Wednesday 19 September 2018

PERCUTIAN KE LONDON





Ini Draft entry je ni
Itinerari belum ada, apa pun belum ada.  Lusa dah nak kena fly ke London. Jadi ni kira draft entry je.... Travelog, balik London nanti Mat Drat share.

Mat Drat tulis entry ni utk panduan Mat Drat sendiri di London nanti, maklumlah trip kelam kabut.


..................................

Edited 25.01.2019
Entry pertama Travelog London dah ready untuk dibaca.


PERCUTIAN KE LONDON
.........................................................
 


Malam semalam (Isnin malam Selasa), Mat Drat dimaklumkan oleh Qatar Airways yang Mat Drat dapat tiket ke London... dan juga tiket konsert di Royal Albert Hall.

Mat Drat menulis ni Rabu malam Khamis... Petang Jumaat (lagi sehari setengah) dah nak kena fly ke London.

Betul-betul mencabar trip ni...short notice, short trip. Harap semuanya lancar...

Masa yang sangat suntuk nak fly ni,  Mat Drat share link-link dari KLOOK untuk  tiket-tiket murah yang ada berkaitan London dan Edinburgh, untuk panduan Mat Drat beli tiket entarnce di London, maklumlah last minit. 

Tak sempat nak study apa apa sebenarnya.

Kat airport masa boarding nanti, boleh la Mat Drat beli apa apa tiket yang perlu ni sebelum berlepas ke London. 




Opss...Mat Drat dah alang-alang ke London, lajak ke Einburgh Scotland. Nanti baca juga travelog Edinburgh



Check list
  • SIM KAD
  • LONDON PASS
  • WARNER BROS (HARRY POTTER)
  • LONDON EYE
  • W.ABBEY
  • TOWER OF LONDON
  • TOWER BRIDGE
  • BUCKINGHAM PALACE
  • THE SHARD
  • HOP IN HOP OFF
  • CHELSEA STADIUM
  • STONEHENGE TOUR
  • HEATHROW TRANSPORT

Klook.com
Klook.com
Klook.com

Klook.com

Klook.com

Klook.com
Klook.com

Klook.com

Klook.com
Klook.com


Tuesday 18 September 2018

TEMPAT MAKAN BEST SEDAP DI PORT DICKSON - JJCM PD


Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM PD




Kalau bercuti ke Port Dickson, selain menuju ke Tempat Menarik di Port Dickson dan Pantai-Pantai di Port Dickson, antara yang dituju pula pastinya tempat makan yang sedap dan best. Biasalah orang kita kan suka JJCM - Jalan Jalan Cari Makan. Sambil jalan-jalan, sambil makan-makan.

Tahun ni 2 kali Mat Drat ke Port Dickson, jadi rasa nak share jugak la beberapa tempat makan sedap di Port Dickson ni ikut pengalaman Mat Drat ke sini.

Sebelum ke PD, Mat Drat pun ada baca juga di blog-blog mana tempat makan yang dsedap di Port Dickson. Jadi perkongsian ni Mat Drat share apa yang Mat Drat baca dan juga pengalaman Mat Drat sendiri.

Kena ingat ye, Port Dickson juga seperti destinasi pelancongan lain di mana restoran dan kedai makan akan sentiasa penuh terutamanya pada sebelah malam. Lagi-lagi kalau public holiday atau pun cuti sekolah. Masa paling peak pastinya selepas waktu maghrib sehingga lebih kurang 9:30 malam. Bila dah lewat sikit tu, biasanya dah mulai kurang pelanggan.


Ingatan :
Tapi Mat Drat bagi tahu awal-awal:
- Senarai ni tak ikut ranking dan
- SEDAP dan BEST tu agak subjektif. Mungkin tekak A lain, tekak B pula lain.
- Restoran atau kedai makan di area Port Dickson ni rata-rata akan sentiasa penuh terutamanya apabila sebelah malam hujung minggu


1. KING'S CHAR KUEY TEOW

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
King's Char Kuy Teow


King's Char Kuey Teow ni antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau dihujung minggu.

