Wednesday, 27 September 2017

Tiket Murah ke Surabaya



Malaysia Airlines menawarkan promosi tiket All-in Return Kuala Lumpur - Surabaya serendah RM 369 sahaja.




Promosi ini terhad di mana ;
- Tempahan tiket hendaklah dibuat sehingga 1 Oktober 2017,
- Penerbangan di antara 29 Oktober - 12 November 2017

Jadi  yang hendak bercuti dalam masa terdekat, tapi tiada perancangan lagi  boleh la rebut peluang promosi Malaysia Airlines ni.



Apa yang ada di Surabaya????

Surabaya ni ada beberapa tempat menarik untuk dilawati tetapi satu tarikan utama pengunjung dan pelancong datang ke Surabaya adalah Gunung Bromo. Gunung Bromo ni sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak jauh dari bandar Surabaya tetapi menjadi satu tempat tarikan pelancong apabila ke Surabaya. 


Aktiviti utama di sini adalah menjejaki menikmati keindahan matahari terbit (Bromo Sunrise) dari puncak tertinggi atau Gunung Pananjakan 2,770 (atas paras laut), melawat Kawah Gunung Bromo, ke Bukit Savana yang seakan padang pasir dan juga ke Pasir Berbisik.


Package yang ditawarkan oleh ejen di sana biasanya adalah menaiki jeep dari hotel di lewat malam sekiyar jam 10-11 malam bertolak dan menuju ke Gunung Bromo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam untuk memberi peluang kepada pengunjung menikmati keindahan matahari terbit dari puncak Gunung Pananjakan. 


Selesai menikmati keindahan suasana matahari terbit, pengunjung boleh berjalan kaki atau menunggang kuda untuk ke kawah Gunung Bromo, ke Bukit Savana dan ke Pasir Berbisik.


Ops.... Pasir Berbisik... macam filem P. Ramlee pulak. Dalam Filem Laksamana Do Re Me tu nama tempat yang disebut adalah Pasir Berdengung.... Lebih kurang la kot.


Okey, kalau rasa teringin bercuti yang lain dari yang lain dan pergi dekat-dekat sahaja, bolehlah pertimbangkan untuk ke Surabaya. Tambang pun tak mahal, All-In Return serendah RM 369 sahaja.





Hotel Murah di Surabaya????

Jika dah rasa tertarik, bolehlah intai-intai pula hotel di sana. Di Surabaya, rate hotel agak murah. Di dalam lingkungan RM 100- RM 150 sudah boleh dapat bilik yang selesa.

Antara pilihan hotel di Surabaya untuk harga RM100-150 satu malam;
- Midtown Hotel Surabaya
- MaxOneHotel.com at Tidar
- Verwood Hotel and Serviced Residence


Atau klik di link Agoda ini untuk senarai hotel Recommendation by Agoda






Dan di antara gambar yang Mat Drat sempat intai-intai di Instagram.

Kredit : IG Tour Bromo

Sunrise di Gunung Bromo
Kredit : IG Bromo72adventure

Menuju ke Kawah Gunung Bromo
Kredit : IG Bromo72adventure

Berkuda di Gunung Bromo
Kredit : Dwiarifmancahyono
Jeep Bromo.... Kuda... dan berjalan kaki. Ohsem
Kredit : IG Kakigatel



- Mat Drat -




Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇


Sunday, 17 September 2017

Tempat Menarik di Busan Korea Selatan

Tempat Menarik di Busan Korea Selatan



Di Busan ni memang banyak tempat yang menarik untuk di lawati. Kawan Mat Drat yang pernah ke Seoul dan ke Busan pun kata yang dia lebih suka ke Busan katanya sebab Busan lebih banyak tempat menarik untuk dilawati.

Di entry sebelum ni, Mat Drat ada share lokasi-lokasi yang Mat Drat lawati dan kunjungi dari day 1 - day 4. Boleh la baca trevelog tu untuk itinerari 4H3M di Busan, panjang la sikit Mat Drat share termasuk bab makanan halal, pengangkutan dan tempat penginapan.

