Sunday, 8 May 2016

Jalan Jalan ke Doha Qatar - Berpanas di Pantai Corniche





Doha... hari 2
bersambung dari entry sebelum ni...... 👉👉 Jalan ke Tempat menarik di Doha 👈👈

Pagi ni kami bersarapan dahulu di W Doha Hotel. Hampir kesemua yang berada di restoran ini adalah muka-muka mat salleh. Kami mula confius sekejap untuk mengambil makanan.....
Kemudian masuk satu family arab, kami lihat mereka makan macam biasa.... ambil itu dan ini. Kami masih berhati-hati, hanya makan buah-buahan dan minum pun hanya jus sahaja.

W Doha Hotel
Asalnya kami makan buah-buah sahaja... 

Saya terpaksa tebalkan muka dan whatsapp kawan saya dan tanya status makanan di Hotel ini. Jawab dia " jangan risau makanan di sini, semua makanan di Doha adalah halal. Di sini tiada jual daging babi atau makanan tak halal"

Saya kata, bukan apa cuma risau sebab hotel ni waktu malamnya meriah dengan aktiviti clubbing, dan di sebelah café kami bersarapan ni ada bar dipenuhi botol-botol arak. Dan jawab dia " Di Doha ni, hanya hotel dibenarkan menjual arak. Jadi bab makan... jangan risau.... makan sahaja"

Dapat penjelasan dari kawan yang dah menetap lama di sini, hilanglah keraguan.... dan mula la kami makan tanpa was was....


Tempat Menarik - City Centre Mall

Flight kami untuk pulang ke Kuala Lumpur dijadualkna pada jam 8 malam. Jadi masa agak panjang untuk di isi sementara untuk ke airport. Yang menajdi masalahnya, tidak ada tempat menarik untuk di lawati di sini. Muzium-muzium di sini rasanya tak berapa menarik minat kami.

Jadi kami bercadang untuk berwindow shopping sahja di City Centre Mall sambil menunggu bas ke Corniche.  Sebelum ke Ciy Centre Mall. kami check-out siap-siap. Beg-beg di tinggalkan dahulu di hotel.

Pukul 11 pagi menapak dari W Doha Hotel ke City Centre  Mall walau pun hanya jarak 300 meter, agak mencabar. Terasa terik sinaran mentari.

Terasa lengang je.... Bangunan pencakar langit di sana sini
City Centre Mall Doha
City Centre Mall

Antara bangunan yang menarik senibinanya

Tak silap, Bank of Qatar

Di Doha ni, banyak kelihatan bangunan-bangunan mencakar langit. Kata kawan saya, Doha cuba menyaingi Abu Dhabi di Arab Saudi. Memang banyak bangunan-bangunan tinggi yang menjadi iconic Doha. Dan Doha juga sekarang ini sedang giat mebina seberapa banyak hotel untuk persediaan World Cup 2022.

City Centre Mall ni lebih kurang macam shopping complex di Malaysia. Tiada apa yang menarik. Tiada apa yang membuat kami lama di sini, Tapi dalam tak minat, sempat juga singgah di satu kedai pakaian yang sedang buat sales.... Tersangkut la 3 pasang jean dan T-Shirt Lee Coopers. Tak tahu macam mana kedai ni boleh jual murah. Kedai ala-ala FOC je pun.


Tempat Menarik - Corniche Beach Doha


Jam menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari. Masih ada beberapa jam untuk kami penuhi dengan akiviti. Jadi kami terus menunggu bas untuk ke pantai Coniche sahaja.

Kami menunggu bas hampir 20 minit. Kad yang kami beli semalam, masih valid untuk digunakan. Tapi bas yang kami naiki ini.... kosong. Hanya kami berdua sahaja yang menaik bas ini.

Dapatlah kami berbual sedikit dengan pemandu bas ini yang berasal dari India. Katanya bas biasanya hanya di naiki oleh pekerja-pekerja am atau buruh. Selepas waktu kerja, baru bas agak penuh. Penduduk tempatan tidak akan menaiki bas.





