Wednesday 2 October 2019

Beza ( Difference ) ETS Gold dan ETS Platinium KTM

Beza ETS Gold ETS Platinium

Intro

Hari ni Mat Drat baru beli tiket ETS ke Butterworth, kira baru 1st time nak naik ETS. Jadi terus menulis sedikit mengenai ETS, berkongsi info yang Mat Drat dapat.

Sebenarnya next week Mat Drat nak ke Penang 2 hari atas urusan kerja, ada jumpa tiket Malindo RM92 sehala.  Mat Drat ambil Malindo untuk return flight sahaja. 

Untuk perjalanan ke sana pula, Mat Drat pilih ETS. Tiket ETS berharga RM 79. Bukan sebab nak jimat, tapi sebab nak rasa pengalaman naik ETS.





ETS - Beza Gold dan Platinium Tren / Train 

Sebelum ni Mat Drat sangkakan tren ETS tu ada 2 class, gold dan platinium. Rupanya sangkaan tu salah.

Yang sebenarnya, yang berbeza adalah perjalana tren itu keseluruhannya. Kira kalau tren tu adalah gold, maka semua pemegang tiket adalah menaiki ETS Gold Tren. Dan begitulah sebaliknya.

Ada beberapa perkara yang membezakan antara ETS Gold dan ETS Platinium ni

✅ 1. Kod Tren

  • Setiap Tren/trip ETS ada kod masing-masing, berbeza setiap jadual.
  • EG untuk ETS Gold, dan EP untuk ETS Platinium
  • Contoh 
    • ETS Gold : kod tren EG 9221, EG 9425
    •  ETS Platinum : kod EP 9201 dan EP 9203

✅2. Bilangan Station Tren Berhenti

  • ETS Platinium akan berhenti di station besar dan utama sahaja manakala ETS Gold akan berhenti di lebih banyak di station berbanding ETS Platinium
  • Contoh 
    • ETS Platinium bagi laluan dari KL Sentral ke Padang Besar, tren akan berhenti di 8 station utama Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sg Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.
    • Manakala untuk tren ETS Gold pula, tren akan berhenti di anatara 14-16 station. Station tambahan yang akan berhenti adalah seperti Gurun, Tasik Gelugor, Sg Siput dan beberapa station lain lagi.
  • Kena ingat, bilangan station yang tren berhenti ni berbeza bagi laluan KL Sentral - Padang Besar dan KL Sentral - Butterworth. Kena cek timetable.

✅ 3. Masa Perjalanan

  • Sudah pasti perjalanan ETS Platinium lebih cepat berbanding ETS Gold.
  • Tapi perbezaan masa tak banyak.
  • Contoh bagi perjalanan KL Sentral ke Padang Besar;
    • ETS Platinium ambil masa 5 jam 28 minit atau 5 jam 33 minit
    • ETS Gold ambil masa 5 jam 44 minit

✅ 4. Jadual 

  • Tren ETS Platinium lebih kepada waktu utama (waktu puncak). 
  • Pemerhatian Mat Drat, contoh perjalanan KL Sentral - Padang Besar ada 5 trip sehari di mana 4 darinya adalah trip ETS Platinium dan 1 adalah trip ETS Gold. 
  • Klik untuk baca 
  • 👉  Bercuti ke Hatyai dengan Train

✅ 5. Tambang 

  • Tambang sudah pasti ETS Platinium lebih mahal berbanding ETS Gold.
  • Contoh 1 : perjalanan KL Sentral - Butterworth
    • RM 79 : ETS Platinium 
    • RM 59 : ETS Gold
  • Adakalanya, tiket flight hampir sama dengan harga tiket ETS Platinium. Contonya baru ni tiket flight Subang - Butterworth, Mat Drat beli RM 92, manakala tiket ETS Platinium RM 79. Beza RM 13 sahaja.
  • Contoh 2 : perjalanan KL Sentral - Padang Besar (Harga 2023)
    • RM 106-107 : ETS Platinium 
    • RM 80: ETS Gold
* Nota : Harga sewaktu carian dibuat 
INVOLVE ASIA 
TIKET MURAH FIREFLY

✅ 6. Snack

  • Bagi penumpang ETS Platinium, akan diberikan sedikit snack/meal dalam train
  • Snack yang diberikan, agak simple ye.
  • Bagi penumpang ETS Gold, tiada makanan/snack disediakan. Jika perlu makanan boleh dapatkan dari cafe/kantin di dalam tren.

✅ 7. Booking awal

  • Tiket ETS biasanya akan cepat habis, jadi lebih baik booking awal.
  • ETS Gold lebih cepat habis berbanding ETS Platinium.
  • Jika nak pilih ETS Gold, kena booking awal.

✅ 8. Seat bussiness Class

  • Sewaktu nak beli tiket, Mat Drat perasan untuk ETS Platinium ada disediakan seat business class
  • Dalam ETS Gold, Mat Drat tak jumpa seat business class waktu buat carian.
  • Sususan kerusi untuk business class adalah 2+1, manakala susunan seat biasa adalah 2+2 bagi setiap row.
  • Harga tiket untuk business classs sedikit mahal. Contoh untuk perjalanan KL Sentral - Padang Besar;
    • Seat Biasa : RM 104
    • Seat Business : RM 170 


Untuk booking tiket ETS, boleh layari https://www.ktmb.com.my/ets atau download app KTM



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 









2 comments:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.