Monday 30 April 2018

FERI RORO LANGKAWI - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Pengalaman bawa kereta ke Langkawi


Feri Roro ke Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta ke Langkawi

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Feri Roro - Bawah bahagian kereta dan bahagian atas pula penumpang

Kali ni Mat Drat sikit mengenai pengalaman Mat Drat bawa kereta ke Langkawi dengan menaiki feri Roro.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat


5 sebab 
kali ni Mat Drat ke Langkawi dengan membawa kereta sendiri dengan menggunakan feri Roro ni sebab :
  1. Nak rasa pengalaman bawa kereta ke Langkawi
  2. Sewa MPV pada musim cuti sekolah agak mahal. Lebih jimat bawa kereta sendiri  sebab keluarga besar
  3. Tempoh 5 hari 4 malam di Langkawi ni memerlukan Mat Drat menyewa MPV selama 5 hari.... bawa kereta sendiri, dapat banyak jimat duit sewa kenderaan
  4. Nak shopping barang banyak, kalau naik feri susah nak bawa barang-barang dengan anak-anak kecil 
  5. Balik dari Langkawi nak jalan-jalan di Penang pula. Kalau naik flight, tak boleh jalan-jalan.

Perkhidmatan Feri Roro

Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis.

Ada 2 syarikat yang menjalankan perkhidmatan ini, iaitu 
  1. Langkawi Auto Express Sdn Bhd
  2. Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd

Mat Drat baru menggunakan perkhidmatan dari syarikat Feri Ro-Ro, sebab yang ni je masih ada tiket untuk kenderaan masa nak buat tempahan.

Kuala Perlis - Langkawi
  1. Feri ambil masa 2 jam 30 minit untuk satu perjalanan .
  2. Feri akan menuju ke Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi, bukan jeti Kuah 

Tempahan Tiket Feri Kenderaan (Feri Ro-Ro)

Tempahan perlu dibuat awal terutamanya untuk perjalan musim cuti sekolah.

Feri bukan sahaja digunakan untuk pelancong dan pelawat ke Langkawi, tetapi juga untuk peniaga yang berulang alik Langkawi dan Tanah Besar serta mereka yang mendaftar kenderaan di Langkawi (kenderaan perlu selalu berada di Langkawi - terutama kenderaan mewah)


Tempahan boleh dibuat di lawan web syarikat pengendali di atas sama ada beli tiket oneway atau pun return.

Kalau datang bercuti tu, booking la terus return tiket. Nanti kalau ambik one-way, takut tiket 'kereta' nak balik habis... kes haru nanti.

Jangan lupa untuk tempah tiket untuk penumpang kereta sebab seat dalam feri tu agak limited.

Masa tempahan tiket kereta, perlukan maklumat lengkap seperti :
  • Jenis, jenama dan model kenderaan.
  • Plate nombor dan chasis nombor
  • Nama pemandu dan I/C nombor
  • Registration Card kenderaan dan I/C pemandu - salinan perlu dihantar (email/faks) 
Maklumat no IC penumpang juga diperlukan untuk beli tiket penumpang

Kadar Bayaran Feri Ro-Ro ( Mat Drat guna feri ro-ro)

Perlu bayar harga 
- tambang kenderaan dan
- tambang untuk penumpang.

1. Kadar bayaran untuk kenderaan : 
  • kereta sedan bawah 1500 cc : RM 156/RM 302 (sehala/pergi-balik) 
  • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 186/RM 352 (sehala/pergi-balik) 
  • kereta sedan bawah 2000 cc : RM 226/RM 432 (sehala/pergi-balik) 
  • MPV / 4WD bawah 2000 cc: RM 206/RM 392 (sehala/pergi-balik) 
Untuk lain-lain kategori seperti kereta mewah, MPV berCC lebih besar boleh layari http://www.langkawiroro.com/

2. Kadar tambang penumpang : 
  • Dewasa: RM 18/RM 36 (sehala/pergi-balik) 
  • kanak-kanak : RM 13/RM 26 (sehala/pergi-balik)
Kadar tambang bagi penumpang ini adalah sama dengan kadar tambang feri penumpang biasa. Beli tiket penumpang semasa booking tiket untuk kereta.

Menaiki Feri

  1. Pada hari dan masa berlepas, perlu sampai awal 2 jam sebelum berlepas. 
  2. Apabila sampai Kuala Perlis, terus ke kaunter feri Roro dahulu.
  3. Selesaikan apa urusan yang belum selesai sebelum menaiki feri. 
  4. Tiket kereta dan penumpang ambil di situ. 
  5. Comfirmkan juga tarikh balik mengikut tempahan kita.

Elok sampai awal sebelum feri berlepas. Jangan sampai lewat, takut tak dapat naik feri.... Ambil tiket di pejabat sebelum naik feri.  

Di kawasan jeti feri, ada masjid dan gerai-gerai makan untuk menunggu.

Gate untuk membawa kenderaan masuk ke feri hanya akan dibuka pada waktu yang ditetapkan untuk trip tersebut.

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Kaunter feri ro-ro terletak di sebelah kiri sebelum masjid Kuala Perlis. 


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Gate menaiki feri roro terletak berhampiran Masjid Kuala Perlis. 
Ini gambar dari atas feri

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Gate menuju ke feri. Gate ini terletak di hadapan masjid 

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Kenderaan yang sampai semua dah keluar baru kenderaan masuk dibenarkan menuju ke feri.

Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
Kenderaan di dalam Feri Roro menuju ke Langkawi

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Kenderaan di dalam Feri Roro menuju ke Langkawi

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Akan ada beberapa kenderaan yang akan berpanas.
Ikut nasib.


