Thursday, 2 June 2016

Pakej Snorkeling Murah Pulau Perhentian - Trip Perhentian



Snorkeling Pakej Murah Pulau Perhentian - Trip Perhentian



sambungan dari entry ke-4 sebelum ini.... Snorkeling di Teluk Pauh



Pagi Day 2.... 


Aktiviti utama yang dinanti oleh kami di Pulau Perhentian iaitu aktiviti snorkeling pun bermula.

Pakej Snorekling Murah Pulau Perhentian

Pakej snorkeling yang saya ambil dengan ejen Pulau Perhentian (Mie) agak murah sedikit berbanding harga iklan-iklan pakej yang saya jumpa di Pulau Perhentian. 

Jadi saya cadangkan, untuk dapatkan pakej harga snorkeling yang lebih murah, cuba la contact ejen-ejen percutian Pulau Perhentian dan ambil pakej yang disediakan beserta add on lain. Bila kita ambil item-item lain, baru lah kita boleh tawar menawar sedikit harga.


Saya rasa seelok-eloknya cubalah  berurusanlah dengan ejen percutian yang berdaftar atau sekurang-kurangnya ejen yang mempunyai syarikat/perniagaan.

Dengan Dnamie Leisure ini aya ambil pakej snorkeling + tiket bot pergi balik + parking 3 hari, jadi ejen tersebut dapatlah bagi sedikit diskaun kepada saya. Saya telah kongsikan contact nombor Dnamie Leisure and Tour S/B di entry sebelum ini di entry 
👉👉 Perjalanan dan Pengangkutan Ke Pulau Perhentian.


Petang sehari sebelum, jurubot yang akan membawa kami untuk aktiviti snorkeling telah hubungi saya dan maklumkan akan ambil kami pada jam 10 pagi. Saya minta awal sedikit tetapi dia kata biasanya aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian ini memang biasanya bermula jam 10 pagi. Saya pun kata okey la..... ikut je la.


Semasa snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi di Kota Kinabalu dahulu, aktiviti bermula lebih awal. Mungkin kerana di sana matahari terbit lebih awal sejam, jadi untuk mengelak panas terik...kena bermula awal

👉👉Snorkeling di Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik - Trip Kota Kinabalu 



9.45 pagi kami telah bersiap-siap menunggu bot di hadapan resort. Jurubot hubungi dan maklumkan bot dia hadapi sedikit masalah kerana tidak dapat menghampiri ke resort kami kerana air surut. Dia minta kami menunggu di jeti PIR (Perhentian Island Resort). Terpaksa la kami menapak sedikit ke jeti......

Sebenarnya dengan pihak Dnamie Leisure kami belum tetapkan sama ada hendak snorkeling di 3 atau 4 point. 

Biasanya kalau kita minta point snorkeling lebih, kita juga perlu bayar lebih. Tapi pihak Dnamie kata walau pun pakej saya ni untuk snorkeling 3 point, dia kata jika ingin snorkeling di 4 poin maklumkan sahaja kepada jurupandu bot.


Dalam jam 10 pagi, bot tiba seperti dijanjikan. Terasa beruntung kerana DNamie Leisure berikan kami satu bot tanpa perlu berkongsi dengan pengunjung lain. Privasi sikit dan senang kami nak arrange masa kami dengan jurubot.



Snorkeling Pulau Perhentian
Menunggu bot di Jeti PIR

Snorkeling Pulau Perhentian
Bot yang ditunggu sampai

Antara soalan pertama jurupandu bot adalah "ingin snorkeling di 3 point atau 4?".

Saya cakap 3 point cukup tapi masa setiap satu lama. 


Biasanya kalau snorkeling banyak point / tempat, kita akan bersnorkeling di satu-satu point itu sekejap sahaja. Kadang-kadang tak sempat nak bermesra dengan ikan-ikan, dah kena naik bot semula untuk ke destinasi lain.

Jurupandu bot (nama dah lupa) cadangkan 3 tempat yang bersesuaian dengan kami memandangkan 'rombongan' kami ni juga ada kanak-kanak kecil berumur 6 & 8 tahun. Dia juga maklumkan biasanya sekitar jam 1.30 atau selewat-lewatnya jam 2 petang, semua aktiviti snorkeling dah tamat di sini. 

