Monday, 20 July 2020

Menara Condong Teluk Intan - Cuti Cuti Malaysia


Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan
Sumber : MPTI


Perkongsian ringkas kali ni, Melawat Menara Condong Teluk Intan.

Kali ni Mat Drat ambil kesempatan singgah ke Teluk Intan dalam perjalanan ke Lumut.

MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN

Masa sekolah rendah dulu, rasa hebat sangat menara ni sebab ia condong tapi tak tumbang. Dalam hati berbisik, 'suatu hari nanti mesti kena ke sini'.  

Akhirnya, selepas berpuluh tahun, baru lah Mat Drat berkesempatan ke sini.

Info dan Sejarah Menara Condong Teluk Intan (Teluk Anson)

Sedikit info untuk dikongsi :
  • Terletak di Teluk Intan, Perak. Keunikannya adalah ia dikatakan menyerupai Menara Condong Pisa Italy.
  • Menara ini dibina pada tahun 1885. Sudah lebih 100 tahun tapi masih utuh.
  • Ketinggiannya 85 kaki dengan 110 buah anak tangga. Mempunyai 3 tingkat dengan jam besar di atasnya.
  • Asalnya ia merupakan menara tangki air, kemudian ditukar kepada menara jam. 
  • Arkitek pembinaannya adalah Leong Choon Cheong
Punca Menara Jam Condong :
  • Dikatakan menara jam ini condong kerana ia dibina di atas tanah yang  agak lembut. Ketika ia menjadi menara tangki air, bebanan tangki air yang berat menyebabkan menara ini condong sedikit. 
  • Ada juga yang berkata ia senget selepas peristiwa banjir besar melanda Teluk Intan.
  • Walaupun sedikit condong, menara ini masih utuh sehingga ke hari ini.

Lokasi : 
  • Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, Perak.
  • Terletak di tengah-tengah antara Jalan Pasar/Jalan Ah Cheong/ Jalan Selat dan Jalan Bandar

Waktu Operasi : 
  • 8.00am - 5.00 pm.
Menara Condong Teluk Intan
Akhirnya sampai juga ke Menara Condong Teluk Intan ni.
Kita ke Teluk Intan dulu, ada rezeki nanti baru ke Pisa Italy pula.


Menara Condong Teluk Intan


Waktu Melawat Menara Condong Teluk Intan
Waktu Melawat Menara Jam Condong

Menara Condong Teluk Intan
Sedikit sejarah mengenai Menara Condong Teluk Intan ni.
Bacalah...

Menara Condong Teluk Intan
Tangga menuju ke tingkat atas (tingkat 1 dan 2).
Tangga agak kecil

Menara Condong Teluk Intan
Ada ruang pameran di tingkat 1

Menara Condong Teluk Intan
Tingkat Bawah (Ground Floor)


Menara Condong Teluk Intan
Cari Mat Drat.....
Dari luar nampak macam banyak tingkat menara ni,
tapi sebenarnya hanya ada 3 tingkat.
Naik lah atas jika berkemampuan, tak berapa tinggi sangat pun menara ni.


Menara Condong Teluk Intan
Selesai sessi melawat Menara Condong Teluk Intan.
Masa untuk kami lunch dan terus ke Lumut untuk check in.

Makan Sedap di Teluk Intan

  • Sebelum ke sini, Mat Drat tak sempat nak survey tempat makan sedap di Teluk Intan ni sebenarnya. Bila dah sampai sini, waktu tu baru cari mana tempat nak makan, mencari tempat makan sedap.
  • Selesai melawat menara condong, hari pun dah tengah hari. Jadi perut pun dah terasa lapar. Jadi Mat Drat cari tempat makan yang dekat area Menara Condong ni sahaja.
  • Ikutkan nak makan rojak/mee rebus yang agak terkenal di sini, tapi anak-anak kata lapar nasi la pulak. Jadi kami makan nasi je la tengah hari tu.
  • Bagi yang nak mencari tempat makan sedap di Teluk Intan, Mat Drat rasa 4 tempat ni boleh dipertimbangkan.

1. Medan Selera Menara Condong
  • Ada beberapa gerai di dalam medan selera ni.
  • Mat Drat makan nasi campur di kedai/gerai hujung sekali, di Mama Corner.
  • Banyak pilihan lauk waktu Mat Drat sampai
  • Harga pun okey, masakan pun sedap,  kena dengan selera anak-anak.
  • Kalau mencari tempat makan sedap untuk tengah hari, boleh la ke medan selera.
  • Ada juga beberapa kedai lain. Pilih lah mana berkenan.

