Monday, 8 October 2018

Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson

Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson

Mat Drat sambung dari entry sebelum ni....  menginap di PNB Ilham Resort. 

Aktiviti Mat Drat dan rakan-rakan pada pagi ni adalah 'mendaki' ke Rumah Api Tanjung Tuan. Tak jauh pun dari PNB Ilham Resort ni, betul-betul di hadapan resort.

Jadi perkongsian ni lebih kepada perkongsian gambar-gambar ketika Mat Drat dan rakan-rakan ber'jungle trekking' ke Rumah Api Tanjung tUan ni.



Rumah Api Tanjung Tuan

Sedikit perkongsian mengenai Rumah Api Tanjung Tuan ni terlebih dahulu.
  • Ia merupakan rumah api tertua di Malaysia.
  • Ketinggiannya struktur rumah api ini adalah 24 meter.
  • Ia terletak di tanjung yang juga merupakan 'point' tersempit Selat Melaka. Laluan tersempit Selat Melaka ini adalah di antara Tanjung Tuan dan Pulau Rupat, Indonesia. Jarak antara keduanya hanya 24 km.
  • Jadi, kedudukan rumah api ini sangat strategik untuk mengawal dan memantau kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.
  • Rumah Api Tanjung Tuan ini teletak di kawasan Taman Rekreasi Tanjung Tuan dan ia di bawah pentadbiran negeri Melaka dan dikelilingi oleh kawasan / tanah Negeri Sembilan.
  • Ia dibawah penyeliaan Majlis Perbandaran Alor Gajah walaupun menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Port Dickson.
  • Lokasi pintu masuk terletak di hadapan PNB Ilham Resort.
  • Bayaran untuk masuk dikenakan RM1
  • Rumah Api Tanjung Tuan ini juga merupakan tempat kegemaran penggemar dan pencinta burung kerana ia merupakan destinasi persinggahan hampir 300,000 ekor burung setiap tahun. 



Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan

Sebelum 'mendaki', kita ambil tahu serba sedikit sejarah mengenai Rumah Api Tanjung Tuan ni.
  • Rumah Api Tanjung Tuan ini juga dikenali dengan nama Cape Rachado Lighthouse.
  • Ia asalnya dibina oleh pihak Portugis sekitar pada kurun ke -16 sewaktu kedatangan pihak Portugis ke Melaka.
  • Cape Rachado diberikn nama oleh pelayar Portugis yang bermaksud Broken Cape atau tanjung patah.
  • Mengikut catatan pihak British, rumah api ini dibina oleh British pada tahun 1863.
  • Rumah api yang ada sekarang, adalah rumah api yang dibina oleh pihak British
  • Jika mengambil kira tahun 1863, ia tetap merupakan rumah api tertua di Malaysia.
  • Rumah api ini sangat penting ketika zaman penjajahan dahulu kerana ia terletak di point laluan tersempit Selat Melaka. Kedudukan yang sangat strategik.

Ke Rumah Api Tanjung Tuan

Untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan ini, para pelawat perlu masuk melalui pintu Taman Rekreasi Tanjung Tuan yang terletak terletak di hadapan PNB Ilham Resort.

Ada kaunter di hadapan pintu masuk tersebut dan bayaran RM1 dikenakan untuk memasuki kawasan ini.

Dari pintu masuk tu ada dua laluan, sama ada ingin menggunakan laluan ber'tar' atau laluan 'jungle trekking'

Mat Drat bersama rakan menggunakan laluan 'jungle trekking' untuk naik dan turun menggunakan laluan ber'tar'.

Mat Drat rasa berbasikal ke atas juga dibenarkan di laluan bertar sebab sewaktu turun, Mat Drat terserempak dengan beberapa cyclist yang mengayuh ke atas. Tapi nampak agak 'terseksa' juga mengayuh ke atas tu. Maklumat lanjut jika ingin berbasikal ke atas, cuba dapatkan info dari kaunter masuk, Mat Drat tak pasti.

Pengunjung hanya dibenarkan berada disekeliling rumah api, tidak dibenarkan masuk di dalam kawasan berpagar.

Berhati-hati ketika melalui kawasan menghadap laut (Selat Melaka) kerana laluan agak sempit dan juram.


Jungle Trekking ke Rumah Api Tanjung Tuan

Mat Drat bersama rakan naik ke atas ( ke rumah api) melalui laluan jungle trekking.

Walau pun ada laluan, sebaik-baiknya pergi dengan mereka yang pernah melalui kawasan ini.