Saya minta sampai pukul 4 petang untuk kami, dia kata petang-petang orangtak snorkeling dah kat sini. hu hu huuuuu. Ikut je la..

3 point snorkeling yang di cadangkan kepada kami adalah :
  1. Teluk Keke
  2. Shark Point
  3. Turtle Point
Dan sebenarnya saya dapat satu point extra .... tempat paling best di Teluk 'Rawan' . Saya kongsikan kemudian.




1. Snorkeling di Teluk Keke - Pulau Perhentian Besar

Dari Jeti PIR  ke Teluk Keke mengambil masa lebih kurang 5-10 minit sahaja. Jangan lupa minta safety jacket sebelum bot bergerak. Tak salah beringat kerana malang itu tak berbau. Ini sebagai langkah keselamatan lagi-lagi jika membawa anak-anak kecil.

Kata jurubot saya juga, Teluk Keke ni memang sesuai untuk anak-anak berlatih snorkeling  kerana aktiviti snorkeling dilakukan di pantai. Untuk yang dewasa juga sesuai disini jika tak pandai berenang. Ikan-ikan cukup banyak berkeliaran berhampiran pantai, memang seronok anak-anak.









Bot kami mula berlabuh di Telek Keke

Pantai di Teluk Keke ini agak landai, dan sesuai untuk aktiviti berkelah. Pokok-pokok banyak dan menjadikan kawasan ini cukup redup. Banyak juga kelihatan family-family datang berkelah di sini tanpa melakukan aktiviti snorkeling. 

Terdapat juga beberapa khemah didirikan, hasil bual dengan salah seorang dari mereka, mereka telah bermalam di sini. Kata dia, bermalam di sini sangat sunyi dan perlu bawa makanan secukupnya kerana kawasan ini jauh dari kedai atau restoran. Kalau nak bermalam, bermalam la dengan kumpulan yang agak ramai sebab tempat ni terlalu sunyi pada waktu malam.



Teluk Keke Pulau Perhentian
Pantai Teluk Keke

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Aktiviti snorkeling bermula
Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Ikan-ikan di pantai sini boleh dikatakan agak 'mesra'. Untuk jadikan ikan-ikan ni lebih mesra, jangan lupa taburkan roti-roti kosong untuk ikan-ikan ni. Ikan-ikan ni akan berenang di celah-celah kaki dan tangan kita untuk berebut roti yang kita berikan. Di sini sahaja habis sebuku roti Gardenia yang kami bawa. Memang bawa siap-siap untuk diberikan kepada ikan-ikan.


Untuk lihat ikan yang lebih cantik dan pelbagai jenis, perlu ketengah sikit iaitu ke arah sekumpulan batu karang. Di situ lebih banyak ikan tetapi airnya juga lebih dalam dan juga perlu lebih berhati-hati kerana batu karangnya masih hidup dan agak tajam. Boleh terluka kaki kalau terpijak.



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Bermesra dengan ikan

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Seronok sangat si kecil dapat bermain dengan ikan

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Roti di tangan pun ikan-ikan ni sambar
Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian
Tak perlu menyelam di sini... ikan-ikan akan datang apabila roti di campak 

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Di hujung Teluk Keke ni terdapat kawasan batu-batu besar dan cukup cantik untuk aktiviti bergambar terutama sewaktu hampir matahari terbenam. Rasa menyesal pula semalamnya saya tak kesini dengan bot.

Apabila melihat gambar-gambar koleksi pengunjung yang berkongsikan gambar mereka di Instagram dengan hashtag #TelekKeke, rupanya gambar di sini memang cukup menarik.


Amaran : Kaca Pecah
Cuma satu pesanan saya, seeloknya pakai selipar dan berhati-hati kalau berjalan atau melompat di kawasan batu ini. Saya perasan ada kaca-kaca botol bersepah di celah-celah batu dan juga di atas batu-batu tersebut. Berhati-hati!!

Mungkin perbuatan sesetengah pengunjung yang tidak beretika dan kurang sivik, minum minuman keras dan memecahkkan botol-botol minuman di situ. 



