Sunday, 6 October 2019

PERCUTIAN KE PERTH - Tips Melancong

INTRO.....


Akhirnya berkesempatan berkongsi trip ke Perth 2019 di blog ni.  Masa agak mencemburui sebenarnya beberapa bulan kebelakangan ni. Bermula hujung tahun lepas, Mat Drat memang agak 'sibuk' sikit dengan beberapa trip, bersambung-sambung trip. 

Start dengan trip London - Edinburgh Oct last year, dan cuti hujung tahun dengan Cuti-cuti Malaysia bersama anak-anak ke beberapa lokasi. Dec pula mula start buat persiapan diri untuk perjalan paling diimpikan, menunaikan umrah. Alhamdulillah, awal Januari dapat ke Haramain. Jadi 3-4 minggu sebelum berangkat, blog dah Mat Drat letak tepi dulu.

Balik umrah pun tak sempat nak intai-intai blog sebab nak prepare pula trip Pulau Tioman (mid February) dan diikuti ke Perth. Bila buat trip Perth DIY ni, memang kena prepare banyak sikit. Selang 3 hari landed di Malaysia dari perth, bersambung terus dengan trip Turki dengan 40 rakan. 

Maknanya, sebelum ke Perth tu, preparation untuk Trip Turki pun dah kena buat. Dan blog terus bercuti untuk Ramadhan dan Aidilfitri. Lepas Aidilfitri tu baru start menulis semula, tu pun terganggu juga dengan beberapa trip local bersama anak-anak dan juga urusan kerja. 

Belum lagi ambil kira mood 'down' bila dapat kesan ada satu blogger negara seberang copy seluruh blog Mat Drat, copy sebijik pulak tu. Ni pun ambil masa nak settle, masih belum habis urusan report kepada Google sebenarnya.

Okey, selesai dah sessi melepaskan perasaan... hu hu hu

PENGALAMAN PERCUTIAN KE PERTH AUSTRALIA

Cottesloe Beach
Kali ni Mat Drat berkongsi pengalaman percutian Mat Drat sekeluarga ke Perth Australia. Mat Drat rasa kebelakangan ni, memang ramai rakyat Malaysia yang melancong ke Perth Australia ni, dulu rasanya ramai ke Gold Coast, termasuklah Mat Drat juga.

Family Trip ke Perth kali ni Mat Drat pergi dengan semua anak-anak. Dapatlah bawa anak-anak melancong ke Perth tengok Kangaroo dan Kaola. Sebenarnya balik dari Gold Coast dulu, Mat Drat dah niat nak bawa anak-anak pula ke Australia, alhamdulillah akhirnya tercapai.

Mat Drat ke sini bulan Mac, kira percutian Perth Musim Luruh la sebab waktu tu Autumn di Perth. Tiket dah beli beberapa bulan awal, Tak silap sebelum drama hitz lakonan Zahira McWilson keluar TV. Perth banyak kali keluar dalam drama tu, maklumlah Perth ni  kan kampung dia.



Terjumpa Zahira dlm satu event AirAsia.


πŸ’₯ TIPS DAN PANDUAN

  • Untuk kali ni Mat Drat share info, tips dan panduan untuk mereka yang nak bercuti ke Perth. 
  • Semoga perkongsian ni boleh bantu sikit-sikit. 
  • Ada 18-20  perkara Mat Drat nak kongsi kali ni ;
  1. Masa Paling Best Ke Perth Australia
  2. Flight Murah ke Perth (Dan Tempat Parking Murah di KLIA)
  3. ETA Ke Australia (Cara Mohon dan Bila Tak Lulus)
  4. Bawa Makanan Ke Australia
  5. Perth Airport (Pemeriksaan, surau, sim kad, Claim GST dll)
  6. Sim Kad Murah
  7. Pocket Wifi Murah
  8. Airport Transfer
  9. Naik Bas di Perth (Bas free dan Berbayar)
  10. Sewa Kereta
  11. Tips Memandu di Australia
  12. Parking Kereta di Austarlia
  13. Insuran/ Takaful travel murah
  14. Pilihan Hotel n Apartment / Homestay di Perth
  15. Tempat Makan Halal di Perth
  16. Beli Bahan Mentah Halal di Perth
  17. Tempat Menarik di Perth
  18. Tempat Shopping Murah di Perth
  19. Itinerari Percutian Perth

Klook.com



πŸ’₯ TRAVELOG PERTH MAT DRAT

Kemudian, post-post berikutnya baru Mat Drat share Travelog Day 1-Day 6, kira perkongsian itinerary detail setiap hari.

Mat Drat kongsikan di ;

Day 1


Day 5
πŸ‘‰Mandurah Dolphine Cruise
πŸ‘‰Blue Boat House

Trip ni trip DIY, 6H6M dengan anak-anak. Memang perlukan persiapan rapi dan itinerari yang detail sebab anak-anak berbeza umur, kena pastikan semua lancar dan semua happy.
 
Sebelum tu...jemput singgah  Instagram Mat Drat

............................................................................ 
PERTH - General Info
Seronok Raisya tengok Kangaroo banyak macam ni

Perth ni capital of Western Australia (WA). Merupakan bandar ke-4 terbesar di Australia.

Australia ni ada 6 State, Western Australia (WA), South Australia, Queensland, New South Wales, Victoria dan Tasmania. Tasmania sebuah pulau, bukan terletak di 'Tanah Besar' Australia. Jadi 'Tanah Besar' Australia ada 5 negeri.

Northern Australia adalah salah satu territories di Australia. Ia bukan sebuah negeri (state) tetapi ia berfungsi seakan sebuah negeri.  Baca kat Wikipedia

Sebelah barat Perth & Western Australia adalah Lautan Hindi (Indian Ocean), dan mempunyai banyak pantai yang cantik... sangat cantik. Dan setiap petang Mat Drat ke pantai-pantai di Perth ni, menikmati  keindahan sunset. 
...............................................................

Jemput singgah Youtube Chanel Mat Drat πŸ˜Š


Singgah lah ke chanel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ support😊😊

.



...............................................................

✅1. MASA PALING BEST KE PERTH, AUSTRALIA

Mat Drat rasa waktu paling best ke Perth adalah antara bulan Sept - Nov dan Mac - Mei.

Ingat ye, Australia ni luas dan musim di sana tidak sama setiap kawasan. Jadi masa terbaik (paling best) ke Perth mungkin tak sama jika ingin ke Gold Coast, atau ke Sydney atau pun Melbourne.

Selalunya Mat Drat akan rujuk laman web ni (https://travel.usnews.com) sebelum pilih tarikh bercuti ke luar negara.

Sumber : Travelusnews


Musim Bunga (Spring) : September - November
Buatlah percutian ke Perth musim bunga (spring) sebab dikatakan masa inilah paling best/terbaik ke Perth.

Ikut jadual average temperature yang atas tadi, malam nampaknya memang sejuk manakala siangnya sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu sejuk. Keberangkalian hujan agak tipis pada waktu ni.

Waktu ni pemandangan agak cantik, contohnya di King Park. Kalau pilih datang waktu ni,  boleh la buat itinerari ke Perth Royal Show atau Kings Park Festival.

Pelancong agak ramai waktu ni, jadi hotel agak mahal sikit. High Season.

Hujung November di Malaysia pun start cuti sekolah. Jadi tiket flight ke sana mungkin mahal sedikit.

Musim Panas (Summer) : December - Februari 
Ikut average temperature di atas,a waktu ni, siangnya memang panas terutama Jan-Feb. Waktu ni lah cuaca di Perth paling panas, boleh kata hampir sepanas macam kat Malaysia.

Waktu ni hotel dapat lah murah sikit kot. Makkumlah panas, tak ramai nak ke sini waktu ni.

Musim Luruh (Autumn) : Mac - May

Waktu kedua terbaik ke sini selepas Spring (Sept- Nov) adalah bercuti di Perth musim Autumn. Bulan Mac - May.

Sewaktu memandu darii Perth ke The Pinnacle, pemandangan agak cantik waktu ni. Itu belum lagi memandu ke area Albany atau Denmark.

Average temperature disiang hari tidak terlalu panas. Sebelah malam pun tak la sejuk sangat, tak perlu pakai jacket untuk berjalan malam.

Waktu ni hotel dapat lah murah sedikit dari musim Spring.

Cuaca sangat sesuai untuk aktiviti luar terutama aktiviti air/pantai. 

Datang waktu ni boleh la ke Sculpture by The Sea. Mat Drat bercuti ke Perth waktu ni. Memang intai-intai sculpture by the sea tapi tak dapat pergi, date ke sini terlewat sedikit.

Ingat ye, waktu ni pun ada cuti sekolah di Malaysia, jadi jangkakan flight penuh  dan harga tiket mahal sikit waktu cuti sekolah tu.

Nak beli pinggan mangkuk Coral pun elok beli waktu sampai di sini, dan bukan baru nak balik baru beli. Kalau tak jadi macam Mat Drat, sebab sehari sebelum balik , stock dah tak banyak.

Mat Drat pergi flight Jumaat malam (hari terakhir persekolahan), esoknya baru start cuti sekolah.

Musim Sejuk (Winter) : Jun - Ogos
Winter di sini bukanlah winter yang bersalji ye, tetapi kira waktu paling sejuk di Perth waktu ni. Waktu ni mungkin ada hujan sedikit sekali sekala, jadi aktiviti luar/pantai mungkin sedikit terganggu. Ikut nasib. Nak mandi pantai pun mungkin tak sesuai, sebab sejuk.