2. Abdullah Mastan Ghanny (Rojak / Mee Rebus)
  • Menu utama di sini adalah rojak dan mee rebus.
  • Dikatakan antara yang tersedap di Teluk Intan.
  • Jarak dalam 300 meter dari Menara Condong
    
3. Mee Rebus Pak Din
  • Menu utama di sini juga rojak dan mee rebus.
  • Dikatakan juga antara yang tersedap di Teluk Intan. Legend la kira Mee Rebus Pak Din ni.
  • Lebih kurang hanya 200 meter je dari Menara Condong

4. Sultana Nasi Kandar
  • Bagi yang nak rasa nasi kandar style Perak, boleh lah ke sini.
  • Kira antara pilihan untuk makan tengah hari. Katanya sedap nasi kandar di sini.
  • Tak jauh dari Menara Condong, dalam 400 meter sahaja.
  • Nak jalan kaki boleh, nak drive kereta ke situ pun boleh.

Jemput baca juga perkongsian sebelum ini
👉👉 Day trip Pulau Pangkor

perkongsian berikutnya
  1. 👉 Bercuti ke Marina Island, Perak
  2. 👉 Percutian ke Pulau Pangko

~Mat-Drat~
 Kalau rasa bermanafaat, boleh share.  ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


PERCUTIAN PULAU PANGKOR - Day Trip

Percutian Pulau Pangkor Day Trip


TRIP PULAU PANGKOR

Mat Drat jumpa satu perkongsian di Facebook, menarik perkongsian ni untuk mereka yang nak buat Day Trip ke Pulau Pangkor.

Boleh la follow itinerari dan perkongsian dia di bawah ni.

Dia buat Day Trip sahaja ke Pulau Pangkor, dia gerak awal pagi dari KL dan terus ke Lumut dan kemudian naik feri ke Pulau Pangkor. Lewat petang balik KL semula. Tapi agak meletihkan la bagi Mat Drat kalau buat Day Trip ni.

Bagi Mat Drat, kalau trip bujang-bujang, mungkin sesuai buat macam ni,  tapi kalau bawa anak-anak, mungkin kurang sesuai. 

Jadi mungkin boleh tidur 1 malam dulu di Lumut macam Mat Drat. Tu pun kalau nak buat juga day-trip ke Pulau Pangkor la. Maknanya pagi-pagi dari Lumut  terus ke Pangkor, jadi tak letih sangat drive jauh-jauh di awal pagi.

Okey, ini dia perkongsian ringkas dari saudari Aziiera Dianza di FB dia. 

Viral juga perkongsian dia ni rasanya, FB Perak Sana Sini share perkongsian dia, FB Chempedak Cheese pun share juga perkongsian dia ni.


Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

Instagram : Art_matdrat
.

TRIP PULAU PANGKOR - DAY TRIP

Jom baca perkongsian dia... ðŸ‘‡ðŸ‘‡ 
(Mat Drat tambah title dan letak nombor bagi senang baca). 

Dan kemudian jangan lupa baca Perkongsian Mat Drat pula



....................................................................................................


1. KL - Pangkor
Trip KL - Lumut - Pulau Pangkor :4 Julai 2020
Percutian ke Pangkor ni kami buat pergi balik hari je. 
KL ke Jeti Lumut perjalanan dalam 3 jam.

2. Parking
Parking kereta area jeti Lumut. 
Install apps Park@Perak, sejam 60 sen.
Parking kerete - sehari RM4

3. Feri ke Pangkor
2 option untuk ke Pulau Pangkor 
  • Jeti Lumut - Pangkor (30min)
  • Jeti Marina - Pangkor (10min)
  • Tiket dewasa RM14 (return)
  • Kanak-kanak RM5 (3 tahun - 12 tahun)
Kami naik 1st feri pukul 7.15 pagi dan 
balik naik last feri pukul 6.30 petang. 

4. Transport, Chalet dan Makan di Pangkor
Sampai Jeti Pangkor,  ambik van pink untuk ke chalet Nipah Bay Villa. 
Kami tak bermalam

Sewa chalet untuk rehat-rehat mandi dan tukar baju.