Kemudahan di dalam Feri

  • Dalam feri penumpang disediakan tempat duduk (free seating).
  • Tempat duduk agak selesa, bukan seperti tempat duduk feri ke Pulau Pinang. Agak selesa dan sesuai untuk perjalanan 2 jam 30 minit.
  • Kalau duduk dalam 'perut' feri, boleh la layan movie yang ditayangkan di skrin/tv di hadapan.
  • Jika dah boring sangat duduk di bahagian dalam, boleh naik ke upper deck untuk menikmati pemandangan dan juga menikmati angin laut.
  • Tapi kena jaga anak-anak kalau duduk area atas ye.

Feri Langkawi Roro Bawa Kereta
Seat dalam feri. -Agak selesa



Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Bahagian  atas / upper deck


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Bahagian  atas / upper deck


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Bahagian  atas / upper deck

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri


Kemudahan Lain - Kiosk Jual Makanan, Surau dan Tandas
Dalam feri ada menjual makanan dan minuman, tapi tak banyak pilihan. 
Jadi nak senang, bawa siap-siap makanan dan minuman.  
2 jam 30 minit dalam feri ni masa yang lama...siapkan bekalan.

Feri juga lengkap dengan surau dan juga tandas.... Jangan risau


Makanan Ringan ada dijual. 

Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Surau disediakan.
Dan disebalahnya 'Kiosk' menjual makanan dan minuman - tetapi pilihan gaka terhad. 




Dermaga Tanjung Lambung, Langkawi

Selepas 2 jam 30 minit, feri akan berlabuh di Dermaga Tanjung Lembung Langkawi. Di sini  juga ditempatkan pejabat kastam dan pagawai kastam.

Lokasi Dermaga Tanjung Lembung ini terletak di antara Pekan Kuah - Pantai Cenang.  Ia terletak di Jalan Bukit Malut

Lokasi di Google map : 👉👉 Lokasi Dermaga Tanjung Lembung


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Jeti Tanjung Lembong


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Pemeriksaan Kastam


Langkawi - Kuala Perlis
Apabila ingin balik dari Langkawi ke Kuala Perlis pula, jangan lupa ke pejabat Langkawi Roro Dahulu.


Feri Roro Langkawi - Pengalaman Bawa Kereta Naik Feri
Pejabat Feri Roro di Dermaga Tanjung Lembung


 Ingat 
Jika balik dari Langkawi dan banyak coklat... Jangan lupa bawa coklat keluar dari kereta sebab takut coklat 'cair' apabila terdedah kepada panas semsa perjalanan Langakawi - Kuala Perlis, terutama jika kereta tidak berada di dalam perut feri yang redup.

Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Selamat Bercuti.


~mat-drat~

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Untuk Trip ke Langkawi kali ini, saya rangkumkan semuanya di entry-entry berikut. 

24 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Membuat tempahan tiket tak bolehkah 5bln sblm berangkat....sbb saya buat tempahan asik tak ada keberangkatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pula berapa awal ia mula di buka, tapi saya hari tu memang buat tempahan beberapa bulan awal sebelum ke sana. Mungkin tiket dah penuh kot. Tak pun try call tanya pihak feri.

      Delete
  3. Registration Card tu, geran kereta la maksudnya kan?

    ReplyDelete



  4. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete
  5. Tuan.untuk bawak kereta masuk harga cas rm302 siap pemandu atau pemandu harga lain??TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti dan tak ingat. Tapi booking slip saya tambang Driver = RM0.
      Rasanya termasuk dlm tambang kereta

      Delete
  6. Ad ferry dri kuala kedah ke langkawi yg blh bwak kereta..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada tapi sekarang dah tiada. Hanya 2 tempat untuk bawa kereta, Penang dan Kuala Perlis.

      Delete
  7. salam nak tanya kalau naik kereta sewa dari perlis ke langkawi dokumen apa ye yang perlu di bawa dan lagi satu lesen pon check sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dokumen sama je... Tapi utk kereta sewa, cuba call opis feri roro dulu

      Delete
  8. harga di atas termasuk insurans kereta/penumpang x?

    ReplyDelete
  9. Salam bro sya org Singapore.sya bawak kreta sewa Singapore mcm mana caranya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam... Saya rasa kena call no feri tu kot... Takut prosedure lain atau ada requirement lain

      Delete
  10. Akak tak dapat cari jadual perjlnn, biasanya kul berapa dr jeti perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak.. Cek di laman web Langkawi Auto Ekspress atau Langkawi Feri Service (ada link saya kongsikan kat atas), cari di bahagian Schedule..

      Delete
  11. Salam...terima kasih atas info diatas...saya kali pertama ke langkawi...dan menggunakan feri roro...dari 1hb Feb 2019 to 6hb Feb 2019...pengalaman sama dgn tuan..cuma musykil pasal tambang...ikut kadar diatas..bawah 2000cc mpv tambang pegi balik 392...tp saya kene 432..saya bawa kereta exora...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan.. Mungkin tambang dah naik.

      Saya menulis ni April 2018, jadi besar kemungkinan rate baru yg tuan kena. TQ utk info, ada kesempatan nanti saya update (dah check tadi, mmg rate baru sama yg tuan kena)

      Delete
    2. Lama jgk g langkawi bwk keta sendiri rm432.. Klu sewa keta kat langkawi mesti dh mhl kn... Untung bwk keta sendiri rasanye

      Delete
  12. Wahh tuan...so details dan senang paham :)

    TQ tuan

    ReplyDelete
  13. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.