Thursday, 26 May 2016

Perjalanan ke Pulau Perhentian



Bot ke Pulau Perhentian
Bot Ke Pulau Perhentian di Jeti Kuala Besut

Sebelum tu baca dulu entry saya sebelum ni 
              👉👉Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil


Hari di nanti oleh anak-anak pun tiba. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 5.30 pagi.

Untuk ke Pulau Perhentian, semua pengunjung perlu mengambil bot dari Jeti Kuala Besut. Dan untuk ke Kuala Besut, ada beberapa pilihan sama ada ingin memandu terus ke sana, atau menaiki bas atau pun menaiki kapal terbang.

Saya bagi 3 pilihan untuk ke Kuala Besut:


Pilihan 1 - Memandu melalui KL - Karak dan LPT

Perjalanan ke Kuala Besut dari Plaza Tol Gombak memakan masa hampir 5 1/2 jam dengan melalui Lebuhraya KL - Karak dan Lebuhraya Pantai timur (LPT dan LPT 2). Jarak keseluruhan hampir mencecah 500 km dari Kuala Lumpur.. 



Masa perjalanan 5 1/2 jam tu belum mengambil kira masa berhenti untuk makan dan minum, berhenti isi petrol, anak-anak nak ke toilet. Masa 5 1/2 jam ini juga mengikut pemanduan kelajuan kebangsaan dan bukannya kelajuan kebanggaan! 



Ikut laluan ni kena sediakan peruntukan kos tol lebih kurang RM50 sehala.


Pilihan  2 - Memandu melalui Jalan Bentong - Gua Musang


Pilihan ke dua untuk mereka yang dari Lembah Klang, boleh melalui laluan Lebuhraya KL- Karak, masuk Bentong dan menuju ke Gua Musang dan terus ke Besut. 



Masa pemanduan mengikut laluan ini lebih lama sedikit dalam lingkungan 6 jam pemanduan. Laluan ini lebih menjimatkan kerana hanya perlu bayar Tol Gombak dan Tol Bentong sahaja (RM 9.50) serta jarak perjalanan yang lebih dekat iaitu hanya sekitar 420 km. Tetapi masa perjalanan mungkin boleh jadi lebih lama ye. 6 jam tu anggaran WAZE sahaja.

Pilihan  3 - Menaiki Bas ke Kuala Besut

Jika ingin menaiki bas ke sini, boleh beli tiket secara online. Bas bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan akan berhenti di Terminal Bas dan Teksi Besut.

- Jarak dlm 1 km ke jetty Kuala Besut
-  Teksi ada di sini 


Tempahan Tiket Bas Online ke Kuala Besut sila KLIK DI SINI : TIKET BAS ONLINE




Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut
Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut 



Tiket Bas Kuala Lumpur Kuala Besut




Saya memandu ke Kuala Besut dengan melalui Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya LPT 1&2 sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Besut.



Ini adalah pilihan perjalanan yang paling cepat serta selesa untuk berhenti bersolat subuh dan bersarapan.



Minyak kereta dipenuhkan di petrol pump sebelum Tol Gombak (ada Shell dan Petronas), dan selesai bersolat subuh baru kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti untuk bersarapan di Hentian Rehat Gambang.



Sepanjang lebuhraya KL Karak dan LPT 1 (sehingga Jabur) hanya ada 5 station minyak ye, (setakat saya menulis). Jadi kena plan betul-betul di mana nak isi minyak.



LPT 2 Masih tiada stesyen minyak, tetapi boleh keluar di beberapa exit tertentu. Terdapat stesyen minyak berdekatan dengan exit tersebut. Ada beberapa signboard memaklumkan jarak lokasi stesyen minyak dari exit highway.
Tips 1 : Penuhkan Petrol
Pastikan kenderaan memiliki bekalan petrol yang cukup sebelum memasuki LPT2 (Jabur -Kuala Terengganu) kerana LPT2 masih belum ada station minyak. 



