Thursday 15 October 2020

Percutian Ke Langkawi - Pengalaman Bercuti, Tips dan Panduan




Percutian Melancong Ke Langkawi 2020 Tempat Menarik Makan Best

Langkawi antara destinasi pelancongan dan percutian utama di Malaysia. Hujung minggu terutama cuti sekolah dan public holiday, Langkawi pasti akan dipenuhi pengunjung.


Jadi Mat Drat ambil peluang share sikit dengan info-info terkini, moga-moga boleh beri sedikit panduan kepada mereka yang ingin bercuti ke Langkawi, lagi lagi bagi mereka yang pertama kali ke Langkawi.

Secara ringkasnya, Mat Drat akan kongsikan
1. Sedikit Intro Pulau Langkawi
2. Cara ke Pulau Langkawi (4 cara)
3. Hotel dan resort di Langkawi (lokasi pilihan)
4. Tempat Makan best di Langkawi
5. Tempat Menarik dan Aktiviti Best di Langkawi
6. Tempat Shopping Murah di Langkawi


Sebelum tu...jemput singgah Instagram (IG Mat Drat) dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat

Jemput juga singgah channel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ 😊😊




...............................................................

INTRO - PULAU LANGKAWI

Sedikit info mengenai Pulau Langkawi.

Geografi
Pulau Langkawi terletak di Selat Melaka, di dalam negeri Kedah dan ia juga bersempadanan dengan Thailand. Antara keunikan Pulau Langkawi ni, ia terdiri daripada 99 buah pulau.

Sejarah
Sejarah Langkawi ni tak boleh dipisahkan dengan Mahsuri. Masa sekolah rendah lagi kita dah didedahkan tentang lagenda Mahsuri, dengan kisahnya dibunuh dan darah putih keluar sehinggalah keluar kisah Sumpahan Mahsuri 7 keturunan.

Langkawi ini juga pernah di tawan oleh Siam pada tahun 1821 sebelum di tawan semula pada tahun 1840-an. Kisah beras terbakar antara kisah yang perlu kita tahu.

Langkawi 'senyap' seketika sehinggalah Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir  menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Mungkinkah berkebetulan berakhirnya sumpahan mahsuri??


........................................................

1. CARA KE PULAU LANGKAWI

Biasanya 4 pilihan ni untuk ke Langkawi ; 
  • Naik Flight
  • Naik feri penumpang (kereta tinggal di jeti) 
  • Bawa kereta guna feri RORO (kereta bawa ke Langkawi)
  • Naik Bas 

1. Flight/Penerbangan - Tiket murah ke Langkawi

  • MAS,  AirAsiaMalindo dan Firefly ada tawarkan penerbangan ke Langkawi.
  • Penerbangan ambil masa lebih kurang 1 jam. 
  • Mat Drat sendiri pernah gunakan MAS, AA dan Firefly untuk trip Langkawi. Bergantung kepada offer tiket murah dan kesesuaian masa.
  • Mana satu yang murah, bergantung kepada waktu kita beli tiket. 
  • Kalau dapat beli tiket awal atau pun waktu promosi, mungkin boleh dapat harga murah. 
  • Biasanya AirAsia lebih murah, tetapi cuba juga intai promosi MAS, Malindo atau Firefly. Kadang-kadang boleh dapat lebih murah dari AirAsia.
  • Malaysia Airlines pun selalu buat promosi', memang berbaloi kalau harga tengah mutah.
  • Click semua dan semak harga. Boleh la compare dulu.. 




🚩👉 Malaysia Airlines

Tiket Murah Air Asia

🚩👉 AirAsia SALES !!

Tiket Murah Firefly Langkawi

🚩👉TIKET MURAH FIREFLY !!

  • pesanan ikhlas ;
    • Kalau beli tiket, 
    • Jangan lupa add-on baggage allowance (bagasi check-in) kalau rasa akan banyak nak me-nyopping.

.............................................................................

