Wednesday, 18 July 2018

Trip Bercuti Bandung Day 1 - Kopi Luwak dan Kebun Begonia

Bercuti Bandung - Kopi Luwak dan Kebun Begonia


Bercuti Bandung - Kopi Luwak dan Kebun Begonia



Untuk entry ke-2 ni, Mat Drat share 'travelog' untuk day 1 di Bandung ni.

LEMBANG / Kawasan Utara Bandung

Seperti yang Mat Drat beritahu di entry sebelum ni, dari airport Mat Drat tak ke hotel dahulu tetapi terus mulakan aktiviti ke kawasan utara  iaitu di sekitar Lembang. Penerbangan pun tak sampai 3 jam, jadi badan tak terlalu letih, kira boleh terus dengan aktiviti jalan-jalan.


Untuk hari ni, itinerari yang dirancang adalah :

- Kopi Luwak (Kopi Musang)
- Lunch di  Resto DSDL De Sauhah Da Lada Lembang
- Begonia Garden
- Floating market
- Farm House
- Check in hotel (7pm)
- Dinner di CIWALK ( Fast Food)
- Shopping area Cihampelas, Teras Cihampelas dan jalan-jalan area CIWALK

Di Lembang ni juga terdapat tempat menarik lain untuk dilawati seperti Tangkuban Parahu, Dusun Bambu dan the Ranch

Tangkuban Perahu juga terletak di area utara, salah satu tempat yang kena pergi sebenarnya jika ke Bandung. TETAPI Mat Drat tak melawat pun Tangkuban Perahu ni sebab 3 faktor
  • Masa agak tak mengizinkan
  • Harga yang perlu dibayar agak tak berbaloi. Kalau datang sorang atau dengan isteri tu memang Mat Drat akan pergi tapi kali ni bawa anak-anak,.
  • Anak-anak bukan nak sangat pergi tempat sightseing ni... tak padan kena bayar kos hampir RM 500 (tiket dan parking etc)

Perjalanan ke Lembang

Sesak
Jalanraya di Bandung ni agak sesak, biasalah bandaraya besar kesesakannya tak kira masa. Walaupun jarak dari airport ke kawasan sini sekitar 30km sahaja, tetapi masa perjalanan lebih 1 jam ye. Jadi pilih lah kenderaan yang tidak berhimpit-himpit dan selesa.

Pilih kenderaan selesa
Dan kena pilih kenderaan yang agak selesa untuk isteri dan anak-anak. Macam Mat Drat, untuk trip ni Mat Drat minta Van Toyota Hiace dari Gunawan, cukup besar dan selesa (juga jenis van yang sama Mat Drat guna masa trip Bangkok tahun lepas).

Sikap pemandu
Jangan hairan jika pemandu di sini(supir) sekejap-sekejap membunyikan hon kenderaan, itu biasa. Gunawan kata, hon sebagai isyarat supaya pemandu lain/ penunggang motorsikal berhati-hati.... mereka tak la pulak akan marah kalau di hon. Kalau kat Malaysia, kena hon sikit mulalah ada yang PANASSS.... 

Jem kat sini pun lain macam, antara satu kenderaan dengan kenderaan agak rapat...ngeri pulak takut bergesel. Tapi dah masuk hari kedua, akan biasa dengan pemandangan ni.

Avocado / Apucat murah di Bandung

Lembang ni boleh kata kawasan tanah tinggi, jadi akan jumpa beberapa tempat ada penjaja yang menjual buah-buah tempatan yang agak murah. Buah yang biasa jumpa kat Malaysia tu, Mat Drat tak tertarik sangat. Mat Drat tertarik dengan avocado / apucat, di sini agak murah.  Jumpa ada gerai yang jual di tepi jalan, Mat Drat beli dan sampai kat hotel makan macam tu je avocado tu....

.


KOPI LUWAK CIKOLE - KOPI MUSANG (Destinasi Pertama)


Bercuti Bandung - Kopi Luwak dan Kebun Begonia



Kupi Luwak ni merupakan destinasi pertama trip Bandung Mat Drat ni. 

Lokasi  : 👉 Google Map Kopi Luwak Cikole
Address :  Jl. Nyalindung No.9, Cikole, Lembang, Kabupaten Bandung Barat

Website : http://kopiluwakcikole.business.site/


Menurut Gunawan, terdapat beberapa pengusaha kopi luwak di Bandung dan Indonesia tetapi Kopi Luwak Cikole ni paling terbaik dari segi rasa, pengiktirafan dan juga suasana untuk lawatan.

Luwak tu maknanya musang ye... Cikole tu nama kawasan ni.

Ada yang kata kopi luwak ni antara kopi yang paling sedap, jadi Mat Drat nak try juga la. 

Ops...Ada yang tertanya-tanyakan, kopi luwak ni halal ke haram? Mat Drat sebelum kesini pun dah baca juga dari sumber-sumber untuk kepastian, dah Mat Drat berpegang kepada status halal yang ia perolehi. Boleh google ye. Nanti dan sampai ke sini, baru tahu proses hasilkan kopi dan sebab tu ia mendapat status halal.

Aktiviti kat sini?
Tak banyak aktiviti boleh buat di sini, lawatan di sini tak akan ambil masa lebih dari 1 jam. Macam Mat Drat hari tu rasanya dalam 30 minit lebih sahaja.

Lagi pun masa Mat Drat sampai, memang keluarga kami sahaja yang ada. Lengang tak ada pengunjung lain. Mungkin sebab weekday kot.

1. Lihat Musang
Datang sini bolehla melhat musang-musang... he he he. Anak-anak mana pernah jumpa musang, yang ada pun musang berjanggut dalam filem P. Ramlee...

2. Aktiviti Proses Kopi Luwak
Dan dah alang-alang sampai sini, tengok la proses penghasilan kopi luwak ni. Kira pengetahuan am la...

3. Minum kopi

Dah sampai sini, kena la rasa kopi yang orang kata sedap tu... order untuk cukup syarat.....