Kami sampai di Corniche.... di panas terik mentari. Tiada orang lain kecuali kami.😂😂

Dan kami tak nampak apa-apa aktiviti atau tempat untuk di tuju atau untuk lepak-lepak. Jadi kami hanya bergambar untuk kenang-kenangan.

Mengadap laut... dan bangunan mencakar langir


Nasib baik kurma ni belum masak...

Memang terik... kena berlindung balik bayang-bayang pokok je

Walau pun terik, ada juga yang berjogging tu....

Dah tak ada apa nak dibuat dan tempat nak dituju, kami ambil bas dan terus pulang ke hotel. Rasanya lebih baik kami berehat sekejap di lobi Hotel daripada berpanas di Corniche tu. 

Kami berehat sekejap di W Doha sebelum terus ke Hamad International Airport. Berehat di Lounge HIA pasti lagi bagus dan selesa.😁😁

Sedondon... baju dan bunga

Menunggu beg yang disimpan....


Teksi Doha ke Airport

Teksi dari W Doha Hotel ke Hamad International Airport hanya QAR 60. Terlebih mahal QAR 10 berbanding semalam semasa kami dari Airport ke Hotel. Mungkin sebab caj mahal kerana hotel yang panggil. Teksi ini juga tak pakai meter, tambang ikut suka dan persetujuan di dalam kereta sebelum sampai airport. Tak kisah la, sebab dalam harga masih dalam range ke hotel semalam.

Pemandu teksi ini juga dari india. Dia terpaksa bekerja di sini untuk menapung ahli keluarga di kampong. 3 bulan berkahwin dia terpaksa bekerja di sini. Dan dalam masa 5 tahun di sini, dia baru balik ke India 3 kali. Kasihan juga dengar dia cerita.... tapi demi rezeki untuk keluarga.

Teksi sampai di HIA, berhenti di pintu Business Class. Telah tersedia seorang petugas menunggu untuk menyambut penumpang Business Class, Di bukakan pintu, di ambilkan beg dari bonet kereta dan di bawakan beg kita ke kaunter check in. Kiranya personnel assistant di HIA ini. Setiap penumpang biz class akan ada seorang assistant untuk urusan  hingga ke kaunter imigresen / kastam.

Selesai urusan check-in, kita di bawa terus ke laluan pemeriksaan imigresen dan kastam. Tak perlu kelam-kabut kerana penumpang busines class ada laluan dan petugas khas  Selesai urusan check-in, imigresen dan kastam…. boleh la mulakan aktiviti shopping menyopping kalau poket penuh lagi.





Sewaktu pemeriksaan kastam, beg kami "ditahan" sekejap. Bagi saya tak nampak macam kaunter imigresen sangat pun, santai je mereka kat kaunter ni...tak sibuk. Ada beberapa laluan untuk penumpang business class tetapi waktu kami ni hanya kami berdua sahaja. Mungkin petugas tu tak ada kerja, tu yang bersungguh dia cek beg kami. Dari gambar x-ray nampak seperti banyak coin-coin berbentuk bulat, dia sangkakan kami bawa duit-duit syiling emas sebab kedudukan di bahagian bawah beg sekali. Terkejut juga pada mulanya. Bila dibuka, hanyalah magnet-magnet di fridge magnet....kami kumpulkan satu tempat fridge-fridge magnet yang dibeli di Barcelona, Paris dan Doha. Jadi memang banyak la.....

Selesai pemeriksaan kastam dan imigresen, kami terus menuju ke Lounge yang disediakan untuk penumpang Business Class Qatar Airways. Boleh baca perkongsian saya di Layanan Istimewa di Hamad International Airport 


3 jam juga kami berehat di Lounge ini sebelum menaiki pesawat balik ke Kuala Lumpur.

Satu pengalaman yang cukup indah buat kami... diberi peluang bercuti yang ditanggung kos penerbangan dan penginapan untuk percutian Barcelona- Paris - Doha ini. Dan bertambah manis kerana diberi tiket penerbangan business class dan tiket VVIP perlawanan bolasepak team Barceloan FC.

Terima Kasih Qatar Airways


~mat-drat~






BOOK YOUR FLIGHT WITH QATAR AIRWAYS





No comments:

Post a Comment