Wednesday 27 April 2016

Cuti Cuti ke Paris : Transport Paris to CDG Airport



sambungan dari entry sebelum ni....
👉👉 Percutian ke Paris : Day 3 Musee de Louvre


................................................................................................................
Edited  2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 

👉👉 Percutian Ke Paris - Tips dan Panduan Melancong

👉👉 Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)
................................................................................................................


Day 3... hari terakhir kami di Paris.

Pagi tadi kami dah selesai ronda-ronda buat kali terakhir di Paris. Sempat ke Musee De Lourve, Jardine Des Touleries dan akhir sekali ke Placa De La Concorde.

Dari station metro Concorde kami terus ke station metro Marcedet-Passionior untuk balik ke hotel. 

Kami singgah untuk kali terakhir di restoran Grec Algerian dan kali ni kami pilih menu lain sikit... set makanan Algeria sendiri. Rupanya set hidangan ni banyak sangat olive, tak dapat kami makan...  Jadi terpaksa order set lain.

Kemudian kami terus ke Hotel Victoria untuk mengambil beg yang kami tinggalkan pagi tadi semasa check-out. Beg kami tinggalkan di sebelah kaunter pendaftaran, dan ditinggalkan disitu lebih kepada dasar percaya kepada pihak hotel dan juga tetamu hotel lain. 

Beg yang ditinggalkan tidak di "tag" dan hanya diletak di sebelah kaunter. Kiranya mereka hanya tengok-tengok macam tu je beg kita. Semasa kami ingin ambil beg-beg kami, terdapat beberapa beg-beg dari tetamu hotel lain juga, berkemungkinan dari 2-3 couple yang lain. 

Jadi kalau tinggalkan beg yang tidak diletakkan di dalam bilik khas, pastikan barang-barang berharga tidak diletakkan di dalam beg tu. Kalau nasib tak baik, boleh tertukar atau ada yang panjang tangan... memang tak dapat balik la beg tu.


Kami ambil beg dan terus ke station metro untuk ke CDG Airport.

Paris ke Airport CDG


  • Dari station metro Marcedet Passionier kami perlu turun di station Gare du Nord 
  • Kemudian seambung perjalanan menggunakan train RER B ke CDG Airport.
  • Station Gare du Nord ni antara station yang terbesar dan tersibuk di Paris. Kira super station la. 
  • Orang memang ramai terutama selepas waktu kerja. Kami tiba di sini dalam pukul 4 petang, jadi memang sangat sibuk. 
  • Tren RER B tiba di station Gare du Nord, tren sudah hampir penuh. 
  • Kami hanya dapat duduk selepas tren berhenti di beberapa station. Sama seperti perjalanan dari CDG Airport ke Paris tempoh hari.
  • Perjalanan dari station Gare du Nord ke CDG Airport  ambil masa lebih kurang 45 minit. 


Tiket RER B

Di Gare du Nord ini, saya terpaksa beratur panjang di mesin tiket dan jadi kelam kabut apabila duit kertas tak diterima di mesin ini. Nak jadi cerita, semua syiling memang saya dah hampir habiskan sewaktu bayar makan tengah hari tadi. Jadi yang tinggal adalah duit kertas. 

Agak malang, mesin tiket di sini tidak terima pulak duit kertas, hanya terima duit syiling dan kad kredit. Kad kredit pula hanya kad yang mempunyai chip dan nombor pin. Jadi kad kredit yang saya bawa walau pun telah diaktifkan untuk penggunaan oversea, tidak dapat digunakan di mesin tiket ini. Dah beratur panjang... tapi tak boleh beli tiket pulak.


Saya perlu cari alternatif untuk dapatkan tiket dengan membeli di kaunter tetapi pusing-pusing, tak jumpa juga kaunter jualan tiket manual. Dengan suasana kat station ni yang agak hiruk pikuk dan orang bertali arus....nak mencari pun pening. 

Akhir sekali beratur semula, dan cuba beli menggunakan kad debit, Alhamdulillah berjaya juga kami dapatkan tiket ke CDG Airport. Tak sia-sia saya aktifkan juga kad debit saya untuk penggunaan di oversea. 