2. Ke Langkawi dengan feri (park kereta di jeti)

    • Kalau nak naik feri, boleh pilih nak naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah.
    • Feri akan tuju  Jeti Kuah di Langkawi.
    • Untuk balik, dri Langkawi akan naik feri dari Jeti Kuah. 
    • Ingat ye, untuk ke Jeti Pekan Kuah elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas, terutama kalau menginap jauh dari Pekan Kuah. Bukan apa, cuma nak elak kesesakan menuju ke Pekan Kuah terutama musim cuti sekolah.

    a. Masa Perjalanan Feri
    Ramai yang suka naik dari Kuala Perlis sebab jeti kurang crowded dan masa perjalanan dalam feri lebih singkat
    1. Dari Kuala Perlis - 55 minit.
    2. Dari Kuala Kedah - 2 jam. 
      b. Beli Tiket
      Seeloknya beli tiket return untuk elak tiket untuk balik ke Kuala Perlis/Kuala Kedah habis, terutama pada musim cuti sekolah.
        Tiket boleh dibeli di kaunter jeti atau juga boleh secara online. Sekarang senang beli online je untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.  
          Tiket online boleh dibeli se awal 6 bulan dan boleh dibeli di :

          Dah beli tiket online, jangan lupa print tiket ye dan bawa printed tiket tu.

            c. Tambang Feri ke Langkawi
            • Kuala Perlis - Langkawi
              • Sehala : RM18 (Adult) / RM13 (Child)
              • Return : RM36 (Adult) / RM26 (Child)
            • Kuala Kedah - Langkawi 
              • Sehala : RM23 (Adult) / RM17 (Child)
              • Return : RM46 (Adult) / RM34 (Child)
            • Child = kanak-kanak 3- 12 tahun.  Bawah 3 tahun, tak kena tiket tapi tiada tempat duduk.

              d. Parking Kereta
              • Di sekitar Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis, ada banyak tempat parking yang disediakan oleh pelbagai pihak.
              • Ada sesetengah tempat tu kawasan lapang sahaja. 
              • Kita sampai je di sini akan ada 'runner' yang offer untuk bawa kita park kereta. 
              • Elok sampai awal dan pusing dulu dan intai kawasan parking yang dekat dan teduh.

              Rezeki atau nasib baik, boleh dapat yang berdekatan jeti dan teduh. Kalau tak ,terpaksa la park kereta di kawasan terbuka. Kalau jauh, biasanya 'runner' akan hantar kita dengan motor ke jeti. Kita cuma dropkan ahli family dulu di jeti sebelum ke tempat park kereta.

              Kadar parking dikira RM 10/sehari biasanya.

              e. Sewa Kereta
              • Di sini juga nanti, kita biasanya akan di tawarkan kereta sewa. 
              • Akan ada agent-agent kereta sewa yang offer kita. 
              • Mat Drat lebih suka booking awal dan dapat baca review-review penyewa sebelum ni di FB page atau laman web owner kereta sewa ni.
              f. Pakej-pakej lain
              • Begitu juga dengan pakej-pakej lain seperti Island Hoping dan Mangrove Tour, akan ada agent yang tawarkan pakej. 
              • Pakej ni pun boleh dapat di sana terus sahaja (di Langkawi).
              • Terpulang nak ambil di sini atau di sana. Mat Drat ambil di sana sahaja. 
              .............................................................................

