Saturday, 11 February 2017

Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah

Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah


Kali ni saya kongsikan tempat tumpuan orang ramai jika ingin membeli belah di Langkawi.

Tetapi sebelum itu saya senaraikan antara barang-barang yang selalu dibeli oleh pengunjung ke Langkawi.

Antara barangan yang selalu dibeli di sini adalah :
  • kelengkapan dapur seperti pinggan mangkuk / periuk / sudu garpu
  • Coklat
  • Beg Luggage
  • Rokok
  • Minyak gamat dan barangan lain berasaskan gamat
  • Kain pelikat dan kain batik




- KOMPLEK HIG - HAJI ISMAIL GROUP

- IDAMAN SURI 

- RAMS


Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah

  • Antara tempat pilihan ramai untuk membeli belah adalah Kedai Bebas Cukai Perniagaan Haji Ismail Group (HIG), Idaman Suri dan Rams
  • Ketiga-tiga terletak di Pekan Kuah dan berdekatan diantara satu sama lain.
  • Yang terbesar adalah adalah HIG. HIG kalau tak salah saya 3 buah kedai. HIG yang paling besar dan banyak pilihan barangan adalah di Komplek HIG. 
  • Perniagaan Haji Ismail Group ini semakin berkembang dari tahun ketahun dan oada tahun 2015, tersergamlah Kompleks HIG ini. Kompleks ni bersambung disebelahnya Hotel HIG dan dihadapannya pula ada Bazaar HIG yang turut menempatkan deretan kedai-kedai. Penat membeli belah, boleh singgah Medan Selera HIG yang terletak betul-betul mengadap kompleks HIG.
  • Harga di antara kedai HIG adalah sama. Manakala di antara HIG dan kedai bebas cukai lain seperti Idaman Suri dan Rams tidak banyak berbeza - lebih kurang sama sahaja.
  • Selain HIG dan Idaman Suri, kedai bebas cukai lain yang biasa dikunjungi orang ramai adalah Rams, Wira Langakawi, Langkawi Saga dan beberapa kedai lain yang terletak di Pekan Kuah ni. 
  • Kedai bebas cukai HIG (2 buah kedai), Wira Langkawi dan Langkawi Saga terletak di berdekatan diantara satu sama lain di sekitar Jalan Pandak Mayah, Pekan Kuah ini. Manakala Rams pula terletak di kawasan berhampiran Hotel De Baron Waterfront dan pasaraya Billion terletak di jalan menuju Jeti Kuah.
  • Barang-barang murah menjadi tumpuan di sini, antaranya :
  1. Barang kelengkapan dapur - pinggan mangkuk / periuk / sudu garpu dan seumpamanya.
  2. Coklat
  3. Beg luggage

Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah
Rams - Terletak berhampiran De Baron Resort Langkawi


Barangan Kelengkapan Dapur 

  • Set sudu/garpu dan set pisau (culinary tool) antara barang yang paling kerap dibeli di sini. Cantik dan murah. Paling banyak pilihan di Komplek HIG dan harganya saya rasa paling menarik.
  • Kalau ada set2 sudu/garpu di rumah yang tak lengkap, hilang sebatang dua.... Bolehla cari corak yang sama di sini. Mungkin boleh jumpa.
  • Tapi kalau datang dgn flight, kena beringat membeli tu sebab sudu dan garpu ni berat. Bukan apa, takut luggage jadi berat dan kena pula beli extra luggage alowance dari MAS / AirAsia / Malindo atau Firefly. Dan kena jngat juga yang garpu nanti kena letakkan di check-in bagasi ye, jangan letak dalam hand-carry luggage... tak lepas kastam nanti. Garpu ni dikategorikan barang merbahaya (tajam).
  • Trip saya yang baru-baru ini, selain menambah koleksi sudu garpu, saya terbeli juga sebiji pressure cooker. Agak murah pressure cooker di sini cuma bukanlah jenama terkenal.
  • Dan trip kali ni saya tak beli set pinggan mangkuk, sebabnya trip sebelum ni saya dah borong macam-macam. Maklumlah masa tu saya datang dengan anak-anak, jadi luggage allowance tu dapat banyak dari MAS. Seorang 30 kg , jadi tak perlu risau berat barang yang dibeli.
  • Antara jenama pinggan mangkuk yang menjadi tumpuan adalah Corel, Pyrax, Vintage, Luminarc, Corningware dan ada la beberapa jenama lagi yang nampak tersusuncantik je kat rak tu. perempuan boleh la ingat semua jenama.
  • Harga memang jauh murah kalau dibandingkan dengan harga di Kuala Lumpur.



Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah


Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah


Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah


Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah

Harga Coklat di Langkawi - Murah

  • Coklat tersangat la banyak di sini. Pelbagai jenama dan jenis. 
  • Boleh kata di setia kedai bebas cukai pasti akan menjual coklat. 
  • Masa shopping coklat tu, kalau boleh kurangkan la pula beli coklat buatan Malaysia. Belilah yang imported yang biasanya kat tempat lain susah nak jumpa, kalau jumpa pun harganya agak mahal. Kalau beli yang local, harganya tak banyak beza.
  • Antara coklat pilihan ramai ketika ke Langkawi adalah seperti coklat Nougat, Papero, Hersey's Kisses, Ritter Sport, Whittaker, Ferrero Rosher, Bounty. Satu jangan lupa coklat DAIM, coklat yang selalu dijadikan pilihan untuk dibeli sebagai buah tangan. Daim ni kira murah sedikit, jadi sesuai la untuk jadikan buah tangan kalau kawan-kawan office ramai.
  • Jangan lupa beli Nutella Go kalau ada anak-anak kecil. Mereka mesfi suka. 
  • Contoh coklat Ferrero Rosher, walaupun kat pasaraya lain banyak di jual tetapi di Langkawi ni harganya agak jauh lebih murah. Cuba sebelum ke Langakawi, snap satu dua harga Ferrero Rosher dahulu ditempat anda dan nanti compare harga di Langkawi. Mesti nampak banyak beza harganya.
  • Untuk jimat, kalau datang dengan kawan-kawan, mungkin boleh share coklat tertentu danbeli dalam bundle. Walau tak banyak jimat, tetapi tetap ada penjimatan walau sedikit. Saya berkongsi dengan 3 orang kawan untuk beli satu kotak besar Papero. Dapat la jimat la sikit...
  • Di Rams dan Billion juga terdapat banyak pilihan coklat. Harga juga menarik juga di Rams contohnya. Saya pun banyak juga membeli coklat di RAMS pada trip baru-baru ini.
  • Saya suka membeli ckklat di Rams ni sebab tak crowded sangat, nak memilih lama-lama tu tak ada masalah. Kalau di HIG tu, ada masa terlalu ramai orang. Mungkin kebetulan masuk kesitu dengan beberapa rombongan bas.
  • Beli coklat ni kalau budget RM 100 tak cukup sebenarnya, sebab nafsu tu nak ambil macam-macam. Saya cadangkan lebihkan sedikit budget untuk coklat. Nanti beli sikit, dah balik mesti rasa menyesal tak beli banyak.
  • Antara Harga Coklat yang saya jumpa dan ingat ( harga lebih kurang sama sahaja di antara satu sama lain): Coklat saya beli di HIG dan Rams.
Harga Coklat di Langkawi

Harga Coklat Daim
Daim 200 gm : 1 packet ( RM 9.50) 
Daim 350 gm : 1 packet ( RM 14.50 ) / 3 packet ( RM 43.00) 
Beli 3 packet yang 350 gram dapat la jimat RM 0.50. Tak banyak mana pun jimat kalau 

Harga Coklat Papero
1. Kotak ( Ada dalamnya 8 kotak kecil ) : RM 21.90 . 
Ini harga yang saya jumpa. Saya beli 1 kotak besar dan berkongsi dengan seorang sahabat saya. Dapat la 3 kotak ( 24 kotak kecil = 8 x 3) dengan harga kuran RM 21 setiap satu.

Harga Coklat Hershey Kisses
150 gm = RM7.90
205 gm = RM 11.90

Harga Coklat Kinder Bueno
3 packs = RM 8.50 ( 1 pack ada 2 ketul, jadi dapat 6 ketul)
Kira satu tak sampai RM 3.00. Rasanya anak beli kat Aeon 
hari tu dalam RM 4 lebih.

Harga Coklat Ferrero Rosher
Ni susah nak ingat sebab banyak saiz packing. Tapi memang murah sebab saya beli 2 packet yang saiz sedang. Boleh la makan puas sikit. Kalau kat pasaraya biasa tu harganya jauh lebih mahal.







* Nasib saya tak baik, gambar-gambar coklat yang saya ambil.......TERDELETE!!





Beg Luggage

  • Kalau rasa banyak barang yang dibeli banyak tetapi tak muat nak letak dalam luggage, beli sahaja beg luggage di sini. Di sini (terutamanya di komplek HIG) ada dijual banyak beg-beg luggage. Agak murah cuma bukan jenama terkenal la. Pelbagai saiz ada dari saiz cabin sehingga ke saiz yang besar.
  • Harga agak murah di sini. Cuma bukan jenama terkenal. Kalau beg luggage cabin saiz ultra light tu boleh dapat kurang RM 100. Kalau beli di Lazada, kita tak dapat nak pegang barang sebelum beli. Di sini, kita boleh belek puas-puas sebelum beli.
  • Kalau memang perlukan beg untuk mengisi barang yang semakin bertambah  tetapi tak mahu beli beg luggage baru, boleh la beli sahaja beg plastik macam beg totte tu...saiz super XXL pun hanya beberapa ringgit. Tapi rugi la tak beli beg luggage yang agak murah di sini.



Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah





MINYAK GAMAT NUSANTARA LANGKAWI

Langkawi juga terkenal dengan produk berasaskan minyak gamatnya. Terdapat beberapa pengusaha besar minyak gamat di Langkawi selain pengusaha-pengusaha kecil.

Dikatakan perairan Langkawi terdapat pelbagai spesis gamat dan bilangannya agak banyak. Oleh itu penduduk di sini mengkomesialkan produk ini kerana khasiatnya yang banyak.

Antara pengusaha minyak gamat besar di Langkawi adalah Minyak Gamat Nusantara Langkawi.

Terdapat juga pengusaha minyak gamat lain seperti Minyak Gamat Mahsuri yang terletak di Kawasan Tapak Warisan Beras Terbakar.

Harga minyak gamat dan produk-produk berasakan gamat di Langkawi ini agak murah. Jadi boleh la borong lebih sikit. Lagi pun minyak gamat ni tahan lama.

Pada trip baru-baru ini saya memborong minyak gamat di Gamat Nusantara. Destinasi sama tempat saya borong pada trip beberapa tahun yang lalu. 

Gamat Nusantara ini terelatk di tepi jalan utama (highway) Pekan Kuah - Airport Langkawi. Jika dari Pekan Kuah, ia terletak di sebelah kiri dan jika dari Airport Langkawi, ia terletak di sebelah kanan.


Tempat parking yang luas. Parking bas pun ada beberapa lot

Selain minyak gamatyang biasa digunakan unuk di sapu, terdapat banyak lagi produk gamat lain seperti Sabun Gamat, krim gamat,bedak resdung, bam gamat dan sebagainya.


.










BATIK JAWA ASLI MURAH DI LANGKAWI


Kalau ingin membeli kain batik atau kain pelikat dari Indonesa dengan harga murah, bolehlah singgah ke kedai ini. 

Selain dari kain batik dan pelikat, juga terdapat pakaian bercorakkan batik dan juga t-shirt souveniour Langkawi.

Harga sudah pastiya lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

Kedai ini terletak di jalan utama (highway) Pekan Kuah - Airport Langkawi. Ia bertentangan dengan Gamat Nusantara Langkawi.

Untuk trip baru-baru ni, harga batik Indonesia 3 serangkai cukup murah. Dapat la beli 3 helai seperti yang di minta oleh isteri. Selain itu, 4 pasang kain pelikat juga saya beli beserta beberapa pasang baju t-shirt 'muslimah' sebagai souveniour untuk isteri dan anak-anak.

Walau pun di sini, kain batik songket agak murah tetapi saya tak beli. Kalau ikut harga yang murah tu, saya kena beli tetapi beberapa bulan sebelum ke sini saya dah borong batik songket di Kuching Sarawak.


Batik Murah di Langkawi


Batik Murah di Langkawi








Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Selamat Bercuti. Selamat Menyopping.

~mat-drat~


Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇






11 comments:

  1. Beli coklat kat HiG mahal.. baik beli kat kedai runcit area kuah. Satu kotak pepero boleh dpt 20.50 jer.. menyesal sgt2 shopping kt HiG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nma kedai runcit tu yea

      Delete
    2. Betul, boleh la kongsi info untuk pembaca lain. Saya ke sana lagi baru-baru ni, pun masih beli di HIG. Harga tak silap dalam RM 22 yang saya beli.

      Tapi mungkin ramai suka ke HIG atau RAMS sebab pilihan choholate yg banyak kot (macam saya)

      Delete
  2. memang la kedai runcit murah.. tapi choice for a lot of chocolate xbanyak..jadi xkesa walupon lebih beberapa sen.. janji memuaskan..dan banyak pilihan.. thanks for info mat drat.

    ReplyDelete
  3. Keep this going please, great job!

    ReplyDelete
  4. Nak tya between idaman suri, Rams n HIG, mana lebih berbaloi utk shopping ya? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya... Semua lebih kurang sama je... Cuma saya suka ke HIG sbb byk pilihan coklat, kalau ke RAMS tu org tak ramai sgt... Tak serabut nak membeli...

      Wife suka ke Idaman Suri kalau cari brg2 dapur

      Delete
  5. Nak tya between idaman suri, Rams n HIG, mana lebih berbaloi utk shopping ya? tq

    ReplyDelete
  6. Nak tya kalau between Idaman Suri vs HIG vs RAMS, mana yg berbaloi utk beli brg dapo ye? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya... Semua lebih kurang sama je... Cuma saya suka ke HIG sbb byk pilihan coklat, kalau ke RAMS tu org tak ramai sgt... Tak serabut nak membeli...

      Wife suka ke Idaman Suri kalau cari brg2 dapur

      Delete
  7. terima kasih,,,saya bercadang membawa isteri ke Idaman Suri ptg nnti untuk membeli kelengkapan dapur

    ReplyDelete