Friday 15 April 2016

Trip Ke Barcelona - Day 3 dan 4

Tempat Menarik di Barcelona



Tempat Menarik di Barcelona Park guell





bersambung dari entry sebelum.... 👉👉 Percutian ke Barcelona - Day 2 (Part 2)



Untuk Day 3 ni kami rancang untuk ke 3 tempat ini sahaja iaitu :
– Park Guell
– Nou Camp Stadium & Muzium
– Montjuic Castle n Cable Car

Tempat ni agak jauh antara satu sama lain, dan memerlukan masa yang lama disetiap tempat. Kami mulakan hari dengan bersarapan di Restoran Wave seperti semalam. Menu yang kami ambil hampir sama sahaja, buah-buahan, kacang-kacang dan bijiran.

Pagi ni kami lihat Guest Lamborgini tetapi  semuanya muka dari Asian terutama dari Jepun, Korea, China dan Singapura berbanding semalamnya muka mat salleh.. Tapi hari ni tak nampak pulak muka dari Malaysia. 



Seperti semalam, kami bergambar dahulu dengan Lamborgini Aventador ni.
Siapalah orang Malaysia pertama yang bakal memilikinya.

Destinasi ke -7 : Park Guell


Dan seperti semalam, kami menaiki bas V15 ke Pg de Garcia. Mengikut laman web Park Guell, untuk kesana mereka berikan beberapa cadangan ; ( baca di website mereka )

Pilihan 1 :
Naiki Tren Metro Green Line (L3) – Berhenti di station Vallcarca
– perlu menapak sejauh 1.2 km.
– masa berjalan lebih kurang 15 minit ( kami jalan kaki hampir 25 minit)
*ingatkan pilihan paling atas, pilihan paling bagus!!

Pilihan 2 :
Naik Tren Metro – Berhenti di station Lessaps
– perlu menapak sejauh 1.5 km
– masa berjalan lebih kurang 15 minit ( tak tahu la betul ke tidak)

Pilihan 3 :
Naik Teksi. Teksi Akan berhenti betul-betul depan entrance.

Pilihan 4
Naik Bas bernombor line H6, 32, 24 atau 92



Atau kalau yang ambil package bas Hop-In Hop-Off, boleh terus kesini. Tapi masih perlu menapak dalam 10 minit katanya ke Park Guell.


Kami pilih pilihan 1 dengan menaiki tren dari station Pg de Garcia sebab itu pilihan pertama yang diberi di laman web mereka. Sampai di station Vallacarca, signboard ke arah Park Guell boleh ditemui dengan mudah. Kami bersama oelancong-pelancong lain pun berjalan bersam-sama menuju destinasi yang sama.


Selepas 220 meter berjalan dan membelok ke arah Park Guell, baru tahu…. nak ke Park Guel kena mendaki, tinggi ya amat pulak tu! Jadi, Mat Drat cadangkan naiklah teksi ke Park Guell untuk keselesaan diri sendiri.


Walau pun ada escalator disediakan, percayalah… ia tetap meletihkan sebab masih ada bahagian kita kena mendaki dan ada juga escalator yang out of service. Bukan sepanjang-panjang perjalanan tu ada escalator dan bukitnya pula bukan lah landai.


Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Park Guell
Bermula sessi mendaki... mula-mula landai tanpa escalator

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Park Guell
Separuh perjalanan. Tadi bermula dari bawah sana tuuuuuu.
Dah separuh perjalanan baru disediakan escalator sebab pendakian terlalu curam

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Park Guell
Sediakan air cukup-cukup dan pakai kasut yang sesuai.
Boleh melecet kaki kalau salah kasut.