TIPS : 
Pastikan bukan hanya satu kad kredit atau kad debit yang didiaktifkan untuk transaksi luar negara. Kad kredit tanpa nombor pin tidak boleh digunakan di mesin tiket di station metro di Paris. Kad debit ATM (Mastercard / Visa) yang kita gunakan untuk keluarkan duit mempunyai 6 digit pin nombo, jadi aktifkan dan bawa sekali ke sini.



.


.







CDGVAL (Terminal 2 ke Terminal 1)

  • Di CDG Airport, tren RER B akan berhenti di Terminal 2. 
  • Untuk penerbangan antarabangsa yang kebanyakkannya menggunakan Terminal 1, kita perlu naik tren antara terminal yang disediakan atau di kenali dengan nama CDGVAL ke Terminal 1.  
  • Tren ni memang tak ramai orang jadi tidak perlu menunggu lama. 
  • Lebih kurang macam tren di KLIA yang menghubungkan Terminal Utama (Departure Hall) ke  Terminal Satelite (Pelepasan Antarabangsa). Cuma di sini, tren tidak penuh seperti menaiki tren di KLIA.


Di dalam tren CDGVAL. Tak sampai 5 minit perjalanan, jadi kami berdiri je.


CDG Airport

Kami sampai di sini agak awal, kaunter check-in masih belum di buka. Jadi terpaksa la menunggu hampir satu jam sebelum kaunter check-in di buka. Sementara menunggu kaunter check ini di buka, saya pusing-pusing sekejap di area terminal ni dan tinggalkan wife sekejap.

Sampai semula kat wife, dia kata ada seorang lelaki Malaysia minta dia jagakan beg sebab lelaki tu nak ke toilet sekejap. 

Saya cakap lain kali hati-hati, kat Airport ni macam-macam orang boleh buat terutama kalau orang minta jagakan beg. Kalau orang minta bawakan beg, jangan sekali-kali tolong.





Tak pasal-pasal kena jaga beg lelaki tu...



Lelaki tu sampai.... macam ku kenal je lelaki ni. 
Rasanya macam pelakon atau penyanyi dia ni.



Peramah dan cukup bersopan lelaki sorang ni, dia sampai-sampai je terus minta maaf sebab lambat sikit. Dan minta maaf juga sebab minta wife saya tengokkan beg dia, katanya tak jumpa orang Malaysia lain. 

Dalam masa otak saya cuba nak proses maklumat dan cuba recall siapa dia ni (muka macam kenal), dia terus hulurkan tangan sambil kenalkan diri.... saya Ikram Dxxxxx". Saya pun kenalkan la diri jugak...

Kemudian saya pun tembak satu soalan untuk pastikan dia ni seorang pelakon 
"Datang sini bercuti ke shooting?"... Dia kata shooting untuk satu rancangan tv"


Maaf bang, saya nak keluar sekejap ye, nak 'asapkan' vape sekejap. Kata dia.
Saya pun offerkan lah diri untuk jaga beg dia sekejap....

Sempat saya cakap kat wife, tengok drama melayu pun tak kenal ke siapa pelakon ni... apa daa....
Wife jawab selamba je "sebab dia ni jarang berlakon". Mungkin la kot betul jwpan wife saya.


Sambil si Ikram menge"vape", sempatlah saya google "artis Ikram". Dan keluarlah nama Ikram Dinzly. Sempatlah saya baca 2 3 artikel. Dan baru saya tahu... nama dia Ikram Dinzly.

Bila dia sampai semula, baru la saya boleh berbual dengan dia.... kononnya tahu macam-macam pasal dia....

Dari cerita pasal awek dia... pasal filem....drama... bersangkut ke cerita ekonomi dan politik. Dia datang sini bersama beberapa orang artis dan crew termasuk Nabila Huda utk satu program, tapi dia terpaksa balik awal sebab ada shooting lain. Yang lain mungkin sehari dua lagi di Paris.

Banyak-banyak cerita, bab ekonomi dan politik paling seronok berbual dengan dia. Sampai boleh berlawan hujah... Dalam hati, bukan artis tak tahu apa dia ni rupanya, cakap pasal ekonomi dan politik bukan cakap kosong, ada point....

Akhirnya dia kata, jom kita minum la.... lagi seronok berbual.... lama juga kami berbual, hampir sejam sebelum pergi minum.


Terima kasih Ikram untuk coffee dan cake.....


