Pengalaman bawa kereta ke Langkawi |
Feri Roro ke Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta ke Langkawi
Feri Roro - Bawah bahagian kereta dan bahagian atas pula penumpang |
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
5 sebab
kali ni Mat Drat ke Langkawi dengan membawa kereta sendiri dengan menggunakan feri Roro ni sebab :
Ada 2 syarikat yang menjalankan perkhidmatan ini, iaitu
Mat Drat baru menggunakan perkhidmatan dari syarikat Feri Ro-Ro, sebab yang ni je masih ada tiket untuk kenderaan masa nak buat tempahan.
Kuala Perlis - Langkawi
Feri bukan sahaja digunakan untuk pelancong dan pelawat ke Langkawi, tetapi juga untuk peniaga yang berulang alik Langkawi dan Tanah Besar serta mereka yang mendaftar kenderaan di Langkawi (kenderaan perlu selalu berada di Langkawi - terutama kenderaan mewah)
- Nak rasa pengalaman bawa kereta ke Langkawi
- Sewa MPV pada musim cuti sekolah agak mahal. Lebih jimat bawa kereta sendiri sebab keluarga besar
- Tempoh 5 hari 4 malam di Langkawi ni memerlukan Mat Drat menyewa MPV selama 5 hari.... bawa kereta sendiri, dapat banyak jimat duit sewa kenderaan
- Nak shopping barang banyak, kalau naik feri susah nak bawa barang-barang dengan anak-anak kecil
- Balik dari Langkawi nak jalan-jalan di Penang pula. Kalau naik flight, tak boleh jalan-jalan.
Perkhidmatan Feri Roro
Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis.Ada 2 syarikat yang menjalankan perkhidmatan ini, iaitu
Mat Drat baru menggunakan perkhidmatan dari syarikat Feri Ro-Ro, sebab yang ni je masih ada tiket untuk kenderaan masa nak buat tempahan.
Kuala Perlis - Langkawi
- Feri ambil masa 2 jam 30 minit untuk satu perjalanan .
- Feri akan menuju ke Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi, bukan jeti Kuah
Tempahan Tiket Feri Kenderaan (Feri Ro-Ro)
Tempahan perlu dibuat awal terutamanya untuk perjalan musim cuti sekolah.Feri bukan sahaja digunakan untuk pelancong dan pelawat ke Langkawi, tetapi juga untuk peniaga yang berulang alik Langkawi dan Tanah Besar serta mereka yang mendaftar kenderaan di Langkawi (kenderaan perlu selalu berada di Langkawi - terutama kenderaan mewah)
Tempahan boleh dibuat di lawan web syarikat pengendali di atas sama ada beli tiket oneway atau pun return.
Kalau datang bercuti tu, booking la terus return tiket. Nanti kalau ambik one-way, takut tiket 'kereta' nak balik habis... kes haru nanti.
Jangan lupa untuk tempah tiket untuk penumpang kereta sebab seat dalam feri tu agak limited.
Jangan lupa untuk tempah tiket untuk penumpang kereta sebab seat dalam feri tu agak limited.
Masa tempahan tiket kereta, perlukan maklumat lengkap seperti :
- Jenis, jenama dan model kenderaan.
- Plate nombor dan chasis nombor
- Nama pemandu dan I/C nombor
- Registration Card kenderaan dan I/C pemandu - salinan perlu dihantar (email/faks)
Kadar Bayaran Feri Ro-Ro ( Mat Drat guna feri ro-ro)
Perlu bayar harga- tambang kenderaan dan
- tambang untuk penumpang.
