Saturday 29 June 2019

Beza United Kingdom (UK), Great Britain (GB) dan England




  • Mat Drat dari dulu tertanya tanya apa beza Beza United Kingdom (UK), Great Britain (GB) dan England ni.
  • Pernah beberapa tahun dulu masa di KLIA, Mat Drat berbual dengan sorang Mat Salleh dari UK, puas dia terangkan perbezaan ni. Last sekali Mat Drat cakap "masih terconfius".
  • Sehinggalah masa di Edinburgh hari tu, Mat Drat cari sikit info apa beza antara semua ni.
  • Dan Mat Drat kongsikan serba sedikit bagi merungkai kekeliruan ni...


Tapi sebelum tu, boleh baca 2 entry berkaitan percutian Mat Drat ke United Kingdom (London dan Edinburgh)👇👇👇



Peta United Kingdom, Geat Britain, England
Sumber : Mapbrilliant.com



BRITISH ISLE (Kepulauan British)

  • Ada yang baru dengar 'British Isle' ni dan ada yang memang dah lama tahu.
  • British Isle ni merujuk kepada kedudukan Geografi 2 buah 'kepulauan' besar iaitu Great Britain dan Ireland serta hamper 6000 buah pulau kecil yang lain seperti The Isle of Man, The Isle of Sicily dan lain-lain.
  • Great Britain terdiri dari England, Wales dan Scotland.
  • Ireland pula terdiri dari Ireland Utara dan Republic of Ireland. Tapi orang Republic Ireland tak suka digelar mereka termasuk dalam British Isle sebab mereka bukan sebahagian dari British!!
  • Pulau-pulau kecil tu terdiri sebahagian dari England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
  • Contoh macam bila kita sebut 'Borneo', ia merujuk kepada geografi kepulauan Borneo yang terdiri dari sebahagian Malaysia iaitu Sabah  dan Sarawak, Sebahagian Indonesia iaitu Kalimantan dan Negara Brunei.
  • Lari tajuk sikit ye
  • The Isle of Man ....cukup terkenal dengan Event The Isle of Man TT
  • The Isle of Man TT atau nama panjang dia "The Isle of Man Tourist Troopy" adalah acara permotoron tahunan yang telah bermula dari tahun 1907.
  • Mat Drat rajin juga layan video The Isle of Man TT ni...



............................................................

UNITED KINGDOM (UK)

  • United Kingdom adalah singkatan kepada United Kingdom of Great Britain and Ireland
  • United Kingdom (UK) merupakan sebuah Negara berdaulat di bawah UN (United Nation)
  • United Kingdom ni ditubuhkan pada 1801 melalui Acts of Union 1800, dimana pada waktu itu Great Britain bergabung dengan Ireland.
  • United Kingdom (UK) ini terdiri dari 4 komponen negera iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland.
  • Macam Amerika juga, ia juga dikenali sebagai US, iaitu United State. Ia adalah singkatan dari United State of America (USA). USA ni pula terdiri dari 50 buah negeri.
  • United Kingdom of Great Britain and Ireland ini dahulunya merangkumi keseluruhan Ireland. 1919 berlaku peperangan dari puak pemisah Ireland dengan pihak British dan akhirnya menyebabkan kerajaan British memisahkan Ireland kepada 2 bahagian iaitu Ireland Utara (sebahagian United Kingdom) dan Republic of Ireland (sebuah negara bebas).
  • Sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an, kita masih sering terdengar gerakan IRA ini cuba memperjuangkan ideologi mereka yang Ireland sepatutnya bebas keseluruhannya dari British.
  • UK ni mempunyai parlimen (semestinya) sebab ia negara yang berdaulat.
  • Pound British (GBP) boleh diterima di kesemua 'negara' ( England, Wales, Scotland dan Ireland) tanpa masalah.

 ............................................................