Sebelum berpisah... sama flight tapi lain-lain kaunter check-in.


Lepas minum kami terus ke kaunter check-in. Memandangkan kami terpaksa check-in di kaunter yang yang berbeza... ambil gambar dulu la sebelum masing-masing berpecah....

Lounge Business Class CDG Airport - France Airline

Selepas check-in dan seleps melepasi kaunter imigresen dan kastam, kami terus ke Lounge Business Class sementara menunggu flight kami.

Oleh kerana Malaysia Airline  menyertai pakatan One World, jadi kami terpaksa la menumpang Lounge Air France. Qatar Airways juga tidak mempunya Business Lounge di CDG Airport, jadi terpaksa la meumpang Lounge orang lain. Penerbangan Paris - Kuala Lumpur, mengguankan kod sharing... MAS dan Qatar Airways.

Lounge di sini agak kecil berbanding Lounge MAS di Kuala Lumpur International Airport. Kalau bandingkan dengan Lounge di Doha Airport, lagi la jauh beza. Makanan di sini agak simple dan variasinya agak kurang. Kami nak makan pun tersangat la was-was. jadi kami hanya minum sahaja dan makan buah-buahan.

Tak sampai satu jam kami di sini, panggilan untuk penerbangan kami kedengaran dan kami terus ke boarding gate.


Flight kami ke DOHA, QATAR dijadualkan pada jam 10.20 malam dan akan tiba pada jam 5,50 pagi (waktu Doha)

bye-bye Paris..... 

... bersambung.... Doha Pulak





Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2



Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡









Saturday 16 April 2016

Percutian ke Paris : Day 3 Musee de Louvre




sambungan dari entry sebelum ni....

👉👉 Percutian ke Paris : Day 2 Arch de Triompe dan Shooping di Champ Elsyee


................................................................................................................
Terbaru  2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 

👉👉 Percutian Ke Paris - Tips dan Panduan Melancong

👉👉 Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)
................................................................................................................


Paris Day 3....

Hari terakhir di Paris. Destinasi hanya 2 tempat iaitu Musee De Lourve dan Jardine Des Touleries


Pagi ni kami dah kehabisan bekalan makanan untuk sarapan pagi. Yang tinggal hanya 3 packet sup mushroom segera. Memandangkan pagi ni kami akan terus ke Musee de Lourve dan akan lama di situ, perut perlu diisi secukupnya. Di sana pasti sukar nak cari makanan halal kecuali sanggup berjalan agak jauh sedikit.


Restoran Grec Algerian belum di buka jadi terpaksa saya pusing-pusing sikit sekitar hotel mencari café / brasserie yang menjual sarapan pagi. Beberapa Café ada di sekitar ini, tapi kami agak was-was nak menikmati coffee kat situ. Puas saya pusing mencar café yang ada tanda halal…. Tetapi gagal jumpa.


Saya masuk ke kedai menjual daging ni (selang beberapa lot kedai dari Victoria hotel) dan bertanya kepada pekerja situ kalau ada café/brasserie yang “halal”. Agak marah dia menjawab apabila saya bertanya brasserie yang halal, “… No halal café or brasserie here, they sell alchohol…not halal!!..” Tapi dia menunjukkan saya satu kedai berhampiran kedainya untuk saya beli roti untuk sarapan pagi.


Jadi pagi ni kami bersarapan roti france dengan sup mushroom Cambell dan Nescafe panas. Rasanya cukup kot untuk bekalan sampai tengah hari.




Kedai menjual daging ...milik muslim



...


...



MUSEE DE LOURVE

Kalau ingat filem Da Vinci Code....mesti ingat segitiga piramid kaca dalam scene filim tu. Kat sini la tu....

Seperti semalam, kami menaiki tren metro dan turun di statuin Royal Palais. Dari sini kami ke Musee de Louvre melalui shopping complex Carousel. 

Pagi ni untuk masuk ke Caroussel kena melalui satu pemeriksaan oleh pihak Polis Paris. Beg galas saya diperiksa isinya. Mungkin pemeriksaan random kerana ada yamg diperiksa dan ada yang tidak diperiksa.

Kami tidak perlu masuk melalui entrance utama dari atas kerana ada laluan khas untuk pemegag tiket online. Bagi mereka yang tiada tiket, mereka perlu beratur untuk masuk ke Musee du Louvre dan beli tiket. 

Kelihatan di atas (entrance masuk) agak ramai pengunjung. Mujur kami dapat tiket semalam.


Musee du Louvre (beli tiket cara paling senang dan menjimatkan masa).

  • Bacaan di blog dan laman-laman web yang rata-rata menyatakan perlu beratur hampir 1-2 jam untuk masuk dan membeli tiket membuat Mat Drat sedikit gusar, risau yang Mat Drat perlu beratur panjang pagi ni semata-mata untuk mendapatkan tiket. 
  • Tambahan pula sewaktu tiba di sini Isnin lepas, Mat Drat lihat garisan bertali untuk mereka yang ingin masuk ke muzium agak berlingkar-lingkar. Pasti untuk menampung pengunjung yang ramai.
  • Jadii memang awal Mat Drat ke sini semalam, semata-mata untuk membeli tiket.
  • Setelah bertukar tren, kami sampai di station Palais Royal - Musee du Louvre. 
  • Dari station kami masuk ke underground shopping complex Carrousul du Louvre
  • Dalam mencari-cari jalan menuju ke Musee du Lourve, ternampak satu iklan "Ticket to Musee du Lourve" di kedai menjual cerut Tabac La Civette du Carrousel. 
  • Hanya ada beberapa orang (kurang 10 orang) yg beratur untuk membeli tiket, jadi saya agak confius. Terpaksa bertanya dengan beberapa orang yang beratur untuk pastikan memang betul tiket ada dijual dan pada harga yang sama. 
  • Akhirnya dapat tiket dengan pantas di sini tanpa perlu beratur panjang.... jimat masa sejam untuk urusan pagi ni. Kedai ni terletak berhampiran salah satu escalator di shopping complex tersebut.

  • Cara lain untuk beli tiket ni adalah beli secara online tetapi kena pilih tarikh nak masuk siap-siap. Tiket hanya boleh di courier untuk penduduk Canada dan US sahaja. Untuk pembeli dari negara-negara lain, kena collect tiket di ejen-ejen di sekitar Paris, tidak boleh collect di Musee du Louvre itu sendiri.
  • Beli online ni, untung tak perlu beratur la....cuma tarikh dah kena plan siap-siap nak pergi bila.


Edited  2018 :
La Civette du Carrousel dah tak jual tiket ke Musee de Lourve. Dia jual Museum Pass
http://theparisitinerary.com/travel-tip-the-best-kept-secret-on-where-to-buy-louvre-tickets/

  • Memandangkan La Civatte ( di Corosel) tu dah tak jual tiket Musee Du Lourve , kalau tak nak buang masa beratur beli tiket...baik beli tiket online sahaja.
  • TAPI, beli tiket online ni mungkin susah sikit nak collect tiket tu, kena spend masa pulak ke tempat untuk collect tiket tu...
  • Cadangan lain adalah beli tiket melalui KLOOK. Dapatkan diskaun. Sebelum beli, baca dulu term n condition.
  • Jangan lupa  print guide yang diberikan, nanti kat sana tak kelam kabut.
  • Selain 'save' voucher di mobile phone, elok print juga untuk rujukan... mana tahu bateri 'kong' ke masa nak sampai ke Musee du Lourve tu nanti.












Bagi yang tiada tiket, perlu beratur di entrance berhampiran glass pyramid ni.


Di atas entrance tingkat atas perlu beratur untuk masuk.
Di tingkat bawah perlu beratur untuk beli tiket.
Suasana di ruang legar Musee de Louvre ni... memang ramai orang


Tiket dah ada... cuma perlu mencari pintu utama ke ruang pameran

Kalau rasa tak nak buang masa beratur panjang, bolehbeli tiket online je dari KLOOK bawah ni.

TAPI Ingat
  • Sebelum beli, baca dulu term n condition.
  • Jangan lupa  print guide yang diberikan, nanti kat sana tak kelam kabut.
  • Selain 'save' voucher di mobile phone, elok print juga untuk rujukan... mana tahu bateri 'kong' ke masa nak sampai ke Musee du Lourve tu nanti.







Klook.com



Ruang pengenalan / ruang legar
Sebelum masuk ke Musee de Louvre ini terdapat kaunter menyewa alat dengar interaktif. Ada sebahagian ruang pameran, hanya menyediakan informasi di dalam bahasa France, jadi kita perlukan alan dengar interactif ini untuk mendapatkan maklumat. Kami tak sewa pun...

Baru 10 minit pertama di Musee de Louvre ni, Mat Drat dah mula rasa kehebatan pameran yang akan Mat Drat lihat di sini.


Ini antara 'potret"/ ukiran sebelum masuk ke dalam ruang pameran... Emmmm


Baru melangkah masuk...  dah mula ternganga. Ini di bawah tanah.
Tiang-tiang yang menjadi tonggak bangunan Musee de Louvre ini

Peradaban Mesir - Dah Terpegun

Ruang pameran pertama... artifak-artifak peninggalan peradaban lama. Paling banyak atifak dari peradaban mesir. Masa-masa kami habiskan di sini. 

Mat Drat kalau boleh nak baca info pada setiap item / artifak yang ada. Terlalu teruja. 

Di sini sahaja dah hampir satu jam berlegar-legar. Tak sangka artifak-artifak terlalu banyak. Artifak-artifak di susun rapi dan bilik-bilik pameran di atur mengikut peredaran masa... dari peradaban terawal hingga yang agak terkini.


Ada kaitan Piramid Sphinx kot... lebih kurang sama je bentuk dan muka di..
Macam singa kat Sunway Pyramid tu. 


Mat Drat baca dan perhati setiap item. Item by item saya baca.

Kesian kat wife, terpaksa menunggu Mat Drat membaca, menelaah dan memperhatikan satu artifak ke satu artifaks. Mat Drat kata kat dia, jangan risau.... 3 jam sahaja kita kat sini.




Pic Kiri : Kebingungan memikirkan bagaimana mereka boleh ukir batu sebegini teliti


Terlalu banyak peninggalan sejarah.....


Bukan mumia.... tetapi keranda batu


Antara koleksi keranda batu di sini....


Kalau yang datang tak rasa teruja, mungkin tak berapa minat kot pasal sejarah


Ada artifaks yang boleh di sentuh... terutamanya ukiran batu


Pic Bawah kanan.... Keranda batu. Gila la dia orang ni.
Teringat kerana Penjejak awan guna untuk  letak mayat kekasih dia.!


Boleh kata setiap tamadun mesir kuno ada ruang pameran tersendiri. Artifak-artifak yang dipamerkan adalah artifak yang asli.



Zaman Pertengahan Eropah

Kemudian kami beralih ke zaman "Pertengahan".... di sini baru kami sedar patutlah berlaku pemberontakan di Eropah sewaktu zaman ni. Jelas sekali golongan bangsawan mereka memeras duit rakyat untuk kemewahan dan kegemilangan golongan bangsawan.

Terdapat banyak bilik-bilik pameran yang mewakili rumah pemimpin-pemimpin tertentu. Lukisan, ukiran, perabot dan perkakaksan rumah mencerminkan kemewahan dan kekayaan golongan-golongan ini. Rata-rata lukisan sebesar-besar ruang tamu dan bukan sahaja memenuhi dinding, malahan syiling itu sendiri. Memang tinggi seni halus lukisan mereka. 


Tak semua bilik kita dapat bergambar, kerana ada sahaja pengawal dan petugas yang melarang dari pengunjung mengambil gambar di kawasan ini.

  
Salah satu bilik 

Gila la mereka ni.... 


Gelerie D' Apollon

Dari ruang pameran "rumah dan pejabat" pemimpin-pemimpin mereka dahulu, kami terus ke "Gelerie D'Apollon"

Jika tadi dah asyik ternganga.... kat sini bertambah-tambah ternganga..... Kat sini lagi hebat seni ukiran dan perhiasannya. 

Di sini, boleh bergambar tapi jangan pakai selfie monopod. Mat Drat dua kali nak guna monopod.... dan dua-dua kali kena larang. Cukup pantas petugas mereka datang menegur dan melarang. Larangan ni nak elak dari kita mengganggu aliran trafik pengunjung serta mengganggu pengunjung lain.









Lukisan Monalisa

Kepada yang mengunjungi Musee de Louvre ni kalau tak ke pameran potret Monalisa, kira tak lengkap la kunjungan anda ke sini. 

Sebenarnya kami dah habiskan masa hampir 3 jam di sini sebelum ke pameran lukisan. Oleh kerana masa semakin suntuk, kami terpaksa skip beberapa section pameran untuk terus menuju ke ruang pameran potret Monalisa. 

Untuk ke ruang pameran Potret Monalisa, tiada masalah kerana stignboard banyak menunjukkan arah ke situ.

Apabila memasuki ruang pameran lukisan, untuk sampai ke "bilik Monalisa" itu sendiri kita akan menempuhi beberapa ruang pameran lukisan lain. Lukisan kecil, besar, sangat besar , terlebih besar semua saiz ada..... Dan Mat Drat terpaksa lagi menghabiskan banyak masa melihat lukisan-lukisan di sini. 

Salah satu ruang pameran lukisan


Tak boleh rapat.... ada jarak memisahkan pengunjung dan potret Monalisa


Akhirnya dapat berselfie dengan Monalisa


Kami keluar dari Musee de Louvre ni lebih kurang setelah habiskan masa 4 jam lebih di sini. Tak puas sebenarnya 4 jam. 4 jam ni pun Mat Drat rasa kami baru menjelajahi 1/2 sahaja ruang pameran musium ini. 

Kalau Mat Drat tahu awal betapa besarnya musium ini, memang Mat Drat tambah sehari lagi di Paris ni semata-mata untuk habiskan masa di sini. Dia punya seronok berbeza keseronokan berada di Eiffel Tower. Kalau ada rezeki lagi ke Paris, memang Mat Drat luangkan masa satu hari di muzium ini. Tapi mungkin orang lain, lain pula pendapat dan minat.

Untuk yang peminat bab-bab Muzium ni...datang Paris ni beli je Museum Pass. Banyak Muzium menari di Paris ni.



Klook.com



JARDIN DES TOULERIES / TOULERIES GARDEN

Dari Musee de Louvre untuk balik ke Victoria Hotel, Mat Drat dah merancang awal-awal lagi yang kami akan menaiki tren dari station Concorde. 

Tujuannya hanya satu nak melalui dan menikmati suasana taman "Jardin des Touleries" dan juga bergambar di Placa de la Concorde.

Nak bergambar kat Placa de la Concorde ni bukan sebab apa sangat pun, sebab teringat filem "Devil Wear Prada" lakonan Meryl Streep dan Anne Hathaway. 

Oleh kerana sudah terlebih masa di Musee de Louvre tadi, (dah lari 1 jam lebih), jadi hajat nak bersantai-santai di Jardin des Touleries ni terpaksa di lupakan. 

Kami hanya berjalan menuju ke Placa de la Concorde sambil bergambar mana yang sempat. Rasanya kalau dapat luangkan masa santai di sini dalam 1-2 jam panti terasa damai dan nyaman....

Jardin des Toeleries bermula dari Place du Carrousel (sebelah Musee de Louvre)

Melangakah kami ke Jardin des Touleries

Waktu ni dalam 1pm lebih, tapi tak terasa panas....

Cantik depa trim pokok-pokok bunga...

Banyak lak patung telanjang kat area sini...

Ramai yang membaca sambil mengadap Fountain ni. Tapi local people la.... 

Bersih, kemas,,,,rapi. Kat Malaysia susah nak jumpa

Bye.... dah hampir ke penghujung 

Bye... masa berada di Paris hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.

PLACA DE LA CONCORDE

Kat sini tak ada apa pun sebenarnya.... hanya dataran dan adalah sejarah dia tersendiri. 

Pelancong-pelancong juga ramai datang kesini, sekadar untuk bergambar di sekitar sini. 

Kalau tak ada banyak masa, tak singgahpun tak apa, cuma kami memang rancang untuk singgah ...sebab station tren ada berdekatan sini.

Kalau minat Meryl Streep dan dah menonton filem Devil Wears Prada, pasti ingat scene-scene akhir sewaktu Anne Hathaway tinggalkan boss dia ( Meryl Streep).


The Devil Wears Prada
Scene dah nak hujung....

Ada sikit sama la....
Scene The Devil Wears Prada.... dah nak hujung....
     








       
Nasib baik aada awek Germany tolong
ambik gambar kami
Awek Germany tadi...
Yang ni filem The "Angle" Wears Prada ! bakal muncul di pawagam






Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2



Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