Selain Char Kuey Teow itu sendiri, yang turut menjadikan tempat ini sentiasa ramai planggan adalah adalah kerana konsepnya yang 'open'. Orang-orang kita suka makan dalam suasana macam ni.

Pokok besar di hadapan restoran/kedai makan ni menambahkan lagi keunikan dan tarikan kepada King's Char Kuey Teow ni.

Menu utama sudah pastinya Char Kuey Teow. Boleh pilih antaranya Char Kuey Teow biasa, special, kambing dll. Bukan senang nak jumpa Char Kuey Teow Kambing!!

Selain Cahr Kuey Teow, ada juga menu lain.. Jadi jangan risau kalau ada yang tak berapa gemar Char Kuey Teow.

Okey, gambar kat atas tu nampak lengang sebab Mat Drat ambil weekday dan awal petang ...sekitar 5 pm. Dan pastinya pelanggan belum ramai.  Nak tahu suasana malam terutama weekend, gambar bawah ni ye.....memang meriah.


Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Suasana malam di Kings Char Kuey Teow
(Sumber  : FB King's Char Kuey Teow)




Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Nak makan agak selesa...Mat Drat bawa family makan sebelah petang. Ni sewaktu weekend, waktu petang pelanggan masih tidak ramai seperti malam. Tapi meja dibahagian luar hampir penuh ye, terpaksa kami makan di bahagian dalam. Masih agak selesa dengan anak-anak.




Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Char Kuey Teow Kambing..... power...

Waktu Operasi : bermula 4:00 petang

Lokasi : Jalan Pantai (Berhampiran Pantai Cahaya Negeri, Si Rusa)

Lokasi Google Map : Direction Google Map 




2. PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE POWER RM2 ASAM PEDAS

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai



PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM 2 Asam Pedas ni pun antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau dihujung minggu.

Nama pun dah panjang. Dalam nama pun dah ada 3 menu uatama iaitu CENDOL, COCONUT SHAKE dan ASAM PEDAS. Kira 3 ni menu utama la. Selain tu ada pelbagai lagi jenis menu disediakan, jadi pilihan memang banyak.

Kalau singgah waktu tengah hari dan cuaca agak panas, dapat pekena Cendol atau Coconut Shake pasti sedap....

PD Famous Cendol ni terletak berhadapan dengan station minyak PETRON. .
Di sini, mengamalkan konsep layan diri. Ada beberapa kaunter / station mengikut menu. Jadi order di kaunter/station tersebut.

Kalau nak order Coconut Shake, jangan pi beratur di barisan yang nak tapau / take away...nanti lama Q tu.


Waktu Operasi : -

Lokasi : Teluk Kemang (Berhadapan Station PETRON Teluk Kemang)

Lokasi Google Map : Direction Google Map 

Facebook Page :


Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Signboard cukup besar....pasti nampak punya. Kalau dari PD menghala ke Teluk Kemang, ia terletak di sebelah kiri (PETRON sebelah kanan)



Jom lihat suasana dan antara menu yang ada di sini....

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Ni suasana tengah hari weekday...
Bukan Hari orang bercuti di PD, jadi agak lengang.

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Ni suasana weekend waktu tengah hari.  Mat Drat datang selepas 2:30 pm sebab awalnya singgah dalam 1pm tapi tak dapat parking dan orang terlalu ramai. Tak jumpa meja kosong.
Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Pilih mana berkenan..Cencol atau coconut shake
Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Ikut citarasa masing-masing...
Cendol biasa, cendol durian, cendol pulut

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Tauhu bakar  ada....Kerang bakar pun ada...


Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Nasi Kambing Black Pepper pun sedap... Ayam Grill...Set Meatball...macam macam ada...











3. COWBOY PALACE - Nasi Kukus Ayam Panggang

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai


Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy ni pun antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau dihujung minggu.

Menu utamanya Nasi Kukus Ayam Panggang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk makan tengah hari di sini.

Jika datang dalam bilangan yang ramai, seeloknya hubungi tuan kedai dahulu untuk membuat tempahan tempat duduk.


