Saturday 14 May 2016

5 Faktor Memilih Hotel Murah atau Budget Hotel di Paris


5 Faktor Memilih Hotel Murah atau Budget Hotel di Paris



Susah juga bila fikir nak duduk di mana di Paris. Banyak pilihan dan faktor perlu difikirkan.

Sebenarnya bagi saya 'hotel murah' tu agak subjectif. Murah tu berbeza mengikut individu. Ada yang 
€100 dah kira murah, ada yang €70 baru kira murah. Semuanya bergantung kepada individu.

Sebelum pilih hotel mantu fikirkan 5 kriteria ini dahulu untuk keselesaan dan keselamatan kita.  Kriteria ini saya utamakan sewaktu memilih hotel budget di sini (Paris), dan mungkin juga boleh diguna pakai di tempat lain.


1. Berdekatan station metro
Lagi dekat dengan station metro lagi senang kita hendak bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan.
Tapi biasanya, lagi dekat hotel dengan station metro, harga bilik lagi mahal. Apatah lagi jika hotel berdekatan dengan station metro yang besar, pasti harga reltifnya lebih mahal. Rasanya tak perlu pilih hotel berdekatan dengan mercu tanda Paris seperti Eiffel Tower atau sekitar Champ Elysee kerana harga hotel di sana pasti lebih mahal. Kecuali sanggup bayar lebih dan memang ingin menikmati pemandangan Eiffel Tower di waktu malam atau pun ingin senang membeli belah.

Sewaktu memilih hotel, saya 'filter'kan carian hotel saya dalam limit jarak dari station metro dibawah 300 meter. Sebab tu saya ambil Victoria Hotel ( tak sampai 200 meter) dari station metro Marcedet-Passioniers


2. Restoran makanan halal senang didapati
Faktor ni kena ambil kira. Lagi dekat lagi bagus sebab kita tidak perlu membuang masa hendak ke restoran untuk makan. Kalau setiap kali pergi dah ambil masa 1/2 jam, pergi balik dah satu jam. Untuk lunch dan dinner, kita dah kehilangan hampir 2 jam untuk berjalan ke restoran sahaja. 

Antara sebab saya pilih Vitoria Hotel adalah kerana ada dua restoran halal berdekatan. Satu di sebelah pintu keluar station metro Marcedet-Passioniers dan satu lagi terletak di antara station metro dan hotel. Jadi memang cukup senang bagi kami. Ada lagi satu restoran halal berdekatan, tetapi menghala ke utara sedikit dari station metro Mercedet-Passionier ini..


3. Kemudahan hotel
Jangan ambil ringan kemudahan yang disediakan seperti wifi , luggage room services, toileteries, keadaan bilik air, lif atau tangga, kedai berdekatan. Nampak kecil tapi kalau perkara-perkara ni tidak memuaskan, boleh mencemarkan sedikit keseronokan percutian kita. Datang jauh-jauh nak bercuti, nanti jadi stress.

Macam saya di Victoria Hotel, terpaksa menaiki tangga sempit ke tingkat 3. Mungkin yang datang dengan anak kecil kena ambil kira faktor-faktor ni.

Kemudahan wifi....  sekarang kalau tak ada access internet boleh jadi stress. Macam saya, sampai di Paris dah beli sim kad tapi tapi dapat access internet. Penjual sim kad tak nak tolong set kan internet setting di hand phone saya. Nasib baik ada wifi hotel dan juga wifi open untuk kawasan ni. Jadi nak hubungi anak-anak menggunakan whatsapp atau line atau skype tak ada masalah.


4. Suasana sekeliling
Hotel yang agak murah biasanya betul-betul di tepi jalan dan biasanya tidak tinggi. Jadi bersedia dengan bunyi kenderaan lalu lalang. Kalau menginap di hotel yang ada banyak bintang tu, kita masuk sahaja bilik, kita tak dengar apa-apa dah dari luar.

Kami menginap di Victoria Hotel, betul-betul terletak berhampiran simpang empat, jadi memang terasa sedikit hiruk pikuk. Nak menunggu senyap sikit, kena tunggu lewat malam sikit. Tapi nasib baik kami balik ke bilik pun hari dah malam, dan bila dah keletihan.... bising macam mana pun boleh je terlelap.


5. Keselamatan berjalan kaki
Bab ni jangan ambil mudah. Perhati betul-betul hotel yang hendak dipilih terletak dimana. Kalau rajin, baca review-review di tripadvisor atau mana-mana sahaja channel booking hotel. Pasti ada komen. Memang meletihkan kena baca sana sini. 

Dan kalau rajin juga macam saya buat, kita view di 'street view'.... baru kita dapat gambaran sebenar macam mana area hotel yang kita nak pilih.

Di Paris ni ada kawasan tertentu agak tak sesuai berjalan malam. Jam 9 malam tu sudah agak sunyi, terutama jika musim sejuk. Jika hotel tu agak jauh dari station metro, elakkan dari berjalan seorang diri atau hanya wanita-wanita sahaja. Apa salahnya beringat sebelum kena. 

Teringat satu kejadian dimana ada seorang pengemis lelaki di sini menarik tangan saya menyuruh saya memberikan duit kepada dia. Ini berlaku di salah satu station. Terkejut dan tergamam seketika. Selepas tu, setiap kali turun train, memang kami akan terus berjalan ke pintu keluar station.... dan akan berjalan laju seperti kebanyakan orang disini. 





Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2



Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡








No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.