Trip Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang Bandung
Bergambar dengan 'tugu' musang. Maklumlah tak pernah jumpa musang. 

Trip Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang Bandung
Dan dapat bermesra dengan musang sebenar

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Xcited anak-anak dengan musang 

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Dan turn si ibu dengan musang

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Musang ....Luwak
Dah selesai lihat musang-musang yang ada dan lihat proses pembuatan kopi di sini, tiba masa untuk kita merasai kopi luwak tu pula...





Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang
Kita minum dulu...

Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang



Bercuti Bandung Kopi Luwak Cikole Lembang





RESTO DSDL (D'Sauhah Da Lada) - (Destinasi Makan Pertama)


Selepas melawat Kopi Luwak Cikole dan sebelum destinasi kedua iaitu ke Kebun Begonia, Mat Drat singgah di Resto DSDL (D'Sauhah Da Lada ) dahulu untuk menjamu selera.

Sebenarnya dari lokasi Kopi Luwak ni Mat Drat ada 3 pilihan untuk pergi melawat :

  • Tangkuban Parahu : Dalam 30 minit perjalanan ke utara/ ke atas lagi. Tapi Mat Drat tak pergi sebab faktor yang Mat Drat bagi tahu tadi iaitu harga tiket, masa dan anak-anak.
  • Dusun Bambu : Dusun Bambu ni antara tempat yang di suggest untuk di lawati kerana pemandangan yang  agak cantik serta suasana restorannya yang agak mendamaikan. Ramai juga yang suggest kerana tempat ni agak unik. TAPI Mat Drat tak pergi sebab perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit, dan Mat Drat minta Gunawan bawa tempat makan lain (alternatif). Anak-anak pun sudah agak lapar.
  • Restoran Kampung Daun : Juga antara tempat makan yang disuggest jika ke Bandung. Ambiance di sini agak mendamaikan di mana sambil makan dapat menikmati pemandangan yang agak menarik. Suasana makan di sini yang menjadi tarikan sebenarnya. TAPI Mat Drat pun tak pergi sebab malas nak 'kedalam' yang ambik masa lebih 30 minit dari Kopi Luwak.

Bercuti Bandung Makan Sedap DSDL




Resto DSDL (D'Sauhah Da Lada) ini walau pun namanya seakan nama Mat Salleh, tetapi sebenarnya ia diambil dari perkataan Sunda. Dan semestinya menu utama di sini adalah masakan Sunda (terkenal dengan lalapan dan sambal goreng sunda). 

Pesanan Gunawan.... "Abang kalau mahujimat, abang order set....jangan order ala-carte". Jadi kalau nak makan di sini, boleh pilih set menu yang ada...ada beberapa pilihan.

Dan Gunawa juga pesan..... "Nanti abang cuba masakan "sup bontot"nya... mesti sedap. Kami pun order sup bontot sup, dan memang betul....sangat sedap. Patut harganya boleh tahan. 

Ops...sini bontot, di Malaysia kita panggil ekor. Mulanya ingatkan sup bontot ayam, rupanya sup ekor lembu. Patut lah sedap. Yang jadikan tambah sedap tu sebab ekor tu dibakar dahulu (kalau tak silap) dan disekalikan dengan sambalnya yang memang kaw.

Siap makan, boleh kata semua licin kami habiskan...kuah masam (masakan sunda) memang sedap.... boleh kata semua sedap lah...

Mat Drat rekemen tempat ni. Tak ramai orang, sedap, harga berpatutan dan selesa. Ops, makan di tempat yang special ye, di "gazebo"...nak suasana lain, amkan lah di tingkat atas.

Nota : Gambar koleksi Mat Drat tak ada sebab hand phone rosak, dan gambar tak dapat nak di retrieve dari handphone. Ini semua gambar dari facebook DSDL dan Website.

Lokasi  : 👉 Google Resto D'Sauhah Da Lada
Address : Jl. Raya Lembang No. 121 Lembang, Bandung Barat.

Website : http://www.restodsdl.co.id/
Tel : (022) – 2786325 atau 089636564588 (WhatsApp)

WaktU Operasi :07:00 – 21.00 , Isnin - Ahad







.



KEBUN BEGONIA LEMBANG - (Destinasi Kedua)


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Dah kenyang makan...masa untuk meneruskan aktiviti melawat sekitar Lembang Bandung ini. Destinasi berikutnya adalah Kebun Begonia.

Lokasi ni last minit punya plan sebab Mat Drat bagi tahu kat Gunawan, tak nak makan di Kampung Daun atau pun Dusun Bambu. Jadi Gunawan ganti makan di Resto DSDL dan kemudian melawat Kebun Begonia ni.

Kebun Begonia ni merupakan kebun bunga yang bagi Mat Drat cukup cantik, di hiasi dengan warna warni bunga-bungaan dan pelbagai deko dan prop-prop yang pasti mencantikkan gambar. Boleh kata sangat sesuai kepada mereka yang sukakan bunga-bunga dan juga suka bergambar. Serius, memang cantik jadi bergambarlah puas-puas. Pastikan handphone cukup bateri.

Saiz kebun ni tak besar mana, jadi kita tak akan ambil masa yang lama di sini. Jangkakan masa akan dihabiskan sekitar 30-45 minit sahaja di sini. 

Jadi aktiviti di sini adalah bergambar....bergambar....bergambar....dan bergambar.


Sedikit info mengenai Kebun Begonia ni:


Lokasi  : 👉 Google Map Kebun Begonia Lembang
Address :  Jalan Maribaya No. 120 A, Lembang, Bandung, Jawa Barat.

Telepon:+62 22 2788-527  / HP:+62 812-220-0202

Website : http://www.kebunbegonia.com/contact

Bayaran : Rp 15,000 seorang ( +- RM 4.20)



Seronok lihat anak-anak lari ke sana sini nak ambil gambar....masing-masing seronok bergambar. Kira pembuka trip Bandung yang tidak mengecewakan...

