PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Tips Dan Panduan Bercuti
Kali ni Mat Drat nak share pula pengalaman percutian Mat Drat ke Pulau Redang beberapa bulan lalu. Tak teringat langsung yang trip ni belum update di blog.
Bila kawan tanya
"Mana ko punya cerita Percutian Pulau Redang? Tak jumpa pun dalam blog. Aku jumpa cerita Pulau Perhentian je"
Dan baru lah Mat Drat teringat, trip Pulau Redang ni belum update lagi kat blog. Dah buat 3 "trip pulau" lain, tapi Pulau Redang masih tak update lagi kat Blog. hu hu hu...
2 bulan lepas Mat Drat dan Cik Isteri dalam trip 'terkejut' ke London, dari London lajak ke Scotland kononnya nak buat trip ke isle-isle di Scotland yang cantik tu. Trip London-Scotland ni nanti Mat Drat share detail. Baru siap draft/intro je. Tu pun tulis 1-2 hari sebelum ke London.
Dan sebelum ke London, ada 1 weekend tu Mat drat buat trip terjah ke Pulau Pangkor dan terus lajak ke Taiping dan ke Pulau Pinang. Yang ni Mat Drat share kat blog lepas update trip London - Scotland tu ye.
ππ Percutian Ke Pangkor
Sebelum cerita panjang pasal Pulau Redang ni, Mat Drat cadang nanti baca lah juga perkongsian Percutian di Pulau Perhentian.
Untuk trip Pulau Redang ini, selain Mat Drat kongsikan tips ke sini, ada juga perkongsian berkenaan Laguna Redang Island Resort, iaitu entry ala review (review tak berbayar ye). Mat Drat ke Pulau Redang menginap di resort ni. Mana la tahu ada yang nak menginap di sini.
......................................................................
Jemput juga baca perkongsian Trip Pulau Tioman.. Bestttttt
...................................................................... Edited (2022)
Singgah juga perkongsian Trip Mat Drat ke Pulau Kapas ye nanti. Rata-rata pulau sekarang ramai orang, maklumlah pasca pandemic ni tak ramai yang bercuti ke luar negara lagi sekarang. Plan ke Pulau Kapas ni last minit, seminggu sebelum pergi, tapi nasib baik dapat chalet cantik!
ππ Percutian ke Pulau Kapas
Pulau Kapas ni sebenarnya ramai juga yang pergi Day-Trip je. Nanti Mat Drat kongsi kan juga kalau yangnak pergi Day-Trip Pulau Kapas.
Baru-baru ni, Mat Drat ke Pulau Redang lagi. Tapi buat Day-Trip Pulau Redang je. Pun besttttttt
ππ Percutian ke Pulau Redang - Day Trip
Sebelum tu...jemput singgah Instagram Mat Drat dan kita saling follow memfollow
........................................................................
PULAU REDANG
Sedikit info
- Terletak di Terengganu. Semua dah tahu kan...
- Pulau Redang merupakan antara pulau terbesar di pantai timur semenanjung.
- Antara pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian pulau di negeri Pahang/Terengganu... selain Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Kapas.
- Bila sebut Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman ni.... Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih' ...
- Percutian ke Pulau Redang ni sesuai untuk semua, tak kiralah ia percutian bersama keluarga, percutian bersama rakan-rakan atau pun percutian honeymoon.
Masa Paling Sesuai / Best ke Pulau Redang
- Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Redang akan ditutup dari November sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun.
- Tempahan bilik akan mula dibuka untuk penginapan mulai bulan Mac.
- Kalau yang buka bulan Februari tu, kena tanya betul-betul pihak resort atau chalet tersebut.
- Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat. Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll). Feri nak ke Pulau Redang pun tak beroperasi.
- Dan musim paling best dan terbaik ke Pulau Redang ni ramai kata adalah pada bulan April - September.
- Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun.
- Awal Mac pula, biasanya musim tengkujuh/ hujan mulai reda. Waktu ni mungkin ombak masih agak kuat.
- Dan kena ingat juga, cuaca ni pun sukar nak jangka. Ada kala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit.