Hotel waktu ni mungkin sedikit murah sebab kurang pelancong. Low Season

.............................................................................
2. FLIGHT MURAH KUALA LUMPUR KE PERTH




Harga Tiket
Macam biasa, beli tiket awal boleh dapat murah. Atau pun waktu promosi tertentu. Waktu Sales, boleh dapat bawah RM1,000 (return).

Memandangkan ni trip Mat Drat dan anak-anak, Mat Drat naik Air Asia sahaja. Tambang pun murah, everone can fly kan.... Mat Drat dapat tiket ke Petrh (return) ni memang murah, tak sampai RM 700 seorang.

Masa penerbangan
Direct flight MalindoMalaysia Airline dan Air Asia.t MalindoMalaysia Airline dan Air Asia ambil masa dalam 5 jam 30- 5 jam 45 minit.

Waktu Berlepas / Return

1. Airasia
Departure : Kuala Lumpur 00:05 am - Perth 5:35am
Return : Perth 06:50am - Kuala Lumpur 12:25 pm


Kalau ambil penerbangan AirAsia ni, sampai di Perth dan sekitar 7am-8am selepas selesai urusan di airport (imigresen dan kastam), dah boleh start itinerari. Ambil kereta sewa, drop beg kat hotel dan mulakan jelajah Perth. Day 1 boleh ronda-ronda Perth je, macam Elizabetyh Quay dan Blue Boat House


2. Malaysia Airlines
Ada 2 pilihan departure
Kuala Lumpur 08:55 am - Perth 2:55pm
Kuala Lumpur 07:40 pm - Perth 1:10am

Malaysia Airline ni kalau dapat tiket murah, memang sangat berbaloi. Tiket dah murah, termasuk makan, baggage allowance dan dalam flight ada in-flight entertaiment. Hari tu Malaysia Airline ada buat offer, tak silap tak sampai RM1,000 (return).

Last year Mat Drat bawa dalam 20 orang ke Seoul, dapat tiket murah di Malaysia Airline. Lagi murah dari AirAsia.



3. Malindo 
Ada 2 pilihan departure
- Kuala Lumpur 8:25 am - Perth 14:10am
- Kuala Lumpur 18:45 am - Perth 00:30am

..............................................


PARKING MURAH DI KLIA / KLIA 2

Percutian ke Perth ERL KLIA Ekspress
Senang naik KLIA Ekspress atau KLIA Transit ke KLIA / KLIA2

Trip kali ni Mat Drat park n ride Salak Tinggi. Dapatlah jimat sikit kos tambang tren KLIA Transit kalau compare dengan park di Putrajaya Sentral.

Nak park terus kat KLIA2, rasa sedikit mahal sebab trip ni hampir 7 hari. Masuk Jumaat, dan sampai semula dari Perth Khamis.

Mat Drat tak tentu, ada trip akan park di Salak Tinggi, ada kala park di Putrajaya Sentral dan ada kala akan park terus di KLIA/KLIA2.

Trip Percutian Family ke Bandung hujung 2017 dulu, Mat Drat park terus kat KLIA 2 sebab 5 hari je dan banyak barang bawak balik dari Bandung. Leceh nak bawak kehulu kehilir beg dan barang yang di beli di Bandung naik train.

Trip Turki (3 hari lepas balik Perth ni), Mat Drat park di Putrajaya Sentral pula. Sebab berdua, kos tiket tren tak la mahal sangat.

Tambahan : 12.18.2019 (Park di Salak Tinggi)
Mat Drat baru balik dari trip Jakarta - Bandung, kali ni Mat Drat park di Salak Tinggi. Dapat tiket murah dengan KLM.

Sebab utama park kat sini, sebenarnya ni hari Sabtu, tengah hari. OTW nak ke KLIA, Elite Highway jem. Jadi Salak Tinggi dari Putrajaya Sentral ke KLIA. In-case parking penuh (atau terlambat), Mat Drat akan lajak terus ke KLIA. 

Trip ni 5 orang dewasa, rasanya lagi jimat park di sini berbanding Putrajaya Sentral.


Boleh baca perkongsian Mat Drat sebelum ni
 πŸ‘‰πŸ‘‰    Parking Murah di Park n Ride Putrajaya   

atau kalau nak park di Salak Tinggi Park n Ride

............................................................................. 

3. VISA ETA  KE AUSTRALIA

Bab VISA ETA ni elok beri perhatian ye.

Seeloknya, Mat Drat cadangkan
  • kita apply Visa dulu sebelum beli tiket flight. 
  • apply la 3 - 4 bulan awal.  
Bukan apa sebab sekarang ni ramai rakyat Malaysia yang VISA ETA ke Australia tak lulus. Jika tak lulus,  kita sempat la buat rayuan.  
Visa ETA ni nanti valid untuk tempoh setahun. 

Tapi masalah bila nak apply VISA dulu, nanti takut cari tiket flight pulak tak dapat murah...... Terpulanglah, kalau yakin tak ada masalah, beli tiket baru apply VISA pun okey.

Untuk apply VISA Online ETA, kita boleh apply di travel agent tertentu. Apply melalui online je pun boleh, dalam RM 20-RM50 sahaja satu VISA ETA ni.

Mat Drat apply menggunakan Arba Travel, RM 20 seorang. Hanya perlu email salinan passport dan detail kepada mereka, dan dalam satu hari dapat keputusan. RM 20 utk result 24 jam.

Masa ke Gold Coast dulu, Mat Drat apply terus walk in ke travel agent. Tak silap dalam RM 30 juga. Dapat ETA on the spot. 

Update 2022 !!
- Selepas pandemic dan lockdown, ETA perlu diapply melalui App Australia ETA. Hanya boleh di apply sendiri.

Mohon ETA melalui App ETA Australia 

  1. App ETA : 2022 perlu apply ETA melalui App ETA. Boleh download di Google Play Store atau App Store.
  2. Daftar : Di App ETA,  lakukan proses pendaftaran dengan masukkan maklumat peribadi, nombor passport dan upload gambar. Follow instruction (step-by-step).
  3. Mohon ETA : Selesai pendaftaran, boleh teruskan mohon ETA. Bayaran AUD20 dikenakan untuk service fee.
  4. Kelulusan : Biasanya dalam tempoh 24 jam, akan dapat makluman sama ada lulus atau tidak.

Ada kes-kes tertentu, akan ambil masa lebih 24 jam. 

Bagi yang ETA tidak lulus, akan dapat email makluman, ETA yang dipohon tidak lulus atau perlukan info tambahan. Follow arahan di email untuk proses hantar dokumen tambahan.

Dari tarikh kita hantar dokumen tambahan, ia mungkin akan ambil masa sehingga  1 bulan untuk keputusan.

Jadi rasanya elok bila ETA dah lulus, baru buat tempahan flight, kereta, hotel dan lain-lain. TAPI, masalahnya kalau rayuan  ETA ni mereka nak maklumat ni (flight, hotel dll).

ETA App Australia

VISA ETA Di Tolak / Tak Lulus

Macam Mat Drat cakap, sekarang VISA ETA macam ketat sikit terutama untuk rakyat Malaysia.

Kita sendiri fahamlah kan, ramai sangat rakyat Malaysia yang masuk ke Australia guna visa ni tetapi salah guna visa dengan bekerja kat sana. Macam mana pihak authority Australia tak ketatkan pengeluaran VISA untuk rakyat Malaysia.

Kes Mat Drat 
Mat Drat apply  VISA ETA untuk satu keluarga serentak, tapi seorang anak tak lulus. Apply 8, 7 lulus, sorang tak lulus. Mat Drat rasa mungkin di'trigger' sebagai berisiko oleh auhority sebab umur dia awal 20-an.

Kalau tak lulus, jangan risau, ikut sahaja step untuk re-apply/rayuan.  Insyaallah lulus. 

Rayuan apabila VISA ETA di tolak

Bagi yang tak lulus, boleh baca perkongsian Mat Drat 
https://mat-drat.blogspot.com/2019/11/cara-mohon-visa-eta-dan-cara-rayuan-visa-australia.html

Tips:
Kalau boleh, 'cantikkan' dulu bank statement kita beberapa bulan sebelum apply VISA ETA tu. Kalau permohonan kali pertama tak lulus, kita diminta hantar dokumen tambahan seperti slip gaji dan penyata bank. Kalau bank statement nampak cantik je, InsyaAllah akan lulus.



............................................................................. 


✅4. BAWA MAKANAN MASUK AUSTRALIA


Nak pergi Australia, inilah juga antara perkara yang akan ramai ambil tahu selain VISA ETA.

Semua tahu rasanya, Imigresen dan kastam Australia (dikenali sebagai Australia Border Force) sangat ketat di Airport terutama bab makanan yang nak dibawa masuk.

Rasanya ramai akan cuba berjimat bab makanan, cuba bawa apa yang boleh sebab harga makanan di sana memang agak mahal. 

Mana taknya, nasi sepinggan dalam AUS10-AUD 15. Kira sepinggan dalam RM 30-RM50.  2 kali  makan sehari, dan kalau bercuti 5 hari. Boleh tahan juga kos makan. Kena macam Mat Drat kalau bawa 6 anak sekali dengan 5 hari di sini, memang nangis kalau tak rancang betul-betul.

Jadi untuk jimat, plan la dalam sehari makan sekali je di restoran/cafe. Dan makan kat rumah sekali lagi.

Mat Drat budget macam tu la, breakfast kat apartment, lunch di luar dan dinner masak dan makan di apartment.

3 tips Mat Drat
Untuk memudahkan kita, untuk elak membazir makanan kena buang dan untuk elak kena denda, 3 perkara dan tips ni boleh membantu dalam melancarkan urusan kita di airport dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan makanan di sana.

