Saturday, 1 December 2018

Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly)

Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly)




Tempat Makan Halal (Muslim Friendly) di Seoul Korea


  • Mat Drat rasa kalau bercuti ke Seoul ni, tak ada masalah sangat bab mencari tempat makan halal atau sekurang-kurangnya muslim friendly.
  • Kita ke Korea ni, boleh cari tempat makan dengan berpandukan restoran yang dicadangkan oleh KTO , mengklafikasikan sebagai Restoran Muslim Friendly.
  • Secara amnya, KTO (Korean Tourism Organization) mengklafikasikan restoran Muslim Friendly di Seoul (Korea secara keseluruhannya) dengan  4 kategori
1. Halal Certified 

  • Certified by Korean Muslim Federation
  • Bilangan restoran tak banyak

2. Muslim Self-Certified

  • semua makanan adalah halal 
  • pemilik atau pekerja restoran sekurang-kurangnya ada seorang Muslim
  • bilangan restoran kategori ni agak banyak

3. Muslim Friendly
  • Ada menu halal dan tidak guna daging babi di restoran
  • Tetapi mungkin menjual alkohol


4. Pork Free 

  • Tidak Guna daging babi
  • Bagi Mat Drat, yang ni kita elak la sebab pilihan kategori 1 dan 2 di atas banyak


Berikut antara restoran yang boleh dipilih kalau ke sini. Senarai ni dari pengalaman dan juga pencarian sebelum ke sini. 

Pamphlet dari Korea Tourism Organization dan Seoul Tourism Organization banyak membantu.


1. Restoran Kampungku

Restoran Kampungku Halal Trip Percutian Seoul


Cara nak Ke sini
  • Subway Line 4, station Myeong-Dong - keluar di EXIT 3. 
  • Ambil susur ke sebelah kiri menuju ke Pacific Hotel.
  • Sampai Pacific Hotel, ada 2 simpang.  Ambil susur kiri menuju Restoran Kampungku, susur kanan menuju ke Namsan Tower.
  • Dalam 200 meter akan jumpa Restoran Kampungku.
  • Jelas nampak restoran ni sebab warnanya yang terang dan 2 tingkat. Tak akan terlepas kalau melalui depannya

Menu
  • Makanan Korea dan makanan Malaysia
  • Takkan datang Korea nak makan makanan Malaysia kan....
  • Makanan Malaysia tu bagi lah kat orang-orang Malaysia yang lama duduk kat Korea dan rindu makan makanan Malaysia macam nasi lemak ke, sate ke...nasi goreng ke...

Harga
  • Harga average dalam KRW 8,000 - 13,000. Ikut menu.
  • Hidangan kat sini macam hidangan orang Asia ye, portion dia kecil. satu set untuk sorang makan je.  Bukan macam portion kat restoran arab atau di europe yang portion agak besar.

Link berkaitan Restoran Kampungku untuk Trip Seoul Mat Drat ni


Lokasi : Jong-ro 20-gil, Namsandong 2(i)-ga, Jongno-gu, Seoul
Tel :  +82 2-310-9249

Google Map : 👉👉 Lokasi Google Map 





2. Restoran Eid Itaewon

Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly) Eid Itawon


  • Antara Resoran yang menyajikan makanan Korea yang halal di Seoul
  • Restoran agak kecil, boleh muat sekitar 25-30 orang sahaja.
  • Jika datang dengan bilangan ramai, kena makan bergilir-gilir la.
  • Terletak berhampiran dengan Masjid Seoul. Dalam 100-150 meter.
  • Pekerja waktu Mat Drat dan kawan-kawan menjamu selera adalah pelajar dari Indonesia, jadi agak senang membuat pesanan makanan.
Menu
Makanan Korea seperti Samgye-tang, Bulgogi, 

Harga
Harga average dalam KRW 10,000 - 13,000. Ikut menu.


Cara nak Ke sini
  • Turun di Station Itaewon
  • Keluar di EXIT 3
  • Jalan dalam 50 meter, akan jumpa Dunkin Donuts dan Rest Mr KEBAB di sebelah kanan,  belok kanan dan mula mendaki sedikit.
  • Mendaki dalam 100 meter, ada simpang ke kiri. Masuk kiri
  • Menapak dalam 100 meter (bukit agak landai), akan jumpa pintu gerbang ke Masjid di sebelah kiri.
  • Untuk ke Restoran Eid, menapak lagi dalam 100 meter ke hadapan dari pintu gerbang masjid tadi. Tak perlu belok ke pintu gerbang masjid. Restoran terletak di sebelah kiri.

Link berkaitan Restoran EID  untuk Trip Seoul ni 

Waktu Operasi : 11am - 9pm
No Tel : +82 70-8899-8210

Alamat : 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul

Lokasi Google Map : ⇒ Google Map Rest Eid Itaewon 


Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly) Eid Itawon
Geng makan hari ni...


Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly)
Ayam herba dan makan dengan nasi.
KRW 12,000

Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly) Eid Itawon
Ni dia Nasi dan Samgye-tang . Memang sedap.


Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly) Eid Itawon
Menu ni pun sedap...Bulgogi
KRW 10,000 je


Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly) Eid Itawon




3. Restoran Halal lain di Itaewon (Yongsan-Gu)


Tempat Makan Halal di Seoul Korea (Muslim Friendly)


Restoran yang menyajikan makanan Korea yang halal (certefied dan self-claimed) di Itaewon Seoul ni agak banyak memandangkan di area Itaewon ni ada masjid, jadi pastinya restoran Halal agak banyak.

Menapak sahaja dari EXIT 3 Station Itaewon dan menghala ke Masjid Seoul ni, rasanya lebih 10 restoran 'Muslim Friendly' yang ada di area  sini.

1. Mr Kebab - Kebab (Halal Certified)
  • Turkish Kebab dalan KRW 6,000

2. Kervan Restaurant, Itaewon Branch - (Halal  Certified). 
  • Chicken Shish Kebab dlm KRW 19,000
  • Makanan Turki


3. Moghul Restorant
  • Chiceken Tandori dlm krw 19,000
4. Restoran Siti Sarah - Korean food, Makanan Melayu dan Egypt

5.Casablanca Restoran - Sandwich (Muslim Friendly)
6. Restoran Usmania - Pelbagai menu (Halal  Certified)
7. Istanbul Delight
8.  ultan Kebab
9. Makan Restaurant
Dan beberapa lagi restoran arab dan India di sini
Link berkaitan Restoran di Itaewon  untuk Trip Seoul ni 

4. Restoran Halal di  Myeong-dong (Jung-Gu)

Area Myeong-dong (Jung-gu) ni boleh kata kawasan tumpuan pelancong. Orang kita pun suka duduk area sini.
"
Mat Drat tak jumpa restoran yang ada status "Halal Certified" atau "Self -Certified" di area sini kecuali Restoran Kampungku (no 1 atas tadi).

Kebanyakkan restoran yang status "Muslim Friendly"  di sini adalah restoran yang menyajikan beberapa menu halal tetapi juga menjual alkohol (arak). Mungkin ada yang tidak selesa untuk makan di restoran sebegini.

Mat Drat senarai kan beberapa restoran mengikut pamphlet yang Mat Drat dapat :
  1. Gosang
  2. Ilji Hanbnag Samgyetang
  3. Momoyama (Lotte Hotel)
  4. Mugunghwa (Lotte Hotel)
  5. Taj
  6. YunGa-MyungGa
Mohon check dulu sumber lain sebelum makan di sini ye.

Dan kalau ke Myeong-Dong market, kita akan nampak gerai-gerai di tengah market tu yang ada tanda HALAL atau penjual menjerit "HALAL...HALAL...HALAL...", yang tu terpulang la nak makan atau tidak. 

Mat Drat macam tak berapa nak yakin beli atau makan di gerai macam tu.

Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Ni travel partnet Mat Drat, si Abam LAN.
Abam Lan tunjukkan contoh gerai dengan 'status Halal'.

Mat Drat tak berapa nak yakin makan di sini.



Myeong-Dong Market Shopping Kosmetik Trip Percutian Seoul
Satu lagi gerai dengan 'status Halal'.
Mat Drat tak berapa nak yakin makan di sini.





5. Restoran Halal / Muslim Friendly di  Nami Island

Surau dan restoran makanan halal ada di sini. 
Surau terletak di bangunan yang sama dengan restoran halal. 


Link berkaitan  Nami Island untuk Trip Seoul ni 


Percutian Bajet Seoul Nami Island Makan Halal
Restoran Asian Cuisine menyajikan makanan halal.



Antara menu yang ada.
Harga di antara KRW 9,000 - KRW 12,000 untuk 1 set.



6. NIMAT : Restoran Halal di  Incheon Airport


Dari buku panduan bercuti ke Seoul yang Mat Drat dapat di MATTA Fair, ada satu restoran halal di sini.


Restoran NIMAT ni terletak di Consourse Area

Menu : Korea Food dan Indian Food

Harga : Bulgogi Set KRW 13,000,  Buldak-gimbap (Chciken Gimbap) KRW 5,000

Waktu buka : 6:00 - 22:00

Tel : 032-743 6254

Link berkaitan Airport Incheon  untuk Trip Seoul ni 



Boleh sambung baca travelog Mat Drat di link di bawah ye.... 



Percutian ke Seoul

 Travelog Seoul - Day 1 


 Travelog Seoul -Day 1


 Travelog Seoul -Day 1


Travelog Seoul -Day 2


Travelog Seoul -Day 2
Han River Cruise

Travelog Seoul -Day 3

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 4
Grevin Muzium
Travelog Seoul -Day 4

Travelog Seoul -Day 5





~Mat-Drat ~







Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

2 comments:

  1. k-pop bedah plastik me bedah my dick..oooyeahhhh~

    ReplyDelete
  2. Aku ske gi negara org tp biase jln2 sekitar hotel je...so masak nasi kat bilik dgn kicap dan bilis mentah....

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.