Dan Mat Drat kongsikan sebahagian gambar Mat Drat n Family di sana...



Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang


Bercuti Bandung Kebun Begonia Lembang



Dari Kebun Begonia ni kami ke Floating Market Lembang sebelum meneruskan aktiviti di hari pertama ini ke FarmHouse Susu Lembang pula.

Baca seterusnya di entry 
👉👉 Trip Bercuti Bandung Day 1 - Floating Market dan Farm House Susu Lembang





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Tuesday, 10 July 2018

PERCUTIAN KE BANDUNG : TIPS DAN PANDUAN MELANCONG




Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
Glamping Lakeside Rancabali Bandung



PERCUTIAN KE BANDUNG

Kali ni Mat Drat nak berkongsi sikit mengenai trip percutian Mat Drat bersama family ke Bandung. Ni kira trip bercuti je, nak kata melancong tu macam tak sesuai pulak....

Macam biasa lah, kalau trip family ni....biasa last minit baru plan. Dah dapat confirm jadual cuti semester salah seorang anak, baru Mat Drat boleh decide berapa hari nak bercuti dan nak bercuti kemana. Dalam 2 minggu Mat Drat settlekan semua , buat itinerari dan buat booking apa yang patut (hotel dan transport).

Masa nak decide tempat nak bercuti tu pun sebenarnya berbelah bagi sama ada nak ke Bangkok atau Bandung...

Beberapa bulan sebelum ke Bandung ni, Mat Drat dah ke Bangkok dengan rakan-rakan, jadi  macam teringin ke Bangkok pula bawa isteri dan anak-anak. Tapi pada masa sama terasa macam nak ke Bandung pula sebab Mat Drat ada seorang kenalan di Facebook yang buat biznes transport di Bandung, selalu dia invite Mat Drat melawat Bandung dan selalu lihat dia share trip-trip yang dia bawa pelancong dari Malaysia... Selalu terlintas di fikiran... "Menarik juga Bandung ni!!"

Tapi pilihan mana nak pergi, Mat Drat bagi pada isteri yang pilih....

Isteri kata..."Kita pergi Bandung la, sebab abang dah pergi Bangkok kan baru ni, kesian pulak abang kalau pergi Bangkok lagi..."

Nak baca Trip Mat Drat ke Bangkok, boleh baca di link ni...
👉👉 Trip Percutian ke Bangkok 

Sebelum Mat Drat cerita panjang....Nak bagi tahu yang Bandung ni best sebab ada percutian tanah tinggi, ada kawah gunung berapi , ada taman tema yang murah, dan orang kata syurga membeli belah... !! dan Mat Drat kenal sorang kawan yang dah 3 tahun turut-turut dia bawa family bercuti ke Bandung!!



Update (10 Oct 2019)

InsyaAllah hujung tahun ni sekali lagi ke Bandung... buat trip shopping ke Bandung je dengan wife. 😉
Tapi trip ni lain sikit, InsyaAllah Mat Drat turun Jakarta dulu. Kira Percutian Jakarta dan Bandung. Tunggu ye, nanti Mat Drat kongsi di blog.


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow



PENERBANGAN KE BANDUNG

Penerbangan Kuala Lumpur - Bandung

Bila dah pilih destinasi, tugas utama kenalah cari tiket dulu. Nasib  tak berapa baik, waktu tu tak ada sebarang promosi dari Air Asia atau pun Malindo. Jadi terpaksa beli return tiket lebih kurang RM 500++ seorang. 

Kalau promosi, tiket AirAsia boleh dapat lagi murah rasanya.



Mat Drat ambil penerbangan AirAsia awal pagi (6:30AM) dari Kuala Lumpur. Dan tiba di Bandung jam 7:55AM selepas 2 jam 25 minit penerbangan.

Pesawat akan mendarat di Hussein Sastranegara International Airport, Bandung. Ia International airport cuma agak kecil, kecil dari airport Langkawi atau airport KK/ Kuching.

Untuk ke Bandung, hanya AirAsia dan Malindo yang menawarkan penerbangan Kuala Lumpur - Bandung ye.
Ada 2 penerbangan sehari oleh AirAsia (sewaktu Mat Drat tulis ni), boleh pilih penerbangan
  1. 6:30 am ( sampai Bandung 7:55am) atau 
  2. 6:10 pm (sampai Bandung 7:35pm)

    Malindo pun ada tawarkan penerbangan, boleh pilih penerbangan
    1. 8:05 am ( sampai Bandung 9:20am) atau 
    2. 12:05 pm (sampai Bandung 1:20pm)


    Penerbangan ambil masa 2 jam 25 minit ( Malindo = 2 jam 15 minit). Dan waktu di Bandung lewat 1 jam ye berbanding Kuala Lumpur.

    Jom layan gambar sikit....


    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Penerbangan KL - Bandung
    Bangga sorang ni sebab masih tak tidur.
    Yang lagi 3 hujung tu dah tertidur. Maklumlah, 3am dah gerak dari rumah.

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Tapi akhirnya tewas jugak....terlentok jugak..

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Turn abang n kakak dia pulak berjaga...


    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Pesawat mula menghampiri Bandung....Kelihatan gunung ganang...

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Pesawat bersedia mendarat. 
    Nampak kepadatan Bandaraya Bandung

    Alhamdulillah...safely landed

    Percutian Ke Bandung - Tips dan Panduan
    Rombongan Mat Drat...

    Percutian ke Bandung Murah
    Belakang tu airport Hussein Sastranegara International Airport


    Penerbangan Balik Bandung - Kuala Lumpur

    Okey, untuk penerbangan balik, Mat Drat ambil penerbangan sebelah petang (malam).  

    Nak ambil penerbangan 8:00 am ke Kuala Lumpur rasanya awal sangat, jadi Mat Drat ambil penerbangan sebelah malam - 8:00 malam. Lagipun ambil penerbangan sebelah petang, kita dapat lagi 1 hari jalan-jalan di Bandung.