GREAT BRITAIN (GB )



  • Great Britain adalah merujuk kepada geografi kepulauan yang terbesar di dalam British Isle, di mana ia merangkumi  England, Wales dan Scotland.
  • Britain di ambil dari bahasa Roman iaitu Brittania
  • Great pula ada versi iaitu
    • Versi 1 : Great digunakan untuk membezakan satu kawasan di Perancis yang dinamakan Brittany
    • Versi 2 : Berasal dari Raja James 1 yang mahu menunjukkan bahawa dia bukan raja kepada Kerajaan Roman Britain Lama (England dan Wales) tetapi juga raja kepada keseluruhan kepulauan Britain dan menggelarkan dirinya sebagai King of The Great Britain

    • Selama ni Mat Drat ingatkan UK tu sama dengan Great Britain. Tersilap selama ni rupanya.
    • Jadi beza United Kingdom dan Great Britain (GB) tu adalah GB tidak termasuk Ireland Utara. Maknanya GB hanya merujuk kepada 3 negara tadi sahaja iaitu England, Wales dan Scotland.
    • Confius? Keliru?? Biasa la.
    • Pasukan Olimpik  UK pun yang terdiri dari Great Britain dan Ireland Utara telah menggelarkan diri mereka "Team GB" mulai 1999.
    • Nanti Mat Drat share sikit kat  bawah.








    ............................................................

    ENGLAND

    • England adalah sebuah negara di dalam United Kingdom
    • Status England adalah sama seperti Wales, Scotland dan Ireland Utara di mana ke empat-empat negara ini menjadi komponen kepada United Kingdom. Jadi England bukanlah sebuah negara yang berdaulat.
    • England tiada 'kerajaan' kerana ia ditadbir oleh terus (terus) dari parliament UK. Berbeza dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara.
    ............................................................


    SCOTLAND, WALES & IRELAND UTARA


    • Scotland, Wales dan Ireland Utara juga sama seperti England dimana kesemua negara ini merupakan komponen negara di bawah United Kingdom.
    • Ketiga-tiga negara ini (Scotland, Wales dan Ireland Utara) mempunyai 'government' sendiri dimana wujud 'Devolution' atau penurunan kuasa dari parliament UK.

    • Scotland, Wales dan Ireland Utara juga  mempunyai ibu negara masing-masing (capital city)
      • Scotland - Edinburgh
      • Ireland Utara - Belfast
      • Wales - Cardiff
    • * Cardiff ni kalau peminat bola akan terus kaitkan dengan Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, founder Berjaya Group.



    ............................................................

    LONDON

    • London terletak di dalam England dan merupakan bandaraya terbesar di England, juga terbesar di United Kingdom dan terbesar di Eropah.
    • Dan London adalah capital city of United Kingdom
    • Ada kata London bukanlah Capital City of England. Mat Drat pun confius.
    • Jadi, sesiapa yang dah melawat London tu kira dah melawat England, Great Britain dan United Kingdom


    ............................................................


    IRELAND

    • Ireland (kepulauan Ireland) terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ireland Utara dan Republik Ireland.
    • Sebelum 1922, Ireland adalah merujuk kepada satu negara sahaja iaitu kepulauan Ireland itu.
    • 1919 berlaku peperangan dari puak pemisah Ireland dengan pihak British.
    • 1921 akhirnya kerajaan British dan puak pemisah Ireland bersetuju melakukan genjatan senjata dan akhirnya pada Julai 1921 Kerajaan British memisahkan Ireland kepada 2 bahagian iaitu Ireland Utara (sebahagian United Kingdom) dan Republic of Ireland (sebuah negara bebas).
    • Sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an, kita masih sering terdengar serangan keganasan yang dilakukan oleh gerakan IRA sama ada didalam berita atau pun di dalam filem. 
    • IRA ini adalah pertubuhan yang memperjuangkan Ireland sepatutnya bebas keseluruhannya dari British.








     ............................................................

    Jom kita peningkan kepala sikit....