Pastikan di Hentian Rehat Gambang, bekalan petrol mencukupi untuk sampai ke penghujung LPT 2 di Kuala Terengganu. Jika bekalan petrol seakan tidak mencukupi, kena keluar dari LPT2 untuk isi petrol.8



Akan jumpa sign board (mata kena alert) memaklumkan jarak station minyak dari exit tertentu di LPT 2. Tiada semua exit LPT2 ada petrol pump yang dekat dengan Exit ye.


Tips 2: Bawa tunai cukup-cukup

Kami tiba di Kuala Besut sekitar jam 1 tengah hari. Di Kuala Besut hanya terdapat satu bank iaitu Agrobank yang saya nampak. 



Jadi keluarkan duit siap-siap sebelum memulakan perjalanan untuk elakkan sebarang kesulitan. Mana tahu ATM tu Out Of Service

Ingat! Di Pulau Perhentian, tiada mesin ATM ye. Kebanyakan hotel/resort menerima pembayaran menggunakan kad (kena cek dahulu dengan hotel / resort) anda. Kedai pula semua perlu dibayar cash. Kedai makan juga perlu bayar secara cash kecuali di cafe/restoran di hotel/resort.



Tips 3: Bawa bekalan makanan dan minuman cukup-cukup

Di pekan Kuala Besut, jangan risau untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan peribadi kerana banyak kedai-kedai di sini. Berhampiran Agrobank juga terdapat sebuah pasaraya iaitu Pasaraya Pantai Timur. Pulau biasanya panas dan kita perlukan bekalan air yang agak banyak, jadi beli dan bawa sahaja dari tanah besar.



Percutian ke Pulau Perhentian
Welcome to Kuala Besut !



Parking kereta di Kuala Besut

Di sekitar jeti Kuala Besut ini tempat parking kenderaan awam sangat terhad.

Apabila memasuki sahaja kawasan sekitar jeti Kuala Besut ini, kita akan dihampiri oleh pemuda bermotosikal yang akan offer tempat parking.  Mereka adalah ejen parking dan mereka akan bawa kita ke lokasi parking kereta persendirian.

Kebanyakannya rate parking yang mereka caj adalah RM 10 sehari.



Pakej Pulau Perhentian

Apabila memasuki kawasan jeti Kuala Besut ini, saya terus hubungi "ejen" yang saya berurusan sebelum ini. 

Pakej Pulau Perhentian yang saya ambil merangkumi
- Tiket Bot ke Pulau Perhentian
- Caj parking kereta 
- Pakej snokeling. 

Banyak pakej yang ditawarkan oleh pelbagai pihak, yang penting bandingkan. 

Google je pakej percutian Pulau Perhentian, dan pilih mana yang sesuai dgn kita. 

Sedikit peringatan, kita perlu sedikit berhati-hati jika berurusan dengan individu yang menawarkan pakej pelancongan yang bergerak secara solo, seeloknya pembayaran dibuat ke atas nama syarikat.


Berhampiran jeti ini juga terdapat surau untuk yang ingin bersolat dahulu sebelum menaiki bot. Masjid juga tidak jauh dari jeti hanya beberapa ratus meter sahaja.








Bot Ke Pulau Perhentian


Selesai urusan bayaran baki package, Mie terus membawa kami ke jeti untuk menaiki bot. Di jeti kami perlu bayar fee masuk ke Marine Park sebanyak RM 5 seorang. Bayaran ini tidak termasuk di dalam pakej yang saya bayar.



Pulau Perhentian termasuk di dalam senarai pulau-pulau Marine Park yang dilindungi, jadi setiap pengunjung perlu bayar sebelum ke sana.

