Tuesday, 1 March 2016

Warner Bros Movie World : Day 3

Warner Bros Movie World, Gold Coast


Hari ni destinasi kami seterusnya adalah ke Warner Bros Movie World  dan juga ke Harbour Town.

Sebelum memulakan perjalanan, pagi ni kami isi perut dengan bubur nasi segera,  cuma lauk tukar dari rendang kepada sardin. Sedikit buah-buahan yang kami beli di Surfer Paradise semalam juga menjadi hidangan pagi ni.

Seperti semalam, perjalanan hari ni masih kami gunakan bas. Untuk ke Movie World dari Main Beach, kami perlu menaiki 2 bas:
Bas # 704 : Main Beach ke Helensvale
Bas # 702 : Helensvale ke Movie World

- Helensvale ni kira macam depot bas dan train. 
- Banyak pertukaran antara bas disini. 
- Perjalanan bas #704 Main Beach ke Helensvale mengambil masa lebih kurang 30 minit.
- Kemudian kami kena menunggu bas berikutnya hampir 20 minit untuk ke Movie World. 
- Bas #702 pula mengambil masa lebih kurang 15 minit ke Movie World
- Bas berhenti betul-betul di hadapan pintu gerbang Movie World.


Kami sampai di sini 9.30 pagi, kiranya tidak terlalu awal. 

Seperti semalam, kami turut masuk dengan membawa makanan sendiri ( biskut dan coklat bar) untuk mengalas perut sebagai persediaan sekiranya tidak jumpa makanan halal di dalam Movie World ini.






Harga tiket Warna Bros Movie World

Harga tiket masuk adalah AUD 79.

Kebiasannya pengunjung kalau ke Gold Coast, akan ke Theme Park  SeaWorld, Warner Bross Movie World, Wet’n’Wild Gold Coast   dan juga Paradise Country. Jadi untuk lebih jimat, beli tiket kombo. 

Harga tiket kombo berharga AUD 109 (3 in 1)  atau AUD 119 (4 in 1) dan boleh masuk ke tempat tarikan di atas secara unlimited untuk tempoh setahun - bergantung kepada pakej yang kita pilih

Semasa di kaunter redeem tiket, kami tunjukkan kupon tiket (tidak perlu beratur kaunter tiket) dan pihak Seaworld keluarkan tiket kombo 3 in 1 kami. Untuk dapatkan pass kombo ini, kami perlu tunjukkan passport dan juga kena ambil gambar di situ. Detail nama dan no passport di print di pass kombo tu beserta gambar sekali, jadi orang lain tak boleh guna la tiket kombo kita. Tiket kombo ni boleh digunakan secara unlimited untuk tempoh setahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket kombo boleh klik link laman web rasmi mereka. http://themeparks.com.au/

Jika ingin beli dengan lebih jimat, boleh beli melalui groupon, lebih jimat. Kadang-kadang ada promosi dengan harga AUD 89 sahaja. Try la klik. Tapi ingat, kena print kupon groupon tu danbawa ke kaunter tiket untuk redeem dan buat pass kombo.Harga Tiket AUD 79 seorang.








Ride di Movie World


Movie World ni boleh la kita kata, ada 4 bahagian, 
- Main Street, 
- Wild West Area, 
- DC Comic Superhero Hub dan 
- Kid's WB Fun Zone.



Di Main Street ni kita boleh jumpa 'artis-artis atau pelakon-pelakon" terkenal, atau pun watak-watak superhero. Mereka akan keluar mengikut masa mereka jalan dan ambil la peluang bergambar dengan mereka. Si sini juga ada banyak kedai-kedai souveniour dan tarikan utama adalah All Star Parade. Jangan lepaskan peluang menunggu ikon-ikon Warner Bros kelad di jalanan dengan pelbagai aksi dan gaya. Kena tunggu awal sikit sebab kalau lambat terpaksa menonton dari celah orang ramai.