- Dan kalau pergi bulan April - September tu, memang bukan musim tengkujuh/monsun tapi kalau hujan anggap kira nasib tak berapa baik la.
Nota /Ingatan
Kalau boleh elakkan lah bercuti ke Pulau sewaktu musim tengkujuh. Biasa pantai timur, Nov tu dah start musim hujan.
Jika dah terbuat tempahan, sebelum pergi tu lihat la laporan/ramalan cuaca dulu.
Mat Drat ternampak satu video ni di FB, semua dlm bot mengucap tak henti-henti bila tiba tiba dipukul ombak besar semasa nak ke pulau.
........................................................................
Pulau Perhentian, Pulau Redang Atau Pulau Tioman? Mana Best
- 2 tahun dulu masa Mat Drat nak ke Pulau Perhentian, soalan ni juga yang Mat Drat cari jawapan.
- Waktu tu Mat Drat nak pilih pulau yang paling sesuai bawa anak-anak bercuti. Dan tujuan percutian pulau masa tu sebab nak ajak anak-anak snorkeling.
- Waktu tu Mat Drat pilih Pulau Perhentian berbanding Redang atau Tioman sebab
- Kos percutian nampak lebih murah
- Pilihan resort/chalet lebih banyak
- Nak makan agak banyak pilihan
- Tempat snorkeling macam lebih sesuai untuk anak-anak
- Waktu ke Pulau Perhentian tu, anak-anak memang happy gila...3H2M, penuh aktiviti. Relax dan enjoy.
- Balik dari situ, terus pasang niat nak datang lagi. seronok....
- Tapi kali ni Mat Drat ke Pulau Redang pula, kali ni dengan rakan-rakan.
- Kami pilih Pulau Redang sebab dapat offer package 3H2M yang cukup 'baik' dari Laguna Redang Island Resort.
- Dan balik dari Pulau Redang ni, rasa lebih seronok pulak Pulau Redang ni berbanding Pulau Perhentian. Sebabnya.... (semua sebab snorkeling)
- Banyak point snorkeling
- Depan resort pun best
- Snokeling di laut dalam lagi best. Ikan banyak.
- Snorkeling di turtle point sangat puas hati, penyu sangat jinak (mungkin sebab lapar kot). Penyu tanpa segan berenang dengan kita.
- Snorkeling dan bersantai Marine Park pun best.
- Jadi kalau tak bawa anak-anak kecil, Mat Drat rasa Pulau Redang lagi best kalau aktiviti snorkeling keutamaan. Bukan apa, nanti kesian anak-anak kecil tak dpt snorkeling tengok mak ayah dia je snorkeling.
( Edited ) (lepas balik Pulau Tioman)
Macam lagi best Pulau Tioman. Pengunjung/pelancong tak seramai di Pulau Redang. Pengalaman bersnorkeling di Pulau Tioman lagi mengasyikkan. Cuma tak sesuai utk anak-anak kecil utk aktiviti snorkeling.
(lepas balik Pulau Kapas)
Enjoy juga di Pulau Kapas ni. Tenang. Paling best berkayak kat sini sebab ombak tak kuat. Nanti baca ye!!
Naik Feri di mana?
- Pulau Perhentian : Naik di Jeti Kuala Besut, Terengganu. Dah hujung Terengganu ye, dah nak ke Kelantan.
- Pulau Redang : Naik di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu atau Jety Merang
- Pulau Kapas : Naik di Jeti Marang, Terengganu.
- Pulau Tioman : Naik di Jeti Mersing atau Tanjung Gemok, Johor.
.......................................................................
Feri / Bot Ke Pulau Redang
Ada 2 pilihan. Boleh pilih ;- Naik Feri dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu atau
- Naik Bot dari Jeti Merang (bukan Marang ye!!). Jeti Marang ke Pulau Kapas!
Mat Drat dah naik di dua dua jeti ni, Syahbandar dan Jeti Merang. Mat Drat lagi suka naik di Merang. Senag parking dan lagi cepat sampai.
