Friday, 21 October 2016

Cuti-Cuti Malaysia Kota Kinabalu 4H3M


Desa Dairy Farm Kundasang
Desa Dairy Farm Kundasang








Trip Percutian Ke Kota Kinabalu


Sebenarnya dalam tempoh 1 tahun kebelakangan ini, saya telah ke Kota Kinabalu sebanyak 3 kali atas pelbagai urusan.




Secara ringkasnya trip saya ke Kota Kinabalu dalam tempoh setahun ni adalah: 
  • Trip Pertama (Trip Family 4H3mM) - Kota Kinabalu & Kundasang
  • Trip Ke2 (Trip Kerja + Jalan-Jalan) - Kota Kinabalu & Kundasang & Kudat
  • Trip Ke3 (Trip Berdua )                  - Kota Kinabalu & Kuala Penyu

Edited November 2017:


Baru-baru ni saya ke Sabah lagi, tapi kali ni saya ke Lahad Datu. Boleh la baca perkongsian pengalaman saya ke Lahad Datu.

Trip Cuti-Cuti Malaysia bersama Family (4H3M) ni juga merupakan trip kami sekeluarga untuk kali ke dua dalam masa 2 tahun. Trip yang sebelumnya adalah trip 3H2M dimana saya rasa trip itu agak kelam kabut sedikit, maklumlah 3H2M sahaja.... dan itu juga trip kali pertama saya ke KK, jadi agak terkejar kesana kesini.

Trip kami 4H3M kali ini sedikit santai dimana trip kami setahun sebelumnya (trip 3H2M) agak terkejar-kejar.

Jadi saya akan rangkumkan semua pengalaman saya ke Kota Kinabalu di dalam beberapa entri berikutnya untuk rujukan kepada pembaca.... boleh la ambil sikit-sikit tips dan perkongsian sebagai panduan.
Ketiga-tiga trip saya ini berbeza itinerari, jadi cerita sedikit berbeza antara satu sama lain. Terpaksa saya asingkan entry bagi setiap trip untuk memudahkan pembaca.

Percutian 4H3M Ke Kota Kinabalu

Sebagai pengenalan, trip ini sebenarnya adalah hadiah yang saya menangi dari satu peraduan. Rezeki dapat hadiah jalan dekat-dekat, kalau jauh-jauh tu pening jugak nak adjust budget, maklumlah 'askar ramai'.

Hadiah yang saya menangi merangkumi :
1. Tiket penerbangan tambang penuh Malaysia Airline (2 Adult dan 2 Child).
2. Penginapan 3 malam di Le Meridien Kota Kinabalu termasuk sarapan.
3. Return transfer Airport - Hotel
4. Pakej lawatan ke Kinabalu Nasional Park, Poring Hotspring dan Canopy Walk
5. Pakej snorkeling ke Manukan Island, Mamutik Island dan Sapi Island



Hadiah yang diberi hanya merangkumi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, jadi saya terpaksa menampung kos untuk anak-anak saya yang lain. Saya cuba minta pihak penaja dan ejen pelancongan turunkan pakej dari tiket penerbangan MAS ke Air Asia dan juga berikan hotel yang lebih murah, tetapi mereka tidak dapat arrangekan....hadiah telah ditetapkan. Jadi terpaksalah saya bawa anak-anak yang lain dengan pakej yang disediakan.

Penerbangan Ke Kota Kinabalu

Rezeki saya, sewaktu proses tempahan hotel dan penerbangan oleh ejen, Malaysia Airline MAS ada menawarkan promosi tiket penerbangan dengan harga murah. Jadi dapatlah saya membeli tiket pergi-balik Kuala Lumpur - Kota Kinabalu dengan harga yang agak murah... lebih murah dari tiket penerbangan Air Asia.


Hotel di Kota Kinabalu


Le Meridian KK
Memandangkan pakej yang diberi adalah menginap di ðŸ‘‰ðŸ‘‰Le Meridien Kota Konabalu, jadi saya kena booking juga di Hotel Le Meridian ni untuk1 bilik lagi.

Alhamdulillah juga sebab saya dapat harga kurang dari RM 300 untuk satu malam termasuk breakfast. Mungkin tarikh yang saya pilih kurang seminggu sebelum cuti sekolah, boleh la dapat harga yang agak murah.  Susah dan jarang nak dapat Le Meridien bawah RM300 termasuk breakfast sebenarnya.