Waktu Operasi : -

Lokasi : Jalan Pantai, Batu 9

No Tel : 013 3088675

Lokasi Google Map : Direction Google Map 



Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Nasi dah kukus...Ayam pulak panggang...Memang mantap 

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai
Ada ketikanya ada live show...sambil makan, sambil layan..

5. RESTORAN CITARASA KAMPUNG

Tempat Makan Best Port Dickson


Bagi yang mencari tempat makan tengah hari yang special dengan citarasa dan pelbagai menu kampung, boleh lah ke Restoran Citarasa Kampung.

Selain makan tengah hari,  restoran ni turut sediakan sajian sarapan pagi dan juga makan malam.

Nak makan ramai-ramai pun boleh,  call owner dan buat reservation.  Selesa makan sini ramai-ramai sebab restoran ni 3 lot kedai. 

Makan Tengah Hari
  • Rasanya kat Port Dickson, ini satu-satunya restoran yang sajikan lebih 80 jenis masakan untuk tengah hari.
  • Paling best, mestilah resepi tradisi 'Nogori' iaitu Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan. Inilah menu yang paling dicari kalau ke sini.
  • Setiap hari je, lebih 10 jenis Masak Lemak Cili Api di sediakan... Masak Lemak Cili Api daging ada, masak lemak ayam ada, masak lemak ketam pun ada. Peminat siput sedut,  mai sini... Masak lemak cili api siput sedut pun ada. Pilih la mana berkenan.
  • Satu lagi yang best untuk makan tengah hari, ikan bakar. Boleh la try ikan pari bakar, cencaru bakar atau pun sotong bakar. Ni antaranya... 
Makan Malam
  • Makan malam kat sini pun best, tapi Mat Drat pesan awal-awal ye, kena datang awal. Orang agak ramai kalau malam terutama hujung minggu.
  • Kalau malam, menu macam biasalah, masakan ala Thai ala-carte macam tomyam, siakap tiga rasa dan lain-lain.
  • Seafood kat sini pun best, boleh try Chilli Crab. Ni kira yang dicari kalau ke sini.
Steamboat
  • Jumaat dan Sabtu, Restoran Citarasa Kampung ada sediakan Steamboat
  • Harga tak mahal, hanya RM 20/pax
  • Tapi Mat Drat tak pernah lagi try steamboat dia, nanti nak try trip Port Dickson akan datang.
Waktu Operasi : Setiap hari (8am-12am)

Lokasi : No 1, 2 & 3 Jalan Bukit Orkid, Port Dickson

No Tel : 014 222 8517 / 014-228 0635

Lokasi Google Map : Direction Google Map 




Tempat Makan Best Port Dickson
Ketam Lemak Cili Api
Sumber FB Restoran Citarasa Kampung



Tempat Makan Best Port Dickson
Ketam Lemak Cili Api
Sumber FB Restoran Citarasa Kampung
Tempat Makan Best Port Dickson
Siput Sedut Lemak Cili Api
Sumber FB Restoran Citarasa Kampung


Tempat Makan Best Port Dickson
Ikan Patin ada...Ikan Baung ada..
Sumber FB Restoran Citarasa Kampung


Tempat Makan Best Port Dickson
Ikan Bakar..Makan Tengah Hari
Sumber FB Restoran Citarasa Kampung


Tempat Makan Best Port Dickson Steamboat Murah
Promosi Steamboat

Tempat Makan Best Port Dickson Steamboat Murah
Promosi Steamboat


5. HIDAYAH IKAN BAKAR

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson - JJCM Pilihan Ramai


Hidayah Ikan Bakar ni pun antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau malam hujung minggu.

Lokasi bersebelahan dengan dengan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy, ada signboard cukup besar.

Lokasinya yang tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang, mungkin menyebabkan ia menjadi tumpuan pelanggan untuk menjamu selera. Tambahan pula lot parking yang luas, jadi tiada masalah untuk pelanggan meletak kerta di sini.

Tapi memandangkan saiz restoran yang besar, pastinya bilangan pelanggan juga agak ramai. Jadi masa menunggu makanan yang di order mungkin agak lama, lagi-lagi bila malam hujung minggu. 