    Jika United Kingdom merupakan negara yang berdaulat dibawah United Nation (UN), kenapa pulak sewaktu World Cup ada penyertaan dari England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dan bukannya mewakili United Kingdom??


    Jika United Kingdom tu negara yang berdaulat, kenapa pula sewaktu sukan Olimpik mereka di kenali dengan Team GB ??


    Fifa World Cup - (England, Wales, Scotland & North Ireland)

    • Biasa tengok World Cup kan?? Dan mesti perasan ke-empat-empat negara ni sertai World Cup sebagai satu 'negara' yang berbeza.

    • Ini kisahnya....
    • Semuanya kerana perlawanan bolasepak antarabangsa pertama berlaku diantara negara-negara di Great Britain, iaitu antara England dan Scotland (1872).
    • Kira negara-negara ni pelopor sukan bolasepak dan cukup hebat waktu dahulu sehinggalah terlahirnya FIFA.
    • Ni sejarahnya
      • 1863 - Football Asscociation (FA) pertama. Waktu ni masih belum pasti 'terrotori' FA ni sama ada untuk England sahaja atau untuk United Kingdom. Masih samar-samar.
      • 1873 - Scottish Football Association tertubuh.
      • 1876 - Football Association of Wales pula tertubuh.
      • 1880 - Irish Football Association pula tertubuh kemudiannya.
      • 1872 - 1900 - Banyak game bola antara 4 negara ni.
      • 1904 - FIFA ditubuhkan

    • Sebagai penghargaan kepada 4 negara ni yang memperkenalkan perlawanan antara negara (antarabangsa) pertama di dunia, jadi penghormatan diberikan kepada mereka untuk sertai secara berasingan.
    • Lagipun 4 team ni waktu awal ketika penubuhan FIFA ni memang power, jadi memang perlukan 4 team ni untuk tarik penonton.

    • Hanya dalam FIFA World Cup sahaja ke empat-empat negara ni dapat slot (masuk kelayakan dahulu la), tetapi tidak di dalam Olimpik.
    • Dalam Sukan Olimpik, seperti juga sukan lain dalam Olimpik, penyertaan mereka di bawah negara United Kingdom.




       Olympic Game - ( Team GB : Team Great Britain)

      • Di Olimpik berbeza pula, mereka datang sebagai satu pasukan United Kingdom dan bukannya dari 4 negara berbeza (England, Wales, Scotland atau Ireland Utara)
      • TETAPI pada 1999, team ini dijenamakan sebagai Team GB danpada sukan Olimpik 2000 di Syndey mereka hadir sebagai pasukan Team GB. Ini lebih kepada 'branding' pasukan sahaja.

      • TETAPI....kenapa guna TEAM GB dan bukannya TEAM UK??
      • Soalan tu juga la yang sering disoalkan oleh warga Ireland Utara, mereka rasa mereka diketepikan.
      • Persetujan bersama Olimpik Council of Ireland dan British Olimpik Council memberi kelonggaran kepada warga Ireland Utara sama ada menyertai pasukan Team GB atau pun Team Ireland. Team Ireland ni mewakili Republic of Ireland. 
      • Dan peliknya, rata-rata atlet dari Ireland Utara akan ke Sukan Olimpik dengan membawa bendera Ireland dan bukannya sebagai atlit Team GB!!





      Harap-harap dah baca sampai habis ni akan kurang keliru, kalau makin keliru tu memang kena ke London la, kemudian ke Edinburgh. Baru kata "dah jejakkan kaki ke United Kingdom'.






      ~Mat-Drat ~

      Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

      Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

        Wednesday 26 June 2019

        Travelog Edinburgh Part 4 - Tempat Menarik di Edinburgh

        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town




        Boleh baca entry terdahulu



        Jelajah Tempat Menarik di Edinburgh

        Travelog Edinburgh Part 3 :




        JELAJAH TEMPAT MENARIK DI EDINBURGH

        Di entry kali ni Mat Drat share pula tempat-tempat yang menarik yang sempat Mat Drat singgah sepanjang 24 jam di bumi Edinburgh ni!!