1. JANGAN bawa makanan yang di larang.
Yang dilarang tu tak payah bawa la, selain menyusahkan kita nanti, mungkin akan membazir je bila kena buang. Mat Drat senaraikan barangan yang dilarang di bawah, boleh jadikan panduan sikit.

2. Asingkan makanan dalam satu beg. Jangan campur dengan beg pakaian dan lain-lain.
Kita asingkan makanan ni akan sangat membantu, senang mereka nak periksa.

Sewaktu pemeriksaan, hanya cakap 1 beg sahaja ada makanan dan beg itu sahaja akan di buka dan diperiksa. Beg lain mungkin dibuka tetapi tidak diperiksa. Tapi jangan tipu la, kantoi nanti susah.

Dalam beg tu, Mat Drat asingkan siap-siap pulak, ni plastik isi makanan dalam tin, plastikyang ni pula barangan berasakan rice dan seumpamanya. Senang ikut kategori. Kita mudahkan mereka untuk senangkan kita juga.

Jika nasib tak baik dan beg kena hidu dengan anjing, tak ada la kena samak. Biasa mereka guna anjing bila 'suspicious gile' dengan kita ataupun dalam beg tu ada makanan yang berbau pelik. 

Pengalaman pergi Gold Coast dulu, Mat Drat lihat couple depan Mat Drat kena selongkar habis 2-3 beg dia sebab makanan bercampur dalam semua beg. Semua barang dalam beg kena keluarkan. Tak tahu la ni kes tak declare betul atau barangan yang di bawa banyak barangan makanan yang tak dibenarkan.

Walaupun kita dah declare makanan dlm arrival card, mereka akan cek juga. 

Bagi yang declare pula, sudah pasti mereka akan cek, paling tidak mereka suruh buka beg.

Kalau kita tak declare, mereka akan check juga beg kita, bergantung kepada pemerhatian mereka. 

Rasanya kalau Malaysian yang turun flight dari Malaysia, memang mereka akan check punya la walaupun declare tiada bahan makanan. Nanti Mat Drat share pengalaman di Airport.


3. Labelkan makanan untuk meudahkan pihak kastam memeriksa di airport.
Ni Mat Drat buat, untuk memudahkan Mat Drat dan mereka. Pengalaman dahulu pergi Gold Coast mengajar Mat Drat.

Besar-besar Mat Drat tulis. Ada yang rajin tu, siap tulis ingredient. Mat Drat tak tulis la detail macam tu sebab semua makanan yang Mat Drat bawa tu barang yang biasa dan factory packed.


Makanan Yang Dilarang Bawa Masuk Ke Australia

Mat Drat kongsikan di link ini πŸ‘‰πŸ‘‰ KLIK DI SINI


Bawa makanan masuk Australia
Antara barang yang dibawa. Ni je yang Mat Drat bawa, tak banyak pun, yang penting paste bawa banyak. Bahan mentah boleh beli kat sana.
- Mat Drat asingkan 1 beg
- labelkan dan tulis bilangan item.



Contoh barang yang boleh dibawa tapi perlu di declare.(Beras) . 
Nasi impit (rice qiub) pun boleh bawa ye.

Last minit beli barang nak dibawa. Jumpa beras 1kg = RM 5.19.
Agak mahal tapi beli je dari beli kat sana AUD 3-4 sekilo
.

Incoming Passenger Card Australia
Incoming Passenger Card.


............................................................................. 

✅ 5. PERTH AIRPORT

Perth Airport
Baru landed


WAKTU KETIBAAN

Incoming Passenger Card
- Sebelum tiba, semua penumpang akan diberikan Incoming Passenger Card.
- Jika tak dapat cad tu, minta sahaja dari pramugara/pramugari.
- Isi siap-siap dalam kapal terbang.
- Kalau ada bawa makanan, elok declare sahaja. Jangan nak gamble tak declare.

Pemeriksaan
- Selepas ambil beg bagasi check in, akan ke kaunter imigresen dan kastam.
- Mereka akan minta Incoming Passenger Card yang telah diisi.

- Pemeriksaan lebih kurang sama macam mana-mana negara, cuma nak masuk Australia ni mereka cukup ketat 

Route 1
Yang declare tiada bawa apa-apa barangan yang perliu di-declare , akan melalui 'green' area. Boleh terus keluar dari airport. Tapi make sure tak bawa apa-apa barangan larangan ye, tak kira lah senjata ke, makanan terlarang ke atau bahan pornographi. (Mat Drat ingatkan sahaja sebab ada kes rakyat kita yang ditahan kerana ada simpan media pornographi below aged di handphone dia)

Tapi ingat, waalu  kita declare tiada bawa apa-apa barangan, mereka boleh periksa kita ye kalau nampak suspecious. Mereka yang bertugas di Airport ni terlatih ye, macam-macam perangai mereka dah jumpa.

Route 2
Bagi yang declare barangan pula akan laluan khas untuk pemeriksaan. Macam biasa akan beratur panjang untuk pemeriksaan. Memang boleh kata majority akan declare bawa barang makanan terutamanya.

Sewaktu pemeriksaan tu, untuk cepat dan memudahkan urusan kita, buka beg dan tunjukkan barangan makanan yang kita bawa. Sedia beritahu apa yang kita bawa. Rasanya tips yang Mat Drat share kat atas tadi boleh membantu.

Kalau kita asingkan elok dan susun, mereka tak akan selongkar. Kalau jenis sorok-sorok, tu yang akan kena selongkar.

Ingatan
- Tak payah nak bawa bahan yang tak boleh bawa masuk.
- Asingkan bahan makanan dan jangan sorok-sorok.
- Kita nak bercuti, jangan biarkan perkara yang boleh dielak berlaku kepada kita dan menghilangkan mood percutian kita.


WAKTU BERLEPAS BALIK

Claim Refund GST
Boleh kata lebih kurang sama practice dengan negara-negara lain, kita boleh claim balik GST yang dah dibayar.

Nak claim, pastikan ;
- Ada resit / invoice asal
- Amaun lebih AUD 300
- Beli dari kedai yang sama

Ada brg-brg tertentu tak boleh claim, boleh check item yang tak layak di link ni
https://www.abf.gov.au/entering-and-leaving-australia/tourist-refund-scheme/for-travellers

Lokasi nak claim ;
- Level 1, T1 International. (Selepas pemeriksaan passport)
- Ground Floor, International. (Arrival Hall)

Pemeriksaan Body
- Boleh kata sama seperti mana-mana airport Australia, pemeriksaan memang  ketat. Cuma di sini lebih ketat. Diperiksa habis.
- Masa Mat Drat diperiksa, tompokan air tumpah di seluar pun nampak di screen. Sungguh mereka periksa. Mat Drat pun tak faham mula nya bila officer tu tunjuk ada sesuatu di dalam poket seluar Mat Drat (dalam screen), masa tu rasanya tak bawa atau sorok apa apa dalam seluar. Rupa-rupanya air tumpah je... 

Pemeriksaan Beg : Gel / Liquid
- Pemeriksaan ni memang ketat sungguh kat sini.
- Inilah airport paling ketat Mat Drat pernah jumpa (Mat Drat tak sampai US lagi, katanya sana lagi ketat).

2 orang anak lelaki, beg mereka tak lepas. 
Seorang anak tu 3-4 kali screen, baru lepas. Berulang kena scan 3-4 kali. Tak tahu apa sebabnya. Dia ni yang ETA tak lulus mula-mula hari tu.

Seorang lagi sangkut sebab ada gel minyak rambut dan alat tulis (pen, pensil dll).  
Kita yang parent pulak kena marah sebab nak tolong anak tu buka dan tunjukkan apa barang tu yang mereka curigai sangat tu.. !!
Walau pun anak kita, dia suruh anak kita tu yang buka dan tunjukkan barang tu.


Kuantiti liquid ikut label botol, bukan baki dalam botol
Kat sini Mat Drat dapatlah info baru. Rupanya limit 100ml yang dibenarkan bawa masuk kapal terbang tu bukanlah mengikut kuantiti sebenar barangan tu tetapi kuantiti di label.
Minyak wangi anak Mat Drat, 150ml tapi baki rasanya adalah 1/10. Tu pun dia tak bagi bawa masuk dan suruh buang. Mat Drat kata baki tinggal 10-15ml, tapi oficer tu kata ikut label botol. Tak kira berapa baki.
Tak tahulah kat airport sini je  atau airport lain. 

PRAYER ROOM / SURAU / QUITE ROOM

Seperti kebanyakkan airport lain di seluruh dunia, ianya bukan lah 'surau' atau musalla, tetapi adalah 'Quite Room'. Maknanya semua agama boleh menggunakannya.

Jangan terkejut pulak kalau jumpa penganut agama lain bersembahyang atau berdoa di sini. Tapi kebiasaannya, hanya Muslim sahaja yang guna. (ikut pengalaman)

Ruang solat (prayer room/ quite room) ni tidak diasingkan lelaki dan perempuan ye. 

Macam Mat Drat hari tu, flight awal pagi, jadi waktu subuh agak pendek. Bagi ruang wanita guna. Mat Drat solat diruang kosong, di arrival hall. Cari ruang yang tersembunyi sikit, solat je situ. Ramai je solat macam tu. Tapi wudhu kena ambil di toilet.

Ingat ye.
Jangan ambil wudhu sampai basahkan toilet macam kat tempat kita. Jimat air dan respect cara penggunaan tandas oleh mereka.
Jangan sekali kali basuh kaki dalam sinki ye. Jangan kita nak tunaikan ibadat, tapi masa yang sama kita tunjukkan contoh yang tidak betul.