.
Bot ke Pulau Perhentian
Jeti Kuala Besut - Bot laju ke Pulau Perhentian



  • Bot berlepas dari Jeti Kuala Besut tidak mengikut masa yang ditetapkan, tetapi bot akan bergerak apabila telah penuh. Waktu operasi bot adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang sahaja. 
  • Jika sampai di Kuala Besut sekitar jam 12 tengah hari - 3 petang, pada waktu ini pengunjung memang agak ramai.
  • Bot laju ini mengambil masa perjalanan sekitar 30-45 minit dari Jeti Kuala Besut ke resort/chalet di Pulau Perhentian, bergantung juga kepada kedudukan resort itu di Pulau Perhentian. 
  • Bot akan berhenti di jeti-jeti yang terdapat berhampiran resort/ chalet. Cuma perlu maklumkan kepada jurupandu bot nama resort atau chalet penginapan kita. 
  • Bagi resort/chalet yang tidak mempunyai jeti, biasanya akan ada bot kecil pula yang akan mengambil penumpang untuk di bawa ke resort/chalet. Pertukaran ni di buat atas air je, tapi jangan risau... kita perlu berpindah bot di kawasan air cetek. Sebab tu bot laju ni tidak dapat menghampiri pantai kerana air agak cetek berhampiran pantai.
  • Untuk mereka yang menginap di The Barat Perhentian, perlu maklum bahawa resort ini tiada jeti sendiri tetapi mereka menyediakan platform pertukaran dia atas laut yang terapung. Entry berikutnya saya kongsikan cerita dan gambar...







Bot yang kami naiki ke Pulau Perhentian, singgah di jeti di Coral Bay Pulau Perhentian Kecil terlebih dahulu. Kemudian barulah bot menghantar kami ke Pulau Perhentian Besar.



Kami menginap di The Barat Perhentian Resort, Pulau Perhentian Besar. Resort ni agak jauh dari jeti yang terhampir (jeti terhampir adalah di hadapan Perhentian Island Resort).


Kami bertukar bot di 'paltform terapung' yang disediakan, jurupandu bot akan menghubungi pihak resort dan pihak resort menghantar bot kecil untuk mengambil kami.



Bot Ke Pulau Perhentian
Muka-muka happy

Bot Ke Pulau Perhentian
Terbhaik la ayah !


Bot Ke Pulau Perhentian
Tercapai gak hajat cik isteri


'Platform terapung'

Bot dari The Barat Perhentian terus bergerak 
apabila dimaklumkan ketibaan kami oleh juru pandu bot laju

Di dalam bot kecil milik  The Barat Perhentian- Bot ini kami tak perlu bayar.
The Barat Perhentian Resort sediakan kemudahan ini.

Jarak tidak jauh dari resort dan air agak cetek....
jadi hanya bot kecil sahaja boleh sampai ke resort

Semakin menghampiri
Sessi bergambar dulu...



Berlatar belakangkan Pulau Perhentian Kecil

Kami menunggu hampir 20 minit untuk mereka bersihkan bilik. 

Kaunter pendaftaran dan restoran The Barat

Terus sambar buaian ... sementara menunggu bilik sedia
Chalet kami. Tak dapat sebelah menyebelah bilik. .


The Barat Perhentian - Resort Murah 



Kami pergi waktu cuti sekolah, jadi kebanyakan resort penuh. Rezeki kami dapat 2 unit terakhir di The Barat, inipun tempahan melalui booking. com. Setiap bilik pada harga RM 200 semalam tanpa sarapan.

Yang bestnya  bilik di lengkapi air-cond 24 jam.


Nak booking The Barat Perhentian sila KLIK DI SINI

Ada sesetengah chalet di Pulau Perhentian ini menghadkan penggunaaan air-cond sebagai langkah penjimatan memandangkan elektrik dijana oleh generator mereka sendiri.

Pada harga RM200 nett semalam, di musim cuti sekolah dan di Pulau pula, tidak banyak yang kita boleh bayangkan keadaan bilik. Jadi apa yang kami dapat sudah cukup berpuas hati dan rasanya cukup murah.




Sedikit gambar bilik yang kami menginap


Bilik The Barat Perhentian



Mini fridge juga ada
2 katil single - bilik agak kecil

Ada disediakan safe box


Bilik air bersih
Kecil tapi masih selesa


Boleh baca entry-entry lain untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.

👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian

~mat-drat~




Pulau Perhentian Kecil atau / vs Pulau Perhentian Besar


Pulau Perhentian Besar atau Perhentian Kecil



Percutian ke Pulau Perhentian


Sebagai intro, ini adalah entry 1 untuk perkongsian pengalaman trip Percutian di Pulau Perhentian baru-baru ini. Trip percutian ini dah sebulan lebih cuma saya tak berkesempatan untuk kongsikan di blog. Pagi tadi seorang sahabat hantar message di WhatsApp dan bertanya mengenai entry saya Pulau Perhentian. Saya jawab belum sempat nak update di blog, jadi terpaksa bagi info serba sedikit melalui WhatsApp dan saya berjanji malamnya akan saya update. Jadi terpaksa la saya luangkan masa untuk share di sini malam ni.