1. Kadar bayaran untuk kenderaan :
2. Kadar tambang penumpang :
1. Kadar bayaran untuk kenderaan :
- kereta sedan bawah 1500 cc : RM 156/RM 302 (sehala/pergi-balik)
- kereta sedan bawah 2000 cc : RM 186/RM 352 (sehala/pergi-balik)
- kereta sedan bawah 2000 cc : RM 226/RM 432 (sehala/pergi-balik)
- MPV / 4WD bawah 2000 cc: RM 206/RM 392 (sehala/pergi-balik)
- Dewasa: RM 18/RM 36 (sehala/pergi-balik)
- kanak-kanak : RM 13/RM 26 (sehala/pergi-balik)
Menaiki Feri
- Pada hari dan masa berlepas, perlu sampai awal 2 jam sebelum berlepas.
- Apabila sampai Kuala Perlis, terus ke kaunter feri Roro dahulu.
- Selesaikan apa urusan yang belum selesai sebelum menaiki feri.
- Tiket kereta dan penumpang ambil di situ.
- Comfirmkan juga tarikh balik mengikut tempahan kita.
Elok sampai awal sebelum feri berlepas. Jangan sampai lewat, takut tak dapat naik feri.... Ambil tiket di pejabat sebelum naik feri.
Di kawasan jeti feri, ada masjid dan gerai-gerai makan untuk menunggu.
Gate untuk membawa kenderaan masuk ke feri hanya akan dibuka pada waktu yang ditetapkan untuk trip tersebut.
Kaunter feri ro-ro terletak di sebelah kiri sebelum masjid Kuala Perlis. |
Gate menaiki feri roro terletak berhampiran Masjid Kuala Perlis. Ini gambar dari atas feri |
Gate menuju ke feri. Gate ini terletak di hadapan masjid |
Kenderaan yang sampai semua dah keluar baru kenderaan masuk dibenarkan menuju ke feri. |
Kenderaan di dalam Feri Roro menuju ke Langkawi |
Akan ada beberapa kenderaan yang akan berpanas. Ikut nasib. |
Kemudahan di dalam Feri
- Dalam feri penumpang disediakan tempat duduk (free seating).
- Tempat duduk agak selesa, bukan seperti tempat duduk feri ke Pulau Pinang. Agak selesa dan sesuai untuk perjalanan 2 jam 30 minit.
- Kalau duduk dalam 'perut' feri, boleh la layan movie yang ditayangkan di skrin/tv di hadapan.
- Jika dah boring sangat duduk di bahagian dalam, boleh naik ke upper deck untuk menikmati pemandangan dan juga menikmati angin laut.
- Tapi kena jaga anak-anak kalau duduk area atas ye.
Bahagian atas / upper deck |
Bahagian atas / upper deck |
Bahagian atas / upper deck |
Kemudahan Lain - Kiosk Jual Makanan, Surau dan Tandas
Dalam feri ada menjual makanan dan minuman, tapi tak banyak pilihan.
Jadi nak senang, bawa siap-siap makanan dan minuman.
2 jam 30 minit dalam feri ni masa yang lama...siapkan bekalan.
Surau disediakan. Dan disebalahnya 'Kiosk' menjual makanan dan minuman - tetapi pilihan gaka terhad. |
Dermaga Tanjung Lambung, Langkawi
Selepas 2 jam 30 minit, feri akan berlabuh di Dermaga Tanjung Lembung Langkawi. Di sini juga ditempatkan pejabat kastam dan pagawai kastam.
Lokasi Dermaga Tanjung Lembung ini terletak di antara Pekan Kuah - Pantai Cenang. Ia terletak di Jalan Bukit Malut
Lokasi di Google map : 👉👉 Lokasi Dermaga Tanjung Lembung
Jeti Tanjung Lembong |
Pemeriksaan Kastam |
Langkawi - Kuala Perlis
Apabila ingin balik dari Langkawi ke Kuala Perlis pula, jangan lupa ke pejabat Langkawi Roro Dahulu.
Pejabat Feri Roro di Dermaga Tanjung Lembung |
Ingat
Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.
Selamat Bercuti.
~mat-drat~
Kalau rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇
Untuk Trip ke Langkawi kali ini, saya rangkumkan semuanya di entry-entry berikut.