Lokasi Surau : Ground Floor T1, di area public arrival hall. .Satu lorong dengan laluan nak ke toilet



Surau Quite Room Perth Airport
Quite Room / Surau.

Surau Quite Room Perth Airport
Ground Floor, Public Arrival Hall. 
T1, Terminal 1

Untuk facilities lain di airport ni, boleh check di
 https://www.perthairport.com.au/at-the-airport/facilities-and-services


.....................................................................

✅ 6. SIM KAD MURAH DI PERTH

Trip Perth kali ni Mat Drat tak guna data roaming, Mat Drat beli sim kad di sini.

Trip Turkey (3 hari lepas balik Perth ni), selain Mat Drat beli simkad kat Turki (local sim-kad), ada guna pocket wifi dan juga ada guna data roaming telco Malaysia. 

Kalau tak subscribe pakej roaming Celcom, Maxis, Digi, sim kad local boleh beli di sini. 

Beli di airport menyenangkan sebab senang buat pilihan. Mereka pun akan bantu set-up kan sehingga boleh guna (call dan data).

Kita akan banyak guna data untuk search maklumat, guna Google Map, Guna Waze dll. Jadi beli pakej data yang cukup.

Free Wi-fi
Sementara nak beli simcard tu, boleh guna free wifi di airport yang disediakan.
Tapi better pastikan wifi Airport ye, jangan salah connect wifi lain. Sentiasa berhati-hati jika guna public wifi.

Sim Kad Murah :  Optus atau  Vodafone
Keluar arrival gate, kita akan nampak kaunter/booth/kedai jual sim kad. Ada Optus dan Vodafone dan kedua kedai ini bersebelahan antara satu sama lain.

Mat Drat beli 2 sim kad Optus, 5GB data untuk tempoh 5 hari. 
AUD 10 x 2 = AUD 20. 
Lebih kurang RM 60 untuk 2 sim card. Mat Drat pilih Optus sebab katanya coverage lebih bagus. 

Kalau lebih 5 hari di Australia, kena ambil pakej 12GB untuk tempoh 10 hari. 
Harga AUD 20=RM60 satu.


Sim Kad Murah Perth Australia
Beli dan terus mereka set-upkan.
OPTUS dan Vodafone bersebelahan sahaja


Sim Kad Murah Perth Australia
Antara pilihan pakej yang ada.
$10 = 5GB, $20 = 12GB.

..............................................................................

7. POCKET WIFI MURAH

Kalau trip ramai dan bergerak sekali satu kenderaan, rasanya lebih jimat sewa pocket wifi. Tapi sim kad pun perlu juga ye.

Trip Mat Drat ke Turki (2 hari selepas balik Petth ni) pun Mat Drat ada gunakan pocket wifi selain beli sim-kad local.

Klook.com


..............................................................................

✅ 8. AIRPORT TRANSFER - Airport ke Perth City

Mula-mula kena pastikan kita tiba di terminal mana satu. Ada 4 terminal di sini, T1, T2, T3 dan T4. 

Kebanyakkan kita akan turun di T1, kecuali yang naik Virgin Airline, Qantas, Tiger Airlines dan beberapa airlines lain. Boleh kata T1 adalah untuk international flight. 

Ada 5 pilihan untuk ke Perth City
  1. Naik bas Transperth
  2. Guna Taxi
  3. Private Airport Transfer
  4. Uber
  5. Sewa Kereta
Rasanya paling senang, waktu kita sewa kereta, kita pilih untuk pickup kereta di Airport dan pulangkan (drop-off) di airport.  Lesen kita  (Malaysia) boleh digunakan di Australia, jadi senang nak sewa kereta di sini.

Untuk compare rate kereta sewa, boleh check di Rentalcars.com.

Mat Drat guna airport transfer dari Perth Airport ke Perth sebab operator kereta yang Mat Drat ambil tak sediakan pickup point kereta di airport.

1. BAS TRANSPERTH

Update 2022
Bagi yang nak ke Perth dgn bas dari airport, boleh naik bas nombor 37. 
Bas Route 37 yang disediakan oleh Transperth ni akan berulang Airport (T1 / T2) - Perth City. 
Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit.

Bas akan ke Oat Street Station dan akan berhenti dibeberapa station, jadi pastikan dimana kita nak turun. Antara station utama yang akan berhenti adalah Belmont Forum Shopping Station.

Boleh klik link BUS ROUTE 37

Waktu trip Mat Drat dulu, ada bas no 380 . Route Perth Airport - Perth CBD. Boleh berhenti di Elizabeth Quay. Skrg macam dah tak ada. 

Boleh cek di laman web PERTH AIRPORT untuk maklumat dan info terkini seperti tambang dan jadual.


Bas Perth Airport ke Perth
Bus stop depan Terminal (Airport)

Tips
1. Elok kita view dulu di Google Map, lokasi bas station kita nak kena turun dan route jalan kaki dari bus station tu ke hotel/apartment kita. Biasakan pemandangan street view, nanti sampai tak pening kepala atau sesat.

2. Check link ni untuk tengok route bas dan station-station yang bas akan berhenti.  https://www.transperth.wa.gov.au/Timetables

Dari link ni, kita boleh lihat bas route, senarai bus station yang akan ia berhenti dan boleh terus klik di station tersebut untuk lihat street view dari Google Map.

2. TAXI

Nak naik teksi rasanya tak ada masalah kat sini. Taxi ada 24/7. Airport ke Perth CBD ambil masa dalam 20 minit je.

Standby kos tambang taxi je la. Kira boleh tahan jugak rate dia. 

Ikut laman web airport, tambang taxi sehala (anggaran) AUD 50 - AUD 90 ;

Macam lebih jimat pakai airport transfer.

3. PRIVATE AIRPORT TRANSFER

Ada kala, private airport transfer lebih jimat berbanding taxi. Mat Drat lebih suka private airport transfer sebab lebih privasi dan selesa.

Selain masa ke Perth, waktu ke Busan dan Seoul juga Mat Drat guna private airport transfer.


Klook.com

4. UBER dan OLA (e-hailing)

Nak guna E-hailing, boleh guna Uber atau Ola. Tambang Uber ke Perth rasanya murah sikit je dari  taxi punya rate.

Tempat pickup untuk yang guna e-hailing boleh rujuk web Perth Airport, ada map lokasi tempat menunggu dan pick-up oleh e-hailing.

Leceh guba e-hailing ni, nak kena install dan daftar. Mat Drat tak berapa suka. Tapi masa ke Bangkok dan Pattaya, Mat Drat banyak juga guna Uber, sebab ada lokasi yang jauh dari MRT station.

5. KERETA SEWA

Bagi yang bercuti ke Perth ni, rasanya ramai buat DIY. Arrange hotel/hometsay dan transport sendiri.

Jadi nak senang, sewa je kereta terus dan pickup di airport. Ada operator yang boleh provide pickup  dan drop(return) kereta di airport.

Ada juga operator tidak sediakan service ambil kereta di airport, dan tidak boleh pulangkan di airport. Ada lokasi-lokasi tertentu utk pickup dan drop kereta.

Macam Mat Drat, operator car rental tak sediakan pick-up kereta di airport tetapi mereka ambil Mat Drat di airport dan bawa ke lokasi premis kereta sewa mereka. Kurang 10 minit pemanduan je. Cum abayar airport transferr fee sahaja. 

Waktu nak balik pun sama, hantar kereta ke premis dan mereka akan hantar ke airport. Service fee agak minima. 

Nak jimat, compare harga kereta sewa di Rentalcars.com.....  senang fan jimat.



............................................................................

✅ 9. BAS DI PERTH

Mat Drat ada baca juga mnengenai trip mereka ke Perth hanya menggunakan public transport, bas terutamanya. 

Menarik juga trip macam tu, memang boleh jimat. Mat Drat pun baca detail juga perkongsian mereka.

Memandangkan ada 2 destinasi (The Pinnacle Desert dan Mandurah) yg masuk dalam itinerari Mat Drat tapi rasa mcm agak 'mustahil' ke situ dengan bas, jadi Mat Drat rasa perlu sewa kereta.

Yang naik bas ni, area Perth sahaja boleh lah rasanya, tapi utk destinasi jauh-jauh tu mcm agak tak praktikal. Kalau naik bas ke Carvenham Wild Life Park pun rasanya tak berbaloi, sebab banyak tempat-tempat kita boleh singgah di area Swan Valley di sana.

Selepas berkira-kira dan beberapa faktor, Mat Drat rasa sewa kereta lebih sesuai kalau ke Perth ni. 

Bagi yang nak ke Perth dengan bas sepenuhnya, boleh dapatkan info dan tips dari blog mereka yang berkongsi detail cara pergerakan mereka dengan bas. 

Mat Drat hanya kongsi sikit mengenai CAT Bus (Free Bus)  dan Bas berbayar.

Nota:
1. Masa ke Gold Coast dulu, Mat Drat hanya guna perkhidmatan bas untuk bergerak. Masa tu Mat Drat pergi berdua je, jadi pergerakan senang sikit. Ni bawa anak-anak, jadi macam tak sesuai naik bas.

2. Ada negara (bergantung kpd lokasi), pergerakan dengan public transport cukup mudah. Ni ikut beberapa pengalaman Mat Drat ye mcm masa ke Busan, Seoul, Bangkok, Europe.

Update 2022

1. CAT BUS : BAS PERCUMA (Free Bus) 

Bas ni memang free, boleh naik dan turun tanpa bayar. Bas free ni disediakan oleh Transperth dan dikenali sebagai CAT BUS.