Sebenarnya trip ini bukan trip percutian yang dirancang awal, cuma seminggu sebelum pergi baru buat tempahan itu dan ini. Asalnya cik isteri bertanya tak bawa anak-anak ke mana ke cuti sekolah kali ini dan dia teringin ke Pulau Pangkor sebab dah lama tak ke situ. Saya hanya jawab, "ok, boleh je"





Dalam proses mencari hotel di Pulau Pangkor, saya masih teringat keadaan hotel penginapan kami sewaktu trip ke Pulau Pangkor dahulu... suasana di Pulau Pangkor itu sendiri.... keadaan pantai Teluk Bogak (kalau tak salah saya) serta keadaan pulau kecil tempat kami snorkeling. Emmmm.... rasa macam tak berapa menarik nak snorkeling kat situ sebab rasa macam crowded sangat kat situ.





Memandangkan cik isteri ingin snorkeling, maka saya cuba fikir-fikir untuk ke destinasi pulau-pulau yang lain yang lebih baik untuk aktiviti snorkeling. Selepas menilai pelbagai faktor, saya ketepikan Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Kapas. Pulau Perhentian menjadi pilihan saya untuk trip kali ini.


Bila dah tetapkan untuk ke Pulau Perhentian, rupanya kena pening pulak nak pilih sama ada nak menginap di Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Baru tahu Pulau Perhentian ni ada Pulau Perhentian Besar dan ada Pulau Perhentian Kecil. Kedua-duanya ada tarikan tersendiri.


Saya pilih Pulau Perhentian Besar dan menginap di The Barat Perhentian Resort.


Untuk memilih nak menginap di pulau mana, mungkin boleh baca rumusan perbezaan di antara kedua-dua pulau ini di bawah serta baca juga entry-entry berikutnya berkaitan percutian kami ke Pulau Perhentian.




Perhentian Besar atau Perhentian Kecil




Pulau Perhentian Map
Pulau Perhentian Map



Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 pulau yang utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.


Mana satu yang lebih bagus, samaada Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar sebenarnya sangat subjektif. Tapi hasil dari pembacaan dan pengalaman kami di sana selama 3H2M saya boleh la kongsikan sedikit maklumat yang saya perolehi seperti di bawah :



PULAU  PERHENTIAN  KECIL

  • Di Perhentian kecil terdapat satu kampung nelayan yang lengkap dengan masjid, balai polis, sekolah dan kedai-kedai. 
  • Sebuah masjid baru yang cukup cantik, baru dibuka beberapa bulan sebelum kami bercuti di sini. Orang sini gelar masjid tersebut dengan nama Masjid Putih. Cantik masjid ni. 
  • Makan di kampung nelayan di pulau ini lebih murah berbanding tempat-tempat lain 
  • Di kawasan kampung nelayan tiada hotel/resort, jika ada pun mungkin homestay, hostel ataupun motel. 
  • Kawasan tumpuan di Pulau Perhentian Kecil ini adalah di kawasan  → Long Beach    →  Coral Bay dan    → Kampung Nelayan

Long Beach

  • Selain terdapat beberapa resort 2 & 3 bintang, terdapat banyak chalet-chalet, homestay murah dan bajet di sini.
  • Di Long Beach ini, agak ramai "mat-mat" dan "minah-minah" salleh, jadi 'pencemaran' mata susah nak elak di sini.
  • Backpacker juga lebih suka kawasan sini .
  • Di Long Beach bagi saya agak tidak sesuai untuk bawa anak-anak terutama waktu malam kerana suasananya yang agak "happening"
  • Ombak di Long Beach agak kuat memandangkan ia mengadap Laut Cina Selatan.
  • Kebanyakan chalet di sini tidak mempunyai website atau kemudahan booking secara online.