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian


Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian



Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian

Snorkeling Teluk Keke Pulau Perhentian


Seperti saya maklumkan kepada jurubot tadi, saya mahu masa snorkeling disini lama kerana tempat ini lebih sesuai untuk anak-anak. Lebih kurang 1 jam kami di sini, jurubot memanggil kami untuk ke destinasi berikutnya.



2. Snorkeling di Shark Point - Pulau Perhentian Besar


Point ke-2 snorkeling kami adalah di Shark Point, berhampiran dengan Teluk Keke. Lokasinya lebih ke selatan sedikit dari Teluk Keke.


Jurubot maklumkan dikawasan ini ada jerung tetapi jerung di sini jenis yang tidak makan daging. Emmm... 1st time dengar jerung tak makan daging. 

Tapi memandangkan snorkeling di 'shark point' memang sudah menjadi point wajib dan utama untuk snorkeling di Pulau Perhentian, jadi kami percayalah kata-kata dia. Kami yakin sepenuhnya jerung di sini tidak bahaya.

Sampai di Shark Point, jurubot cari port yang sesuai untuk berlabuh. Dijatuhkan sauh untuk elak bot beralih kerana di sini ombak agak kuat dan lokasinya agak jauh dari pantai. Airnya pula betul-betul dalam. Jika di pantai, kita nampak airnya kehijau-hijauan... di sini, airnya kebiru-biruan... tak nampak dasar  laut jika berada di atas bot.



Snorkeling Shark Point Pulau Perhentian
Beberapa bot berlabuh dan jurupandu bot sedang memerhati pengunjung-pengunjung menjejaki jerung.
Snorkeling Shark Point Pulau Perhentian
Dah ready katanya untuk turun ke laut mencuba menjejaki jerung


Jurubot siap pesan awal-awal, kanak-kanak kecil amat tidak digalakkan terjun untuk snorkeling disini sebab sangat tak sesuai kecuali anak-anak tu memang pandai berenang. Sebelum kami turun dari bot, jurubot siap lemparkan tali ke laut untuk kami berpaut sekiranya terjadi sesuatu nanti.... letih atau krem kaki atau sebagainya...

Baru je saya nak turun dari bot, terdengar seorang pengunjung wanita dari bot berhampiran yang sedang berenang menjerit 'kaki krem'... Belum apa-apa... Debusss.... seorang jurupandu bot terjun untuk menarik wanita tadi ke bot. Perghhhh ngeri pulak tengok.


Kami tak lama di sini kerana hampir 20 minit berenang dan menyelam, kami tak jumpa kelibat jerung. Kata jurubot, untuk melihat kelibat jerung kita perlu berada jauh sedikit. Ada beberapa pengunjung yang stamina kuat bolehlah berenang ke hulu ke hilir untuk menjejaki jerung.


Air di sini sangat dalam, rasanya melibihi 10 meter dalamnya. Ikan-ikan di dalam air disni lebih cantik tetapi tidak semesra di Teluk Keke.



Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Masih tak jumpa jerung yang di cari
Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Masih mencuba menjejaki.... letih ke hulu ke hilir
Snorkeling di Sharpk Point Pulau Perhentian
Air yang agak dalam di sini

Selepas 20 minit, saya terpaksa surrender dan ajak jurubot ke tempat lain. Kesian juga kepada anak-anak yang kecil saya yang lain kerana hanya melihat kami berenang ketengah laut, siap menangis nak terjun jugak. Jadi terpaksa tamatkan aktiviti snorkeling di Shark Point awal dan beralih ke destinasi seterusnya iaitu ke Turtle Point.


Letih bang.... kami surrender. Tak jumpa jerung. Jom gerak tempat lain

Anak saya sorang ni masih tetap mencuba walau pun yang lain dah naik ke bot


Saya kongsikan catatan snorkeling di Point 3 (Turtle Point)  & Point 4 (Teluk Rawan) di entry berikutnya. 
👉👉 snorkeling melihat penyu di Turtle Point.





Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian



~mat-drat~



Wednesday, 1 June 2016

Snorkeling di Teluk Pauh , Perhentian Besar


Jeti PIR , Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar


dari entry 3 sebelum ini...
👉👉 Percutian di Pulau Perhentian Besar - Aktivit Jungle Trekking 


Hari pertama... aktiviti petang di Pulau Perhentian bersambung


Seperti saya kongsikan di entry sebelum ni yang plan kami nak berjungle trekking terpaksa di batalkan kerana aktiviti tu agak tak sesuai, jadi sebagai alternatif saya gantikan dengan aktiviti snorkeling.

Peralatan snorkeling saya dah sewa (RM5 /set) dari pakcik di kaunter Mama Chalet tadi. 


Teluk Pauh

Teluk Pauh terletak berhadapan Perhentian Island Resort. Tetapi lebih tepatnya Perhentian Island Resort  itu yang terletak di Teluk Pauh.

Teluk ni menjadi tempat pengunjung mandi manda kerana pantainya yang landai serta pasirnya yang memutih. Memang agak panjang pantai di sini. 

Di sini, kejernihan airnya membuat kita sangat seronok. Nak mandi manda pun sesuai sebab landai.

Dari pantai Teluk Pauh ni, jika ketengah sikit terdapat Turtle Point di mana ia merupakan antara tempat utama aktiviti snorkeling. Tapi kena naik bot la kalau nak ke sini.... Di sini kita boleh lihat penyu-penyu  depan mata. Jika di sebelah pagi / tengah hari.... memang banyak bot di kawsana ini (Turtle Point).

Sebenarnya tujuan saya bawa anak-anak snorkeling petang ni adalah untuk membiasakan diri mereka untuk aktiviti snorkeling pada hari esoknya. Tak nak la buang masa esok baru nak ajar mereka snorkeling... maklumlah snorkeling terakhir adalah semasa trip ke Kota Kinabalu dahulu. 



Snorkeling Pulau Perhentian
Dah ready semua untuk aktiviti pertama


Selfie dulu



Hotel / Resort berdekatan 

Sambil berjalan dari resort kami ke Perhentian Island Resort itu, kami perlu melalui 3 hotel/resort  lain. Nampaknya ketiga-tiga resort ni ada keunikannya tersendiri.

1. The Reef's Chalet

  • Pertama, kami perlu melalui The Reef's Chalet. The Reef bersempadan dengan The Barat Perhentian dan The Coral View Resort.
  • Halaman di hadapan chalet The Reef  cukup luas... menghijau padangnya. Pantai di hadapan The Reef juga agak lebar dan memanjang. Cantik pasirnya, halus dan memutih. 
  • Di sini saya ada nampak kaunter sewaan kayak. Jadi yang nak berkayak boleh la sewa.... Kaunter untuk mengambil lesen scuba diving juga ada disini.
  • Depan The Reef ni, setaip kali kami lalu.... ada je minah salleh berjemur... Gangguan mata sungguh.
Hotel Murah Pulau Perhentian
Chalet The Reef
Hotel Murah Pulau Perhentian
Halaman The Reef
Scuba Centre Perhentian Island
Pusat Scuba Diving dan restoran yang terletak di antara The Reef dan Barat Perhentian.
Restoran ni rasanya bukan milik muslim

Percutian Pulau Perhentian
Pantai di hadapan The Reef
Percutian Pulau Perhentian
Pantai di hadapan The Reef

2. Coral View Island Resort

Hotel Murah Pulau Perhentian
Coral View Island Resort

Coral View Island Resort Pulau Perhentian
Coral View Island Resort.. Pantai memutih

  • Resort ni saya lihat cukup cantik , kebanyakan unitnya mengadap laut. Di hadapan setiap bilik tersedia kerusi untuk berjemur.... Jadi bila lau sini, memang susah nak elak dari tak terpandang minah salleh berjemur. 
  • Kedai souvenior dan kedai runcit kat sini agak besar. kalau yang terputus bekalan makanan tu, boleh la ke sini. Tapi saya ingatkan sekali lagi, barangan di sini ikut harga pulau ye !
  • Restoran di Coral view Island Resort ni cukup meriah saya lihat... dan harganya boleh tahan juga. Tapi sekali sekala kalau bercuti, jangan berkira sangat bab-bab makan... nanti tak seronok bercuti.
  • Pantai dari The Reff's Chalet ke Coral View ni cukup luas dan memutih..... Tapi tak ramai pengunjung bermain bersama anak -anak di sini kerana airnya agak dalam sedikit serta berbatu dan batu karang agak banyak.