Gaya Hotel KK
Sewaktu trip 3H2M dahulu, saya satu family menginap di ðŸ‘‰ðŸ‘‰GAYA Hotel. Waktu ni saya dapat harga agak murah di Matta Fair. 

Saya suka Gaya Hotel ni sebab
- Terletak berhampiran Waterfront / Tugu Ikan Marlin -  boleh jalan kaki je
- Bersebelahan Suria Sabah Shopping Mall - senang cari barang keperluan
- Boleh jalan kaki sahaja ke Jesselton Point / Jeti Jesselton
- Harga bilik termasuk breakfast
- Bilik sea view dapat menikmati keindahan sunset (saya memang pencinta sunset)


Grandis Hotel KK
Dan untuk trip kerja + Jalan-jalan (Trip Kk - Kundasang - Kudat), saya menginap di ðŸ‘‰ðŸ‘‰ GRANDIS Hotel & Resort. 

Grandis ni walaupun hotel 4 bintang tapi harganya agak murah. Ia betul-betul terletak di bangunan Suria Sabah Shopping Mall (hujung sekali) dan hotel paling dekat dengan Jesselton Point / Jeti Jesselton. Boleh jimat sehari sewa kereta kalau menginap di hotel ni sebab untuk hari pergi snorkeling tak perlu sewa kereta. Makan malam pun boleh makan di Jesselton Point sahaja.

Hotel Budget di Kota Kinabalu
Masa trip saya ke Kota Kinabalu - Kuala Penyu bersama isteri, kami menginap di hotel budget sahaja. Ikut plan asalnya, kami akan sampai di Kota Kinabalu dari Kuala Penyu dalam jam 3-4 pagi dan akan terus ke Airport, tetapi tersampai awal. Dalam pukul 12 malam dah sampai KK. Takkan nak tidur dalam kereta shj dengan wife, jadi saya cari hotel budget untuk berehat sebentar sebelum kami ke Airport KK untuk penerbangan balik 6AM ke Kuala Lumpur


Sambil-sambil baca perkongsian trip-trip saya ke Kota Kinabalu ini, boleh check dahulu senarai penginapan di sekitar Kota Kinabalu di bawah

👉👉
 Hotel Pilihan di Kota Kinabalu



Berbalik kepada Trip 4H3M saya ke Kota Kinabalu....

DAY 1


Penerbangan Kuala Lumpur - Kota Kinabalu 

Kami ambil penerbangan dari KLIA 12.50pm dan sampai di Airport Kota Kinabalu 3.25pm (2 jam 35 minit).

Boleh la pilih sama ada nak ambil Malaysia Airlines, Air asia atau Malindo.

Antara yang seronok bila naik penerbangan MAS ni, anak-anak terisi masa di dalam pesawat. Masing-masing sempat la habis satu movie semasa penerbangan ni.

Dalam pesawat MAS. Budak-budak terus cari movie kegemaran.


Tips :
Untuk parking murah dan menjimatkan jika ingin ke KLIA / KLIA2 , boleh baca entry saya ini


ATAU





Airport Trasnfer ke Kota Kinabalu

Pihak penaja telah menyediakan transport untuk kami (Airport ke Hotel). Perjalanan 15 minit dari Airport ke Hotel cukup selesa untuk kami dalam coach yang disediakan. Saya cuma bayar tambahan sikit untuk anak yang tidak termasuk dalam pakej.

TEKSI Bagi mereka yang ingin menaiki teksi ke bandar Kota Kinabalu, tambang adalah RM 30 dari airport. Ada kaunter teksi sebelum pintu keluar, kita hanya perlu bayar dan gunakan kupon sama seperti di kebanyakan airport di Malaysia. Tiada masalah rasanya di Airport Kota Kinabalu ini untuk mendapatkan teksi.


Peringatan :
Bagi yang pertama kali ke Sabah (juga Sarawak), kita akan diberikan satu slip kecil (pas lawatan) oleh petugas imigresen di airport. Jangan hilangkan pas ini, nanti nak keluar dari Sabah (atau Sarawak) akan hadapi masalah jika hilang. 