  • Antara hotel / resort yang terdapat di kawasan Long Beach ini adalah :
  1. Bubu Villa
  2. Bubu Resort
  3. Sunrise Inn
  4. Moonlight Chalet
  5. Panorama Chalet


Coral Bay

  • Di sini terdapat beberapa hotel resort yang cantik dengan pemandangan yang menarik
  • Juga terdapat beberapa chalet kecil yang di uruskan oleh individu tetapi tiada kemudahan tempahan secara online.
  • Di kawasan ini berdapat beberapa kedai makan selain restoran/cafe yang terdapat di resort.
  • Dari Long Beach ke Coral Bay menaiki bot laju boleh mengambil masa hampir 15 minit. ( Pusing 1/2 pulau )
  • Ada trek jalan kaki dari Long Beach ke Coral Bay yang mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan. Kami guna trek ni je, tak naik bot pun.

  • Antara hotel / resort di sini adalah :
  1. Shari-La Island Resort
  2. Ombak Resort Perhentian Island
  3. Ewan's Palace
  4. Aur Bay Chalet


Kampung Nelayan

  • Di kawasan Kampung Nelayan ini, ada beberapa chalet dan homestay tetapi pemilik tidak menyediakan kemudahan booking secara online.
  • Untuk tempahan, perlu hubungi nombor telefon dan buat bayaran untuk booking dan maklumkan kepada pemilik. Booking secara manual.
  • Di perkampungan ini lengkap dengan masjid, balai polis, sekolah dan kedai-kedai runcit. 
  • Masjid yang baru dibina iaitu Masjid Putih cukup cantik. 



Untuk senarai HOTEL DI PULAU PERHENTIAN, boleh klik link di bawah ini

👉👉 HOTEL DAN RESORT PULAU PERHENTIAN ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ







PULAU  PERHENTIAN  BESAR

  • Di Pulau Perhentian Besar terdapat banyak hotel/resort yang lebih selesa terutama mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak.
  • Kebanyakan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian adalah di sekitar Pulau Perhentian Besar ini.
  • Resort-resort di Perhentian Besar juga banyak yang menawarkan aktiviti mengambil lesen Scuba Diving
  • Kedai makan memang tak ada di sini, kecuali restoran/ cafe di resort itu sendiri. Jadi harga makanan adalah harga restoran/cafe ++ - Harga makan di sini adalah 'harga pulau', lebih mahal sedikit dari harga di tanah besar. Mahal sedikit sahaja.
  • Manakala kedudukan hotel dan resort di Pulau Perhentian Besar ini boleh lah saya katakan ia tertumpu kepada 3 kawasan ini iaitu
       →Teluk Pauh     → Teluk Keke      → Teluk Dalam.



Hotel dan Resort di Teluk Pauh



    1. Perhentian Island Resort 
    2. Coral View Resort 
    3. The Reef
    4. The Barat Perhentian Resort 
    5. Mama's Chalet.



            • Coral View Resort, The Reef Chalet, The Barat Perhentian Resort dan Mamas' Chalet terletak di 'Main Beach' dan mengadap kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
            • Perhentian Island Resort (PIR) terletak di Teluk Pauh dan mempunyai jeti dihadapan resort. Di kawasan hadapan PIR ini juga sesuai untuk aktiviti snorkeling




            Hotel dan Resort di Teluk Keke 




              1. Tuna Chalet 
              2. Suhaila Palace
              3. The New Cocohut Chalet 
              4. Cozy Resort
              5. ABC Guest House 
              6. Abdul's Chalet



                        • Teluk Keke juga menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk snorkeling. Cantik pantai di Teluk Keke ni dan airnya cukup jernih.

                        Hotel dan Resort di Teluk Dalam

                        1. Flora Bay 1 
                        2. Flora Bay 2 
                        3. Arwana Eco Resort Chalet
                        4. Fauna Beach Chalet 
                        5. Samudra Beach Chalet

                        Oleh kerana saya datang bercuti disini bersama keluarga, jadi saya rasakan Pulau Perhentian Besar lebih sesuai untuk kami berbanding Pulau Perhentian Kecil. 