Batu karang di pantai di hadapan Coral View Island Resort



Tips : Pakai selipar berjalan di pantai.
Kalau berjalan di persisir pantai Coral View Resort menghala ke Perhentian Island Resort, seeloknya pakailah selipar. Batu karangnya yang telah mati bersepah dan memenuhi pantai. Mungkin sebab tu di panggil Coral View Island Resort kot, coral bersepah di sini! 


Tapi kalau nak snorkeling di sini pun boleh... ikan-ikan kelihatan bermain di celah-celah batu yang banyak terdapat di sini, cuma perlu lebih berhati-hati sebab batu karang agak banyak di air.








Gambar-gambar kami di hadapan Coral View Resort

Coral View Island Resort Pulau Perhentian
Di sini ada juga ikan-ikan bermain di gigi air

Coral View Island Resort Pulau Perhentian

Coral View Island Resort Pulau Perhentian


Coral View Island Resort Pulau Perhentian


3. Perhentian Island Resort

Pantai di hadapan Perhentian Island Resort ni cukup cantik... betul-betul terletak di teluk. Pantai memanjang dan memutih..... 

KLIK DISINI untuk info lanjut mengenai Perhentian Island Resort ini.

Berhampiran resort ni terdapat jeti yang orang sini sebut jeti PIR (Perhentian Island Resort). Dari Coral View kena ikut laluan bertangga sedikit kerana laluan di bawah terhalang dengan batu-batu besar.

Untuk lain-lain hotel/resort di Pulau Perhentian, boleh KLIK DISINI



Tersedia satu port untuk massage di laluan ke PIR. Bermassage sambil memerhati keindahan alam.

Perhentian Island Resort
Belakang tu Teluk Pauh


Untuk aktiviti bermain pasir sangat sesuai disini.

Kalau nak snorkeling, boleh snorkeling berhampiran jeti PIR ni. Air memang jernih dan pantainya cukup landai. Memang agak ramai yang snorkeling di sekitar jeti PIR ni.

Kalau sebelah pagi, ramai pengunjung snorkeling di Turtle Point yang terletak jauh ke tengah sikit.

Perhentian Island Resort ni juga satu-satunya resort yang ada swimming pool di sini. Tapi apa barang pergi pulau mandi swimming pool kan?


Jeti PIR Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Bergambar dulu sebelum terjun.
Dari jeti ni memang nampak ikan-ikan berenang di bawah.

Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Memang sesuai untuk yang ingin berbulan madu di sini...
sungguh mempersona keindahan dan kecantikan pulau ni
Mat Salleh ni bermain dengan ikan di bawah jeti.
Agak jauh dari pantai tetapi pantai agak landai

Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Teluk Pauh 

Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Bot (teksi air) pasti ada di sini

Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
"Sini okey!! Ada ikan sikit..."

Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Masing-masing baru nak mencuba peralatan snorkeling, dah setahun lebih tak snorkeling

Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Dah mula boleh terapung kan diri....

Penat snorkeling... main pasir pulak

Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Selesai siapkan "selimut"


Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Memang boleh tertidur .... dalam meniknmati keindahana pantai

Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Pantai Teluk Pauh ...memanjang


Teluk Pauh Perhentian Island Resort , Pulau Perhentian Besar
Matahari mula hilang di sebalik Pulau Perhentian Besar.



Sekitar 6.30 petang, matahari mula menunjukkan akan melabuhkan diri. Kami bersiap-siap untuk pulang ke resort penginapan kami... 

Sampai di The Barat Perhentian. Anak-anak masih tak puas mandi, jadi mereka sambung mandi kat depan The Barat Perhentian pula. Air di sini juga landai.




The Barat Perhentian.
Sampai di resort kami, anak-anak nak mandi lagi... bagi je

Dan matahari melabuhkan dirinya di ufuk timur


Entry ke lima berikutnya 👉👉 Snorkeling pakej murah saya kongsikan pengalaman kami melakukan aktiviti snorkeling semasa trip percutian ini. 




Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian








~mat-drat~

Aktiviti di Pulau Perhentian


Ini entry ke 3 untuk trip Pulau Perhentian kami. Boleh baca entry sebelum ini 


Pulau Perhentian Besar
Pulau Perhentian Besar

Cerita Percutian ke Pulau Perhentian kami bersambung.

Aktiviti di Pulau Perhentian .... Petang di hari pertama


Jungle Trekking ke Teluk Keke, Perhentian Besar

Selesai urusan check-in di The Barat Perhentian dan merehatkan diri sekejap, saya buat tinjauan trek untuk jungle trekking ke Teluk Keke. Teluk Keke di dalam 1 km dari resort kami menginap (The Barat), tapi jalannya ke sana perlu melalui sedikit hutan belukar selain melalui pantai dan beberapa resort.

Idea ni terlintas semasa saya melihat google map, saya rasa dari Teluk Keke mungkin boleh melihat suasana sunset dari situ. Carian di blog dan saya tak jumpa pula moment sunset yang betul-betul cantik dari Teluk Keke. 

Kira plan nak buat jungle trekking dari The Barat Resort ke Teluk Keke untuk melihat sunset adalah rancangan sendiri. Saya anggarkan masa berjalan akan mengambil masa lebih kurang 45 minit kalau berdasarkan jarap di google map tu.

Sebelum memulakan tinjauan,, saya bertanya kepada beberapa pekerja hotel sama ada terdapat laluan trekking ke Teluk Keke atau tidak. Mereka kata ada laluan, cuma kata mereka saya perlu lalu belukar dan saya perlu ikut laluan batang paip sebagai panduan semasa di belukar nanti. Kata mereka, laluan bermula dari penghujung Mama Chalet dan akan memasuki kawasan belukar.

Untuk tinjaunan ni saya hanya berdua dengan anak sulong saya, anak-anak yang lain saya kata tengok keadaan dulu. Kalau laluan okey, petang nanti boleh ikut ke sana.

Mama Chalet terletak  ersebelahan resort kami menginap, The Barat Perhentian Resort.

Semasa menghampiri Mama Chalet, kami bertemu satu pasangan yang agak berumur di Mama Chalet. Mereka ni menjalankan perniagaan sewaan peralatan snorkeling dan menyediakan perkhidmatan teksi air (bot) serta pakej snorkeling di Mama Chalet. Sempat saya berbual dengan pakcik dan makcik berdua tu, cukup peramah mereka berdua. Pakcik tu kata jarang orang ke Teluk Keke untuk tengok sunset. Di Teluk Keke jarang boleh nampak matahari terbenam dari situ kerana akan terlindung dengan Pulau Pehentian Kecil.


Pakcik ni siap cakap, buat apa nak jungle trekking ke sana kalau nak cuba tengok sunset. Tapi kalau nak jugak pergi, ambil je teksi air (bot), nanti nak balik senang bila hari malam, kat laut ni gelap.

Terpaksa la saya jawab berhemah... 'takpe pakcik, kami tengok trek jalan kaki tu dulu, tak confirm lagi akan pergi atau tak"


Mama Chalet Pulau Perhentian
Mama Chalet

Mama Chalet Pulau Perhentian
Mama Chalet... unit sea view... damai, tenang serta sunyi

Apabila melintasi Mama Chalet, terasa agak sunyi. Tidak nampak ramai kelibat pengunjung di chalet ini. Mungkin sebab musim tengkujuh baru berakhir, jadi orang tak berapa ramai. Atau pun mungkin pengunjung belum balik dari aktiviti laut (snorkeling dan scuba diving).

Apabila mula memasuki kawasan belukar di kawasan hujung Mama Chalet, laluan jungle trekking tu jelas kelihatan. Laluan pun nampak macam cantik je.



Jungle Trekking Pulau Perhentian
boleh tahan trek jungle trekking dia

Setelah berjalan beberapa puluh meter, laluan yang terang tadi mula gelap dan laluan di tanah mula kelihatan dilitupi daun-daun kering. Bongkah-bongkah batu besar mula kelihatan. Pada waktu tu saya dah rasa kurang sesuai untuk meneruskan niat saya. 

