- Mat Drat dari dulu tertanya tanya apa beza Beza United Kingdom (UK), Great Britain (GB) dan England ni.
- Pernah beberapa tahun dulu masa di KLIA, Mat Drat berbual dengan sorang Mat Salleh dari UK, puas dia terangkan perbezaan ni. Last sekali Mat Drat cakap "masih terconfius".
- Sehinggalah masa di Edinburgh hari tu, Mat Drat cari sikit info apa beza antara semua ni.
- Dan Mat Drat kongsikan serba sedikit bagi merungkai kekeliruan ni...
Tapi sebelum tu, boleh baca 2 entry berkaitan percutian Mat Drat ke United Kingdom (London dan Edinburgh)👇👇👇
BRITISH ISLE (Kepulauan British)
- Ada yang baru dengar 'British Isle' ni dan ada yang memang dah lama tahu.
- British Isle ni merujuk kepada kedudukan Geografi 2 buah 'kepulauan' besar iaitu Great Britain dan Ireland serta hamper 6000 buah pulau kecil yang lain seperti The Isle of Man, The Isle of Sicily dan lain-lain.
- Great Britain terdiri dari England, Wales dan Scotland.
- Ireland pula terdiri dari Ireland Utara dan Republic of Ireland. Tapi orang Republic Ireland tak suka digelar mereka termasuk dalam British Isle sebab mereka bukan sebahagian dari British!!
- Pulau-pulau kecil tu terdiri sebahagian dari England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.
- Contoh macam bila kita sebut 'Borneo', ia merujuk kepada geografi kepulauan Borneo yang terdiri dari sebahagian Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak, Sebahagian Indonesia iaitu Kalimantan dan Negara Brunei.
- Lari tajuk sikit ye
- The Isle of Man ....cukup terkenal dengan Event The Isle of Man TT
- The Isle of Man TT atau nama panjang dia "The Isle of Man Tourist Troopy" adalah acara permotoron tahunan yang telah bermula dari tahun 1907.
- Mat Drat rajin juga layan video The Isle of Man TT ni...
............................................................
UNITED KINGDOM (UK)
- United Kingdom adalah singkatan kepada United Kingdom of Great Britain and Ireland
- United Kingdom (UK) merupakan sebuah Negara berdaulat di bawah UN (United Nation)
- United Kingdom ni ditubuhkan pada 1801 melalui Acts of Union 1800, dimana pada waktu itu Great Britain bergabung dengan Ireland.
- United Kingdom (UK) ini terdiri dari 4 komponen negera iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland.
- Macam Amerika juga, ia juga dikenali sebagai US, iaitu United State. Ia adalah singkatan dari United State of America (USA). USA ni pula terdiri dari 50 buah negeri.
- United Kingdom of Great Britain and Ireland ini dahulunya merangkumi keseluruhan Ireland. 1919 berlaku peperangan dari puak pemisah Ireland dengan pihak British dan akhirnya menyebabkan kerajaan British memisahkan Ireland kepada 2 bahagian iaitu Ireland Utara (sebahagian United Kingdom) dan Republic of Ireland (sebuah negara bebas).
- Sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an, kita masih sering terdengar gerakan IRA ini cuba memperjuangkan ideologi mereka yang Ireland sepatutnya bebas keseluruhannya dari British.
- UK ni mempunyai parlimen (semestinya) sebab ia negara yang berdaulat.
- Pound British (GBP) boleh diterima di kesemua 'negara' ( England, Wales, Scotland dan Ireland) tanpa masalah.
............................................................
GREAT BRITAIN (GB )
- Great Britain adalah merujuk kepada geografi kepulauan yang terbesar di dalam British Isle, di mana ia merangkumi England, Wales dan Scotland.
- Britain di ambil dari bahasa Roman iaitu Brittania
- Great pula ada versi iaitu
- Versi 1 : Great digunakan untuk membezakan satu kawasan di Perancis yang dinamakan Brittany
- Versi 2 : Berasal dari Raja James 1 yang mahu menunjukkan bahawa dia bukan raja kepada Kerajaan Roman Britain Lama (England dan Wales) tetapi juga raja kepada keseluruhan kepulauan Britain dan menggelarkan dirinya sebagai King of The Great Britain
- Selama ni Mat Drat ingatkan UK tu sama dengan Great Britain. Tersilap selama ni rupanya.
- Jadi beza United Kingdom dan Great Britain (GB) tu adalah GB tidak termasuk Ireland Utara. Maknanya GB hanya merujuk kepada 3 negara tadi sahaja iaitu England, Wales dan Scotland.
- Confius? Keliru?? Biasa la.
- Pasukan Olimpik UK pun yang terdiri dari Great Britain dan Ireland Utara telah menggelarkan diri mereka "Team GB" mulai 1999.
- Nanti Mat Drat share sikit kat bawah.
............................................................
ENGLAND
- England adalah sebuah negara di dalam United Kingdom
- Status England adalah sama seperti Wales, Scotland dan Ireland Utara di mana ke empat-empat negara ini menjadi komponen kepada United Kingdom. Jadi England bukanlah sebuah negara yang berdaulat.
- England tiada 'kerajaan' kerana ia ditadbir oleh terus (terus) dari parliament UK. Berbeza dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara.
SCOTLAND, WALES & IRELAND UTARA
- Scotland, Wales dan Ireland Utara juga sama seperti England dimana kesemua negara ini merupakan komponen negara di bawah United Kingdom.
