Monday 20 July 2020

Menara Condong Teluk Intan - Cuti Cuti Malaysia


Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan
Sumber : MPTI


Perkongsian ringkas kali ni, Melawat Menara Condong Teluk Intan.

Kali ni Mat Drat ambil kesempatan singgah ke Teluk Intan dalam perjalanan ke Lumut.

MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN

Masa sekolah rendah dulu, rasa hebat sangat menara ni sebab ia condong tapi tak tumbang. Dalam hati berbisik, 'suatu hari nanti mesti kena ke sini'.  

Akhirnya, selepas berpuluh tahun, baru lah Mat Drat berkesempatan ke sini.

Info dan Sejarah Menara Condong Teluk Intan (Teluk Anson)

Sedikit info untuk dikongsi :
  • Terletak di Teluk Intan, Perak. Keunikannya adalah ia dikatakan menyerupai Menara Condong Pisa Italy.
  • Menara ini dibina pada tahun 1885. Sudah lebih 100 tahun tapi masih utuh.
  • Ketinggiannya 85 kaki dengan 110 buah anak tangga. Mempunyai 3 tingkat dengan jam besar di atasnya.
  • Asalnya ia merupakan menara tangki air, kemudian ditukar kepada menara jam. 
  • Arkitek pembinaannya adalah Leong Choon Cheong
Punca Menara Jam Condong :
  • Dikatakan menara jam ini condong kerana ia dibina di atas tanah yang  agak lembut. Ketika ia menjadi menara tangki air, bebanan tangki air yang berat menyebabkan menara ini condong sedikit. 
  • Ada juga yang berkata ia senget selepas peristiwa banjir besar melanda Teluk Intan.
  • Walaupun sedikit condong, menara ini masih utuh sehingga ke hari ini.

Lokasi : 
  • Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, Perak.
  • Terletak di tengah-tengah antara Jalan Pasar/Jalan Ah Cheong/ Jalan Selat dan Jalan Bandar

Waktu Operasi : 
  • 8.00am - 5.00 pm.
Menara Condong Teluk Intan
Akhirnya sampai juga ke Menara Condong Teluk Intan ni.
Kita ke Teluk Intan dulu, ada rezeki nanti baru ke Pisa Italy pula.


Menara Condong Teluk Intan


Waktu Melawat Menara Condong Teluk Intan
Waktu Melawat Menara Jam Condong

Menara Condong Teluk Intan
Sedikit sejarah mengenai Menara Condong Teluk Intan ni.
Bacalah...

Menara Condong Teluk Intan
Tangga menuju ke tingkat atas (tingkat 1 dan 2).
Tangga agak kecil

Menara Condong Teluk Intan
Ada ruang pameran di tingkat 1

Menara Condong Teluk Intan
Tingkat Bawah (Ground Floor)


Menara Condong Teluk Intan
Cari Mat Drat.....
Dari luar nampak macam banyak tingkat menara ni,
tapi sebenarnya hanya ada 3 tingkat.
Naik lah atas jika berkemampuan, tak berapa tinggi sangat pun menara ni.


Menara Condong Teluk Intan
Selesai sessi melawat Menara Condong Teluk Intan.
Masa untuk kami lunch dan terus ke Lumut untuk check in.

Makan Sedap di Teluk Intan

  • Sebelum ke sini, Mat Drat tak sempat nak survey tempat makan sedap di Teluk Intan ni sebenarnya. Bila dah sampai sini, waktu tu baru cari mana tempat nak makan, mencari tempat makan sedap.
  • Selesai melawat menara condong, hari pun dah tengah hari. Jadi perut pun dah terasa lapar. Jadi Mat Drat cari tempat makan yang dekat area Menara Condong ni sahaja.
  • Ikutkan nak makan rojak/mee rebus yang agak terkenal di sini, tapi anak-anak kata lapar nasi la pulak. Jadi kami makan nasi je la tengah hari tu.
  • Bagi yang nak mencari tempat makan sedap di Teluk Intan, Mat Drat rasa 4 tempat ni boleh dipertimbangkan.

1. Medan Selera Menara Condong
  • Ada beberapa gerai di dalam medan selera ni.
  • Mat Drat makan nasi campur di kedai/gerai hujung sekali, di Mama Corner.
  • Banyak pilihan lauk waktu Mat Drat sampai
  • Harga pun okey, masakan pun sedap,  kena dengan selera anak-anak.
  • Kalau mencari tempat makan sedap untuk tengah hari, boleh la ke medan selera.
  • Ada juga beberapa kedai lain. Pilih lah mana berkenan.

2. Abdullah Mastan Ghanny (Rojak / Mee Rebus)
  • Menu utama di sini adalah rojak dan mee rebus.
  • Dikatakan antara yang tersedap di Teluk Intan.
  • Jarak dalam 300 meter dari Menara Condong
    
3. Mee Rebus Pak Din
  • Menu utama di sini juga rojak dan mee rebus.
  • Dikatakan juga antara yang tersedap di Teluk Intan. Legend la kira Mee Rebus Pak Din ni.
  • Lebih kurang hanya 200 meter je dari Menara Condong

4. Sultana Nasi Kandar
  • Bagi yang nak rasa nasi kandar style Perak, boleh lah ke sini.
  • Kira antara pilihan untuk makan tengah hari. Katanya sedap nasi kandar di sini.
  • Tak jauh dari Menara Condong, dalam 400 meter sahaja.
  • Nak jalan kaki boleh, nak drive kereta ke situ pun boleh.

Jemput baca juga perkongsian sebelum ini
👉👉 Day trip Pulau Pangkor

perkongsian berikutnya
  1. 👉 Bercuti ke Marina Island, Perak
  2. 👉 Percutian ke Pulau Pangko

~Mat-Drat~
 Kalau rasa bermanafaat, boleh share.  ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


11 comments:

  1. Dah ke Perak banyak kali. Tapi rasanya belum dapat sampai lagi Menara Condong Teluk Intan ni. Memang nak pergi jugak ni nanti

    ReplyDelete
  2. tahun lepas ada ke negeri Perak. Tapi tak tau nak jalan-jalan kat mana. ada informasi tentang tempat ni bagus la. boleh masukkan dalam bucket lis

    ReplyDelete
  3. Saya pernah pergi. Naik je tak pernah. Hehehe. Tapi sebab waktu malam. Nanti next time nak pergi siang. Nak naik atas. Hehehe

    ReplyDelete
  4. I visited here already. Dekat sahaja dgn rumah BFF I. We also have our leaning tower of Pisa.

    ReplyDelete
  5. Ooo sebab tu rupanya condong, baru tau hihi tapi tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  6. Mcmtu kisahnya menara condong. Tak pernah jalan teluk intan lagi tapi memang teringin nak tengok depan mata.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lahi ke Menara Condong ni. Entah bilanya nak sampai tak tahulah. Nmapak menarik dan cantik bila malam penuh dengan lampu.

    ReplyDelete
  8. Jujurnya tak pernah sampai Perak dan singgah ke sini...teringin juga nak ke menara ni ootd.. takpe anak dah besar ni ada geng jenjalan, nanti boleh ajak anak..

    ReplyDelete
  9. Dekat area ni ada banyak restoran makanan laut sebab teluk intan dekat dengan laut. Tak pernah menyinggah masuk Menara Condong ni walaupun banyak kali ke sana haha

    ReplyDelete
  10. Selalu gak jln2 ke lpoh tp xberkesempatan ke Teluk Ibtan next time kena pg selfie kat menara tu

    ReplyDelete
  11. teringin gak nak pi menera condong ni.. pernah pi teluk intan atas urusan kerja, tapi macam mana lah tak terfikir nak pi tengok Menara condong ni.. adoi..

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.