Saya biasanya akan gunakan passport sahaja jika masuk Sabah/Sarawak, jadi saya tak akan diberi pas lawatan (kertas kecil tu). Bukan apa, susah nak jaga kertas kecil tu - takut terselit mana-mana dan hilang atau pun terbuang. Lagipun kalau gunakan passport ni, cepat sikit passport tu penuh dengan chop!!




Lebih kurang jam 4 petang, kami tiba di hotel penginapan kami di Le Meridien Hotel. Walau pun dah minta bilik bersebelahan, tapi tak ada yang kosong sebelah menyebelah.... mungkin kami tiba agak lewat. 

Le Meridien Kota Kinabalu ni betul-betul terletak berhadapan Pasar Filipina dan medan selera. Pasar Malam Kota Kinabalu pula terletak bersebelahan dengan hotel ni. Jadi cukup senang kerana kami tidak perlu memandu dan pening nak cari tempat parking kereta di area sini. Kawasan Pasar Filipina dan Pasar Malam KK ni memang agak susah nak cari parking ye!!



Le Meridien Kota Kinabalu 



Pada petang hari pertama saya hanya membawa anak-anak bersiar-siar di Waterfront Kota Kinabalu dan ronda-ronda di Pasar Filipina untuk mengintai-ngintai sedikit buah tangan. Waterfront Kota Kinabalu ni yang ada 'tugu' ikan marlin dan mengadap laut. Orang sini ada yang panggil Todak Waterfront.

Suasana waterfront sini lebih meriah berbanding waterfront di Kuching.

Waterfront Kota Kinabalu 

Berdasarkan pengalaman trip cuti-cuti kami ke sini sebelum ini (Trip 3H2M), pemandangan waktu senja / sunset cukup cantik di Kota Kinabalu ini. Jadi awal-awal saya dah request bilik sea view, jadi sebelum pukul 6 petang kami dah berada di bilik untuk menanti saat senja dan memerhati keindahannya dari bilik sahaja.

View saat matahari terbenam memang mengasyikkan di sini. Tiap kali ke KK, pasti saya mencari hotel dan bilik mengadap laut.



Menunggu matahari terbenam....memang mengasyikkan melihat keindahan 





Kena sabar menant untuk menikmati keindahan sunset 



Cukup Indah!!! 




Makan Malam Day 1 : Medan Selera Tepi Pasar Filipina

Untuk makan malam pada hari pertama, saya hanya bawa anak-anak makan di medan selera di sebelah Pasar Filipina atau lebih dikenali dengan Todak Waterfront Hawker Centre. Kali ini saya tidak order ikan fresh atau seafood, sebab trip sebelum ini kami pernah makan di sini tapi waktu tu rasa masakannya macam kurang sedap. Jadi malam ini kami hanya order ala-carte sahaja .... nasi goreng bla..bla...bla....

Dan di hari pertama ni juga memang niat untuk bersantai-santai sahaja dan tak nak letihkan badan sebab esoknya kami perlu menempuh perjalanan yang jauh. Seharian ke Kundasang dan Ranau.


Nanti boleh baca senarai "Tempat Makan Best di Kota Kinabalu". Link saya kongsi di akhir entry ini.


Kereta Sewa Kota Kinabalu

Kereta sewa yang saya tempah (Toyota Avanza) untuk perjalanan esok telah dihantar ke hotel lebih kurang pada pukul jam 9 malam. 

Saya senaraikan beberapa nombor pemilik kereta sewa di link berikut. 




DAY 2

Untuk Day 2 kami habiskan satu hari di Kundasang dan Ranau. Boleh baca di entry-entry berikut untuk perkongsian dan tips ke Kundasang.

👉👉 Kinabalu Park, Kundasang 
👉👉 Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
👉👉 Poring Hot Springs Ranau 




Makan Malam Day 2 : Medan Selera Tepi Pasar Filipina


Untuk makan malam pada hari ke-2, kami makan di Medan Selera bersebalahan Pasar Filipina lagi. Kami sampai di Hotel sekitar jam 8.30 malam dari Trip Seharian ke Kundasang. Jadi anak-anak telah keletihan, kami makan ringkas-ringkas sahaja.


Nanti boleh baca senarai "Tempat Makan Best di Kota Kinabalu". Link saya kongsi di akhir entry ini.