Di entry ini Mat Drat info agak general, dan akan Mat Drat update dari masa ke semasa (tunggu masa mengizinkan)


Maaf... Belum berkesempatan untuk update sepenuhnya. 
Balik je dari Busan, seminggu berikutnya ke Bangkok, kemudian Pattaya. Kemudian lepas raya banyak lak trip Cuti-Cuti Malaysia, pergi Langkawi lagi naik feri roro, Pulau Redang pas tu ke Penang.


Tempat-tempat menarik di Busan berikut yang Mat Drat lawati :

1. Gamcheon Culture Village


- Gamcheon Culture Village ni antara lokasi wajib di lawati jika ke Busan!!

- Gamcheon Culture Village ni terletak di kaki bukit dan mengadap pelabuhan. Deretan rumah seperti susunan kiub yang berwarna warni menjadikan pemandangan di sini cukup cantik.

- Di sini rumah-rumah di hiasi dengan pelbagai mural, ada tempat-tempat yang dihiasi secara kreatif, lorong-lorong juga ada tarikan tersendiri menjadi tempat ni sangat unik.

Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part III



2. Oryukdo Skywalk - Oryukdo Island





- Oryukdo Skywalk ni terletak di Oryukdo Island, agak jauh sedikit ke Selatan dari pusat bandar Busan. Oryukdo Island ni sebenarnya terdiri dari 5-6 buah pulau batu... boleh dikatakan ia pulau-pulau yang terdiri dari batuan sahaja.

- Susunan pulau-pulau ini agak cantik kedudukannya. Ia menjadi 5 atau 6 pulau kerana bergantung kepada hari dan air pasang surut. Ada kala ia hanya menjadi 5 pulau, ada kalanya menjadi 6 pulau.

- "O" bermaksud lima (5), manakala yuk bermaksud enam (6)

Oryukdo Skywalk

- Tarikan utama di sini adalah Skywalk yang disediakan.

- Flatform kaca dimana pelancong dan pengunjung boleh berjalan di atas batuan dan laut, sambil menikmati keindahan Oryukdo Island. Kalau ada yangh gayat tu, jangan risau...ketinggian flatform ni tak la tinggi sangat.

Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part V 



3. BIFF Square (Busan International Film Festival)




- BIFF ni singkatan kepada Busan International Film Festival. Busan cukup dikenali sebagai Bandaraya Filem. 

- Sewaktu Busan Film Festival, kalau nasib baik bolehlah bertemu artis-artis K-Pop Korea di kawasan ni. 

- Pada waktu biasa, BIFF Square menjadi tumpuan pengunjung kerana night marketnya yang agak meriah. Suasana gerai makanannya di sini menghidupkan suasana BIFF Market ni. 

Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part II 



4. Jagalchi Market




- Jagalchi Market ni katanya pasar ikan terbesar di dunia. Tak tahu betul atau tidak.

- Terletak betul-betul bertentangan dengan BIFF Square, tetapi perlu turun ke underground untuk menyeberangi jalan  ke sana.

- Selalu juga rasanya pasar ni masuk dalam rancangan travel atau percutian.

- Memang banyak hidupan laut, ikan dan seafood. Semua segar. Jagalci Market ni sinonim dengan slogan 'Come, See and Buy'

Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part II 


5. Gukje Market 





- Gukje Market ni merupakan pasar yang cukup terkenal di Busan dan juga tempat tumpuan pengunjung. Nak cari barang untuk dijadikan souveniour dari Busan, bboleh la ke sini.

-  Juga dikenali sebagai Nampodong International Market di mana ia merupakan market terbesar di Busan dan dikatakan lebih kurang seperti Namdaemun Market di Seoul.  (Boleh baca travelog Mat Drat ke Seoul)

- Jika di Malaysia , boleh la kita bayangkan seperti ala-ala Petaling Street. Tetapi di sini mereka bukan berniaga di gerai, tetapi di shop lot. Petaling Street peniaga banyak meniaga di gerai-gerai selain di shop lot.

