Wednesday 11 January 2017

Roti Canai Pak Sharip, Kg Melayu Sri Kundang - Tempat Makan Best Sg Buloh / Rawang



Nak share satu tempat makan roti canai yang best area Rawang dan Sg Buloh iaitu Warung Roti Canai Pak Sarip.

Lokasi :
Warung Roti Canai Pak Sarip ni terletak di Kampung Melayu Sri Kundang.
Kg Melayu Sri Kundang ni terletak di jalan Kuandang - Sg Buloh. Jika dari Sg Buloh ia selepas Tasik Biru dan jika dari Rawang pula, sudah pastinya ia sebelum Tasik Biru.

Warung ni terletak di tepi jalan di selekoh Kampung Melayu Sri Kundang. Jika gunakan WAZE, serach sahaja "Roti Canai Pak Sarip".

Jika datang pada hujung minggu, warung ni agak penuh...jadi kena tunggu sekejap untuk dapat tempat kosong. 

Walau pun penebar roti canai di sini lebih 3 orang, rasa roti canai tetap sama.... macam ada QC pulak... Boleh control.


Roti Canai Pak Sarip Rawang Sg Buloh
Antara penebar roti canai di sini


Roti Canai Pak Sarip Rawang Sg Buloh
Antara penebar roti canai di sini

Menu Pilihan :
Menu pilihan ramai pastinya roti canai. Tak perlu menunggu lama kerana ada 3 -4 orang  penebar roti canai di sini.

Pilihan utama saya... roti canai banjir kuah kari. 

Biasa saya mesti kena makan 2 keping....bukan saya sahaja, anak-anak saya juga.








Selain roti canai, nasi lemak juga ada dan juga kuih-kuih tempatan. Mana la tahu ada yang ke sini tapi tak makan roti canai....jangan risau,  ada pilihan lain.



Roti Canai Pak Sharip
Roti Canai Banjir
Nasi lemak

Roti Canai Pak Sharip

Suasana di dalam warung

Seorang 2 keping...biasanya










mat-drat

2 comments:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.