        Dan Mat Drat share juga sikit beberapa tempat lain yang menarik di Edinburgh dan Scotland amnya.

        1. EDINBURGH CASTLE

        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town

        • Ni Destinasi WAJIB kalau ke Edinburgh ye.
        • Main attraction bagi Edinburgh. Nombor 1 dalam mana-mana list laman web.
        • Mat Drat terus decide nak ke Edinburgh lepas tengok satu gambar cantik di Instagram...
        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Inilah gambar dari Instagram yang terus buat Mat Drat decide
        "aku mesti pergi Edinburgh!!"
        View di Prince Street Garden berlatar belakangkan
        Ross Fountain dan Edinburgh Castle



        • Edinburgh Castle ni kita keluar-keluar dari Waverley Railways Station tu dah boleh nampak tersergam atas bukit.
        • Kalau kita berjalan di Princes Street tu pun boleh nampak dah.


        Lawatan masuk ke Edinburgh Castle

        • Harga Tiket £19.50 (dewasa). Online  £17.50 
        • Tiket kemasukan dah tetap kan waktu, pilih waktu nak masuk.
        • Jadi kita hanya boleh masuk waktu yang ditetapkan, tapi berapa lama dalam tu tak kisah. Nak tunggu sampai tutup pun takpe.
        • Dalam satu jam je kat dalam ni pun dah lebih dari memadai.
        • Buka 9:30am. 
        • Kalau nak masuk sessi yang 9:30am, kena beli tiket sehari sebelum. 
        • Untuk masuk sessi waktu lain, kena beli awal dalam sejam setengah.

        .................







        Cara ke Edinburgh Castle

        • Nak ke sini, jarak dalam 600 meter je kalau dari Waverley Bridge atau Waverley Railways Station. 
        • Boleh jalan kaki atau naik bas Hop On Hop Off. Ini 2 pilihan yang biasa dibuat orang.
        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Waverley Bridge dan Edinburgh Castle



        1. Jalan Kaki
        • Kawan Mat Drat, Prof Ayin ada pesan kat Mat Drat sehari sebelum berlepas "Edinburgh Castle tu tinggi sikit nak menapak, boleh tahan letih"
        • Mat Drat intai-intai google map, kalau menapak dari Waverley Bridge jarak dalam memang dalam 600 meter tapi 600 meter mendaki ye.!!
        • Jangan risau, pemerhatian Mat Drat memang agak ramai juga yang berjalan kaki sahaja ke atas tu. Cuma letih sikit la.
        • Boleh view dulu di Google Map, nak real lagi gunakan 3D view.
        • Cadangan laluan 1 dari Waverley Bridge.
          • Waverley Street - Market St - Mound Pl - Ramsan Ln - Castlehill
          • Tapi Mat Drat rasa laluan ni kurang meriah dengan kedai dan orang ramai, kecuali dah nak sampai di Edinburgh Castle (di Castle Hill)
        • Cadangan laluan 2 dari Waverley Bridge
          • Waverley Street - The New Steps - Sts Giles Strt - Lawnmarket - Castlehill
          • Laluan "The New Steps" tu agak meletihkan sebab kena mendaki anak tangga. Sakit lutut oooo
          • Tapi sepanjang laluan Lawnmarket ke Castlehill tu memang meriah dengan pengunjung dan pelancong,  banyak kedai, banguan cantik dan pelbagai aktiviti penghibur jalanan.l
        • Cadangan laluan 3 dari Waverley Bridge
          • Waverley Street - Cockburn St - Warriston's Close - Writer Citry - High Street - Lawnmarket - Castlehill
          • Warriston's Close pun kena mendaki tangga juga.
          • Yang menariknya akan lalu celah-celah bangunan / dalam bangunan.
          • Tapi masuk je High Street dan Lawnmarket, memang agak meriah.