- Ada beberapa lorong dan setiap lorong mengkhususkan kepada barangan tertentu. Boleh kata macam pasar Chatuncak jika di Bangkok. (Mat Drat balik dari Busan, selang seminggu terus ke Bangkok).

- Di pasar ini pelbagai barangan boleh diperolehi, baraNgan elektrik, perkakasan rumah, pakaian, buahan dan sayuran. Kira barang-barang di sini murah juga.

Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part IV 

6. Yongsudan Park



- Di sini juga terletak Busan Tower - 120 meter tinggi. Dari Busan Tower ni boleh lihat 360∘ Busan dari Observation Deck.

- The Busan Citizen Bell (Loceng Besar) kat atas bukit ni pula digunakan untuk perayaan tertentu.


- Pemandangan memang agak cantik di atas ni. Ada escalator untuk naik ke atas.

Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part II 




7. Huaendae Beach




Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part IV 



8. Dalmaji-gil Road




Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part V 


9. Masjid Busan Al-Fatah



Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part VI
10. Gwangbokro Fashion Street


- Gwangbok-dong Fashion Street ni menempatkan banyak butik-butik berjenama dan juga butik-butik fashion. Orang Korea kan sentiasa update dengan fashion terutamanya anak-anak muda,  jadi kawasan ni menjadi tumpuan anak-anak muda.

- Tapi di sini bukanlah menjual jenama high-end seperti di kawasan shopping yang terkenal di  Champs Elsee, Paris atau di Psg De Garcia, Barcelona (tempat yang pernah Mat Drat sampai).

- Nak cari barang murah, mungkin bukan di sini tetapi bersebelahan Gwangbok-dong Fashion Street ini ada Gukje Market, di situ banyak barang-barang murah yang di jual.


Info lanjut dan detail : 👉👉 Travelog Busan : Part II 




Dan beberapa tempat yang ingin dilawati tetapi masa tak mengizinkan


11. Gwangandaegyo Bridge


12. Yeongdodaegyo Bridge


13. Dongbaeksom Island


14. Taejongdae


15. Gwanggali Beach


16. Beomeosa Temple









~Mat Drat~


Perkongsian berkaitan Trip Busan ini

Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

Tempat Makan Halal di Busan Korea Selatan

Tempat Makan Halal di Busan Korea


Maaf... Belum berkesempatan untuk update sepenuhnya. Jadi boleh di kira entry ini masih draft sahaja.



Nanti Mat Drat compilekan tempat makan yang Mat Drat singgah dan juga info restoran halal yang diperolehi dari pihak sana ( tourism board)

Mengikut buku/pamplet "Halal Restaurant Week Korea" yang Mat Drat perolehi dari pihak Korea Tourism Organization semasa Matta Fair baru-baru ni, dan juga dari pamplet "Busan Tour Guide For Muslim" yang dikeluarkan oleh Busan Tourism Board, pihak Korea Tourism Organization mengkasifikasikan 4 kategori Muslim-Friendly Restoran  iaitu

  1. Halal Certefied - Restoran yang ada pengsijilan sijil halal dari badan/pihak tertentu.
  2. Self Certified - Restoran di akui halal oleh pemilik restoran itu sendiri.
  3. Muslim Friendly - Ada menu halal disajikan tetapi mungkin Alcohol juga disajikan.
  4. Pork Free - Restoran tidak sajikan makanan halal tetapi tidak sajikan 'pork'. Alcohol mungkin disajikan
Jadi nak makan tu kena tengok dahululah 'signboard' halal yang dipamerkan di luar kedai. 


1. Cappadocia  ✅ Self Certified



- Jika ke Masjid Al-Fatah atau dikenali juga Busan Islamic Mosque, bolehlah singgah menjamu selera di restoran ini.

- Mat Drat juga singgah makan di sini, boleh baca di 

Maklumat dari pamplet
🔎 - Alcohol-free, Halal Menu Available, Muslim Owner / Chef
🍜 - Turkish Food ( Chicken kebab, Shish Kebab etc)
💲 - 11,000 - 14,000 KRW
⏰ - 11:30am - 22:00pm
📍 - 123-9, Geumdan-ro, Geumjeong-gu,  Busan
🚈 - Exit 8 di station subway Dusil - Jalan terus dalam 450-500 meter.