Laluan agak berbukit (turun naik) tetapi tidak terlalu mencabar, boleh dilalui oleh orang yang tidak biasa ber'jungle trekking'.

Ada beberapa kawasan 'semak' dan agak lecak jika selepas hujan.

Pesanan Mat Drat, nak melalui guna laluan jungle trekking ni :
  1. Pergi dengan mereka yang pernah melalui kawasan ni.
  2. Pakai kasut yang sesuai. Kalau boleh pakai kasut outdoor / jungle trekking.
  3. Pakai baju lengan panjang
  4. Walau laluan pendek, bukan hutan sebenar...mulut jangan celupar.

Jom ikut Mat Drat naik ke rumah api .....


Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Pintu Masuk untuk menuju Rumah Api Tanjung Tuan



Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Kita orang nak mendaki... tapi adik-adik dari Politeknik PD ni sampai dulu,
jadi bagi mereka naik dahulu. Tak lah nanti crowded sangat kat atas tu.



Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Mat Drat and the gangs.....


Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Dah ready nak ber'jungle trekking'

 Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Kaunter dan Balai Penerangan. Jangan lupa tulis nama di buku log ye.



Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Antara laluan yang bakal ditempuhi...turun dan naik.


Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Macam biasa bila di dalam hutan....jalan ikut satu barisan.
Ingat siapa di hadapan dan siapa dibelakang, jangan sampai ada 'orang lain' yang masuk barisan.


Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Ada kawasan agak semak dan berbukit, dan agak licin lagi-lagi lepas hujan.
Jadi elok pakai kasut outdoor dan baju berlengan panjang


Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Jap.....Mat Drat nak ambil gambar masuk blog!!!!


Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Dalam hutan pun boleh selfie...cuma jangan over. Sebelah Mat Drat tu Vlogger Good Widow



Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Jangan risau, tak perlu panjat pokok besar yang tumbang ni, laluan dibawahnya pun cukup luas.


Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Agak mencabar jugak la trek ni...boleh berpeluh..


Dalam 15-20 minit melalui kawasan semak / hutan , akhirnya tiba di kawasan trek/laluan yang bersimen. 

15-20 minit sebab kami agak ramai, jadi pergerakan agak perlahan.



Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Sampai di kawasan trek bersimen, baru sempat untuk menghilangkan lelah seketika.. Jadi elok la bawa air mineral, botol kecil pun dah okey.


Di sini, ada laluan terus ke bawah menuju ke Pantai.... Tapi nak ke sana, pastikan datang dengan mereka yang pernah ke sini.



Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Walau pun dah tamat kawasan semak / belum sampai lagi ke Rumah Api Tanjung Tuan ye.  Kena melalui trek yang disediakan.
Tapi jangan risau, ia agak landai dan tak jauh... 


Jungle Trekking Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Laluan ber'tangga' dalam beberapa puluh meter je, kemudian akan tiba di jalan yang agak landai ni.



Trek Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Dan akhirnya..... tiba juga.
Ha ha ha... tapi baru tiba di jalan utama menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan, ini laluan bertar menuju ke rumah api tu.
Kena mendaki lagi rupanya..... Nasib baik ramai, jadi tak la rasa letih sangat.





4 orang belakang tu atlet dan kaki panjat gunung.
'Kacang' je Rumah Api Tanjung Tuan ni.



Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Dan akhirnya sampai dah....dalam 5 minit je melalui jalan bertar tadi.
TAPI.....
Kena mendaki tangga la pulak rupanya nak ke rumah api tu...Aduhai...




Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Satu kemenangan bila sampai ke puncak walau dengan merangkak tangga!!


Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Ni laluan di belakang rumah api. Jangan bergurau di kawasan ni, tinggi tebing bawah tu...
dan bawah tu pokok-pokok dan batu batu ye....



Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Sambil menghilangkan lelah, kami mendengar sedikit taklimat dan kisah dari juru pandu kami.

Antara yang Mat Drat ingat apa yang dikata oleh juru pandu kami...

  • Kalau cuaca cantik (cerah), boleh nampak Indonesia dari sini. Pulau Rupat yang Mat Drat bagi tahu di atas tadi.
  • Di bawah tu kalau lihat betul-betul boleh nampak satu kawasan pertemuan 3 arus, jadi akan ada kawsan 'berpusar' dan sangat merbahaya.



Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Muka-muka serius ...atau muka-muka keletihan. Tak tahu la...

Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Agak berkabus, jadi Pulau Rupat tak kelihatan





Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Nak bergambar mcam ni, kena bergambar kat kawasan hadapan ye. Kawasan 'belakang' tadi tak sesuai nak bergambatr sebab sempit.


Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Mendaki punya lama....Kat atas ni sekejap je. Dan turun bawah...
Kalau petang-petang layan sunset ni, mesti cantik ni.


Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Kami dah sampai di bawah, cyclist ni baru nak mengayuh ke atas. Memang mantap la kalau kayuh sampai ke atas.




Tandas ada...depan kaunter di pintu masuk.


Peta  Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Peta Taman Reakreasi Tanjung Tuan. 








Tempat / Aktiviti Menarik di Rumah Api Tanjung Tuan


Selain ke Rumah Api Tanjung Tuan ini, sebenarnya di kawasan Taman Rekreasi Tanjung Tuan ini ada lagi 2 tempat lain juga yang sering disinggahi oleh pengunjung. 



1. Bukit Batu Putih



Bukit Batu Putih ni sering kali dikunjungi oleh mereka yang inginkan kelainan. Tapi tempat ni tak sesuai ye datang dengan kanak-kanak kerana lokasinya yang agak merbahaya.

Pemandangan dari Bukit Batu Putih ini yang agak cantik, menjadikan ia sering dikunjungi, lagi-lagi oleh mereka yang memenati hiking dan adventure.

Mat Drat baru ni tak dapat ke Bukit Batu Putih ni kerana atas faktor keselamatan, malam tadinya dah hujanlebat....jadi rasa agak berisiko nak ke sini (pesan juru pandu arah kami). Tak apa lah, lain kali Mat Drat cuba ke puncak Bukit Batu Putih ni.

Mat Drat kongsikan gambar yang diambil dari Google Map sahaja. Nak lihat gambar-gambar lain, boleh lihat di google map atau pun di Instagram...agak banyak yang dikongsi oleh netizen. Memang menarik....

Batu Putih Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Puncak Bukit Batu Putih Tanjung Tuan
(Sumber : Google Map )


Pantai Pulau Intan Tanjung Tuan


Di kawasan Tanjung Tuan ni juga ada pantai yang agak cantik. Tetapi nak ke sini kena  melalui laluan jungle trekking. Ada trek dia untuk sampai ke pantai ni.

Pantai ni agak cantik tetapi sunyi, tidak ramai yang mandi manda di sini.

Peringatan
Elakkan ke sini menggunakan laluan air dengan sampan / kayak / bot kecil sebab di hujung Tanjung Tuan ni ada satu kawasan putaran air. Agak bahaya. Orang tempatan rasanya tahu.

Mat Drat diberitahu oleh juru pandu arah kami sewaktu kami berehat di Rumah Api Tanjung Tuan. Sehari sebelum mendaki pun, salah seorang ahli kumpulan Mat Drat ada berkongsi kisah salah seorang keluarga/saudara terdekat beliau meninggal lemas kerana bot/sampan yang mereka naik terbalik ketika menuju ke kawasan ini. Bila kejadian tu berlaku Mat Drat tak ingat.

Pun sama.... Mat Drat kongsikan gambar yang diambil dari Google Map sahaja. Nak lihat gambar-gambar lain, boleh lihat di google map atau pun di Instagram...


Pantai Pulau Intan Rumah Api Tanjung Tuan Port Dickson
Pantai Pulau Intan Tanjung Tuan Port Dickson





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡



Tuesday, 2 October 2018

PNB Ilham Resort Port Dickson




Entry ni nak share sikit je pasal pengalaman menginap di PNB Ilham Resort beberapa bulan lepas. Dah alang-alang menulis sikit pasal PD, tulis juga lah sikit pasal pengalaman menginap di PNB Ilham Resort ni.


Sebenarnya di kali ke 3 atau ke 4 Mat Drat menginap di sini. Kali terakhir rasanya 7-8  tahun lepas, tak pun mungkin 9-10 tahun lepas. Memang dah lama sangat tak jejak kaki ke sini.

Kali ni ada program yang Mat Drat sertai di sini dan person in-charge pilih PNB Ilham Resort ni untuk program ni.