    Bagasi / Beg / bagggage allowance
    Penerbangan Kuala Lumpur - Bandung, Mat Drat tak beli 'baggage allowance', tak ada check-in luggage , kira isteri dan anak-anak bawa beg masing-masing cara 'hand carry' je. 

    Mat Drat tak bawa baju banyak sebab memang akan plan beli sehelai dua di Bandung untuk pakai di Bandung. Bandung baju memang murah-murah.
    Tapi balik, kena la ambil 'baggage allowance'... 7kg hand carry seorang mana cukup kalau pergi Bandung ye.
    Dan untuk balik ni, Mat Drat beli luggage allowance 40 kg!!! Untuk sumbat macam-macam pakaian / kain / telekung yang dibeli di sini selain 7kg X 7 orang hand carry.

    Beli Bagasi Tambahan Air Asia / Baggage allowance
    Yang nak beli bagasi tambahan, belilah secara online sebelum menaiki pesawat. Kita boleh add-on walaupun tiket dah beli lama.

    Jika tak boleh beli (top-up) di website, boleh beli di kaunter AirAsia di airport (bukan beli di kaunter check-in atau kaunter drop beg ye).

    Yang nak beli tu kena sampai awal, paling kurang 4 jam sebelum penerbangan. Beli waktu ni masih dapat harga murah.

    Jika kurang dari 4 jam, tak dapat beli dengan harga 'awal' yang lebih murah di kaunter AirAsia. Nanti redha je lah kena bayar masa timbang sewaktu drop beg... waktu ni nanti harga memang kena bayar ikut rate yang agak mahal..... memang mahal.
    Ingat, nak beli bagasi tambahan AirAsia di airport, boleh beli di kaunter sales n service Air Asia. Jangan sampai kena beli di kaunter check-in (drop beg) ye. Di kaunter tu kalau masa timbang beg dan berat terlebih, jadi kena bayar caj berat beg tambahan. Memang 'berat' la rasa nak bayar masa tu nanti.....
    Sebenarnya Mat Drat nak beli online je tambahan berat bagasi (baggage allowance) pagi hari terakhir, tapi tak dapat nak beli dan berkemungkinan sistem ada masalah waktu tu. Biasalah, bila dah packing barang-barang, baru tahu baggage allowance yang dibeli sebelum ni tak cukup. Jadi terpaksa datang awal ke airport untuk beli bagasi tambahan ni secara manual.
    Kalau sampai awal di airport, boleh timbang berat beg di penimbang yang disediakan... dah timbang boleh decide berapa kg lagi perlu beli. Penimbang ada di kawasan dalam terminal (depan kaunter drop beg). 


    In-flight Meal
    Jangan lupa, order in-flight meal awal-awal, nanti dalam flight tak lapar bila lihat jiran sebelah (depan/belakang) makan nasi lemak!!  Bau nasi lemak Pak Nasir AirAsia ni memang cukup menusuk hidung. 

    Lagi pun, sampai di Bandung nanti tak ada la tercari-cari nak makan kat mana. Perut dah kenyang, boleh teruskan itinerari di Bandung.






    Parking Murah di KLIA / KLIA2

    Okey sebelum tu, yang nak ke KLIA/KLIA2 dengan kos murah boleh baca perkongsian Mat Drat sebelum-sebelum ni.

    Mat Drat pernah share di blog ni tempat parking murah jika ingin ke KLIA / KLIA2. 
    Boleh baca  
    1. 👉 Parking Murah di Putrajaya Sentral
    2. 👉 Parking Murah di Salak Tinggi


      Jika ingin Park di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) pun boleh, boleh juga gunakan tips yang Mat Drat share untuk bayar murah menaiki Tren KLIA Transit. Ada Mat Drat share di link atas juga. Kalau tak ikut tips pun okey, cuma bayar harga tiket tren yang mahal sahaja la....
      Kalau nak murah lagi, boleh je naik bas dari KL Sental atau destinasi lain untuk ke KLIA/KLIA2. Tak silap dari One Utama ada bas terus ke KLIA/KLIA2. Mat Drat pun pernah beberapa kali naik bas dari KL Sental ke KLIA, tapi naik bas kalau trip sorang-sorang la...

      TETAPI...
      Walaupun Mat Drat share 3-4 tips untuk ke KLIA/KLIA2 dengan cara jimat (termasuk parking murah), tapi trip ke Bandung kali ni Mat Drat parking di KLIA2 sahaja. Nak tahu sebab apa... ni alasan di setiap 3 tempat pilihan yang ada .

      1. Salak Tinggi Park n Ride
      Memandangkan Mat Drat tarvel dengan 5 adult + 2 child, jadi tambang tren kena kira untuk 7 orang. 

      Kos tiket tren + parking (5 hari ++) lebih kurang RM 100-RM110 kalau Mat Drat park kat sini.  Kos agak murah.

      Tapi kalau park dan naik tren dari sini, 2 pilihan yg ada :
      1. Tren terakhir ke KLIA2 (tengah malam) : Mat Drat tak berapa 'selesa' berada di Salak Tinggi Park N Ride ni tengah-tengah malam dengan anak-anak kecil dan kemudian perlu menunggu di airport dalam 5 jam. Kesian anak-anak.
      2. Tren pertama ke KLIA2 (awal pagi) : Takut tak sempat nak kejar fligh. Lagi-lagi bila naik Air Asia dengan ada check-in luggage. Kalau sempat pun perlu terkejar-kejar.

        Kesimpulannya faktor keselesaan untuk anak-anak sebabkan Mat Drat tak pilih park kereta di sini. 
        1. 'keselesaan' di kawasan parking waktu tengah malam 
        2. keselesaan anak-anak sewaktu menunggu penerbangan 6 pagi

        2. Putrajaya Sentral /Putrajaya Park n Ride
        Kalau park di Putrajaya Sentral pula,  tambang tren KLIA Transit untuk 5 Dewasa + 2 Child pergi balik sahaja pun dah hampir RM 120, tambah lagi  kos parking RM30 (RM 6 X 5 hari). Total lebih  kurang RM 150.