2. Star Kebab  ✅ Self Certified




   
- Terletak di bangunan SeaCloud (berhadapan Novotel Hotel), Haeundae Busan. 

- Mat Drat juga singgah makan di sini, boleh baca di 

Maklumat dari pamplet
🔎 - Alcohol-free, Halal Menu Available, Muslim Owner / Chef
🍜 - Turkish Food
💲 - 6,000 - 8,000 KRW
⏰ - 11:00am - 22:00pm (Closed on Monday
📍 - Ground Floor,  Sea Cloud Hotel, Haeundae-gu, Busan
🚈 - Exit di station subway Haeundae - Jalan terus menuju Haeundae Beach


3. Morocco Casablanca Restaurant  ✅ Self Certified



- Terletak di sebelah Masjid Al-Fatah atau dikenali juga Busan Islamic Mosque.

Maklumat dari pamplet
🔎 - Tiada info
🍜 - Tiada info
💲 - Tiada info
⏰ - Tiada info
📍 - 123-9, Geumdan-ro, Geumjeong-gu,  Busan
🚈 - Exit 8 di station subway Dusil - Jalan terus dalam 450-500 meter menghala ke Masjid Al Fatah



4. Punjab India Restaurant  ✅Muslim Friendly




- Terletak di kawasan Haeundae Busan

Maklumat dari pamplet
🔎 - Pork-free, Halal Menu Available, Muslim Owner / Chef
🍜 - Indian Food
💲 - 2,000 - 17,000 KRW
⏰ - 11:00am - 23:00pm  
📩 - 3rd Floor,  31 Jung-dong,  Haeundae-gu Busan
📍 - 31,  Gunam-ro,  Haeundae-gu,  Busan 
🚈 - Exit di station subway Haeundae - Jalan terus menuju Haeundae Beach. Restoran terletak di sebelah kiri 250 meter dari station.


5. Hello India Al Waha Restaurant  ✅  Muslim Friendly




- Terletak di kawasan Haeundae Busan

Maklumat dari pamplet
🔎 - Pork-free, Halal Menu Available, Muslim Owner / Chef
🍜 - Indian Food / Lebanese Food / Arab Food
💲 - 8,000 - 18,000 KRW
⏰ - 11:00am - 23:00pm  
📩 - 3rd Floor,  31 Jung-dong,  Haeundae-gu Busan
📍 - 23,  Gunam-ro,  Haeundae-gu,  Busan 
🚈 - Exit di station subway Haeundae - Jalan terus menuju Haeundae Beach. Restoran terletak di sebelah kiri 200 meter dari station.




6.  Wonjo Halmae Bokguk  ✅  Muslim Friendly

- Terletak di kawasan Haeundae Busan

Maklumat dari pamplet
🔎 - Pork-free, Halal Menu Available
🍜 - Korean Food
💲 - 9,000 - 28,000 KRW
⏰ - 07:00am - 21:00pm  
📩 - 1,  Dalmaji-gil, 62 beon-gil,  Haeundae-gu Busan
🚈 - Exit di station subway Jungdong (Lane 2) - Restoran terletak 650 meter dari station.


7.  Rama & Bavan  ✅  Muslim Friendly

- Terletak di kawasan Busanjin-gu

Maklumat dari pamplet
🔎 - Pork-free, Halal Menu Available / Muslim Owner / Chef
🍜 - Asian Food
💲 - 14,000 - 16,000 KRW
⏰ - 11:30am - 22:00pm  
📩 - 33,  Jungang-daero,, 702 beon-gil,  Busanjin-gu, Busan
🚈 - Exit di station subway Seomyeon (Lane 1 & 2) - Restoran terletak 350 meter dari station.



8. India Restaurant Bombay Brau  ✅  ??? 





- Terletak di kawasan Haeundae Busan


Maklumat dari pamplet - tiada. Berdasarkan pemerhatian, terdapat tanda 'halal' diluar restoran.