- Ketiga-tiga negara ini (Scotland, Wales dan Ireland Utara) mempunyai 'government' sendiri dimana wujud 'Devolution' atau penurunan kuasa dari parliament UK.
- Scotland, Wales dan Ireland Utara juga mempunyai ibu negara masing-masing (capital city)
- Scotland - Edinburgh
- Ireland Utara - Belfast
- Wales - Cardiff
- * Cardiff ni kalau peminat bola akan terus kaitkan dengan Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, founder Berjaya Group.
............................................................
............................................................
Jom kita peningkan kepala sikit....
LONDON
- London terletak di dalam England dan merupakan bandaraya terbesar di England, juga terbesar di United Kingdom dan terbesar di Eropah.
- Dan London adalah capital city of United Kingdom
- Ada kata London bukanlah Capital City of England. Mat Drat pun confius.
- Jadi, sesiapa yang dah melawat London tu kira dah melawat England, Great Britain dan United Kingdom
............................................................
IRELAND
- Ireland (kepulauan Ireland) terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ireland Utara dan Republik Ireland.
- Sebelum 1922, Ireland adalah merujuk kepada satu negara sahaja iaitu kepulauan Ireland itu.
- 1919 berlaku peperangan dari puak pemisah Ireland dengan pihak British.
- 1921 akhirnya kerajaan British dan puak pemisah Ireland bersetuju melakukan genjatan senjata dan akhirnya pada Julai 1921 Kerajaan British memisahkan Ireland kepada 2 bahagian iaitu Ireland Utara (sebahagian United Kingdom) dan Republic of Ireland (sebuah negara bebas).
- Sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an, kita masih sering terdengar serangan keganasan yang dilakukan oleh gerakan IRA sama ada didalam berita atau pun di dalam filem.
- IRA ini adalah pertubuhan yang memperjuangkan Ireland sepatutnya bebas keseluruhannya dari British.
............................................................
Jom kita peningkan kepala sikit....
Jika United Kingdom merupakan negara yang berdaulat dibawah United Nation (UN), kenapa pulak sewaktu World Cup ada penyertaan dari England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dan bukannya mewakili United Kingdom??
Jika United Kingdom tu negara yang berdaulat, kenapa pula sewaktu sukan Olimpik mereka di kenali dengan Team GB ??
Fifa World Cup - (England, Wales, Scotland & North Ireland)
- Biasa tengok World Cup kan?? Dan mesti perasan ke-empat-empat negara ni sertai World Cup sebagai satu 'negara' yang berbeza.
- Ini kisahnya....
- Semuanya kerana perlawanan bolasepak antarabangsa pertama berlaku diantara negara-negara di Great Britain, iaitu antara England dan Scotland (1872).
- Kira negara-negara ni pelopor sukan bolasepak dan cukup hebat waktu dahulu sehinggalah terlahirnya FIFA.
- Ni sejarahnya
- 1863 - Football Asscociation (FA) pertama. Waktu ni masih belum pasti 'terrotori' FA ni sama ada untuk England sahaja atau untuk United Kingdom. Masih samar-samar.
- 1873 - Scottish Football Association tertubuh.
- 1876 - Football Association of Wales pula tertubuh.
- 1880 - Irish Football Association pula tertubuh kemudiannya.
- 1872 - 1900 - Banyak game bola antara 4 negara ni.
- 1904 - FIFA ditubuhkan
- Sebagai penghargaan kepada 4 negara ni yang memperkenalkan perlawanan antara negara (antarabangsa) pertama di dunia, jadi penghormatan diberikan kepada mereka untuk sertai secara berasingan.
- Lagipun 4 team ni waktu awal ketika penubuhan FIFA ni memang power, jadi memang perlukan 4 team ni untuk tarik penonton.
- Hanya dalam FIFA World Cup sahaja ke empat-empat negara ni dapat slot (masuk kelayakan dahulu la), tetapi tidak di dalam Olimpik.
- Dalam Sukan Olimpik, seperti juga sukan lain dalam Olimpik, penyertaan mereka di bawah negara United Kingdom.
Olympic Game - ( Team GB : Team Great Britain)
- Di Olimpik berbeza pula, mereka datang sebagai satu pasukan United Kingdom dan bukannya dari 4 negara berbeza (England, Wales, Scotland atau Ireland Utara)
- TETAPI pada 1999, team ini dijenamakan sebagai Team GB danpada sukan Olimpik 2000 di Syndey mereka hadir sebagai pasukan Team GB. Ini lebih kepada 'branding' pasukan sahaja.
- TETAPI....kenapa guna TEAM GB dan bukannya TEAM UK??
- Soalan tu juga la yang sering disoalkan oleh warga Ireland Utara, mereka rasa mereka diketepikan.
- Persetujan bersama Olimpik Council of Ireland dan British Olimpik Council memberi kelonggaran kepada warga Ireland Utara sama ada menyertai pasukan Team GB atau pun Team Ireland. Team Ireland ni mewakili Republic of Ireland.
- Dan peliknya, rata-rata atlet dari Ireland Utara akan ke Sukan Olimpik dengan membawa bendera Ireland dan bukannya sebagai atlit Team GB!!
Harap-harap dah baca sampai habis ni akan kurang keliru, kalau makin keliru tu memang kena ke London la, kemudian ke Edinburgh. Baru kata "dah jejakkan kaki ke United Kingdom'.
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!