Monday 7 May 2018

Tiket Murah USS Universal Studio Singapore 2018

Tiket Murah USS Universal Studio Singapore 2018



Kali ni Mat Drat nak share sikit tips beli tiket USS Universal Studio Singapore dengan harga murah.

Nak murah, biasanya orang akan beli online. 

Kalau nak beli online, boleh beli terus di Laman web USS atau pun melalui beberapa laman web 3rd party yang menjadi ejen seperti  👉👉 KLOOK


Mat Drat kalau bercuti tak kira oversea atau local, kebanyakan tiket entrance untuk tempat yg nak dilawati, Mat Drat beli secara online dilaman web KLOOK ni.



Beli online dan bila sampai di kaunter hanya tunjuk printed voucher atau hp. Ada tempat boleh masuk terus  dan ada tempat perlu redeem tiket dahulu. Di USS Singapore ni ada kaunter / gate khas untuk pemegang tiket KLOOK. mUDAH LA SIKIT.


Harga Published Rate Laman Web USS


Harga tiket (published rate) untuk masuk ke USS mengikut laman web UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE adalah:
  • Dewasa (13-59 tahun) = SGD 76 
  • Kanak Kanak (4 12 tahun) = SGD 56
  • Veteran (60 tahun ke atas) = SGD 38
  • Universal Studios Singapore™ - Express Pass = SGD 70  50
Express Pass

  • Express Pass ni pass yang bolehkan kita 'naik' ride tertentu dengan express tanpa beratur panjang.
  • Tiket biasa kena beratur, kalau ada Express Pass ni tak perlu beratur ataupun dapat express lane.
  • Jangan beli express pass tapi tak beli tiket pulak ye.
  • Pengalaman Mat Drat, tak ada Express Pass ni boleh je, cuma kena banyak bersabar beraturrrrr panjangggg untuk ride tertentu.


Tiket Annual Pass
Kalau yang rasa akan selalu ke USS tu boleh lah ambil tiket annual pass yang dijual pada harga /;
  • Adult (Age 13-59) - SGD 318
  • Child (Age 4-12) - SGD 288
  • Senior (Age 60 and above) - SGD 288
Boleh semak dan boleh beli di laman web USS 


Harga Diskaun di KLOOK

Satu option untuk tiket murah adalah di KLOOK.

Memang tak banyak beza, SGD 4 je (SGD 76 - SGD72), tapi convert dengan RM dah lebih RM 10. Dan kalau beli tiket untuk family yang agak ramai...banyak  juga jimat tu.


Harga tiket USS di KLOOK pula adalah  
  • Dewasa (13-59 tahun)        = SGD 76  SGD 72
  • Kanak Kanak (4 12 tahun)   = SGD 56  SGD 53
  • Veteran (60 tahun ke atas)  = SGD 38

Kupon Diskaun Klook 
Nak lagi jimat, beli di KLOOK dan guna kupon diskaun. Dah dapat harga murah, dapat diskaun lagi.  Memang untung.

Mat Drat akan share dari masa ke semasa kupon diskaun KLOOK yg terkini di link ini
👉👉 KUPON DISKAUN KLOOK  👈👈



Dapat Kredit KLOOK
Lagi satu, bila beli di KLOOK ni kita akan dapat kredit dan kredit tu boleh guna untuk offset dengan next purchase. 

Kredit ni boleh guna untuk next purchase untuk mana-mana pembelian, tak semestinya utk destinasi sama.

Boleh klik link KLOOK di bawah untuk dapatkan tiket USS murah 


Klook.com




Ramai juga yang pm Tanya pasal beli tiket KLOOK ni.

Ini Mat Drat screenshoot kan (bertarikh 23.08.2018)
- dah lebih 940,000 yg beli melalui KLOOK
- beli terus confirm
- tiket (baucer) kita 'open date'
- boleh masuk terus dengan baucer (mobile or printed)



Cara Pembelian di KLOOK

1. Pembelian akan di caj dalam SGD. Bayar guna kredit card/ debit card.
2. Dah beli USS ni tak boleh cancel.
3. Tiket adalah open date (tapi lihat term - ada tarikh validity)

4. Selesai pembelian, kita akan terima confirmation email dan baucer serta merta.
5. Check folder SPAM kalau tak terima email
6. Print baucer dan tunjukkan printer baucer untuk masuk atau install app KLOOK di mobile phone dan tunjukkan baucer di app handphone.

* Mat Drat lebih suka gunakan printed baucer sebab boleh print 2-3 keping dan tak perlu risau bateri hp habis waktu nak masuk ke USS.



Tips Masuk USS
Ni Mat Drat nak share sikit mengenai tips kalau nak masuk ke USS.
  1. Datang Awal ke USS. Paling kurang 30 minit sebelum dibuka. Biasa orang ramai sudah Q sebelum ia di buka. 
  2. Datang awal, boleh bergambar dahulu di hadapan trademark USS - Globe Universal Studio. Di sini memang ramai orang nak bergambar.
  3. USS akan crowded apabila Public Holiday atau pun musim cuti sekolah lagi-lagi kalau bertembung cuti sekolah Malaysia dan Cuti Sekolah Singapore.
  4. Makanan dan minuman luar tak boleh bawa masuk. Di dalam banyak menjual makanan dan minuman. Ada beberapa restoran makanan halal di sini. Rujuk pamplete map USS ni, cukup senang mencari restoran halal.
  5. Surau juga ada disediakan di sini, jangan risau.