1. Ferri dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
- Di sini kita menaiki feri saiz medium atau besar untuk ke Pulau Redang.
- Masa perjalanan ke Pulau Redang dlm 1 jam 1/2 ke 2 jam.
- Jeti ni berdekatan dengan Pasar Payang, Drawbridge dan Pulau Warisan.
- Jika ke sini menaiki bas ekspress, jeti ini juga paling senang sebab dekat.
- Jarak dari Station Bas Kuala Terengganu (Hentian Bas MPKT) pun tak jauh, hanya dalam 1km meter. kalau jalan kaki dalam 10 minit.
- Kalau naik teksi, teksi akan berhenti betul-betul dihadapan jeti. Nak balik pun senang, biasa driver teksi pun memang akan tunggu feri tiba dari Pulau Redang tiba, jadi jangan risau kalau nak ambil teksi dari jeti ke station bas atau airport.
- Yang bawa kereta, boleh park kereta di kawasan berdekatan jeti ni. RM10 sehari kalau kawasan khas tu.
- Ini gambar-gambar sewaktu Trip Mat Drat naik di Jeti Shahbandar :
 |
| Jeti Shahbandar : Terminal Penumpang |
 |
Kaunter Tiket Feri di hadapan pintu masuk.
Di sini juga 'abam-abam' dan 'pakcik-pakcik' teksi akan menunggu penumpang yang turun dari feri (tiba dari pulau)
|
 |
| Harga feri ke Pulau Redang |
 |
Antara resort-resort di Pulau Redang. Ada yang dah tak beroperasi ye!!
|
.
 |
1. (atas) Tiket Marin Park valid untuk 3 hari. Akan digores pada hari dibeli.
2. (bawah) Boarding pass (tiket feri). Pastikan pintu nombor berapa. Jangan salah feri. |
 |
Ruang menunggu. Ada juga ruang menunggu berhawa dingin, tapi agak 'crowded' |
Tips/Info- Untuk memudahkan, elok beli tiket return (pergi balik) terus.
- Selain kena beli tiket feri, kena juga beli tiket Taman Laut. RM 5 seorang utk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
- Dah beli tiket, pastikan 15 minit sebelum dah berada di jeti.
- Mat Drat dan rakan-rakan ambil pakej Laguna Redang Island Resort, kami ada kaunter khas dan ada feri khas.
 |
Kaunter Tiket Marine Park
RM 5 / RM 2
|
- Feri muat dalam 260 orang, biasanya akan penuh. Dalam feri ada TV dan aircond.
- Kalau masuk awal, ambillah 'upper deck', nanti boleh keluar tengok pemandangan masa perjalanan ke pulau.
- Yang mabuk laut, makan la pil mabuk laut ye (elak mabuk), makan awal 30 minit sebelum berlepas.
- Walau pun naik feri (agak besar), kalau tak biasa mesti mabuk punya.
- Bawa plastik muntah, dalam ni duduk kerusi bersambung. Sorang muntah nanti biasanya kita yang dengar / nampak dia muntah, pun akan 'ter'muntah jugak.
 |
Pastikan ke pintu 'check point' yang betul.
|
 |
Check-in....ready...and....go
|
 |
Trip paling awal. 9:30am
|
 |
| Suasana dalam feri. Selesa |
 |
Plastik Hitam....Untuk yang nak muntah... Dah ada.
Tapi bawa sendiri pun tak ada masalah.
|
Pasar Payang
- Jeti ni terletak berdekatan Pasar Payang.
- Balik dari Pulau Redang nanti, JANGAN lupa singgah Pasar Payang dan beli buah tangan dari sini. Macam-macam ada, kerepok lekor, keropok keping, dodol Terengganu,. serunding , kuih-kuih.
- Kat sini pun senang nak dapatkan baju batik dan songket Terengganu.
 |
| Pasar Payang |
 |
| Pelbagai produk tempatan di Pasar Payang ini. |
................................................................
2. Bot dari Jeti Merang Ke Pulau Redang
- Jika dari KL, jeti ni (Jeti Merang) ke atas sedikit dari Kuala Terengganu.
