Wednesday, 11 January 2017

Island BBQ Steamboat Kg Melayu Subang Sg Buloh - Tempat Makan Best Shah Alam / Sg Buloh





Baru baru ni kami bersama beberapa ahli keluarga makan di sini. Ada yang kata dah lama tak makan steamboat, jadi kali ni Island BBQ Steamboat tempat kami tuju.


Island BBQ Steamboat ni terletak di Kampung Melayu Subang. 

Alamatnya : Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor, U 5, 40150 Shah Alam,

Facebook : https://www.facebook.com/islandbbqsteamboat/

Walaupun jika ikut alamat, ia berada di kawasan Shah Alam tetapi bagi saya ia sebenarnya lebih dekat dengan Sg Buloh.

Jika mencari lokasi menggunakan WAZE, taip sahaja Island BBQ Steamboat. Dan jangan terkejut kalau selepas 'search' yang tertulis Island BBQ Steamboat  Shah Alam, betul lah tu jika memang WAZE membawa kereta kita menuju ke arah Kg Melayu Subang.

Jika menggunakan Highway Guthrie, boleh keluar di exit Bukit Subang dan restoran ni terletak di sebelah kiri di antara Petronas Kg Melayu Subang dan Toyota Service Melayu Subang. Dari tepi jalan utama tidak akan nampak, kita perlu masuk ke dalam lorong sedikit.




Waktu Operasi Island BBQ Steamboat :


Island BBQ Steamboat

Selasa - Khamis : 6.00pm hingga 12.00 am
Jumaat - Ahad : 5.00pm hingga 12.30 am

Nak datang tu elok call dan buat reservation, lagi-lagi kalau malam hujung minggu. Isnin tutup ye. 
Hubungi sahaja nombor tertera tu 012-68000 41


Harga Set Island BBQ Steamboat :



Kami makan hari tu tahun 2016, jadi harga 2016 la. Untuk tahun 2017, pihak restoran telah berikan harga baru iaitu ;

Dewasa : RM 27.90
Kanak-Kanak : 9.90 ( 6-12 tahun)








Menu Makanan /Minuman

Bagi saya, menu dan pilihan makanan yang disediakan cukup variety dan berbaloi la dengan harga yang kita bayar. Stok makanan juga sentiasa di tambah apabila sudah berkurangan.

Walau pun apabila makan steamboat ni kita boleh ambil apa sahaja dan banyak mana... elok la kita makan secara beretika dan beradab. Ambil jangan sampai membazir, sekadar termampu dimakan oleh perut kita. 

Bagi saya...biar sikit-sikit dan berulang kali ambil dari ambil banyak dan membazir. Buruk kalau jiran-jiran sebelah meja tengok, ambil banyak-banyak dan tak habis...membazir begitu sahaja.



Sebahagian gambar sewaktu kami makan di sana.















mat-drat

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.