        Di sini mungkin selesa, tapi Mat Drat pun kena ambil tren tengah malam (tren terakhir / kedua terakhir) untuk ke KLIA2. Dan terpaksa la anak beranak berkampung di KLIA2 beberapa jam sebelum flight berlepas. Pun tak selesa kpd anak-anak (kesian lama kat airport).

        Nak naik tren awal pagi (tren pertama), rasanya macam tak sempat.

        3. Parking terus di KLIA2
        Kos parking (parking rate) di KLIA2 adalah RM46 sehari dan selepas hari ke-3, flat parking akan dikenakan adalah RM20 sehari. 

        Macam Mat Drat yang akan ke Bandung untuk 5 hari ++, jadi parking yang perlu dibayar adalah RM 160++ ( RM 46 + RM46+ RM 46 + RM20 + ikut jam).

        Total kos parking lebih kurang macam kos parking di Putrajaya Sentral tapi dengan park di KLIA2 ni Mat Drat rasa lebih selesa. Mat Drat tak perlu bertolak tengah malam, sebaliknya Mat Drat bertolak 3am dari rumah ke airport. (sampai 2 1/2 jam sebelum penerbangan kira okey sebab Mat Drat dah check-in online dan tiada drop bag)
        Tambahan pula, Mat Drat bayangkan balik dari Bandung nanti mesti beg bertambah, dan sampai pula tengah malam dan pasti letih. Jadi senag kalau park di sini sahaja, ambilbes masuk kereta dan terus jalan balik rumah!



        Airport Bandung - Hussein Sastranegara International Airport

        Okey... sampai di Bandung... 


        Ini 'International Airport' ye. Walau pun agak kecil, tapi kemudahan cukup lengkap. Dulu mungkin agak kecil, tapi selepas disambung bangunan dan ditambah baik, ia semakin besar dan cukup selesa.

        Airport ni terletak di 'kem askar'. Bandung ni tiada airport lain, hanya ada airport tentera' ni sahaja. Ini pun Mat Drat perasan waktu nak balik ke Malaysia bila nak masuk ke kawasan ni perasan 'abam-abam' askar mengawal di pintu masuk dan juga terdapat banyak rumah-rumah kediaman askar menuju ke terminal. 
        Boleh la dan dapatkan info lebih mengenai airport ni .. boleh baca di sini https://www.bandungairport.com/

        Kuala Lumpur-Bandung
        Selesai pemeriksaan imigresen, Mat Drat terus keluar ke Arrival Hall. Arrival Hall kecik je tak macam KLIA/KLIA2. Jika yang ada check-in beg tu, jangan lupa ambil beg dulu ye sebelum keluar.

        Keluar sahaja dari gate, Encik Gunawan (kenalan di Facebook) terus berteriak memanggil nama Mat Drat. Kami dah saling mengenali di Facebook dan juga dah berurusan di Whatsapp... jadi muka dah kenal antara satu sama lain.
        Encik Gunawan ni merupakan pemandu kami (supir) sepanjang Mat Drat di sini.

          Bandung - Kuala Lumpur
          Jika nak nalik ke Malaysia nanti, jangan risau kalau terpaksa menunggu lama sebelum pesawat berlepas. Di dalam ni agak selesa.

          Di luar terminal terdapat banyak cafe dan restoran jika ingin makan terlebih dahulu.

          Bila dah masuk melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen, ruang menunggu memang agak selesa dan tidak ramai penumpang.  Airport ni tidak sibuk. 

          Ada ruang rehat di bahagian dalam boarding area yang cukup seles. Anak-anak siap main game dan layan youtube di komputer-komputer yang disediakan.

          Dulu-dulu orang kata kena sediakan duit cash untuk bayar airport tax, tapi sekarang dah tak perlu lagi. Tak silap mulai tahun 2015, airport tax dah termasuk dalam harga tiket.
            Cukup selesa menunggu penerbangan. 
            Waktu anak-anak yang lebih besar,
            layan youtube dan game di komputer yang disediakan di ruang menunggu ni.





            Loading...




            GROUND TRANSPORT  

            BAS
            Sebelum ke Bandung, Mat Drat ada baca juga beberapa blog, ada yang datang ke sini menggunakan public transport untuk bergerak kesana kesini. Guna public transport macam bas tu memang murah kat sini tapi bagi Mat Drat kurang selesa dan akan membuang masa yang agak banyak. Tapi kalau nak menikmati suasana dan meneroka kehidupan penduduk di Bandung, boleh la cuba 'bas' mereka di Bandung ni. 
            Dari pemerhatian Mat Drat, naik bas di sini agak melecehkan kerana terpaksa melompat satu 'bas' ke 'bas' lain. Rugi masa yang sepatutnya kita boleh guna untuk menikmati banyak tempat yang menarik di Bandung ni.
            Tu belum lagi lihat keadaan 'bas' di sini... Kalau nak travel ala-ala backpacker mungkin boleh, tapi kalau datang bawa anak-anak kena fikir 3-4 kali ye kalau nak naik bas. Jika yang pernah naik bas mini di Kuala Lumpur zaman 80-an dan 90-an, bas mini di KL lebih selesa berbanding 'bas' di sini.

              Sewa Van
              Okey... Mat Drat guna ground transport yang disediakan oleh Encik Gunawan. Tak boleh panggil dia Pak Gunawan....sebab dia ni muda lagi. Very friendly person....senang berurusan dan dia ni memang orang tempatan, jadi tahu persekitaran di sini dan ramai kenalan.
              Sebelum ke sini, Mat Drat ada juga bertanya kepada 2-3 ejen lain untuk tanya kadar seva van... harga yang diberi lebih kurang semuanya, jadi Mat Drat ambil dengan Gunawan Transport sahaja. Kenal pun dah kenal (kenal di FB...)
                Dengan Gunawan ni, Mat Drat bila dah confirm dengan dia, dia tak minta bayar deposit. Semua bayar bila di Bandung sahaja. 
                Dan baru-baru ni ada kawan Mat Drat pergi ke Bandung (pergi dengan big family), juga ambil transport dengan Encik Gunawan ni walau dia dah survey 2-3 ejen transport yang lain.