Dan bila dah selesai makan malam.... anak-anak dah kami hantar ke bilik, dan tibalah masa untuk saya dan isteri berjalan mencari :

- ikan bilis / udang kering dan lain-lain makanan kering.
- brooch dan butang baju melayu

Tamatlah perjalan hari kedua kami...perjalanan yang agak memenatkan tapi sungguh menyeronokkan.

DAY 3


Untuk Day 3 kami habiskan hampir satu hari dengan aktiviti snorkeling.

Boleh pilih nak ambil pakej 2 pulau atau 3 pulau. Semua ambil di Jetty Jeselton. Jangan ambil pakej di tepi-tepi Todak Waterfront, saya dah kena masa trip pertama dahulu.


Kena baca perkongsian saya di link di bawah untuk pengalaman bersnorkeling dan juga sedikit info.





Makan Malam Day 3 : Anjung Selera Likas

Untuk makan malam pada hari ke-3 ini, kami makan di Anjung Selera berdekatan Likas.

Lokasinya keluar dari Kota Kinabalu dan menuju ke Likas. Anjung selera ini terletak di tepi jalan utama. Pada waktu malam, tempat ni agak ramai pengunjung. 

Nanti boleh baca senarai "Tempat Makan Best di Kota Kinabalu". Link saya kongsi di akhir entry ini.

Anjung Selera Likas
Anjung Selera Likas





Beli Ikan Bilis dan Udang Kering Sabah

Dan seperti semalam, selesai makan malam saya menghantar anak-anak ke bilik dan saya dan isteri meneruskan aktiviti yang belum selesai hari sebelumnya iaitu memborong ikan bilis/udang kering dan juga mencari souveniour di tapak pasar malam dan di Pasar Filipina.

Malam sebelumnya saya telah ke pasar kering bersebelahan Pasar Filipina, 'survey' harga ikan bilis dan udang kering serta sedikit rumpai laut.
Gerai Pasar Kering ni boleh saya kata ada 3 bahagaian, satu bahagian tepi sebelah kanan ia mengadap Pasar Filipina, satu bahagian lagi adalah lorong tengah, dan satu lagi bahagian tepi sebelah kiri yang mengadap "tanah lapang" dan gerai-gerai buah-buahan. 

Seperti trip sebelum ini, saya membeli di kedai adik seorang ni... namanya Jaafar. Suka membeli dengan dia dan harga murah sedikit (saya borong banyak ikan bilis).

Sepanjang 4 kali saya ke Kota Kinabalu dalam tempoh kurang 3 tahun ini, boleh la dikatakan 90% saya membeli dari Jaafar ni. Kali pertama beli semasa trip 3H2M dahulu, dan setiap kali ke sini saya akan beli dengan dia juga. Kira dia dah boleh cam saya  walau pun agak ingat-ingat lupa.

Gerai adik ni (Jaafar) sebelah kiri.

Pasar Kering Kota Kinabalu
Jangan lepaskan peluang membeli atau pun memborong makanan kering hidupan laut kalau ke Kota Kinabalu ni. Pelbagai jenis makanan yang boleh dibeli Pasar Filipina ini tak kira la sama ada nak beli ikan bilis, udang kering, sotong kering, ikan masin, rumpai laut dan makanan ringan seperti amplang dan sebagainya.

Nak yang murah, sedang atau yang mahal... pilih sahaja. Harga berbeza mengikut saiz dan juga berbeza sama ada ia tidak dibelah, dibelah dua atau dibelah empat. 

Dan harga juga sedikit berbeza dari satu kedai ke kedai lain. Kena tengok kualiti ikan bilis tu.

Bilis Kota Kinabalu
Bilis Kota Kinabalu


Ikan bilis yang terbaik saya rasa adalah ikan bilis dari Tawau, terutamanya ikan bilis halus atau dikenali juga ikan bilis mata biru. Harga ikan bilis ni berubah-ubah setiap hari dan ada pelbagai jenis.

Bilis halus mata biru ni memang sedap...rangup. Dimakan bersama nasi lemak memang sesuai sangat. Harga berubah ikut pasaran dalam lingkungan RM 30-RM35 sekilo.

Saya pernah beli ikan bilis di Kudat dan Kimanis, bagi saya ikan bilis di Kota Kinabalu yang dibawa dari Tawau ini adalah yang terbaik... pendapat saya dan isteri la.