CAT BUS ni boleh dikenali dengan paparan di LCD Screen di hadapan bas dan dinding bas..

Kita boleh naik dan turun di mana-mana bus stop yang ditetapkan dalam laluan bas tu.

Ada 3 kawasan yang sediakan FREE CAT BUS ni iaitu
1. PERTH CAT BUS
2. FREMANTLE CAT BUS
3. JONDULOP CAT BUS

Mat Drat rasa, kalau nak guna bas ni, ambil tahu Perth Cat Bus dan Fremantle Cat Bus sudah memadai.

Apa pun, rujuk laman web ni untuk maklumat detail seperti laluan yang di cover, jadual, route dan map.
πŸ‘‰ https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/cat-timetables

Cuma pemerhatian Mat Drat, bas ni tak la penuh. Jadi agak selesa juga lah. Sesuai kepada untuk short distance.

1. Perth CAT Bus
Bas-bas ni cover sebahagian kecil Perth (laluan tertentu).

5 laluan bas tu adalah
- Perth Blue Cat Bus
- Perth Green Cat Bus
- Perth Yellow Cat Bus
- Perth Red Cat Bus
- Perth Purple Cat Bus

Beberapa perkara yang perlu ambil tahu (Mat Drat ambil dari laman web atas tadi) ;
  • Semua bas beroperasi 7 hari seminggu kecuali Perth Green CAT Bus. Green Cat hanya Isnin - Jumaat sahaja.
  • Kekerapan bas 5-10 minit. Weekend mungkin lagi lama. Setiap bas berbeza.
  • Bas paling awal 6am, dan bas akhir juga berbeza setiap bas (warna) dan bergantung kepada hari. Weekend macam lagi awal tamat perkhidmatan.
  • Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas.

2. Fremantle CAT Bus

Kini route bas percuma CAT Bus di area Freamantle tinggal Blue Cat Bus sahaja. Dulu ada dua route, satu lagu RED Cat Bus.

CAT Bus di Freamantle ni
- Mula agak lewat, dalam 7.00 lebih, weekend ada yang start 10am
- Kekerapan 15 minit (CAT Red) dan 11 minit (CAT Blue)

Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas dan info terkini.


Perth Cat Bus
'RED' CAT Bus
Bukan lihat warna bas ye, lihat paparan LCD depan bas.


Perth CAT Bus Map
Perth CAT Bus Map




BAS Berbayar

Bas berbayar yang disediakan oleh Transperth.
Tambang ikut zon, dalam zone sama murah, kalau masuk zon ke-2, tambang mahal sedkit. Sama la macam kebanyakan negara.

Tambang Bas
1. Cash - Boleh bayar pakai cash terus kepada driver bas. Tapi rugilah sikit sebab tak ada diskaun.

2. SmartRider Card
Harga Tambang Bas
Boleh la ambil tahu dan buat kira-kira mana yang menjimatkan
  • 2 section : AUD 2.30
  • 1 Zone : AUD 3.30
  • 2 Zone : AUD 5.00
  • DayRider Unlimited : AUD 10.00
  • Family Rider Unlimited : AUD 10.00

Memandangkan Mat Drat tak guna public transport, untuk detail dan panduan boleh rujuk 
  1.  https://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Special-Fares#DayRider
  2. Perkongsian dari mereka yang ke sini dengan bas
............................................................................. 

✅ 10. SEWA KERETA

Memandu di Perth Australia
Pengalaman Memandu di Perth memang menyeronokkan


Macam Mat Drat bagi tahu tadi, ada juga terfikir nak naik bas je untuk bergerak di Perth. 

Tapi lepas ambik kira beberapa faktor di bawah ni, Mat Drat decide sewa kereta pilihan terbaik.


Ni sebabnya Mat Drat rasa sewa kereta lebih sesuai dari menggunakan  bas  di Perth ;

1. Naik bas agak leceh jika dengan anak-anak. 
Agak leceh sebab perlu turun naik bas.
Kalau semua dewasa, dan satu geng tak ada masalah.

2. Perlu menapak. Akan lebih letih.
- Kena consider lagi lagi kalau ada bawa anak-anak kecil atau orang tua.
- Teringat masa di Fremantle, nampak ada orang kita yang menapak agak jauh dari E-Shed ke Rainbow Container. Memang jauh, kesian pun ada sebab tengah hari dan menjenjeng plastik beg. Semata-mata nak bergambar di Rainbow Container.

3. Tak banyak tempat boleh cover rasanya.
- Itinerari yang Mat Drat rancang kalau naik bas, memang agak simple trip tu jadinya. Macam pergi 2-3 tempat, lepas tu balik.

- contoh kalau naik bas ke Cavensham Wild Life Park, kita akan rugi sebab banyak tempat tak boleh pergi dengan bas. Kat area sana banyak tempat menarik.

- Memang betul, balik dari Cavensham tu kami boleh singgah 2 ladang anggur, singgah kilang chocolate Margaret Chocolate, singgah masjid Swan Valley, singgah makan ayam panggang Halal otw balik dan boleh singgah pulak pantai lagi petang tu.



Percutian Ke Perth Caversham Wildlife Park
Di Caversham Wildlife Park.
Nasib baik sewa kereta, kalau naik bas memang meletihkan




Fresh dari ladang...
Kalau datang naik bas ke Swan Valley, tak dapat la singgah sini.



Perkara kena tahu sebelum  sewa kereta di Perth, Australia

1. Lesen Malaysia vs International Licence
Tak perlu nak buat dan bawa International licence untuk memandu di sini.
Cukup bawa lesen Malaysia. 

2. Umur Minumum
Umur minimum nak sewa kereta kena 21 tahun. 
Tapi biasa bawah 25 tahun, akan kena bayar extra caj.

3. Harga sewa kereta.
Rate sewa berbeza-beza antara operator. Jadi kena survey.

Boleh compare di Rentalcars.com

Lihatlah, kategori kereta yang sesuai masa kat sana; 
  • Compact Car (5 seater) 
  • Sedan Car medium saiz (5 seater)
  • SUV (5 sseater ) 
  • People Carrier (MPV, 7-8 seater).
    • Cth Kia Grand Carnival, Hyundai Imax.
    • Mat Drat sewa Hyundai Imax (Starex)
  • Peopler Carrier (Van, 11-12 seater) 
    • Biasa Toyota Hi-Ace 
    • (Hati hati sewa van, ada tempat parking di apartment agak rendah).


Kereta Sewa Murah di Australia Perth Gold Coast Melbourne
Kereta Sewa Mat Drat selama 5 hari di Perth Australia.
Memang selesa dan murah.



4. Other charge
Caj lain-lain juga berbeza ikut operator. Kena baca betul-betul.
Contoh caj lain-lain tu macam delivery service, after office hour service.

Mat Drat pickup di airport, kena caj AUD 20 (dia pickup satu family dari airport dan bawa ke tempat kereta).
Bila pulangkan kereta waktu malam pula, kena caj 'after office hour'.

5. Car child seat
Kalau bawa anak kecil, kena (wajib) sewa car child seat.
Jangan sekali kali tak guna ye, kena saman nanti menyesal.

6. Pick-up di airport
Ada operator yang sediakan ambil kereta di airport, ada yang boleh di-arrange-kan dengan bayaran (extra fee). Biasa masa kita booking online boleh tahu.

7. Waktu Operasi
Tak banyak operator kereta sewa yang beroperasi 24 jam.
Jika ada, biasanya kena caj untuk after office hour.


8. Millege limit 
Kereta sewa, ada limit km sehari. 
Biasanya limit 100km sehari, maka kalau lebih akan kena caj. Caj excess berbeza, tapi biasanya AUD 0.25 / km

Contoh nak ke The Pinnacle yang jarak pergi balik dalam 500 km, excess caj dah mahal. Jadi boleh ambil pakej unlimited km, cuma perlu bayar lebih.

Atau kalau sewa lama, mungkin pakej auto jadi unlimited. 

Macam Mat Drat, sewa 3 hari dan lebih, syarikat oeprator kereta sewa bagi unlimited km. Jimat dah kat sini.

9. Insurance
Sebolehnya ambil lah insuran, jadi apa-apa kita dilindungi.
Exchange rate AUD ni mahal, kena repair kereta nanti boleh 'bengkok' kita. 

Memandu ke The Pinnacle tu contohnya, kalau lewat petang mungkin ada kanggaroo melintas, kalau terlanggar mahal nak repair kereta.

Kisah Sahabat
Kawan Mat Drat pun remind kpd Mat Drat, ambil full insurance. Sebab family member dia ke Australia dan tak ambil insurance full. Nak jadi cerita, bumbung van kemek masa parking di shopping mall. Bukan kemek sikit, teruk jugak la. 

Operator kereta sewa caj kaw-kaw kredit kad dia (kredit card detail dah bagi awal masa booking). Nasib baik dia kata limit tak sampai RM 20,000. Kalau tak, kes haru kena ganti.. boleh dapat harga satu kereta.

10. Bond
Bond ni macam deposit la.
Amaun bond berbeza ikut operator.
Operator akan 'freeze'kan amaun tertentu pada kredit kad kita, mungkin dalam AUD 200-500, bergantung kepada operator. Jadi apa-apa, mereka dah pegang kredit card kita. Nanti mereka caj je.
Biasa bond ni akan diclearkan apabila kita pulangkan kereta dan tiada apa-apa kerosakan atau apa-apa kena repair.

Rezeki Mat Drat, kereta sewa Mat Drat tak perlu bayar Bond. 