Waktu Operasi : -

Lokasi : Jalan Pantai, Batu 9, Taman Bunga Kertas

No Tel : NA

Lokasi Google Map : Direction Google Map 

Facebook: https://www.facebook.com/hidayah2016/

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Hidayah-Ikan-Bakar-Port-Dickson/   (bukan page rasmi restoran - lokasi yang di tag oleh netizen apabila makan di sini dan ada review)


6. LAKSA P'NING BT 9 PD 


Laksa P'Ning Bt 9 PD  ni mungkin bukan pilihan pengunjung atau pelancong sebab tak viral atau tak ada dalam blog-blog atau website travel (kalau ada pun tak banyak).

Tapi Mat Drat kalau ke PD, boleh kata mesti akan singgah di sini...

Kedai ni tepi jalan sahaja tidak jauh dari Nasi Kukus Ayam Panggang tadi.

Jika makan di sini, boleh cuba laksa dan mee kari. 2 menu ni pilihan utama Mat Drat. Memang tidak mengecewakan.

Suasana makan yanga gak 'sempoi', seakan gerai sahaja dan turut 'diredupkan' oleh pokok-pokok menjadikan ia agak selesa. Sesuai dengan citarasa Mat Drat.



Waktu Operasi : Mulai 7:00 am 

Lokasi : Jalan Pantai, Batu 9 Port Dickson

No Tel : 017-670 2047 (sumber google Map)

Lokasi Google Map : Direction Google Map 

Facebook: NA

...................................................................................

Loading...







TEMPAT SARAPAN PAGI SEDAP DI PORT DICKSON


Jika menginap di hotel dan disediakan breakfast, tidak menjadi masalah. Tetapi jika menginap di hotel tanpa sarapan atau pun menginap di homestay / apartment yang sememangnya tidak menyediakan sarapan, jadi nak tak nak memang kita kena mencari sarapan untuk pagi tu.

Mencari tempat sarapan yang sedap di Port  Dickson ni agak 'mencabar' juga sebenarnya. Bilangan restoran, kedai makan atau gerai yang menyediakan menu sarapan pagi agak terhad di Port Dickson ni bagi Mat Drat.  Dah la agak terhad, 'kita' yang datang sekali sekala ke sini terpaksa pula berebut dengan pelanggan tetap dari kawasan Port Dickson itu sendiri.

Kadang-kadang tu, apa yang jumpa....Mat Drat beli sahaja, tak boleh memilih sangat. 

Walau bagaimana pun, Mat Drat share 1 kedai makan yang agak sedap untuk kita menjamu selera di waktu pagi di Port Dickson ni. Sesuai untuk mereka yang menginap di sekitar Si Rusa. Kalau menginap di sekitar Teluk Kemang atau Bt 9, mungkin agak jauh.







7. KAFE KAMPUNG KAW

Tempat Makan Sedap Breakfast port Dickson



Kafe Kampung Kaw ni sebenarnya agak dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung yang bercuti di Port Dickson untuk bersarapan di sini.

Pelbagai menu disediakan dan boleh kata semua menu boleh bagi thumb up la....tak mengecewakan. 

Antara pilihan adalah Nasi Lemak. Memang terangkat. Boleh pilih nak try Nasi Lemak Telur Goyang, Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Ayam Bakaw atau pun Nasi Lemak Kambing Bakaw.

Nak tengok menu-menu yang ada, boleh lihat di FB Kafe Kampung Kaw ni. Mat Drat share kan di bawah.



Tempat Makan Sedap Breakfast port Dickson
Antara Menu ( Sumber FB Page Kafe Kampung Kaw )



Tempat Makan Sedap Breakfast port Dickson
Antara Menu ( Sumber FB Page Kafe Kampung Kaw )






Waktu Operasi : Mulai 7:30 am 

Lokasi : Jalan Hj Sirat, Kampung Baru Sirusa, Port Dickson

No Tel : - 016-715 5434 ( Sumber FB Page)

Lokasi Google Map : Direction Google Map 








TEMPAT MAKAN TENGAH HARI SEDAP DI PORT DICKSON

Antara menu yang dicari jika ke Negeri Sembilan (Nismilan / Nogori ) adalah menu masakan ikan sembilang salai atau pun daging salai.

Mat Drat share satu restoran yang sajikan masakan 'salai' dan juga masakan lomak cili api.



8. WARUNG SALAI PORT DICKSON




Warung Salai ni menjadi tumpuan untuk menu utamanya iaitu masakan salai dan juga masakan lomak cili api.

Tapi harus ingat ye, restoran ni bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung yang ke Port Dickson, tetapi juga menjadi tumpuan mereka yang menetap di Port Dickson ni dan juga mereka-mereka yang  berkerja di sini.

Mat Drat cadangkan datang awal sekitar jam 11:30 untuk mengelak waktu puncak sekitar jam 12:30. Jika datang selepas 2 pm tu, mungkin pilihan lauk sudah tidak banyak.



Waktu Operasi : Mulai 10:30 am 

Lokasi : Taman Mewah, Port Dickson

No Tel : - 012-655 0802 ( Sumber FB Page)

Lokasi Google Map : Direction Google Map 






~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Sunday 16 September 2018

TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON - 10 PILIHAN

Tempat Menarik Di Port Dickson



PD antara destinasi percutian yang cukup diminati dan menjadi tumpuan bukan sahaja warga Malaysia malah juga diminati pelancong dari negara terdekat kita, Singapore.

Tarikan utama di Port Dickson sudah pasti pantainya. Selain pantai, di Port Dickson juga terdapat tempat tarikan lain seperti tempat bersejarah, tempat tarikan 'moden' dan beberapa tempat lain yang agak unik.

Jom kita lihat apa yang ada di Port Dickson. Mat Drat senaraikan 10 tempat utama.


PANTAI BEST DI PORT DICKSON


Mat Drat senaraikan 3 pantai utama yang agak menarik dan menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung jika ke Port Dickson. Setiap pantai ada tarikannya tersendiri.


1. PANTAI TELUK KEMANG

Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama

Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Banyak khemah , payung dan kerusi untuk disewa.
Harga lebih kurang sama sahaja semuanya.




Teluk kemang cukup dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung dari dahulu lagi...

Dalam lirik lagu Apo Nak Dikato nyanyian kumpulan Blues Gang, dulu lagi Teluk Kemang sudah menjadi tumpuan pengunjung.

.......
Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Aghi minggu ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah masin
Kek pokan Port Dickson



Pantai Teluk Kemang menjadi tumpuan utama pengunjung ke Port Dickson kerana ..
  • Kemeriahan - Memang sentiasa ramai pengunjung ke sini.
  • Banyak Aktiviti seperti banana boat, paragliding, jet ski
  • Banyak restoran - Nak makan senang.
  • Banyak kedai - Pusat penjaja di Dataran Teluk Kemang memudahkan pengunjung untuk mencari baju mandi, t-shirt, pelampung dan makanan ringan serta buah tangan.
  • Dataran Teluk Kemang - banyak aktiviti seperti basikal, basikal roda tiga, kereta kontrol dll
Banyak operator yang tawarkan perkhidmatan sewa khemah dan payung. Boleh sewa ikut jam atau hari.

Lokasi : Pantai Teluk Kemang
Google Map : Google Map Pantai Teluk Kemang

Nota : 
Untuk gambar-gambar suasana pantai di sini, boleh singgah di entry Mat Drat sebelum ni 
👉👉  Percutian Ke Port Dickson


2. PANTAI SAUJANA (Depan Petronas)

Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Sesuai untuk mereka yang ingin memasang khemah. Agak redup
Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Suasana Pantai Saujana : Pantai yang memanjang hampir 1km
 ( Sumber : http://portdickson.info )


Pantai ni tak se'crowded' di di Pantai Teluk Kemang, jadi ia lebih tenang dan damai. Pantai di sini agak luas dan kawasan agak lapang. Ramai suka ke sini terutama yang mereka yang ingin berkhemah.

Pokok-pokok banyak dan agak redup, jadi memang sesuai untuk berkelah atau berpicnic bersama famili.

Lokasi : Batu 4 Jalan Pantai, Pantai Saujana Port Dickson
Google Map : Google Map Pantai Port Dickson




3. PANTAI TANJUNG BIRU (BLUE LAGOON)



Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama


Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Kedudukan di teluk, jadi air kurang berombak


Pantai ni jauh sedikit antara 3 pantai tumpuan di Port Dickson. Walau agak ke'hadapan' sedikit, ramai yang suka ke sini sebab ia tak terlalu ramai pengunjung.

Ia terletak berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan. Hotel/resort paling dekat adalah PNB Ilham Resort dan Tanjung Biru Apartment.

Pantai ni kedudukan di teluk. Kedudukannya di teluk, jadi ombak tidak terlalu kuat. Agak sesuai untuk mandi manda. Tambahan pula airnya agak cetek. Kalau air surut boleh jalan agak jauh ke tengah. 

Tapi kalau kebetulan pengunjung ramai, memang akan nampak sedikit penuh kawasan ni kerana pantainya agak pendek.

Aktiviti pantai agak terhad di sini. Hanya ada beberapa banana boat dan kayak di sini.

Gerai menjual makanan dan juga medan selera, tapi peniaga agak terhad.



Nota : 
Untuk gambar-gambar suasana pantai di sini, boleh singgah di entry Mat Drat sebelum ni 
👉👉  Percutian Ke Port Dickson



.



.



TEMPAT BERSEJARAH DI PORT DICKSON


Di Port Dickson juga terdapat beberapa destinasi pelancongan bersejarah yang boleh dilawati.

2 destinasi utama adalah 
  • Muzium Tentera Port Dickson 
  • Kota dan Muzium Lukut

4. MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON


Tempat Menarik Di Port Dickson -10 Pilihan Utama Muzium Tentera Darat Port Dickson



Mungkin ada yang masih belum tahu bahawa Port Dickson juga dikenali dengan Bandar Tentera Darat mulai tahun 2009. 

Di Port Dickson ini sendiri memang terdapat beberapa kem tentera darat. Jadi tidak janggal apabila kerajaan mengisytiharkan Bandar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Muzium Tentera Darat Port Dickson ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia juga terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.

Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari serta mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera kita. Secara tak langsung, kewujudan muzium ini menunjukkan kerajaan mengenang dan menghargai perjuangan para tentera negara kita.

Terdapat beberapa galeri berbeza di sini yang akan mengimbau sejarah dari era penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun dan seterusnya ke era ancaman Komunis. 

Bagi anak-anak, pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium pasti menarik minat mereka.


Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00am – 5.00pm)

Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson





5. MUZIUM LUKUT

Tempat Menarik Di Port Dickson Muzoum Lukut
Muzium Lukut
( Sumber:http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-lukut )

Muzium Lukut juga merupakan salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson.


Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut pernah mencapai kegemilangan suatu waktu dahulu kerana hasil kegiatan perlombongan bijih timahnya.


Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.


Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. 




Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am-6pm)

Lokasi: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson


(Mat Drat lihat Facebook Page ni lama tidak diupdate)


TEMPAT ISTIMEWA LAIN DI PORT DICKSON


Selain pantai dan muzium yang Mat Drat senaraikan di atas, di Port Dickson juga terdapat beberapa lagi destinasi yang menarik untuk di lawati.

6. RUMAH API TANJUNG TUAN


Tempat Menarik Di Port Dickson Rumah Api Tanjung Tuan



Rumah api Tanjung Tuan atau nama lamanya (nama lainnya) Cape Rachado Lighthouse, adalah juga merupakan satu destinasi yang sering menjadi tumpuan pelangcong yang datang bercuti ke Port Dickson.

Selain melihat sendiri rumah api yang tertua di negara kita ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan laut yang sayup mata memandang.

Rumah api ini dibina pada abad yang ke 16 iaitu sewaktu zaman Portugis memerintah Melaka. Dan ia telah beberapa kali dibaiki oleh Kerajaan British, iaitu  kali pertama pada tahun 1817 dan kali terakhir pada 1863. Ia kekal hingga sekarang.

Pada tahun 1990, sebuah radar MEASAT telah di letakkan di sini.

Untuk ke sini, pengunjung boleh memilih 2 jalan sama ada ingin menggunakan jalan biasa (bertar) sehingga ke atas atau melalui trek jungle trekking. 

Rumah Api Tanjung Tuan ini juga menjadi tumpuan bagi penggemar dan pencinta burung kerana kawasan sekitar ini menjadi destinasi persinggahan hampir 300,000 burung setiap tahun. 


Lokasi: Tanjung Tuan, Port Dickson ( Bersebelahan PNB Ilham Resort)


Nota : 
Boleh singgah di entry Mat Drat di link di bawah ini untuk perkongsian Mat Drat ke Rumah Api Tanjung Tuan ini dengan melalui laluan 'jungle trekking'

👉👉  Pengalaman ke Rumah Api Tanjung Tuan 


.




.

7. ALIVE 3D ART GALLERY

Tempat Menarik Di Port Dickson 3D Art Gallery
Sumber : FB Alive 3D Art Gallery


Port Dickson juga terdapat galeri yang menempatkan lukisan-lukisan 3D seperti di Langkawi, Melaka dan Kuala Lumpur.

Terdapat lebihk 50 lukisan 3D dengan pelbagai tema dan setiap satunya  menjanjikan ilusi yang berlainan. 

Di sini para pengunjung boleh bergambar di 5 zon tema yang berbeza iaitu di zon Adventure, Aquarium, Animation, Exotic dan Art.

Seperti biasa kalau datang ke muzium 3D ni, memory handphone kena besar sebab biasanya akan banyak bergambar di dalam ni.


Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: 
  • Isnin-Jumaat (11am-10pm) 
  • Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10am-11pm)

Lokasi : No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson





8. PORT DICKSON OSTRICH SHOWFARM

Tempat Menarik Di Port Dickson Ostrich Showfarm
Sumber : Google Image


PD Ostrich Farm ini terletak di Batu 9 dan tidak jauh dari Teluk Kemang dan tidak jauh juga dari Politeknik Port Dickson.

Para pengunjung yang ke sini pastinya dapat mengenali dengan lebih dekat burung unta (ostrich). Bagi yang ingin menunggang burung unta (ostrich) ni, boleh ambil peluang di sini.

Selain ostrich (burung unta), para pengunjung juga dapat mengenali dengan lebih dekat haiwan lain yang ada di sini seperti keldai, kambing, arnab dan angsa. Kanak-kanak pasti seronok apabila diberi peluang untuk memberi makan sambil dapat menyentuh haiwan-haiwan ini.


Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-6pm)

Lokasi: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson




9. RUMAH TERBALIK PORT DICKSON

Tempat Menarik Di Port Dickson Rumah Terbalik


Di Port Dickson juga terdapat tarikan rumah terbalik seperti di Kota Kinabalu, Langkawi, Melaka dan beberapa tempat lain.

Jika belum pernah ke rumah terbalik, berkunjung ke Rumah Terbalik Port Dickon mungkin dapat memberi satu pengalaman yang baru.

Jika berkunjung ke sini, pastinya akan memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan terutama kepada anak-anak.



Bayaran Masuk: Dewasa – RM20 | Kanak-kanak – RM15

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am–9pm)

Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9, 71050 Port Dickson



10. PD WATERFRONT

Tempat Menarik Di Port Dickson PD Waterfront
Sumber : http://www.pdwaterfront.com.my/


PD Waterfront merupakan antara tempat tarikan terbaru yang terdapat di Port Dickson. Ia terletak betul-betul di Bandar Port Dickson.

Laluan pejalan kaki yang disediakan mengadap laut membuat ia menjadi tarikan untuk pengunjung dan juga warga tempatan untuk berehat dan bersantai di sini.

Di sini juga terdapat banyak restoran dan cafe untuk mereka yang ingin makan-makan sambil bersantai.


Lokasi: PD Waterfront, Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson






~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