              3. Bawa kereta naik feri ke Langkawi

              Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
              Nak jimat kos sewa kereta, kita boleh bawa kereta kita terus ke Langkawi. Tapi perlu ingat, slot kekosongan feri ni setiap hari adalah terhad
                a. Ingat : Tips dan Info
                  • Perlu buat tempahan awal terutama jika ingin ke sini waktu cuti sekolah atau public holiday. Tiket dibuka se-awal 3 bulan sebelum berlepas.
                  • Terus beli tiket return. Jangan beli tilket sehala, nanti nak balik ke takut tak ada kekosongan feri. Kes haru nanti.
                  • Feri hanya berlepas dari Jeti Kuala Perlis. Tiada dari Kuala Kedah.
                  • Di Langkawi, feri akan turun di Dermaga Tanjung Lembong, bukannya Jeti Kuah. Balik pun perlu naik di Dermaga Tanjung Lembong.
                  • Beli tiket penumpang sekali dengan tempahan kenderaan. Tambang kenderaan tidak termasuk tambang individu. Tambang individu ikut kiraan tambang seperti feri biasa. Boleh refer tambang individu di atas.
                  • Tambang kedua-dua ni sama sahaja. Tiket boleh dibeli walk-in tapi rasanya susah nak dapat slot. Mungkin waktu balik yang kita nak tak ada. Jadi, belian cara online awal adalah pilihan terbaik. Mat Drat pun beli online sebulan awal.
                  • Masa perjalanan hampir 2 jam 30 minit. Sangat lama perjalanan sebab feri bawa kereta kan, tak boleh la laju macam feri penumpang biasa. Feri biasa hanya ambil masa 45 minit sahaja. Jadi bawalah bekalan makanan dan minuman siap-siap sementara nak isi masa terluang dalam feri. 
                  • Tempat duduk cukup selesa di dalam deck feri. Ada tv disediakan sepanjang perjalanan. Kereta pula ditingkat bawah. 
                  • Kemudahan ada disediakan seperti surau, gerai dan toilet. Gerai jual minuman dan makanan ringan pun ada, tapi pilihan sangat terhad kat gerai/kisok ni. So, bawa bekalan makanan siap-siap.
                  • Sampai awal di jeti 2 jam awal ye. Ikut syarat, kita perlu sampai awal di jeti untuk urusan dokumentasi, pemeriksaan dan sebagainya. Tepi jeti ada masjdi dan juga gerai. Boleh berehat di area sini sementara menunggu 'green light' untuk bawa kereta masuk ke dalam.

                  b. Tambang Feri Bawa Kenderaan ke Langkawi
                  Harga tambang feri ni diambil waktu Mat Drat tulis entry blog ni. Nanti nak booking, boleh dapatkan harga sebenar mana tahu ada perubahan. 

                  Harga walk-in, sedikit mahal. Elok beli online la, walk-in ni takut tak ada kosong je nanti.

                  Untuk kategori lain seperti kenderaan mewah, MPV saiz besar, coach, lori dan lain-lain, boleh layarhttp://www.langkawiroro.com/.

                  Kereta Sedan 
                  • bawah 1500 cc : RM 161 (sehala) / RM 312 (return) 
                  • bawah 2000 cc : RM 194 (sehala) / RM 368 (return) 
                  • bawah 3000 cc : RM 238 (sehala) / RM 454 (return)  
                  • atas    3000 cc : RM 282 (sehala) / RM 564 (return) 
                  MPV/ 4WD/ SUV/ Pick-up
                  • bawah 2000 cc : RM 216 (sehala) / RM 412 (return) 
                  • bawah 3000 cc : RM 238 (sehala) / RM 456 (return)  
                  • atas    3000 cc : RM 271 (sehala) / RM 522 (return) 
                  Motorsikal
                  • bawah 125 cc : RM 57 (sehala) / RM 104 (return) 
                  • bawah 250 cc : RM 68 (sehala) / RM 116 (return)  
                  • bawah 500 cc : RM 95 (sehala) / RM 170 (return)
                  • atas    500 cc : RM 117 (sehala) / RM 214 (return) 

                  Dokumen dan Maklumat Semasa Tempahan Tiket / menaiki feri
                  Ini maklumat yang diperlukan semasa ingin membeli tiket. Bawa salinan semasa ingin menaiki feri.
                  1. Jenis kenderaan, jenama dan model
                  2. Plate nombor dan chasis nombor kenderaan
                  3. Nama Pemandu dan no IC
                  4. Registration card dan lesen pemndu
                  5. Maklumat nama dan no IC penumpang
                  Jika kenderaan milik dan nama  orang lain, perlukan surat kebenaran (authorization letter) dari pemilik kenderaan.

                  Bawa salinan dokumen tu siap-siap, senang masa urusan pendaftaran kenderaan nanti. 

                  Sampai di Jeti Kuala Perlis atau Dermaga Tanjung Lembong, terus ke kaunter pejabat dahulu untuk urusan dokumentasi.

                  c. Berbaloi ke Bawa Kenderaan ke Langkawi
                  Ini kena kira sendiri sebab ia bergantung kepada
                  - berapa lama kita di Langkawi
                  - peak season atau tidak

                  Jangan lupa harga parking kereta di jeti kalau kita buat perbandingan kos sewa kereta vs kos bawa kereta ke Langkawi.