                Baca status di FB Gunawan ni di Facebook, memang ramai yang guna perkhidmatan dia.
                  Untuk trip Bandung ni, destinasi lawatan agak jauh terutama untuk 2 hari lawatan.... jadi Mat Drat ambil van yang agak besar. Toyota Hiace.  Jadi anak-anak memang selesa.  

                  Jangan lupa baca catitan masa Mat Drat ke Glamping Area, ni antara tempat yang wajib dilawati jika ke Bandung... menarik sangat tempat ni sebenarnya macam Tanah tinggi macam Cameron Highland

                  Sewa Van Jimat
                  Jika hari pertama atau hari terakhir tidak mahu menyewa van,  kerana hanya ingin aktiviti santai sahaja, mungkin untuk hari pertama atau terakhir tersebut tidak perlu menyewa van.

                  Cuma ambil airport tranfer dari airport ke hotel atau sebaliknya. Dan van sewa hanya mula diambil keesokkan hari.
                  Tapi pastikan hotel yang dipilih berdekatan dengan tempat makan, nanti tak ada lah susah nak makan sebab hari pertama/ terakhir tak ada transport.
                  Untuk airport transfer (teksi) saya tak pasti tambangnya, tapi saya semak di laman web KLOOK, ada yang hanya RM78 untuk 4 orang satu kereta. 

                  Saya ke Seoul Korea pun banyak membeli tiket/pakej menggunakan KLOOK ni, harganya kira murah juga 
                  Boleh klik Link KLOOK ni 👉👉Private Husein Sastranegara International Airport Transfers (BDO) for Bandung 
                    Klook.com





                    Gunawan Transport

                    Kalau yang contact En Gunawan ni, cubalah sebut nama Mat Drat... mana tahu dia bagi special price.... Mana tahu kan..... Cakap Mat Drat rekemen kat blog.

                    Untuk tempahan, boleh hubungi dia di  :  https://www.facebook.com/reffan.gunawan.5

                    atau Whatsapp sahaja dia di nombor +6282240025477.
                    Ingat lagi antara perbualan awal masa naik van dengan dia.... dia tanya biasa Mat Drat makan di Malaysia ni di restoran macam mana? harga yang macam mana biasa kalau sekali makan?

                    Dia nak tahu range harga untuk mudah dia bawa kita ke tempat yang dalam range kita biasa makan. Tempat-tempat yang dia bawa memang tak mengecewakan lah.... 

                    Nak berbual dengan dia sepanjang perjalanan pun tak ada masalah.... very friendy dan kita akan rasa cukup selesa....
                    Dan satu lagi, senang pakai van ni (dengan driver), kita boleh arrange jadual kita ikut kesesuaian kita . Itinerari dia dah bagi tapi kita boleh sesuaikan ikut kita. Inform awal-awal, tak ada masalah. Kita senang dan dia pun senang.

                    Itinerari dia sediakan, Mat Drat follow je cuma adjust sikit-sikit ikut kesesuaian Mat Drat dan family. Apa apa pun, kena inform sebelum tiba untuk memudahkan semua.
                    Kos sewa van ni  dah termasuk petrol, tol (kalau ada), tips penjaga parking.  Tapi parking kalau kena caj, kita kena bayar ye. Ada tempat lawatan yang kenakan caj parking.

                    Banyak berjalan ni Mat Drat lihat bukan Malaysia je ada tol, pergi Australia... Mat Drat lalu higway ber'tol'. Pergi Singapore, lagi mahal tol. Korea pun sama...Bangkok pun ada tol... Cuma pergi Europe je dulu tak jumpa (tak lalu jalan ber'tol').
                    Ni dia Gunawan pemandu / pemandu pelancong kami di Bandung ni.



                    Sim Kad Murah di Bandung (Kartu Sim)

                    Memandangkan roaming data telco diluar negara agak mahal, jadi buat masa sekarang lebih murah dan berbaloi beli sim kad di Bandung. 

                    Celcom atau Maxis pun untuk pakej data termurah sehingga entry ni ditulis adalah plan RM 38 sehari. 
                    Hotel memang ada sediakan wifi, tapi data pun penting juga sewaktu berjalan ni. Nak WhatApps Supir atau nak cari info-info tempat lawatan boleh bila-bila masa kalau ada data. Kalau terpisah dengan ahli rombongan, pun senang nak berhubung antara satu sama lain.
                    Mat Drat beli di airport sahaja Sim Kad (Kartu Sim) ni, ada lelaki bawa sim kad tourist ni di terminal. Harga yang dijual juga sama macam yang Mat Drat baca, jadi Mat Drat terus beli dengan dia.

                    Harga sim kad untuk tourist/pelancong di Bandung Indonesia ini agak murah. Mat Drat beli sim kad (Kartu Sim) XL dengan harga IRD 65,000 = RM 18

                    Cukuplah 4G data untuk pakai 4 hari. Ini pun tak habis diguankan walau pun data dikongsi dengan anak-anak juga. (Tapi Mat Drat siap pesan awal-awal pada anak-anak " jangan tengok You Tube!!). Kalau tengok youtube, satu hari boleh habis data 4GB tu....

                    Kalau nak senang, boleh juga minta Pak Supir tolong belikan. Jadi bila sampai je di Bandung,  sim kad dah ada dan terus boleh guna. Kalau ambil van dengan En Gunawan, boleh minta dia belikan terus.