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Park Guell
Akhirnya sampai ke penghujung escalator

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Park Guell
Sampai di puncak di lokasi ni, terdampar Barcelona sayup mata memandang.
Di sini, ambil laluan kanan ke bawah.
Laluan ke atas (kiri) adalah ke puncak bukit, iaitu ke arah 3 patung kristian


Kami sampai di pintu Park Guell dalam pukul 10 pagi lebih dan tiket yang ada hanyalah untuk kemasukan paling awal jam 4 petang. Tiket untuk masuk lebih awal semuanya dah sold out. Setelah fikir masa yang diperlukan untuk ke Stadium Nou Camp dan Montjuic Castle, kami ambil tiket 5.30pm.

Untuk kemasukan terakhir bagi bulan May - Sept adalah dilanjutkan sehingga pada jam 7pm, kerana malam agak lewat pada waktu itu. Kalau ke Park Guell pada bulan bulan May - September, ia dah di kira High Season dan memang ramai pengunjung. Waktu Park Guell  di buka lebih lama iaitu 8.00 am - 9.30pm bagi bulan Mei-Sept ini.


Harga tiket : €8 ( online €7 ). '
Info berkaitan Park Guell boleh klik http://www.parkguell.cat

Mat Drat cadangkan juga beli lah tiket secara online dan rancang lawatan tempat lain berdasarkan tiket Park Guell yang kita ada ni. Masa kemasukan ke dalam Park Guell ini telah ditetapkan dan tidak boleh tiba ke pintu masuk lewat dari 30 minit. Kalau lewat tiba, kita tidak dibenarkan masuk dan tiket dikira hangus.

Selepas beli tiket kami perlu berkejaran ke Montjuic dan Stadium Cam Nou pula.

Dari gate Park Guell sini (Passatge de Sant Josep de la Muntaya) ke station metro, kami perlu berjalan kaki. Tiada escalator untuk turun dan tiada teksi yang sampai ke gate sini. Terpaksa menapak lagi.

Sampai di jalan besar bawah, wife dah mengadu sakit kaki kerana kasut yang dipakai agak tidak sesuai.  Kami terpaksa kesana kesini mencari kedai runcit untuk beli kasut lain yang lebih sesuai. Hampir satu jam juga baru jumpa kedai menjual kasut...jadi beli apa sahaja yang sesuai. Masa pun hilang banyak di sini, jam pun dah hampir 12.30 pm.

Setelah berkira-kira, rasanya kami hanya ada masa dalam masa 3 jam sahaja untuk ke dua-dua tempat ( Montjuic dan Stadium Nou Camp), maka kami pilih hanya akan ke stadium Nou Camp sahaja.

Tahan teksi dan terus ke station metro terdekat, iaitu station Lessaps dan ambil tren terus ke Nou Camp.


Destinasi ke-8 : Stadium Camp Nou

Dari station Lesseps kami bertukar tren di station Diagonal dan terus ke station Collblanc. Kami terus menapak ke Nou Camp yang jaraknya hanya 500 meter. Dan sebelum masuk ke stadium, ada disediakan ruang untuk bergambar ala-ala berada di dalam stadium.


Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Akhirnya Harimau Malaya berada di Nou Camp
Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Welcome to stadium Nou Camp... 
Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Penaja utama FC Barcelona.... Qatar Airways


Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Legenda Barcelona, kalau betul fan Barcelona,
mesti kenal punya siapa legenda ini dan dari tahun mana
Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Jom masuk untuk merasai suasana Nou Camp... 

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Pilih-pilih…. Kalau nak beli jangan convert ke RM. Tak terbeli nanti.

Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Jersey yang paling murah €99 sehelai.
Kalau yg ada nama Messi, Neymar atau Suarez lagi mahal ye.
Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik  stadium Nou Camp
Terima kasih Qatar Airways...


Oleh kerana kesuntukan masa, kami tak decide tak masuk ke dalam Stadium dan ke dalam muzium. Kira tak beli la package tour stadium. Tapi kalau dah alang-alang sampai ke sini, ambil peluang dan beli tiket Tour Camp Nou, harga tiket hanya  €23 seorang (kanak-kanak €17) untuk package tour stadium. Boleh lah merasa pegang rumput stadium keramat Barcelona ni.


