Sunday, 3 February 2019

Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise




TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 7

Entry sebelum ni... 
👉👉   Trip London - Buckingham Palace   



DAY 2

Itenerari hari ke-2 ni bersambung lagi dengan aktiviti WAJIB 
- Thames River Cruise (pergi mana, ada je cruise mesti Mat Drat naik)
- Portobello Road Market (shopping brg antik dan souveniour murah)
- Concert Europe (wajib la pergi sebab ni tujuan Qatar Airways sponsor tiket flight)

Itinerari London Day 2
  1. Buckhingham Palace   ✔️
  2. Palace of Westminster   ✔️
  3. Big Ben  ✔️
  4. Thames River Cruise
  5. Tower Bridge (semalam hujan)
  6. Market Portobello Road - Beli souveniour murah
  7. Harrod - cuci mata / windows shopping
  8. Royal Albert Hall - concert Europe Walk The Eart Tour
  9. Kings Cross Station - Platform 9 3/4 Harry Potter

...................................






...................................






THAMES RIVER CRUISE

Pergi mana-mana kalau ada cruise, memang Mat Drat akan naik sebab dapat menikmati pemandangan dari view yang berbeza.

Untuk Thames River Cruise ni, Mat Drat naik dari jetty bertentangan dengan Big Ben, juga disebut jety Westminster.

Dari sini akan nampak London Eyes depan mata....tersergam gah.

Nak naik London Eyes ni, harga agak mahal dan masa pun memang tak ada, jadi Mat Drat tak naik la... Cukup lah view London dari sungai Thames je....

Naik dari jeti Westminster ni dan turun di jety Tower Bridge

Detail boleh layari : https://www.citycruises.com/



Thames River Cruise
- Cruise bertolak setiap 40 minit
- Setiap hari ada
- Cruise akan bertolak dari Jety Westminster dan akan singgah di jety London Eye, Tower of London dan Jetty Greenwich.
- Tiket berbeza ikut pakej


Harga Tiket City Cruise Thames River :
Harga berbeza sama ada nak one way,return atau  rover.
Mat Drat ambil tiket one way, naik di Westminster dan turun di Tower of London

Link di atas tadi boleh cek harga.

Harga Westminster ke Tower of London
- One Way : Dewasa : £10.25 / Kanak-kanak : £6.50
- Return  : Dewasa : £15.25 / Kanak-kanak : £10.00
- Rover :  : Dewasa : £18.75 / Kanak-kanak : £12

* Yang rover, tiket ni kita boleh turun naik kat mana-mana, valid 24 jam.


Di KLOOK pun ada, boleh beli online. Tapi Mat Drat tak sempat nak beli di KLOOK, sebab last minit. Itinerari pun main terjah ikut langkah kaki je.


...........................
Klook.com

...........................



Cruise ni kalau sampai ke Greenwich bayar lebih sikit dan masa cruise pun bertambah sikit, Mat Drat ambik sampai ke Tower Bridge je. Kat Greenwich pun  pun macam tak ada apa sangat, ada muzium tak silap.



Mat Drat naik di Westminster Pier dan turun di Tower Pier. Westminster Pier ni kira sebelah Wsetminster Station je (Line Circle, Distric, Jubilee)

Semalam nak bergambar kat Tower Bridge tak puas sebab hujan, hari ni cuaca cantik(tiba-tiba langit cerah) tengah hari tu, jadi ambil kesempatan ke situ sekali lagi.

Lokasi Jetyy Westminster : Google Map Westminster Pier
Lokasi Jetty Tower Bridge : Google Map Tower Pier





Thames River Cruise
Dari Westminster Pier. Seberang sana London Eye Pier, betul-betul sebelah London Eye


Agak ramai yang beratur nak naik cruise ni terutama hujung minggu. Ni hari Ahad

Mat Drat beli tiket off-line je kat City Cruise

Thames River Cruise
London Eye. Ada dlm 5 minit di sini utk turun naik penumpang

Thames River Cruise
London Eye.
Langit mulai cerah.....

Thames River Cruise
Sepanjang cruise ni akan melalui beberapa jambatan. Agak banyak jambatan menyeberangi Thames River ni.
Tapi Mat Drat rasa, jambatan di Seine River Paris lagi canti dan lagi lama usianya.

Thames River Cruise London Bridge
Salah satu bridge yang dilalui


Thames River Cruise London Bridge
Tak silap, ni London Bridge

Thames River Cruise London Bridge
Jambatan pejalan kaki ni rasanya ada dalam movie, tapi tak sure movie apa


Thames River Cruise London Bridge
Tak sempat nak cross menggunakan jambatan ni. Next time kalau ke London, boleh try.