                  .............................................................................

                  4. Ke Langkawi dengan bas

                    Jika naik bas, boleh naik bas Kuala Lumpur - Kuala Perlis dari TBS. 

                    a. Ingat : Tips dan info
                    • Bas dari Kuala Lumpur naik di TBS. Beli secara online. Mudah dan pantas.
                    • Tiket feri ke Langkawi pun boleh beli secara online tapi kalau naik bas ni risiko bas lambat sahaja. Jadi pilihan beli tiket feri secara walk-in mungkin lebih baik. Cuma mungkin perlu menunggu feri.  Tapi jangan risau, feri Jeti Kuala Perlis - Langkawi banyak.
                    • Tambang Bas : Antara RM 45 - RM 55 (bergantung kepada bas) 
                    • Masa Perjalanan : Lebih kurang 7-8 jam. Memang lama dan sedikit meletihkan.
                    • Jadual Bas : Ada hampir 99 perjalanan sehari. Bas seawal 7:30 am. Boleh rujuk link dibawah.  
                    Mungkin boleh consider naik bas malam, dan sampai di Kuala Perlis awal pagi. Terus boleh naik feri ke Langkawi.
                    .............................................................................

                    HOTEL, RESORT dan APARTMENT MURAH DI LANGKAWI

                    Hotel, resort, chalet, homestay, apartment dan motel semua ada. Ikut selera dan budget masing-masing.

                    Mat Drat cadangkan nak pilih hotel, resort atau apartment tu cubalah beri keutamaan 4  perkara ni selain harga
                    • Lokasi
                    • Review dari guest sebelum ni
                    • Keadaan dan suasana sekitar hotel
                    • Kemudahan parking. Penting ni kalau di Pantai Cenang.

                    Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?

                    Nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada kesesuaian dan budget.

                    Ramai suka menginap di Pantai Cenang. Mat Drat setiap kali ke sini, pasti akan menginap di Pantai Cenang. Tapi pernah juga menginap di Pekan Kuah 2-3 kali dan area lain.

                    Biasanya orang ke Langkawi memang akan pilih menginap di Pantai Cenang. Tapi masalahnya Pantai Cenang cepat fully booked. 

                    Pilihan lain antaranya adalah di Pantai Tengah, Pekan Kuah, Pantai Kok

                    1. Pantai Cenang

                    Banyak hotel resort, motel dan chalet di sepanjang Pantai Cenang ini. Pantai Cenang ni boleh la dikatakan sebagai destinasi utama pelancong ke sini.

                    Ramai yang suka menginap di sini sebab kawasan ni agak happening, pantainya bukan sahaja cantik tetapi juga meriah. Mat Drat suka suasana di sini pada waktu sunset... memang cantik.

                    Kedai-kedai dan restoran juga banyak di sini, jadi senang nak membeli keperluan atau nak makan. 

                    Bagi yang dah lama tak kesini, jangan terkejut lihat keadaan Pantai Cenang. Sungguh berbeza berbanding dengan keadaan 5-6 tahun dahulu. Sekarang dah ada Cenang Mall. Kat area ni nak cari makan tengah malam tak ada masalah,  banyak pilihan. Fast food restoran pun dah banyak antaranya McDStarbucks atau Subway.

                    Masalah. 
                    Satu je masalah menginap kat sini. Nak cari parking. Jadi yang booking hotel, motel atau chalet, cuba la tanya kemudahan parking. Kalau tak ada disediakan, atau parking limited, kita mungkin perlu park kereta jauh sikit. Tak la jauh sangat, tapi tak dapat la park kereta di sebelah hotel, motel atau chalet yang kita bookied.

                    Mat Drat pernah menginap di Malibest,  Best Star Resort, De Baron dan AB Motel. Ada banyak lagi resort dan motel di area sini..

                    Cubalah intai hotel, resort dan motel di Pantai Cenang ni... ada kosong boleh terus booking.