Fast food ada... antara halal food yang disediakan di sini


7. Kalau orang terlalu ramai, boleh beli Express Pass. 
8. Lihat jadual show " jangan terlepas" terutama Magical Hollywood Dream Parade dan juga Pertunjukan Bunga Api Lake Hollywood Spectacular. Tak semua hari ada pertunjukkan ni, jadi semak jadual di laman web kalau nak tengok. Datang pilih hari yang ada pertunjukkan.

https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/plan-your-visit

9. Pertunjukkan stunt juga jangan lupa tonton, sangat menghiburkan.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


28 comments:

  1. Murahhhh...nk leh beli kt sini

    ReplyDelete
  2. Skrg x dpt vocher mkn lg erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg tak sure... Saya hari tu ada promosi

      Delete
  3. Maksudnya x payah beratur kn..nnti nk masuk tunjuk je kn tiket ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni soalan utk tiket KLOOK kan.
      Ikut dia tulis ( dan pengalaman saya guna KLOOK), just tunjuk printed voucher di entrance terus. Di scan dan boleh masuk.

      Mobile Voucher pun boleh tapi saya lebih sukaguna printed.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. nak tanye mase beli tiket ni dalam usd duit singapore...klu beli tu dia akan tolak kt acc kite duit malaysia lah kan...mksd saya klu sy beli 3 tiket uss ni kan harga usd 216...tp klu convert dlm duit malaysia rm648... dia kana tolak terus rm648 dlm acc kita kan...btl x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya, dia caj dalam SGD.. Tapi dalam acc bank kita /kad kredit tolak dalam RM ikut exchange rate bank.

      Delete
  6. En Mat, utk ank OKU ada discount tak?
    Tq

    ReplyDelete
  7. Saya Tak sure pulak pasal tiket utk anak2 OKU, sbb tak nampak pulak mereka ada buat kategori tiket OKU. Mungkin harga sama kot...

    ReplyDelete
  8. Kenapa express lagi murah dari biasa? Macam mana nak beli express pass ni? Haa tak faham lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu additional cost. . Nak express pass tu kena topup lagi SGD50 (harga saya cek tadi)

      Delete
  9. assalamualaikum.. nk tnya.. dia tulis description tu open date.. tp bila sy isi nk beli, dia mnta Tarikh.. so nnti voucher tu boleh guna on that day je ke?

    ReplyDelete
  10. Open... tapi ada tarikh validity. Saya cek tadi , valid till 3 April 2019. Cek di "HOW TO USE"

    ReplyDelete
  11. Salam Abg Mat.nak tya klu nak ke Singapore universal tu berapa hari yg betul2 kita nak spend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.

      Rasanya 1 hari dah cukup, tapi dengan syarat

      - sebelum gate buka, kita dah tercegat kat situ.
      - bukan 'kaki' roller coaster lagi lagi yg xtreme
      - kena pilih ride rides tertentu je, semua ride nak naik mmg tak sempat
      - dan guna Ekspress pass..

      Saya hari tu, sehari je... Bawa anak2 kecil je, yg remaja bagi mereka pusing sendiri.

      Delete
  12. salam abg mat. nak tanya yg express pass tu harga dia vary ikut date kan. misal kata saya check tadi nak pergi tarikh 10/1/19 harga usg30. kalau kita beli nanti time dah dekat sana, harga sama usg30 atau akan lain eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Cik Fidaaspears, setahu saya harga sama. Tapi tak tahu ;la kalau beza.
      SGD30 untuk - Limited to 1 time usage at each participating attraction
      SGD50 (try tadi jadi SGD 80 pulak), Unlimited access at each participating attraction

      Delete
  13. nak tau dalam klook tu untuk ke uss lebih berbaloi amik pass experss ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. express pass tu additianal. kalau nak express, baru beli

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Hi .. nak tanya kalau beli express pass tu utk seorang saja atau bole guna utk 2 orang 1 express pass? tks

    ReplyDelete
  16. Hi mat drat. I nak Tanya, Lepas u beli tiket dengan klook ni, u just tunjuk printed baucher ni dekat mana ya ? Ada specific kaunter or u just tunjuk masa yg que mula2 Tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just tunjuk di kaunter masuk, tak perlu ke kaunter tiket utk redeem tiket. Guna voucher yg di email

      Delete
  17. Hi mat drat.. Nak Tanya.. Utk kredit tu bila diberi ya.. Selepas kita gunakan or selepas kita purchase tiket..
    Coz kalau selepas purchase tiket.. Katakan saya nk beli utk 6 org.. Saya belikan 3 org dulu.. After purchase dpt kredit.. Baru guna utk redeem Next yg 3 org lagi.. Boleh ke gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...
      Setahu saya kredit dpt selepas Kita guna. Hanya perlu bagi review (simple riview cukup).

      Saya biasa utk next purchase , akan cari tempat yang boleh dpt confirmation on the spot dan boleh guna app/mobile (Tak perlu print voucher)

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.