Tapi orang kata... udang kering dari Kudat pula lebih sedap dari Tawau atau tempat lain. Ini pun saya tak pasti, dengar kata sahaja.


Nanti boleh baca entri saya :
- Trip ke Kudat dan
- Trip Kimanis (Kuala Penyu).


Tambahan (saje nak bagi tahu):
Trip saya ke Lahad Datu baru-baru ini, harga ikan bilis di sini terlebih murah berbanding di Kota Kinabalu. Mungkin kerana jarak Lahad Datu - Tawau yang tidak jauh.



Bilis Kota Kinabalu
Bilis halus mata halus. 
Udang kering Pasar Kota Kiabalu
Udang kering Pasar Kota Kiabalu

Dan untuk trip kali ini, jumlah ikan bilis / udang kering dan lain-lain yang saya beli lebih 150 kg. Semuanya telah ditempah oleh jiran-jiran dan rakan-rakan sekerja saya dan isteri. Juga termasuk sedikit untuk bekalan kami.

Ikutkan nak ambil lagi banyak sebab yang tempah banyak dan bagasi MAS bagi yang boleh check-in adalah 30 kg X 7 orang.... Ikutkan 210 kg boleh check-in dan ini tak termasuk bagasi yang di bawa masuk ke kabin, tetapi kena fikirkan juga muatan yang banyak ni nanti nak angkut macam mana dari KLIA ke rumah. Datang sini pun bukan nak berniaga...

Keuntungan dari belikan ikan bilis ni sahaja sebenarnya sudah cukup menampung kos penginapan saya (1 bilik) di Le Meridien untuk 3 malam dan juga sebahagian kos penerbangan. Alhamdulillah, rezeki.
Tips Beli Ikan Bilis / Udang Kering
  1. Harga berbeza setiap kedai.
  2. Jika harga yang ditawarkan oleh satu kedai tu jauh lebih murah, perhatikan saiznya betul-betul dan juga keadaan ikan bilis/udang kering tersebut. 
  3. Ikan bilis yang sudah gelap bermakna sudah beberapa hari dan kurang sedap... cuba dapatkan yang masih baru (lebih cerah).
  4. Udang kering biasanya yang merah dan bersaiz besar lebih mahal tetapi berbaloi jika dibeli. Cuba elak dari beli dari penjaja di tepi jalan.
  5. Ikan bilis yang dibeli akan di pack di dalam kotak untuk memudahkan kita membawa / check in ke kapal terbang.
Ikan Bilis Udang Murah Kota Kinabalu


Peringatan :
MAS sekarang mengamalkan peraturan 2 bagasi sahaja dibenarkan untuk check-in. Jadi rancang dan pack elok-elok jika banyak membeli. Jangan terlebih bilangan luggage pulak, nanti kelam kabut di airport. Pesan kepada penjual untuk pack dalam 2 kotak sahaja. 


Beli Brooch Mutiara dan Butang Baju Melayu

Pasar Malam Kota Kinabalu
Pasar Malam Kota Kinabalu

Orang kata kalau ke Kota Kinabalu tak beli 2 benda ni kurang lengkap lah. Cuma kami perhatikan pasar malam Kota Kinabalu yang terdapat di sini seakan sudah kurang meriah seperti sebelumnya.

Brooch mutiara untuk wanita sentiasa menjadi tarikan di sini. Kalau pergi memang kena beli la sebagai souveniour untuk rakan-rakan sepejabat.

Pasar malam Kota Kinabalu ini terletak di sebelah Hotel Le Meridien dan berdekatan Pasar Filipina.

Sewaktu membeli mutiaran (rantai, gelang dan seumpamanya) kena behati-hati, jangan pula terbeli mutiara dari korea atau dari China. Kena banyak bertanya dan kena lebih ramah semasa membeli, tapi tak semua penjual akan layan kita. Ini yang biasa saya buat.

Butang baju melayu yang saya maksudkan adalah butang baju melayu dengan mata mutiara. Alang-alang ke sini, beli lah yang cantik sedikit dan boleh simpan untuk diguankan pada Aidilfitri dan juga boleh diberikan sebagai cenderahati/ buah tangan.