                    Cenang Plaza Beach Hotel

                    Rating tinggi
                    Hotel baru
                    Dekat je dengan pantai



                    Malibest Resort 

                    Rating agak tinggi
                    Suka sbb ada parking
                    Tepi pantai
                    Ada swimming pool juga

                    Public areas

                    Langgura Baron Resort

                    Di bwh group 'The Baron'
                    Opposite Cenang Plaza Beach Hotel  

                    kena seberang jalan utk ke pantai

                    Exterior view

                    Best Star Resort 

                    Pun ada swimmping pool
                    Mengadap pantai
                    Ramai suka sebab tepi pantai

                    500 meter je ke Underwater 


                    2. Pantai Tengah

                    Memandangkan Pantai Cenang, cepat fully booked, pilihan terdekat adalah di Pantai Tengah. 

                    Kedua-dua Pantai Tengah dan Pantai Cenang ni sebenarnya sebelah menyebelah sahaja tetapi dipisahkan oleh satu tanjung. Jalan raya pula, bersambung diantara keduanya. 

                    Tak banyak hotel, resort dan chalet di sini yang bersebelahan dengan pantai. Kebanyakkannya perlu menapak sedikit untuk ke pantai. Boleh intai di google map lokasi hotel/resort.


                    3. Pekan Kuah

                    Ada orang suka stay di Pekan Kuah. Ini sesuai untuk yang tak kisah dengan pantai. Kira aktiviti pantai bukan tujuan utama mereka.

                    Kelebihan mereka yang menginap di sini, Mat Drat rasa
                    - tempat makan lebih banyak pilihan
                    - kurang crowded berbanding Pantai Cenang
                    - senang nak menyopping, dekat dengan HIG, Idaman Suri dan Rams.
                    - dekat dengan Jety Kuah, senang nak balik naik feri

                    Mat Drat pernah menginap di 2 hotel/apartment ni 




                    *Hotel ni selalu fully booked! 
                    Rate dlm RM 100/nite
                    Berdekatan RAMS
                    makan senang 
                    banyak restoran di sini



                    Rate dlm RM 100/nite
                    Sebelah HIG Complex

                    Senang nak makan

                    Senang nak shopping

                    4. Lokasi Lain 

                    Ada beberapa lokasi lain yang tetap ada peminat tersendiri. Mungkin ada yang inginkan lebih kedamaian atau privasi contohnya hotel dan resort di kawasan seperti di Tanjung Rhu dan area Padang Mathirat. Kebanyakan hotel dan resort kawasan ni harga boleh tahan juga.

                    Pantai Tanjung Rhu 
                    Pantai sini memang tenang dan kurang sikit orang. Cuma nak mandi di kawasan ni perlu berhati-hati sikit sebab pantai macam tak berapa landai. Mat Drat suka area sini, sangat tenang dan damai.

                    Antara resort/chalet/homestay

                    Area Padang Mathirat 
                    Airport Langkawi juga terletak di area Padang Mathirat. Mat Drat pernah menginap di Langkawi Lagoon Resort. Mat Drat suka Langkawi Lagoon ni sebab ia berkonsepkan rumah-rumah tradisional.

                    Nak makan di kawasan ni pun tak jadi masalah sebab ada beberapa restoran dan kedai makan berhampiran sini. Kampung Mathirat pun tak jauh untuk cari tempat makan.

                    Antara resort dan hotel di kawasan ni

                    .............................................................................


                    TEMPAT MAKAN BEST DI LANGKAWI


                    Banyak pilihan nak makan sedap di Langkawi ni. Boleh la google dan cari mana yang berkenan. Mat Drat senaraikan beberapa yang menjadi tempat favourite Mat Drat

                    a. Sarapan dan Brunch

                    Kalau menginap tanpa pakej breakfast hotel, boleh la cari gerai-gerai yang jual sarapan pagi. 

                    1. Kedai Makan Kak Ju 3 Saudara 

                    Menu utama nasi lemak dan pelbagai kuih muih. 
                    Lokasi : Kampung Padang Lalang
                    👉 Google Map

                    Dari HIG Hotel, hanya 500 meter sahaja. Kalau yang menginap di area Pekan Kuah, mungkin boleh tapaw sarapan pagi di sini. Kedai makan ni biasa-biasa je, tapi Mat Drat suka sebab ada pelbagai pilihan juadah dan harga tak mahal.