Dengan Austin Powe awal pagi di Main Street, tapi takde pulak nampak gegirl dia....
Di area Main Street ni juga ada beberapa tarikan...antaranya;

Ada pertujukan geng-geng ni.... anak-anak suka

Scooby Doo Coaster... Tersilap sebab ternaik. Kalau boleh undur masa, tak mau naik dah.

Untuk peminat Batman

Di sini juga ada pertunjukan Hollywood Stunt Driver. Pertunjukan ini rugi kalau tak masuk. Tak silap ada 2 kali show tapi kena ikut masa yang ditetapkan. Kalau lambat, tak dibenarkan masuk sebab pertunjukan telah bermula.

Di entrance ke Hollywood Stunt Driver.
Kali ni kami tunggu awal sebab show pertama kami tak dapat masuk, terlambat.

Kebanyakan aksi stund polis dan penjahat,
yang lebih mendebarkan kejar mengejar dengan kereta

Salah satu aksi
Datang awal untuk dapatkan tempat duduk menarik

Kereta stunt...Lancer

Di area Wild West Area pula, ada 2 3 ride.... ride yang boleh membasahkan. Jangan risau, ada bilik pengering baju dengan caj AUD 5. Kalau tak nak masuk bilik pengering tapi nak juga main ride, bawa baju hujan / ponco plastik yang ada jual kat station minyak tu, tak silap harga ponco plastik tu dalam RM 3-RM5 je sehelai.
Di sini juga ada pertunjukan ala-ala drama pergaduhan koboi di jalanan. Depa buat lakonan aksi stunt jugak, di tepi jalan sahaja. Pastikan waktu pertunjukan mereka untuk tidak terlepas.


Wild West Falls.... main ride sini, confirm basah...
2 koboi start nak bergaduh
Di Kid's WB Fun Zone banyak tarikan dan ride untuk kanak-kanak. Watak-watak kartun banyak kat sini, lagi suka la kanak-kanak. Paling kanak-kanak suka, kat air pancut ni. Memang ramai budak-budak yang basah main air ni. Kami tak lama di sini sebab anak-anak tak ikut trip ni.

Looney Tunes.... Haiii
Tak bawa anak-anak, takkan nak lama-lama kat zone ni kan...


Dan di DC Comic Superhero Hub banyak ride-ride yang seronok dan menjadi tarikan utama taman tema ni. Antara yang paling mejadi tumpuan ramai adalah ride Superman Escape, Batwings Spaceshot, Green Lantern Coaster  dan juga Arkham Asylum. Ini semua ride-ride yang paling mencabar dan sesuai untuk mereka yang betul-betul ingin mencabar diri.

















Solat dan surau di Movie World Gold Coast

Untuk solat tiada masalah kerana prayer room / surau disediakan di sini. Cukup selesa dan luas. Prayer room / surau terletak di kawasan "Wild West Fall", dan tidak tersorok. Sambil berjalan kita akan Nampak sign board "prayer room".

Boleh kata surau yang disediakan cukup selesa.... lebih selesa dari surau yang terdapat di sesetengah shopping complex di Malaysia sendiri!!



Surau  prayer room Warner Bros Gold Coast
Akhirnya, jumpa pun surau / prayer room

Surau  prayer room Warner Bros Gold Coast
Surau yang luas dan selesa


Makanan Halal di Warner Bros Gold Coast

Bab makanan halal, dari pembacaan di blog2 saya tak jumpa pula ada restoran halal di dalam ni. Sewaktu kami di sini. kami juga tak nampak restoran dengan tanda halal. Jadi sepanjang kami di Movie World ni, kami hanya makan bekalan sandwich dan coklat bar yang kami bawa.

Tetapi mengikut pakcik google, terdapat satu restoran halal iaitu LegendsDining Room ( bukan di Pizza Area) . Boleh semak di SINI


Souveniour di Warner Bros Gold Coast

Jangan lupa beli apa-apa yang patut sebelum keluar dari Warner Bros ini. Banayak kedai-kedai souveniour di dalam ni dan yang paling saya suka "Harry Potter Shop". Banyak souveniour menarik dan harga yang agak berpatutan....

