Percutian ke Pulau Perhentian
Sebagai intro, ini adalah entry 1 untuk perkongsian pengalaman trip Percutian di Pulau Perhentian baru-baru ini. Trip percutian ini dah sebulan lebih cuma saya tak berkesempatan untuk kongsikan di blog. Pagi tadi seorang sahabat hantar message di WhatsApp dan bertanya mengenai entry saya Pulau Perhentian. Saya jawab belum sempat nak update di blog, jadi terpaksa bagi info serba sedikit melalui WhatsApp dan saya berjanji malamnya akan saya update. Jadi terpaksa la saya luangkan masa untuk share di sini malam ni.
Sebenarnya trip ini bukan trip percutian yang dirancang awal, cuma seminggu sebelum pergi baru buat tempahan itu dan ini. Asalnya cik isteri bertanya tak bawa anak-anak ke mana ke cuti sekolah kali ini dan dia teringin ke Pulau Pangkor sebab dah lama tak ke situ. Saya hanya jawab, "ok, boleh je"
Dalam proses mencari hotel di Pulau Pangkor, saya masih teringat keadaan hotel penginapan kami sewaktu trip ke Pulau Pangkor dahulu... suasana di Pulau Pangkor itu sendiri.... keadaan pantai Teluk Bogak (kalau tak salah saya) serta keadaan pulau kecil tempat kami snorkeling. Emmmm.... rasa macam tak berapa menarik nak snorkeling kat situ sebab rasa macam crowded sangat kat situ.
Memandangkan cik isteri ingin snorkeling, maka saya cuba fikir-fikir untuk ke destinasi pulau-pulau yang lain yang lebih baik untuk aktiviti snorkeling. Selepas menilai pelbagai faktor, saya ketepikan Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Kapas. Pulau Perhentian menjadi pilihan saya untuk trip kali ini.
Bila dah tetapkan untuk ke Pulau Perhentian, rupanya kena pening pulak nak pilih sama ada nak menginap di Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Baru tahu Pulau Perhentian ni ada Pulau Perhentian Besar dan ada Pulau Perhentian Kecil. Kedua-duanya ada tarikan tersendiri.
Saya pilih Pulau Perhentian Besar dan menginap di The Barat Perhentian Resort.
Untuk memilih nak menginap di pulau mana, mungkin boleh baca rumusan perbezaan di antara kedua-dua pulau ini di bawah serta baca juga entry-entry berikutnya berkaitan percutian kami ke Pulau Perhentian.
Perhentian Besar atau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Map
|
Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 pulau yang utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Mana satu yang lebih bagus, samaada Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar sebenarnya sangat subjektif. Tapi hasil dari pembacaan dan pengalaman kami di sana selama 3H2M saya boleh la kongsikan sedikit maklumat yang saya perolehi seperti di bawah :
PULAU PERHENTIAN KECIL
- Di Perhentian kecil terdapat satu kampung nelayan yang lengkap dengan masjid, balai polis, sekolah dan kedai-kedai.
- Sebuah masjid baru yang cukup cantik, baru dibuka beberapa bulan sebelum kami bercuti di sini. Orang sini gelar masjid tersebut dengan nama Masjid Putih. Cantik masjid ni.
- Makan di kampung nelayan di pulau ini lebih murah berbanding tempat-tempat lain
- Di kawasan kampung nelayan tiada hotel/resort, jika ada pun mungkin homestay, hostel ataupun motel.
- Kawasan tumpuan di Pulau Perhentian Kecil ini adalah di kawasan → Long Beach → Coral Bay dan → Kampung Nelayan
Long Beach
- Selain terdapat beberapa resort 2 & 3 bintang, terdapat banyak chalet-chalet, homestay murah dan bajet di sini.
- Di Long Beach ini, agak ramai "mat-mat" dan "minah-minah" salleh, jadi 'pencemaran' mata susah nak elak di sini.
- Backpacker juga lebih suka kawasan sini .
- Di Long Beach bagi saya agak tidak sesuai untuk bawa anak-anak terutama waktu malam kerana suasananya yang agak "happening"
- Ombak di Long Beach agak kuat memandangkan ia mengadap Laut Cina Selatan.
- Kebanyakan chalet di sini tidak mempunyai website atau kemudahan booking secara online.