        Jadi pilihlah mana sesuai. Nak senang, ikut macam Mat Drat je, naik bas je.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Dari Cockburn, mendaki tangga laluan Warriston Close.
        Gambar ni bukan masa nak ke Edinburghj Castle ye,
        ni sewaktu buat Harry Potter Tour sendiri dengan explore lorong-lorong di Edinburgh Old Town






        2. Naik Bas Hop On Hop Off
        • Mat Drat tak nak ambik risiko meletihkan diri dan kaki sebab 2 hari dah pusing London (dekat 20,000 steps sehari kat sana). Lagi pun kat sini banyak lagi tempat yang memerlukan kaki melangkah untuk sampai.
        • Jadi Mat Drat naik Bas Hop On Hop Off je.
        • Bas Hop On Hop Off, berhenti di stop Lawnmarket utk ke Edinburgh Castle.
        • Mat Drat dah share di entry sebelum ni pasal bas Hop On Hop Off.
        • Sepanjang Lawnmarket ke Edinburgh Castle tu sedikit mendaki tetapi banyak aktiviti dan kedai yang buat kita tak rasa letih. Pemandangan memang cantik.
        • Ingat, balik dari Edinburgh Castle tu jangan tunggu bas akhir sekali sebab takut bas yang ditunggu penuh. 
        • Boleh menapak kalau bas penuh, tapi kalau nak ke Waverley Bridge tu tak ada masalah sangat, yang masalahnya kalau nak pusing-pusing Edinburgh lagi, jadi tak dapat la.
        • Mat Drat share sikit gambar di Edinburgh Castle


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Pemandangan sepanjang Lawmarket ke Castlehill, menuju Edinburgh Castle




        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Laluan ni memang ramai orang.
        Senibina bangunan memang cantik di kiri kanan.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Banyak restoran di kawasan ni.



        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Kalau nak beli kilt , kat sini pun banyak.
        Ni bukan pakaian wanita ye, normal lelaki pakai ni kat Scotland ni.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Kilt dan scarf. Harga berbeza ikut kualiti. Quality terbaik pastinya dari bulu biri-biri Scotland itu sendiri, dan harganya sudah pasti 'terbaik'



        Edinburgh Castle Eagle
        Nak bergambar dengan burung helang ni , 5 pound dia caj!!
        Boleh tahan rate kat sini. Dan boleh tahan jug abesar helang ni.

        Edinburgh Castle Dog
        Artis jalanan dengan alat music. Yang menarik Mat Drat, anjing dia tu. Besar sungguh anjing ni.


        Edinburgh Castle Bagpies Scotland
        Best betul dengar lagu dari Bagpipes ni. 

        Edinburgh Castle Bagpies Scotland
        Panjang sungguh nafas dia ni ,
        macam non-stop je tiup Bagpipes ni.
        Dah bergambar, jangan lupa hulur 1-2 pound.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town William Wallace
        FREEEEDOOOOOOMMMM....
        Peluang bergambar dengan pahlawan Scotland dengan pedang original.
        Pedang ni memang besar dan berat.
        Bila Mat Drat tegur adakah dia represent "Willaim Wallace"??
        Dia kata, dia bukan William Wallace, tapi seorang lagi pahlawan Scottish selepas William Wallace.
        Yang menonton filem Braveheart pasti ingat jeritan Willam Wallace (Mel Gibson)... "Freedoooommmm.."


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town William Wallace
        Tengok saiz pedang....besar dan panjang. Memang berat.
        Ada 2-3 lagi senjata lain kat belakang tu.

        Ni sessi bercerita dan berdiskusi....
        Dia cukup tak puas hati bila ramai hanya tahu William Wallace.
        Mat Drat kata, nak buat macam mana, dah Mel Gibson buat filem Braveheart naikkan nama Willam Wallace.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town William Wallace
        Sessi bertukar nombor telefon dan berkenalan di laman sosial. Cikgu rupanya dia ni.