                        Dan kebetulan pula, hanya The Barat Perhentian Resort yang saya dapat tempah bilik pada harga RM 200, resort-resort lain hanya tinggal bilik (chalet) yang lebih mahal. Saya ambil 2 unit untuk 2 malam.


                        Untuk senarai resort di Pulau Perhentian, boleh klik link di bawah ini

                        👉👉 HOTEL DAN RESORT PULAU PERHENTIAN ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ




                        Masa Sesuai Ke Pulau Perhentian

                        - Perlu ingat bahawa Pulau Perhentian tidak dibuka sepanjang tahun. 

                        - Pada musim tengkujuh, boleh dikatakan hampir kesemua resort akan di tutup. Biasanya pada bulan November - Februari Pulau Perhentian tidak menerima pengunjung dan pelancong. Pada waktu ini, ombak kuat dan aktiviti laut tidak dapat dilakukan dan merbahaya.

                        - Jadi, seelok-eloknya semak status resort sama ada tarikh kita ingin ke sana, telah dibuka atau belum.



                        Boleh baca entry-entry berikut untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.



                        👉👉 Trip Pulau Perhentian - Perhentian Kecil atau Perhentian Besar
                        👉👉 Perjalanan ke Pulau Perhentian
                        👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar

                        👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
                        👉👉 Pakej Snorkeling Murah Pulau Perhentian
                        👉👉 Snorkeling lihat penyu / turtle di Pulau Perhentian
                        👉👉 Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian

                        👉👉 Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
                        👉👉 Long Beach Pulau Perhentian
                        👉👉 Tempat Makan Murah di Pulau Perhentian
                        👉👉 Sunset di Pulau Perhentian

                        👉👉 Percutian ke Pulau Perhentian - Nak Balik Dah
                        👉👉 Perkara Paling Menjijikkan di Pulau Perhentian



                        ~mat-drat~

                        Saturday, 21 May 2016

                        Trip Singapore - Tempat Menarik Untuk Dilawati




                        Hari Pertama kami telah habiskan di kawasan sekitar Marina Bay Sands. Kami telah penuhi aktiviti dengan melawat ke:

                        1.Marina Bay Sands – Observation Skypark
                        2..Marina Bay Sands – Infinity Pool
                        3..Wonder Ful – Light and Music
                        4. The Shopper
                        5. Garden By The Bay

                        Bole baca di link "Trip Singapore - Ativiti Di Marina Bay" untuk aktiviti dan tempat kami lawati di hari pertama.

                        Google Image




                        Manakala Hari ke dua pula kami seharian di USS.

                        6. USS – Universal Studio Singapore - sila baca di link ini






                        Dan untuk hari ke tiga ini kami hanya berkesempatan ke dua tempat iaitu Masjid Sultan dan Merlion Park. Kami tidak dapat menjelajahi tempat lain kerana keesokkannya adalah Hari Raya Aidiladha, dan kami perlu terus bergerak balik ke rumah untuk mengelak kesesakan lebuhraya di sebelah petang..

                        7. Masjid Sultan

                        Masjid Sultan.
                        Kredit : traveldelight.biz

                        Sewaktu kami tiba, masjid sedang dibaik pulih. Jadi kami tidak dapat masuk untuk bersolat di sini.
                        Masjid sultan ni adalah satu tempat tumpuan pelancong terutamanaya pelancong muslim. Senibinanya sangat cantik, teringat masjid di Klang dan di Kuala Kangsar tu.....

                        Di kawasan ini jalan-jalan yang agak terkenal seperti Arab Street dan Sultan Street. Kira sini kawasan majoriti Melayu, jadi nak makan cukup senang.

                        Bab nak parking kereta memang masalah sikit.... sikit sahaja. Nak parking depan-depan masjid memang tak dapat la. Ada parking space untuk public berhampiran. Kami park kereta di Baghdad Street, bersebalahan dengan Agro Bazaar.... Tapi parking space cukup limited, kira nasib la kalau dapat park kat sini.  Ingat ye, jangan berani-berani park kereta tanpa kupon parking ye, saman parking berpuluh kali ganda dari caj parking.

