Adilfitri bakal menjelang beberapa hari lagi dan pasti ramai akan memulakan perjalan ‘Balik Kampung’ dalam sehari dua ini.
Jadi Mat Drat ambil peluang kongsikan tips dan check list untuk balik kampung… mana tahu ada yang kita terlupa.
1. Service Kereta
Kereta perlu di dalam keadaan ‘baik’ memandangkan kita kemungkinan besar akan mengharungi trafik jem. Elok kita buat persiapan sepatutnya untuk elak sesuatu yang tak diingini. Bukan apa kalau jadi apa-apa, musim raya ni workshop dan kedai spare part banyak tutup, kalau buka pun harga sedikit mahal.... jadi yang susah kita juga.
Intai-intai lah;
- Minyak hitam / minyak gear box ( kalau perlu tukar, kena tukar)
- Tayar (pastikan keadaan tayar masih sesuai digunakan, cek juga tekanan angin tayar)
- wiper ( kalau dah lama tak bertukar tu, boleh tukar baru)
- tayar spare jangan lupa dipastikan anginnya ada!
2. Top Up Kad Touch N Go
Perlu ingat yang sekarang ni kebanyakan lebuhraya hanya menerima pembayaran tol secara elektronik. PLUS juga telah maklumkan yang kaunter tambah nilai di plaza tol akan di tutup untuk elak dan kurangkan kesesakan di plaza tol.
Jadi top-up siap-siap kad Touch N Go, biar top-up lebih sikit tak mengapa… mana tahu raya nanti jauh terberaya dan berjalan jauh.... tak la kelam kabut nak top up Touch n Go.
Ops...pastikan Smart TAG berfungsi dengan baik... Bateri kalau dah nak kong tu, boleh tukar sebelum balik kampung.
3. Stok barang makanan dan keperluan dapur di rumah
Macam biasa, dalam seminggu selepas Aidilfitri ni sesetengah kedai-kedai runcit berdekatan masih ditutup. Nelayan pun nak beraya jadi ikan-ikan akan berkurangan termasuk juga barang basah seperti sayur.
Jadi beli la apa yang patut untuk buat stok lauk kat rumah, nanti 2-3 hari lepas raya tak ada la pening nak apa untuk buat lauk. Beli la sardin 2-3 tin....
Kalau yanga da tong gas kedua (standby) di rumah tu, pastikan yang standby tu bukan tong kosnong. Kena gas tiba-tiba habis, nanti nak cari gas baru lepas raya biasanya susah sikit.
Dan sediakan persiapan sebelum bergerak balik kampung yang tiga di atas tu, cek pula item-item di bawah ni. Pastikan masukkan dalam kereta.
4. Baju Raya dan Kuih Raya
JANGAN lupa bawa balik keperluan raya ke kampong. Biasalah dah kelam kabut nak balik nanti ada tertinggal itu ini. Pastikan 2 barang ni dibawa balik bersama.
Baju Raya (yang lelaki tu pastikan samping + songkok dan butang baju melayu jangan lupa).
Baju raya ni kalau tertinggal, nak cari kat kampong baju sedondon untuk satu keluarga tu memang susah la, lagi-lagi kalau dah last minit ni.
Kalau tertinggal baju raya terutama baju melayu dan baju kurung untuk di pakai di Aidilfitri pertama, boleh masam buka beraya sehari dua… ye la tak dapat nak update kat FB dan Instgram 😃😃
Kuih Raya untuk mak dan mak mertua! Takkan balik tangan kosong kan.....
5. Duit Raya
Jangan tertinggal pula duit raya lagi-lagi duit raya untuk mak ayah. Kesian anak-anak buah nanti tak dapat duit raya. Tapi kalau yang tak ada peruntukan duit raya tu lain kira la. Moga di tahun mendatang dimurahkan rezeki.
Bukan sahaja duit raya yang dalam sampul tu, bawa juga duit untuk belanja ahli keluarga di kampung. Ada rezeki lebih tu, belilah ayam dan daging lebih untuk juadah di hari raya dan juga jamu makan ahli keluarga lain di kampung.
Dan bawa juga duit lebih sedikit untuk keperluan kecemasan.
6. Gadjet dan keperluan
Balik kampong bila dah ramai-ramai ni masalah utama adalah bila nak caj handphone. Berebut plug semuanya. Jadi buat persediaan dengan bawa perkara ini untuk elak tak cukup slotnak caj handphone.
Power bank
Multiple socket/plug
Extension plug
Kalau rajin tu, tanda la cable dan charger handphone, taka da la nanti tertukar charge.
Dan masa dalam kereta tu, ambil la peluang caj handphone atau powerbank tu juga. Cari socket untuk kereta yang ada 2-3 slot usb. Banyak berjalan, cepat handphone habis bateri nanti.
7. Install Waze
Install je la dalam hp, pasti akan berguna nanti bukan sahaja untuk tahu keadaan trafik tapi juga bantu nak cari lokasi dituju masa raya nanti. Tak payah nak berkonvoi berderet sampai membahayakan pengguna jalanraya lain.
Lagi pun raya-raya ni, bukan senang nak berkonvoi tanpa terputus 'barisan' konvoi tu. Masa ni la pentingnya Waze, tak pun guna sahaja Google Map.
8. Kad panel klinik dan Kad Insuran Hospital
Raya nanti jangan tinggal pula kad perubatan klinik panel atau kad insuran hospital di rumah. Kita tak tahu bila kita akan perlukan kad-kad ini, jadi letak sahaja kad-kad itu di dalam kereta. Apa-apa senang sebab kad sentiasa dibawa.
9. Keperluan baranagan lain
Yang sedang mengambil ubat, jangan lupa bawa ubat.
Bawa lah juga ubat-ubat lain seperti Panadol, pil sakit perut, minyak angin dan seumpamanya.
Toiletries pun seeloknya bawa la sendiri seperti sabun, syampu dan ubat gigi terutama kalau di kampung nanti berkumpul banyak keluarga.
10. Tinggalkan rumah dalam keadaan selamat
Sebelum bergerak balik kampong apa kata pastikan juga perkara ini.
Semua suiz lampu, kipas dll telah di tutup. Kalau ada timer, mungkin boleh gunakan timer untuk nyalakan 1-2 lampu diwaktu malam.
Kepala gas telah ditutup. Kalau balik kampung lama tu, cabut sahaja kepala gas tu.
Pili paip pun semua ditutup termasuk di meter air.
Dan akhir sekali pastikan pintu dan pagar dikunci.
Dan bila mulakan perjalanan nanti, jangan lupa baca doa menaiki kenderaan.
Semoga semua selamat di dalam perjalan balik kampung dan berhati hati di jalanraya.
~Mat Drat~