Destinasi 7 : Park Guell (part 2 - sambungan)

Dari Nou Camp, kami terpaksa bergegas ke Park Guell semula. Kali ni kami pilih menaiki bas sahaja dari station train metro ke Pg De Garsia. Kena pastikan nombor bus stop, kerana bas ke Park Guell tidak berhenti disemua bus stop. 

Dari menapak, baik kami naik bas sahaja kerana bas akan berhenti betul-betul di hadapan pintu utama Park Guëll. Bas kecil sahaja, macam bas mini dulu-dulu. Kami sampai awal 45 minit, jadi keluar masuk kedai souvenior yang ada di sini. Harga rata-rata agak mahal berbanding La Rambla. Cuma di sini banyak souveniour ukiran "jubin/tile" yang menjadi ikon Park Guell itu sendiri. Selain dimiliki oleh orang tempatan, kedai-kedai di sini juga dimiliki oleh peniaga dari India.

Park Guëll ni dibina oleh Antoni Guell dan bagi saya ia begitu unik, kira taman yang  indah senibinanya pada waktu itu dan seakan mendahului masa. Keuinikan Park Guell ini sangat terserlah...walaupun dibina lebih 100 tahun dahulu.

Sedikit gambar kami di Park Guell

Tempat Menarik di Barcelona Park guell
Di hadapan pintu masuk utama Park Guëll

Tempat Menarik di Barcelona Park guell

Tempat Menarik di Barcelona Park guell




Keunikan tiang2 dan ukirannya

Keunikan tiang2 dan laluannya

Keunikan tiang2 dan laluannya

Tempat Menarik di Barcelona Park guell
Pemandangan Barcelona dari puncak

Tempat Menarik di Barcelona Park guell
Tumpang rehat sebentar

Tempat Menarik di Barcelona Park guell
Antara keunikan binaan yang dibina hampir 100 tahun dahulu.

Setelah puas kami disini, kami keluar lewat petang untuk terus pulang ke hotel.

Dari sini kami menaiki teksi yang sedia menanti di luar pinti pagar Park Guell. Kami dikenakan tambang €12 untuk perjalanan dari sini ke Pg de Garcia.

Pesanan saya, kalau nak ke Park Guell
- beli tiket online dah tetapkan masa nak masuk
- datang dengan menaiki teksi, jimatkan masa dan tenaga.
- pakai kasut yang sesuai


Tamat Day 3 – masa untuk pack barang2, pagi esok flight ke Paris



Day 4 - Hari terakhir di Barcelona...

Pagi ni walau pun keletihan, terpaksa bangun awal untuk mengejar flight ke Paris dengan Easy Jet. Easy Jet merupakan antara penerbangan tambang murah yang menawarkan pernerbangan Barcelona - Paris.


Kami bersarapan seawal 6.30 pagi, kira orang pertama bersarapan.

Sebelum check out, cek bil secara online dari bilik, mana tahu ada kena caj apa-apa sbb hari pertama terminum air mineral yang disangka percuma. Air mineral yg disangka percuma, tak faham Spanish main minum je la. Dah minum baru perasan harga sebotol €4.50. Yang coplimentary ada, tersalah minum. Tapi esoknya dapat jumpa botol yang sama dikedai runcit, harga cuma €1.50. Beli dan ganti semula.

Kena ‘City Tax’.€4.50 satu malam. Total 3 malam kena € 12.50. 
Yg ni Qatar Airways suruh bayar sendiri!!



Masa nak check out, lampu malam di lobby masih bercahaya. 
Memang awal kami keluar.
Check out awal pagi

Balik dari La Rambla hari tu memang dah jangka akan memerlukan extra 1 beg, banyak rupanya brg-brg yang bertambah di Barcelona ni. Selepas siap packing, beli extra luggage secara online dengan harga £18. Masa beli tiket hari tu, tak jangka barang akan bertambah banyak macam ni. Kalau bawa extra lugagge dan kena caj masa check in, paling kurang Easy Jet caj £50. Banyak beza tu.
Dari hotel ke Placa de Catalunya kami naik bas sahaja mcm biasa. Habiskan ‘journey’ ke 10 kami dengan kad T10.