Dulu-dulu Mat Drat selalu menginap kat sini atas 2-3 sebab...
1. Resort ni tak terlalu crowded bila weekend
2. Swimming pool pun tak crowded, yang mandi pun tak ada 'mencolok' mata
3. Bilik / unit apartment luas
4. Sebelah dengan Pantai Tanjung Biru ( Blue Lagoon)


👉👉 Pantai-pantai di Port Dickson












Pengalaman menginap di 2018

Selepas beberapa tahun, kali ni Mat Drat kembali menginap di sini. Dari luar tak banyak berubah, masih sama.... 

Dan bila masuk ke bilik, terasa sangat sunyi PNB Ilham ni.... mungkin sebab hari Ahad kot, lagi pun petang. Biasa hari Ahad kan, yang bercuti hujung minggu mungkin dah check-out, jadi tu yang nampak dan rasa sunyi kot.

Selain kumpulan Mat Drat dalam 30 orang, ada satu group lagi (mungkin satu bas) pelancong dari China / Hong Kong dan beberapa tetamu hotel lain.

Mungkin semakin banyak hotel-hotel baru di Port Dickson ni, jadi pilihan pengunjung semakin banyak.


Mat Drat berkongsi dengan 2 rakan lain untuk apartment 3 bilik. Jadi bilik sangat la luas. Hall luas... Jadi terasa sangat sunyi tambahan pula rakan sebilik belum sampai petang tu. 

Masuk bilik dan paling tak boleh lupa, set 'mini-kompo' / Midi Hi-Fi Panasonic masih ada macam dulu-dulu,  masih berfungsi. Barang rare ni.... He he he


Jom lihat sedikit gambar .....



Dari simpang luar... Mat Drat masih kenal dengan logo ni walau dah  hampir 10 tahun tak menginap di sini.


Jalan menuju ke PNB Ilham Resort 

PNB Ilham Resort.
Berhadapan / bersebelahan dengan Rumah Api Tanjung Tuan / Cape Rachado Lighthouse

Nanti baca entry berikutnya, pengalaman Mat Drat ber'jungle trekking' ke Rumah Api Tanjung Tuan.


Jom lihat  bilik pulak....


Living Hall...luas.. (sorry gambar blur la pulak)

Perabot asal.... dan tu dia mini kompo / set  midi Hi-Fi


Lejen ni.... set  midi Hi-Fi. Boleh la bawa kaset kalau masih ada


Master Bedroom
Besar sungguh bilik dia..... duduk sorang-sorang makin terasa betapa besarnya bilik ni

Bilik air

Bentang 'toto' pun selesa kat sini.
'Bantal peluk' besar tu pun masih ada... macam dulu-dulu


Bilik lagi satu....


View dari bilik...swimming pool dan di sana tu laut....
Dulu nampak jelas laut, sekarang pokok kelapa dah terlalu tinggi, jadi dah terhalang sedikit pemandangan ke laut.



Tu sedikit gambaran di bilik. 


Tapi bagi Mat Drat la, ada sesetengah perabot-perabot di sini masih perabot lama yang dahulu. Macam perlu diganti baru je, nampak kurang menyerlah. Dulu-dulu memang nampak 'elegance'.

Langsir pun rasanya perlu di ganti dengan yang lebih 'ceria' , mcm pattern dah lama sangat langsir ni...








Breakfast dan Lunch di PNB Ilham Resort

Bagi tetamu hotel, breakfast, lunch dan dinner akan disediakan di ruangan di bawah ni iaitu bersebelahan receptionist dan mengadap swimming pool. Tu kalau ambil pakej sekali dengan breakfast atau lunch/dinner.

Macam Mat Drat, kami ambil pakej breakfast dan lunch. Untuk dinner, kami buat BBQ cuma minta mereka sediakan set meja kerusi dan order sedikit makanan. 



Ruang lobby


Cafe 





Aktiviti 1 di PNB Ilham Resort - Swimming Pool

Macam Mat Drat bagi tahu tadi, anatar sebab Mat Drat suka ke sini dulu sebab swimming pool di resort ni agak tenang dan tak crowded seperti sesetengah resort lain di Port Dickson ni.

Tapi memandangkan kali ni tak datang dengan family (anak-anak), jadi tak ada la aktiviti Mat Drat mandi di swimming pool.

Jom tengok gambar swimming pool ...





Bahagian kanak-kanak kecil...


Tak ada yang mandi petang ni. Ye la, yang ada group Mat Drat dan group pelancong dari China / Hong Kong.
Tak nampak family bercuti ke sini hari ni (Ahad petang)



Aktiviti 2 di PNB Ilham Resort - Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)

Petang tu selesai program, Mat Drat ambil kesempatan ke Pantai Tanjung Biru. Boleh jalan kaki sahaja ikut pintu belakang. Gate belakang memang dibuka dan akan ditutup pada sebelah malam. Air pasang akan sampai ke gate tu nanti.