- Boleh baca entry saya yang berkaitan 👉👉 Long Beach Pulau Perhentian
- Antara hotel / resort yang terdapat di kawasan Long Beach ini adalah :
- Bubu Villa
- Bubu Resort
- Sunrise Inn
- Moonlight Chalet
- Panorama Chalet
Coral Bay
- Di sini terdapat beberapa hotel resort yang cantik dengan pemandangan yang menarik
- Juga terdapat beberapa chalet kecil yang di uruskan oleh individu tetapi tiada kemudahan tempahan secara online.
- Di kawasan ini berdapat beberapa kedai makan selain restoran/cafe yang terdapat di resort.
- Pemandangan sunset cukup indah di sini. Boleh baca entry saya yang berkaitan 👉👉 Pengalaman sunset Indah di Pulau Perhentian di Coral Bay
- Dari Long Beach ke Coral Bay menaiki bot laju boleh mengambil masa hampir 15 minit. ( Pusing 1/2 pulau )
- Ada trek jalan kaki dari Long Beach ke Coral Bay yang mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan. Kami guna trek ni je, tak naik bot pun.
- Antara hotel / resort di sini adalah :
- Shari-La Island Resort
- Ombak Resort Perhentian Island
- Ewan's Palace
- Aur Bay Chalet
Kampung Nelayan
- Di kawasan Kampung Nelayan ini, ada beberapa chalet dan homestay tetapi pemilik tidak menyediakan kemudahan booking secara online.
- Untuk tempahan, perlu hubungi nombor telefon dan buat bayaran untuk booking dan maklumkan kepada pemilik. Booking secara manual.
- Di perkampungan ini lengkap dengan masjid, balai polis, sekolah dan kedai-kedai runcit.
- Masjid yang baru dibina iaitu Masjid Putih cukup cantik.
- Boleh baca entry saya yang berkaitan 👉👉 JJCM ke Kampung Nelayan
- Harga makanan di kampung nelayan ini lebih murah berbanding tempat-tempat lain di Pulau Perhentian. 👉👉 Makan Murah di Pulau Perhentian
- Di Pulau Perhentian Besar terdapat banyak hotel/resort yang lebih selesa terutama mereka yang datang bersama keluarga dan anak-anak.
- Kebanyakan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian adalah di sekitar Pulau Perhentian Besar ini.
- Resort-resort di Perhentian Besar juga banyak yang menawarkan aktiviti mengambil lesen Scuba Diving
- Kedai makan memang tak ada di sini, kecuali restoran/ cafe di resort itu sendiri. Jadi harga makanan adalah harga restoran/cafe ++ - Harga makan di sini adalah 'harga pulau', lebih mahal sedikit dari harga di tanah besar. Mahal sedikit sahaja.
- Manakala kedudukan hotel dan resort di Pulau Perhentian Besar ini boleh lah saya katakan ia tertumpu kepada 3 kawasan ini iaitu
Hotel dan Resort di Teluk Pauh
- Perhentian Island Resort
- Coral View Resort
- The Reef
- The Barat Perhentian Resort
- Mama's Chalet.
- Coral View Resort, The Reef Chalet, The Barat Perhentian Resort dan Mamas' Chalet terletak di 'Main Beach' dan mengadap kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
- Perhentian Island Resort (PIR) terletak di Teluk Pauh dan mempunyai jeti dihadapan resort. Di kawasan hadapan PIR ini juga sesuai untuk aktiviti snorkeling
- Kami menginap di The Barat Perhentian Resort
Hotel dan Resort di Teluk Keke
- Tuna Chalet
- Suhaila Palace
- The New Cocohut Chalet
- Cozy Resort
- ABC Guest House
- Abdul's Chalet
- Teluk Keke juga menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk snorkeling. Cantik pantai di Teluk Keke ni dan airnya cukup jernih.
Hotel dan Resort di Teluk Dalam
- Flora Bay 1
- Flora Bay 2
- Arwana Eco Resort Chalet
- Fauna Beach Chalet
- Samudra Beach Chalet
Oleh kerana saya datang bercuti disini bersama keluarga, jadi saya rasakan Pulau Perhentian Besar lebih sesuai untuk kami berbanding Pulau Perhentian Kecil.