Di Placa de Catalunya, bas Aerobus sudah sedia menanti. Rasanya lebih senang naik bas Aerobus dari naik train Renfe. 

Train Renfe akan berhenti di Terminal 2 dan untuk mereka yang penerbangan dari Terminal 1 perlu menaiki pula bas transit. Kami akan terus ke Terminal 2 dengan Aerobus. 

Dari Placa Catalunya kena pastikan bas yang akan dinaiki adalah A1 atau A2, kerana A1 ke Terminal 1 dan A2 ke Terminal 2.

Bas Aerobus yg kami naik pagi ni tak penuh. Ruangan letak beg-beg cukup luas. Tambang hanya €5.90 seorang sehala.


Bus Aerobus to Barcelona Airport
Dalam Aerobus. Beg sama banyak dengan penumpang. 
Purata sorang penumpang 2 beg


Aeroport Terminal 2 - Airport Barcelona

Di Aeroport Terminal 2, Aerobus berhenti di Blok A (Gate A). Rupanya ke Blok C (Gate C), kami perlu menapak sejauh 800 meter. Tak pasti sama ada Aerobus akan sambung perjalanan ke Blok C sebab semua penumpang turun di Blok A, kami pun turun juga. Agak jauh menapak.

Sementara menunggu berlepas, kami berjumpa satu pasangan dari Iran. Mereka tegur kami dahulu dengan sapaan…. Assalamualaikum, from Malaysia? Rupanya mereka bekerja beberapa tahun di Malaysia dan turut membuat PHD di Malaysia, seorang di UM dan seorang di UPM. Sekarang kembali ke tanah air mereka di Iran dan si suami sedang berkira-kira untuk menerima tawaran dari UMT - katanya.


Pasangan dari Iran - Dua-dua bekas lecturer di Universiti di Malaysia


Penerbangan Murah ke Paris

Boarding time . dengan handbag yang tak lepas masuk dalam flight!

Sewaktu kami beratur untuk pemeriksaan akhir sebelum menaiki pesawat, sempat lagi staff mereka tegur dan menyuruh wife saya masukkan hand beg ke dalam beg luggage atau bayar €50 tunai  di kaunter depan. Tak sempat sempat nak bersoal jawab sebab barisan sedang bergerak dan ikutkan sahaja la. Kelam kabut sekejap sebab beg luggage dah sememangnya penuh. Terpaksa kami keluarkan brg-brg dalam hand beg tu dan selitkan kat poket-poket seluar dan jacket kami. Hand beg tu terpaksa saya lipat-lipatkan. Hu hu hu....

Tak pasti sama ada memang handbag dikira satu "beg lain" yang perlu dibayar untuk masuk ke kabin atau kerana hand bag wife saya agak besar. Biasanya airline tak ambil kira hand bag ni....


Penerbangan Murah ke Paris

Untuk ke Paris ada beberapa pilihan Low Cost Airlines, antaranya Easyjet, Ryanair, Vueling dan lberia
Perlu perhatikan betul-betul lapangan terbang destinasi kerana ada 3 Airport di Paris. Lain Airline, lain destinasi airport di Paris.

Penerbangan Barcelona - Paris 
Masa : 2 jam sahaja. 9.55am BCN, Barcelona -12.00pm CDG, Paris
Harga : €69 seorang. 

Di dalam pesawat, terasa betul-betul penerbangan tambang murah, pakaian pramugara mereka pun simple je… kemeja putih, macam budak sekolah je. Tak de nak ramah-ramah sangat sebab short distance je.

Tak sempat nak lelapkan mata, pesawat penuh dan dalam 1 jam 30 minit pesawat dan mula bersedia untuk mendarat di Paris


Barcelona to Paris  Cheap Flight
Tak sabar nak menjejakkan kaki ke Kota Cinta.. Paris



.....ADIOS......


~mat-drat~



Booking.com

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.