Monday 20 July 2020

PERCUTIAN PULAU PANGKOR - Day Trip

Percutian Pulau Pangkor Day Trip


TRIP PULAU PANGKOR

Mat Drat jumpa satu perkongsian di Facebook, menarik perkongsian ni untuk mereka yang nak buat Day Trip ke Pulau Pangkor.

Boleh la follow itinerari dan perkongsian dia di bawah ni.

Dia buat Day Trip sahaja ke Pulau Pangkor, dia gerak awal pagi dari KL dan terus ke Lumut dan kemudian naik feri ke Pulau Pangkor. Lewat petang balik KL semula. Tapi agak meletihkan la bagi Mat Drat kalau buat Day Trip ni.

Bagi Mat Drat, kalau trip bujang-bujang, mungkin sesuai buat macam ni,  tapi kalau bawa anak-anak, mungkin kurang sesuai. 

Jadi mungkin boleh tidur 1 malam dulu di Lumut macam Mat Drat. Tu pun kalau nak buat juga day-trip ke Pulau Pangkor la. Maknanya pagi-pagi dari Lumut  terus ke Pangkor, jadi tak letih sangat drive jauh-jauh di awal pagi.

Okey, ini dia perkongsian ringkas dari saudari Aziiera Dianza di FB dia. 

Viral juga perkongsian dia ni rasanya, FB Perak Sana Sini share perkongsian dia, FB Chempedak Cheese pun share juga perkongsian dia ni.


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : Art_matdrat
.

TRIP PULAU PANGKOR - DAY TRIP

Jom baca perkongsian dia... ðŸ‘‡ðŸ‘‡ 
(Mat Drat tambah title dan letak nombor bagi senang baca). 

Dan kemudian jangan lupa baca Perkongsian Mat Drat pula



....................................................................................................


1. KL - Pangkor
Trip KL - Lumut - Pulau Pangkor :4 Julai 2020
Percutian ke Pangkor ni kami buat pergi balik hari je. 
KL ke Jeti Lumut perjalanan dalam 3 jam.

2. Parking
Parking kereta area jeti Lumut. 
Install apps Park@Perak, sejam 60 sen.
Parking kerete - sehari RM4

3. Feri ke Pangkor
2 option untuk ke Pulau Pangkor 
  • Jeti Lumut - Pangkor (30min)
  • Jeti Marina - Pangkor (10min)
  • Tiket dewasa RM14 (return)
  • Kanak-kanak RM5 (3 tahun - 12 tahun)
Kami naik 1st feri pukul 7.15 pagi dan 
balik naik last feri pukul 6.30 petang. 

4. Transport, Chalet dan Makan di Pangkor
Sampai Jeti Pangkor,  ambik van pink untuk ke chalet Nipah Bay Villa. 
Kami tak bermalam

Sewa chalet untuk rehat-rehat mandi dan tukar baju.

Van Pink - RM16 (3org)

Rezeki kami sebab dapat check-in awal. So rest dan mandi. Pergi breakfast di kedai makan area Teluk Nipah.

Breakfast roti canai telur + milo panas (RM4)

Kat teluk Nipah banyak je pakej snorkeling tu. 
So pilih je. Kami pilih pakej snorkeling + pusing pulau.

6. Trip Snorkeling

Snorkeling - RM70 (3pax)
  • Turtle Bay
  • Monkey Bay
  • Mentagor Island
  • Coral Island (port snorkeling tengok coral dan ikan)
  • Giam Island (sesuai utk bawak anak2 mandi)
  • Whale Rock
  • Turtle Rock
  • Crocodile Rock
Dalam 3 jam jugak habiskan masa untuk snorkeling.

Pastu masing-masing dah lapar. Lunch di Mijuen Thai Food Project.
RM70 (Siakap 3 rasa + telur dadar + tomyam campur + nasi 3 + air 3)

Balik chalet bersihkan diri. Rest dan buat apa yang patut. 

7. Sewa Motor di Pangkor
Alang2 masih ada masa, kami sewa motor untuk sejam dua pusing2 pulau.
  • Motor Gear - RM10 (sehari RM30) 
  • Motor Skuter - RM15 (sehari RM40)
Kalau dapat motor takde minyak, isi dalam RM2 pun dah cukup untuk pusing 1 pulau. Hakak dapat motor minyak E da. Punya nak jimat malas nak isi minyak. 

Alhamdulillah, cukup pusing 1 Pangkor . Kalau tak yakin jangan try ye cara hakak.. Kok menolak motor nanti ..

Kat Teluk Nipah tu ada jual minyak dalam botol. Sebotol mineral 1.5L tu RM3 je. Kalau tak pun boleh isi minyak kat petrol pump kat pekan.

Bawak motor kat Pangkor jimat dan mudah je. Waze kann ado .. Cuma kena extra careful sebab ada jalan yang berbukit tinggi dan simpang siur.

8. Tempat menarik di Pulau Pangkor

1. Masjid Al Badr 1000 Selawat (Masjid Terapung)
Tak boleh masuk ke dalam masjid disebabkan PKPP

2. Masjid al-Khairiyah

3.Batu Bersurat (Tiger Rock). 
Batu Bersurat ini terletak di tengah2 lokasi antara Masjid Terapung dan Kota Belanda.

4. Kota Belanda (Dutch Fort). 
Peninggalan sejarah ini dibina pada tahun 1670. Perlu berhati2 di sini sebab ramai yang jumpa hidupan berbisa di sini seperti ular.

5. Di Dutch Fort tu ade kedai2 perusahaan tempatan yang jual Gamat Asli Pangkor, Minyak Lemak Unta dan Perusahaan Ikan Buntal.

6. Bagi peminat coklat dan pinggan mangkuk boleh shopping di CK Supersave Mart. Hakak tak masuk sebab takut terborong .. So lalu je..

7. Pusat Konservasi & Penerangan Penyu (Teluk Ketapang)

8. Pasir Bogak

Settle round satu pulau. 
Kami naik van ke jeti dan naik last feri pukul 6.30 petang ke Lumut.

Tamatlah percutian ke Pulau Pangkor kami secara daypack. 

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh je tanya hakak ..
Terus support industri pelancongan kita. Cuti-cuti Malaysia
.....................................................................
.....................................................................

Itu perkongsian ringkas dan padat dia. 

Nanti Mat Drat share versi detail sikit ye, Mat Drat punya.

Sebelum Mat Drat kongsi detail, mungkin perkongsian tempat penginapan hotel dan resort di Lumut dan Pangkor ni dapat membantu.




PENGINAPAN DI LUMUT

Bagi yang nak menginap di Lumut, banyak pilihan ada sebenarnya.

Sebelum ni Mat Drat pernah menginap di Teluk Batik sebelum ke Pulau Pangkor esoknya. Kali ni Mat Drat menginap di Marina Island pula.

Jadi Mat Drat kongsikan tempat penginapan (resort dan hotel) di
  1. Marina Island Pangkor
  2. Lumut
  3. Pulau Pangkor


A. Resort/ Hotel/ Apartment : Lokasi - Marina Island

Di Marina Island, Mat Drat cadang bolehlah pilih nak menginap di
1. Marina Island Pangkor Resort n Hotel atau
2. Marina Island Apartment

Kedua-dua ni saling bersebelahan sahaja. Piliih mana berkenan.

Marina Island Resort Lumut Pangkor Hotel resort Homestay Apartment Murah
Marina Island Pangkor Resort n Hotel (Brown) dan Marina Island Apartment (Biru)

Marina Island Resort Lumut Pangkor Hotel resort Homestay Apartment Murah
Berkayak di sebelah petang pada hari check -in


Mat Drat menginap di Marina Island Pangkor Resort n Hotel.
pilih sini sebab...
  1. Apartment luas.
  2. Ada swimming pool - luas
  3. Ada tasik, boleh berkayak
  4. Tak jauh dengan jetty Marina nak ke Pulau Pangkor.
  5. Malam, boleh makan-makan area Lumut
  6. Sehari sebelum ke Lumut/Pangkor, boleh ke Teluk Intan dahulu, melawat menara condong dan Jalan-Jalan Cari Makan di Teluk Intan.
  7. Petangnya pula boleh layan sunset di Rockbound. Cantik view sini.
Jangan lupa baca perkongsian pecutian Mat Drat ye nanti.

 
Untuk booking
Marina Island Pangkor
Resort n Hotel
boleh klik di :
👇👇


Kalau tak nak ambil hotel resort, boleh ambil unit dari Marina Island Apartment . Bersebelahan Marina Island Pangkor Resort je.

Apartment ni milik individu, jadi mereka jadikan seperti 'homestay'. Lebih murah kalau booking awal. Boleh try klik dan bandingkan. Mat Drat letak 3 sahaja. Boleh di booking melalui link di bawah (booking dan agoda).

Jangan lupa baca review dulu ye sblum booking!!



Marina Island Apartment



....................................................................

B. Resort/Hotel/ Apartment : Lokasi - Lumut

Kalau tak nak menginap di Marina Island, boleh menginap di sekitar Lumut.

Stay area sini, esok awal-awal pagi baru lah ke Pulau Pangkor.

Sebelum ni Mat Drat pernah menginap di Teluk Batik Resort masa trip Pulau Pangkor dahulu.