Untuk peminat Harry Potter




Gambar sekitar All Star Parade
Sementara menunggu All Star Parade, bergambar dulu dengan kereta-kereta antik kat sini

Taxi dari filem Taxi!?

Maryline Monroe dah keluar.... 
Awal dapat duduk depan sekali
Catwoman...meow...

Jocker and the gang

Team Superhero

Scooby Dooooooooo
Entry berikutnya....   Day 4 - Shopping di Harbour Town

~mat-drat~




Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;





Makanan Halal di Gold Coast Australia ( Surfer Paradise )

..... sambung dari entry sebelum ini.....



Masih Day 2...


Dari SeaWorld, bas 705 hanya ambil masa kurang 30 minit ke Apartment kami. Jam telah menunjukkan hampir 5.30 petang apabila kami sampai di De Ville Apartment dan waktu ini sudah agak gelap.  Kami terus bersiap-siap pula untuk ke Surfer Paradise. Untuk petang ni, kami isi perut dulu dengan makanan 'rasmi' rakyat Malaysia di perantauan, iaitu mee segera.

Pukul 6.15 malam kami menunggu bas,  jalan agak lengang. Mungkin juga kawasan "Main Beach" ni jauh sikit dari jalan utama dan dari kesibukan bandar. 

Untuk ke Surfer Paradise, kami menaiki bas bernombor 705 juga. Laluan bas 705  ni adalah antara Broadbeach - SeaWorld  dan kekerapan bas setiap 15 minit. Dari Apartment yang kami duduki, hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk sampai ke Surfer Paradise.




6.15 petang... dah gelap


Hanya kami sahaja yang masih menunggu bas. 
Memang lengang


Kami tiba di Surfer Paradise sebelum 7 malam, tetapi memandangkan hari sudah gelap jadi kami rasa agak kurang sesuai untuk kami bersiar-siar di sepanjang pantai Surfer Paradise. 

So kami decide, mungkin hari ke-3 kami akan bersiar-siar di pantai jika berkesempatan lagi ke sini. Jadi kali ni kami hanya bersiar-siar di sekitar kedai-kedai yang berderet di Surfer Paradise ni.


Makanan Halal di Surfer Paradise, Gold Coast Australia


Nak makan KFC atau McD di sini sudah pastinya tak halal. Apatah lagi restoran atau café-café lain. Jadi makanan yang senang adalah cari restoran menjual kebab atau pun restoran Indian Food. Kebiasannya yang menjual Indian food adalah Muslim dari India.

Di area Surfer Paradise ini, mencari restoran menjual kebab tiada masalah. Jalan sahaja sekitar sini dan pastinya kita akan ternampak restoran dengan papan tanda "KEBAB HALAL". Harga agak murah cuma dalam lingkungan AUD 9 dan boleh dimakan untuk 2 orang sampai kenyang. Sedap dan besar.


Rasanya untuk sorang, terlebih kenyang nak habiskan ni....


Untuk yang teringin makan nasi di sini, boleh la ke salah satu restoran yang agak dikenali oleh pelancong dari Malaysia...Restoran Maharani. Cuma kalau nak makan nasi di Gold Coast ni,  jangan convertkan harga AUD kepada RM, nanti nak telan pun rasa sayang nasi tu. Harga yang saya perhati di sekitar sini lebih kurang AUD 12- AUD 15 untuk sepinggan, RM lebih kurang RM35- RM 45.


Sambil makan kebab, kami berjalan-jalan di Centro Paradise yang terletak di Cavill Avenue. Centro Paradise ni macam shopping complex yang bersepah kat Malaysia ni. Tak ada apa yang istimewa, jadi tak ada yang kami beli di sini. 