Thames River Cruise London The Shard
The Shard...Bangunan tertinggi di Europe

Thames River Cruise London Tower Bridge The Shard


Thames River Cruise London The Shard
Langit semakin cerah. Bnagunan tu pun selalu masuk dlm movie, boleh kenal bangunan tu = London

Thames River Cruise London Tower Bridge
Menghampiri Tower Bridge.
Cruise akan berada berhampiran Tower Bridge beberapa minit untuk beri peluang penumpang bergambar, sebelum cruise ke Tower Pier.



Thames River Cruise London Bridge
Ambil peluang bergambar

Thames River Cruise London Bridge
Waktu selfie stick dah patah. Nasib baik ada orang tolong ambilkan gambar

Thames River Cruise London Bridge
Tower Bridge
Thames River Cruise London Tower Bridge
Jangan terkejut la, air sungai sini tak jernih ye... kuning




Thames River Cruise London Tower Bridge
Selesai sudah  menikmati Thames River Cruise




..........................................................................


TOWER BRIDGE

Mat Drat memang naik cruise ni dan turun di Tower Pier sebab semalam masa ke Tower Bridge ni, cuaca hujan. Jadi hari ni sekali lagi singgah, untuk ambil gambar sebelum bergerak ke Portobello Road Market.

Portobello Road Market ni agak murah kalau nak beli souveniour macam keychain, fridge magnet dll.

Cerita / info pasal Tower of London dan Tower Bridge ni Mat Drat dah share di entry sebelum ni. Ni Mat Drat share beberapa keping gambar yang sempat di rakam hari ni.


Portobello Road Market ni agak murah kalau nak beli souveniour macam keychain, fridge magnet dll.



Thames River Cruise London Tower Bridge
Langit Cerah...
Semalam... hujan dan mendung
Thames River Cruise London Tower Bridge
Baru dapat apa yang diidam



Thames River Cruise London Tower Bridge
Baru puas hati gambar ni compare semalam

Thames River CruiseTower of london
Tower of London

Thames River Cruise Tower of london
Tower Of London

Thames River Cruise Tower of london
Tower of London




    Entry berikutnya 



    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


    Saturday, 2 February 2019

    Travelog Trip London (Part 6) : Day 2 - Buckingham Palace & Big Ben





    TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 6

    Entry sebelum ni... 
    👉👉   Trip London - Masjid London, Sherlock Homes Museum, Oxford Street   



    DAY 2


    Okey, untuk itenerari hari ke-2 ni, Mat Drat akan cover tempat berikut ....
    1. Buckhingham Palace - Royal Guard Changing Ceremony
    2. Palace of Westminster
    3. Big Ben
    4. Thames River Cruise
    5. Tower Bridge (semalam hujan)
    6. Market Portobello Road - Beli souveniour murah
    7. Harrod - cuci mata / windows shopping
    8. Royal Albert Hall - concert Europe Walk The Eart Tour
    9. Kings Cross Station - Platform 9 3/4 Harry Potter

    Dan hari ni Mat Drat dan wife dah kira, kami akan banyak sedikit berjalan ...6km lebih rasanya
    - 300 meter : Hotel ke Station Hunslow 
    - 600 meter : Station King's Cross - Hotel Elmwood - King's Cross
    - 700 meter : Station Green Park ke Buckingham Palacce
    - 1.5 km      : Buckingham Palace ke Westminster / Big Ben
    - 500 meter : Tower Bridge ke Tower Station
    - 1.0 km      : Ladbroke Grove Station - Portobello Market (Road)
    - 600 meter : Station King's Cross - Hotel Elmwood - King's Cross
    - 1.3 km      : Knightbright Station - Royal Albert Hall



    Pagi ni Mat Drat bersarapan dulu di hotel, bilik yang ditempah included breakfast.. Tapi kami hanya minum dan makan roti dan jem sahaja.

    Pagi ni London masih hujan, agak lebat. 

    Bila Mat Drat tanya receptionist hotel, dia kata normal la London mcm ni, pagi hujan dan tengah hari cerah... hu hu hu...

    Bila Mat Drat share FB Live semalam, dan tunjuk hari hujan...ada kenalan yang komen...."Tak Hujan bukan London la..." Ni komen dari kenalan yang selalu travel dan beberapa kali ke London.

    Macam ni la kot hari-hari tertentu kat London, hujan je sebelah pagi.
    Dah 9am tak ada tanda nak reda, so kami redah jugak la dalam hujan. Nasib baik ada payung yang beli semalam kat Tower of London.

    Okey la, Mat Drat anggap rezeki Mat Drat dapat hujan bila kat London.

    10:45am akan start Royal Guard Changing Ceremony, dan Mat Drat plan nak sampai sana dalam 10am, aal sejam boleh lah nak cari port paling bagus. Tapi rezeki pagi ni hujan lebat, jadi pergerakan kami agak slow.