Tips Beli Brooch Mutiara
  1. Harga mutiara sungai agak mahal berbanding mutiara laut tetapi kecantikannya gak terserlah. 
  2. Harga di Pasar Filipina juga agak mahal sedikit berbanding yang di jual di pasar malam.
  3. Berhati-harti semsa membeli,jangan terbeli mutiara korea atau dari China.






DAY 4

Hari terakhir kami di sini.... selesai bersarapan adalah masa free n easy sebelum kami check out.

Transport disediakan dari hotel ke Airport oleh penaja, cuma saya panggil satu lagi teksi untuk membawa anak-anak yang tak termasuk dalam pakej dan juga untuk saya sumbat semua ikan bilis yang lebih 100 kilo tu.

Selesai trip kami ke Kota Kinabalu... satu trip yang relax tanpa tergesa-gesa seperti trip kami sebelum ini.

Jadi untuk yang ingin ke Kota Kinabalu, saya cadangkan paling kurang pergilah untuk 4H3M untuk percutian yang santai dan relax.

Bagi saya, Kota Kinabalu ni ada tarikannya tersendiri. Pergi bercuti 2-3 tahun sekali ke sini pun tak apa, terlalu banyak tempat untuk di lawati dan diterokai. .


...bersambung ke entry 

👉👉 Bercuti Ke Kundasang - Tempat Menarik di Kundasang

Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡






Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 




Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 
👉👉 Senarai Kereta Sewa di Kota Kinabalu


Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Bercuti ke Kota Kinabalu - Trip Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah



Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu
👉👉 IKan Bilis Kimanis - Penjual yang SETIA


Wednesday, 19 October 2016

Hotel Murah Di Legoland

Senarai Hotel Berhampiran Legoland dan di sekitarnya.





Booking.com





Somerset Medini Holi 1Medini Suites
0.6 km dari Legoland
0.7 km dari Legoland 0.6 km dari Legoland





Hotel Jen Puteri Harbour



3.3 km dari Legoland 3.2 km dari Legoland 5.9 km dari Legoland











7.5 km dari Legoland 8.0 km dari Legoland 7.0 km dari Legoland



Untuk hotel-hotel lain  sekitar JOHOR BAHARU, bolehlah klik di  >>  SINI <<








Tiket Legoland Murah

Tiket Legoland Murah

....................................................................
Nota :
Sila ke entry terbaru saya bertarikh 13.07.2019 untuk perkongsian cara dapatkan tiket Legoland murah.

👉👉 Tiket Legoland Murah 2019 : 4 cara beli murah

.....................................................................



Nak Tiket Legoland murah? Berikut ada beberapa promosi yang sedang berjalan.




Seperti saya ceritakan di entry saya sebelum ini iaitu di entry "Percutian Ke Legoland", saya terlebih dahulu mencari maklumat di Google mengenai promosi terkini baucer/kupon diskaun bagi tiket masuk Legoland 

Jadi Entry ini saya akan kongsikan promosi-promosi berkaitan harga tiket ke Legoland di mana saya kumpulkan promosi-promosi terkini sama ada baucer tiket atau kupon diskaun. Saya akan cuba update entry ini dari masa ke semasa jika terdapat sebarang promosi baharu.




1. Jimat 30% dengan Maybank card.


Tiket Legoland Murah Julies
Jimat sehingga 30% tiket Legoland
  • Promosi ini berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2016
  • 30% diskaun untuk Combo Ticket Legoland Theme Park + Water Park   atau  Tiket Legoland Theme Park
  • Promosi ini adalah untuk pemegang Maybank Card yang membayar menggunakan Maybank Credit/Debit Card yang dikeluarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Cambodia dan Brunei.
  • Promosi hanya boleh digunakan untuk pembelian 'onsite' iaitu di Kaunter Tiket Legoland atau belian secara 'online' di www.LEGOLAND.com.my/promo/MBBOnline2016
  • Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat sila layari laman web Maybank 