- Jeti ni terletak di daerah Setiu dan jaraknya lebih dekat ke Pulau Redang.
- Dengan speed bot, ambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan.
- Trip terawal 8:00am dan terakhir 3:00pm
- Harga Tambang bot adalah sama seperti naik feri di Jeti Shahbandar.
- Di Pulau Redang, bot akan ke beberapa jeti seperti Jeti Kampong, Jeti Laguna, Jeti Pelangi dan Jeti Kalong. Kira semua lokasi resort/chalet akan ada bot.
- Mat Drat lebih suka naik di sini sebab
- size boyt kecil (tak ramai penumpang)
- tempat parking banyak/senang
- masa lebih cepat ke Pulau Redang
- boleh singgah tempat menarik sebelum ke/selepas balik Pulau Redang
Boleh je booking bot online kat KLOOK. jimat sikit. Hari tu pun naik bot mereka ni, mereka ada dalam 9-10 bot)
ππππ
Klook.com
.........................................................................
3. Jeti di Pulau Redang
- Di Pulau Redang, tak semua resort ada jeti. Jadi kalau naik feri (naik dari shah bandar), tak semua feri akan turunkan penumpang di jeti.
- Bagi resort yang tiada jeti, oleh sebab feri besar, maka feri tidak akan turunkan penumpang di pantai tetapi penumpang akan dipindahkan ke bot/tongkang apabila menghampiri pantai. Bot/ Tongkang ni yang akan bawa penumpang ke pantai.
- Dari situ nanti, naik 'transport' yang disediakan ke resort masing-masing.
- Kalau naik bot, takde masalah. Bot akan terus ke jeti resort yang berkenaan.
- Jadi macam biasalah, kalau ke Pulau Redang bawalah beg yang sesuai. Guna lah beg galas (backpack) dan jangan pula guna beg beroda. Agak susah bergerak kalau bawa beg beroda pergi pantai/pulau.
 |
| Dari Feri, akan naik bot /tongkang ni ke pantai jika resort tu tak ada jeti. |
 |
| Transfer pulak dari bot/tongkang ke 'carrier' ke resort. Kir amacam pickup la. |
 |
Transport untuk ke resort. Kalau resort dekat, jalan kaki je.
|
.........................................................................
Tambang Feri/Bot ke Pulau Redang
- Dewasa : RM 55 sehala / RM 110 pergi balik
- Kanak-kanak : RM 30 sehala / RM 50 pergi balik
(Try booking tiket bot melalui KLOOK di atas, cepat, lebih senang dan murah sikit. Dapat beli dengan harga RM 52 waktu promosi)
Jadual Feri Kuala Terengganu ke Pulau Redang
- Jeti Shabandar ke Pulau Redang : 9:00am, 10:30am, 3:00pm
- Jeti Merang ke Pulau Redang : Seawal 8.00am
- Pulau Redang ke Shahbandar : 7:00am, 11:00am, 1:00pm
- Tapi Check jadual terkini ye dengan pihak resort/pihak bot!!
- Pastikan sampai awal di jeti untuk urusan pendaftaran dan parking dll.
- Sampai di pulau nanti, semak semula ye terutama jadual waktu balik.
- Untuk weekday, tanya pihak resort jadual feri ke Pulau Redang, tak silap hanya ada 2 trip feri sahaja pada hari tertentu.
....................................................................................................
Pengangkutan Ke Kuala Terengganu
Kalau dari KL, ada beberapa pilihan. Paling cepat naik flight, nak jimat pula naik bas.
1. Kapal Terbang
- Nak cepat, naik pesawat je.
- Boleh pilih penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly atau Malindo Air dan terus ke Kuala Terengganu.
- Dari Airport Kuala Terengganu boleh ambil teksi ke Jeti Shahbandar.
- Biasa yang naik flight ni, akan ambil pesawat paling awal ke Kuala Terengganu sebab nak kejar feri ke Pulau Redang pula.