Restoran halal lain yang turut menjadi pilihan pengunjung di sekitar sini :


Berikut pula antara outlet makanan halal di sekitar Gold Coast yang disenaraikan oleh laman web goldcoastislam 
(baru jumpa laman web ni sewaktu ingin menulis entry ini)

  1. Australian Outback Spectacular - (Ask for The Halal Meal when booking) Pacific Highway, Oxenford, Gold Coast – Tel: (07) 5588 2251 
  2. Arabesque Bazaar – Shop T2, 3240 Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise, Gold Coast – Tel: 0451 150 732 
  3. Bonus Bros Café Restaurant - 2/25 Musgrave Ave, Chirn Park, Labrador, Gold Coast – Tel: (07) 5532 2733 
  4. Continental Halal Meats (Butcher) - 37 Beale Street, Southport, Gold Coast – Tel: (07) 5531 4016 
  5. Flaming Charcoal House – 10/620 Oxley Drive, Biggera Waters, Gold Coast – Tel: (07) 5500 6488 
  6. Fresco Cheese - 33 Leda Drive, Burleigh, Gold Coast, 4220 
  7. Ispa Kebabs (Harbour Town) - Biggera Waters, Gold Coast – Tel: (07) 5563 8097 
  8. Kebab & Coffee House – 1/129 Olsen Avenue, Labrador, Gold Coast – Tel: (07) 5532 9299 
  9. Kofte Burger (Harbour Town) - Biggera Waters, Gold Coast – Tel: (07) 5563 8633 
  10. Kofteman Grill House (Westfield Helensvale) - 1-29 Millaroo Drive, Helensvale, Gold Coast – Tel: (07) 5556 0584 – Emin Olmaz 
  11. Kofteman Grill House (Crestwood Plaza) – 458 Olsen Avenue, Molendinar, Gold Coast – Tel: (07) 5527 9199 – Emin Olmaz 
  12. Legends Dining Room (NOT THE PIZZA AREA) (Movie World) - Oxenford. GC – Tel: (07) 5588 2251 
  13. Le Star Cafe & Restaurant - 1/9 Nerang Street, Southport, Gold Coast – Tel: (07) 5679 8244 
  14. Masala Indian Restaurant – 17/458 Olsen Avenue, Crestwood Plaza, Molendinar, Gold Coast – Tel: (07) 5564 7499 
  15. Nando’s (Parkwood) - Inside United Petroleum Service Station, 310 Olsen Ave, Parkwood, Gold Coast. – Tel: (07) 5563 1711- Mashoud Chothia 
  16. Origin Drive Thru – 44 Frank Street, Labrador, Gold Coast 
  17. Ozlem Kebab Australia - 6 Binary Street, Yatala, Gold Coast – Tel: (07) 3804 6442 
  18. Paradise Country Restaurant - Pacific Highway, Oxenford. Gold Coast – Tel: (07) 5588 2251 
  19. Real Adana Chargrill, Habour Town Shopping Centre, Biggera Waters, Gold Coast – Tel: (07) 5529 0020 – (Behcet) 
  20. Sher-e-Punjab 3116 Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise, Gold Coast – Tel: 0423 205 075 
  21. Shiraz Authentic Persian Restaurant - 3106 Surfers Paradise Blvd, Surfers Paradise, Gold Coast – Tel: (07) 5679 3941 or 0423 813 060 
  22. Shiraz Kebab - 61 Scarborough St. Southport, Gold Coast – Tel: 0408 286 398 
  23. Silk Road Xiniang Cuisine – 8 Davenport Street, Southport, Gold Coast 




Kedai Souveniour Murah di Gold Coast


Untuk souvenior, kami memang dah ada kedai yang kami nak tuju.... iaitu kedai Royal Gift Shop, kedai dimiliki oleh rakyat Malaysia. Kedai ni terletak di Ground Floor Paradise Tower, betul-betul di persimpangan Surfer Paradise Boulevard dan Trickett Street.

Harga barangan souvenior di sini agak murah sikit berbanding kedai lain. Cuma beli di sini senang untuk kita tawar-menawar, owner kedai pun fasih berbahasa melayu dan agak peramah. Di dalam kedai ni, terpampang gambar-gambar pengunjung VIP yang pernah kesini seperti Tun M, Sultan Kedah dan ramai lagi. Kalau masuk ke kedai ni, jangan hairan la kalau hampir semua yang masuk adalah rakyat Malaysia. Silap-silap boleh jumpa kawan di sini.