2. Tiket Legoland Kanak-Kanak Percuma  oleh Julies Biscuit melalui promosi "KID GO FREE"

Tiket Legoland Murah Julies
Sewaktu pelancaran Promosi Kid Go Free -  Cari 3 biskut ini untuk kupon!
  • Julie’s, yang dimiliki oleh Perfect Food Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd mengadakan promosi 1 Tiket kanak-kanak dengan 1 pembelian tiket dewasa.
  • Promosi hanya untuk Combo Ticket Legoland Theme Park + Water Park.
  • Promosi ini sehingga 30 April 2017
  • Perlu beli biskut Julie's tertentu yang terdapat kupon promosi.
  • Kupon perlu dibawa dan ditunjukkan sewaktu pembelian tiket di kaunter tiket.
  • Lain-lain terma dan syarat - sila dapatkan biskut Julie's di pasaran
Tiket Legoland Murah Julies
Biskut Julie's yang tertera logo promosi 

Tiket Legoland Murah Julies
Terdapat kupon di tepi/belakang packaging biskut








3. Baucer RM 50 dengan belian bahanapi Petron



  • Promosi ini dijalankan oleh Petron sempena promosi 'Fuel and Fly'
  • Baucer bernilai RM 50 akan diberi bagi setiap pembelian petrol/diesel bernilai RM45 atau lebih
  • Bilangan baucer adalah terhad
  • Baucer RM 50 boleh digunakan untuk belian Combo Ticket Legoland Theme Park + Water Park atau  Tiket Legoland Theme Park
  • Setiap baucer hanya layak untuk satu pembelian tiket sahaja samaada tiket dewasa/kanak-kanak/veteran. Maksudnya kalau datang 5 orang, perlukan 5 baucer untuk dapatkan diskaun RM50 bagi setiap tiket.
  • Promosi berlangsung dari 21 September 2016 hingga 20 November 2016.
  • Penebusan baucer adalah dari 21 September 2016 sehingga 30 April 2017.
Kalau ada pembaca yg inginkan baucer ini, boleh email kepada saya. Saya masih ada beberapa keping baucer yang tidak digunakan. Saya akan poskan kepada mereka yang berminat. 






4. Diskaun sehingga 35% dengan Astro Circle


Terma & Syarat:
  • Tawaran sah sehingga 28 Feb 2017
  • Print & Serahkan baucar apabila pembelian di kaunter tiket LEGOLAND Malaysia Resort untuk menebus sehingga empat (4) tiket 1 hari LEGOLAND Malaysia Resort pada harga diskaun 35%. 
  • Tawaran hanya sah untuk Taman Air LEGOLAND MALAYSIA Theme Park + Combo Tiket, atau LEGOLAND Malaysia Theme Park Tiket. 
  • Tawaran tidak merangkumi untuk pembelian hanya tiket Water Theme Park. 
  • Masuk adalah hanya sah untuk tiket 1 hari pada hari yang sama pembelian. 
  • Sehingga empat tiket 1 hari (Dewasa / Kanak-kanak / Warga Emas). 
  • Tawaran tidak boleh digabungkan dengan tiket pra-dibeli, jualan dalam talian dan apa-apa diskaun lain, rebat atau promosi termasuk promosi Mykad, Pas Tahunan, kumpulan dan tawaran pendidikan. 
  • Tiket dan waktu operasi adalah tertakluk kepada perubahan notis terlebih dahulu. 
  • LEGOLAND Malaysia Resort berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. 
  • Baucar tidak boleh dibayar balik atau ditukar dengan wang tunai dan bukan untuk sebarang tujuan jualan semula.





 Jimat sehingga  30% dengan AirAsia.  (Promosi Tamat) .


Tiket Murah Legoland
Jimat sehingga 30% dengan AirAsia

  • Promosi ini dijalankan oleh AirAsia
  • Promosi berlangsung dari 12 September - 31 Disember 2016
  • Untuk syarat dan terma sila KLIK laman web rasmi AirAsia 
  • Sewaktu belian tiket di kaunter , tunjukkan :
* PDF Itinerary untuk diskaun 25%
* Boarding Pass untuk diskaun 30%


Baca Entry Berikutnya... >> Hotel Murah di Legoland <<


Juga Entry saya berkaitan Legoland / Johor Baharu

>> Cuti-Cuti ke Legoland <<<
>> Tips ke Legoland <<
>> Harga Tiket Legoland <<

>> KSL Hotel - Dinosour Alive Water Theme Park <<
>> Shopping di JPO <<
>> Tempat Makan Best Johor Baharu <<
>> Kedai Makan Rahmat -Pasir Gudang <<





~mat-drat~