                    Itinerari 4H3M di Bandung

                    Ini itinerari yang Gunawan beri.  Boleh ikut kalau rasa bersesuaian

                    Day 1
                    - Sampai di airport
                    - Dusun Bambu
                    - Lunch
                    - Check In Hotel
                    - Relax
                    - Pekan Baru - Shopping

                    Day 2
                    - Transtudio Theme Park
                    - Toko Jeans - Shopping Jeans
                    - Factory Outlet Jalan Riau - Shopping 
                    - Dinner
                    - Balik Hotel

                    Day 3 - Kawasan Selatan
                    - Kawah Putih
                    - Glamping Area
                    - Ladang Tea
                    - Straberry Farm
                    - Lunch
                    - Bergerak ke Bandung
                    - Jalan Cibaduyut - Shopping Barangan Kulit (kasut, jacket dll)

                    Day 4 - Kawasan Utara
                    - Gunung Tangkubanperahu
                    - Kopi Luwak (Kopi Musang)
                    - Lunch
                    - Floating Market
                    - Farm House Susu Lembang (Ada rumah Hobbit)
                    - Gerak ke Airport


                    Memandangkan Mat Drat dengan anak-anak kecil, sikit perubahan yang Mat Drat buat dari itinerari yang dia bagi. 
                    1. Lawatan Kawasan Utara Day 4, Mat Drat buat di Day 1 ... dan sebaliknya.
                    2. Sampai di airport terus gerak ke utara, kami tak ke hotel dulu.
                    3. Tempat shopping pun sedikit berubah
                    4. Di kawasan Selatan, ada tempat yang tak pergi untuk sesuaikan dengan masa dan 'kesesuaian anak-anak'.


                    Asalnya hari pertama dia cadangkan banyak masa dihabiskan untuk shopping, tapi Mat Drat kata nak terus jalan-jalan. Shopping Mat Drat minta dibuat hari akhir sahaja dan selit sebeah petang hari-hari lain kalau sempat. Niat datang nak jalan-jalan dan niat shopping tu nombor 2 atau 3.  

                    Mat Drat memang bagi tahu En Gunawan ni awal-awal apa antara barang yang ingin di cari.... dia tahu je mana nak di bawa. Contohnya Mat Drat kata nak shoppinng kain telekun, nak shopping kain pasang 'lis', nak shopping jeans dan nak cari t-shirt souvenior.

                    Nasib tak berapa untung untuk Cik Isteri sebab di hari akhir tu (hari ke-4) kami semua dah terlalu letih untuk menyopping di 'Pasar Baru. Mampu habiskan masa 2-3 jam je kat situ... Tak dapat meronda lama-lama di situ... 

                    Dan bila saya cakap kami tak mampu nak jalan lagi, dah terlalu letih, ingat lagi Gunawan cakap, "sebab tu saya letak shopping di hari pertama bang...."

                    Nanti Mat Drat share entry khas untuk tempat shopping murah di Bandung ni... Boleh baca di 
                    👉👉  Tempat Shopping Murah di Bandung - Syurga Membeli Belah





                    Glamping Lakeside Rancabali... Berdekatan Kawah Putih

                    Di Floating Market

                    Di Farm House Susu Lembang

                    Kebun Bunga Begonia 

                    Sebelum habiskan 1 hari di Transtudio




                    Itinerari Bandung 4H3M 

                    Ni itinerari yang Mat Drat beri kepada Pak Gunawan (selepas adjust), bersesuaian dengan Mat Drat dan anak-anak. Tempat-tempat yang Mat Drat pergi ni, nanti Mat Drat share detail di entry berikutnya.....


                    Day 1 - Kawasan Utara (Lembang)
                    - Kopi Luwak
                    - Lunch
                    - Begonia Garden
                    - Floating market
                    - Farm House Susu Lembang
                    - Check in hotel (7pm)
                    - Shopping area Cihampelas, Teras Cihampelas dan jalan area CIWALK

                    * Tangkuban Perahu, Mat Drat tak melawat. Selain faktor masa agak tak mengizinkan, juga harga yang perlu dibayar agak tak berbaloi (sebab bawa anak-anak, mereka tak dapat memahami dan menikmati pemandangan sightseing)


                    Day 2
                    - Transtudio (satu hari di sini sampai lewat petang)
                    Toko Jeans - Shopping Jeans
                    - Factory Outlet Jalan Riau - Shopping 
                    - Dinner

                    Day 3
                    - Glamping Area
                    - Kawah Putih
                    - Ladang Tea dan Straberry Farm Mat Drat keluarkan  Cameron Highland ada)
                    - Rumah Mode - shopping kain telekung dan kain pasang
                    - Kain Sulam
                    - Dinner

                    Day 4
                    - Pasar Baru - shopping
                    - Alun - Alun
                    - Masjid Bandung
                    - Lunch
                    - Airport


                    Klook.com





                    HOTEL DI BANDUNG

                    Sampai di Airport tadi, Gunawan dan sedia menunggu. Dari airport kami tak terus ke hotel sebab masih awal. Kami terus dengan itinerari lawatan dan check-in agak lewat.

                    Hotel Murah dan Menarik di Bandung

                    Trip Bandung ni Mat Drat menginap 
                    • 2 malam di Hotel Promenade Jalan Cihampelas
                    • 1 malam di Hotel Karmila Jalan Dago
                      Setiap hotel Mat Drat ambil 3 bilik untuk keselesaan anak-anak, lagipun hotel di sini agak murah berbanding rate hotel di Malaysia.
                      Mat Drat senaraikan 3-4 hotel yang agak menarik bagi pandangan Mat Drat di Bandung ni (3 lokasi berbeza) . Mat Drat pilih berdasarkan harga dan lokasi (kriteria utama) selain rating dan review yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan sebelum ini.


                      1. Hotel Murah -  Jalan Cihampelas Bandung

                      Mat Drat pilih hotel di area Cihempelas ni sebab tempat ni memang antara tumpuan pengunjung.

                      Sebab dipilih :
                      1. Shopping souveniour atau mencari t-shirt senang di sini, banyak kedai-kedai murah. 
                      2. Ada CIWALK (Cihampelas Walk). CIWALK ni shopping complex yang sangat ramai pengunjung.
                      3. Banyak fast food dan restoran/cafe (di CIWALK), senang nak makan.
                      4. Teras Cihampelas juga tempat menarik untuk disinggahi kalau menginap di sini.