Kedai ini terletak di persimpangan Surfers Paradise Boulevard dan Trickett Street


Hard Rock Gold Coast

Untuk peminat dan pengumpul koleksi souveniour Hard Rock, boleh la singgah kat Hard Rock Gold Cost. Atau pun mungkin ada kawan-kawan yang kirim t-shirt Hard Rock, boleh beli di sini.


Hard Rock Gold Coast

Sekitar jam 9.30 kami dah mula menunggu bas untuk balik ke apartment kami. Bas akhir dalam 10.30 malam tapi kami tak nak tunggu bas yang terakhir, takut terlepas. Apabila malam, kekerapan bas dari 10 minit satu pada waktu siang berkurang kepada 15 minit dan 20 minit satu pada sebelah malam.

Sambil menunggu bas....


Mata dah berat sangat.... keletihan





Hotel murah di Gold Coast


Ramai yang datang ke Gold Coast, memilih hotel/apartment di kawasan sekitar Surfer Paradise. Selain dekat dengan kawasan tumpuan pelancong, pilhan makanan halal juga banyak di sini.

Untuk senarai Hotel di Gold Coast, boleh klik 
👉👉10 HOTEL PILIHAN DI GOLD COAST



Atau boleh lihat senarai hotel hasil semakan saya 

Berikut adalah hotel yang direkemenkan oleh ramai pengunjung. Boleh klik link di setiap nama hotel di bawah dan baca review.









1. Hotel pilihan di Gold Coast:

    Mantra Legends Hotel








    2. Pilihan Hotel 3 Bintang yang lebih murah pula :


    Couran Cove Resort Paradise Island



      3. A
      partment / hotelapartment untuk bekeluarga .
      - lebih jimat dan sesuai yang ramai ahli keluarga;


      4. Hotel/Hostel untuk backpackers.
      - kebanyakkannya akan memilih hotel/hostel ini :


      Booking.com



      ~mat-drat~





      Jalan Jalan ke Gold Coast - Sea World ( Day 2 - )

      .... sambungan dari Day 1...


      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Sea World Gold Coast

      Day 2
      Trip ke Gold Coast masuk hari ke dua... dan destinasi utama kami hari ini adalah Sea World.

      Baucer tiket ke Sea World telah diberikan kepada kami oleh wakil AXN sewaktu check-in malam tadi. Semasa ambil tiket, kami ditawarkan untuk upgrade tiket kami kepada tiket kombo 3 in 1 dengan bayaran AUD 10 sahaja. 

      Pihak AXN hanya berikan tiket ke Sea World sahaja, jadi dengan top-up AUD 10, kami dapat tiket untuk masuk ke Sea World + Warner Bross Movie World + Wild Wet Water Park. 

      Berbaloi sangat la kami upgrade tiket ni, dengan AUD 10 sahaja dapat tambahan 2 tiket taman tema.


      Jika ingin beli dengan lebih jimat, boleh beli melalui groupon. Kadang-kadang ada promosi dengan harga AUD 89 sahaja. Tapi ingat, bila beli melalui groupon ni, kena print kupon dan bawa ke kaunter tiket untuk redeem tiket. 









      Sebelum bertolak kami bersarapan dahulu di apartment. Kawasan sekitar Main Beach ini memang tak banyak kedai, apatah lagi kedai makan halal. Jadi nak cari makan pagi-pagi buta agak sukar la. Tapi yang seronoknya di sini, suasana amat tenang. 

      Menu kami pagi ni adalah bubur segera Knorr yang dibawa dan dimakan bersama rendang daging dalam tin. Kami makan sekenyang yang boleh kerana agak khuatir untuk makan di dalam Sea World itu nanti. Hasil dari pembacaan, tak jumpa pula makanan halal di dalam Sea World. Disamping itu, kami juga bawa beberapa paket biskut dan coklat bar untuk alas perut sekiranya kelaparan nanti. Ikut peraturan tak boleh bawa masuk makanan ke dalam Sea World, tapi pandai-pandai la seludup masuk.