                        Kupon parking boleh di beli di kedai-kedai sekitar sini.  SGD 10 je satu buku,  kami pakai baru beberapa keping, SGD 2 - SGD 3 sahaja. Baki kupon boleh guna untuk next trip




                        Arab Street...Sultan Street.... Baghdad Street... semua ada


                        Makanan 'best' di area Masjid Sultan

                        Di kawasan sekitar masjid ini terdapat banyak restoran-restoran yang menyajikan makanan halal. Bukan sahaja halal tetapi juga sedap dan istimewa. Antaranya adalah Restoran Zam Zam yang terkenal dengan Murtabak Singapore dan juga Restoran M.A.Deen Biasa atau King of Soup yang tekenal dengan sup tulang merah. Kampung Glam Cafe juga menarik untuk di singgah  


                        Sup Tulang Merah di M.A.Deen Biasa

                        Terletak di Sultan Road berhampiran Arab Street.
                        Menu utama – Sup Tulang Merah
                        Buat pertama kali jumpa sup ni, nak makan mula-mula pun rasa lain macam. Dah rasa.... perghhhh memang terbaik.

                        Restoran M.A Deen Biasa


                        Merah !!!!





                        Murtabak Singapura di Restoran Singapore Zam Zam


                        Restoran Zam Zam ni terletak di Arab Street dan menu pilihan utama adalah Murtabak dan Nasi Briyani serta kari kepala ikan.

                        Kalau dah sampai sini tak makan murtabak / mertabak Singapore memang orang kata pelik la. Masa kat Malaysia, terutama di bazar Ramadhan, sibuk mencari murtabak Singapore. Jadi kalau sampai sini.... jangan buat-buat tak nampak restoran ni ye.

                        Restoran Singapore Zam Zam
                        Murtabak aka mertabak .... 

                        Kampung Glam Cafe

                        Kalau yang minat minum-minum sambil lepak dengan kawan-kawan, Kampung Glam Cafe ni sesuai. Sambil kena teh tarik sambol berbual. Bagi bagi saya ala-ala restoran mamak kat Malaysia la, sambil minum dan lepak di 'open space'. Nak melepak sampai 2 pagi sehingga restoran ditutup pun boleh.





                        Restoran-restoran  lain....

                        Souveniour / Cenderahati / Cenderamata Murah di Singapura ( Singapore )

                        Di kawasan ini juga terdapat banyak kedai-kedai souveniour yang menjual dengan harga murah. Jika ingin mencari souveniour murah, di sini lah tempatnya. Kami memang ‘borong’ kat kedai di kawasan sini sahaja. Beg, key chai, fridge magnet, note holder, glass dan pelbagai lagi semua ada di sini. Pilih sahaja ikut citarasa. 




                        Arab Street... kedai souvenior agak murah di sini.





                        8. Merlion Park

                        Sedikit info berkaitan Merlion saya kongsikan.

                        Merlion ini di bina pada tahun 1972 dan boleh la dikatakan sebagai mercu tanda Singapore. Merlion ni terletak di Merlion Park bersebelahan One Fullerton. Kedudukan asalnya telah di alihkan memandangkan pemandangannya dari Marina Bay Waterfront terhalang . Jadi sekarang ni, Merlion dan Marina Bay Sand akan bertentangan antara satu sama lain.

                        Selain Merlion, terdapat berhampirannya adalah “anak Merlion”. 
                        Jika ingin ke sini dengan memandu sendiri, boleh park kereta di One Fullerton.

                        Di sini tiada apa yang menarik selain Merlion tu. Jadi aktiviti di sini hanyalah bergambar berlatar belakangkan Merlion itu sendiri serta berlatar belakangkan Marina Bay Sands.











                        Selesai sessi bergambar.... kami terus bergerak meninggalkan Singapura. Sebelum sampai check point Tuas, jangan lupa top up siap-siap kad Autopass di 7 Eleven. Biar lebih jangan tak cukup!



                        ~mat-drat~



                        Tiket Bas Kuala Lumpur ke Singapura KLIK DI SINI

                        Bas Kuala Lumpur - Singapore


                         Tiket KTM Train KLIK DI SINI

                        Tiket KTM Train
                        Tiket KTM





                        Booking.com