                    2. Nasi Dagang Pak Malau 

                    Bagi yang menggemar nasi dagang, boleh la ke sini. Jangan datang lewat sangat, nanti habis. Pernah viral dahulu, jadi memang sentiasa akan dikunjungi pelanggan Nasi Dagang Pak Malau ni.

                    Tempat di ramai peminatnya sebab lokasinya dan suasananya yang unik. Makan sambil mengadap sawah padi dan gunung. Cukup mendamaikan.

                    Waktu operasi sampai 2:00pm, tapi jangan lewat sangat. Kalau lewat, pilihan lauk dah tak banyak. Kalau weekend terutama school holiday, sebolehnya sampailah sebelum 11 am.

                    Waktu : 8:00am - 2:00 pm
                    Facebook Page : Facebook Nasi Dagang Pak Malau

                    Lokasi :No 186, Jalan Makam Mahsuri,  Kampung Mawar 
                    👉 Google Map Nasi Dagang Pak Malau



                    Nasi Dagang Pak Malau Makan Sedap di Langkawi



                    Nasi Dagang Pak Malau Makan Sedap di Langkawi
                    Suasana di sini

                    b. Tengah Hari (Lunch)

                    Untuk tengah hari, Mat Drat lebih suka makan di kedai makan yang sajikan nasi campur.

                    2 cadangan Mat Drat

                    1. Nasi Campur Kak Yan  

                    Kalau nak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang banyak, boleh la ke Kak Yan Nasi Campur. Lauk memang banyak dan kedai makan ni sentiasa menjadi pilihan pengunjung.

                    Boleh kata,setiap hari kedai makan ni akan dipenuhi pelanggan terutama jika cuti sekolah. Bukan pelanggan berkereta sahaja yang kesini, yang datang dengan bas juga makan di sini.

                    Jika ingin buat tempahan awal dan makan secara buffet dalam kumpulan besar, boleh hubungi tuan empunya kedai untuk tempahan.

                    Lokasi : Ulu Melaka

                    Map : 👉👉  Peta Google Map Kak Yan


                    Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi



                    Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi


                    Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi

                    2. Pusat Perdagangan Kelana Mas 

                    Mat Drat dah lebih 2 kali rasanya makan di area Pusat Perdagangan Kelana Mas ni. Ada beberapa kedai makan di sini. Tak silap ada 2 kedai sebelah menyebelah yang sajikan makanan tengah hari dengan menu nasi campur.

                    Kalau yang menginap di area Pekan Kuah,  dan mencari tempat makan tengah hari boleh lah consider ke sini. Harga biasa-biasa. Mat Drat makan di Kedai Makan Kak Yah Seafood.

                    Kawasan perniagaan ni juga menjadi tempat tumpuan untuk makan malam, sesuai dengan bebrapa nama kedai yang menyajikan makanan seafood / masakan panas ala tomyam.

                    Cuma parking agak limited di sini.

                    Lokasi : Persiaran Mutiara 2
                    👉 Google Map



                    c. Minum Petang

                    1. Laksa Power Tepi Airport 

                    2. Laksa Ikan Sekoq 

                    Kalau mencari tempat untuk minum petang atau pun tempat makan sedap yang 'mesti' dikunjungi, Mat Drat cadangkan ke .....Laksa Power Tepi Airport atau pun ke Laksa Ikan Sekoq.

                    Tempat ni memang jadi tumpuan terutamanya sebelah petang. Sambil makan mengadap pantai dan layan sunset, pengunjung dan pelanggan juga akan di'hiburkan' dengan dendangan bunyi kapal terbang mendarat dan berlepas. Lokasi ni di sebelah runaway airport Langkawi.


                    Menu wajib sudah semestinya Laksa. Boleh juga rasa rojak pasembor di sini. Memang best.