- Nak kalau booking tiket flight, nak balik tu ambil lah flight lewat petang atau sebelah malam
- Atau boleh juga ambil flight sehari sebelum, dan menginap di hotel di Kuala Terengganu. Malamnya boleh pusing-pusing Kuala Terengganu.
2. Kereta / Bas
- Kalau drive kereta atau naik bas ekspress, ambil masa lebih kurang dalam 6 jam pemanduan KL - Kuala Terengganu.
- Dari Gombak, terus masuk KL-Karak Highway dan bersambung ke LPT1 dan seterusnya LPT2.
- Nak isi petrol di LPT 2 tu masalah sikit, jadi Mat Drat cadangkan pam la minyak penuh-penuh di RnR Gambang. Sampai tu nanti ke Kuala Terengganu.
- Kos Tol lebih kurang RM 50.00 (sehala) untuk kereta dari Kuala Lumpur
- Jika bertolak dari KL (drive), elok bertolak sehari awal sebab feri ke Pulau Redang agak awal.
- Mat Drat cadangkan ambil feri awal 9:30 am, sampai di sana resort boleh berehat dahulu dan sebelah petang boleh terus dengan aktiviti.
- Yang nak naik bas ekspress, ada beberapa syarikat yang tawarkan perjalanan ke Kuala Terengganu (KT), antaranya
- KL - KT : Sani Ekspress, Transnational, SP Bumi, Sykt Adik Beradik
- JB - KT : KKKL, Sykt Adik Beradik
- Peneng - KT : SP Bumi, Cepat Ekspress
- Semua ni ada trip tiap-tiap hari ke KT. Nak senang, beli online je.
...........................................................
Sarapan Sedap di Kuala Terengganu
- Mat Drat hari tu bergerak tengah malam dalam jam 12am lebih lebih dari KL. Sempat bersolat subuh di satu masjid di Kuala Terengganu, dan bersarapan di sini sebelum ke jeti.
- Ada beberapa tempat makan/ sarapan best di Kuala Terengganu ni, jadi ambil la peluang merasai keenakan menu sarapan pagi di Kuala Terengganu.
- Nasi Dagang atau Nasi Kerabu antara menu yang wajib di cuba.
- Antara yang popular di sini
- Nasi Kerabu Fauzi
- Nasi Dagang Atas Tol
- Nasi Dagang Warisan
- Tapi kena ingat, yang tempat popular/viral ni, akan ramai orang. Nak makan pun tak selesa nanti.
- Kalau naik bot di Jety Merang, boleh sarapan di satu warung ni, masakan pun sedap. Tak jauh dari jeti.
 |
Kami sampai KT awal pagi. Sekitar 7am, kami terus ke Fauzi Nasi Kerabu |
 |
| Bukan selalu dapat makan nasi kerabu kat Terengganu ni |
.......................................................................
Hotel / Resort di Pulau Redang
- Hotel/resort di Pulau Redang tidak sebanyak di Pulau Perhentian ye.
- Lokasi tumpuan Mat Drat rasa hanya di area Pasir Panjang (Long Beach).
- Dan ada juga beberapa resort di lokasi tertentu (di area resort kepunyaan Berjaya Group).
- Mat Drat menginap di Redang Laguna Resort. Review penuh di link yang Mat Drat share di atas tadi.
 |
| Kebanyakan resort berada di area Long Beach / Pasir Panjang |
.......................................................................
LOKASI : LONG BEACH
- Sini lah kawasan paling utama jadi tumpuan kalau yang datang bercuti di Pulau Redang.
- Di kawasan ni, pada sebelah malam agak meriah tapi tak la semeriah seperti pantai Long Beach di Pulau Perhentian.
- Pantai di sini memanjang dan memutih. Memang mendamaikan dan menenangkan. Air semestinya jernih.
- Nak makan, di sini la paling senang sebab ada banyak resort dan ada beberapa cafe.
- Ada beberapa resort di sini, dan 5 resort ni sahaja yang Mat Drat jumpa link untuk buat tempahan.
- Mat Drat menginap di Laguna Redang Island Resort , ambil full package 3D2N dengan pihak resort.
- Satu trip lagi, Mat Drat buat DAY TRIP sahaja ke Pulau Redang.