11. Sewa GPS
Nak jimat, tak payah sewa la. Boleh guna WAZE atau Google Map je. 
Mat Drat guna waze je sepanjang di sini, cukup mudah dan membantu. Nak cari parking pun senang.



Syarikat Kereta Sewa di Perth, Australia

Kebanyakkan syarikat sediakan perkhidmatan booking secara online. Senang, booking online sahaja. Hertz, Trifty, Avis, Alpha, Europcar antara syarikat besar dan sediakan pick-up kereta di airport. Jimat dan memudahkan.

Rate harga mereka ni kita boleh survey dan compare di Rentalcars.coms

Mat Drat hari tu lambat, kereta saiz besar tak ada. Terpaksa ambil dari luar. Kena bayar extra fee sikit.

Kalau datang waktu cuti sekolah, better booking awal lagi-lagi kalau cari kereta yang saiz besar.




............................................................................. 

✅ 11. PEMANDUAN DI AUSTRALIA

Mat Drat share sikit tips memandu di Australia. Rasanya sama je tak kiralah memandu di Perth ke, Gold Coast ke, Sydney ke atau mana-mana kawasan di Australia ni.

Memandu di Australia ni kena ingat dan tahu beberapa perkara je

1. Undang-undang kena ikut.

Masuk tempat orang, ikut la undang-undang orang kan. Saman sini mahal.

2. Jangan guna telefon semasa memandu, kena saman mahal ye.
Semua negara tak boleh, tapi siji saman mahal. 

3. Jangan belok 'last minit' di simpang. (Pancung/potong Q)

Kalau kita nak belok kiri / kanan, ikut 'Q' ye...beratur. Jangan ikut style di Malaysia, last minit baru bagi signal dan potong Q. 
Sini saman tak mahal untuk kesalahan tu, AUD 200 je... he he he. Sebab Mat Drat tahu dah ada yang kena, orang kita...

4. Jangan lebih speed limit. Ikut je la.
Memang 'memenatkan' drive jarak 100 -200 km, tapi speed limit 80km/h je.
Percayalah, kalau jumpa speed limit yang 90 km/h atau 100 km/h tu.... lega sekejap. Boleh lepas gian sikit. Kat Malaysia, dah biasa tekan pedal minyak kan, kat sini banyakkan bersabar.

Sini ada speed trap ada yang jenis camera static, dan ada yang mobile (polis tunggu dengan kereta).

Kalau kat kawasan sekolah (school zone) 40km/h shj ye, ikut la speed limit tu. Jangan lebih walau sikit pun.

Mat Drat di hari terakhir kat sini, jumpa akak sorang tu dari KL sibuk tanya Mat Drat kena saman ke tak. Dia kata dia kena saman on the spot sebab drive lebih 40 km/h kat kawasan sekolah. Melayang duit dia, tak silap AUD 200.

5. Kat Highway pun tak  drive laju

Jangan terkejut, kat highway yang 4 5 lane, mereka punya speed limit 90-100 km/h sahaja.

Berjujut-jujut la kereta dalam speed yang sama. Majority semua ikut speed limit dan dalam jarak selamat, bukan jarak 'cucuk belakang' macam kat Malaysia.

Nak memotong kenderaan depan pun susah, sebab semua memandu speed maksimum. Kalau nak memotong, nak laju sikit nanti dah lebih had laju. Kena saman pulak. Nak potong kereta kat highway pun, hampir beratus meter baru dapat potong sebab nak elak over speed limit.

Bersabar sungguh mereka kat sini.

6. Kadar Saman speed limit

Ni rate saman kat WA (Western Australia)
  • 0 - 9 km/h : AUD 100
  • 9-19 km/h : AUD 200
  • 19-29 km/h : AUD 400
  • 29-40 km/h : AUD 800
  • Lebih 40 km/h : AUD 1,200
Kalau rasa nak bayar saman, drive la lebih speed limit. Tak dapat saman on-the-spot, masa kita return kereta nanti pihak syarikat akan check saman, kalau ada mereka akan tolak kredit card.


............................................................................. 

✅ 12. PARKING MAHAL DI AUSTRALIA

Parking di Perth ni agak mahal sebenarnya, boleh kata Australia memang macam tu.

2 pilihan untuk parking, 
- Street Parking
- CPP atau Wilson Parking

1. Street Parking

Signage Parking
Sumber : carguideau

Kawasan yang boleh parking kereta tepi jalan (street parking) akan ada petak parking dan signboard/signage. Jangan la cuba parking selain dari tempat dibenarkan, atau park tanpa bayar. Mereka sentiasa meronda. 

Tanda 1P, 2P atau 3P di signage parking menunjukkan limit parking dikawasan tu sama ada 1, 2 atau 3 jam sahaja boleh parking.

Kebanyakan waktu parking beroperasi adalah 8.00am-6.00pm. Lain tempat, lain waktu.  Park kereta selepas waktu ditetapkan, tak perlu bayar,

Kadar parking kalau di tengah Perth CBD ni adalah AUD 5/ jam. Memang mahal, hampir RM 15 sejam tu (bila convert to RM).  Paling kurang kita perlu bayar AUD 2 untuk 20 minit.

Kawasan luar dari Perth CBD, mungkin murah sikit. Boleh cek kadar parking di https://www.visitperth.com.au/getting-around/parking

Kalau menginap di apartment, di kawasan kejiranan pun kena bayar parking kalau di situ ada signboard parking. Tengok betul-betul di kawasan tu kena bayar parking atau tidak.

Kawasan Apartment yang Mat Drat sewa, selepas 6pm baru tak kena bayar parking, jadi tak ada masalah sebab dalam 8am kami dah keluar dan balik lewat petang.

2. CCP Parking / Wilson Parking




CCP dan Wilson Parking satu lagi option kita nak parking. 

Ada banyak jugak kawasan parking CPP dan Wilson ni, ada di open space dan ada di bangunan.

Rancang betul-betul tempat nak parking, boleh kata memang agak mahal.

Pengalaman Mat Drat
Mat Drat sampai sini hari sabtu (weekend), jadi petang tu nak ke meronda area Elizabeth Quay. Jadi parking terdekat adalah di CPP Convention Centre. Bila masuk kena bayar AUD 17 per/entry. Dah dekat RM 60 sekali parking!! 

Betul-betul mahal parking kat Perth ni (rasanya Australia ni memang mahal parking, sebab kat Gold Coast dulu pun mahal jugak!!)

Contoh parking rate di CPP area Elizabeth Quay ;
  • Monday - Sunday = AUD 6/perhour
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekday) = AUD 23/ entry
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekend) = AUD 17/ entry
  • 6.00pm - 5.59am (Night) = AUD 17/ entry
Nak tahu rate parking CPP ni, cek di https://www.cityofperthparking.com.au/

Kesimpulannya, memang mahal.

............................................................................. 

✅ 13. INSURANCE / TAKAFUL MURAH 

Walau pun masa sewa kereta, dah ambil insuran untuk kereta. Jangan lupa juga insuran/takaful untuk diri sendiri dan keluarga.

Mat Drat biasanya ambil ETIQA Takaful kalau ke oversea, tak pernah rasanya ambil insurance dengan airlines atau third party masa beli tiket tu. 

Coverage lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;

1. TAKAFUL. 
Kita muslim, seboleh-bolehnya ambillah product takaful. Tinggalkan product konventional.

2. Cashless. 
In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. Kat overea, kos hospital dan perubatan sangat lah mahal.
Kalau kena bayar deposit je dulu pun, susah juga nak cari duit on the spot tu.

Dan dah biasa juga rasanya kita dengar dan terbaca kes-kes rakyat kita terpaksa minta bantuan sebab kos perubatan terlalu mahal di oversea.

3. Rebate 25%. 
Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.



.............................................................................. 

✅ 14. HOTEL / APARTMENT MURAH DI PERTH

Sewaktu di Perth, Mat Drat menginap di Apartment di Hay St (Hy Street), kira pusat bandar Perth.

Jalan Hay St ni agak panjang, jadi boleh pilih hotel/apartment di sepanjang Hay St ni.

Ni antara sebab Mat Drat suka area sini Hay St ni ;

1. Pusat Bandar
Kira betul-betul pusat bandar la... nak buat aktiviti meronda jalan kaki, tak ada masalah.

2. Laluan Bas Perh CAT Bus
Perth RED CAT bus lalu di Hay Street dan Murray St. Boleh naik bas kalau nak jimat duit parking, tapi kena make sure destinasi dituju tu termasuk dalam laluan Perth CAT Bus.

3. Dekat dengan kedai serbaneka dan pasaraya (mini) - halal meat
Nak beli apa-apa, kalau terdesak tengah malam (lapar), boleh ke sini. Yang penting satu store jual halal meat pun ada kat sini (bagi yang menginap di apartment yang dibenarkan masak). 

Mat Drat beli barangan basah dan keperluan di Golden Hay Supermarket sebab dekat.

4. Dekat dengan restoran/gerai halal
Dalam 200 meter ada Nemroz Kebab. Senang nak makan kalau lapar.

5. Tak Jauh dari beberapa Tempat Menarik
Antaranya 
- King Park (3 kali Mat Drat berpicnic kat sini)
- Elizabeth Quay
- Chemist Warehouse (rugi siapa tak shopping pergi sini!!)
- London Court (yang minat shopping)
- Museum of Perth (yang kaki muzium)
- The Perth Mint (kira muzium la juga ni)
- Elizabeth Quay Bridge / The Esplande / Bell Tower
- Swan River Cruise

Apartment Mont Claire (Muslim Friendly)-Hay St

Mat Drat menginap di sini. Unit ni ada 
- 2 bedroom (katil 1 Queen dan 2 Single)
- double sofa bed di living hall
- Sebab kami ramai, Mat Drat request extra mattress (1 queen n 1 single). 

