Saturday, 4 November 2017

Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland 


Pasar Malam Brinchang Lokasi Baru

Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu yang lokasi dulunya di tepi jalan utama di pekan Brinchang, kini telah bertukar ke lokasi baru mulai awal 2017 hari tu.  Lokasi baru terletak berhampiran kawasan Cameron Golden Hills.

Lokasi baru ni kira-kira 2km lebih dari lokasi lama. Dari Brinchang turun menghala ke Tanah Rata dan Cameron Golden Hills terletak disebelah kanan. 

Pasar Malam Cameron Highland atau lebih dikenali dengan Pasar Malam Brinchang tidak lagi terletak di tepi jalan utama. Kira lokasi baru ni agak ke dalam sedikit beberapa ratus meter dari jalan utama, jadi ia tidak lagi mengganggu kelancaran trafik.


Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Peta Lokasi Pasar Malam Baru Brinchang



Rasanya juga semenjak lokasi pasar malam ini bertukar tempat, pekan Brinchang agak sedikit sepi diwaktu malam. Tidak lagi semeriah seperti dahulu terutama malam minggu.

Untuk Lokasi Pasar Malam baru, KLIK πŸ‘‰πŸ‘‰ Lokasi Pasar Malam Baru πŸ‘ˆπŸ‘ˆ



Pelbagai produk-produk Cameron Highland, boleh didapati di sini. Cuma jangan terbeli produk dari bawah yang dibawa naik sudah. 

Antara yang jangan dilepaskan adalah 
- Jagung 'mutiara' . Jagung Cameron ni memang manis rasanya. 
- Produk straberry. Selain buah strawberry jangan lupa beli juga strawberry yang telah dikeringkan, dan pastinya jem strawberry.
- Sayur-sayuran. Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini. Selain tu, di sini juga ada sayur yang digoreng tepung seperti cendawan dan bayam. Juga sedap untuk di makan panas-panas di c sini.

- Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini. Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini.


Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru 

Mat Drat share kan hotel, apartment dan homestay yang berdekatan dengan tapak Pasar Malam Baru Cameron Highland. Boleh kata semua yang Mat Drat senaraikan ni adalah walking distance sahaja ke pasar malam.

Di kawasan tapak Pasar Malam Cameron Highland (Pasar Malam Brinchang) yang baru ni tidak banyak hotel atau resort. Kebanyakan yang ada adalah apartment homestay.

Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru :




Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland. 


Bercuti Percutian ke Cameron Highland Percutian ke 
Cameron Highland 
Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
 Tempat Menarik 
di Cameron Highland 
Tempat Makan Best Sedap di Cameron Highland Tempat Makan Best 
di Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

 Lokasi Baru 
Pasar Malam



Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

2 comments:

  1. pasar malam baru ini ada buka hari selasa / rabu ? atau weekend je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya di sini (Brinchang) hanya pada Jumaat dan Sabtu. Untuk hari-hari lain, lokasi Pasar Malam di Cameron Highland ada di lokasi, cuma tak semeriah di Brinchang.

      Sebelum Ramadhan baru ni saya ke Cameron Highland lagi pada Khamis, dan menginap di Golden Hill dan hari Khamis tiada pasar malam di area Cameron Highland.

      Delete