Petang tu selesai program, Mat Drat ambil kesempatan ke Pantai Tanjung Biru. Boleh jala

PNB Ilham ni boleh kata tak ada pantai 'yang cantik', sebab dekat dengan kawasan tanjung dan banyak pokok bakau. Jadi pasir tak cantik.

Jadi kalau nak bersantai di pantai, kena menapak sedikit ke Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon. 

TAPI, ingat ye balik sebelum air pasang. Kalau tak, tak boleh balik ikut jalan belakang. Jauh pulak kena pusing nanti.



Juga sedikit perkongsian Mat Drat, berkhemah di Pantai Tanjung Biru ni beberapa minggu selepas balik dari PNB Ilham Resort ni.




Jalan menuju ke Pantai Tanjung Biru / Blue Lagoon


Pantai masih agak ramai pengunjung di petang Ahad walau jam dah dalam 5 pm lebih.


Air mula pasang sekitar pukul 4pm lebih tadi.
Jam 5pm ni dah start 'sedap' nak berkayak.


Hari semakin petang. Tak ramai pengunjung yang tinggal.


Moment paling Mat Drat suka, berkayak waktu sunset.
Tapi kali ni Mat Drat kena pilih, nak berkayak waktu sunset atau ambil gambar orang berkayak waktu sunset sebab Mat Drat sorang je ke sini.


Makin jauh .....


Dan ingat ye.... balik awal sebelum pantai ni dinaiki air pasang. Kalau tak kena pusing ke hotel ikut jalan depan..
Nampak air dah star meninggi tu, cepat la balik.


Aktiviti 3 di PNB Ilham Resort - BBQ

Malamnya kami ada buat program BBQ.

Barang basah kami beli di pekan Pasir Panjang, di sana agak murah.  Jangan lupa bawa arang sendiri.

Di sini, ada disediakan beberapa tempat untuk membakar / BBQ. Tapi kena maklumkan awal kepada pihak hotel untuk mereka 'on'kan lampu di kawasan ini.

Malam tu kami ambil dua tempat untuk membakar, jadi cepat sikit membakar. Maklumlah group ramai, tak ada lah nanti lama kawan-kawan menunggu nak makan kambing, udang dan sotong bakar. Nasib kami kurang baik, malam tu amasa awal-awal BBQ hujan la pulak... 




BBQ di Port Dickson PNB Ilham Resort


BBQ di Port Dickson PNB Ilham Resort





Aktiviti 4 : Jungle Trekking ke Rumah Api Tanjung Tuan


Esoknya selepas breakfast, kami penuhi aktiviti dengan ber'jungle trekking' ke Rumah Api Tanjung Tuan atau dikenali juga dengan Cape Rachado Lighthouse.

Kalau nak naik sendiri ikut jln bertar, tak ada masalah. Tapi kalau nak ikut laluan jungle trekking, elok pergi dengan mereka yang dah biasa. Mcm kami, kami pergi dengan jurupandu arah yang disediakan oleh pihak PNB Ilham Resort

Untuk yang masih belum tahu, seberang jalan Ilham Resort ni merupakan sempadan Negeri Sembilan / Melaka. Dan Tanjung Tuan adalah di dalam negeri Melaka.








Sebenarnya 3-4 kali menginap di sini, Mat Drat tak sempat nak 'memanjat' ke Rumah Api Tanjung Tuan tu. Tapi kali ni berkesempatan ke atas. Dan bertambah best, kami ber'jungle trekking'.

Mat Drat kongsikan di entry berikutnya kisah 'jungle trekking' ke Rumah Api Tanjjung Tuan.







Turun dari Rumah Api Tanjung Tuan, Mat Drat bersiap untuk check out dan tak tunggu lunch tapi mencari tempat makan sedap di Port Dickson ni.

Yang ni Mat Drat kongsikan di entry khas
.👉👉  Tempat Makan Best di Port Dickson


Kalau datang bercuti di Port Dickson dan mencari tempat menarik di Port Dickson ni boleh juga baca di perkonsgian Mat Drat sebelum ni.
👉👉 Tempat Menarik di Port Dickson


Okey, tu saja sedikit perkongsian penagalaman menginap di PNB Ilham Resort Port Dickson.


PNB Ilham Resort 










~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