        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Ramai menunggu turn nak masuk.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Yeazzz... sampai sudah.

        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Satu kepuasan....
        Tak termimpi atau terfikir pun boleh sampai ke Edinburgh ni, apatah lagi ke Edinburgh Castle ni sebenarnya.





        Klook.com



        ...................................











        2. EDINBURGH OLD TOWN


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town Map
        Kedudukan Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town 


        • Mereka yang ke Edinburgh ni kebanyakkannya datang untuk melihat keunikan senibina bangunan lama di Edinburgh ni, khususnya di Edinburgh Old Town ni.
        • Edinburgh Old Town keluasannya seperti gambar (map) di atas.
        • Pelancong minat ke sini kerana di sini tersergam bangunan-bangunan lama, dan bagi Mat Drat ia lebih unik kerana dicelah-celahnya banyak lorong-lorong kecil.
        • Dan di Edinburgh Old Town ni la tersergam permata Edinburgh tu sendiri iaitu Edinburgh Castle, dan bangunan-bangunan lain seperti  Scottish Parliment, Palace of Holyroodhouse dan Kediaman Queen's Scottish serta tarikan seperti Edinburgh Dungeon dan Harry Potter Shop/ 'Museum Context'.
        • Peminat Harry Potter jangan lupa ke The Elephant House, Greyfriar's Kirkyar dan juga Greyfriar's Bobby's Bar.
        • Kat sini pun terdapat banyak kedai-kedai souvenir, tapi Mat Drat rasa barang yang Mat Drat beli di Prince Street lebih murah. Ada Mat Drat share di Travelog Edinburgh - Tips dan Panduan sebelum ni.

        • Mat Drat dan wife hanya ronda-ronda, singgah beberapa kedai souvenir dan pastinya di kedai Harry Potter.
        • Mat Drat share sedikit gambar di lorong-lorong dan laluan Edinburgh Old Town ni, yang dirakam ketika Mat Drat dan ronda-ronda jalan kaki.
        • Tadi dah pusing dengan bas Hop On Hop Off, gambar bangunan dah share sebahagian sebelum ni.





        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Lihat ketenangan di tempat orang, keindahan negara orang.


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        10,000 langkah sehari tercapai.
        Waktu ni dah lebih 15,000 langkah


        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Antara cafe-cafe di area sini




        Edinburgh Castle dan Edinburgh Old Town
        Edinburgh Dungeon - Menarik


        3. HARRY POTTER 'Tour'



        • Sedikit info Mat Drat share bagi mereka peminat Harry Potter.
        • Edinburgh ni dikenali sebagai tempat lahirnya siri novel tulisan JK Rowling, Novel Harry Potter yang juga dijadikan filem.
        • Bagi yang berminat dan ada masa terluang, boleh lah ke lokasi berikut

        1. Museum Context  / Diagon House
        • Banyak koleksi dan merchandise Harry Potter di sini.
        • Museum Context ni satu-satunya kedai yang licenced menjual official merchandise Harry Potter.
        • Mat Drat singgah di Museum Context di Cockburn St. Ada satu lagi di Victoria Street (dengan nama lain - Dragon House)
        • Lokasi 1 : Cockburn St
          • Agak kurang pengunjung, jadi lebih senang membeli barang.
        • Lokasi 2 : Victoria Street 
          • Victoria Street ni jalan yang boleh kata sentiasa ramai dengan pengunjung
          • Nak ke sini pun ramai yang menunggu turn nak masuk
        Harry Potter Edinburgh Museum Context


        Harry Potter Edinburgh
        Wands (stick) di sini dalam 39 pound.


        Harry Potter Edinburgh
        Macam-macam koleksi ada.