Van Pink - RM16 (3org)

Rezeki kami sebab dapat check-in awal. So rest dan mandi. Pergi breakfast di kedai makan area Teluk Nipah.

Breakfast roti canai telur + milo panas (RM4)

Kat teluk Nipah banyak je pakej snorkeling tu. 
So pilih je. Kami pilih pakej snorkeling + pusing pulau.

6. Trip Snorkeling

Snorkeling - RM70 (3pax)
  • Turtle Bay
  • Monkey Bay
  • Mentagor Island
  • Coral Island (port snorkeling tengok coral dan ikan)
  • Giam Island (sesuai utk bawak anak2 mandi)
  • Whale Rock
  • Turtle Rock
  • Crocodile Rock
Dalam 3 jam jugak habiskan masa untuk snorkeling.

Pastu masing-masing dah lapar. Lunch di Mijuen Thai Food Project.
RM70 (Siakap 3 rasa + telur dadar + tomyam campur + nasi 3 + air 3)

Balik chalet bersihkan diri. Rest dan buat apa yang patut. 

7. Sewa Motor di Pangkor
Alang2 masih ada masa, kami sewa motor untuk sejam dua pusing2 pulau.
  • Motor Gear - RM10 (sehari RM30) 
  • Motor Skuter - RM15 (sehari RM40)
Kalau dapat motor takde minyak, isi dalam RM2 pun dah cukup untuk pusing 1 pulau. Hakak dapat motor minyak E da. Punya nak jimat malas nak isi minyak. 

Alhamdulillah, cukup pusing 1 Pangkor . Kalau tak yakin jangan try ye cara hakak.. Kok menolak motor nanti ..

Kat Teluk Nipah tu ada jual minyak dalam botol. Sebotol mineral 1.5L tu RM3 je. Kalau tak pun boleh isi minyak kat petrol pump kat pekan.

Bawak motor kat Pangkor jimat dan mudah je. Waze kann ado .. Cuma kena extra careful sebab ada jalan yang berbukit tinggi dan simpang siur.

8. Tempat menarik di Pulau Pangkor

1. Masjid Al Badr 1000 Selawat (Masjid Terapung)
Tak boleh masuk ke dalam masjid disebabkan PKPP

2. Masjid al-Khairiyah

3.Batu Bersurat (Tiger Rock). 
Batu Bersurat ini terletak di tengah2 lokasi antara Masjid Terapung dan Kota Belanda.

4. Kota Belanda (Dutch Fort). 
Peninggalan sejarah ini dibina pada tahun 1670. Perlu berhati2 di sini sebab ramai yang jumpa hidupan berbisa di sini seperti ular.

5. Di Dutch Fort tu ade kedai2 perusahaan tempatan yang jual Gamat Asli Pangkor, Minyak Lemak Unta dan Perusahaan Ikan Buntal.

6. Bagi peminat coklat dan pinggan mangkuk boleh shopping di CK Supersave Mart. Hakak tak masuk sebab takut terborong .. So lalu je..

7. Pusat Konservasi & Penerangan Penyu (Teluk Ketapang)

8. Pasir Bogak

Settle round satu pulau. 
Kami naik van ke jeti dan naik last feri pukul 6.30 petang ke Lumut.

Tamatlah percutian ke Pulau Pangkor kami secara daypack. 

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh je tanya hakak ..
Terus support industri pelancongan kita. Cuti-cuti Malaysia
.....................................................................
.....................................................................

Itu perkongsian ringkas dan padat dia. 

Nanti Mat Drat share versi detail sikit ye, Mat Drat punya.

Sebelum Mat Drat kongsi detail, mungkin perkongsian tempat penginapan hotel dan resort di Lumut dan Pangkor ni dapat membantu.




PENGINAPAN DI LUMUT

Bagi yang nak menginap di Lumut, banyak pilihan ada sebenarnya.

Sebelum ni Mat Drat pernah menginap di Teluk Batik sebelum ke Pulau Pangkor esoknya. Kali ni Mat Drat menginap di Marina Island pula.

Jadi Mat Drat kongsikan tempat penginapan (resort dan hotel) di
  1. Marina Island Pangkor
  2. Lumut
  3. Pulau Pangkor


A. Resort/ Hotel/ Apartment : Lokasi - Marina Island

Di Marina Island, Mat Drat cadang bolehlah pilih nak menginap di
1. Marina Island Pangkor Resort n Hotel atau
2. Marina Island Apartment

Kedua-dua ni saling bersebelahan sahaja. Piliih mana berkenan.