Jadi kiranya kami tak sempat pun nak lalu lalulan jungle trekking ni. Saya lebih risaukan faktor keselamatan terutama apabila berjalan pulang selepas matahari terbenam.


Laluan ada tapi agak gelap 


Banyak batu-batu besar

Jadi Misi Jungle Trekking - Aktiviti di Pulau Perhentian kami yang pertama  di BATALKAN atas sebab.

  • Laluan ni memang agak sunyi, seperti jarang di gunakan. Ada sesetengah tempat, laluan yang dilitupi daun-daun kering agak tinggi.
  • Waktu kami mencuba ni dalam jam 4 petang, tapi sudah agak gelap. Saya rasakan kalau pulang waktu malam, pasti lagi gelap...gelap gulita.
  • Saya memang sudah bawa siap-siap beberapa torch light untuk persediaan, tetapi saya rasa ia masih tidak berapa selamat untuk saya dan anak berjalan pada waktu malam.
  • Bongkah-bongkah batu besar di laluan ini betul-betul menimbulkan rasa kurang 'seronok'. Kurang seronok bukan apa, cuma risau akan ular apabila berjalan malam bersama anak-anak dengan hanya bergantung kepada torch light. Dah la berbatu besar, banir-banir pokok juga agak besar... bahaya ni!
  • Jadi atas faktor keselesaan dan keselamatan, saya kata kepada anak "misi untuk jungle trekking ke Teluk Keke terpaksa di batalkan, Mission Aborted!"

Apabila kami berpatah balik, dan melalui pakcik dan makcik tadi.... terpaksa la saya mengiyakan apa yang mereka kata. Tak sesuai ke Teluk Keke ikut laluan tu.

Jadi kalau kita berjalan ke tempat orang, jangan segan silu bertanya akan keadaan setempat dari oraang-orang tempatan. Mereka lagi mahir dan arif akan tempat tersebut.

Oleh kerana aktiviti jungle trekking untuk melihat sunset dibatalkan, maka petang itu saya akan gantikan dengan aktiviti snorkeling di pantai berdekatan resort saya.


Kebetulan pakcik dan makcik ni membuka kaunter sewaan peralatan snorkeling, jadi saya sewa dengan mereka. Cukup murah mereka caj iaitu hanya RM 5 untuk satu set, berbanding di dua kaunter berhampiran The Barat Perhentian tadi saya lihat sekitar RM10-RM15 satu set. 

Caj sewaan peralatan snokeling di kaunter-kaunter berdekatan resort ini adalah untuk satu hari. Walau pun saya ambil sudah pukul 4 petang, saya tetap dikenakan caj RM 5 dan perlu pulangkan sebelum pukul 7 malam sebelum kaunter di tutup. Saya ambil dahulu, balik snokeling baru bayar. 


Sampai je di bilik terus saya beritahu anak-anak lain..... jom snorkeling!!





Baca entry berikutnya untuk aktiviti snorkeling kami di Pantai Teluk Pauh berhampiran Perhentian Island Resort (PIR). Nanti saya sambung, ambil masa sedikit untuk menulis.
👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh , Perhentian Besar  (Entry 4)


Selepas snorkeling di perairan PIR, sekitar 7 malam, saya menyendiri di hujung Mama Chalet untuk melihat saat matahari terbenam. Memang terlalu sunyi di kawasan ni, dah la bersebelahan hutan belukar tadi... kelibat pengunjung lain juga tidak kelihatan. 

Nasib baik 'kelibat' matahari hilang disebalik Pulau Perhentian Kecil sana, jadi saya tak lama berada di penghujung kawasan Mama Chalet tu. Rasa 'semacam' sebenarnya duduk situ sorang-sorang waktu senja.

bersambung.....



Sunset Pulau Perhentian
Dari hujung Mama Chalet, matahari hilang di balik Perhentian Kecil

Sunset Pulau Perhentian
Apabila matahari telah melabuhkan diri, kelihatan merah di ufuk sana



Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian

~mat-drat~









~mat-drat~