    Ikut plan 8am nak keluar, check out, dan terus ke hotel Elmwood di King's Cross untuk drop beg sebelum ke Buckingham Palace. 
    Dah hujan, 9 am baru gerak dari hotel... Jadi sampai Buckingham Palace agak lambat, orang dah penuh. Dan hari pun masih hujan...








    BUCKHINGHAM PALACE

    • Buckingham Palace ni kediaman rasmi Ratu England (Queen Elizabeth)
    • Ni antara top-10 dari list Tempat Menarik Wajib dilawati di London
    • Pergi London kena singgah la sini.
    • Apa yang istimewanya... 
      1. Royal Guard Changing Ceremony (Upacara Pertukaran Pengawal Diraja)
      2. Melawat Istana (State Room)
    • Untuk info dan maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Buckhingham Palace

    Royal Guard Changing Ceremnony

    • Aturcara 
      • 10:45 Ketibaan Guard dan Band 
      • 11:00 Upacara Bermula
      • Upacara berlangsung dalam 45 minit
    • Tiba awal sejam untuk lokasi terbaik, kalau lambat kena lihat dari jauh je la.
    • Tempat paling strategik rasanya
      • Tepi gate istana
      • Dari atas Victoria Memorial

    Masuk Melawat Istana Buckingham Palace



    Lokasi Buckingham Palace

    • Station underground terdekat adalah Hyde Park Corner, Green Park atau St' James Court. Semua jarak lebih kurang je.
    • Mana yang paling terdekat, tengok kita dari mana dan line tren mana.
    • Mat Drat turun di station Green Park. 
      • Menapak dlm 700 meter.
      • Berjalan dlm kawasan taman
      • Ada lokasi jalan agak basah, ada sedikit air bertakung.


    Klook.com


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Mat Drat kira 'less' jalan kaki kalau turun di station Green Park ni


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Masih hujan, jalan agak basah.


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Semua berjalan laju... nak kejar masa takut terlambat.


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Sampai kat Buckingham Palace, tengok orang dah ramai..


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Lokasi depan istana, dah penuh. 


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Mat Drat ke depan istana mencari tempat boleh selit-selit, tapi tak ada.
    Nak menyelit pun tak boleh, jadi kami lihat dari sini sahaja lah.


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Couple ni dari Mexico, kesian mereka tak ada payung. Jadi bagi la mereka payung satu, habis basah dah jacket mereka.
    Tapi tak boleh nak berbual, sebab tak faham sangat English.
    Baru Mat Drat tahu, orang Mexico pun guna bahasa Spanish, ada beberapa perkataan yang mereka sebut tu Mat Drat cukup familiar, masih ingat trip ke Barcelona hari tu.


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Polis / Askar Berkuda ronda, nak bagi tahu hari ni tak ada Royal Guard Changing Ceremony, sebab dah 11:30 hujan masih tak reda. Upacara hari ni batal.


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Bila upacara batal, semua pengunjung dan pelancong start la bergambar..... termasuk la kami.


    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Depan Istana



    Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
    Buckingham Palace, dari Victoria Memorial.
    Rasanya view dari sini cukup bagus kalau nak tonton upacara pertukaran guard tu.


    Victoria Memorial


    Happy Moment...




    Buckingham Palace ke Big Ben / Westminster

    • Kalau iku google map, jarak paling dekat berjalan kaki dari Buckingham Palace ke Big Ben adalah melalui Birdcage Walk. Jarak 1.3 km.
    • Jadi memang ramai yang berjalan di laluan ni selepas bersurai.
    • TAPI, Mat Drat ikut The Mall dan masuk ke Taman St James Park.
    • Sebenarnya tak rancang pun nak ikut sini, asalnya nak ke public toilet tapi nampak berbaloi ikut sini. Jarak jauh sikit je, 1.5km (lebih dalam 200 meter je)
    • Berbaloi jauh sikit sebab view kat The Mall ni memang cantik. Rasanya selalu jugak movie-movie buat shooting film kat sini.
    • Dan lalu melalui St James Park tu pun seronok pulak rasanya bila kami berhenti makan (bawa bekal nasi Brahim's + sambal bilis Adabi) ditemani dengan burung-burung merpati dan tupai.... 
    • Waktu pagi ni (11:30am), sangat sejuk sebenarnya. Mungkin sebab hujan kot. Dalam 10-11 ℃, memang sejuk menggigil. Kami pulak ke London ni memang bawa light jacket je.... memang tak tahan sejuk pagi ni.
    • Dan bila nampak kat google map, sebelah public toilet tu ada coffee shop, memang Mat Drat tak lepas peluang la beli secawan kopi panas... memang nak hangatkan badan.
    • Nikmat sungguh minum kopi panas waktu sejuk-sejuk ni.
    • Toilet, kena pakai coins. So bawa coins siap-siap sebab toilet ni pakai auto-barrier, masuk coins baru palang terbuka. 