Untuk senarai hotel/resort di Lumut, boleh klik di bawah

Klik
👉👉 Hotel dan Resort Lumut - I
👉👉 Hotel dan Resort Lumut - II


......................................................................

PENGINAPAN DI PULAU PANGKOR

Kalau nak ikut trip sis Aziera Dianza di atas, dia menginap di Teluk Nipah. Dia ambil chalet di Nipah Bay Villa. Dia tak bermalam ye, tapi untuk beristirehat dan untuk bersalin pakaian.

2 Kawasan Mat Drat cadangkan kalau nak menginap di Pangkor ni
a. Teluk Nipah
b. Pasir Bogak

2. Hotel / Resort / Chalet di area TELUK NIPAH

Pantai Teluk Nipah ni memang happening sikit, meriah. Banyak resort dan chalet.
Nak makan pun senang, dan aktiviti laut juga banyak di sini.

Tak kisah nak sewa untuk Day Trip atau bermalam, banyak pilihlah ada.
Tapi, ingat ye area sini cepat fully booked.

Antaranya (Mat Drat senaraikan 3 shj, nanti bila klik akan keluarlah yang lain-lain juga)


2. Hotel / Resort / Chalet di area PASIR BOGAK

Kalau nak bermalam di area Pasir Bogak pula, boleh consider antara resort-resort di bawah. Mat Drat pernah menginap di Pangkor Coral Bay Resort.

Ada yang suka Pasir Bogak ni sebab kawasan ni lebih tenang berbanding Teluk Nipah.

Antara nya ....

3. Apartment/ Homestay Pulau Pangkor

Kalau datang dengan family ramai serta nak jimat sikit, mungkin Apartment Lot 10, Jalan Pasir Bogak ni dapat jimatkan duit sedikit. Unit pun agak luas.

Resort Hotel Chalet Homestay Pangkor



Antara unit di Lot 10 ni (Mat Drat main letak je link, tak tgk review dan tak kenal owner pun).

👉👉 Apartment Lot 10 - I
👉👉 Apartment Lot 10-

Jemput baca juga perkongsian berikutnya nanti ye,
  1. Melawat Menara Condong Teluk Intan
  2. Bercuti ke Marina Island, Perak
  3. Percutian ke Pulau Pangkor

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

18 comments:

  1. Bestnya ke pulau. Lawa!m jugak ni. Nak bercuti di pulau. Jauh pulak kakau dari Kemaman ke Perak

    ReplyDelete
  2. Wah. Best gak trip balik hari Pangkor tu kan.
    Menarik gak itinerari yang dikongsi ni - banyak lokasi dan pilihan. Nak propose kat geng la.

    ReplyDelete
  3. Pulau Pangkor le pulau yang Sis nak repeat pergi, sebab dulu sampai hanya balik hari aje, kena plak time puasa, nak jalan mananya aje hahaha memasing keletihan...

    ReplyDelete
  4. bestnya pergi pangkor! last BBL datang lumut 2 tahun lepas..itu pun stay resort mengadap pulau pangkor. lepas ni boleh la rujuk entri ni plan day trip pergi sini

    ReplyDelete
  5. Memariknya.. tq sharing itenary ni.. bolehla rujuk kalau nak dtg bercuti di sini

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pergi bercuti pulau pangkor. Harap dapatlah menginap sana. Takdelah riso sebab banyak hotel. Makan pon tak susah cari kan. Ni 1hari memang tak puas kena 3hari 2malam.haha. Maklumlah dari johor. Tak sempat hilang penat.

    ReplyDelete
  7. Aiyoo gigih day trip. Tapi tak mustahil kan. Akak nak pi sana dah takleh day trip kena 3 day trip. Wakakakaka

    ReplyDelete
  8. Kak blm pernah lg pg pulau pangkor nti blhlah ajak husband pg trip ke pangkor

    ReplyDelete
  9. tak sempat lagi nak ke pulau pangkor ni. paling dekat pun dulu masa pergi rockbund fishing tu. in shaa Allah nanti kalau ad rezeki, bolehlah travel ke sini. :)

    ReplyDelete
  10. Pergi ikut package atau sendiri? Kalau package boleh tak kongsikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip snorkeling tu apa ke nama company tu... Boleh share

      Delete
    2. CiK Watie.. di Jeti Pangkor ada ejen2 yg akan offer, di Pasir Bogak pun ramai ejen/operator

      Delete
  11. Trip snorkeling tu apa ke nama companynya... Boleh share

    ReplyDelete
  12. Nak sewa chalet nipah utk sehari mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking online lebih selamat... kalau walk in takut chalet penuh.

      try klik link chalet or resort yg saya letak tu

      Delete
  13. Aslmualaikum macam mana nak booking hotel tanpa bermalam tu ye..ada tip tak

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.