🔎 - Tiada info
🍜 - Tiada info
💲 - Tiada info
⏰ - Tiada info
📩 - Tiada info
📍 - Tiada info
🚈 - Exit di station subway Haeundae - Jalan terus menuju Haeundae Beach. Restoran terletak di sebelah kanan.







Akan Mat Drat sambung list ini nanti dan juga akan update maklumat yang tertinggal.




~Mat Drat~

Perkongsian berkaitan Trip Busan ini


Travelog Percutian ke Busan - Part V ( Masjid Al-Fatah, Cappadocia)

Masjid Al-Fatah




Masjid Al-Fatah

Islam sudah lama menapak di Korea. Walau bagaimana pun, bilangan penganut agama islam di sini amat kecil dan tidak sampai 5%. Kira muslim adalah minoriti di sini. Walau minoriti, di Busan terdapat juga sebuah masjid. Jadi jika ke Busan, ambillah kesempatan untuk melawat masjid ini.

Masjid ini agak kecil, di bina dengan bantuan pihak Turki sebagai lambang kerjasama kedua negara,

Masjid ini juga menjadi pusat pembelajaran agama Islam bagi mereka yang baru menganut agama Islam. Ada kelas agama diadakan di tingkat bawah.

Sewaktu kami tiba di sini, ada beberapa orang (tidak sampai 10 orang) berkumpul di sini. Ada yang berjumpa rakan di sini dan menjadi ia sebagai tempat pertemuan. 5-6 orang warga Indonesia (bekerja di Busan dan pelajar) dan juga beberapa orang tempatan.

Selesai kami solat Asar, masjid ini kembali sepi. Tinggal kami berdua serta satu pasangan yang datang dari Seoul. Suaminya orang Egypt dan isterinya warga tempatan. Melihat mereka di sini, kita akan merasakan cukup bersyukur dengan keadaan 'Islam' di Malaysia. 


Lokasi dan cara ke Masjid Al-Fatah
Lokasi masjid ini agak jauh dimana kita perlu menaiki tren Line 1 dan turun di Station Dusil.

113-13, Geumdan-ro (Namsan-dong 30-1), Geomjong-gu, Busan

Kami tadi dari Oryukdo Island, ambil teksi ke Station Metro Kyungsung Univ. Dari situ kami ambil tren metro Line 2 sebelum bertukar ke Line 1 di station metro Seomyeon. 

Dari Station Seomyeon, lebih kurang 17 station/stop barukami tiba di station metro Dusil. Dari station Seomyeon ke station Dusil ambil masa lebih kurang 30 minit, memang agak jauh. 

Kemudian kami keluar di Exit 8, jalan lebih kurang 300 sehingga berjumpa satu station minyak SK . Sebelum station minyak, kalau perhatikan betul-betul ada signboard ISLAM CENTRE. Tapi signboard agak kecil, kena perhatikan betul-betul. Ada satu jalan kecil di sebelah kanan menghala ke masjid. Bertentangan stesyen minyak tu ada McD di seberang jalan.

Masjid ni agak kecil dan tersorok, tetapi akan jumpa sebuah restoran 'halal' Cappadocia Turkish Kebab' dahulu. Masjid terletak di sebelah/belakang Cappadocia Turkish Kebab ni. Kami makan di restoran ni. Di sebelah masjid , ada lagi satu kedai makan halal iaitu Morocco Restaurant.


Dari EXIT 8 Station dusil, kami jalan terus.
Kami masih perlu berjalan ke hadapan dalam 100 meter lagi
sebelum sampai station minyak dan belok ke kanan.
Seberang sana ada McD yang saya cakap tadi.

Selepas belok ke kanan, dalam 50 meter kita akan jumpa restoran halal ni
'Cappadocia Turkish Kebap".
Masjid terletak di bahagian belakang restoran ni,
ada jalan kecil ditepi restoran ni.