                    Ada yang suka laksa di Laksa Power, dan ada yang suka Laksa Ikan Sekoq. Citarasa berbeza. Menu kedua-dua lebih kurang sama. Bukanlah gerai tetap, tetapi adalah gerai bergerak ala ala 'food truck' Mereka gunakan rori kecil.

                    Selain 2 gerai ni, ada juga lagi beberapa gerai lain. Bukan hanya ada gerai jual laksa sahaja.

                    Jika hujung minggu, mungkin perlu park kereta jauh sikit sebab nak dapat parking sedikit susah. Kita perlu park kereta di tepi jalan. Cuma di kawasanberhampiran Laksa Power ada kawasan yang agak luas sebab kedudukannya di hujung sekali.

                    Lokasi : 
                    Jalan Kuala Muda (Tepi Airport). 
                    Pandu perlahan, sebab kalau terlepas memang agak jauh untuk u-turn.

                    👉 Google Map Laksa Power Airport
                    👉 Google Map Laksa Ikan Sekoq

                    Boleh klik link google map di atas untuk lihat gambar-gambar dikongsi netizen dan juga review-review netizen.


                    Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

                    Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi



                    Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

                    Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


                    Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

                    d. Makan Malam ( Dinner )

                    Untuk makan malam, kebanyakkan tempat akan dipenuhi pengunjung seawal 7:30pm. Kalau datanh 8pm tu, kira perlu mencari tempat duduk dan mungkin perlu menunggu lama.

                    Jika menginap di Pantai Cenang, Mat Drat tak memilih sangat nak makan kat mana. Mana yang dekat dan kosong, situlah dituju sebab biasanya jika lambat akan penuh dan menunggu turn diserve memang lama.

                    Jadi di Pantai Cenang, tak ada restoran favourite Mat Drat. Kalau susah, fast food je tempat dituju (McD, Subway dll).

                    Mat Drat share 2 lokasi di area Pekan Kuah. Lebih kepada lokasi untuk makan-makan sambil melepak.

                    1. Tanjung Tirai  View Cafe  

                    Mat Drat suka 3 perkara mengenai cafe ni, 
                    - parking luas
                    - restoran luas
                    - view cantik 

                    Restoran ni agak besar, ada kalanya jika lewat tiba memang kena menunggu sedikit.  Waktu malam, memang agak ramai pelanggan datang ke sini.

                    Menu : Boleh la order masakan panas dan satey.

                    Lokasi : 
                    Komplek Jeti Pelancongan Kuah

                    👉 Google Map Tanjung Tirai View Cafe

                      2. Medan Selera Kompleks HIG  

                      Sebenarnya, Medan Selera Kompleks HIG ni bukan sahaja destinasi untuk makan malam, tapi juga untuk makan tengah hari dan minum petang.

                      Ada banyak gerai di dalam ni, dan kita boleh pilih mana yang memenuhi citarsa kita. Lokasinya yang terletak di hadapan Kompleks HIG, jadikan tempat ni sentiasa di penuhi pelanggan.

                      Mat Drat pernah beberapa kali makan di sini, makan tengah hari, minum petang (melepak) dan juga makan malam terutama sewaktu menginap di area Pekan Kuah.

                      Lokasi : 
                      Hadapan Kompleks HIG, Pekan Kuah
                      👉 Google Map Medan Selera Kompleks HIG

                      Antara gerai pilihan Mat Drat

                      a. Gerai Ahmad Pasembor Top Langkawi
                      Menu : Pasembor / Rojak

                      b. King Kong Fresh Mango Juice
                      Menu : Jus pior mangga

                      c. Sup Power
                      Menu : Sup Tulang

                      Tempat Makan Best di Langkawi Rojak Pasembor


                      Tempat Makan Best di Langkawi Jus Mangga





                      .............................................................................

                      TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

                      PERCUTIAN KE LANGKAWI - Info, Tips dan Panduan
                      KLIM GEOFOREST PARK


                      Langkawi ni banyak tempat dan aktiviti menarik yang boleh dikunjungi dan dibuat di sini.

                      Datang dengan family, ada kativiti-aktiviti untuk family. Kalau datang dengan kawan-kawan, pun ada aktiviti atau tempat yang menarik dan sesuai.

                      Datang honeymoon pun tak ada masalah, ada je tempat yang sesuai dengan mood honeymoon.

                      Datang 3H2M okey, 4H3M pun okey, lagi lama pun okey. Boleh penuhi hari-hari di sini dengan pelbagai aktiviti dan kunjungi pelbagai tempat.

                      Antaranya :
                      1. Kereta Kabel Langkawi
                      2. Skybridge Langkawi (sekali dengan Cable Car)3D Art Langkawi
                      3. Underwater World Langkawi
                      4. Dataran Helang / Dataran Lang
                      5. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri
                      6. KLIM Geopark / Mangrove Tour
                      7. Island Hoping - Tasik Dayang Bunting
                      8. Langkawi Wildlife Park / Bird Paradise
                      9. Pantai Cenang
                      10. Pantai Tanjung Rhu
                      11. Pantai Pasir Hitam
                      12. Gunung Raya
                      13. Laman Padi Langkawi
                      14. Kedai Bebas Cukai (HIG / Idaman Suri/ Rams dll)
                      Mat Drat kongsikan 20 Tempat dan aktiviti menarik di Langkawi di entry berikutnya :

                      Tempat Menarik di Langkawi Murah dan Best
                      👇👇👇
                      20 Tempat dan Aktiviti 



                      Cable Car Panorama Langkawi

                      Tempat Menarik di Langkawi
                      Skybridge
                      Tempat Menarik di Langkawi  3D Muzium
                      Muzium 3D 
                      Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi
                      Underwater World

                      Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi
                      Tempat Menarik di Langkawi - Dataran Helang Lang
                      Dataran Lang / Helang
                      Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsuri
                      Makam Mahsuri / Kota Mahsuri



                      KILIM Geopark / Mangrove Tour
                      Bird Paradise
                      Pantai Cenang
                      Gunung Raya

                      .............................................................................

                      TEMPAT SHOPPING MURAH DI LANGKAWI

                      Mat Drat pernah share di ðŸ‘‰ Tempat Shopping Murah di Langkawi

                      Tak banyak info berubah. Boleh baca di link di atas untuk gambaran bagi aktiviti menyopping di Langkawi. Harga-harga yang Mat Drat kongsikan di link di atas, mungkin banyak yangdah berubah.

                      Nanti Mat Drat update info di situ apa-apa info dan maklumat yang berbeza.

                      Boleh juga maca perkongsian di blog-blog lain untuk info dan maklumat terkini.


                      Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah


                      .............................................................................

                      ~Mat-Drat ~

                      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

                      Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

                      11 comments:

                      1. last ke langkawi masa bila pun dah tak dapat recall, kena ulang balik ni . tq info :D

                        ReplyDelete
                      2. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat langkawi ni bang...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

                        ReplyDelete
                      3. Tq atas penerangan..first time nk pg tpi agak risau kalo tk dpt bt smeua benda kt sana...haha

                        ReplyDelete
                      4. Tq Mat Drat.Good info! Saya dan suami sedang survey nak berhoneymoon dekat Langkawi ni.

                        ReplyDelete
                      5. Selamat pagi. Very clearly explained. I have been 3times to Langkawi. I love to go Langkawi. Going on 8 June to celebrate my 25th wedding anniversary

                        ReplyDelete
                      6. Langkawi ni best kalau pi tempat yang entrance berbayar. Kalau tempat free, memang rasa biasa ja

                        ReplyDelete
                      7. terima kasih atas maklumat yang diberi...akan ke langkawi next week for holiday and Langkawi Half Marathon.

                        ReplyDelete
                      8. TQ utk semua info. I pun planning nak gi Langkawi dgn Family.. First time. Nak tyn, kalau by flight, turun je kapal terbang abang sewa kereta ke ?? tak nmpk ada apa2 info utk sewa kereta ??

                        ReplyDelete
                        Replies
                        1. Tq singgah blog. Ahad kelamrin, baru je balik dari Langkawi 3H2M.
                          Yup, keluar je area pickup beg, akan ada ejen2 kereta sewa.

                          N TQ inform, blogpost ni takde info pasal kereta sewa. Nanti saya update nombor baru

                          Delete

                      Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

                      Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.