                          • Dan Mat Drat pilih The Promonade Hotel sebab harga yang agak murah dan suka konsep dia yang agak kotemporari, simple tapi selesa. Ala-ala iBIS Hotel.
                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung
                           The Promonade Hotel

                          Hari tu ada beberapa hotel yang Mat Drat intai-intai di kawasan ni, antaranya, 
                          Tapi sebab last minit, banyak yang dah fully booked... Mat Drat pilih The Promonade Hotel  sebab yang ni je available 3 bilik untuk 2 malam.
                          LOKASI - JALAN CIHAMPELAS

                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          Hotel Promonade





                          -Hotel 3 Bintang
                          -Rating tinggi (7.0 ++)
                          -minit je dari Cihampelas Walk

                          -Mengadap jalan utama
                          -Design kotemporari
                          - arga RM 100++ shj



                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          Aston Tropicana


                          -Hotel 4 Bintang
                          -Rating agak tinggi (7.8)
                          -1 minit je dari Cihampelas Walk

                          -Mengadap jalan utama
                          -Bersebelahan Promenade Hotel
                          -Harga murah RM 150++

                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          De Batara Hotel


                          -Hotel 3 Bintang
                          -Rating tinggi. (7.5)
                          -Harga murah
                          -Boleh dapat below RM100 (asal RM 300++)

                          Hotel Murah di Jalan Cihampelas Bandung

                          The Regia


                          - Hotel 2 Bintang
                          - Rating tinggi 8.0
                          - Harga murah. Bwh RM 100





                          Hotel Murah di Jalan Ir Hj Djuanda , Dago Bandung

                          Mat Drat ambil 1 malam di area Jalan Dago (Jl Ir H Djuanda - lebih tepat) ni konon-kononnya nak menyopping di sini di malam akhir. Tapi petang hari kedua terakhir dan malam tu Mat Drat dah tak sanggup nak berjalan, dah terlalu letih. Tak dapatlah nak berjalan dan menyopping di area sini.
                          Katanya di sini banyak Factory Outlet, tapi tak lah sebesar JPO atau GPO. Ada beberapa factory outlet seperti NIKE, Adidas dll. Harga tak sure sejauh mana murahnya sebab Mat Drat tak sempat nak singgah.

                          Hotel area sini agak sunyi kalau bandingkan area Cihampelas

                          Bab Shopping ni baca kat link atas tu nanti ye.
                          Mat Drat pilih hotel Karmila Hotel  ,boleh kata hotel budget la...sangat sempoi. Tapi kalau untuk bermalam sahaja, kira okey la. Mat Drat pun chec-in sekitar 8 malam dan esok awal paginya sudah keluar check-out.
                          Kat area sini, hotel-hotel lain yang mungkin boleh di pilih:




                          Jalan Ir H Djuanda Dago


                          Jalan Ir H Djuanda Dago


                           Dago




                           Dago



                          Hotel Murah di Jalan Setiabudi

                          Sebenarnya pada hari pertama, sewaktu 'turun' dari melawat Farm House, Begonia Garden dan Floating Market, Mat Drat juga tertarik dengan hotel-hotel yang terdapat di kawasan Jalan Setiabudi di utara Bandung ni. 

                          Banyak hotel-hotel di kawasan ini yang agak menarik dan 'lebih sejuk' suasananya kerana berada di atas bukit. 

                          Mat Drat siap cakap kat Pak Gunawan, next time Mat Drat nak menginap di kawasan ni pulak bila datang ke Bandung.

                          Lihat hotel-hotel di sini memang namoak menarik, harga pun tak mahal mana....

                          4 hotel yang agak menarik... boleh dapat di bawah RM150, dan silap hari bulan boleh dapat below RM 100 ( untuk review baca di setiap link hotel ye)



                          Setiabudi



                           Setiabudi



                           Setiabudi



                           Setiabudi




                          TEMPAT MENARIK DI BANDUNG

                          Bandung ni memang banyak tempat menarik untuk di lawati. 

                          Tempat yang menarik untuk dilawati di Bandung ni boleh dipecahkan kepada 3 kawasan:
                          • Kawasan Utara (Lembang dan sekitar)
                          • Kawasan Selatan (Ciwadey)
                          • Bandaraya Bandung
                          Untuk tempat menarik yang Mat Drat lawati, boleh baca di travelog trip Bandung ni, Mat Drat akan cerita lebih detail.
                          Nanti baca di link yang Mat Drat share di akhir entry ni mengenai Tempat Menarik di Bandung

                          TEMPAT MAKAN MURAH DAN SEDAP  DI BANDUNG

                          Kalau sewa van di sini, bab makan boleh minta pemandu bawakan tempat yang biasa dikunjungi pelancong

                          Nasi padang dan nasi minang antara pilihan yang selalu menjadi pilihan.

                          Senarai tempat makan yang sedap dan murah, Mat Drat share kan di link di bawah.

                          Kalau boleh elakkan makan dengan beli di geri-gerai tepi jalan ye, takut perut kita tak tahan dengan makanan yang dijual di situ.
                          Nanti baca di link yang Mat Drat share di akhir entry ni mengenai Tempat Makan Sedap di Bandung


                          Tempat Makan Murah dan Sedap Di Bandung


                          TEMPAT SHOPPING MURAH  DI BANDUNG

                          Kalau ke Bandung tak menyopping kira tak sah la kan.... Jadi Mat Drat share tempat-tempat yang 'wajib' disinggahi untuk memenuhi aktiviti shopping di Bandung ni.
                          Nanti baca di link yang Mat Drat share di akhir entry ni mengenai Tempat Shopping Murah di Bandung
                          Update (Oct 2019)
                          InsyaAllah hujung tahun ni sekali lagi ke Bandung... buat trip shopping je dengan wife.


                          Masa memborong...





                          ~Mat-Drat ~

                          Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