Sampai akhirnya ke Masjid Al-Fatah,
satu-satunya masjid di Busan.
Sedikit sebanyak sejarah Masjid Al Fatah ini

Ruang solat Masjid Al-Fatah Busan


Cappadocia Turkish Kebap - Tempat Makan Halal di Busan

Selesai solat, kami singgah makan di restoran Cappadocia Turkish Kebab. Restoran ni agak terkenal bagi mereka yang mencari makanan halal di Busan. 



Jika diperhatikan deco restoran ini, hiasannya dalamnya agak cantik dengan kebanyakkannya dari turki. Banyak cenderahati yang diterima oleh restoran ni, dari Malaysia pun banyak.




Makanan menu turki seperti kebab disediakan. Harga okey dan tidak terlalu mahal.




Sebelah hadapan masjid, ada sebuah lagi restoran halal iaitu restoran 'Morocco Casablanca'. Satu lagi alternatif untuk mencari makanan halal.



Resoran Cappadocia Turkish Kebap

Antara menu yang ada

Pembuka selera kami - sup dan roti.

Suasana di dalam Cappadocia Turkish Kebap

Sebuah lagi restoran halal di kawasan Masjid Al-Fatah,
Restorsn Morocco Casablanca

Sebuah lagi restoran halal di kawasan Masjid Al-Fatah,
Restorsn Morocco Casablanca



Selesai menjamu selera, kami terus balik ke hotel sebelum keluar semula. 

Hari dah petang, tak banyak tempat yang kami boleh pergi, jadi kami ke Gukje Market sahaja. Petang terakhir sebelum kami berangkat pulang esok pagi, jadi di Gukje Market ni kami akan habiskan duit "won" yang kami ada. Pengalaman kami di Gukje Market boleh baca di perkongsian sebelum ini.



Day 4 - Terbang balik ke Kuala Lumpur


Seperti di jangka, penerbangan balik dari Busan - Kuala Lumpur,
juga penuh seperti penerbangan Kuala Lumpur - Busan


Baby kami tak sabar nak check-in, tak sabar nak balik.


Juga tiada aerobridge di Gimhae Airport untuk Air Asia

Tengah sampaikan pesanan kat baby...
"jangan menangis dalam flight tau.... ayah dah bawa jalan sampai ke Korea"


3 jam pertama, baby masih steady... tak meragam. 




Bawa ronda-ronda dalam flight, elakkan baby rasa boring








Stewardess AirAsia bagi duduk di seat hadapan yang kosong.
Ada geng... bersama jejaka dari Korea


Dua-dua baby ni relax je....
sebab daddy keduanya selang seli jaga dan layan mereka berdua.


Awan Malaysia.... Ready untuk landing....


Sebahagian souveniour yang di bawa balik...

Alhamdulillah akhirnya selamat mendarat di KLIA2.  Penerbangan lancar, baby pun tak menangis atau meragam dalam flight yang selama 6 jam tu. 

Akhirnya dapat juga Mat Drat tamatkan travelog Busan ni, selepas entry pertama Mat Drat tulis iaitu Percutian Ke Busan - Tips lebih sebulan lalu. Memang susah nak curi masa menulis, dari entry pertama tu Mat Drat bercuti pula ke Langkawi 5H4M, kemudian bersambung pula ke Pulau Redang 4h3M.

Selesai bab percutian Busan ni, akan menyusul perkongsian Mat Drat ke Bangkok dan Pattaya, kemudian trip ke Kuching, Ke Langkawi dengan feri Roro serta di ikuti trip ke Pulau Redang.

Harap-harap, semua perkongsian ni dapat di selesaikan sebelum trip Cuti-Cuti Malaysia baru... Wife dah sibuk tunjuk kalender yang pertengahan Oktober ni ada cuti seminggu!!

Akhir kalam, terima kasih kepada pihak Astro Circle untuk hadiah yang tak dijangka ini, serta terima kasih juga kepada pihak Mayflower terutama Elaine yang mengaturkan semuanya walaupun tarikh penerbangan yang saya beri agak short-notis.



TAMAT TRAVELOG BUSAN. 



~Mat Drat~



Perkongsian berkaitan Trip Busan ini