      Sea World Gold Coast

      Seawal jam 9.00 pagi, kami telah bersiap untuk ke Sea World. Kami cuba untuk sampai awal untuk elak dari perlu beratur panjang untuk masuk dan berebut-rebut dengan pengunjung lain di dalam Sea World.

      Jarak dari De Ville Apartment hanya lebih kurang 3 km. Bas bernombor 705 tiba di hadapan Apartment kami tepat pada masanya dan jam 9.30 pagi kami sudah sampai di Seaworld. Bas tiba ikut jadual yang tertera, jadi tak perlu risau terlewat atau ketinggalan bas. Bas yang kami naiki cukup selesa (masih ada beberapa seat kosong). Bas-bas di sini sangatlah  "user friendly". Pertama kali naik bas disini, agak terkejut kerana setiap kali tiba di bus stop... bas akan "turun" sedikit untuk memudahkan penumpang OKU yang berkerusi roda atau pun penumpang dengan stroller bayi untuk menaiki bas. Disediakan juga ruang yang agak luas untuk diletakkan "stroller" di dalam bas. 

      Selepas 3 kali hentian, kami turun betul-betul di hadapan Sea World. Memang tak akan terlepas sebab, ini hentian terakhir bas ni. Walau pun sampai agak awal, sudah banyak kereta di parking lot. Pintu masuk juga sudah kelihatan pengunjung yang beratur. Nasib baik kami sudah ada baucer tiket, jadi kami hanya perllu ke lane "tiket online" untuk menukar kepada Pass VIP . Gambar kita diambil disitu juga dan terus di print di PASS VIP. Pass ni valid untuk setahun, tapi tidak boleh di pindah milik sebab muka kita memang dah terpampang di depan pass tu.



      Harga Tiket Sea World Gold Coast


      Harga tiket biasa Seaworld adalah AUD 79.

      Kebiasannya pengunjung yang kalau ke Gold Coast, akan ke beberapa Theme Park yang terdapat di sini. Jadi untuk lebih jimat, beli tiket kombo daripada beli tiket satu-satu


      • SeaWorld
      • Warner Bross Movie World
      • Wet’n’Wild Gold Coast 
      • Paradise Country. 


      Harga tiket kombo berharga AUD 109 (3 in 1)  atau AUD 119 (4 in 1) dan boleh masuk ke tempat tarikan di atas secara unlimited untuk tempoh setahun - bergantung kepada pakej yang kita pilih

      Semasa di kaunter redeem tiket, kami tunjukkan kupon tiket (tidak perlu beratur kaunter tiket) dan pihak Seaworld keluarkan tiket kombo 3 in 1 kami. Untuk dapatkan pass kombo ini, kami perlu tunjukkan passport dan juga kena ambil gambar di situ. Detail nama dan no passport di print di pass kombo tu beserta gambar sekali, jadi orang lain tak boleh guna la tiket kombo kita. Tiket kombo ni boleh digunakan secara unlimited untuk tempoh setahun.

      Untuk maklumat lanjut mengenai tiket kombo boleh klik link laman web rasmi mereka. http://themeparks.com.au/

      TETAPI jika ingin beli dengan lebih jimat, boleh beli melalui groupon, lebih jimat. Kadang-kadang ada promosi dengan harga AUD 89 sahaja. Try la klik. Tapi ingat, kena print kupon groupon tu dan bawa ke kaunter tiket untuk redeem dan buat pass kombo.Harga Tiket AUD 79 seorang..






      Sea World mula dibuka pada jam 9.30 pagi dan permainan "ride" mula beroperasi jam 10 pagi dan berakhir jam 5 ptg. 

      Makanan Halal di Sea World

      Kami memang tidak membeli sebarang makanan di dalam Sea World kecuali soft drink sahaja. Aiskrim pun kami tak beli, sebab rasa agak was was walau pun ada baca di blog-blog ada yang seronok menikmati aiskrim di sana.