Marina Island Resort Lumut Pangkor Hotel resort Homestay Apartment Murah
Marina Island Pangkor Resort n Hotel (Brown) dan Marina Island Apartment (Biru)

Marina Island Resort Lumut Pangkor Hotel resort Homestay Apartment Murah
Berkayak di sebelah petang pada hari check -in


Mat Drat menginap di Marina Island Pangkor Resort n Hotel.
pilih sini sebab...
  1. Apartment luas.
  2. Ada swimming pool - luas
  3. Ada tasik, boleh berkayak
  4. Tak jauh dengan jetty Marina nak ke Pulau Pangkor.
  5. Malam, boleh makan-makan area Lumut
  6. Sehari sebelum ke Lumut/Pangkor, boleh ke Teluk Intan dahulu, melawat menara condong dan Jalan-Jalan Cari Makan di Teluk Intan.
  7. Petangnya pula boleh layan sunset di Rockbound. Cantik view sini.
Jangan lupa baca perkongsian pecutian Mat Drat ye nanti.

 
Untuk booking
Marina Island Pangkor
Resort n Hotel
boleh klik di :
👇👇


Kalau tak nak ambil hotel resort, boleh ambil unit dari Marina Island Apartment . Bersebelahan Marina Island Pangkor Resort je.

Apartment ni milik individu, jadi mereka jadikan seperti 'homestay'. Lebih murah kalau booking awal. Boleh try klik dan bandingkan. Mat Drat letak 3 sahaja. Boleh di booking melalui link di bawah (booking dan agoda).

Jangan lupa baca review dulu ye sblum booking!!



Marina Island Apartment



....................................................................

B. Resort/Hotel/ Apartment : Lokasi - Lumut

Kalau tak nak menginap di Marina Island, boleh menginap di sekitar Lumut.

Stay area sini, esok awal-awal pagi baru lah ke Pulau Pangkor.

Sebelum ni Mat Drat pernah menginap di Teluk Batik Resort masa trip Pulau Pangkor dahulu.

Untuk senarai hotel/resort di Lumut, boleh klik di bawah

Klik
👉👉 Hotel dan Resort Lumut - I
👉👉 Hotel dan Resort Lumut - II


......................................................................

PENGINAPAN DI PULAU PANGKOR

Kalau nak ikut trip sis Aziera Dianza di atas, dia menginap di Teluk Nipah. Dia ambil chalet di Nipah Bay Villa. Dia tak bermalam ye, tapi untuk beristirehat dan untuk bersalin pakaian.

2 Kawasan Mat Drat cadangkan kalau nak menginap di Pangkor ni
a. Teluk Nipah
b. Pasir Bogak

2. Hotel / Resort / Chalet di area TELUK NIPAH

Pantai Teluk Nipah ni memang happening sikit, meriah. Banyak resort dan chalet.
Nak makan pun senang, dan aktiviti laut juga banyak di sini.

Tak kisah nak sewa untuk Day Trip atau bermalam, banyak pilihlah ada.
Tapi, ingat ye area sini cepat fully booked.

Antaranya (Mat Drat senaraikan 3 shj, nanti bila klik akan keluarlah yang lain-lain juga)


2. Hotel / Resort / Chalet di area PASIR BOGAK

Kalau nak bermalam di area Pasir Bogak pula, boleh consider antara resort-resort di bawah. Mat Drat pernah menginap di Pangkor Coral Bay Resort.

Ada yang suka Pasir Bogak ni sebab kawasan ni lebih tenang berbanding Teluk Nipah.

Antara nya ....

3. Apartment/ Homestay Pulau Pangkor

Kalau datang dengan family ramai serta nak jimat sikit, mungkin Apartment Lot 10, Jalan Pasir Bogak ni dapat jimatkan duit sedikit. Unit pun agak luas.

Resort Hotel Chalet Homestay Pangkor



Antara unit di Lot 10 ni (Mat Drat main letak je link, tak tgk review dan tak kenal owner pun).

👉👉 Apartment Lot 10 - I
👉👉 Apartment Lot 10-

Jemput baca juga perkongsian berikutnya nanti ye,
  1. Melawat Menara Condong Teluk Intan
  2. Bercuti ke Marina Island, Perak
  3. Percutian ke Pulau Pangkor

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!