        Harry Potter Edinburgh Museum Context Dragon House
        Diagon House
        Sumber : almostginger.com

        2. The Elephant House
        • Dikatakan disinilah lahirnya "Harry Potter"
        • Disinilah penulis novel Harry Potter, JK. Rowling  ini mencari ilham menulis 3 buku pertama Harry Potter.
        • Dari sini boleh nampak Edinburgh Castle dan Georgia Heriot's School (Hogwarth School)
        Harry Potter Edinburgh Elephant House
        The Elephant House
        Sumber : almostginger.com


        3. Greyfriar Kirkyard
        • Di sekitar Edinburgh ni memang ada beberapa kawasan perkuburan lama, dan salah satunya Greyfriar Kirkyar.
        • Tak jauh dari The Elephant House, dalam 200 meter je.
        • Bagi yang menonton Harry Potter mesti ke sini. 
        • Perkuburan lama ini cukup sinonim dengan Tom Riddle dan Lord Voldemort.
        • Bangkit semula dari kuburan menjadi Lord Voldemort.
        • Kubur Thomas Riddle di sini menjadi inspirasi JK Rowling. Thomas Riddle sebenar, mati pada 1802 umur 72 tahun 
        • Dan tak jaiuh dari kubur Thomas Riddle ni, ada kubur dengan poem 'William Topaz McGonagall, dan nama McGonagall cukup sinonim dengan Pengetua Gryffindor dari Hoghwart Schhol, iaitu Professor McGonnall.


        - Gambar dalam hp wife - 


        4. PRINCES STREET GARDEN




        • Lokasi untuk bersantai-santai.
        • Pemandangan Edinburgh Castle cukup indah dari sini.
        • Dan seperti Mat Drat bagi tahu awal tadi, Mat Drat terus decide kena ke Edinburgh bila tengok gambar Instagram yang Prince Street Garden berlatar belakangkan Edinburgh Castle dan Rossy Fountain.
        Edinburgh Prince Street Garden
        Gambar yang buat Mat Drat terkasima

        Edinburgh Prince Street Garden
        5.45pm, misi tercapai untuk ke lokasi gambar IG yang Mat Drat terpegun tengok tu.

        Nak ke sini tak susah, sebab Prince StreeT Garden ni bersebelahan dengan Waverley Mall, Waverley Railways Station dan juga Princes Street.

        Tapi Mat Drat ke sini naik bas Hop On Hop Off sebab nak ke Ross Fountain dahulu. Ross Fountain ni kalau dari Waverley Station, terletak hujung sekali.


        Edinburgh Castle Place To Visit
        Edinburgh Castle dari view berlainan. MatDrat turun bas Hop On Hop Off, utk view ni.

        Edinburgh Castle Place To Visit
        Ini bilik saya


        Edinburgh Castle Place To Visit
        Bilik saya...

        Edinburgh Castle Place To Visit
        Edinburgh Castle, view dari Princes Street Garden

        Edinburgh Castle Princes Street Garden Place To Visit
        Ross Fountain - Edinburgh Castle

         Princes Street Garden Place To Visit Edinburgh
        Santai petang

         Princes Street Garden Place To Visit Edinburgh Castle
        Merenung....


         Princes Street Garden Place To Visit Edinburgh Castle
        Boleh la...walau tak banyak mana pun bunga rose kat sini.



        5. PRINCE STREET
        • Lebih kepada lokasi untuk membeli belah.
        • Disepanjang jalan ni  banyak butik-butik berjenama tapi tak la semegah Champs Elsyee Paris.
        • Antara butik yang Mat Drat perasan, Mark & Spencer, Cath Kidson, Primark, Swarvoski, Debenham dll.
        • Mat Drat ronda ronda di jalan ni  mencari souveniour je dan kebetulan hanya bersebelahan dengan Princes Street Garden.
        • Harga barang di butik, bila diconvert ke RM agak mahal. Wife la kata sebab dia masuk Cath Kidson dan intai-intai harga kat situ.
        • Souveniour boleh cari di kedai Works atau pun Romance & Peterson.

