT2 (Karak-Kuantan-Terengganu)

      Tapi guna KL Karak - Bentong - Raub - Lipis - Gua Musang pun okey, jarak lagi dekat cuka masa extra dlm sejam...

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.