Yang bestnya Apartment ni hanya disewakan kpd penyewa Muslim. Jadi tak risau nak guna peralatan dapur dan pinggan mangkuk. Beli ayam dan telur, masak kat rumah. Banyak jimat.😊

Owner apartment ni, Dato Burn cukup peramah. Staff dia pun friendly dan sangat membantu, tips di Perth pun mereka bagi. 

Unit terhad, elok booking awal lagi-lagi kalau school holiday. Susah nak Cari Apartment yg Muslim Friendly Kat Perth ni, terutama yang boleh masak.

Lokasi pulak kira memang terbaik la... CAT Bus Free Tak jauh, boleh jalan kaki je. Nak beli ayam/daging untuk dimasak pun walking distance je kedai tu.

Mat Drat tahu apartment ni pun melalui kawan-kawan yang dah ke sini.

Rate : 
AUD 150/nite ( 4 pax).  
Tambahan AUD 10/pax satu malam jika lebih 4 orang .
Untuk tanya / reserve, boleh whatsapp : Apartment Perth Muslim

Kalau unit ni tak available (mungkin penuh), dan nak stay area sini kena cari option lain la.

Boleh la intai  beberapa hotel/apartment area Hay St atau Murray St dan sekitar. Mat Drat senaraikan beberapa je. Nanti dah click, boleh la view hotel-hotel yang berdekatan dengan hotel yang kita click tu.

Update 2022
Buat masa ni owner masih tidak terima booking utk apartment. Mat Drat akan update semula jika Dato' terima semula untuk tempahan.


Apartment murah di Perth   

Mat Drat share link 3 apartment, Mont Claire Boutique dan Mantra on Murray. Ketiga-tiga ni saling berdekatan.

 Hotel murah di Perth   

Kalau datang ke sini berdua atau bertiga sahaja, atau mungkin tak perlu apartment, mungkin lagi jimat menginap di hotel sahaja.

Hotel dan apartment di Perth CBD ni banyak, ikut budget kita je. 

Mat Drat share beberapa hotel di area Hay St & Murray St.
- Hotel bawah RM 300-400/ nite
- Hotel bawah RM 400-500/ nite


Tips/Nota untuk book hotel:
- Harga berubah-ubah ye. 
- Mat Drat kategorikan ikut harga waktu blog entry ni ditulis.
- Baca juga review sebelum decide pilih hotel.
- Kalau pergi time peak season, better tempah awal.
- Kalau sewa kereta, cek dan baca juga mengenai parking lot.
- Cek juga apartment tu boleh masak atau tak (kalau nak masak)
- Stay ikut limit yang owner tetapkan ye, jangan daftar 4, tapi masuk lebih. (contohnya)


Hotel Bawah RM 300-RM 400 / nite




πŸ‘‰ Comfort Hotel



πŸ‘‰ Travelodge Hotel


πŸ‘‰ Pensione Hotel



πŸ‘‰ iBIS Perth Hotel



Hotel  RM 400-RM 500



πŸ‘‰ Holiday Inn Perth


πŸ‘‰ Duxton Hotel


πŸ‘‰ Mercure Hotel




πŸ‘‰ Four Season by Sheraton



Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth
Apartment. Living hall luas. Ada sofa bed.

Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth
Ruang dapur. Kira lengkap la

Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth
Bathroom siap ada bathtab di master bedroom

Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth
Lengkap dengan washing machine dan dryer

Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth
Master Bedroom. Tilam extra.
Percutian Perth Itinerari Apartment Murah Perth



Percutian Perth Itinerari Minimarket halal food
Minimarket berdekatan dengan apartment.
Dalam 300 meter sahaja.
Ada meat halal section

Sardin pun ada... Tapi harga boleh tahan. 
Kalau terdesak, boleh la beli.
Non-halal product pun ada, yang penting sebelum beli tengok betul-betul


..............................................................................

✅ 15. TEMPAT MAKAN HALAL DI PERTH AUSTRALIA

Tapau dari Charcoal Chicken Express masa balik dari Swan Valley, dan picnic di King Park


Antara yang Mat Drat baca, restoran dan cafe halal di Perth :

  1. Santai Cafe ( Restoran baru, owner Dato' Burn)
  2. MyRasa
  3. Sedap Place
  4. Charcoal Chicken Express
  5. Cafe Rasa Sayang
  6. Ispa Kebab
  7. Malaysian Dining Delight
  8. Manise Cafe
  9. Indonesia Indah Restaurant 
  10. Satay on Charcoal
  11. ROC Kebab - Big W 

Boleh baca di πŸ‘‰ Tempat Makan Halal di Perth 

..............................................................................

✅ 16. TEMPAT BELI BAHAN MENTAH HALAL

Mat Drat bahan mentah dan makanan halal seperti ayam, telur, roti di Golden Hay Supermarket sebab dekat dengan apartment yang Mat Drat stay. 

Barang-barang lain seperti beras, sardin dan perencah pun ada. Tapi Mat Drat dah bawa dari Malaysia.

Boleh baca di πŸ‘‰ Apartment Muslim Fiendly di Perth 

............................................................................. 

✅ 17. TEMPAT MENARIK DI PERTH

Memang banyak, Mat Drat pecahkan ikut kawasan, senang nak susun itinerari.  Bergantung kepada berapa hari kit akat sini, lagi lama lagi banyak tempat boleh cover.

Mat Drat 5 hari sahaja, dapat cover sebahagian je dari senarai di bawah. Kalau yang guna public transport, lagi sikit tempat dapat cover.

Paling kurang kalau ke Perth ni untuk yang first time, Mat Drat rasa 5 hari la minimum.

Untuk 4-5 hari, boleh draft itinerari untuk cover tempat-tempat area ni. Setiap lokasi ni, untuk puas dan berbaloi kita luangkan masa 1 hari. Cadangan Mat Drat la.
  • 1 hari - Perth City / Perth CBD
  • 1 hari - Area Swan  Valley ( Carversham Wild Life Park0
  • 1 hari - Yanchep (The Pinnacle & Lancelin)
  • 1 hari - Fremantle Area
  • 1 hari - Mandurah / Penguin Island
  • 1 hari - Rottnest Island
Mungkin ada yang plan nak drive ke 2 area bawah ni, boleh la budget tambah hari.
  • Busselton / Margaret River / Augusta - Perlu 3 hari
  • Albany / Denmark / Pemberten - Perlu 3 hari
Mat Drat teringin juga nak drive ke Albany n Denmark, cantik scenary.  Seronok tengok kawan Mat Drat share pengalaman dia memandu ke situ.

Tempat-tempat menarik di Perth ni Mat Drat pecahkan ikut kawasan. Senang nak susun itinerari.

1. Lokasi : Perth Town / Perth CBD
Antara lokasi tumpuan area sini adalah
  • Elizabeth Quay
  • Elizabeth Bridge
  • Swan River Cruise
  • The Bell Tower
  • Blue Boat House
  • Barrack Square
  • King Park & Botanic Garden
  • Perth Mint
  • Perth Mosque.
Boleh baca perkongsian Mat Drat di link berikut
πŸ‘‰ Elizabeth Quay


2. Lokasi : Fremantle
Antara lokasi tumpuan dan aktiviti yang biasa kalau ke area sini 
  • Ronda Market street
  • Shopping Souveniour @Megabes / @Freo
  • Ronda Fremantle Esplanade
  • Lunch Fish n Chip @Kailis' Fish Market atau Cicerellos, 
  • The Perth Round House
  • Rainbow Sea Container
  • Light House (green n red)
  • Fremantle Prison
Light House tu, Mat Drat plan sendiri je, tak jumpa lagi ada orang kita pergi dan kongsi di blog.. he he he

Boleh baca perkongsian Mat Drat di link berikut
πŸ‘‰ Day 2 ke Fremantle

3. Lokasi : Pantai-pantai (Beaches)
Pantai kat Perth ni memang cantik-cantik antaranya 
  • City Beach Perth
  • Cottesloe Beach
  • Scarborough Beach
  • Sorrento Quay
  • Hillary's Boat Harbour
Datanglah waktu sunset, pasti terpersona.

Boleh baca perkongsian Mat Drat di link berikut
πŸ‘‰ Day 1 dan 2 ke Pantai cantik di Perth

4. Lokasi : Swan Valley
Antara lokasi tumpuan dan aktiviti yang biasa kalau ke area sini 
  • Carversham Wildlife Park
  • Margaret Chocolate Factory
  • Grape Farm, Providore
  • Yahava KoffeWorks
  • The Cheese Barrel
  • Swan Valley Mosque
Satu hari pasti akan habis di sini

Boleh baca perkongsian Mat Drat di link berikut
πŸ‘‰ Day 3 Ke Swan Valley
πŸ‘‰ Day 3 ke Caversham Wildlife Park
πŸ‘‰ Day 3 ke Margeret Chocolate, Grape Palace

5. Lokasi : Yanchep 
Yancheap lokasi agak jauh dan biasa pelancong ke sini akan menuju ke 
  • The Pinnacle ( Gurun pasir dengan struktur batuan unik)
  • Two Rock Beach
  • Lancelin Sand Dune
  • Yanchep National Park
  • Lobster Shack.
Lokasi yang agak jauh dari Perth dan kedudukan antara tempat-tempat ni agak jauh, jadi satu hari agak sukar nak cover semua tempat ni. Biasa untuk sehari, destinasi tujuan adalah The Pinacle, Lancelin Sand Dune dan Lobster Shack. Itupun balik akan sampai malam di Perth.