     ..............................................................................................

    1. The Mall

    The Mall Buckingham Palace Big Ben
    Buckingham Palace dari The Mall...


    The Mall Buckingham Palace Big Ben
    The Mall - Victoria Memorial - Buckingham Palace

    The Mall Buckingham Palace Big Ben
    Cakkkk....

    The Mall Buckingham Palace



    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Memulakan langkah ke Big Ben


    The Mall Buckingham Palace The Mall St James Park
    Kosong...lengang laluan ni. Jumpa la / selisih dengan beberapa orang


    The Mall Buckingham Palace The Mall St James Park
    Jejaka Malaya di Buckingham Palace


     ..............................................................................................

    2. St James Park


    The Mall Buckingham Palace The Mall St James Park
    Banyak green park kat London ni...luas-luas pulak tu


    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Memang tak ramai yang guna laluan ni
    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Seberangi jambatan utk ke laluan sebelah


    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Laluan ni mula agak ramai orang


    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Cantik...

    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Kami singgah makan dulu...perut dah lapar. Nasi sejuk pun sedap hujan-hujan n.
    Menu, nasi goreng + sambal bilis

    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Berkongsi rezeki.
    Merpati London makan nasi goreng


    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Tupai mencari rezeki


    The Mall Buckingham Palace St James Park
    Merpati dan Tupai...Tak segan mereka ni...

    The Mall Buckingham Palace St James Park


    The Mall Buckingham Palace St James Park




     ..............................................................................................

    3. Churchill War Room

    - Ni antara lokasi yang ramai nak pergi. (Yang minat sejarah)
    - Setahu Mat Drat dari pembacaan, di sinilah bilik operasi dan bunker sewaktu Winston Churchill mengepalai WWII (Perang Dunia ke Dua)

    Siapa Winston Churchill
    Bila nak kat sini baru Mat Drat tahu yang dia ni merupakan Perdana Menteri United Kingdom yang mengepalai WW II dan menang.

    Lokasi 
    - Dari Buckingham Palace ke Big Ben memang akan melalui Churchill War Room ni
    - Google Map


    Harga Tiket : Dewasa : £22.00  / Kanak-kanak : £11.00

    Nak murah beli muzium Pass (kalau nak masuk banyak muzium di London)


    Waktu Buka  :9:30am - 6:00



    Nota :
    Laman web official menyatakan 'Jangkakan Barisan lebih panjang sewaktu weekend dan cuti sekolah



    Mat Drat tak masuk pun sebab bila sampai, orang memang beratur panjang nak masuk. Tak sanggup la nak beratur dalam hujan renyai-renyai tu.. Lagi pun ada destinasi lain nak dikejar.




    Klook.com




    Trip London Churchill War Room
    Panjang tu beratur menunggu turn nak masuk


    Trip London Churchill War Room
    Ni la Churchill



    Trip London Churchill War Room
    Mat Drat tak tahu apa nama tempat sebelah Churchill War Room ni, tapi suka dengan badak ni....!!




     ..............................................................................................

    4. BIG BEN


    • Big Ben ni satu lagi ikon London.
    • Big Ben ni merupakan menara jam setinggi 96 meter dengan 4 jam besar di puncak menara.
    • Big Ben ni kira sebahagian dari Palace of Westminster dan dibina pada tahun 1859.

    • Dulu dikatakan jam terbesar di dunia, tapi tak sure ia masih kekal terbesar atau tak selepas menara jam di Masjidil Haram di bina.

    • Kira termasuk jugak la dlm 10 ten tempat yang biasa di suggestkan dilawati kalau ke London. Kira macam tempat wajib di lawati juga la.

    Big Ben di Tutup sehingga 2021




    Closure Big Ben London
    Notis Tutup sehingga 2021


    Trip London
    Bangunan-bangunn lama di area sini.


    Trip London
    Palace of Westminster


    Trip London
    Bergambar dengan dia, hulur la 1-2 pound...
    Letih dia meniup tanpa berhenti

    Phone Box Booth Red London
    HELLO......
    No satu lagi ikon London, jangan lupa bergambar di pondok telefon  merah ni. Ada beberapa pondok di kawasan ni.


    Phone Box Booth Red London
    Sebagai bukti dah sampai London...


    Opposite Big Ben...Di bawah tu jety untuk Thames River Cruise yang akan kami naik.




    Entry berikutnya Mat Drat share Thames River Cruise dan Shopping Souvenior di Portobello Road. 


    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!