        • Bagi yang mencari Hard Rock Cafe Edinburgh, tak jauh dari Princes Street ni. Boleh intai di Google Map, lokasinya dibelakang kedai Works tetapi di George Street (2 jalan di belakang)
        • Sebenarnya, Mat Drat berlegar di sepanjang jalan dan sekitarnya Princes Street ni petang Day 1 dan juga pagi Day 2.
        • Disepanjang laluan ni juga, terdapat beberapa status yang menarik.
        • Sedikit gambar sepanjang Mat Drat di sini.






        6. TEMPAT MENARIK LAIN DI EDINBURGH



        • Ada beberapa tempat lain yang menarik di Edinburgh yang Mat Drat teringin nak pergi tetapi tak berkesempatan.
          1. Palace of Holyroodhouse
          2. Arthur Seat
          3. Calton Hill
          4. Holyrood Park

        • Dan beberapa tempat menarik lain
          • Scottish National Gallery
          • Royal Botanic Garden Edinburgh
          • National Museum of Scotland


        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        Princes Street


        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        Scott Monument


        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        Gagah.. The Royal Scots Greys Monument
         Tempat Menarik di Edinburgh Scotland


        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        Day 2
        Di Prince Street berlatar belakangkan Edinburgh Old Town


        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        Santai pagi..


        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        Sebelum bergerak ke Airport





        Tempat Menarik di Edinburgh Scotland
        BYE BYE EDINBURGH....







        6. TEMPAT MENARIK LAIN DI SCOTLAND



        • Scotland ni banyak tempat-tempat lain yang menarik sebenarnya.
        • Satu laman web tarvel telah menyenaraikan Scotland sebagai negara tercantik mengatasi Switzerland pada bancian 2018.
        • Bagi yang ada 5 hari atau lebih mungkin boleh consider ke 
        1. Loch Ness
        • Tasik yang cukup luas, pemandangan pasti cantik dengan tasik dan berlatar belakangkan gunung ganang.
        • Terkenal dahulu dengan mitos "Nessie" iaitu Loch Ness Monster, macam kisah naga tasik Chini la lebih kurang.
        • Boleh la tonton filem lama ,  Loch Ness (1996) 

        2. Doune Castle 
        • Kalau ada masa, memang Mat Drat nak ke sini.
        • Sebab.... ni la satu-satunya castle di Scotland yang ada dalam series Game Of Throne
        • Dikenali dengan nama "Winterfell" dalam GOT.
        • Banyak-banyak Castle di Scotland, ni  yang dijadikan lokasi utama GOT.


        Dunnottar Castle
        • Pemandangan menarik sangat menarik sebab terletak di hujung tanah berbatu dan ditepi laut.
        • Lama tak lama Castle ni, 1392 dah tersergam di sini.
        • Nak tahu cantik tak cantik, boleh google.


        Loch  Lomond
        • Pemandangan menarik sangat cantik sebab tasik, gunung dan batuannya.

        The Storr
        • Mat Drat masuk dalam list sebab tertarik dengan pemandangan di sini, lagi lagi yang dikongsi netizen di Instagram.

        Quiraing
        • Pun sama, Mat Drat masukkan  dalam list sebab tertarik dengan pemandangan di sini, lagi lagi yang dikongsi netizen di Instagram.




        Kalau yang berminat, boleh dapatlkan pakej dari operator yang sediakan trip ke lokasi-lokasi ni.

        Di Waverley Station/ Waverley Mall ada satu kiosk seperti Tourism Centre. Kat situ ada pelbagai pemplate yang tawarkan pelbagai pakej.

        Satu option lagi, boleh intai-intai juga pakej yang ditwarkan di KLOOK, pastinya dengan harga diskaun.


        .....................
        Klook.com
        ....................
        Klook.com
        ...................



        ~Mat-Drat ~

        Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

        Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!