....................................................................................................
LOKASI : KAMPUNG BARU / BERJAYA RESORT
- Ada beberapa resort / chalet di area ni.
- Kawasan ni berdekatan dengan kampung baru yang juga terdapat sebah masjid dan penempatan penduduk di Pulau Redang.
- Lokasi ini juga tidak jauh dari Lapangan Terbang / Airport Pulau Redang
1. The Taaras Beach & Spa Resort - Resort Berjaya Group
- Ramai minat menginap di sini
- Satu-satunya resoret 5 star di Redang
- Terletak di utara airport
2. Redang Island Resort - Terletak agak ke selatan
- Agak hampir dengan Marine Park Redang.
3. Redang De Rimba Resort
- Tidak terletak di tepi pantai, mungkin sebab tu nama dia "De Rimba"
- Jarak ke pantai dalam 400-500 meter
- Resort yang cantik
ππ
|
ππ
|
ππ
|
|
....................................................................................................
Aktiviti di Pulau Redang

Ada yang datang untuk bercuti semata-mata, dan ada yang datang untuk program family day atau pun team building.Ada juga yang datang ke sini, buat majlis resepsi perkahwinan. Memang umhhh la majlis tu, buat tepi pantai. Memang special la...
Mat Drat kongsi di entry berikutnya, bab aktiviti di Pulau Redang ni sebab banyak gambar nak share.
......................................................................................................
Tempat Makan di Pulau Redang
- Nak senang, ambil sahaja pakej bilik dengan makan sekali kalau resort tu ada sediakan.
- Cuma kalau ambil pakej sekali makan (jika ada), harga memang sedikit mahal lah.
- Nak jimat pula, boleh makan di beberapa cafe / restoran yang terdapat di area sini. Boleh kata semua resort -resort di sini ada cafe mereka sendiri atau pun cafe bersebelahan resort mereka.
- Bagi yang menginap di area Long Beach, boleh ke area Redang Pelangi Resort / Redang Lagoon Resort dan Redang Bay Resort, di area situ ada beberapa cafe / restoran.
- Harga Makanan di Pulau Redang ni tak mahal sangat berbanding di 'tanah besar'. Kalau nasi goreng biasa RM 6-7, di sini dalam RM9-12
- Waktu malam pula, kalau nak bersantai-santai sambil layan live performance boleh ke Laguna Redang Island Resort. Di sini ada cafe.
 |
Tak ada aktivti waktu malam.
Order segelas orange juice dan layan sahaja live performance |
....................................................................................................
Pakej Murah ke Pulau Redang
Jika mencari pakej percutian murah ke Pulau Redang, boleh cuba hubungi nombor di bawah:
Nanti Mat Drat kongsikan no contact owner di Jeti Merang
...................................................................................................
Tips Lain ke Pulau Redang
- Mat Drat kongsikan juga tip-tips lain kalau ke Pulau Redang. Pembaca yang nak tambah, amat Mat Drat alu-alukan. Boleh juga info dan tips yang dikongsikan beri manfaat kepada pembaca lain.
- Pulau Ditutup
- Resort ditutup mulai 1 November setiap tahun
- Resort akan dibuka semula pada Februari
- Beg
- Bawa beg yang sesuai seperti backpack
- Jangan bawa beg beroda. Sini kawasan pantai dan berpasir
- Kasut / Selipar
- Jangan lupa bawa selipar / sandal yang sesuai
- Air Mineral
- Air Mineral yang dibekalkan oleh resort agak limited, jadi boleh bawa bekalan air mineral sendiri kerana nak mencari air mineral agak susah di sini. Tak banyak kedai.
- Aktiviti Snorkeling
- Boleh hubungi sahabat Mat Drat, En Adli. (Jadi sahabat selepas ambil pakej snorkeling ke Turtle Point dengan dia)
- Adlie :017 9639672 ππKlik untuk terus whatsapp
Mat Drat rasa sini dahulu, Mat Drat share di entry berikutnya "aktiviti di Pulau Redang"
~Mat Drat
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!