Sangat tak digalakkan memandu di kawasan ni pada waktu malam, sebab jalan agak sunyi dan untuk elak terlanggar hidupan liar seperti kanggaro.

Boleh baca perkongsian Mat Drat di link berikut 
πŸ‘‰ Hari 4 : Memandu di Indian Ocean Drive
πŸ‘‰ Hari 4 : Ke The Pinnacle dan Lancelin Sand Dunes

6. Lokasi : Rockingham / Mandurah
Mandurah juga agak jauh. Lokasi tujuan dan aktiviti kalau ke sini 
  • Penguin Island
  • Dolphin Watching cruise
Boleh baca perkongsian Mat Drat di link berikut 
πŸ‘‰  Day 5 ke Mandurah Dolphin Cruise

Mat Drat teringin juga nak drive ke Albany n Denmark, cantik scenary.  Seronok tengok kawan Mat Drat share pengalaman dia memandu ke situ.

Bagi yang nak drive sehingga ke Albany atau Denmark, perlu tambah itinerary dalam 3-4 hari lagi untuk kepuasan percutian.

............................................................................. 

✅ 18. TEMPAT SHOPPING MURAH DI PERTH

Antara tempat shopping yang agak murah di Perth adalah ;
  • Beli souveniour di kedai Aussin di E Shed Market atau di Freo di Fremantle Street
  • Beli pinggan mangkuk (Correle) di Big W
  • Beli perfume dan supplement di Chemist Warehouse 
  • Beli brand Smigle di Harbourtown 
Boleh baca di 













............................................................................. 

✅ 19. ITINEARI PERCUTIAN DI PERTH

Untuk itinerari 6H5M percutian Mat Drat ni, Mat Drat kongsikan di entry berikutnya




πŸ‘‡πŸ‘‡
  Itinerari Percutian Ke PERTH  





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


41 comments:

  1. Bestnya! Sangat details! Memang teringin nak pergi Perth. Boleh la buat rujukan akan datang nanti. Thanks for sharing. Semoga dipermudahkan urusan tuan sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cik Yaya...
      Kalau pergi nanti, jgn kurang dari 5 Hari ye...😊

      Delete
  2. wah bestnye bercuti dekat perth.tq jugak diatas segala info yang sangat detail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, kemas perkongsian dar Mat Drat, nk tny, kanak2 umur berapa yang wajib pakai carseat?

      Delete
    2. Cik Yanaakou, tak silap saya (tak pasti) under 7/8 tahun wajib. above 8 kalau saiz badan kecil, pun kena pakai.

      Delete
  3. Wow. Kagumnya dengan penerangan terperinci sebegini. Nie memang balas dendam lama tak menulis ke apa? Hehe. Rawlins pernah travel ke Brisbane, Sydney dan Melbourne. Rawlins paling suka melbourne - very laid back and serene.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring...😊

      Bestnya Melbourne... Lama dah teringin. Nak sgt rasa pengalaman Sydeny to Melbourne coastal drive

      Delete
  4. Saya biasanya kalau mohon visa Australia tiga atau empat bulan lebih awal... kalau ada visa yang di reject sempat lagi nak buat rayuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul sgt tu.. mmg kena apply awal, Mat Drat pun 2 kali resubmit utk anak.

      (Tq ye, lupa nak mention dlm blog Kat atas, kena apply awal)

      Delete
  5. Wow..semua tips kat atas tu sangat-sangat membantu, thanks sebab gigih buat entry ni dengan detail dan panjang lebar, at least siapa yang nak travel ke Australia boleh rujuk entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhari hari baru siap...ni pun baru 80-85%.

      TQ la kalau baca sampai habis..πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  6. Thank you for such a detail post!
    I don't think I nak travel ke Australia, I think I am going to migrate to Australia.

    ReplyDelete
  7. Panjang lebar penerangan tuan kali ini. Sememang kena ada penerangan sebegini di perlukan oleh newbie nak travel ke luar negara. Terima kasih!

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak ke Perth, dah lupa cam ne suasana kat sana..hehehe.
    Detail betul tips dan info yg diberi. Terbaik, part yg paling best tu siap labelkan makanan dn plastikkan..tak terpikir sis nak buat mcm tu, nanti kalau kemana mana bolehlah sis ikut cam gini

    ReplyDelete
  9. Teringin nak pergi Perth Australia, menarik perkongsian ini, nak bookmark.. Padat semua info terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Bestnya percutian ker Perth yang sangat menyeronokkan kita tengok kita tahu best dan juga tips dalam ni sangat banyak dan berguna lah bagus sharing ni hehehe nanti kita nak pergi sana boleh lah baca kat sini...

    ReplyDelete
  11. Wah.. Menariknya percutian ke Australia.. AM xpenah sampai lagi. Ada rezeki ke sana, leh la AM rujuk entri mat drat nie.. Tq ya.. Padat dgn info berguna

    ReplyDelete
  12. Fuh.. panjang lebar tips dan perkongsian pengalaman bercuti ke Perth Australia.. untungnya dah sampai ke sana.. huh.. Bila la turn kami pulak ni.. heee

    ReplyDelete
  13. Lengkap betul perkongsian kali ni. Suka baca. Betullah kalau nak pi tempat orang kena ikut peraturan dorang kan. Kita pun happy je nak bercuti. Nanti Qiss ikut tips ni kalau nak ke sana.

    ReplyDelete
  14. Wah!!! Seronoknya Mat Drat sekeluarga... percutian yang ditaja gitu... bestnya... terus rasa macam nak pergi Perth lepas baca review yang sangat lengkap ni... memang sesuai untuk kita jadikan panduan sekiranya ingin melancong ke tempat yang sama... from A to Z ada diterangkan di sini... happy reading gaissss...

    ReplyDelete
  15. MasyaAllah tuan. Sgt details tuan bagi tips percutian ke Perth. Terima kasih banyak2 utk sharing yg sgt2 bermanfaat ni. Serba serbi lengkap infonya. Untung mereka yg nk bercuti ke perth especially 1st timer & bawa anak2. Mmg rekemen sgt utk rujuk sini

    ReplyDelete
  16. Lia memang plan nak bercuti ke Perth tapi next year 2020. Banyak kali simpan hasrat tapi sebab member Yang pergi ada masalah dari segi visa dan juga tak lepaa fly. Ru yg risau jugak. Harap sangat dapat kesampian

    ReplyDelete
  17. setakat ni tak ada plan nak ke sana tapi ini satu artikel yang bagus untuk dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang nak ke sana nanti.

    ReplyDelete
  18. tips yg sangat2 membantu tuan..insha allah akan ke sana bulan pertengahan bulan 11 nanti

    ReplyDelete
  19. Bestnya tengok org melancong ke sana kemari. Baguslah update penuh dengan butiran mcm nie. Lepasnie boleh rujuk kot2 nak travel ke sini kn. apa2 pon gambar2 semua nampak cantik je. Jdi teringin nak pergi

    ReplyDelete
  20. Tq for sharing. Ingat plan nak ke sana tahun depan. Tapi cam takut pulak byk nak kena study dulu tmpt2 nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, Perth banyak tempat menarik jadi perlu study utk maximizekan itinerary.

      Delete
  21. Thanks for sharing. Boleh terangkan tak macam mana untuk claim balik GST. Kalau beli apa2 barang tu kena beli dekat mall yang sama ke (sebab untuk dapatkan acount GST yg sama).

    ReplyDelete
  22. Thank for sharing. Boleh share tak macam mana untuk claim GST, mmg kena beli barang di mall yang sama ke (sebab untuk dapatkan akaun GST yang sama).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kena dari kedai yg sama.
      Baca term di link saya letak sbb tak semua brg boleh claim.

      Kat link tu, ada diterangkan jugak cara claim.

      Delete
  23. salam, mcm mana cik boleh tak dikenakan bond utk sewa kereta tu? nak tahu jugak :D tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasallam. mungkin polisi syarikat tu tak kenakan bond.

      Delete
  24. Alhamdulillah sgt jelas & detail. TK. Moga dapat pahala berganda. Amin

    ReplyDelete
  25. Hai.. Nak tya. flight dari KL pukul 00.05 kan.. contoh tiket, monday 00.05 saya beli. so ahad mlm tu sy pya flight or isnin mlm selasa? confuse ckt yg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cek blik waktu flight ye.. waktu saya , AA punya 00:15

      kalau tiket flight monday 00.05 (ikut tarikh), maknanya 'Ahad mlm Isnin'.

      Ahad ptg / mlm isnin tu dah ke airport

      Delete
  26. assalam tuan..terima ksih atas info y sgat membantu dan padat.. maklumat dri blog mat drat saya berjaya travel ke korea tanpa agent dan ogos ni saya akan ke perth pula..alhamdulilah..umur panjang diberi kesihatan y baik akan sampai nti..insyaAllah..saya nak tanya tuan,untuk kereta sewa klo pick up dri airport senang x untuk cari shuttle bus ? terima ksih banyam tuann.

    ReplyDelete
  27. salam

    terbaik
    saya save untuk panduan saya next travel
    terima kasih

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum

    Tuan saya bercadang untuk ke Perth (3 hari) dan kemudian ke Melbourne. Ada tips dari segi flight ke Melbourne ?

    ReplyDelete
  29. Terima kasih Tuan..sy teringin nk ke Perth dg family.Perkongsian Tuan sgt membantu

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.