      Surau di Sea World


      Surau atau prayer room turut disediakan di dalam Sea World. Surau terletak di sebelah kiri selepas pintu masuk, berhampiran dengan station monorail dan juga Heli Pad. Heli pad ni kita tak boleh nampak dari laluan, tetapi kelihatan di dalam map, jadi kita boleh agak kedudukan surau/prayer room itu.





      Show dan Ride di Sea World

      Selain ride yang disediakan,  jangan lepaskan show-show yang disediakan. Untuk panduan, show-show yang ada ( jadual mungkin berubah), boleh juga semak di Sea World 
      • Fish Detectives Sea Lion Show (10:15AM and 2:30PM)
      • Affinity Dolphin Show  (11:15AM and 3:30PM)
      • Jet Stunt Extreme (1:00PM and 4:15PM)
      • SpongeBob 3D (semak dilokasi - theatre)
      • Teenage Mutant Ninja Turtles – Turtle Power Show (11:00AM and 1:45PM)
      • Dora’s Best Friends Adventure Show (12:00PM and 3:15PM)
      • Ray Reef Feeding Session (10:45AM and 3:00PM)
      • Penguin Feeding Session (10:45AM and 3:00PM)

      Kami di Sea World sehingga hampir jam 4.30 petang, iaitu hampir waktu ia ditutup, jadi kami sempat lihat semua show yang ada. 

      Satu masalah bila hendak balik, kedai souvenior di pintu keluar agak penuh. Pilihan lain adalah beli souvenior Seaworld di kedai-kedai di dalam Sewaorld semasa kita pusing-pusing di situ.

      Harga souvenior seperti key-chain, fridge magnet dan lain-lain boleh dikatakan agak berpatutan.... masih boleh dibeli. Selain fridge magnet, kami juga beli 3 pasang tuala Seaworld di sini. Hanya AUD 10 sehelai.

      Antara gambar dari lensa kamera kami di Seaworld....


      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Penguin - lebih kurang macam di Underwater Langkawi
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD


      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Salah satu lokasi... dolphin cukup jinak. 
      Jangan lepaskan peluang mendekati dolphin yang manja ini. 
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Show "Dora's Best Friend Adventure" menghiburkan. 
      Jangan lepaskan show ini kalau datang bersama anak-anak.

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Show "Dora's Best Friend Adventure" menghiburkan. 
      Jangan lepaskan show ini kalau datang bersama anak-anak.

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Mula-mula agak terkejut lihat mereka tinggalkan stroller macam ni je untuk lihat show Dora... 
      Kalau kat Malaysia, rasanya lepas show, lesap la kena rembat.
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Juga jangan lepaskan peluang menonton Dolphine Show

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Juga jangan lepaskan peluang menonton Dolphine Show
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Peminat SponeBob jangan lepaskan peluang saksikan 
      SpongeBob Show - Parade geng-geng SpongeBob 

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Patrick Star!

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Gambar dengan kartun berbikini tak pe kot... Sandy Cheek!

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Nak basahkan baju.... main ni last2 sebelum balik

      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Ride perahu yang me"rilek"kan....
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Merilekskan diri.....
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Jangan lepaskan aksi Jet Stunt Extreme - 
      Kami terlewat, terpaksa menonton permulaan dari cable car.
      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Jangan lepaskan aksi Jet Stunt Extreme


      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Jangan lepaskan aksi Jet Stunt Extreme - 
      Sempat juga menonton dari pentas yang disediakan


      Percutian ke Gold Coast Australia SEA WORLD
      Shark Bay... ada package untuk menyelam bersama shark. Kalau berani

      Bersambung di entry berikutnya 
      >> Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah <<



      ~ mat-drat~



      Booking.com

      Lain-lain entry berkaitan trip kali ini;


      Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
      Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
      Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
      Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
      Trip Gold Coast : Day 4 - Harbour Town
      Trip Gold Coast : Itinerari 4D3N