Dan kebetulan pula, hanya The Barat Perhentian Resort yang saya dapat tempah bilik pada harga RM 200, resort-resort lain hanya tinggal bilik (chalet) yang lebih mahal. Saya ambil 2 unit untuk 2 malam.
Untuk senarai resort di Pulau Perhentian, boleh klik link di bawah ini
👉👉 HOTEL DAN RESORT PULAU PERHENTIAN 👈👈
Masa Sesuai Ke Pulau Perhentian
- Perlu ingat bahawa Pulau Perhentian tidak dibuka sepanjang tahun.- Pada musim tengkujuh, boleh dikatakan hampir kesemua resort akan di tutup. Biasanya pada bulan November - Februari Pulau Perhentian tidak menerima pengunjung dan pelancong. Pada waktu ini, ombak kuat dan aktiviti laut tidak dapat dilakukan dan merbahaya.
- Jadi, seelok-eloknya semak status resort sama ada tarikh kita ingin ke sana, telah dibuka atau belum.
Boleh baca entry-entry berikut untuk pengalaman percutian kami di Pulau Perhentian.
👉👉 Trip Pulau Perhentian - Perhentian Kecil atau Perhentian Besar
👉👉 Perjalanan ke Pulau Perhentian
👉👉 Aktivit di Pulau Perhentian Besar
👉👉 Snorkeling di Teluk Pauh
👉👉 Pakej Snorkeling Murah Pulau Perhentian
👉👉 Snorkeling lihat penyu / turtle di Pulau Perhentian
👉👉 Tempat Snorkeling best di Pulau Perhentian
👉👉 Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
👉👉 Long Beach Pulau Perhentian
👉👉 Tempat Makan Murah di Pulau Perhentian
👉👉 Sunset di Pulau Perhentian
👉👉 Percutian ke Pulau Perhentian - Nak Balik Dah
👉👉 Perkara Paling Menjijikkan di Pulau Perhentian
~mat-drat~
cerita yang bagus :)
ReplyDeletemasih dikira newbies dlm dunia blogging
DeleteTeruja nih..
ReplyDeleteselamat bercuti tuan
DeleteTeruja nih..
ReplyDeleteAlhamdulilah & Terimakasih! kerana mat-drat blog ni amat bermanfaat bagi kami sekeluarga dengan hobi baru melancung ke pulau yang indah dan ada aktiviti snorkeling.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih kerana suci singgah blog saya
DeleteAlhamdulilah dan terimakasih! kerana MAT DRAT blog amat membantu/bermanfaat bagi saya merancang melancung ke pulau dan menjadikan aktiviti snorkeling aktiviti favourite baru kami sekeluarga.
ReplyDeleteTQ Sudi singgah blog saya... nanti baca trip ke Pulau Redang pula ye...
Deletebest dan terima kasih atas maklumat yang sgt berguna
ReplyDeleteTQ Sudi singgah blog saya... nanti baca trip ke Pulau Redang pula ye (kalau belum pergi)...
Deletesaya dah baca entry berkaitan perhentian. info2 sume mmg sgt2 useful. tq for sharing
ReplyDeleteTQ Sudi singgah blog saya... nanti baca trip ke Pulau Redang pula ye (kalau belum pergi)...
Deletecocohut tu bukan dekat perhentian kecil ke tuan?
ReplyDeleteyang saya maksudkan Cocohut di Pulau Perhentian Besar. tak sure pula kalau perhentian kecil pun ada Cocohut.
DeleteBoleh check link yang saya bagi tu (cocohut Chalet)
Anda boleh memilih daripada pakej Pulau Perhentian disediakan ini untuk menginap. pakej pulau perhentian murah
ReplyDeletePulau perhentian mmg best. Tahun lepas saya snorkeling di Pulau Perhentian Besar. Terpesona dgn keindahan alam ciptaan Illahi. InsyaAllah akan kesana lg. Tk atas tips.
ReplyDeletetu la, saya pun mcm nak repeat lagi tapi tak tahu bila. Mungkin lepas dah jejak kaki ke Tioman baru ke sini semula kot. Niat nak ke Perhentian, Redang dan Tioman. Redang pun dah. InsyaAllah, 2 minggu lagi ke Tioman pula
DeleteTerim kasih kongsiksn info insyallsh esok kaminsk ke pulsu perhentian jadi info ini sangat membantu.tq.
ReplyDeleteMenarikk, terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete