Monday, 7 May 2018

Tiket Murah USS Universal Studio Singapore 2018

Tiket Murah USS Universal Studio Singapore 2018



Kali ni Mat Drat nak share sikit tips beli tiket USS Universal Studio Singapore dengan harga murah.


Nak murah, biasanya orang akan beli online. Biasanya lah....

Kalau nak beli online, boleh beli terus di Laman web USS atau pun melalui beberapa laman web 3rd party yang menjadi ejen seperti  👉👉 KLOOK. Mat Drat pun baru tahu jugak yang di KLOOK ni kita boleh beli harga tiket /pakej dengan harga yang agak murah.



Mat Drat bulan lepas ke Seoul pun, kebanyakan tiket entrance untuk tempat yg nak dilawati, Mat Drat beli secara online dilaman web 👉👉 KLOOK. 

Beli online dan bila sampai di kaunter hanya tunjuk printed voucher atau hp, dan dapatkan tiket atau boleh masuk terus. Ada juga yang boleh masuk dengan printed baucer yang ditunjukkan tadi.





Harga Published Rate Laman Web USS

Harga tiket published rate untuk masuk ke USS mengikut laman web UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE adalah

Dewasa (13-59 tahun) = SGD 76 
Kanak Kanak (4 12 tahun) = SGD 56
Veteran (60 tahun ke atas) = SGD 38

Universal Studios Singapore™ - Express Pass = SGD 70


Tiket Annual Pass

Adult (Age 13-59) - SGD318 | Child (Age 4-12) - SGD288 | Senior (Age 60 and above) - SGD288

Boleh semak dan boleh beli di laman web USS  👉👉 Universal Studio Singapore








Harga Diskaun di KLOOK


Pengalaman Mat Drat pergi ke USS dulu, Mat Drat dapat tiket dengan harga murah masa beli di kaunter USS MATTA FAIR.



Selain beli di MATTA FAIR, alternatif nak dapatkan tiket murah adalah beli melalui laman web KLOOK.

Lagi satu, bila beli di KLOOK ni kita akan dapat kredit dan kredit tu boleh guna untuk offset dengan next purchase. 


Harga di KLOOK pula adalah 

  • Dewasa (13-59 tahun)        = SGD 76  SGD 72 (≅ RM 201)
  • Kanak Kanak (4 12 tahun)   = SGD 56  SGD 53 (≅ RM 148)
  • Veteran (60 tahun ke atas)  = SGD 38                (≅ RM 114)


Klook.com



Pembelian di KLOOK

1. Pembelian akan di caj dalam SGD
2. Dah beli tak boleh cancel.
3. Tiket adalah open date (tapi lihat term - ada tarikh validity)

4. Selesai pembelian, kita akan terima confirmation email dan baucer serta merta.
5. Check folder SPAM kalau tak terima email
6. Tunjukkan printer baucer atau di mobile phone (app)
7. Boleh masuk terus dengan baucer yang diterima



Tips Masuk USS

1. Datang Awal ke USS. Paling kurang 30 minit sebelum dibuka. 
2. Datang awal, boleh bergambar dahulu di hadapan trademark USS - Globe Universal Studio. Di sini memang ramai orang nak bergambar/

3. Biasa orang ramai sudah Q sebelum ia di buka. 
4. USS akan crowded apabila Public Holiday atau pun musim cuti sekolah lagi-lagi kalau bertembung cuti sekolah Malaysia dan Cuti Sekolah Singapore.

5. Makanan dan minuman luar tak boleh bawa masuk. Di dalam banyak menjual makanan dan minuman. Ada beberapa restoran makanan halal.
6. Surau ada disediakan

Fast food ada... antara halal food yang disediakan di sini


7. Kalau orang terlalu ramai, boleh beli Express Pass. 
8. Lihat jadual show " jangan terlepas" terutama Magical Hollywood Dream Parade dan juga Pertunjukan Bunga Api Lake Hollywood Spectacular. Tak semua hari ada pertunjukkan ni, jadi semak jadual di laman web kalau nak tengok. Datang pilih hari yang ada pertunjukkan.

https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/plan-your-visit

9. Pertunjukkan stunt juga jangan lupa tonton, sangat menghiburkan.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


1 comment: