Monday 30 April 2018

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti


Cuti-Cuti Malaysia Langkawi

Kali ni Mat Drat nak share lagi pasal trip percutian ke Langkawi. Walau pun Mat Drat dah pernah share sebelum ni, tapi perkongsian kali ni ada tambahan info dan tips sikit. 

Mat Drat share tips percutian ke Langakawi kali ni sebab Mat Drat dapat pengalaman baru - iaitu Mat Drat memandu dan membawa kereta ke Langkawi dengan menaiki Feri Roro.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat


TRANSPORT KE LANGKAWI

Untuk yang nak ke Langkawi, boleh pilih sama ada :
- Menaiki pesawat
- Menaiki feri penumpang
- Menaiki feri Roro - bawa kereta ke Langkawi
- Menaiki bas KL - Langakawi ( TBS - Kuala Perlis)


1. Penerbangan ke Langkawi

  • Pilihian penerbangan yang ada : MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly. 
  • Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam. 
  • MAS dan Malindo berlepas dari KLIA, Airasia dari KLIA2 dan Firefly dari Subang Airport. Malindo juga ada sediakan flight dari Subang.

2. Feri ke Langkawi

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Jeti Kuala Perlis



  • Jika ingin menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri akan menuju ke jeti Kuah di Langkawi.
  • Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 2 jam. Ramai yang suka naik dari Kuala Perlis.
  • Jika menaiki feri, sampai di Jeti Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan tiket feri untuk balik ke Kuala Perlis/Kuala Kedah habis terutama pada musim cuti sekolah.
  • Tiket juga boleh secara online terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.  Tiket online boleh dibeli di http://ticket.langkawiferryline.com/
  • Di Langkawi, untuk ke Jeti Pekan Kuah elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas. Ini untuk mengelak kesesakan menuju ke Pekan Kuah terutama musim cuti sekolah dan jika hotel jauh dari Pekan Kuah.
  • Tambang feri (sehala)
    • Kuala Perlis - Langkawi :RM18 (dewasa) / RM13 (kanak-kanak 3- 12 tahun)
    • Kuala Kedah - Langkawi :RM23 (dewasa) / RM17 (kanak-kanak 3- 12 tahun)

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Di kawasan Jeti Kuala Perlis banyak terdapat operator / pihak yang
menyediakan perkhidmatan tempat parking kereta.
Kalau sampai awal, boleh pusing-pusing cari tempat
 yang dekat dengan jeti dan tidak berapa panas.




3. Feri Roro ke Langkawi - Bawa Kereta ke Langkawi


Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Kenderaan akan di susun rapat-rapat di dalam Feri Roro dibahagian bawah


  • Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis.
  • Feri kenderaan ni menagmabil masa 2 jam 30 minit untuk satu perjalanan.
  • Kadar bayaran untuk kenderaan adalah seperti berikut : 

    • kereta sedan bawah 1500 cc : RM 156/RM 302 (sehala/pergi-balik) 
    • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 186/RM 352 (sehala/pergi-balik) 
    • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 226/RM 432 (sehala/pergi-balik) 
    • MPV / 4WD bawah 2000 cc: RM 206/RM 392 (sehala/pergi-balik) 

  • Kadar tambang penumpang pula : 

    • Dewasa: RM 18/RM 36 (sehala/pergi-balik) 
    • kanak-kanak : RM 13/RM 26 (sehala/pergi-balik)
    • Kadar tambang bagi penumpang ini adalah sama dengan kadar tambang feri penumpang biasa.
    • Masa booking tiket untuk kereta  (beli sekali tiket penumpang)


4. Bas KL (TBS) ke Langkawi
  • Mat Drat perasan masa isi petrol di PLUS Highway baru ni, ada sebuah bas tertera Langkawi - TBS
  • Mat Drat google dan jumpa sikit info :
    • Ada bas dari KL ke Langkawi
    • Bas adalah perjalanan TBS ke Kuala Perlis
    • Penumpanga akan menaiki feri ke Langkawi dari Kuala Perlis
    • Ada info lanjut nanti Mat Drat share di sini.


Pengalaman Ke Langkawi dengan Feri Roro

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Nasib kereta yang berpanas...kalau ada coklat dalam kereta, cair coklat (balik dari Langkawi)


Mat Drat share sikit pengalaman naik feri roro baru-baru ni.
  • Mat Drat pernah plan nak ke Langkawi membawa kereta sendiri sebelum ni, tapi tak dapat slot (tiket kenderaan habis). Masa tu plan nak pergi cuti sekolah juga, cuma tak dapat tiket sebab tempahan buat seminggu sebelum cuti sekolah - tiket habis.
  • Kali ni Mat Drat buat tempahan lebih awal, beberapa minggu sebelum cuti sekolah.
Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Feri Roro - Bawah bahagian kereta dan bahagian atas pula penumpang

  • Boleh tempah oneway atau return tiket. Kalau nak datang bercuti tu, booking la terus return tiket. Nanti kalau ambik one-way, takut tiket 'kereta' nak balik habis... kes haru nanti.
  • Jangan lupa untuk tempah tiket untuk penumpang kereta sebab seat dalam feri tu agak limited.
  • Masa tempahan tiket kereta, perlukan maklumat lengkap seperti :
    • Jenis, jenama dan model kenderaan.
    • Plate nombor dan chasis nombor
    • Nama pemandu dan I/C nombor
    • Registration Card kenderaan dan I/C pemandu
    • Penumpang pun perlukan no I/C mereka

  • Pada hari dan masa berlepas, sampai awal sebelum feri berlepas. Di kawasan jeti feri, ada masjid dan gerai-gerai makan untuk menunggu. Jangan sampai lewat, takut tak dapat naik feri....
  • Dah sampai Kuala Perlis, jangan lupa ke kaunter feri Roro dahulu, selesaikan apa urusan yang belum sebelum menaiki feri.
  • Gate feri hanya akan dibuka pada waktu yang ditetapkan untuk trip tersebut.
  • Dalam feri boleh duduk di dalam 'feri' sambil menonton atau pun boleh berada di bahagian deck atas. Boleh lihat pemandangan sambil menikmati angin laut.
  • Kalau duduk dalam 'perut' feri, boleh la layan movie yang ditayangkan di skrin/tv di hadapan.
  • Dalam feri ada menjual makanan dan minuman. Nak senang, bawa siap-siapa makanan dan minuman.  2 jam 30 minit dalam feri ni masa yang lama...siapkan bekalan.
  • Feri juga lengkap dengan surau dan tandas....jangan risau
  • Feri akan menuju ke Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi, bukan jeti Kuah ye.
  • Di sini, akan melalui pemeriksaan kastam. 
  • Jika balik dari Langkawi pula, pastinya beli banyak coklat kan... Jangan lupa bawa coklat keluar dari kereta sebab 2 jam kereta berpanas atas feri di tengah laut cukup untuk mencairkan coklat tu !!! Macam Mat Drat kena. 
Boleh baca perkongsian Mat Drat menaiki feri roro ke Langkawi untuk koleksi gambar dan info tambahan.




Dan Mat Drat share tips-tips lain dan info berkaitan untuk percutian ke Langkawi

Masa sesuai ke Langkawi

  • Bila-bila masa sesuai ke Langkawi cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala dan terbatas seperti Island Hoping, Mangrove Cruise di Kilim Geo Park dan cable car Langkawi Panoramic.
  • Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.
  • Peak season adalah ketika LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Waktu ni  tempat tarikan akan dipenuhi pengunjung. Restoran nak makan pun biasanya akan ramai pengunjung, banyak bersabar ye... Dan masa peak season ni nak dapat diskaun untuk kereta sewa susah sikit ye.

Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?

Jika ke Langkawi, nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget.

2 pilihan utama adalah di Pantai Cenang dan di Pekan Kuah

Pantai Cenang
  • Jika ingin suasana yang agak 'happening', boleh lah menginap di hotel sekitar Pantai Cenang. Banyak hotel resort, motel dan chalet di sepanjang Pantai Cenang ini. Pantai Cenang ni boleh la dikatakan sebagai destinasi utama pelancong ke sini.
  • Ramai yang pilih menginap di sini kerana pantainya agak cantik dan pemandangan agak mempersonakan terutama ketika sunset. Selain suasananya agak happening, di sini juga terdapat banyak kedai-kedai dan restoran. Senang nak makan, hanya perlu menapak sahaja dari hotel/chalet.
  • Tiap kali ke Langkawi, pasti Mat Drat akan menginap di kawasan Pantai Cenang ni.
  • Kali ni Mat Drat menginap di Malibest .... (kali ke-2 menginap di sini)
  • Sebelum ni Mat Drat pernah menginap di satu resort lain. (tapi tak ingat, dah lama )
  • Boleh juga intai resort-resort / hotel ni Pantai Cenang
    • Langgura Baron Resort  
      • Ada beberapa resort/hotel di Langkawi bwh group 'Baron'
      • Mat Drat pernah menginap di De Baron Waterfront (Kuah)
      • Yang ni opposite Cenang Plaza Beach Hotel 
      • Pantai ... kena seberang jalan (tapi tak jauh pun)
    • Best Star Resort  
      • Pun ada swimmping pool
      • Pantai dekat..mengadap pantai
      • Pun selalu penuh.
      • Ramai suka sebab senang nak ke pantai


Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Satu petang di pantai Cenang bersama anak-anak
Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Menunggu sunset di Pantai Cenang

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Menjelang senja...menikmati suasana sunset sambil bermain layang-layang bersama anak-anak

Pekan Kuah


  • Satu lagi pilihan adalah menginap di kawasan sekitar Pekan Kuah. Pekan Kuah ni lebih dekat dengan Jeti Kuah dan juga di sini terletaknya beberapa tempat membeli belah barangan bebas cukai. Cuma pantai agak jauh la jika menginap di sini... 

  • Mat Drat juga pernah menginap 2 kali di kawasan Pekan Kuah ini.
    • De Baron Resort Langkawi.
      • Berdekatan dengan RAMS (Kedai bebas cukai)
      • Nak makan pun senang, banyak restoran di sekitar sini.

Lokasi Lain

  • Selain dua lokasi pilihan utama di atas, beberapa tempat lain seperti Pantai Tengah, Kuala Muda dan Pantai Kok juga terdapat beberapa hotel, resort, chalet, motel atau pun home-stay.
  • Pernah menginap di Langkawi Lagoon Resort 
    • Memang best
    • Anak-anak suka swimming pool
    • Tapi sini pantai tak menarik 
    • 2 malam sahaja di sini, 2 malam berikutnya Mat Drat menginap di Pantai Cenang pula.



Jadi kalau ke Langkawi nak menimati suasana pantai dan kemeriahan Pantai Cenang, kena la menginap di kawasan Pantai Cenang macam Mat Drat...



  • Senarai hotel dan resort di Langkawi boleh klik DI SINI












MENGINAP DI MALIBEST - MEMANG BEST

Kali pertama ke Langkawi lebih 10 tahun dulu, sorang kawan suggest kpd Mat Drat..."ko try la lepak kat Malibest". Dan kali tu Mat Drat pun pilih la Malibest

Dan tiap kali ke Langkawi, Malibest adalah pilihan utama Mat Drat untuk menginap di Pantai Cenang ni. Ada kosong je, mesti Mat Drat pilih.

Kali ni nasib baik, dapat menginap di Malibest walaupun hanya dapat 2 bilik sahaja. Nak cari 3 bilik tapi dapat 2, tapi okey la sebab dapat chalet (Deluxe Family).... bilik uas dan katil pun besar...... cuma tak dapat unit sebalah menyebelah, satu bawah satu atas. Pun kira okey la...

BEST pasal menginap di Malibest kali ni sebab 
  • dapat bilik below RM200 untuk deluxe family (2 queen bed - muat 4 orang)
  • ada kolam renang. Anak-anak ni kalau tidur hotel, swimming pool tetap dicari juga walaupun kita ambil resort tepi pantai.
  • Pantai pun tak jauh dari Malibest ni....50 meter je , depan bilik. Anytime boleh ke pantai.
  • Ada lot parking private - Pantai Cenang sekarang kiri kanan penuh dengan bangunan, lot parking agak limited tepi jalan. Untung menginap di Malibest ni sebab bila waktu malam nak park, tak pening cari tempat parking sebab ada lot parking khas. Cuma kena menapak sikit la, seberang jalan je.
Nak jimat boleh tempah secara online je....macam biasa, online memudahkan dan menjimatkan .... boleh klik Malibest Resort 


Ni je gambar bilik Deluxe Family di Malibest yang sempat Mat Drat ambil.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Bilik (Chalet) Family Deluxe ni memang luas. 2 katil Queen cukup selesa untuk Mat Drat yang berfamily besar.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Bilik air juga besar. Yang penting air laju





Tempat Makan Best di Langkawi

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Sewaktu menikmati Nasi Dagang Pak Malau sambil menikmati keindahan sawah padi dan gunung

Dah pilih tempat penginapan, kena ambil tahu juga tempat nak makan. Set dan rancang awal-awal, jadi senang perjalanan di sana... tidak ada lah masa terbuang berpusing-pusing mencari tempat makan.

Harga makan di Langkawi ni tak la mahal sangat, biasa-biasa sahaja. Tapi jangan pula pergi restoran yang 'special'... yang tu memang kena bayar harga special la.

Mat Drat kongsikan beberapa tempat makan yang Mat Drat singgah dan tempat makan pilihan pengunjung ke Pulau Langkawi di entry :


Boleh baca di  👉👉 Tempat Makan Best di Langkawi   






Tempat Menarik di Langkawi

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Antara tempat menarik...3D Art Museum 

Langkawi ni memang terkenal sebagai satu destinasi pelancong sama ada kepada pengunjung dalam negara mahu pun pelancong dari luar negara. Pulau langkawi menawarkan banyak tempat menarik dan pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan di sini.


Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Aktiviti menarik di Bird of  Paradise Langkawi



Bagi pandangan Mat Drat, kalau nak bercuti ke sini tanpa kelam kabut.... paling kurang datanglah bermalam minima 3 malam (4H3M). Tapi jangan pula menginap di sini 3 malam tetapi hari pertama sampai lewat petang dan hari ke empat pula balik di awal pagi. Jadi 2 hari yang tinggal memang tak cukup untuk meronda-ronda di sini.



Sebagai contohnya.... untuk Island Hoping perlu satu hari. Begitu juga untuk ke Cable Car, paling kurang 1/2 hari akan habis kerana perlu beratur panjang. Belum lagi habiskan masa di UnderWater World Langkawi, shopping barangan bebas cukai, pergi ke Rumah Mahsuri di Padang Maksirat, bermain di pantai dan aktiviti-aktivi lain. Jadi paling kurang kena ada 3 hari yang betul-betul full available di sini....baru berbaloi bercuti di sini.

Mat Drat kongsikan senarai tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi di entry 



Shopping barang Murah di Langkawi

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Tak cukup beg bila banyak shopping, jangan risau sebab luggage beg di sini agak murah

Langkawi juga terkenal sebagai satu destinasi bebas cukai (duty free zone). Jika ke sini, jangan lupa la beli barang-barang yang agak murah jika dibandingkan dengan harga di tanah besar. 



Biasanya kalau perempuan datang ke sini, aktiviti mencari set cari pinggang mangkuk aktiviti utama.... memang murah di sini Mat Drat akui sebab trip dahulu Mat Drat memang banyak membeli.

Jika lelaki pula terutama kaki-kaki smoker, rokok sekartun dua pasti beli punya untuk di bawa balik... 

Biasa pengunjung yang datang ke Langakawi juga pasti akan beli buah tangan lain seperti produk berasaskan gamat (minyak urut, jeli dll), coklat dan juga kain baik/kain pelikat.

Mat Drat kongsikan di entry :


Boleh baca di 👉👉 Shopping Barang Murah di Langkawi  




Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Selamat Bercuti.


~mat-drat~

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇



13 comments:

  1. Langkawi antara destinasi yg menarik utk dilawati sebab makanan yg sedap..pekena laksa dia, cucuq kelapa dia..perghh mmg terangkat 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi sgt....makan laksa tepi pantai sambil kena tiup angin laut memang terangkat

      Delete
  2. boleh share tips x macam mana nk uruskan bagage kalau naik pesawat.. & kalau beli barng kt bebas cukai. apa urusan seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Ada tips apa apa pun Sebenarnya, tapi kalau pinggan mangkuk tu jgn lupa banyak kan sticker 'Fragile'.

      Resit2 simpan, mana tahu di tanya oleh pegawai kastam. Dan juga slip booking / check out hotel. (nak tahu berapa hari kita kat Langkawi je)

      Delete
  3. hai... malindo naik dari klia2 ke? bukan dari klia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... TQ singgah blog saya dan betulkan maklumat.

      betullah, saya silap sbb Malindo dah terbang dari KLIA (pindah dari KLIA2) , tak silap 2016 dulu. Dan Malindo dah ada flight dari Subang.

      TQ again...

      Delete
  4. info mantop..mmg plan nak ke sana nnt...tq

    ReplyDelete
  5. Saya ingin ke langkawi 25,26,27hb november ini..agak2 macam mana keadaan cuaca dan situasi disana? Any commend or suggestion dari mat drat tak? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cuaca kat lgkawi skrg ni Alhamdulillah ok..cuma ada hujan sikit2 je..nnti klau brminat nk sewa kereta semasa bercuti di langkawi boleh contact sy ye..
      DALILA
      WHATSAPP 017 9580994
      CALL 011 10400994

      Delete
    2. Hai cuaca kat lgkawi skrg ni Alhamdulillah ok..cuma ada hujan sikit2 je..nnti klau brminat nk sewa kereta semasa bercuti di langkawi boleh contact sy ye..
      DALILA
      WHATSAPP 017 9580994
      CALL 011 10400994

      Delete
  6. Info terbaek...last saya ke Langkawi Tahun 1994,1995,1999,2001...plan tahun ni nak bawak family kesana...thanks for sharing

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.